Sakit Telinga Di Kalangan Kanak

download Sakit Telinga Di Kalangan Kanak

of 13

Transcript of Sakit Telinga Di Kalangan Kanak

SAKIT TELINGA DI KALANGAN KANAK KANAKAda beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sakit telinga di kalangan kanak -kanak. Punca biasa yang didapati ialah bahagian tengah telinga itu lebam ( Acute Otitis Media ). Penyakit ini biasanya disebabkan oleh kuman -kuman bakteria seperti ' Pneumococcus Haemophilus '. Kanak -kanak lebih mudah menghidapi penyakit ini kerana saluran yang menghubungi bahagian tekak dan bahagian telinga tengah yang dipanggil ' Tiub Eustachian ' mereka itu lebih pendek , lebih lebar kalibernya dan lurus kalau dibandingkan dengan tiub Eustachian orang dewasa. Oleh sebab ini kuman -kuman ke bahagian telinga tengah terutamanya jika mereka selalu baring. Kanak -kanak yang mengalami keadaan lebam di bahagian telinga akan sakit telinga , demam dan akan selalu meragam. Seseorang doktor , yang memeriksa telinga kanak -kanak itu mungkin mendapati tanda -tanda cecair yang mengubahkan dinding timpanum atau ' Tympanic Membrance '. Jika keadaan ini tidak dirawat dengan antibiotik tekanan ke dalam bahagian telinga tengahnya ( yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul didalamnya) akan memecahkan dinding timpanum ini. Apabila pecah cecair yang bernanah di bahagian telinga tengah itu akan mengalir keluar. Penyakit ini selalu menyebabkan kanak - kanak pekak atau menghidapi Lebam Tulang Mastoid ( Mastoiditis ). Pengunaan antibiotik telah banyak mengurangkan komplikasi seperti ini tetapi penyakit lebam bahagian telinga tengah masih selalu juga berlaku dan ramai kanak - kanak tidak dapat diberi rawatan dengan awal dan berkesan. Kanak -kanak yang menghidap lebam bahagian telinga tengah biasanya demam dan sakit serta jelas mempunyai tanda - tanda cecair yang banyak terkandung didalam bahagian telinga tengahnya. Keadaan ini boleh dirawat dengan berkesan mengikut prosedur yang dipanggil ' Myringotomy ' di mana dinding timpanum telinganya itu dicucuk dengan jarum supaya cecair yang berupa nanah boleh mengalir keluar dari bahagian telinga tengahnya. Kanak - kanak yang dilahirkan dengan bumbung mulut yang tidak lengkap atau ' Cleft Palate ' , dan kanak kanak yang menghidap ' Sindrom Down ' lebih mudah mendapat penyakit ' Acute Otitis Media '. Ada juga kanak kanak yang mempunyai ' Adenoid ' di bahagian belakang tekak yang lebih besar daripada biasa , hingga menutup lubang tiub Eustachain. Kanak - kanak selalunya berdengkur bila tidur kerana sukar bernafas. Pakar sakit telinga , Hidung dan Tekak yang merawat kanak -kanak ini selalunya akan membuangkan kedua -dua tonsil dan adenoid sekali gus dalam satu pembedahan . Kanak -kanak yang kurang tahap imunitinya lebih senang mendapat penyakit lebam di bahagian telinga tengah. Selain dari itu senang juga mendapat penyakit infeksi lain seperti meningitis , cirit -birit , kelumpuk nanah ( abscesses ) di merata bahagian dalam tubuh badannya. Satu lagi penyakit telinga yang biasa didapati di kalangan kanak -kanak ialah lebam di bahagian telinga luar ( Otitis externa ). Keadaan ini sangat menyakitkan dan kanak -kanak yang menghidapnya akan membantah jika telinganya digerakkan atau ditarik kerana pengerakan telinga luarnya itu akan membuatnya berasa bertambah sakit. Telinga luar yang basah akibat mandi di dalam kolam renang jika tidak dikeringkan mudah membawa kepada penyakit ini tambahan pula jika kulit di bahagian ini luka akibat ia dicungkil selalu dengan kuku atau alat yang tajam. Keadaan ini selalunya disebabkan oleh kuman -kuman bakteria seperti staphylococcus , E. coli , pseudomonas , atau fungus seperti aspergillusdan candida. Bahagian luar telinga kanak -kanak ini mungkin mengeluarkan cecair berbau dan kanak -kanak itu rasa gatal dibahagian luar telinganya. Telinganya itu juga akan ternampak merah dan bengkak. Ubat yang lazim diberikan bagi keadaan ini ialah sejenis krim yang mengandungi antibiotik , yang disapukan di bahagian telinga luar kelihatan bengkak itu. Kadangkala bahagian yang bengkak itu mengandungi nanah. Ubat untuk mengurangkan sakit , seperti panadol dapat mengurangkan kesakitan kepada kanak -kanak itu. Sakit telinga boleh juga disebabkan oleh lebam di bahagian tekak seorang kanak -kanak. Selalu juga didapati kes kanak -kanak yang sakit tekak disebabkan kuman virus mengeluh sakit telinga. Adakalanya kanak -kanak yang selesai menjalani penbedahan untuk membuangkan tonsilnya mengeluh sakit telinga. Kesimpulan Kebanyakan kanak -kanak yang mengeluh sakit telinga menghidap keadaan yang dipanggil ' Acute Otitis Media '. Keadaan ini lebih kerap terdapat di kalangan kanak -kanak dari orang dewasa kerana bentuk tiub eustachian mereka berlainan. Itulah sebabnya ramai Pakar Kanak -kanak dan Pakar Telinga , Hidung dan Tekak tidak menyarankan supaya bayi disusukan dalam keadaan berbaring sebaliknya , dalam keadaan bersandar. Rawatan dengan antibiotik seawal - awalnya yang boleh adalah disarankan supaya komplikasi seperti pekak dan Lebam Tulang Mastoid boleh dihindar. Kanak -kanak yang telah pecah dinding timpanumnya boleh menjejaskan pendengarannya dan mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan bahagian yang pecah itu. Jika

Page | 1

pendengarannya kurang , perkembangan bahasanya dan seterusnya pembelajarannya akan turut terjejas. Pengunaan alat pendengaran bagi kanak - kanak yang kurang pendengarannya boleh memberi manfaat sambil menunggukan pembedahan untuk membetulkan dinding timpanum.

N Paramaswaran Klinik Pakar Telinga & TekakAddress: Ground Floor, Blok Podium Plaza Pekeliling, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Contact: Tel: 03-4042 9801 Category: ClinicsPage | 2

Klinik Pakar & Surgeri Telinga, Hidung & Tekak Imran in Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, MalaysiaContact Details Address:48 Jalan Lumut Kompleks Damai Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 50400 Malaysia, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, 50400, Malaysia Telephone:603-40422652

Khor Ear Nose & Throat Specialist Clinic84 Jalan Pudu Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 55100 Malaysia, Kuala Lumpur 55100, Kuala Lumpur p: 603-20783055

Klinik Telinga, Hidung & Tekak Kandiah13 2 Jalan Raja Laut Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 50350 Malaysia, Kuala Lumpur 50350, Kuala Lumpur p: 603-40421888 f: 603-40412570 Assalamualaikum Saya mempunya seorang anak perempuan berumur 1 tahun 3 bulan. Dia sering mengalami masalah telinga bernanah dlm sebulan sekali. Saya telah pergi pakar telinga tapi masih sama. Doktor mengatakan kemungkinan masuk air atau selsema boleh menyebab telinga bernanah. Masalahnya saya sangat berhati2 ketika mandi supaya air tidak masuk ketelinga. Tapi masih keluar juga walaupun bukan tiap2 hari, tapi cukup merisaukan. Cuma dlm sebulan atau dua bulan sekali. Yang merisaukan saya apabila nanah tu nak keluar anak saya akan menangis dan badan panas. Bila dah mengalir keluar baru dia ok atau lega balik. Yang kedua kulitnya sangat sensitif tidak boleh kena nyamuk langsung jika tidak akan membengkak keesokkanya baru surut kemudia meninggal kan parut.

Harap sesiapa yang arif tentang hal ini dapat membantu saya. Terima kasih. sofea_aki 2. masa kecik2 dulu, telinga aku memang bermasalah macam ni dan sampai sekarang bila dah besar ni, telinga aku memang tak berapa 'sihat' kengkadang tiba2 je boleh jadi sakit n menanah walaupun tak seteruk masa kecik2 dulu pengalaman aku: masa kecik2 dulu, memang tiap2 bulan aku demam sebab sakit telinga nih(mak aku cakap) jadi, memang tiap2 bulan kena gi jumpa doktor bukan doktor biasa, tapi doktor pakar pastu nanti dia akan bagi ubat cecair--kena titis ubat tu dalam telinga aku paling benci nak letak ubat tu, sebab rasa macam minum racun ubat tu akan lalu kat tekak kan..tu pasal terasa macam minum racun tu anak nko mungkin akan menangis masa letak ubat, tapi ko kena la pujuk2 dia memang pedih bila ubat tu masuk kat dalam telinga banyak lagi pengalaman aku pasal penyakit nih kalau nak tau, tanya la ye!! wansha 3 Terima kasih. So sampai besar ni bernanah gak doktor tak cakap ape-ape ker. Tak effect ape2 ker ? Risau sebenarnya sebab dia kecik lagi. Doktor tak cakap sebab ape ? Tak ubat tradisional ker ? sofea_aki 4 . Bila dah besar nih...dalam setahun/2 tahun sekali telinga tu jadi sakit balik tapi tak la seteruk macam masa kecik2 tu Terbaru pergi check kat doktor, dalam 2 tahun yg lepas kot dia cakap gegendang telinga dah berlubang memang takde jalan dah, selain pasang gegendang palsu tu utk tutup kebocoran tu tapi, oleh sebab mahal, maka aku tak pasang pon...hihi telinga yg rosak, belah kiri je memang tak berapa nak dengar sangat takpe la..redha je sebenarnya, punca telinga aku menanah masa kecik tu, sebab abang aku pedajal kat aku dia sembur telinga aku dengan air paip tu yg buat telinga jadi sakit tu doktor pesan, tak buleh masukkan air langsung dalam telinga sebab nanti kuman akan makin membiak kat gegendang tu mula2 aku cover gak telinga time mandi, tapi sekarang memang tak cover dah susah wooo nak cover pasal perubatan tradisional: rebus akar pokok orkid(bahagian yang gemuk macam bunting padi tu) pastu perah air akar tu kat telinga mak aku memang selalu buat macam tu kat aku dulu

Page | 3

ko cuba la ekk! nurul02 5. kalau anak telinga benanah bolehlah cuba minyak habbatusaudah...keluaran de classic life DCL.Dari pengalaman kawan baik saya minyak ini sungguh berkesan untuk penyakit ini.Ini jelas terbukti apabila anak kawan saya ini berusia 4 bulan mengalami penyakit ini selama 3 minggu tidak baik2 walaupun telah diberikan ubat oleh doktor. Namun dengan izin Allah die mencuba minyak habbastusaudah dan disapukan kedalam telinga anaknya.pada keesokan harinya...telinga anaknya telah kering. cubalah.....mudah-mudahan akan meyelesaikan masalah puan. selina 6 . wansha, dulu anak buah saya pun pernah kena macam ni. masa tu umur dia lebih kurang umur anak wansha la. apa yg saya tau kakak bawak dia pergi ke hospital besar specialist bahagian telinga and then kakak cerita doc kat situ buat a few test pada anak buah saya. antara test yg dibuat oleh doc tu menurut kakak, anak buah saya diletakkan dlm satu bilik dan doc telah buat ujian dgn membuat bunyian dari pelbagai arah dan dari situ doc memperhatikan samada anak buah boleh menangkap bunyi tersebut atau tidak. selebihnya anak buah saya dibekalkan dgn bermacam2 jenis ubatan, tp alhamdullilah sampai sekarang dah tiada masalah cuma badan nye sahaja bersaiz besar sedikit mungkin kesan dari ubat-ubatan yg telah lama dimakan. nasihat saya bawalah anak berjumpa dgn pakar ye...insyaallah tak de apa2 wansha 7 . Terima kasin atas nasihat u all semua. Memang saya telah membawanya berjumpa pakar cuma kelmarin ada keluar balik, tetapi sudah kering malam tadi. Cuma yg merisaukan takut berulan kembali. Faktor yang meyebabkan ia berulang saya tidak pasti. Tapi ubat doktor masih saya teruskan sehingga saya benar2 pasti ia sudah pulihh. Minyak habbastusaudah tu kat mane saya boleh dapat ? yusmar 8 . Anak kedua saya selalu mengalami masalah telinga tersumbat. Tahi telinga kering.Tahun ni saja dah tiga kali pegi klinik cuci.Seminggu 2 kali kena titis kan ubat telinga untuk melembutkan tahi telinga tu. Paling teruk sekali bulan lepas sampai tutup gegendang. Kena titiskan ubat setiap hati selama seminggu.Itu pun degil nak keluar.Titiskan lagi selama 1 minggu lepas tu cuci. Sekarang ni sampai fobia bila check telinga dia.Sekarang ni saya tak boleh lupa titiskan ubat tu kalau tak mulalah dia jadi kering. Ada tak sapa2 yg menghadapi masalah yg sama atau ada cara yg lain utk mengelakkan ia terjadi lagi. yusmar 9 . takde sapa2 ke yg boleh berkongsi pengalaman?.Risau gak nampak dah nak mula kering, Camne!. atoncute 10 . anak aton pun sama gak, umur dia 3bln++..baru isnin lepas kenanyer...asalnyer camnie kita nengok telinga dia tu banyak sangat tahi kita gunakanler cotton buds utk korek...esoknyer nampak cam nanah dan ada cam tanda2 nak demam (bau nanah agak busuk)...pegi panel dr..tak bawak dia skali cuma tanya dr jer...dr suruh i bawak sendiri anak...dia kata kalo bengkak telinga sampai demam tu bahaya skit...takut

Page | 4

infection.ptg tu jugak kita bawak dia...dr beri ubat demam & bengkak, lepas 3 ari tak baik lagi makin nanah kita bawak lagi jumpa dr...dr titiskan ubat kat telinga dia...meraungler dia..lepas tu lega kot...terus dia diam...dr bagi skali antibiotik...dr suruh dtg ari nie...maleh nak bawak dia cause tengok dah clear dah telinga...tengokler kalo minggu depan tak ok baru bawak lagik...serius jugak nanah nie yer...apa punca sebenornyer???masuk air atau infection??? my secretary kat office nie kata her daughter pun kena jugak...dia avdice me to refer kat specialist dia cakap kadang2 punca susu yg kita bg tu panas utk badan dia...i pun rasa gak cause anak i nie i kurang bg air suam...camne pendapat korang...nak kena refer kat Page | 5 pakar ke... atoncute 11 . anak aton pun sama gak, umur dia 3bln++..baru isnin lepas kenanyer...asalnyer camnie kita nengok telinga dia tu banyak sangat tahi kita gunakanler cotton buds utk korek...esoknyer nampak cam nanah dan ada cam tanda2 nak demam (bau nanah agak busuk)...pegi panel dr..tak bawak dia skali cuma tanya dr jer...dr suruh i bawak sendiri anak...dia kata kalo bengkak telinga sampai demam tu bahaya skit...takut infection.ptg tu jugak kita bawak dia...dr beri ubat demam & bengkak, lepas 3 ari tak baik lagi makin nanah kita bawak lagi jumpa dr...dr titiskan ubat kat telinga dia...meraungler dia..lepas tu lega kot...terus dia diam...dr bagi skali antibiotik...dr suruh dtg ari nie...maleh nak bawak dia cause tengok dah clear dah telinga...tengokler kalo minggu depan tak ok baru bawak lagik...serius jugak nanah nie yer...apa punca sebenornyer???masuk air atau infection??? my secretary kat office nie kata her daughter pun kena jugak...dia avdice me to refer kat specialist dia cakap kadang2 punca susu yg kita bg tu panas utk badan dia...i pun rasa gak cause anak i nie i kurang bg air suam...camne pendapat korang...nak kena refer kat pakar ke... chetam 12 . atoncute Anak chetam pun pernah berair telinga dia masa umur 2/3 bulan.....bawa pi klinik kesihatan kat jalan semenyih....doktor cuma kasi ubat minum saja..tak ada ubat titik. Doktor kata berair sebab jangkitan kuman. Alhamdullilah...sekejap dah baik bila makan ubat doktor tu. Lagi satu, kemungkinan besar, telinga berair kerana suami chetam cuci telinga anak ngan cotton bud. Bapak chetam pesan....jangan sekali-kali korek telinga baby sebab jangan sensitif...nanti terkena gegendang telinga. Cuma cuci bahagian luar saja sebab bapak chetam cakap, tahi telinga tu akan kering dan keluar dengan sendiri. Memang betul cakap bapak...........berdebuk keluar seketul tahi telinga..... .........kita yang baru jadi ibu ni kena banyak belajar dari orang2 lama yang berpengalaman. ikhlasonline 13 . Kata orang tua-tua... kasi minyak wangi sikit kat telinga tu.. ditambah ngan selawat 3 kali... Jangan lak kasi minyak wangi yg gie kerja tu... yusmar 14 . kasi minyak wangi sikit kat telinga tu.. Minyak apa tu?. berdebuk keluar seketul tahi telinga..... Tahi telinga tak mau keluar, melekat kat dlm.Sbb anak saya bukan telinga berair, tapi kering .Itu yg kena titiskan ubat utk mengelakkan kering. Tak tau lah cara lain.Seminggu titiskan sekali, kalau tak takut melekat kat gegendang.

tafit 15 . Assalamualaikum, Pada adik-kakak yang telinga anak ada masalah, kalau tinggal kat area Penang, pergilah kat Dr Santokh Singh, Jln Sri Bahari dekat dengan Penang Road. Memang nama dia macam pemain bola sepak Malaysia tapi dia still the best. Dia ni memang pakar Hidung & telinga. Bayaran tak mahal sangat, biar kita habis duit masa ni sebab kalau anak-anak kita ada masalah pendengaran, bila dia sekolah dan dewasa lagi akan timbul masalah besar (kurang dengar dan ejekan budak lain, kesian anak ).Cubalah Page | 6 adik-kakak ye..terima kasih sebab sudi baca. sitizulieani 16 . sekadar kongsi petua tradisional org tua2 bakar daun lidah biawak, titis dlm telinga, NoorMasri 17 . Selalunya telinga bernanah sebab infection so doc akan bagi antibiotik..kadang2 baby yg demam selsema byk hari boleh dpt infection kat telinganya. Dulu baby kawan akak camtu la, lepas doc bagi antibiotik terus baik. Kalau telinga anak bernanah jgn tunggu lama-lama pi terus jumpa doc dan jgn titis ubat sembarangan tanpa nasihat doc sbb gegendang telinga kawasan yg sensitif. Anak2 akak semua akak bersihkan telinga depa guna cotton bud cuma pastikan cotton bud tu atau tangan kita masa pegang cotton bud tu bersihlah takut jangkitan kuman lak. Kalau korek dgn cotton bud jgn la sampai ke dalam bahagian2 luar dah la..sbb kalau tak bersihkan telinga nampak taik telinga meleleh kawasan luar tu nampak cam parents tak jaga kebersihan anak2 lak, tu pendapat akak lah lilo_stitch 18 . wansha, lilo ingin berkongsi pengalaman. Anak lilo ke 3 (5 thn) pernah beberapa kali menghadapi masalah yg serupa. Normally bila pergi ke klinik biasa, depa akan bagi ubat titik untuk keringkan nanah. Until one day, anak lilo kena lagi so, this time lilo bawa jumpa pakar ENT. Waktu tu keadaannya tak teruk sgt, doktor berikan dia antibiotik & ubat titik di samping membersihkan & mengeringkan nanahnya. Alhamdulillah, dia sembuh. Kemudian akhir tahun lepas, sekali lagi telinganya bernanah kalau dulu cuma air berwarna sedikit keruh, kali ini agak kecoklatan spt darah. Sekali lagi lilo bawa jumpa pakar ENT yg sama, oleh kerana kali ini dia mempunyai rekod di sana, thorough check dibuat... Doktor found out yg selain nanah, ada sedikit tisu berwarna putih. Doktor suspect dia menghidap penyakit bernama cholestoma & nasihatkan lilo buat further check up & treatment utk anak lilo. Langkah pertama yg perlu dibuat ialah membersihkan telinga anak lilo. Oleh kerana badan anak lilo agak besar sedikit dan akan meronta kerana sakit sewaktu Dr bersihkan, lilo minta anak lilo diberikan anaesthetic dan Dr bersetuju. Oleh krn tidak tau apakah penyakit choalestoma dgn lebih lanjut, lilo surf di internet... Ya Allah, Nauzubillah... betul2 menakutkan. Jika lambat dirawat, boleh menyebabkan pesakit kehilangan deria dengar. Paling menakutkan, boleh menyebabkan kerosakan pada otak & hilang ingatan. Malah ada support group & yahoo group di internet yg membantu pesakit2 dan keluarga mereka menghadapi hari2 akan datang. Berbalik pada kisah anak lilo, akhirnya Dr selamat buat minor operation & membersihkan telinganya. Alhamdulillah, setakat ni dia tak menghidap cholestoma. Cuma Dr nasihatkan lebih berhati2, jgn biarkan air memasuki telinga dan segera dirawat dan jgn biarkan dia menghidap selesema berlanjutan. Dan alhamdulillah juga hampir setahun dia menjalani minor operation tersebut, hingga kini dia tidak lagi mengalami masalah telinga berair/bernanah. Dan lilo akan check telinganya dari masa ke semasa. Nasihat lilo pada wansha or sesiapa juga yg menghadapi masalah anak telinga bernanah, pergilah

berjumpa dgn ENT bukan Dr biasa. Biar kosnya tinggi, agar kita tak menyesal kemudian hari bila anak kesayangan kita kehilangan deria dengarnya... Nauzubillah.. cik_donna 19 . Aku selalu korek telinga anak aku.. emmm tak apa ke? Sebab aku suka telinga dia bersih, hidung dia bersih, badan dia bersih. Emm.. takut lak.. harap2 takda apa-apa. adikcomelx 20 . quote: Nasihat lilo pada wansha or sesiapa juga yg menghadapi masalah anak telinga bernanah, pergilah berjumpa dgn ENT bukan Dr biasa. Biar kosnya tinggi, agar kita tak menyesal kemudian hari bila anak kesayangan kita kehilangan deria dengarnya... ..Satu tindakkan yang bijak! .. berjumpa terus kepada doktor pakar yang khusus bidang-bidang mereka adalah penting..kerana doktor pakar lebih ariff dalam pengkhususan yang dirawat.. ..doktor pakar ada prosedur dan peralatan yang khusus untuk melihat dan mengkaji/ujian lab penyakit yang dhidapi pesakit dapat dianalisa.. jen 21 pernah baca somewhere, antara mende2 nak elak ear infections kat budak2: 1) minum susu jgn terlentang 2) jgn guna pacifier aloya 22 .haah...betulll .. jangan bagi anak minum susu sambil baring... dulu anak akak pun cam gitu gak... sentiasa telinga dia bernanah masa umur bawah 2 tahun... boleh dikatakan tiap bulan mesti kena infection ni.. risau memang risau sesangatt... jumpa dr, kata tak de pepe... alhamdullillah.. sekarang ni dia dah masuk 4 tahun, telinga dia tak bernanah dah tak rosak...Page | 7

Manual Rawatan Gamat Terapi : Telinga BernanahMasalah telinga bernanah sering berlaku pada kanak-kanak yang menghidapi selsema. Ini adalah kerana liang yang menghubungkan hidung dan telinga (Eustachius tube) adalah pendek dan memudahkan pergerakan hingus (bersama-sama kuman) bergerak ke telinga memandangkan hidung tersumbat. Ia akan menjangkiti telinga dalam dan mengeluarkan nanah yang akan membocorkan gegendang telinga. Jika kebocoran itu kecil, maka ia akan tertutup sendirinya apabila jangkitan tersebut sembuh. Tetapi jika kebocoran itu besar maka lubang itu akan kekal dan menyebabkan masalah pendengaran. Rawatan moden menggabungkan penggunaan antihistamina spt Actifed dan antibiotik spt Bactrim sering dapat melegakan masalah telinga bernanah. Sementara lubang pada gegendang perlu dijalan pembedahan menampal dengan menggunakan kulit luaran. Gamat membantu dengan kesan antihistaminanya yang mengelakkan dari Eustachius tube tadi menjadi tersumbat. Sementara kesan lawan radangnya dapat melegakan inflammasi telinga dalam. Kesan cell growth factor pula membantu membaik pulih gegendang telinga yang bocor. HGH juga mempunyai kesan membantu membaikpulih luka dengan segera. Vitamin A dan Zink di dalam C3 Spirulina membantu pemulihan luka pada gegendang yang rosak.

DISYORKAN :

Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus) Bioseed (optional) 1 paket 2 kali sehari (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik) C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari @ 2-3 sudu 1 hari (1-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Page | 8

JANGKITAN TELINGAPengenalan Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun. Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ? Ada 2 jenis jangkitan telinga:

Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah) Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

Otitis externa Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?

Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang Adik beradik yang dijaga di pusat harian. Bayi yang diberi susu botol Terdedah kepada asap rokok Pembesaran adenoids Sumbing bibir Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga? Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:

Kesakitan dalam telinga

Resah dan mudah meradang Tidur yang selalu terganggu Selalu merentap dan menarik cuping telinga Nanah keluar dari telinga Kurang selera makan Lelehan hidung Selalu menangis sebelah malam semasa tidur Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan

Page | 9

Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga? Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung. Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan adakalanya bernanah.

Acute otitis media Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga? Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :

Telinga bernanah yang kronik Kurang pendengaran Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.

Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga? Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga. Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:

Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik) Ubat demam Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga. Gunakan teknik ear weaking untuk mengeringkan nanah dalam telinga

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya. Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga? Ya, langkah yang baik ialah : 1. Susukan bayi anda dengan susu ibu. 2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan. 3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.

4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung. 5. Elak :o o o o

Terdedah kepada asap rokok Penggunaan puting Penyusuan susu botol semasa baring Alahan yang diketahui

Selalu ingat Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan Apakah kesan dalam jangka masa panjang? Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.Telinga Bernanah Adakah anda bermasalah anak yang menghadapi jangkitan telinga seperti telinga bernanah? Jika bergitu anda dinasihatkan mengambil anti biotik lima hari berturut-turut kerana dipercayai dapat membersihkan nanah. Penyelidikan terbaru Persatuan perubatan Amerika mendapati, dalam tempoh 20 tahun lampau, 3000 kanakkanak mengalami sakit telinga dan demam, biasanya sembuh dalam tiga hari jika rawatan segera diberikan. Jika keadaan ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan telinga bernanah dn menambah peluang kanak-kanak menjadi pekak.

Page | 10

aaaaaaaa da lebih seminggu tak dpt mendengar ngan jelas. Telinga plak berdesing je, kdg-kdg rs sakit, kdg-kdg rs gatal. Tak bleh jd nih.. Antibiotik da abis telan tp takde pape pun. So Rabu aritu g la lg satu klinik kat ampang point sbb abg ipar aku kata dulu dia penah cek telinga kat situ dan ok. Jumpa la Dr. dia cek dan kata telinga aku da bernanah so akan bg ubat titis dan antibiotik. Aku kata Dr dulu pun bg camtu but still no different still can't hear "so i give u refer letter to see ENT specialist, ampang puteri, ok?' Aku a'ah je la *cover insurance company ok la*. Da dpt surat tu aku pun tepon mak btau kena g hospital. Mak aku kata "huh, kena g hospital ke, ko kena operate kol bape?" Aku masatu elok je terus jd panik gak, ye la da la aku nih penakut darah2 ni takde la terfikir psl operate nih huhu lg aku plak sensorang huhu *call 4 S.O.S http://youtube.com/watch? v=V4JEmz4FoJE * "Lom jmpa Dr. lg tatau dia nak watpe". Da smpi ampang puteri *jalan kaki je dr klinik td sbb malas nak alih parking*, jumpa receptionist dan uruskan hal guarantee letter ngan ING. Da tu br dpt g bilik Dr. Singaram kat 1-4. PA dia kata dia ada operation, pas kol 2 baru ada *sbb xpenah wat appoinment*. So aku kata ok la jumpa kol 2 kang. Blk umah dulu rilek2 tenangkan fikiran tp aku takde selera nak makan tido je la. Pas Zohor aku pun g la balik ke hospital. Mak tak dpt teman sbb nak siapkan cucunya g skolah da tu akak aku pun dlm pantang huhu Da smpi bilik Dr. ramai la plak. Akunya giliran yg ke-4. Bila masuk jumpa Dr. dia pun cek hidung, tekak ngan telinga aku *ENT specialist kan* Pastu kena baring sbb dia nak cek telinga aku dgn detail. Pastu dia guna satu alat tu tuk suck out all the wax inside my ear. Kanan ok lg sbb yg prob kiri. Masa dia nak wat kat telinga kiri mmg dia ada warning "Sakit sikit tau" huhu Ntah apa alat dia guna nak besarkan telinga kiri aku tuk tgk dlmnya pastu dia pun start guna machine td tu tuk bersihkan telinga kiri tu plak. Pas da siap tu *takde la mcik melalak tp meleleh gak la air mata nih* aku nampak lampu siling tu pusing2 plak *kan tgh baring* mata berpinar gtu. Da tu Dr. pun titiskan ubat dlm telinga *pic yg botol hijau*. Dia suh rilek jap kasik ubat tu meresap. Lps 10min gitu aku pun leh bgn dan Dr suh dtg lg seminggu. Fuh da bleh dgr la alhamdulillah... G amek ubat selsema plak kat farmasi pastu br rasa lapar G merayau kat ampang point jap cari makanan best *rate parking tuk pesakit murah sket sbb dpt kupon* dan balik umah

TELINGA BERAIR

PengenalanTelinga berair paling kerap berkaitan dengan jangkitan. Lelehan yang normal mungkin terdiri daripada tahi telinga atau air. Tahi telinga adalah berwarna perang muda, perang, perang tua atau jingga. Sebab-sebab utama telinga berair ialah jangkitan dengan cecair keruh atau nanah melalui gegendang telinga yang pecah atau berlubang Sebab-sebab utama telinga berair :i. ii. Swimmers ear - biasa berlaku pada perenang-perenang dan menunjukkan gejala kegatalan, bersisik, kemerahan dan kelembapan saluran telinga. Jangkitan; o otitis externa (telinga luar dan cuping telinga) o otitis media (rongga telinga tengah) o mastoiditis (rongga-rongga mastoid) Kecederaan daripada hentakan pada kepala, objek asing, bunyi yang terlalu bising, atau perubahan tekanan yang mengejut (seperti di dalam kapalterbang), mengakibatkan gegendang telinga pecah atau berlubang. Eczema dan lain-lain radang kulit pada saluran telinga boleh menyebabkan pendarahan. Cholesteatoma Tumor (ketumbuhan). Page | 11

iii. iv. v. vi.

Tanda dan GejalaSifat-sifat lelehan memberi petunjuk kepada punca-punca telinga terbabit. Biasanya pesakit mengadu kurang pendengaran dan kesakitan. Pesakit selalunya mengadu sakit sekiranya berlaku jangkitan pada telinga luar (cuping telinga dan saluran telinga).

Tanda-tandaSifat-sifat lelehan Berair Nanah Mucopus / Darah

Penyakit telingaEczema Otitis Externa akut Otitis media supuratif akut Otitis media supuratif kronik Tumur Otitis media supuratif kronik beserta Cholestetoma

Berbau busuk

Pada penyakit otits externa akut ; saluran telinga tersumbat akibat daripada kebengkakkan. Manipulasi pada cuping telinga menyebabkan kesakitan dan kunyahan biasanya menyebabkan ketidakselesaan. Kesakitan itu biasanya berdenyut-denyut dan kekal sehingga jangkitan dapat dikawal. Gambar menunjukkan otitis externa akut dengan jangkitan kulat

Kedua-dua penyakit otitis media akut ( jangkitan kurang dari 4 minggu ) dan kronik ( jangkitan melebihi 12 minggu ) ialah penyakit lapisan mukosa telinga tengah dan biasanya berkaitan dengan gegendang telinga berlubang. Gegendang telinga biasanya sembuh dengan cepat pada jangkitan yang akut, tetapi jika jangkitan berterusan dan gegendang telinga tidak sembuh, lelehan telinga yang berterusan atau berulang-ulang mungkin berlaku. Otitis media kronik dengan cholesteatoma boleh menyebabkan komplikasi serius, menghakis struktur telinga tengah atau tulang. Kesakitan biasanya tidak kerap dan biasanya berkaitan dengan lelehan yang berbau busuk. Gambar menunjukkan otitis media kronik Tumor yang melibatkan cuping telinga dan saluran telinga adalah jarang berlaku. Tumor yang melibatkan telinga tengah biasanya berkaitan dengan lelehan, kesakitan telinga yang berterusan dan kelumpuhan otot muka Gambar menunjukkan tumor pada saluran telinga;

Page | 12

KomplikasiKomplikasi-komplikasi adalah biasa dilihat pada lelehan telinga kronik atau berkaitan dengan cholesteatoma. Contoh :

Otak bernanah (nanah terkumpul di pangkal tengkorak / otak).Menyebabkan sakit kepala, pening, kebingungan, tidak sedar diri atau kelumpuhan. Labyrinthitis ( jangkitan pada organ keseimbangan & pendengaran ) menyebabkan loya, muntah, pening dan kepekakkan. Kelumpuhan otot muka menyebabkan muka menjadi senget Tulang Mastoid bernanah (nanah terkumpul di dalam rongga-rongga tulang mastoid) - kesakitan dan kebengkakan di belakang telinga

RawatanRawatan awal telinga yang berair ialah pencucian.

Dalam keadaan eczema ; aplikasi setempat krim hydrocortisone 1% diperlukan Furunculosis (nanah terkumpul setempat) di dalam saluran telinga memerlukan bius setempat dan penyaliran. Dalam jangkitan akut, antibiotik dan ubat tahan sakit diperlukan Dalam otitis media supuratif akut, kombinasi antibiotik setempat dan ubat titik mata steroid akan mengeringkan kebanyakan lelehan telinga.

Pembedahan disarankan :

lelehan telinga berulang seorang perenang untuk memperbaiki tahap pendengaran.

Penyakit Otitis media supuratif kronik, adalah merbahaya oleh itu pembedahan disarankan. Perawatan penyakit dengan mengekalkan status pendengaran melibatkan pembedahan tulang mastoid dan telinga tengah (mastoidectomy). Sesetengah tumor mungkin tidak boleh dirawat disebabkan metastasis sistemik (perebakan) atau tahap kesihatan yang teruk. Rawatan yang paling berkesan ialah pembedahan dan radioterapi selepas pembedahan.

PencegahanPencegahan penyakit yang berulang adalah tidak mudah, pesakit dinasihati menjaga telinga supaya sentiasa kering;

Mandi : gunakan kapas yang disapu dengan Vaseline dan diletakkan di dalam telinga Berenang - gunakan penutup telinga silikon

Page | 13