SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf ·...
Transcript of SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf ·...
1
SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN KEPADAAMALAN PARA SAHABAT1
Oleh: Prof. Madya Dr. Faudzinaim bin Haji Badaruddin2
Pengenalan
Institusi tarekat tasawuf merupakan suatu wadah penghayatan amalan Islam berteraskan al-
Quran dan al-Sunnah untuk membina keperibadian yang bertaqwa. Dari segi sejarah, ia telah pun
wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w tetapi tidak mempunyai nama yang tertentu dan khusus.
Aspek-aspek yang berkaitan dengan pendidikan kerohanian berasaskan tasawuf dan tarekat tetap
dikembang dalam masyarakat Islam pada abad pertama dan kedua Hijrah. Terdapat tokoh-tokoh
yang dikenali dalam kalangan Sahabat dan Tabi`in r.a.h dikaitkan dengan tasawuf dan tarekat
walaupun nama kedua ilmu tersebut masih belum dikenali dan masyhur. Hal tersebut adalah
lumrah bagi setiap ilmu dalam Islam. Pada abad ketiga hijrah dan seterusnya, ilmu tasawuf telah
diajar dan disebarkan melalui institusi tarekat. Sebagaimana ilmu tasawuf mendapat tentangan
yang begitu hebat sepanjang sejarah perkembangannya, begitulah juga hal yang terjadi kepada
gerakan tarekat di sepanjang sejarahnya. Berbagai persepsi dan reaksi telah diberikan oleh para
ulama Islam dan masyarakat Islam terhadap amalan bertarekat dalam dunia Islam. Namun di
sebalik tentangan yang dihadapkan terhadap ilmu tasawuf dan tarekat, keduanya tetap berada
dalam masyarakat Islam kerana kedua-duanya diakui sebagai sebahagian daripada korpus ilmu-
ilmu keislaman yang berbagai.
Tarekat Pada Bahasa dan Istilah
Dari sudut bahasa, perkataan tarekat berasal dari perkataan Arab al-tariq (jama`nya, al-turuq
atau al-tara’iq) yang bererti jalan. Dari perkataan inilah datangnya perkataan al-tariqah yang
kemudiannya diMelayukan menjadi perkataan tarekat. Di dalam bahasa Arab, terdapat banyak
perkataan yang sama ertinya dengan perkataan al-tariq atau al-tariqah seperti perkataan al-sirat,
1 Kertas Kerja ini dibentang dalam “Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan 2015” pada 7-8September 2015 anjuran JAKIM, IWM, MAIS dan MAIWP di Dewan Dato’ Shahir, ILIM.
2 Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM merangkap Panel Pakar Akidah JAKIM
2
al-sabil, al-sirah, al-manhaj (al-Bustani 1986) yang membawa maksud jalan, cara dan kaedah
untuk sampai kepada sesuatu. Perkataan dan pengertian tersebut telah digunakan di dalam al-
Quran seperti:
یسیرا لك على ٱ لدین فیھا أبدا وكان ذ ١٦٩إال طریق جھنم خ(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamuwahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yangtelah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya dan malaikatjuga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)(al-Nisa’; 169).
ا ھم م موا على ٱلطریقة ألسقین ١٦ء غدقا وألو ٱستقAdapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadibahan bakaran bagi Neraka Jahannam (al-Jinn; 16)
Dari sudut istilah tasawuf pula, perkataan al-tariqah ini diberikan takrif yang berbeza-
beza menurut ulama-ulama sufi dan para pengkaji ilmu tasawuf. Secara umumnya, ia boleh
dibahagikan kepada dua bentuk pengertian iaitu umum dan khusus. Dalam bentuk pengertian
yang umum, tarekat merujuk kepada jalan agama Allah iaitu Islam. Pengertian tarekat dengan
makna ini digunakan oleh Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah (t.th) ketika menghuraikan asal
usul tasawuf dan ilmunya;
Tasawuf merupakan salah satu ilmu syariat yang muncul dalam Islam. Iaberlandaskan cara yang sentiasa dihayati oleh golongan salaf daripada kubar al-sahabah dan tabi`in serta generasi selepas mereka, sebagai tariqat al-haq wa al-hidayah (jalan kepada kebenaran dan petunjuk). Asalnya ialah berterusanmengerjakan ibadat serta penumpuan sepenuhnya kepada Allah, menjauhikepalsuan dan tarikan dunia, bersikap zuhud dalam semua perkara yang menjadirebutan orang ramai seperti keseronokan, kekayaan dan pangkat sertamengasingkan diri dengan sepenuhnya dari orang ramai, berkhalwah keranamelakukan amal ibadah. Cara seperti ini adalah amalan menyeluruh di kalanganpara sahabat dan salaf.
3
Sementara itu, pengertian tarekat dengan maknayang khusus pula boleh dibahagikan kepda
dua bahagian iaitu pengertian dari sudut zahir dan pengertian dari sudut batin. Pengertian tarekat
dari segi zahir adalah seperti yang dinyatakan oleh Abu `Ula al-`Afifi (1963):
Tatacara yang khusus atau himpunan adab dan ajaran yang diamalkan olehsesuatu kumpulan sufi
Manakala pengertian tareqat dari segi batin pula adalah seperti yang diberikan oleh Shaykh Najm
al-Din Kubra (Jahid 1997):
al-Tariqah itu ialah melakukan takwa dan perkara-perkara yang dapatmenghampirkan diri kepada Allah merentasi berbagai rintangan dan peningkatanberbagai maqamat.
Shaykh `Abd al-Razzaq al-Qashani (1991):
al-tariqah ialah al-sirah (jalan) yang khusus bagi al-salikin (orang-orang yangberjalan) menuju Allah merentangi berbagai rintangan dan melalui peningkatanberbagai al-maqamat.
Takrif-takrif yang diberikan di atas menunjukkan persamaan antara satu sama lain. Ia
merujuk kepada suatu jalan atau cara atau kaedah yang dijalani secara khusus oleh golongan
salik untuk sampai kepada Allah s.w.t. Tarekat dengan erti perjalanan menuju Allah dengan cara
yang khusus merupakan rangkuman berbagai kegiatan. Secara prinsipnya, sebuah institusi
tarekat mempunyai tiga unsur penting iaitu syeikh mursyid, murid atau salik dan kaifiyat atau
kaedah.
Unsur pertama tarekat yang penting ialah shaykh murshid merupakan satu ciri terpenting.
Malah lahirnya sebuah tarekat adalah bertolak daripada ciri ini sehingga ia menjadi titik pusar
bagi kewujudan sebuah tarekat di samping menjadi punca kemundurannya tarekat juga.
Demikian pentingnya kedudukan dan peranan syeikh ini, maka banyak istilah yang dirujukkan
kepada posisi ini seperti al-murshid, al-murabbi, al-muwajjih, al-abb al-ruhi, al-mu`allim, al-
mu`addib dan tabib rohani dalam masyarakat Melayu. Kesemua gelaran ini secara tidak langsung
4
memberikan indikasi mengenai kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh tunjang tarekat
ini.
Bagi kalangan para sufi, mereka mensyaratkan pimpinan seorang shaykh murshid ke atas
seorang salik atau murid yang ingin sampai kepada Allah s.w.t. Oleh itu, seorang syeikh tarekat
disyaratkan mempunyai sanad ilmu atau silsilah perguruan. Menurut mereka, para tokoh sufi
yang terbesar yang berjaya mengasaskan tarekat-tarekat yang hidup subur sehingga kini adalah
kesan dan hasil didikan daripada para syeikh yang menjadi guru-guru mereka. Justeru itu, maka
para tokoh tasawuf kerap menegaskan keperluan mencari guru yang benar:
Abu Yazid al-Bistami: Sesiapa yang tidak mempunyai guru maka gurunya adalahsyaitan.
Abu `Ali al-Daqqaq: Pohon yang tumbuh dengan sendiri tanpa ada yangmenanamnya akan subur berdaun rebdang tetapi tidak berbuah. Demikian jugaseorang murid, jika tidak berguru yang dapat memandu dan memimpin jalannyasenafas demi senafas maka ia lebih mengabdi kepada nafsunya tanpa dapatmelepaskan diri daripadanya.
Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen
yang penting dalam amalan bertarekat kerana ia membentuk kesempurnaan kewujudan sesebuah
tarekat. Secara khusus, pengertian murid dalam ilmu tarekat ialah:
Orang yang bertekad untuk masuk ke dalam sebuah tarekat sufi, menempuh jalan merekadan untuk melapskan pelbagai penyakit dan bahaya nafsu sehingga dia mencapai sepertiyang mereka [sufi] capai” (Rohimuddin 2011)
Dalam tarekat, seorang murid berkedudukan sebagai orang yang dibimbing dan bukannya
seorang yang mempunyai iradah. Fungsi mereka dalam sesebuah tarekat ialah mempelajari
segala sesuatu yang diajarkan atau melakukan segala sesuatu yang dilatihkan syeikh mursyid
kepadanya yang merupakan tujuan asal dari ajaran-ajaran sesuatu tarekat berasaskan kepada
syarat dan adab-adab yang mesti disempurnakan.
5
Unsur ketiga sebuah institusi tarekat pula ialah kaedah dan kaifiyat yang benar kerana ia
menjadi asas kepada pencapaian matlamat dalam bertarekat. Beberapa perkara yang terkandung
dalam unsur ketiga ini ialah aspek ilmu yang sahih berteraskan akidah dan syariat Islam, silsilah
yang sahih, pengamalan zikir, adab-adab dan tidak memisahkan antara syariat dan hakikat,
Sanad Tarekat
Sanad berasal dari kalimah Arab sanada, yasnudu یسند) ,(سند yang bererti sandaran,
tempat bersandar, tempat berpegang, sokongan, yang dipercaya dan yang sah. Pada
kebiasaannya, dalam penggunaan biasa ia boleh dimaknai secara umum sebagai sesuatu yang
menjadi tempat sandaran sesuatu yang lain bagi menentukan kebenaran atau kepalsuannya sebab
kesahihan sesuatu perkataan atau ilmu sentiasa bersandar pada sanad untuk diterima atau ditolak.
Dalam konteks tarekat tasawuf, maka sanad tarekat adalah merujuk kepada silsilah atau
rangkaian orang-orang yang membawa sesbuah tarekat.
Satu istilah lain yang sering digunakan pada kebiasaan yang berkaitan tarekat tasawuf
ialah al-silsilah. Dari perspektif ilmu tarekat, silsilah ialah persambungan rangkaian hubungan
para masha`ikh tarekat yang tertentu yang memimpin satu generasi ke satu generasi tanpa putus.
Dalam erti kata lain, silsilah tarekat adalah merujuk kepada makna silsilah perguruan, didikan
kerohanian dan pemindahan ilmu, amalan dan ehwal kerohanian dari seorang guru kepada anak
muridnya (Manam 2011, 23).
Kepentingan Sanad/Silsilah Dalam Ilmu Tarekat
Sanad adalah suatu asas penting dalam sebuah tarekat tasawuf kerana ia menghubungkan
syeikh tarekat semasa dalam suatu jaringan atau silsilah masha`ikh sebelumnya bagi sesebuah
tarekat. Hubungan rantaian dengan para masha`ikh tersebut menjadi bukti kepada keautoritian
seorang syeikh tarekat bagi membawa, mengajar dan menyebar tarekat yang diizinkan
kepadanya. Tanpa sanad yang benar dan sahih, sesebuah tarekat itu tidak dikira sah di sisi ahli
tarekat. Ia merupakan saluran pengaliran keberkatan kerohanian daripada Nabi Muhammad
s.a.w. Ia mempunyai hubungan yang amat erat dengan beberapa elemen penting dalam tarekat
6
tasawuf seperti saluran pengaliran keberkatan kerohanian daripada Nabi Muhammad s.a.w,
mempunyai pengaruh dalam proses tazkiyat al-nafs, peningkatan maqamat dan keizinan
penyebaran sesebuah tarekat.
Dalam kehidupan setiap muslim, setiap amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan
adalah diiringi dengan harapan agar diterima dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Penerimaan dan keberkatan Allah s.w.t. itu sudah tentu akan menambah ketinggian darjat di sisi
Allah s.w.t. dalam Islam, Rasulullah s.a.w adalah sumber keberkatan daripada Allah s.w.t yang
diperolehi oleh umat Islam melalui pelaksanaan yang tepat terhadap setiap aspek ajaran Islam.
Sumber keberkatan itu diwarisi oleh para sahabat r.a.h dan seterusnya diwariskan kepada
generasi yang menjadi murid-murid mereka. Pewarisan keberkatan ini terus berpindah kepada
satu generasi kepada satu generasi yang menjadi pewaris ilmu dan keberkatan Rasulullah s.a.w.
Unsur keberkatan itu terlihat daripada kesan terhadap jiwa dan kehidupan generasi yang
mewarisinya.
Berasaskan kepada pemindahan atau pewarisan keberkatan itu, maka tarekat menjadikan
kebenaran sesebuah silsilah sebagai asas penting dalam menentukan kebenaran sesebuah tarekat.
Silsilah sesebuah tarekat merujuk kepada rantaian hubungan nama-nama yang panjang yang satu
bertalian dengan yang lain, bermula daripada syeikh mursyid hingga kepada Rasulullah saw.
Silsilah bagi seorang syeikh mursyid merupakan sesuatu yang penting untuk mengajar
dan memimpin sesuatu tarekat kerana ia boleh menjadi piawaian pertama kepada menentukan
kesahihan sesebuah tarekat pimpinan seseorang itu. Syarat utama kepada penerimaan kebenaran
sebuah tarekat itu ialah rantaian hubungan yang tidak putus daripada syeikh dengan gurunya dan
seterusnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Di samping itu, hubungan rantaian yang tidak
putus ini amat penting dalam keberadaan sebuah tarekat kerana ia menghasilkan keberkatan
(batin) atau pewarisan keberkatan daripada Rasulullah s.a.w melalui syeikh mursyid kepada salik
atau murid.
7
Kedudukan keberkatan (al-barakah) yang dipastikan melalui hubungan silsilah yang
tidak putus dalam tarekat amat penting kerana ia mampu memberikan kesan rohani kepada
seorang salik dalam mengharungi perjalanan kerohanian. Tarekat sebagai jalan rohani adalah
bersifat batin, rumit dan sulit, yang dikelilingi oleh musuh yang batin dan ghaib juga. Keberkatan
itu dapat menjadi benteng yang mengawal salik (bersama kesungguhannya) dari terjebak dengan
kesesatan syaitan. Sebaliknya, tanpa barakah atau kesan rohani itu, tarekat yang dijalani oleh
salik tidak akan mempunyai manfaat, yang diperolehi melalui irsyad dan tarbiyah guru ke atas
murid melalui kata-katanya, nasihatnya, saranannya, atau isyaratnya yang benar-benar dirasa
terukir di dalam hati.
Di samping al-barakah, konsep al-idhn atau izin juga mempunyai kaitan yang amat erat
dengan konsep silsilah. Di agama, terdapat dua bentuk keizinan iaitu yang bersifat umum dan
khusus. Keizinan yang bersifat khusus merujuk kepada kebenaran ke atas setiap orang Islam
untuk menjadi pendakwah atau da`i kepada agama Allah s.w.t yang bterangkum di dalam
konteks al-amr bi al-ma`ruf wa al-nahy `an al-munkar. Keizinan dalam konteks yang khusus
dalam konteks tarekat pula merujuk kepada keizinan khas seorang syeikh mursyid kepada murid-
muridnya untuk melaksanakan tugas irsyad dan tarbiyah rohani (Faudzinaim 2008)
Persahabatan Sahabat Dengan Rasulullah s.a.w Sandaran Sanad Tarekat
Untuk memahami sandaran sanad tarekat dalam amalan para Sahabat r.a.h. maka perlu terlebih
dahulu memahami secara menyeluruh konsep tarekat dalam ilmu tasawuf. Seperti yang telah
dijelaskan di atas, tarekat adalah satu jalan atau kaedah pendidikan kerohanian yang khusus
dilaksanakan oleh seorang murid atau salik dalam satu Jemaah atau kumpulan di bawah
bimbingan seorang guru.
Proses bimbingan di bawah seorang guru itu adalah meliputi banyak aspek bagi
memastikan kejayaan seorang murid itu dalam mencapai tujuannya bertarekat. Bertarekat bukan
hanya terbatas kepada amalan baiah dan pentalqinan zikir serta beristiqamah dalam amalan
tersebut. Bahkan, bertarekat mengandungi dan merangkumi makna yang lebih mendalam di
8
mana segala kaifiyat yang disebutkan tadi adalah termasuk dalam mencapai tiga aspek tarekat
iaitu al-ta`lim, al-tarbiyah dan al -tarqiyah (Jahid 1997; 170-172).
Aspek al-ta`lim merujuk kepada proses keilmuan yang berlaku dalam hubungan antara
seorang guru dengan murid. Ilmu merupakan asas amalan, ikutan dan pembimbing awal kepada
seorang yang mahu memperbaiki dirinya melalui jalan bertasawuf. Dalam erti kata lain, ilmu dan
amal merupakan dua saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan kerana ilmu tanpa amal tidak
akan memberi manfaat kepada semurid dan juga sebaliknya amal tanpa didasari oleh ilmu yang
sahih akan memberi mudarat kepadanya. Oleh itu, pencarian, penerapan dan pemahaman
berasaskan ilmu yang benar menurut Islam merupakan perkara asas dalam kaedah ilmu tasawuf.
Aspek al-tarbiyyah merujuk kepada suatu proses pengasuhan jiwa atau rohani atau hati
menerusi dua proses utama iaitu al-takhalli, yakni proses pembersihan hati daripada sifat-sifat
yang keji (al-mazmumah) dan maksiat batin dan al-tahalli, yakni proses pengisian dan
penghayatan hati dengan sifat-sifat atau akhlak yang terpuji (al-mahmudah).
Satu lagi aspek yang amat berkait rapat dengan unsur tarbiyah ialah aspek al-tarqiyyah.
Al-Tarqiyyah merujuk kepada elemen peningkatan dalam pendakian rohani melalui pelbagai
maqamat hati supaya lebih hampir kepada Allah s.w.t dan keredaan-Nya. Dalam erti kata yang
lain, al-tarqiyah ialah suatu usaha mensucikan hati daripada segala al-aghyar yang
mengakibatkan hati manusia diselubungi ghaflah kepada Allah s.w.t. Sebaliknya, peningkatan
dalam maqamat akan memberikan kesan terhadap peningkatan tahap ingatan atau dhikr murid
kepada Allah s.w.t.
Tiga aspek yang terkandung dalam amalan bertarekat ini terkandung isyaratnya di dalam
al-Quran apabila Allah s.w.t menyatakan secara jelas tujuan pengutusan Nabi Muhammad s.a.w.
ب وٱلحكمة ویز تك ویعلمھم ٱلكت نھم یتلوا علیھم ءای یھم إنك أنت ٱلعزیز ٱلحكیم ربنا وٱبعث فیھم رسوال م ك١٢٩
Wahai Tuhan kami, utuskan kepada mereka seorang Rasul dari kalangan merekasendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman)Mu dan
9
mengajarkan mereka isi kandungan Kitab a(al-Quran) serta Hikmahkebijaknsanaan, dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik danmaksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi maha Bijaksana. Al-baqarah, 129
تھۦ وی ن أنفسھم یتلوا علیھم ءای على ٱلمؤمنین إذ بعث فیھم رسوال م ب لقد من ٱ یھم ویعلمھم ٱلكت زكبین وٱلحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضل ١٦٤ل م
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan )rahmat-Nya) kepada orang yangberiman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul daribangsa mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah (kandungan al-Qur’an)yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkanmereka (dari iktikad yang sesat) serta mengajar mereka Kitab Allah (al-Quran)dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dansesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalamkesesatan yang nyata. Ali `imran, 164
Suatu perkara yang cukup penting dalam memahami konsep dan kedudukan amalan
bertarekat ini ialah kesukaran yang dihadapi dalam proses pentarbiyahan jiwa dan rohani
manusia. Kesukaran itu paling awalnya sudah digambarkan melalui penggunaan istilah
mujahadat al-nafs atau jihad al-nafs. Istilah tersebut merujuk kepada suatu usaha yang
bersungguh-sungguh ke arah memerangi nafs al-ammarah bi al-su’, yakni nafsu yang yang
cenderung kepada keburukan. Nafsu inilah yang menjadi punca kepada kelalaian (ghaflah)
manusia, ragu, syirik, keinginan, cenderung melayani syahwat, mendorong marah dan
kesombongan, lari daripada kebaikan, cenderung menderhakai Allah s.w.t dan berat
melaksanakan ibadah. Ringkasnya, antara musuh manusia yang paling hampir dengannya adalah
musuh yang bersifat ghaib, yakni nafsunya sendiri.
Dalam konteks melawan nafsu ammarah bi al-su’ ini, para ulama telah menyatakan
kesukaran yang paling berat sekiranya tidak mendapat bimbingan daripada seorang shaykh yang
murshid, yang mahir dalam selok belok pendidikan jiwa dan rohani manusia. Apabila seorang
murid itu mendapat bimbingan secara langsung daripada seorang guru yang benar lagi sahih,
maka ia akan mendapat berbagai pengalaman amalan secara praktikal berkaitan cara-cara
membersihkan jiwa yang sebenar di samping juga mendapat limpahan keberkatan daripada
10
rohani shaykh murshid yang boleh mendorongnya untuk mencapai sifat kesempurnaan hati dan
kemuliaan akhlak serta menjauhkan daripada berbagai-bagai sifat kekurangan, kerendahan dan
kekejian.
Oleh yang demikian para masha’ikh tasawuf amat menekankan keperluan kepada seorang
guru yang mursyid bagi membantu murid atau salik mencapai tujuan bertasawuf. Shaykh Ibn
`Ata’ Allah al-Sakandari menyatakan (`Isa 1970);
Selayaknya bagi seorang yang bercita-cita mendapat pertunjuk atau inginmenjalani jalan pertunjuk agar mencari shaykh dari kalangan ahli tahqiq yangsuluk, yang meninggalkan hawa nafsu serta mantap dalam berkhidmat kepadaAllah s.w.t, Apabila telah menemuinya maka ikutilah apa yang disuruh sertajauhilah apa yang ditegah dan dilarang.
Syeikhmu yang hakiki bukanlah sekadar kaku mendengar [ilmu daripadanya],akan tetapi orang yang engkau ambil tingkah laku mereka sebagai teladan. Bukanorang yang ungkapannya menembusi telingamu tetapi orang yang denganisyaratnya sahaja sudah mampu meresap ke lubuk hatimu. Bukan orang yanghanya menjemoutmu di muka pintu tetapi orang yang mengangkat hijab antaraAllah dengan kamu. Juga bukan orang yang berhadapan denganmu dengan hanyakata-kata tetapi orang yang tindak tanduknya mampur membangkitkan kamudaripada lena. Syeikh kamu yang hakiki ialah orang yang mengeluarkan kamudaripada penjara hawa nafsu dan membawa kamu ke hadrat Allah. Syeikh kamuyang sebenar ialah yang sentiasa menggilap cermin hatimu sehingga terpancarcahaya kebesaran Tuhan di dalam hatimu.
Shaykh `Abd al-Wahhab al-Sha`rani (`Isa 1970) menulis;
Bersuluklah wahai saudara dengan bimbingan syeikh yang memberi manfaat,menjadikan kamu sentiasa bermuamalah dengan Allah s.w.t sehingga bisikannafsu “aku ingin pergi ke sana untuk buat sesuatu”, “aku ingin buat itu”, “ingincakap ini” dan lain-lain lagi tidak merosak solatmu. Jika tidak bisikan nafsu tadiakan sentiasa mendampingimu dalam solat sehinggakan setiap kali solat kamuhampir-hampir tidak dapat menyelamatkan diri daripadanya tidak kira sama adketika solat sunat atau wajib. Yakin dan waspadalah daripada keinginan untukwusul tanpa bimbingan guru sebagaimana berlaku kepada golongan yang salingberbantah tanpa ilmu.
Shaykh `Abd al-Wahhab juga menegaskan;
Kalaulah jalan qawm (sufi) boleh ditempuhi hanya dengan kefamana tanpamemerlukan syeikh yang memandu murid sudah pasti orang seperti Hujjat al-
11
Islam Imam al-Ghazali dan Shaykh `Izz al-Din ibn `Abd al-Salam tidak perluuntuk belajar tentang adab daripada seorang syeikh. Sebelum melalui jalantersebut, kedua mereka pernah mengatakan, “Sesiapa yang mendakwa bahawaterdapat jalan untuk menuntut ilmu yang berbeza dengan jalan yang berada ditangan kami, orang tersebut telah mendustai Allah s.w.t. Seteklah merekamemasuki jalan tasawuf, mereka pula mengatakan, “Sesungguhnya kami telahmensia-siakan umur kami dengan perkara yang batil dan yang menghijabkan[daripada melihat hakikat].
Penghayatan amalan dan elemen-elemen yang wujud dalam tarekat seperti yang diterangkan di
atas telah terkandung isyaratnya dalam amalan suhbah atau persahabatan terjadi antara
Rasulullah s.a.w dan para Sahabat-nya r.a.h. Oleh itu, suhbah adalah antara paksi penting dalam
pertarbiyahan yang terlaksana dalam institusi tarekat tasawuf sebagaimana yang dipercontohkan
dalam amalan para Sahabat r.a.h. Para pengikut setia Nabi Muhammad s.a.w dipakaikan gelaran
Sahabat, dan tidak pengikut atau pembantu. Pemakaian dan pemasyhuran gelaran tersebut pada
hakikatnya mengandungi makna yang mendalam dalam menggambarkan hubungan istimewa
yang terjalin antara Nabi Muhammad s.a.w dengan para pengikut Baginda s.a.w.
Hubungan tersebut bukan terhenti pada hubungan inter personal sahaja, merangkumi
aspek-aspek yang bersifat pengajaran, pendidikan dan peningkatan rohani para sahabat yang
bersahabat dengan Baginda s.a.w. Para Sahabat r.a.h tidak mencapai kedudukan yang terpuji dan
tinggi dari segi kerohanian kecuali setelah mereka bersuhbah dengan Rasulullah s.a.w dan duduk
bersamanya. Begitu juga dengan para tabi`in r.a.h yang datang selepas mereka tidak juga
memperolehi kedudukan dan darjat yang mulia dan tinggi melainkan setelah mereka berhimpun
dengan para Sahabat r.a.h.
Dalam erti kata lain, jalan amali yang menyampaikan para Sahabat kepada penyucian
jiwa dan ketinggian kemuliaan rohani ialah dengan suhbah bersama Rasulullah s.a.w.
Perhubungan persahabatan yang terjalin dengan baginda s.a.w bukan hanya menambah
ketinggian keimanan, ketaqawaan dan akhlak para Sabahat ra.h, bahkan juga memberi kesan dari
segi penyembuhan penyakit hati dan keaiban diri.
12
Berdasarkan amalan para Sahabat r.a.h. tersebut, para sufi membuat kesimpulan bahawa
adalah kesilapan bagi sesiapa yang meyangka bahawa dirinya sendiri mampu mengubati
penyakit hatinya melalui pembacaan al-Quran semata-mata dan mengulangkaji hadis baginda
s.a.w. Ini kerana al-Quran dan al-Hadis bolehlah diumpamakan sebagai himpunan pelbagai jenis
ubat bagi pelbagai jenis penyakit jiwa dan hati. Oleh itu, seseorang yang berusaha membersihkan
rohaninya daripada pelbagai penyakit jiwa dan hati memerlukan seorang doktor bagi
memberikan ubat yang sesuai dan serasi dengan penyakitnya di samping pembacaan al-Quran
dan al-Hadis. Dalam erti kata lain, pembacaan al-Quran dan al-Hadis yang diikuti dengan
kefahaman dan pengamalan kehendak kedua-duanya adalah penting di samping bimbingan
seorang yang mahir dengan kaedah pengubatan rohani manusia.
Dengan erti kata lain, Rasulullah sa.w mengubati hati para Sahabat dan membersihkan
jiwa mereka melalui contoh tauladan dan sabda-sabda baginda. Sebagai contoh, pengalaman
yang dilalui oleh Ubay bin Ka`ab menghuraikan makna yang tersebut di atas;
Daripada Saidina Ubay bin Ka`ab r.a katanya: Suatu ketika aku berada di masjid,tiba-tiba seorang lelaki masuk lalu solat. Dia membaca bacaan yang akumenginkari bacaannya itu. kemudian lelaki lain pula memasuki masjid lalumembaca bacaan yang tidak serupa dengfan sahabatnya. Apabola kedua-duanyatelah selesai solat kami semua masuk bertemu Rasulullah s.a.w, lalu aku berkatakepada baginda s.a.w: Sesungguhnya lelaki ini membaca bacaan yang akumengingkari bacaannya, lalu datang yang lain dan membaca bacaan yang tidakserupa dengan sahabatnya. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh keduanya membaca,lalu keduanya membaca. Maka Nabi s.a.w mengelokkan bacaan kedua-duanya.Setelah itu hilanglah pendustaan yang ada pada diriku dan (perkara tersebut) tidak(pernah berlaku) ketika aku berada dalam jahiliyah. Apabila Rasulullah s.a.wmelihat apa yang menyelubungiku, Baginda menepuk dadaku ekmudian akuberpeluh dan keadaanku seolah-olah aku melihat Allah dalam keadaan yangterlalu takut.
Berdasarkan konteks hadis tersebut, Shaykh `Abd al-Qadir Isa (1970) menjelaskan:
Peristiwa di atas menunjukkan bahawa para Sahabat r.a.h tidak mampu mengubati jiwamereka dengan hanya pembacaan al-Qur’an. Bahkan mereka turut melazimi ‘hospital’Rasulullah s.a.w kerana sesungguhnya baginda s.a.w adalah orang yang membersihkanmereka dan pembimbing dalam tarbiyah para Sahabat sepertimana yang dinyatakan olehAllah s.w.t di dalam al-Quran:
13
ی یھم ھو ٱلذي بعث في ٱألم تھۦ ویزك نھم یتلوا علیھم ءای ب وٱلحكمة وإن كانوا ن رسوال م ویعلمھم ٱلكتبین ل م ٢من قبل لفي ضل
Dialah yang telah mengutuskan dalam mkalangan orang Arab (ummiyin, seorangRasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakankepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dankekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), sertamengajarkan mereka Kitab Allah (al-Qur’an) dan Hikmah (pengetahuan yangmendalam mengenai hukum-hukium syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum(kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu`ah: 2):
{Dalam ayat ini] Penyucian hati dibezakan dengan pengajaran al-Quran keranayang dikehendaki oleh Allah dari firmannya (ویزكیھم ) ialah rasulullah s.a.wmemberikan mereka hal keadaan penyucian. Justeru terdapat perbezaan yangbesar antara ilmu penyucian dengan hal kesucian sebagaimana perbezaan antarailmu kesihatan dengan keadaan sihat. Dalam hal ini, menghimpunkan kedua-duanya adalah perkara yang paling sempurna.
Hubungan persahabatan yang istimewa antara para Sahabar r.a.h dengan Nabi
Muhammad s.a.w itu telah membawa kepada kemunculan istilah al-suhbah dalam ilmu tarekat.
Konsep ini kemudiannya berkembang pada zaman seterusnya membentuk al-tariqah. Al-Suhbah
dalam istilah ilmu tarekat adalah persahabatan dalam konteks yang menyeluruh meliputi aspek
pentarbiyahan rohani dan penyucian jiwa.
Menurut Imam al-Qushayri (t.th, 486), suhbah terbahagi kepada tiga jenis. Pertama,
suhbah atau persahabatan dengan orang yang lebih tinggi maqamnya. Maka pada asalnya, ia
adalah khidmat. Kedua, suhbah dengan orang yang lebih rendah maqamnya. Maka hendaklah
bersifat kasih dan rahmat sedang yang mengikuti pula bersifat setia dan menghormati. Ketiga,
suhbah dengan yang sama maqam. Maka ia dibina atas asas ithar , yakni mengutamakan orang
lain, dan kebijaksanaan..
Penjenisan yang diungkap oleh al-Qushayri itu memberi isyarat bahawa konsep suhbah
dalam konteks ilmu tasawuf mempunyai tujuan yang lebih khusus, bukan sekadar persahabatan
yang bersifat umum atau tahap adat kebiasaan. Bentuk yang pertama ialah suhbah seorang murid
yang ingin mendapat ta`lim, taribiyah dan tarqiyah bersama dengan syeikhnya. Bentuk yang
kedua pula ialah gambaran hubungan antara seorang syeikh yang memberi ta`lim dan tarbiyah
14
kepada anak muridnya. Bentuk yang ketiga pula ialah suhbah, yakni persahabatan yang terjalin
antara murid-murid yang berada di bawah bimbingan ta`lim dan tarbiyah seorang syeikh
murabbi. Daripada aspek suhbat al-Rasul oleh para Sahabat r.a.h akhirnya menjadi satu jalan
atau sandaran kepada aspek sanad atau silsilah tarekat.
Amalan al-Baiah Sandaran Sanad Tarekat
Seorang murid yang mencari kesempurnaan diri melalui tazkiyat al-nafs perlu mendapat
bimbingan seorang guru yang mursyid. Proses bimbingan dan tarbiyah ruhiyyah itu akan berlaku
setelah seorang murid itu melakukan janji setia dengan gurunya. Perjanjian atau baiah tersebut
sebagai simbolik kepada penyerahan urusan pentarbiyahan diri murid itu kepada gurunya (`Isa
1970). Usaha menggabungkan diri ini bermula apabila seseorang itu membuat perjanjian dengan
syeikh yang dipilih olehnya. Perjanjian ini disebut sebagai al-bai`ah, yang bererti perjanjian (al-
‘ahd) kesanggupan kesetiaan seorang murid di hadapan gurunya untuk mengamal dan
mengerjakan segala amalan dan kebajikan yang akan diperintahkan oleh gurunya.
Kalangan tokoh sufi mempercayai bahawa proses al-bay`ah ini akan dapat memberi
kesan yang mendalam kepada orang yang menerima pengajaran itu dan dapat menguatkan tali
ikatan perguruan dan persaudaraan kukuh yang tidak akan putus antara seorang murid dan
gurunya. Kedudukannya dalam konteks tarekat boleh dilihat dari dua sudut. Daripada sudut
seorang yang memberikan bai`ahnya membuktikan akan kesediaannya untuk menyerahkan diri
untuk mendapat tarbiyah dan ditarbiyahkan. Di samping itu, ia juga adalah sebagai satu janji oleh
seseorang itu untuk mengamalkan segala perintah dan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan
oleh syeikhnya. Dari perspektif syeikh yang menerima bai`ah, ia memberikan pertunjuk akan
kesediaannya untuk memberi didikan kepada muridnya itu.
Di kalangan ahli tasawuf, baiah merupakan satu tradisi yang diterima, diakui dan
dipraktikkan sehingga kini. Para sufi memberi dan menerima baiah dari umat manusia kepada
tauhid, ikhlas dalam ilmu dan amal, mengikuti sunnah, bertaubat dari segala dosa dan maksiat,
mentaati Allah dan rasul, sentiasa mengawasi dan menjauhkan diri daripada perkara keji dan
mungkar, memusuhi kezaliman dan penidasan, menyuburkan minat untuk menghias diri dengan
akhlak yang mulia, membuang diri dari sifat-sifat keji, mengajarkan (talqin) zikir dan seterusnya
15
memimpin dan mendidik jiwa yang bersih untuk menyambung tugas dakwah. Sandaran amalan
baiah dalam tarekat ini secara umumnya berdasarkan firman Allah s.w.t yang maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setiakepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh),mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah;Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untukmembalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janjisetianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpadirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannyakepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar”.(al-Fath:10)
Amalan baiah seperti yang dinyatakan tersebut tidaklah menimbulkan keraguan kerana
mempunyai sandaran yang kuat daripada al-Quran dan al-Sunnah. Di samping itu, terdapat juga
Hadis-hadis yang merekodkan perbuatan baiah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
bersama dengan para Sahabat r.a.h. daripada kalangan muslimin dan muslimat.
علیھ وسلم ، قال وحولھ عصابة من أصحا صلى هللا بایعوني :بھ أن رسول هللا شیئا ، وال تسرقوا ، وال تزنوا ، وال تقتلوا أوالدكم ، وال على أن ال تشركوا باتأتوا ببھتان تفترونھ بین أیدیكم وأرجلكم ، وال تعصوا في معروف ، فمن وفى نیا فھو كفارة لھ ، ، ومن أصاب من ذلك شیئا فعوقب في الد منكم فأجره على هللا إن شاء عفا عنھ وإن شاء فھو إلى هللا ومن أصاب من ذلك شیئا ثم ستره هللا
عناه على ذلك، فبای عاقبھ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda ketika berada ditengah-tengahsebahagian sahabat: Berbai'atlah kalian kepadaku untuk tidakmenyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, tidak mencuri, tidakberzina, tidak membunuh anak-anak kalian, tidak membuat kebohonganyang kalian ada-adakan antara tangan dan kaki kalian, tidak bermaksiatdalam perkara yang ma'ruf. Barangsiapa diantara kalian yangmemenuhinya maka pahalanya ada pada Allah dan barangsiapa yangmelanggar dari hal tersebut lalu Allah menghukumnya di dunia maka ituadalah kafarat baginya, dan barangsiapa yang melanggar dari hal-haltersebut kemudian Allah menutupinya (tidak menghukumnya di dunia)maka urusannya kembali kepada Allah, jika Dia mahu, dimaafkannyaatau disiksanya. Maka kami membai'at baginda untuk perkara-perkaratersebut.(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari. Kitab al-Iman, Bab `Alamat al-Iman Hubb al-`Ansar. No 17)
16
Hadith lain turut merakamkan perkara tersebut dengan lafaz yang hampir sama seperti;
امت سمع عنھ ، قال عبادة بن الص علیھ وسلم : رضي هللا كنا عند النبي صلى هللا شیئا ، وال تزنوا ، وال تسرقوا ، وقرأ أتبایعوني على أن ال تش :فقال ركوا با
، ومن آیة النساء وأكثر لفظ سفیان قرأ اآلیة ، فمن وفى منكم فأجره على هللامن أصاب منھا شیئا من ذلك ، أصاب من ذلك شیئا فعوقب فھو كفارة لھ ، و
بھ ، وإن شاء غفر لھ إن شاء عذ ، فھو إلى هللا فستره هللا
Maksudnya: Telah di dengar `Ubadah bin Samit berkata: Ketika kamibersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Berbaiahlah kaliankepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidakberzina, tidak tidak mencuri (Kemudian baginda s.a.w membaca ayat al-Nisa’ dan ditambah Sufyan lafaz membaca ayat-ayat), Maka barangsiapayang menepatinya maka ganjarannya di sisi Allah, dan barangsiapa yangmemungkiri salah satu janji itu maka dia akan dibalas dan ia adalahkafarah baginya, dan barangsiapa yang memungkiri janji itu kemudianditutup oleh Allah, maka urusan dia adalah dengan Allah sama ada Allahmengazabnya atau Allah mengampunkannya.(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari. Kitab Tafsir al-Quran, Bab Surah al-Mumtahinah. No. 4540)
امت عن علیھ وسلم في مجلس كنا مع : ، قال عبادة بن الص صلى هللا رسول هللا شیئا ، وال تزنوا ، وال تسرقوا ، وال :، فقال تبایعوني على أن ال تشركوا با
إال بالحق ، فمن وفى م م هللا ومن تقتلوا النفس التي حر نكم ، فأجره على هللاأصاب شیئا من ذلك ، فعوقب بھ فھو كفارة لھ ومن أصاب شیئا من ذلك ، فستره
بھ إن شاء عفا عنھ ، وإن شاء عذ علیھ فأمره إلى هللا هللا
Maksudnya: Dari `Ubadah bin Samit berkata, : Ketika kami bersamaRasulullah s.a.w, baginda bersabda: Berbaiahlah kalian kepadaku untuktidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak berzina, tidak tidakmencuri, tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecualidengan haq, Maka barangsiapa yang menepatinya maka ganjarannya disisi Allah, dan barangsiapa yang memungkiri salah satu janji itu maka
17
dia akan dibalas dan ia adalah kafarah baginya, dan barangsiapa yangmemungkiri janji itu kemudian ditutup oleh Allah, maka urusan diaadalah dengan Allah sama ada Allah mengampunkannya atau Allahmengazabnya.(al-Muslim, Sahih Muslim. Kitab al-Hudud, Bab al-HududKifarat li Ahliha. No. 3229)
Di dalam kitab al-Shari`ah wa al-Tariqah, Shaykh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi
(1898-1982M) menegaskan bahawa hadis-hadis tersebut merupakan dalil kepada amalan baiah di
dalam tarekat tasawuf. Ayat dan hadis di atas membuktikan bahawa baiah yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. bersama dengan para Sahabat r.a.h bukanlah baiah yang merujuk memeluk
Islam atau baiah berjihad, tetapi baiah yang merujuk kepada golongan sufi sebagai satu ikrar
untuk memperteguhkan niat dan . Baiah tersebut adalah untuk menguatkan lagi pelaksanaan
hukum-hakam Islam (al-Kandahlawi 1976).
Manakala mengenai isu talqin zikir pula, Shaykh `Abd al-Wahhab al-Sha’rani telah
menulis satu bab bertajuk Bab Sanad al-Talqin al-Sufi di dalam kitabnya yang bertajuk al-Anwar
al-Qudsiyyah. Beliau menegaskan bahawa amalan talqin itu merupakan amalan daripada
Rasulullah s.a.w dengan lafaz kalimah La ilaha illa Allah. Baginda s.a.w telah mentalqinkan
para sahabat sama ada dalam bentuk individu atau kumpulan sahabat r.a.h dan kemudiannya ia
telah menjadi rantaian sanad dalam tarekat. (al-Sha’rani 1988).
امت وشداد بن أوس أبي حدثني كنا عند : حاضر یصدقھ ، قال عبادة بن الص علیھ وسلم فقال : ھل فیكم غریب ؟ ، یعني أھل الكتاب ، قلنا : " النبي صلى هللا
، قا ال إلھ إال : ارفعوا أیدیكم ، فقولوا :أغلقوا الباب ، وقال : ل ال یا رسول هللا یده ، ثم قال ، فرفعنا أیدینا ساعة ، ثم وضع نبي هللا أنك بعثتني : هللا الحمد
ني بھا ، ووعدتني علیھا الجنة ، إنك ال تخلف المیعاد ، ثم بھذه الكلمة ، وأمرت قد غفر لكم : قال أبشروا فإن هللا
Maksudnya: Shaddad bin Aus dan dibenarkan oleh Ubadah bin Shamit,yang menceritakan: Suatu hari kami pernah berkumpul bersamaRasulullah Saw, lalu beliau bertanya, ‘Apakah diantara kalian terda patorang luar (gharib) [yakni, ahlul-kitab]?”. Lalu kami (para Sahabat)menjawab,“Tidak, wahai Rasulullah!” Kemudian Rasulullahmemerintahkan untuk menutup pintu dan berkata, ‘Angkatlah tangankalian dan ucapkan: “La Ilaaha Illallah” (Tidak ada Tuhan yang haqselain Allah).” Sadad bin Aus berkata: Kemudian kami mengangkat
18
tangan kami sesaat dan mengucapkan kalimat, “La Ilaha IllaLlahu”(Tidak ada Tuhan yang haq selain Allah). “Lalu Rasulullah meletakkantangannya sambil berdoa: “Segala puji hanya milik Allah, ya Allah,sesungguhnya Engkau telah mengutusku dengan membawa Kalimat ini,Engkau memerintahku dengan Kalimat ini, Engkau telah menjanjikankusurga atas Kalimat ini, dan sesungguhnya Engkau tidak akanmengingkari janji.“Kemudian Rasulullah Saw. berkata kepada paraSahabat, “Bergembiralah kalian kerana Allah s.w.t telah mengampunikalian.
Di samping itu, terdapat juga beberapa buah Hadis lain berkaitan talqin zikir ini yang menjadi
sandaran golongan tarekat tasawuf.
امت شداد بن أوس أبي حدثني كنا عند : حاضر صدقھ ، قال وعبادة بن الص علیھ وسلم ، فقال أھل : یعني " ؟ ھل فیكم أحد من غیركم : النبي صلى هللا
: الكتاب ، قلنا ارفعوا أیدیكم ، :ثم قال , فأمر بإغالق الباب , ال یا رسول هللا : فقولوا , فرفعنا أیدینا ساعة ,ال إلھ إال هللا صلى هللا علیھ ثم وضع نبي هللا
: " ثم قال , وسلم یده , اللھم إنك بعثتني بھذه الكلمة ، وأمرتني بھا ,الحمد قد : " وقال , " إنك ال تخلف المیعاد , ووعدتني علیھا الجنة غفر أبشروا إن هللا
لكم
Maksudnya: Shaddad bin Aus dan dibenarkan oleh Ubadah bin Shamit,yang menceritakan: Suatu hari kami pernah berkumpul bersamaRasulullah Saw, lalu beliau bertanya, ‘Apakah diantara kalian terdapatorang selain daripada kamu [yakni, ahlul-kitab]?”. Lalu kami (paraSahabat) menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah!” Kemudian Rasulullahmemerintahkan untuk menutup pintu dan berkata, ‘Angkatlah tangankalian dan ucapkan: “La Ilaaha Illallah” (Tidak ada Tuhan yang haqselain Allah).” Sadad bin Aus berkata: Kemudian kami mengangkattangan kami sesaat dan mengucapkan kalimat, “La Ilaha IllaLlahu”(Tidak ada Tuhan yang haq selain Allah). “Lalu Rasulullah meletakkantangannya sambil berdoa: “Segala puji hanya milik Allah, ya Allah,sesungguhnya Engkau telah mengutusku dengan membawa Kalimat ini,Engkau memerintahku dengan Kalimat ini, Engkau telah menjanjikankusyurga atas Kalimat ini, dan sesungguhnya Engkau tidak akanmengingkari janji.“Kemudian Rasulullah Saw. berkata kepada paraSahabat, “Bergembiralah kalian kerana Allah s.w.t telah mengampunikalian (al-Tabrani, Musnid al-Shamiyayni li Tabrani. No 1081)
Dalam sebuah hadis yang lain dinyatakan:
19
تعالى وأسھلھا على عباده وأفضلھا ع : فقال علي ، دلني على أقرب الطرق إلى هللا ، یا رسول هللا ند هللا
علیھ وسلم صلى هللا تعالى في الخلوة علیك بمداومة ،یا علي : " فقال رسول هللا : ، فقال علي " ذكر هللا
الة والسالم ؟ ، قال علیھ الص ات : " كیف أذكر یا رسول هللا ض عینیك واسمع مني ثالث مر ، فقال " غم
علیھ وسلم ات ال إلھ : " صلى هللا ثالث مر وجھھ " إال هللا م هللا : " ، وعلي یسمع منھ ، ثم قال علي ، كر
علیھ وسلم یسمع ات والنبي صلى هللا ثالث مر ال إلھ إال هللا
Sayyidina `Ali berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkan kepada sedekat-dekat jalan
kepada Allah ta`ala dan paling mudah ke atas hamba-Nya dan paling utama di sisi
Allah s.w.t. Maka Rasulullah bersabda: Wahai`Ali, hendaklah engkau sentiasa
berzikir kepada Allah ta`ala dalam keadaan kamu sendirian. Maka `Ali pun
berkata: Bagaimanakah hendak aku berzikir wahai Rasulullah? Maka Rasulullah
s.a.w. pun bersabda: Tutupkan kedua mata mu, dan dengari daripada aku tiga kali.
Maka Rasulullah s.a.w pun membaca: La ilaha Illa Allah tiga kali. Dan Sayyidina
`Ali pun mendengar daripada baginda s.a.w dan membaca, “la ilaha illa Allah”
tiga kali dan Nabi s.a.w pula mendengarnya.
یارسول هللا دلني على أقرب الطرق الى هللا وأسھلھا على عباده وأفضلھا عنده تعالى فقال النبي صلى هللا
فقال رسول .. علي كل الناس ذاكرون فخصني بشيءفقال.. علیھ وسلم علیك بمداومة ذكر هللا سرا وجھرا
هللا صلى هللا علیھ وسلم أفضل ما قلتھ أنا والنبیون من قبلي ال الھ اال هللا ولو أن السموات واألرضیین في
كفة وال الھ اال هللا في كفة لرجحت بھم كفة ال الھ اال هللا والتقوم القیامة وعلى وجھ االرض من یقول ال الھ
إغمض عینیك واسمع مني ال الھ إال هللا ) صلى هللا علیھ وسلم(ثم قال علي فكیف اذكر ؟ قال النبي .. اال هللا
رواه البزار ) ( ثالث مرات ثم قلھا ثالثا وانا أسمع ثم فعل ذلك برفع الصوت
باسناد حسن
Daripada Sayyidina `Ali bin Abi Talib r.a. Dia Berkata, “Wahai Rasulullah,
tunjukkan kepada ku sededat-dekat jalan kepada Allah `azza wa jalla dan paling
mudah ke atas para hamba dan paling utama di sisi Allah s.w.t. maka Rasulullah
s.a.w bersabda, “wahai `Ali, hendaklah engkau sentiada berzikir kepada Allah
20
`ajja wa jalla sama ada dalam keadaan secara sir dan jahr. Maka Sayyidina `Ali
r.a.h. berkata: “Setiap manusia itu berzikir wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku
ingin engkau mengkhususkan aku dengan sesuatu. Maka Rasulullah s.a.w
bersabda; Wahai `Ali, seafdal apa yang disebut oleh aku dan para nabi sebelumku
ialah La ilaha illa Allah. Sekiranya langit yang tujuh dan bumi yang tujuh lapis itu
di satu belah tinbangan dan kalimah La ilaha illa Allah di sebelah lagi, maka
kalimah La ilaha illa Allah akan mengatasi.(Riwayat al-Tabrani dan al-Bazzar
dengan sanad hasan).
Kesimpulan
Kesimpulan daripada perbincangan di atas bahawa sanad atau silsilah tarekat yang kini
merupakan salah satu daripada bahagian penting dalam tarekat tasawuf sebenarnya dapat dirujuk
kepada amalan para sahabat r.a.h. persahabatan mereka dengan Rasulullah s.a.w yang menjadi
rujukan mutlak bagi mereka untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dan ketinggian beserta dengan
pentalqinan zikir oleh Rasulullah s.a.w kepada para Sahabat r.a.h dapat dijadikan sandaran atau
dalil-dalil kepada bersambungnya sanad ilmu dan amalan tarekat dengan Rasulullah s.a.w.
21
Rujukan
Abdul Manam bin Mohamad. 2011. Silsilah Dalam Ilmu Tarekat. Prosiding Diskusi TarekatTasawuf Negeri Sembilan 2011. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Al-Bustani, Fu’ad Ifram.1986. Munjid al-Tullab. Lubnan: Dar al-Mashriq.
Jahid Sidek. 1991. Shaikh Dalam Ilmu Tariqah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
`Isa, `Abd al-Qadir. 1970. Haqa’iq `an al-Tasawwuf. Norwich: Diwan Press.
Al-Qashani, `Abd al-Razzaq. 1991. Kitab Istalahat al-Sufiyyah. Terjemahan Nabil Safwat. SufiTechnical Terms. London: The Octagon Press Ltd.
Al-Qushayri, Abu al-Qasim al-Naysaburi. 1989. Al-Risalah al-Qushayriyyah. Tahqiq `Abd al-Halim Mahmud dan Mahmud Sharif. Al-Qahirah: Matabi` Mu’assasah Dar al-Sha`b.
Rohimuddin bin Nawawi. 2011. Inilah Tasawwuf Sufi Yang Berpegang Kepada Manhaj Sahih.Selangor: Darul Hasani Enterprise.
Al-Tusi, Abu Nasr al-Sarraj, 2001. al Luma’ fi Tarikh at Tasawuf al Islami. Beirut: Dar al Kutubal-‘Alamiah.
Al-Sha’rani, `Abd al-Wahhab. 1988. al-Anwar al-Qudsiyyah fi Ma’rifah Qawa`id al-Sufiyyah.Beirut: Maktabah al-Ma’arif.
Al-Sha’rani, Abd al-Wahhab. 2004 Lawaqih al-anwar al-qudsiyyah fi Bayan al-uhud al-
muhamadiyyah. Dar Sadir: Beirut.
Al-Suhrawardi, Abd al-Qadir bin Abdullah. 1995 .Awarif al-Ma’arif. Dar al-Fikr: Beirut.