Salam Sejahter2

8
Salam Sejahtera, Di dalam kajian , maksud masalah merujuk kepada satu perkara yang ingin dicari jalan penyelesaiannya. Masalah ini merupakan sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum sempurna, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan.Semua yang tersebut di atas menarik minat penyelidik untuk mencari jawapannya. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang penyelidik itu membina satu masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap. Ia dimulakan dengan persoalan yang fokus atau tumpuan utama penyelidikan. Salam Sejahtera. Saya menyokong hujah saudari tentang cara untuk memastikan instrument yang dignakakan dalam kajian itu boleh dipercayai. Saya ingin menambah dengan menyatakan bahawa terdapat kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item . Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959), reliabiliti diertikan sebagai; persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama. Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik melalui kajian rintis (pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar. Oleh yang demikian satu instrumen yang berkualiti tinggi perlu dibangunkan supaya kita boleh mendapat maklumat yang tepat dalam sesebuah kajian. Instrumen ini perlu bebas daripada bias jantina dan bias kategori sekolah supaya ia boleh digunakan secara lebih praktikal dan menyeluruh untuk pelajar-pelajar di Malaysia. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan

Transcript of Salam Sejahter2

Page 1: Salam Sejahter2

Salam Sejahtera,

Di dalam kajian , maksud masalah merujuk kepada satu perkara yang ingin dicari jalan penyelesaiannya. Masalah ini merupakan sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum sempurna, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan.Semua yang tersebut di atas menarik minat penyelidik untuk mencari jawapannya. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang penyelidik itu membina satu masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap. Ia dimulakan dengan persoalan yang fokus atau tumpuan utama penyelidikan.

Salam Sejahtera.

Saya menyokong hujah saudari tentang cara untuk memastikan instrument yang dignakakan dalam kajian itu boleh dipercayai. Saya ingin menambah dengan menyatakan bahawa terdapat kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item . Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959), reliabiliti diertikan sebagai; persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama. Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik melalui kajian rintis (pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar.

Oleh yang demikian satu instrumen yang berkualiti tinggi perlu dibangunkan supaya kita boleh mendapat maklumat yang tepat dalam sesebuah kajian. Instrumen ini perlu bebas daripada bias jantina dan bias kategori sekolah supaya ia boleh digunakan secara lebih praktikal dan menyeluruh untuk pelajar-pelajar di Malaysia. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang lebik baik dan berkualiti.

Salam Sejahtera

Saya ingin berkongsi idea dan pandangan tentang Statistik deskriptif - digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti demografi responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian kepada populasi. Contoh ujian statistik ialah frekuensi, min, median, peratus dsb

Di sini saya ingin menjelaskan bahwa statistik deskriptif adalah bagian dari statistik yang mempelajari cara pengumpulan data dan pengkajian data sehingga mudah dipahami. Statistik deskriptif hanya

Page 2: Salam Sejahter2

berhubungan dengan hal menguraikan atau memberikan keterangan-keterangan mengenai suatu data atau keadaan. Dengan kata statistika deskriptif berfungsi menerangkan keadaan, gejala, atau persoalan. Penarikan kesimpulan pada statistika deskriptif (jika ada) hanya ditujukan pada kumpulan data yang ada.

Manakala analisis diskriptif pula untuk menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi. Daripada dapatan, ia dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasinya. Contoh ujian staistik yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan di antara 2 variabel. Demikianlah yang saya faham berkaitan dengan analisis deskriptif dan analisis diskriptif

Salam Sejahtera

Saya ingin berkongsi idea dan pandangan tentang Analisis deskriptif merupakan metode penelitian yang berusaha menggambarkan objek atau subjek yang diteliti sesuai dengan apa adanya, dengan tujuan menggambarkan secara sistematis, fakta dan karakteristik objek yang diteliti secara tepat. Penelitian deskriptif memiliki keunikan sebagai berikut :

1. Penelitian deskriptif menggunakan kuesioner dan wawancara, seringkali memperoleh responden yang sangat sedikit, akibatnya bias dalam membuat kesimpulan.

2. Penelitian deskriptif yang menggunakan observasi, kadangkala dalam pengumpulan data tidak memperoleh data yang memadai.

3. Penelitian deskriptif juga memerlukan permasalahan yang harus diidentifikasi dan dirumuskan secara jelas, agar di lapangan peneliti tidak mengalami kesulitan dalam menjaring data yang diperlukan.

kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temubual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajianhendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Keesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan. Miles dan Huberman (1994) berpendapat tidak ada peraturan tertentu dalam pembinaan keesahan dalam kajian kualitatif. Tetapi McCall dan Simmons

Page 3: Salam Sejahter2

(1969) menegaskan, kajian kualitatif melalui pungutan data-data daripada temu bual dan pemerhatian juga memerlukan keesahan data.

beberapa ujian piawai (standardised tests) yang boleh digunakan untuk tujuan pengukuran dan penilaian. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Ghazali, 2002). Kesahan merujuk kepada ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman, 1978).

Terdapat tiga jenis kesahan iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan kriteria. Analisis Rasch boleh digunakan untuk menentukan kesahan instrumen. Keperluan pertama untuk menjadikan sesuatu ujian itu berkualiti ialah dengan menentukan bahawa item-item yang digunakan dalam ujian sah. Sesuatu instrumen dianggap sah jika ia boleh mengukur apa yang hendak diukur. Terdapat tiga garis panduan digunakan untuk menunjukkan item yang sah dalam ujian (Siti Rahayah, 2008 & Ahmad Hashim, 2004) iaitu:

1. Memastikan bahawa item bekerja dalam arah yang sama untuk mengukur konstruk yan hendak diukur.

2. Menjamin suatu item itu menyumbang dalam cara-cara yang bermakna dan berguna untuk mengukur konstruk.

3.Memastikan bahawa ujian secara keseluruhannya adalah mengukur konstruk. Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen penting bagi mempertahankan kejituan inatrumen daripada terdedah kepada kecacatan. semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrument maka semakin jitu data-data yang akan diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti

Page 4: Salam Sejahter2

Penyelidik perlu menulis implikasi kajian dan sumbangan kajian kepada pihak berkaitan dalam penulisan tesis kerana sebagai seorang guru, ia boleh membuat penambahbaikkan terhadap pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar. Selain itu, akan dapat memahirkan atau mengubah teknik mengajar seseorang guru jika masalah yang sama dihadapi oleh murid-murid.Penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi telah dapat diatasi.

Guru boleh menggunakan teknik yang lebih berfokus dan memudahkan pelajar untuk memahamimya. Ini akan cepat mencapai objektifnya dan murid mudah mendapat pengajaran dan pembelajaran yang diajar. Guru-guru juga boleh menggunakan kaedah permainan bahasauntuk pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Contohnya matematik, murid-murid akan mendapat keseronokkan dalam belajar dan mereka akan mudah menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi diftong Seandainya masalah yang sama berlaku.

Tuntasnya, implikasi kajian dan sumangan kajian mampu menyelesaikan masalah kepada guru serta murid akan mandapat faedahnya pula.Murid boleh bergerak secara aktif dan gembira serta seronok dalam pengajaran dan pembelajaran yang diikuti di dalam kelas.

Diharapkan kajian ini akan dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan untuk menjadikan penulisan ini sebagai bahan rujukan untuk memperluaskan pasaran produk takaful dan menarik minat orang Islam memiliki polisi takaful.

Salam Sejahtera

Saya ingin menyokong cadangan saudari bahawa Penyelidik perlu menulis implikasi kajian dan sumbangan kajian kepada pihak berkaitan dalam penulisan tesis kerana sebagai seorang pengkaji, ia boleh membuat penambahbaikkan terhadap kajian atau masalah yang kita kaji itu. Penulis harus membuat rumusan secara ringkas tentang kajian yang dilakukan dan apakah bentuk sumbangan kajian tersebut kepada badan ilmu. Contohnya ,Guru akan melakukan kajian untuk penambahbaikan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan olehnya di dalam bilik darjah. Selepas melakukan sesuatu pengajaran , guru akan melakukan refleksi adakah teknik pengajaran yang dilakukannya di dalam kelas tersebut bersesuaian dan memberi kesan atau tidak kepada pelajar serta objektif P & P tercapai atau tidak dengan penggunaan teknik tersebut. Jika tidak bersesuaian dan tidak memberi kesan kepada pelajar, maka guru perlulah melakukan kajian untuk penambahbaikan dengan menggunakan teknik lain atau teknik yang lebih bersesuaian yang boleh menarik minat pelajar. Penambahbaikan ini boleh dilakukan oleh guru apabila mengajar bagi subjek yang sama di kelas lain.

Page 5: Salam Sejahter2

Penulis juga harus mengemukakan cadangan-cadangan baru yang terhasil daripada penemuan kajian yang dilakukan terhadap keadaan semasa. Sekiranya pengkaji atau penulis dapat menyatakan saranan atau cadangan untuk kajian akan datang , itu adalah yang terbaik kerana ia akan meningkatkan keesahan dan kebolehpercayaan yang akan bertambah. Pengkaji akan bertambah mudah dengan panduan yang diberikan . Oleh itu, hasrat untuk melahirkan kajian yang bermanfaat adalah amat penting dan untuk itu, perlunya implikasi kajian kepada mana-mana pihak untuk memastikan kajian yang dilakukan sedikit sebanyak memberikan impak kepada sesuatu bidang kajian.

Kita telah membincangkan isu utama dalam penulisan. Seeloknya perbincangan ini disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya pembaca dapat fokus dan mengaitkannya dengan dapatan. Penulis perlu membincangkan persoalan kajian secara kritis satu persatu berpandukan dapatan kajian dan ulasan literatur yang mantap. Ia juga perlu disokong oleh teori dan kajian-kajian yang lepas. Seterusnya, penulis harus merumuskan apakah bentuk penemuan baru atau penemuan yang menyokong dapatan terdahulu yang menyumbang kepada badan ilmu dan amalan semasa. Perbincangan perlu ditulis secara sistematik, akademik dan tidak meleret-leret. Setiap pernyataan harus diperkuatkan dengan bukti yang boleh diambil daripada kajian-kajian yang lepas. Elakkan membuat pernyataan secara ‘syok sendiri’ tanpa disertakan buktinya. Apa yang penting, perbincangan seharusnya dalam bentuk yang akademik.

Page 6: Salam Sejahter2

Salam Sejahtera Rakan Rakan

Saya menyokong pendapat cikgu bahawa Implkasi kajian ini sangat berguna kepada pengkaji itu sendiri atau pun pengkaji yang lain khususnya terhadapt masalah yang dapat diselesaikan atau diatasi. Mereka akan jadikan dapatan ini sebagai panduan dalam kajian yang akan datang sama ada dapatan yang kemudian itu selari dengan kajian yang dibuat. Selain itu , sesuatu kajian itu berjaya atau sebaiknya akan menjadikan pengkaji baru membuat penambahbaikan dalam kajian yang seterusnya agar dapatan yang diobjektifkan itu berjaya didapati.Penulis harus membuat rumusan secara ringkas tentang kajian yang dilakukan dan apakah bentuk sumbangan kajian tersebut kepada badan ilmu. Penulis juga harus mengemukakan cadangan-cadangan baru yang terhasil daripada penemuan kajian yang dilakukan supaya pihak pengkaji lain akan dapat manfaatnya. Antara lain yang kita dapati ialah menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.Selain itu juga dapat menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.