Samsung

10
SAMSUNG GROUP LATAR BELAKANG SYARIKAT SAMSUNG Samsung pada awal penubuhannya pada tahun 1938 hanyalah sebuah kedai runcit yang diusahakan oleh Lee Byung-chul. Ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947 apabila perniagaan Lee bertambah maju. Apabila perang Korea meletus, Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya. Lee tidak pernah berputus asa dan apabila perang Korea tamat, beliau membuka kilang penapisan gula dan kilang bulu. Pada tahun 1960-an, Lee agak bernasib baik kerana Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi firma-firma perniagaan seperti Samsung. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberikan Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana

description

application of mix marketing.

Transcript of Samsung

SAMSUNG GROUP

LATAR BELAKANG SYARIKAT SAMSUNGSamsung pada awal penubuhannya pada tahun 1938 hanyalah sebuah kedai runcit yang diusahakan oleh Lee Byung-chul. Ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947 apabila perniagaan Lee bertambah maju. Apabila perang Korea meletus, Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya. Lee tidak pernah berputus asa dan apabila perang Korea tamat, beliau membuka kilang penapisan gula dan kilang bulu. Pada tahun 1960-an, Lee agak bernasib baik kerana Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi firma-firma perniagaan seperti Samsung. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberikan Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa era pemerintahan Presiden Park Chung-hee.Nama Samsung adalah berasal dari perkataan Korea Hanja yang bermaksud tristar atau three star (tiga bintang). Perkataan three itu membawa maksud sesuatu yang besar dan berkuasa danstar membawa maksud berkekalan.

Samsung Group diasaskan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai sebuah syarikat perdagangan di Taegu, Korea Selatan. Selama tiga(3) dekad ia beroperasi, Samsung Group telah menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuklah bidang pemprosesan makanan, pakaian, insurans, keselamatan dan jualan runcit. Pada tahun 1960, Samsung Group telah memasuki industri elektronik dan pada pertengahan tahun 1970 mereka telah menceburi industri perkapalan dan pembinaan. Selepas kematian Lee Byung-chull, Samsung telah dipecahkan kepada empat (4) kumpulan perniagaan :-1.Samsung Group2.Shinsegae Group3.CJ Group4.Hansol Group

Sejak tahun 1990, Samsung telah meningkatkan perniagaannya di peringkat global terutama dalam bidang elektronik. Perindustrian yang terpenting bagi Samsung Group adalah Samsung Electronics, Samsung Heavy Industries dan Samsung Engineering and Samsung C&T. Selain itu, perindustrian lain yang diceburi oleh Samsung Group adalah Samsung Life Insurance, Samsung Everland, Samsung Techwin dan Cheil Worldwide.

SENARAI PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH SAMSUNGTelevisyen televisyen Aksesori televisyenAudio / Video Pemain DVD Blu-ray Player Teater Rumah Audio WirelessKamera Kamera SMART Kamera Kamera GALAXYPC / Peripherals & Pencetak Monitor Pencetak / berbilang fungsi Bekalan & Pilihan

Peralatan Rumah Peti sejuk Mesin cuci Ketuhar Gelombang Mikro Penghawa dingin Penyedut hampagasPeranti Mudah Alih Smartphone Telefon GALAXY Nota Tablet Wearables HomeSync AksesoriMemori / Storan Kad Memori Negeri Drive Pepejal

Top of FormBottom of FormSTRATEGI PEMASARAN SAMSUNG PRODUK Mengeluarkan produk elektrik. Penjenamaan semula simbol, nama, lambang dan rekabentuk. Samsung mempelbagaikan pembungkusan, stail, warna, pilihan dan saiz. Samsung menggunakan duta seperti Datuk Lee Chong Wei

HARGAHarga yang ditetapkan oleh Samsung untuk setiap versi produknya itu mestilah ditanggap oleh pengguna sesuai dengan faedah yang bakal mereka nikmati setelah menggunakan telefon pintar tersebut. Sekiranya harga yang ditawarkan cuma berbeza sedikit, pengguna mungkin membeli telefon bimbit yang lebih canggih tetapi sekiranya perbezaannya besar, maka mereka cenderung untuk memilih telefon pintar yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka.

PROMOSI

Majalah Contohnya, untuk mengiklankan telefon pintar, Samsung memilih majalah Ering dan majalah PC. Kedua-dua majalah ini memberikan informasi terkini mengenai telefon bimbit dan komputer yang berada dalam pasaran. Iklan dalam majalah juga lebih menarik kerana majalah dicetak menggunakan kertas yang bermutu tinggi. Oleh kerana majalah mempunyai jangka hayat yang panjang, pendedahan iklan kepada pembaca adalah lebih lama dan meluas sehingga membolehkan iklan tersebut kekal dalam fikiran pembaca.

Televisyen Samsung juga boleh memilih televisyen sebagai media untuk mengiklankan produk telefon pintarnya. Televisyen adalah satu media pengiklanan yang dapat menarik minat dan perhatian pengguna melalui penglihatan dan pendengaran. Gabungan warna, pergerakan dan bunyi-bunyian menjadikan iklan di televisyen lebih menarik daripada iklan dalam media cetak. Ia juga mempunyai liputan yang meluas di mana hampir kesemua isirumah kini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah set televisyen. Selain itu pengiklan boleh memilih masa siaran yang sesuai dengan pasaran sasaran. Sebagai contoh, Samsung boleh memilih waktu perdana untuk mengiklankan produk terbarunya, iaitu pada pukul 8.00 malam ke atas. Waktu perdana adalah masa yang paling sesuai untuk mengiklankan produk kerana pada masa ini hampir kesemua golongan penonton akan berada di hadapan televisyen. Selain daripada televisyen, Samsung boleh menggunakan khidmat pengiklanan luar. Media yang dimaksudkan adalah seperti iklan-iklan di dinding bangunan, badan bas, teksi, papan iklan manual atau elektronik dan juga sepanduk yang digantung pada tiang-tiang lampu, diterbangkan oleh pesawat kecil atau berbentuk belon besar. Pengiklanan sebegini dikatakan tidak terlalu mahal dan dapat menarik perhatian pengguna. Semasa iklan dipaparkan, tidak terdapat iklan pesaing bersamanya. Ini memudahkan pengguna mengingati produk yang diiklankan.

Internet Internet adalah antara media pengiklanan terbaru yang berada di pasaran. Iklan dipaparkan di komputer melalui talian telekomunikasi. Samsung merupakan antara organisasi besar yang menggunakan internet sebagai salah satu media pengiklanan produknya. Melalui internet, pengiklan bukan sahaja mengiklankan produk tetapi ia membenarkan pengguna membuat pesanan secara talian terus melalui laman sesawang yang disediakan. Penggunaan internet sememangnya baik kerana pengiklan boleh mengubahsuai kandungan mesej iklan pada bila-bila masa apabila dirasakan perlu berbuat demikian. Pengiklan juga boleh mengetahui bilangan audien yang telah melayari laman sesawang mereka. Laman sesawang boleh dibina sendiri oleh pengiklan dan ia hanya melibatkan kos yang kecil.

PenggunaSamsung juga boleh memilih pengiklanan maya untuk mempromosikan produknya kepada pengguna. Pengiklanan maya menggunakan implan digital sesuatu jenama seperti Samsung dan disiarkan bersama-sama rancangan lain. Samsung boleh melibatkan organisasinya dalam penajaan sesuatu temasya sukan,contohnya Sukan Sea di Asia Tenggara. Pengguna di negara-negara Asia Tenggara dapat melihat pengiklanan maya di kaca televisyen semasa Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Sea. Semasa siaran langsung tersebut sedang ditayangkan,pengguna dapat melihat imej yang tertera produk terkini Samsung bersama penaja-penaja rasmi sukan Sea yang lain di kaca televisyen. Pengiklanan maya ini tidak mengganggu rancangan yang sedang disiarkan kerana ia menjadi sebahagian daripada rancangan itu. Ini bermakna, kadar tumpuan penonton terhadap iklan yang disiarkan adalah sama seperti kadar tumpuan mereka terhadap rancangan yang ditonton. PENGEDARANSamsung menggunakan khidmat peruncit seperti peruncitan tanpa kedai. Peruncitan tanpa kedai bermaksud peruncit yang menjual produk tanpa menubuhkan premis perniagaan yang boleh dikunjungi oleh pengguna ketika hendak membeli produk. Antara contoh peruncitan tanpa kedai termasuklah pemasaran pesanan melalui pos (mail-order marketing), tele-pemasaran (telemarketing), pemasaran elektronik (electronic marketing) dan sebagainya.Pemasar hanya mengirimkan brosur atau katalog kepada pengguna. Samsung juga boleh mengiklankan didalam akhbar dengan menyertakan borang pesanan khas yang memerlukan pengguna untuk mengeposkan borang pesanan tersebut untuk membeli produk yang diiklankan. Tele-pemasaran juga sesuai untuk mengagihkan produk Samsung. Pembeli akan memesan terus kepada penjual melalui panggilan telefon setelah melihat atau mendengar pengiklanan di televisyen. Pengguna yang berminat terhadap produk akan terus membuat panggilan telefon untuk pesanan. Seterusnya, ialah pemasaran elektronik. Samsung menggunakan kemudahan internet untuk mengiklankan produknya Pengguna yang tertarik dengan produk akan membuat pesanan secara talian terus dengan melengkapkan makumat mengenai butir diri yang diperlukan.PERUBAHAN LOGO SAMSUNG

CONTOH IKLAN SAMSUNG20112010

20122013