Sambutan Maulidur rasul 2012

download Sambutan Maulidur rasul 2012

of 6

Transcript of Sambutan Maulidur rasul 2012

  • 8/2/2019 Sambutan Maulidur rasul 2012

    1/6

    TEKS JURUACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

    Assalamu'alaikum umat pilihan,BismilLah diucap tanda pembukaan,Kehadrat Allah dirafa'kan segala pujian,Selawat dan salam kepada Junjungan.

    Juga kepada Sahabat sekelian,Termasuk pengikutnya hingga akhir zaman,Pembawa sinar purnama bulan,Laksana mentari terang sinaran.

    Yang Berusaha,Encik Mansor bin TahirGuru Besar, SK Simpang Lima Darat

    Yang DihormatiTuan Haji Ahmad Tarmizi bin Mohd NasGuru Penolong Kanan 1, SK Simpang Lima Darat

    Encik Aziz bin NinggalGuru Penolong Kanan HEM, SK Simpang Lima Darat

    Encik Rozaini bin Abdul HamidGuru Penolong Kanan Kokurikulum SK SimpangLima Darat

    Yang Berbahagia,Tuan Haji Mohd Noh bin MontalibYang DiPertua PIBG SK Simpang Lima Darat

    Yang Dihormati,Encik Rosli bin SaringNaib Yang DiPertua PIBG SK Simpang Lima Darat

    Yang BerbahagiaDatuk Hj Abdul Rahim bin Abdul chalik al hafizUstaz madrasah tahfiz Chenderah, Melaka/pendakwah bebas

    Yang BerbahagiaEn. Jupri bin Abdul SamadTuan Imam Masjid Jamek Simpang Lima Darat

    Guru-guruAhli-ahli Jawatankuasa PIBGIbu bapa dan para jemputanSerta murid-murid yang dikasihi sekalian.

    KATA ALUAN

    SK SIMPANG LIMA DARAT

  • 8/2/2019 Sambutan Maulidur rasul 2012

    2/6

    TEKS JURUACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

    12 R.Awal menjelma lagi,Hari Keputeraan Nabi (SAW) yang diingati,

    Oleh muslimin dan muslimat sejati,

    Seluruh dunia hidup diberkati.

    Mengingatinya memang suatu yang mesti,Agar iman subur dihati,

    Taqwa bertambah setiap hari,Amal dan ibadat sebagai bukti.

    Alhamdulillah, marilah kita sama-samamemanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yangMaha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua

    maka kita diberikan luangan waktu dankesempatan, dianugerahkan kesihatan yang baikuntuk kita sama-sama berkumpul di dewan SKSImpang lima darat ini bagi satu majlis ilmu,meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkatsekolah tahun 2012 bersamaan dengan 1433 tahunhijrah.Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkanrasa cinta dan kasih kepada Junjungan RasulullahS.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping

    menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahimsesama warga sekolah, selaras dengan temasambutan Maulidur Rasul tahun 1433 Hijrah;Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

    Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggiterima kasih kepada semua para jemputan keranasudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.

    BACAAN DOA

    Menadah tangan pohon perkenanAgar majlis berjalan lancarAl-Fatihah kita lafazkanApa dihajat moga terpancar

    Hadirin sekalian

    Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuhbarakah ini, majlis dengan segala hormatnya,mempersilakan

    ___________________________________________________untuk menyampaikan bacaan doa.

    Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

    Amin amin Ya Robbanalamin.Terima kasih diucapkan kepada________________________________________________atas bacaan doa itu tadi.

    Semoga dengan bacaan doa itu tadi majlis kitaakan dapat berjalan dengan lancar dan mendapatkeberkatan daripada Allah S.W.T

    BACAAN A L-QURANSegala acara disusun teliti,Demi memuliakan kelahiran Nabi,Perarakan dimulakan dipagi hari,

    SK SIMPANG LIMA DARAT

  • 8/2/2019 Sambutan Maulidur rasul 2012

    3/6

    TEKS JURUACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

    Bacaan AlQuran turut akan didengari.

    Hadirin sekalian,

    Majlis pada pagi yang berbahagia ini akandimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yangakan disampaikan oleh Halimatus Saadiah bintiRosli.

    Majlis mempersilakan.

    Terima kasih diucapkan kepada HalimatusSaadiah binti Rosli.atas bacaan ayat-ayat suci Alquran itu tadi.

    BERZANJI DAN MARHABANHadirin sekalianBagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakanMuhammad Danis Haziq bin Md Ghazali untukmenyampaikan bacaan berzanji, diikuti marhaban

    dan selawat. Untuk itu, diminta para hadirin agardapat berselawat bersama-sama. Dipersilakan.

    Terima kasih diucapkan kepada Adik _Muhammad Danis Haziq bin Md Ghazali_ atasbacaan berzanji itu tadi.

    UCAPAN ALUAN GBHadirin Sekalian,

    Bagi meneruskan acara, majlis dengan segalahormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik

    Mansor bin Tahir Guru Besar SK Simpang LimaDarat untuk menyampaikan ucapan aluannya.Dipersilakan.

    Terima Kasih diucapkan kepada Encik Mansor atasucapan aluan yang disampaikan itu tadi.

    CERAMAH AGAMACeramah agama makanan rohani,Marilah kita bersama-sama menghayatinya,Semoga kita semua diberkati Illahi,Dan juga keredaan yang Maha Esa

    SK SIMPANG LIMA DARAT

  • 8/2/2019 Sambutan Maulidur rasul 2012

    4/6

    TEKS JURUACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

    Hadirin sekalianMajlis ilmu ini akan diteruskan dengan ceramahMaulidur Rasul oleh penceramah jemputan yang

    diundang dari Melaka. Sebelum itu,____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Tanpa melengahkan masa, Majlis mempersilakanYang Berbahagia alfadil Datuk Hj Abdul Rahim binAbdul chalik al hafizUstaz madrasah tahfiz Chenderah, Melaka/

    pendakwah bebas.

    marilah kita bersama-sama mendengar danmenghayati ceramah yang akan disampaikan

    Demikian tadi ceramah yang telus lagi kudus,penuh dengan pengajaran jua teladan. Semogaapa yang diutarakan oleh beliau sebentar tadidapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalandalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam.Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada

    alfadil Datuk Hj Abdul Rahim bin Abdul chalik alhafiz di atas ceramah yang telah disampaikan olehbeliau itu tadi.

    PENYAMPAIAN CENDERAHATI

    Hadirin sekalian,

    Majlis akan diteruskan lagi dengan acarapenyampaian cenderahati.

    Untuk meneruskan majlis, saya menjemputYang_______________________________________________

    _______________________________________diiringioleh____________________________________________pentas untuk menyampaikan cenderahati

    Dipersilakan1. Halimatus Saadiah binti Rosli.2. Muhammad Danis Haziq bin Md Ghazali

    Terima kasih diucapkankepada.. dankerana menyampaikan hadiah itutadi dan Tahniah diucapkan kepada murid-murid

    SK SIMPANG LIMA DARAT

  • 8/2/2019 Sambutan Maulidur rasul 2012

    5/6

    TEKS JURUACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

    yang berjaya.

    PENYAMPAIAN CENDERAHATI

    Kini majlis diteruskan dengan penyampaiancenderahati. Sebagai tanda penghargaan daripadapihak majlis pada pagi ini, majlis menjemput danmempersilakan yang berusaha..diiringinaik ke pentas untuk menyampaikancenderahati kepada kepada penceramah jemputan.Dipersilakan

    Dipersilakan Yang Berbahagia alfadil Datuk HjAbdul Rahim bin Abdul chalik al hafizUstaz madrasah tahfiz Chenderah, Melaka/pendakwah bebasnaik kepentas untuk menerima cenderahati .

    Terima kasih diucapkankepada

    .. dankerana menyampaikan hadiah itutadi.

    Seterusnya penyampaian cenderahati kepadaMuraqib Surau Sk simpang lima darat

    Dipersilakan

    1. M faizi bin Mohd Jais

    2. M fadli bin santosa3. M Amirul bin Hairullah4. M Fitri bin Bahari5. M Hafizul Hakim b Jamaludin

    Terima kasih diucapkankepada..

    Dengan penyampaian cenderahati itu tadi makaberakhirlah majlis sambutan Maulidur Rasul

    peringkat sekolah 2012 ini

    MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAHMENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBATSEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAHSEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.

    SK SIMPANG LIMA DARAT

  • 8/2/2019 Sambutan Maulidur rasul 2012

    6/6

    TEKS JURUACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

    INDAH TERUKIR CIPTAAN SENILEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU

    JARI SEPULUH DISUSUN KINIANDAINYA ADA KATA TERLALU.

    Sebelum majlis bersurai.Majlis menjemput tuan-tuan dan puan-puan,tetamu jemputan, guru-guru murid-murid untukmenikmati jamuan yang disediakan di kantin.

    Dengan itu, maka berakhirlah majlis kita pada hariini.

    WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAHWASSALAMUALAIKUM W.BT

    SK SIMPANG LIMA DARAT