Santuni Asnaf Menerusi Jelajah Berbasikal
Transcript of Santuni Asnaf Menerusi Jelajah Berbasikal
ISU.04.2019 | APRIL 2019 | REJAB-SYA’ABAN 1440HISU.04.2019 | APRIL 2019 | REJAB-SYA’ABAN 1440H
Santuni Asnaf MenerusiJelajah Berbasikal 4Santuni Asnaf MenerusiJelajah Berbasikal 4
RM8.65 JUTA BANTUAN IHYA’RAMADAN DISALURKAN 3
KERJASAMA MAIWP, SME CORP. BAKAL LAHIR ASNAFPERNEUR BERJAYA 6
ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MAIWP 2018 10
CABARAN SEBELUM BERGELAR PEGUAM SYARIE 15
RM8.65 JUTA BANTUAN IHYA’RAMADAN DISALURKAN 3
KERJASAMA MAIWP, SME CORP. BAKAL LAHIR ASNAFPERNEUR BERJAYA 6
ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MAIWP 2018 10
CABARAN SEBELUM BERGELAR PEGUAM SYARIE 15
DARI KETUA EDITOR
EDITORIAL
Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya kita dapat bersua lagi dalam Santun MAIWP keluaran ini.
Peristiwa menarik bagi MAIWP dalam bulan ini, adalah buat julung kalinya Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berkenan mencemar duli menyertai program berbasikal ke rumah asnaf dan menyantuni mereka menerusi program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 bersama ratusan peserta dari pelbagai golongan masyarakat.
Mengiringi DYTM Tuanku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Disamping itu beberapa program yang diadakan pada bulan ini antaranya; jalinan kerjasama strategik antara MAIWP dengan SME Corp bagi melahirkan usahawan Baitulmal dikenali sebagai ‘Asnafperneur’, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 bagi meraikan pegawai MAIWP yang cemerlang dalam tahun dinilai.
Lawatan kerja pegawai MAIWP bertemu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin, Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan bagi menyalurkan bantuan Ramadan kepada masjid dan surau, dan pelbagai lagi aktiviti MAIWP sepanjang bulan April ini.
Sekian.
ZAHED SAIDIN
RM8.65 Juta Bantuan Ihya’ Ramadan Disalurkan................ 3Santuni Asnaf Menerusi Jelajah Berbasikal .....................4-5Kerjasama MAIWP, SME Corp Bakal Lahir
Asnafperneur Berjaya ........................................................ 6Anugerah Cemerlang Suntik Semangat
Kakitangan MAIWP ............................................................. 7Lensa MAIWP ..................................................................... 8–9Pengiktirafan Anak Asnaf Cemerlang ................................ 10Anugerah Cemerlang Pelajar Sekolah-Sekolah
Menengah MAIWP 2018 ................................................. 10Kunjungan Hormat ke atas PAT ATM ................................. 11Baitulmal MAIWP Taja Pelajar ke Timur Tengah ............... 11SMA-MAIWP Juara Memanah Peringkat Kebangsaan ..... 12Guru Berjasa, Nasib Murid Terbela .................................... 13Skuad Jejak Asnaf Ziarah Warga Emas 80 Tahun ............. 13Kursus Pengurusan Prasekolah Siri 1 dan 2
Guru-Guru Tadika MAIWP 2019 ..................................... 14MAIWP Putrajaya Terima Kunjungan Hormat
Dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) ............................. 14Cabaran Sebelum Bergelar Peguam Syarie ....................... 15Ramadan Tanpa Pembaziran .............................................. 16Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan .......................... 16
ISI KANDUNGAN
PenasihatYBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
Ketua EditorZahed bin Saidin
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP
EditorWan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Md Zain
Sajidah binti SulaimanAzri bin Iberahim
Mohd Fauzi bin AhmadNoraza binti Aziz
Noraini binti IsmailNor Aiza binti Mohd Adnan
Nik Ahmad Afham bin Nik AbdullahMuhammad Ruzaimi bin Ibrahim
Abdullah bin UsmanMuhammad Zuwairi bin Abu BakarAbdullah As-Siddiq bin Mohd Subki
Noor Nazlia binti NordinNorazila binti Shariff
Khairul Fazli bin TohfahBadrul Shah bin BasriNorazlin binti Asnin
Muhammad Afif bin Mohd SallehIshak bin Chik
Muhamad Naqiuddin bin Md. YusoffLiyana binti Mohd Saididi Udin Niah
Muhamad Shafiq Muhaimin bin Mohd Azman
SEBARANG KOMEN ATAU CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SILA HUBUNGI:
Majlis Agama IslamWilayah Persekutuan (MAIWP)
Aras 10, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.
(u/p: Unit Komunikasi Korporat)Tel: 03-4047 9444 | Faks: 03-4044 9444
Email: [email protected]
w w w . m a i w p . g o v . m y
RM157,445,257.00
JUMLAH AGIHAN ZAKAT BAGI BULAN BERAKHIR SEHINGGA 30 APRIL 2019
Kita berharap dan berdoa seperti yang dirakamkan dalam al-Quran melalui surah Al-Furqan ayat 74:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
192
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, MAIWP akan menyalurkan bantuan berjumlah RM8.65 juta kepada 724 buah masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bantuan yang diberikan meliputi Bantuan Pengimarahan, Bantuan Ihya’ Ramadan dan Bantuan Keceriaan dan Kebersihan. Menerusi bantuan ini, setiap masjid menerima RM15,000, surau Jumaat RM12,500 dan RM11,000 kepada surau biasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata demikian pada Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan 1440H/2019M di Dewan Sebaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, beliau berharap agar bantuan yang diberi dapat digunakan sebaiknya bagi menjayakan program Marhaban Ya Ramadan pada tahun ini yang bertemakan Ramadan Tanpa Pembaziran.
RM8.65 JUTA BANTUAN IHYA’ RAMADAN DISALURKANRM8.65 JUTA BANTUAN IHYA’ RAMADAN DISALURKANOleh: Sajidah Sulaiman
Penyerahan replika cek oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa kepada Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail disaksikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
YB Datuk Seri Mujahid turut mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah sebanyak RM7.00. Perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.
‘Pada kesempatan ini saya ingin umumkan
juga kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah sebanyak RM7.00.’
Seramai 886 amil bagi 74 pusat pungutan zakat fitrah telah dilantik oleh MAIWP dengan sasaran kutipan pada tahun ini adalah RM9.8 juta.
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
19
3
SANTUNI ASNAF MENERUSI JELAJAH BERBASIKAL
Kuala Lumpur, 28 Apr – Usaha untuk menyantuni asnaf perlu dipelbagaikan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan zakat.
MAIWP buat julung kalinya telah mengadakan program berbasikal ke rumah-rumah asnaf menerusi program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019.
Program yang diadakan bersempena Ramadan ini menyaksikan kehadiran tetamu diraja iaitu Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah berkenan mencemar duli menyertai program ini bersama 100 orang peserta.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah agar lebih banyak program agihan dapat dirangka serta dilaksana secara menyeluruh dalam usaha membantu mereka yang layak dan memerlukan.
‘Dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, agensi pengurusan zakat perlu lebih bersikap proaktif dan kreatif menyebarkan maklumat tentang program yang dilaksanakan.’
Baginda juga turut bertitah agar golongan asnaf dapat berusaha untuk mengubah taraf hidup seterusnya keluar daripada kemiskinan dan akhirnya suatu hari nanti menjadi para pembayar zakat.
‘Kepada golongan asnaf penerima bantuan Baitulmal MAIWP agar menggunakan sebaiknya bantuan yang diterima dan tidak digunakan untuk tujuan yang lain. Pada masa yang sama juga berusahalah untuk
Oleh: Sajidah Sulaiman
Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah berkenan mencemar duli menyertai program ini. Bersama mengiringi DYTM Tuanku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun.
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
194
mengubah diri dan keluarga untuk keluar dari kelompok kemiskinan. Insya-Allah satu masa nanti anda mampu menjadi pembayar zakat dan membantu di jalan Allah S.W.T.’
Konvoi berbasikal ini bermula dari Taman Tasik Datuk Keramat dan menuju ke Masjid Al-Akram. Sepanjang perjalanan, para peserta telah singgah menziarahi 5 orang asnaf yang tinggal di Lorong Keramat 8, Lorong Keramat 5, Lorong Keramat 1 dan dua asnaf yang tinggal di Lorong Kiri 16, Kampung Datuk Keramat.
Pada setiap rumah yang diziarahi, bantuan wang tunai sebanyak RM500 dan bantuan berbentuk barangan keperluan harian telah disampaikan.
Di lokasi terakhir program iaitu di Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat telah diadakan pula penyampaian bantuan tunai sebanyak RM200 serta bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada 100 keluarga asnaf yang hadir.
Menerusi program ini, MAIWP berharap dapat menyampaikan mesej bahawa zakat yang dikutip daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah diagihkan semaksimum mungkin kepada golongan asnaf.
Mengiringi DYTM Tuanku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun.
Turut bersama adalah Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee, ketua-ketua agensi pengurusan Islam dan tetamu kehormat yang lain serta peserta MAIWP Cycling Club.
Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah berkenan mencemar duli menyampaikan bantuan pada setiap rumah yang diziarahi.
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
19
5
Kuala Lumpur, 2 Apr – MAIWP memeterai kerjasama strategik bersama SME Corp. dalam usaha untuk melahirkan Usahawan Baitulmal berjaya di bawah Program Tunas Usahawan Baitulmal.
Program Tunas Usahawan Baitulmal ini lebih bersifat inklusif serta mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan dan kualiti hidup golongan asnaf di semua peringkat melalui perniagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata kerjasama di antara kedua-dua pihak ini merupakan yang julung kali diadakan.
Program ini mensasarkan untuk melahirkan 100 orang usahawan Baitulmal yang berjaya.
‘Saya berharap agar Program Tunas Usahawan Baitulmal hasil kerjasama antara MAIWP dan SME Corp. dapat memberi pendedahan dan latihan perniagaan kepada para asnaf. Saya yakin kita juga dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan yang lebih penting kepada pembangunan dunia yang dipakai hari ini iaitu Pembangunan Lestari yang salah satunya educate property yang kita sumbang kepada pembangunan dunia hari ini.’
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Tunas Usahawan Baitumal di Ibu Pejabat SME Corp. Kuala Lumpur.
Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Dr. Mohd Hatta Md Ramli.
Pengerusi MAIWP yang juga Pengerusi SME Corp., Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee berkata matlamat utama program itu adalah meningkatkan taraf hidup golongan asnaf menerusi perniagaan.
Oleh: Sajidah Sulaiman
Sesi memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara MAIWP dan SME Corp ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abdul Aziz Jusoh bersama Ketua Eksekutif SME Corp., Noor Azmi Mat Said.
KERJASAMA MAIWP, SME CORP BAKAL LAHIR ASNAFPERNEUR BERJAYAKERJASAMA MAIWP, SME CORP BAKAL LAHIR ASNAFPERNEUR BERJAYA
‘Dalam usaha untuk kita memperkasakan asnaf yang mana kita hendak bantu mereka, keluarkan mereka daripada menerima kepada memberi zakat.’
Program Tunas Usahawan Baitumal ini turut dikenali sebagai ‘Asnafperneur’ di mana peserta program akan diberikan pendedahan latihan berkaitan perniagaan, keusahawanan dan pemasaran ekonomi digital. Kerjasama strategik ini mampu menyuntik semangat daya saing dalam diri usahawan Baitumal yang setanding usahawan lain.
Program yang bakal diadakan ini mengadaptasi modul latihan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dilaksana oleh SME Corp. sebelum ini.
Kejayaan program TUBE telah mencatatkan hasil jualan mencecah RM100 juta dan memberi pekerjaan kepada 8,000 orang wajar menjadi contoh kepada pelbagai program perintis.
Secara dasarnya konsep Program Tunas Usahawan Baitulmal ini akan mempunyai tiga fasa pembangunan sahsiah diri dan pengembangan perniagaan iaitu fasa
pertama latihan fizikal asas, fasa kedua maklumat operasi perniagaan berkesan dan fasa terakhir khidmat nasihat.
Sesi memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara MAIWP dan SME Corp. itu kemudian ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abdul Aziz Jusoh bersama Ketua Eksekutif SME Corp., Noor Azmi Mat Said.
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
196
Dewan Perdana Felda, 2 Apr – MAIWP meraikan seramai 88 orang pekhidmat MAIWP sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MAIWP 2018.
Majlis APC MAIWP 2018 ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee.
Dato’ Sri Syed Hussien dalam ucapannya berkata majlis anugerah yang diadakan pada setiap tahun ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan MAIWP terhadap prestasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh warganya.
‘Setinggi-tinggi ucapan tahniah saya ucapkan kepada penerima APC dan Sijil Penghargaan pada tahun ini. Semoga dengan pengiktirafan ini akan membangkitkan lagi semangat serta menjadi inspirasi untuk semua warga MAIWP berkhidmat dengan lebih baik.’
Menurut beliau MAIWP mempunyai kelebihan di mana kakitangan yang berkhidmat di MAIWP bukan sahaja mendapat ganjaran duniawi malah mereka juga akan mendapat pahala atas tugas-tugas membela golongan asnaf.
‘Saya ingin menyatakan di sini dalam tugas harian tuan-tuan, puan-puan dalam organisasi MAIWP hari ini, janganlah berkira tenaga, masa dan sebagainya. Kerana tugas di organisasi yang beteraskan kepada keagamaan ini kita dapat bonus. Selain kita kerja di tempat-tempat lain kerana kita mengambil berat memastikan nasib orang-orang kurang upaya terbela, yang ada dalam kelompok kemiskinan kita membantu mereka. Tugas-tugas ini akan diberi ganjaran lebih oleh Allah S.W.T.’
Tambah beliau kecermelangan MAIWP bermula dari kakitangan kumpulan perlaksana yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti atau program.
ANUGERAH CEMERLANG SUNTIK SEMANGAT KAKITANGAN MAIWP Oleh: Sajidah Sulaiman Para penerima dinilai berdasarkan kuota 8%
yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kriteria utama yang diberi pertimbangan ialah terhadap beberapa aspek iaitu markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan atau LNPT 85% ke atas dan juga rekod kehadiran yang baik.
Ia adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 13 Disember 2007 yang meminta supaya pegawai-pegawai penilai memberikan penilaian prestasi yang objektif, adil dan boleh diyakini.
Penilaian juga dengan melihat penglibatan warga MAIWP dalam aktiviti-aktiviti dan program sukan, persatuan dan kelab di MAIWP.
MAIWP juga bersetuju untuk menimbang seramai 500 orang lagi sebagai penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan.
Penerima APC akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan wang tunai berjumlah RM1,000 manakala penerima Sijil Penghargaan akan menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM500.
Seramai 88 orang pekhidmat MAIWP bergambar bersama Barisan Pengurusan tertinggi MAIWP sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MAIWP 2018.
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
19
7
KEJOHANAN OLAHRAGA SMA-MAIWP KALI KE-13Kuala Lumpur, 5 Apr – SMA-MAIWP telah menganjurkan Kejohanan Olahraga kali ke-13 bertempat di padang SMA-MAIWP. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Eksekutif MAIWP (Operasi) Ustaz Mohd Nizam Yahya.
Antara acara yang dipertandingkan ialah acara balapan, sukantara dan perbarisan terbaik, selaras dengan objektif memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat, kebolehan, semangat daya saing dan kerja berpasukan dalam acara-acara yang dipertandingkan
BENGKEL PENGHAYATAN SOLAT DARUL ILMI Sg. Penchala, 10 Apr – Darul Ilmi telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Solat untuk penghuni Darul Ilmi. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni tentang cara solat yang sempurna berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bengkel ini dilaksanakan secara teori dan praktikal kepada semua penghuni. Penceramah yang dijemput hadir adalah Ustaz Abdul Halim Zakaria, Panel Penceramah ‘Manual Kaunseling Syarie JAKIM’.
Kuala Lumpur, 26 Apr – Unit Pendidikan, Bahagian Pembangunan Insan telah mengadakan Bengkal Pengukuhan Teknik Pengajaran Bahasa Arab Institusi Pendidikan MAIWP Siri 1/2019 bertempat di Dewan Seminar Aras 1, MAIWP.
Bengkel ini dilaksanakan di kalangan pendidik di Institusi Pendidikan MAIWP dengan kerjasama tenaga pakar daripada Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar, Malaysia (WOAG).
Seramai 27 orang peserta bengkel hadir terdiri daripada Guru-guru Sekolah-Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMAM), SMISTA, Pondok Moden Al-Abaqirah (PMA) dan Maalim Al Sunan Li Dirasati Nabawiyyah (MSN). Diharapkan Bengkel ini mampu mempertingkatkan minat serta kesungguhan pelajar dalam menguasai Bahasa Arab.
WARGA PENDIDIK MAIWP HADIR KURSUS PENGAJARAN BAHASA ARAB SIRI 1/2019
MAJLIS PENYERAHAN TUGAS DAN PENGHARGAAN KPE BAHARU KPBKLKuala Lumpur, 16 Apr – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas dan Penghargaan kepada Sakaria Samela, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) KPBKL di Restoran Al-Rawsha, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Dalam majlis ini, Sakaria Samela, mantan KPE KPBKL telah menandatangi dokumen serah terima tugas dan meyerahkan kepada Prof. Dato’ Noor Inayah Ya’akub, KPE KPBKL yang baru disaksikan oleh.Dato’ Haji Razali Shahabudin, Pengerusi KPBKL. Majlis ini juga telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi dan semua kakitangan KPBKL.
Lensa MAIWP
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
198
Gombak, 13 Apr – Syarahan Perdana Adab Guru dan Penuntut Ilmu telah disertai oleh Pelajar Pondok Moden Al-Abaqirah (PMA). Ceramah ini telah disampaikan oleh seorang tokoh penceramah dari Mekah, Dato’ Dr. Abdul Basit Haji Abdul Rahman di UIA Gombak.
Program ini membincangkan tentang bagaimana seharusnya seorang guru dan penuntut ilmu berakhlak atau menghiasi peribadi mereka dan berinteraksi dengan ilmu.
Semoga program ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada pelajar PMA.
Kuala Lumpur, 14 Apr – Tahniah kepada Kelab Bola Sepak MAIWP (MAIWP FC) kerana telah berjaya menganjur Kejohanan Bola SEPAK 9 Sepasukan Jemputan MAIWP Edisi 10 Agensi Agama Islam Seluruh Malaysia 2019.
Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Juara untuk Edisi kali ini milik Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Pada kejohanan akan datang MAIWP berhasrat untuk menaiktaraf kejohanan ini dengan menukar nama Piala Pusingan kepada Piala Pengerusi MAIWP bermula Edisi 11.
MAIWP JUARAI KARNIVAL SUKAN KASUMA V 2019
SYARAHAN PERDANA - ADAB GURU & PENUNTUT ILMU
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN
Kuala Lumpur, 11 Apr – MAIWP telah muncul juara keseluruhan KASUMA V diikuti oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ), PICOMS, KPBKL, PUSRAWI dan Brotherhood.
Penganjuran KASUMA V ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan penglibatan setiap anak-anak syarikat dibawah MAIWP dalam aktiviti sukan dan permainan selain dapat merapatkan hubungan dan ikatan ukhwah sesama pegawai dan kakitangan keseluruhan warga MAIWP.
Majlis penutup KASUMA V telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Abdul Aziz Jusoh, di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan .
Shah Alam, 18 Apr – Tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif MAIWP iaitu Kumpulan Ilham yang mencatat kejayaan menerima Anugerah Emas dalam Pertandingan Mini MPC 2019 di SACC, Shah Alam.
Projek yang dibentangkan adalah projek Sistem Maklumat Agihan Zakat (SMAZ) 2.0 yang merupakan satu sistem terbaru dibangunkan oleh MAIWP dalam meningkatkan kecekapan pengurusan agihan zakat.
MAIWP CATAT KEJAYAAN
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
19
9
Oleh: Sajidah Sulaiman
Oleh: Sajidah Sulaiman
Kuala Lumpur, 9 Apr – Seramai 395 orang pelajar penerima bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP telah terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP 2018.
Mereka terdiri daripada 30 pelajar UPSR, 92 pelajar UPSRA, 52 pelajar PT3, 43 pelajar SPM, 36 pelajar STPM, 85 pelajar Peringkat Diploma dan 57 pelajar Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee di Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah Kuala Lumpur.
Dato’ Sri Syed Hussien dalam ucapannya berkata MAIWP juga telah memperuntukkan sebanyak RM87 juta bagi membantu anak-anak asnaf dalam bidang pendidikan bermula dari peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi.
‘Suka saya kongsikan pada tahun 2019 MAIWP juga telah memperuntukan sebanyak RM67 juta bagi Bantuan Persediaan IPT dan Bantuan Am Pelajar IPT. Inilah hasil daripada komitmen para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Zakat yang dibayar telah membantu para pelajar ini untuk meraih kecermelangan dalam pelajaran.’
Kuala Lumpur, 11 Apr – Seramai 157 pelajar diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah-sekolah Menengah Agama MAIWP (SMAM) 2018 yang diadakan di Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP).
Majlis ini melibatkan lima institusi pendidikan yang berada di bawah MAIWP iaitu Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP), Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan (SMA-MAIWP Labuan), Pondok Moden Al-Abaqirah (PMA) dan Kompleks Darul Kifayah (KDK MAIWP).
Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee ketika hadir menyampaikan Anugerah di Majlis tersebut berkata pencapaian yang diperolehi sekolah-sekolah yang berada di bawah MAIWP amat membanggakan dan berjaya mendapat keputusan 100% lulus.
Muhammad Fitri Naim Roslan dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar MAIWP 2018.
Beliau dipilih atas kejayaan memperolehi keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dan Johan Hafazan peringkat Wilayah Persekutuan 2019 bagi kategori 1-20 juzuk.
PENGIKTIRAFAN ANAK ASNAF CEMERLANG
ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MAIWP 2018
Dalam majlis tersebut turut dianugerahkan Ikon Pelajar Baitulmal kepada Norain Azlan yang sedang menuntut tahun akhir Ijazah Sarjanah Muda Pengajian Islam (al-Quran dan Sunnah) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau cemerlang dari segi sahsiah, kokurikulum dan anugerah.
Anak kedua dari lapan adik beradik ini berkata kejayaan ini bermula dengan berkat ibadah yang ditunaikan melalui istiqamah.
‘Tidak saya lupakan juga kejayaan saya hari ini, terima kasih kepada warga Baitulmal MAIWP
dan penyumbang-penyumbang zakat dimana dengan keberkatan wang yang disalurkan ini telah membantu kami menempa kejayaan pada hari ini. Saya tidak mampu membalas jasa mereka dengan wang atau harta tetapi semoga Allah S.W.T. memudahkan urusan mereka di masa akan datang.’
Para penerima Anugerah menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM150 hingga RM500 mengikut peringkat peperiksaan masing-masing dengan jumlah keseluruhan RM120,700.00.
‘Saya ucapkan terima kasih kepada pembayar zakat terutamanya di Wilayah Persekutuan yang telah tunaikan kewajipan anda dan terus tunaikan kewajipan ini kerana andalah kami pelajar-pelajar dan asnaf-asnaf dapat nikmati keselesaan dalam pembelajaran.’
Mereka yang diraikan terdiri daripada
penerima keputusan cemerlang PT3, SPM, STAM dan Anugerah Hafazan al-Quran bagi kategori 30 juzuk.
Penerima anugerah menerima sebuah plak, sijil dan Baucer Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berjumlah RM100.00 bagi setiap penerima.
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
1910
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PAT ATM
Kuala Lumpur, 9 Apr – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Zahed Saidin telah mengadakan lawatan kerja ke MINDEF Semarak bertemu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Zulkifli Haji Zainal Abidin.
Dalam rangka lawatan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan antaranya memaklumkan kedudukan projek-projek MAIWP yang melibatkan ATM dan cadangan kerjasama antara PPZ MAIWP dan Unit Gaji ATM dalam pelaksanaan potongan gaji untuk membuat bayaran zakat ATM.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP Ir. Abdul Karim Mohamed @ ismail.
Semoga melalui pertemuan singkat ini hubungan kerja dua hala antara MAIWP dan ATM dapat menjalinkan kerjasama yang erat terutamanya dalam membangunkan ummah Islam di kawasan Wilayah Persekutuan.
Oleh: Nor Aiza Adnan
BAITULMAL MAIWP TAJA PELAJAR KE TIMUR TENGAH
KLIA, 20 Apr – Seramai 10 orang pelajar mendapat tajaan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang.
Mereka ini merupakan sebahagian daripada 17 orang pelajar tajaan Baitulmal MAIWP termasuk 2 orang pelajar dari WP Labuan yang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Timur Tengah iaitu Mesir dan Jordan bagi sesi 2019/2020.
Daripada jumlah pelajar tajaan tersebut, 6 orang adalah Pelajar Pondok Moden Al-Abaqirah (PMA), 3 orang SMA-MAIWP dan SMISTA 4 orang pelajar.
Untuk rekod, pada tahun ini Baitulmal telah memperuntukan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara sebanyak RM1.67 juta.
Semoga para pelajar dapat pulang dengan kejayaan dan berjaya dalam bidang diceburi dengan dana zakat yang dibantu. Mereka inilah pelapis kepimpinan di masa hadapan. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.
Terima kasih pembayar zakat.
Oleh: Noor NazliaB
ULE
TIN
MA
IWP
APR
IL 2
019
11
Kuala Lumpur, 14 Apr – Sekolah Menengah Agama (SMA-MAIWP) telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Mahrajan Memanah Piala CEO MAIWP Peringkat Kebangsaan (MACNAT) 2019.
Pasukan SMA-MAIWP telah menundukkan 23 buah sekolah yang mewakili 8 negeri dalam Malaysia pada pertandingan berprestij ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP, Ustaz Mohd Nizam Yahya ketika hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP pada perasmian penutup berkata penganjuran program tahun ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan 169 penyertaan berbanding hanya 85 penyertaan pada tahun lalu.
Beliau berharap agar pertandingan ini akan diadakan di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan.
‘Insya-Allah pada tahun hadapan Mahrajan Memanah Piala CEO MAIWP kita akan libatkan peserta-peserta antarabangsa. Kejohanan tahun depan dan seterusnya akan kita laksanakan di dalam Qaah al-Qaradhawi ini yang bakal menjadi vanue indoor, terbaik selepas Universiti Malaysia Pahang dan UPM. Kita berhasrat untuk menjadikan sehebat Kejohanan Tahunan Indoor 18 Meter Princess Cup, Thailand, Insya-Allah.’
Manakala pengurus pasukan SMA-MAIWP, Abdul Jabbar Aang Sudjana berharap melalui kemenangan di Peringkat Kebangsaan ini ia akan menjadi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar SMA-MAIWP untuk berusaha di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan kerana mereka kini berada di landasan yang betul.
‘Bagi saya memanah ini adalah satu medan untuk anak-anak SMA-MAIWP belajar satu benda yang baharu, mereka dapat kawal emosi masing-masing. Dan semasa perlawanan diadakan mereka bukan hanya melawan pasukan lain tetapi mereka melawan diri sendiri iaitu melawan perasaan takut, gentar dan sebagainya.’
Kelainan yang dibawa oleh penganjuran tahun ini adalah hakim iaitu seramai 2 orang juri jemputan bertaraf dunia dan seorang juri jemputan bertaraf asia dijemput khas bagi kejohanan ini dan markah dimuat naik secara live dan boleh dilihat di seluruh dunia.
.
SMA-MAIWP JUARA MEMANAH PERINGKAT KEBANGSAAN
Oleh: Sajidah Sulaiman
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
1912
SKUAD JEJAK ASNAF ZIARAH WARGA EMAS 80 TAHUN
Kuala Lumpur, 23 Apr – Skuad Jejak Asnaf menerima aduan awam berkenaan seorang makcik tua dan uzur tidak mampu ke pejabat Baitulmal bagi penyambungan bantuan zakat.
Skuad dengan segera mengambil inisiatif untuk turun ziarah ke rumah Makcik Mastura yang beralamat di Jalan Khotib Koyan, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Oleh: Noor Nazlia Ziarah ini adalah bertujuan bagi membantu beliau menyambung bantuannya.
Hasil semakan dibuat, beliau menerima Bantuan Kewangan Bulanan sejak tahun 2010 dan akan tamat pada Mei ini manakala Bantuan kedua yang diterima adalah Bantuan Sewa Rumah Bulanan sejak 2012 dan akan tamat pada Jun ini.
Menurut Puan Arbiyah, jiran kepada Makcik Mastura memaklumkan bahawa beliau tinggal keseorangan selepas suami
meninggal dunia. Beliau tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan tersebut.
Selama ini, jiran tetangga dan kawan rapatnyalah yang kerap memantau keadaan kesihatannya dan membantu segala urusan hariannya. Skuad akan menyambung semula bantuan-bantuan Makcik Mastura dan akan mempertimbangkan kenaikan kadar bantuan bagi meringankan bebannya.
Amanah Pembayar Zakat Kami Laksanakan.
GURU BERJASA, NASIB MURID TERBELA
Kuala Lumpur, 22 Apr – Nasib empat beradik yang mana mereka merupakan pelajar di SK Setapak, Kuala Lumpur, mendapat pembelaan guru-guru mereka yang begitu perihatin.
Guru terlibat telah menunaikan tanggungjawabnya dengan menghubungi pihak Baitulmal kerana guru terbabit mendapati anak muridnya kerap tidak hadir ke sekolah dan ini amat membimbangkan pihak sekolah kerana masa hadapan muridnya itu.
Skuad Jejak Asnaf Baitulmal turun menyantuni ibu murid-murid tersebut bersama guru-guru sekolah tersebut sejurus menerima maklumat mengenai keluarga ini. Skuad Baitulmal telah di bawa ke sebuah bilik yang amat kecil di mana keluarga ini berteduh dengan kadar bayaran sebanyak RM380 sebulan.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang ibu yang tinggal bersama 5 orang anak yang masih kecil tinggal dalam keadaan sebegitu rupa. 2 orang dari anaknya pula mempunyai masalah pembelajaran. Manakala yang bongsu berusia 5 tahun.
Keluarga ini didapati telah pun menerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan dan Bantuan Persekolahan untuk 3 orang anaknya semenjak 2011 lagi. Walaubagaimana pun Skuad turut mengesyorkan Bantuan Sewa Rumah/Bilik bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga.
Sikap keperihatinan pihak sekolah ini haruslah dipuji dan dicontohi dalam usaha membantu agensi seperti Baitulmal menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Peribahasa melayu ada menyebut, Adat Pulau Limburan Pasang yang membawa maksud Adat hidup ialah saling bantu membantu. Semoga masyarakat terus perihatin dan asnaf terbela.
Amanah Pembayar Zakat Kami Laksanakan.
Oleh: Noor Nazlia
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
19
13
Kuala Lumpur, 10 Apr – Kursus Pengurusan Prasekolah telah diadakan di Kompleks Darul Kifayah. Kursus ini telah dianjurkan sebanyak 2 siri iaitu pada 3 dan 4 April 2019 bagi siri pertama dan 10-11 April 2019 bagi siri kedua.
Seramai 60 orang guru terlibat terdiri daripada wakil guru dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Anuar bin Hazmi dan Puan Zainab binti Zakaria. Slot kursus terbahagi kepada teori dan praktikal. Berikut adalah tajuk slot yang dilaksanakan:
KURSUS PENGURUSAN PRASEKOLAH SIRI 1 DAN 2 GURU-GURU TADIKA MAIWP 2019
MAIWP PUTRAJAYA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG)
Putrajaya, 29 Apr – MAIWP Cawangan Putrajaya telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Putrajaya. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah rentetan dari kerjasama di antara MAIWP dan Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan (JBG) yang mana telah menandatangani satu Nota Kerjasama pada 20 Disember 2018.
Nota Kerjasama ini bertujuan menambah baik perkhidmatan JBG serta memberi bantuan Guaman Syarie kepada pelanggan Baitulmal MAIWP yang berhak.
Pihak Baitulmal MAIWP telah menggunapakai perkhidmatan JBG untuk pengendalian kes-kes berkaitan Skim Bantuan Guaman Syarie khususnya kepada asnaf-asnaf yang layak. Sehubungan itu kerjasama antara MAIWP dan JBG ini diperluaskan juga kepada MAIWP Putrajaya dan MAIWP Cawangan Labuan.
Kunjungan ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) JBG, Muhamad Abdul Karim Wahab dan disambut oleh Pengurus MAIWP Cawangan Putrajaya Wan Maizatun Wan Hassan.
Oleh: Nor Aiza
Oleh: Noraza binti Aziz 1- Pengurusan dan Standard Kualiti Prasekolah.
2- Pentaksiran Bilik Darjah.3- Pembelajaran dan Pemudahcaraan.4- Keberkesanan dan Pemantapan
Pedagogi Guru.5- Amali Mengajar.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran dari segi pengurusan dan pentadbiran tadika. Di samping itu, ia juga dapat memupuk kerja berpasukan, berbudaya saing dan berdisiplin tinggi selain memastikan guru-guru terlibat secara langsung dalam pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum.
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
1914
Kerjaya sebagai peguam syarie sememangnya menjadi igauan khususnya mereka yang bergelar graduan undang-undang shariah. Apa tidaknya khidmat peguam syarie masih ditagih hingga ke hari ini di kala berlaku peningkatan kes-kes shariah terumatanya melibatkan kes perceraian di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Tetapi adakah semudah itu seseorang itu boleh didaftarkan sebagai peguam syarie yang bertauliah.
Prosedur pelantikan peguam syarie adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. Di peringkat Wilayah Persekutuan, pelantikan peguam syarie diperuntukan di bawah seksyen 59 Akta Pendtabiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (akta 505). Ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh MAIWP untuk dipatuhi oleh pemohon. Pemohon perlu menjalani ujian bertulis bagi melayakkan mereka mendapat tauliah.
Oleh: Abdullah As Siddiq
CABARAN SEBELUM BERGELAR PEGUAM SYARIE
Rencana Ilmiah
MAIWP setiap tahun menerima lambakan permohonan untuk diterima masuk sebagai peguam syarie di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Atas sebab itu, MAIWP melalui Jawatankuasa Peguam Syarie telah memperketatkan syarat pendaftaran dan kemasukan peguam syarie bagi memastikan mereka yang betul-betul layak diberikan tauliah.
Selain profesion ini memberikan pendapatan
lumayan, malah peranan utama peguam syarie adalah membantu pihak Mahkamah Shariah dalam menyelesaikan kes-kes shariah yang sebahagiannya telah tertangguh sekian lama. Melalui pendekatan ini, ia mampu menaikkan martabat dan kedudukan agama Islam di mata masyarakat luar sana dan berupaya memperbaiki sistem perundangan shariah supaya setanding atau lebih baik dari sistem perundangan sivil sedia ada.
SOALAN:
1. Bagaimana prosedur memohon untuk bergelar peguam syarie?
2. Syarat-syarat yang diperlukan?
3. Background?
4. Umur?
5. Prosedur untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan?
6. Kena attend kursus atau tidak?
JAWAPAN:
1. Secara amnya, prosedur permohonan peguam syarie adalah berbeza mengikut negeri-negeri di Malaysia kerana TERTAKLUK kepada peruntukan di bawah Enakmen negeri yang berkuatkuasa.
2. Seperti di Wilayah Persekutuan, permohonan untuk menjadi peguam
syarie diperuntukan di bawah Seksyen 59 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (akta 505). Di bawah seksyen ini, satu kaedah dikenali sebagai Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1993 (KKPS tersebut) telah ditubuhkan bertujuan menggariskan apa-apa perkara berkaitan dengan peguam syarie termasuklah prosedur, kelayakan-kelayakan, kadar dikenakan bagi penerimaan peguam syarie selain menyediakan prosedur untuk mengawal selia dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.
3. Mengikut kaedah 10 KKPS tersebut, ada dinyatakan secara spesifik syarat-syarat ditetapkan sebelum seseorang diterima sebagai Peguam Syarie. Antara syarat utama yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut:
a) lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada ijazah sarjana muda Syariah dari mana-mana universiti yang diiktiraf
Soal Jawab
Kerajaan Malaysia
b) telah mencapai umur 21 tahun
c) berkelakuan baik (tidak pernah sabit kesalahan jenayah/tidak bankrap)
d) warganegara Malaysia
4. Satu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Peguam Syarie ditubuhkan oleh MAIWP yang berperanan menguruskan segala hal berkaitan Peguam Syarie.
5. Setiap permohonan yang dihantar akan disemak dan diteliti semula oleh urusetia Jawatankuasa bagi memastikan dokumen lengkap sahaja yang diterima.
6. Selepas daripada itu, Pemohon dikehendaki menduduki ujian bertulis.
7. Sebelum ujian bertulis diadakan, Pemohon hendaklah menghadiri kursus satu hari bersama Panel Penceramah dari ahli Jawatankuasa Peguam Syarie.
8. Sebaik Keputusan ujian bertulis diumumkan, jika Pemohon lulus beliau akan menerima Sijil Peguam Syarie ketika Majlis Pentauliahan.
9. Sekiranya Pemohon tidak lulus, Pemohon boleh membuat rayuan dalam tempoh masa ditetapkan kepada Jawatankuasa Rayuan.
BU
LET
IN M
AIW
PA
PRIL
20
19
15
ANDA PERLU
WANG ZAKAT?BANTUANANDA PERLU
WANG ZAKAT?BANTUANHOTLINE SKUAD JEJAK ASNAF
012-518 3614012-512 7614
TALIAN BEBAS TOL BAITULMAL MAIWP
1800-88-5222
28 SKIM BANTUAN ZAKATSila imbas QR Code ini untuk senarai 28 skim bantuan zakat.
www.maiwp.gov.myAtau layari laman web:
7.007.00RMRM
Info Pungutan ZakatPusat Pungutan Zakat
“Memudahkan anda berzakat”
Info Agihan ZakatBaitulmal MAIWP
“Bersama menyantuni asnaf”
Selamat Menyambut Ramadan al Mubarak1440H
daripada:Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
RAMADANTANPA PEMBAZIRAN