Saluran Dan Peredaran Darah

9
SALURAN DAN PEREDARAN DARAH Komponen-komponen utama dalam sistem peredaran darah ialah jantung, darah, dan juga salur darah. Jantung merupakan organ yang amat penting dalam saluran dan peredaran darah. Jantung kita ialah satu organ yang berotot dan berongga seberat kira-kira 320 gram. Saiznya besar sedikit daripada genggam penumbuk tangan kita. Bentuknya seperti buah pear atau kon. Peranan utama jantung ialah mengepam darah ke seluruh badan kita. Darah yang dipam oleh jantung membawa bahan-bahan yang diperlukan oleh sel-sel tubuh kita melalui salur darah bernama arteri. Manakala, hasil sisa dari sel termasuk karbon dioksida akan dibawa kembali ke jantung melalui salur darah yang dinamai vena. Jantung pula akan mengepam darah ini ke paru-paru untuk proses pertukaran gas oksigen. Jantung dibahagikan kepada empat ruang utama, iaitu dua atrium dan dua ventrikel. Rajah 1 : Menunjukan empat ruang utama jantung

description

nota ringkas

Transcript of Saluran Dan Peredaran Darah

SALURAN DAN PEREDARAN DARAHKomponen-komponen utama dalam sistem peredaran darah ialah jantung, darah, dan juga salur darah. Jantung merupakan organ yang amat penting dalam saluran dan peredaran darah. Jantung kita ialah satu organ yang berotot dan berongga seberat kira-kira 320 gram. Saiznya besar sedikit daripada genggam penumbuk tangan kita. Bentuknya seperti buah pear atau kon. Peranan utama jantung ialah mengepam darah ke seluruh badan kita. Darah yang dipam oleh jantung membawa bahan-bahan yang diperlukan oleh sel-sel tubuh kita melalui salur darah bernama arteri. Manakala, hasil sisa dari sel termasuk karbon dioksida akan dibawa kembali ke jantung melalui salur darah yang dinamai vena. Jantung pula akan mengepam darah ini ke paru-paru untuk proses pertukaran gas oksigen. Jantung dibahagikan kepada empat ruang utama, iaitu dua atrium dan dua ventrikel. Rajah 1 : Menunjukan empat ruang utama jantung

Atrium menerima darah yang kembali ke jantung dari peredaran. Ventrikel pula mengepam darah keluar dari jantung ke seluruh tubuh badan atau ke paru-paru. Dinding ventrikel nyata lebih tebal jika dibandingkan dengan atrium.Darah dari seluruh badan tubuh yang kembali ke jantung memasuki atrium kanan dan kemudian ke ventrikel kanan ; darah ini kurang beroksigen dan mengandungi lebih karbon dioksida. Ventrikel kanan mengepam darah ini ke dalam arteri pulmonary yang membawanya ke paru-paru akan seterusnya kembali ke atrium kiri untuk pertukaran gas. Darah kaya oksigen dari peparu akan seterusnya kembali ke atrium kiri melalui vena pulmonary. Sistem peredaran darah melalui paru-paru adalah sistem peredaran pulmonari. Darah dari atrium kiri memasuki ventrikel kiri yang mengepam darah ke dalam aorta (arteri terbesar di tubuh). Melalui aorta dan cabang-cabangnya, darah kaya oksigen ini akan dibekalkan ke seluruh tubuh. Darah mengalir melalui jantung dalam satu arah sahaja, iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya melalui salur arteri terbesar. Ini berlaku kerana terdapatnya injap di jantung yang membuka atau mengatup bergantung pada tekanan dalam ruang jantung. Fungsi buka-katup injap ini memastikan laluan sehala darah dalam sistem peredaran darah. Di antara atrium dan ventrikel, terdapat injap yang menghalang aliran berbalik ke dalam atrium semasa ventrikel mengecut dan berkontraksi, iaitu injap trikuspid di sebelah kanan dan injap mitra/bikuspid di sebelah kiri masing-masing dikawal oleh injap pulmonary dan injap aorta. Rajah 2 : Ruang-ruang dan injap-injap di jantung

Jantung perlu bekalan darah yang mencukupi supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya, jantung perlu berfungsi keras, aliran darahnya mesti tambah. Jantung dibekalkan darah melalui arteri koronari kiri dan kanan yang berasal dari pangkal aorta. Arteri koronari dan cabang-cabang utama terdapat di permukaan jantung, sementara cabang-cabang kecil menembusi lapisan mikrodium yang tebal. Aliran darah ke jantung belaku semasa jantung berelaksasi kerana semasa jantung berdenyut, cabang-cabang arteri tertekan.Cara darah mengalir dari jantung apabila kontraksi dan juga relaksasi. Kontraksi dan relaksasi berlaku selang seli. Semasa jantung berelaksasi, darah mengisi ruang-ruang jantung. Semasa jantung berkontraksi, darah dipam keluar ke dalam peredaran. Darah dapat dipam keluar dari jantung apabila injap aorta dan injap pulmonary terbuka. Tidak semua darah di dalam ventrikel dipam keluar; hanya kira-kira 65% jumlah darah dalam ventrikel dikeluarkan. Setelah fasa kontraksi tamat, jantung mengalami relaksasi semula untuk membolehkan darah mengisi ruang-ruang jantung. Proses ini berlaku secara teratur. Secara mendalam mari kita lihat tentang salur darah di dalam tubuh badan kita secara mendalam. Terdapat 3 salur darah di dalam tubuh kita iaitu arteri, vena, dan juga kapilari. Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian badan yang lain. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonary. Manakala, vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Kaedah litar peredaran (kitaran) pulmonari adalah pengangkutan darah tidak beroksigen dari jantung ke paru-paru. Darah beroksigen akan kembali ke jantung. Darah akan masuk ke atrium kanan di mana semasa menguncup akan mengarahkan darah melalui injap trikuspid ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan menguncup untuk menolak darah melalui arteri pulmonari ke salur pulmonary. Salur pulmonari berpecah dua iaitu satu ke arteri pulmonari kanan yang membawa darah ke paru-paru kanan dan satu lagi arteri pulmonary kiri yang membawa darah ke pulmonary kiri. Di dalam paru-paru, arteri pulmonari bercabang ke arteri yang lebih kecil yang dinamakan arteriole. Arteriole bersambung ke bahagian bawah kapilari yang mengandungi tisu paru-paru alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini, karbon dioksida meninggalkan sel darah merah dan dikeluarkan ke udara dalam alveoli untuk dibuang dalam paru-paru. Oksigen dari udara dalam alveoli bergabung dengan haemoglobin dalam sel darah merah. Dari kapilari darah bergerak ke vena kecil atau venules. Venules adalah dari kiri dan kanan paru-paru dan membentuk vena pulmonari. Vena ini akan membawa darah beroksigen dari paru-paru balik ke jantung dan atrium kiri. Atrium ini menguncup, menghantar darah melalui injap bikuspid ke ventrikel kiri. Ruang ini bertindak sebagai pam untuk darah beroksigen yang baru (segar). Bila ventrikel kiri menguncup, ia akan menghantar darah beroksigen melalui injap semilunar aortik kemudiannya aorta.

Rajah 3 : Sistem peredaran pulmonary & sistemik

Apabila saluran dan peredaran darah tidak berfungsi dengan baik seperti yang dinyatakan di atas maka timpalah pelbagai masalah kesihatan, terutamanya penyakit jantung. Penyakit jantung adalah penyakit yang mengganggu sistem salur darah atau lebih tepatnya menyerang jantung dan urat-urat darah. Beberapa contoh penyakit jantung seperti jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit jantung koroner merupakan penyakit jantung yang penderitanya paling banyak. Penyakit ini menyerang salur darah dan dapat menyebabkan serangan jantung. Serangan jantung disebabkan oleh salur arteri yang tersumbat sehingga menghambat penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung. Stroke disebabkan oleh kurangnya aliran darah yang mengalir ke otak yang terkadang menyebabkan pendarahan di otak.Cardiomyopathies menyerang pada otot jantung itu sendiri. Mereka yang terserang penyakit ini biasanya mengalamai pembesaran atau pengecilan jantung secara tidak normal dan atau bahkan menjadi kaku. Hal itu menyebabkan jantung mengepam darah secara tidak normal (menjadi lebih lemah). Tanpa penjagaan yang baik, cardiomyopathies akan menyebabkan penyakit yang lebih buruk seperti gagal jantung atau menyebabkan jantung berdetak tidak normal. Pericarditis adalah radang yang mengelilingi lapisan jantung. Kondisi ini jarang terjadi dan biasanya disebabkan oleh infeksi. Ada banyak faktor yang menyebabkan kerentanan terhadap penyakit jantung. Faktor utama adalah gaya hidup yang menyebabkan seolah-olah kita membangun penyakit tersebut di dalam tubuh. Tapi ada beberapa faktor yang memang tidak dapat diubah, seperti bertambahnya umur dan juga faktor keturunan.

Jenis-jenis penyakit jantung: 1. Penyakit injap jantung Jantung mempunyai empat injap. Injap-injap tersebut boleh menjadi sempit atau bocor. Injap jantung merupakan bahagian yang sering dirosakkan oleh penyakit 'thematik fever'.2. Penyakit jantung kongenital Ia berlaku semasa kelahiran. Dinding jantung yang tidak tertutup dengan sempurna menyebabkan jantung berlubang. 3. Penyakit otot-otot jantung Apabila otot jantung rosak, fungsi jantung sebagai pam akan tergendala. Penyakit yang sering merosakkan otot jantung ialah darah tinggi, serangan virus dan sesetengah tidak diketahui puncanya. 4. Gangguan degupan jantung Jantung mempunyai pendawaian semulajadi, berdenyut mengikut rentak yang menerima rangsangan terus dari sistem saraf dan hormon di dalam darah. Kelainan pada sistem pendawaian, kerosakan rentak atau otot-otot jantung menyebabkan jantung berdenyut terlalu laju atau perlahan (aritmia). 5. Penyakit jantung koronari Ia berlaku apabila salur koronari yang membawa darah ke jantung yang licin dan tidak mempunyai apa-apa lapisan ini menjadi tebal dan sempit. Penyempitan ini berlaku kerana lemak atau kolestrol di dalam darah melekat pada dinding salur tersebut. Ia menyukarkan perjalanan darah daripada mengalir ke otot-otot jantung. Implikasinya berlaku 'ischemia' di mana jantung kekurangan oksigen dan tenaga untuk bekerja dan mengakibatkan seseorang itu berasa sakit dada. Jika ia berlaku secara tiba-tiba maka bekalan darah ke jantung akan terputus. Ia dikenali segabai 'heart attack' dan pesakit akan mati secara tiba-tiba.

Kesimpulanya, saluran dan peredaran darah merupakan komponen atau sistem yang amat penting di dalam tubuh badan manusia. Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah atau cara yang paling baik untuk menjaga kesihatan diri kita. Amalan gaya hidup sihat ini bukan hanya menitikberatkan makanan seimbang yang diambil setiap hari tetapi senaman dan aktiviti riadah adalah faktor utama bagi penjagaan kesihatan dan jantung kita.