SARAWAK Pokok(BM...profesional yang berkebolehan, berupaya menangani peru bahan, dan turut menguasai...

86

Transcript of SARAWAK Pokok(BM...profesional yang berkebolehan, berupaya menangani peru bahan, dan turut menguasai...

  • pc

    UNIVE.RSI'tl•• ·.•.....M~LA¥'SIA· SARAWAK

  • Perutusan

    Kita semua sedar di ambang abad kedua puluh satu ini kita berada dalam dunia yang berubah dengan amat pesat. Suatu ciri yang bererti tentang perubahan tersebut ialah kedudukan Malaysia yang telah berubah di peringkat antarabangsa; profilnya yang semakin meningkat dan suaranya semakin dihormati kerana mengutarakan isu-isu utama dunia.

    Malaysia tidak hanya menunggu perubahan tersebut berlaku dengan sendiri, tetapi memutuskan untuk menerima hakikat perubahan itu dengan satu Wawasan Kebangsaan yang baru bagi menjadikan masyarakat masa ini moden dan maju, liberal, serta mencapai taraf perindustrian sepenuhnya. Teras bagi mencapai objektif Wawasan 2020 ini ialah cabaran pembangunan sumber manusia. Dalam persekitaran perniagaan, ikhtisas dan polisi yang semakin mencabar ini, tenaga pekerja yang mahir dan berpengetahuan merupakan perkara yang amat penting untuk kemandirian dan pembangunan negara.

    Inilah tugas pendidikan universiti pada hari ini di Malaysia dan di mana-mana jua. Peningkatan peluang dan kemudahan pendidikan sememangnya penting, dan ia perlu dipertingkatkan lagi. Kita tidak harus mempertingkatkan peluang pendidikan sahaja, tetapi kita perlu mengubahnya. Jika sistem pendidikan kita bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab pada masa hadapan, bukan sahaja kurikulum, malah sistem penyampaian dan struktur institusi hendaklah dibentuk semula. Tujuan pendidikan masa kini hendaklah rei evan dengan keperluan masyarakat. Pendidikan hendaklah berorientasikan kepada keperluan praktis dan peka dengan kehendak masyarakat: bukan sahaja untuk memenuhi permintaan pada hari ini dan hari esok, tetapi juga permintaan masa hadapan yang belum dapat dijangkakan. Itulah sebabnya tugas pendidikan universiti masa kini bukan untuk mewujudkan pakar yang siap terbentuk dalam bidang-bidang yang sedia ada, tetapi untuk melahirkan siswazah yang berfikiran matang,

  • profesional yang berkebolehan, berupaya menangani peru bahan, dan turut menguasai serta mengarah sesuatu perubahan hasil daripada latihan yang mereka terima semasa di universiti.

    lnilah tujuan U niversiti Malaysia Sarawak, universiti Malaysia yang kelapan, dan terbaru. Itulah kriteria yang akan mengukur serta menentukan kejayaannya. Universiti seperti ini bukan sahaja akan meningkatkan mutu dan prestasi sistem· pendidikan tinggi kita, tetapi juga akan meningkatkan nama baik sistem pendidikan kita di dunia.

    Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud Menteri Pendidikan Januari 1993

    I

  • Prakata

    Malaysia sedang mengorak langkah ke hadapan untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar maju. Cabaran yang dihadapinya memang hebat. Di zaman dunia mengalami perubahan sosial dan teknologi yang amat pesat ini kemajuan negara bergantung pada sejauh mana kemampuannya menguasai keadaan dalam konteks sejagat itu. Seterusnya, kejayaan negara bersaing dalam persekitaran ekonomi antarabangsa yang sentiasa berubah itu akan bergantung pula kepada sajauh mana setiap sektor utama yang menyumbang kepada pencapaian objektif negara dapat bertindakbalas terhadap daya usaha kerajaan, serta terhadap unsur-unsur perubahan yang lebih besar.

    Walaupun pada hakikatnya masa hadapan merupakan suatu perkara yang sukar ditentukan namun aliran semasa menunjukkan penganjakan struktur dalam proses ekonomi, iaitu daripada struktur yang bergantung pada modal fizikal kepada struktur permodalan ilmu. Dengan meletakkan iImu sebagai kegiatan dan sumber terasnya, universiti menjadi bertambah penting dalam perkembangan ekonomi dan sosial: sebagai alat pembangunan sumber manusia dan sebagai sumber pengetahuan, teknologi dan maklumat sesebuah negara.

    Universiti yang baru ini merupakan gerakbalas terhadap Wawasan Negara. Universiti ini merupakan sebuah universiti yang menawarkan pelbagai peluang: peluang untuk bertindak terhadap cabaran perubahan, serta menyokong dan menyertai dalam pembentukan bangsa Malaysia yang benar-benar maju dan bersatu. Universiti ini juga merupakan sebuah universiti abad kedua puluh satu dan abad-abad seterusnya.

    Dokumen ini menjadi asas rancangan penubuhan dan pembangunan Universiti bagi tempoh lapan hingga sepuluh tahun yang pertama. Inilah rancangan dan rekabentuk akademik

  • RANCANGAN AKADEMIK

    Kandungan

    1. Misi 1

    2. Matlamat Korporat 9

    3. RekabentukAkademik 16

    4. Sistem 42

    5. MasY3rakat Kampus 52

  • Universiti. Ia mentakritkan misi dan maksud Universiti, menggariskan sasaran utamanya, serta menentukan strategi untuk dilaksanakan. Fungsi universiti di mana jua adalah sarna, tetapi setiap universiti mesti mempunyai prinsip dan konsep serta mewujudkan identiti yang tersendiri. Rekabentuk yang digariskan ini mewakili langkah pertama dalam kitaran pusingan perancangan berterusan, yang setiap tahun akan disusuli dengan proses pengawasan, penilaian dan penyesuaian kegiatan bagi mencapai misi dan objektifUniversiti.

    Profesor Dato' Dr. Zawawi Ismail Naib Canselor lanuari 1993

  • 1

    ..,...----------~-~..---.~~ ..

    MISI

    Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan transformasi ekonomi sejagat yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia secara langsung dan dengan amat hebat sekali. Satu ciri utama transformasi tersebut ialah bertambahnya saling pergantungan dan integrasi pelbagai kegiatan ekonomi ekoran kemunculan teknologi baru, terutamanya teknologi maklumat.

    Malaysia bukan hanya mengalami perubahan ini malah turut bertindakbalas dengan aktifterhadap perubahan tersebut. Selaras dengan pol a ekonomi sedunia, sektor pembuatan telah menjadi sektor pertumbuhan yang utama dalam ekonomi negara kita, menggantikan sektor pertanian. Dalam pada itu, sumbangan sektor perkhidmatan, yang semakin penting kepada ekonomi, kian bersedia untuk menjadi sektor utama dalam ekonomi negara pada masa hadapan.

    Pembangunan Malaysia sudah mencapai peringkat yang kritis. Transformasi struktur ekonominya menempatkan masyarakat Malaysia di ambang suatu transformasi sosial yang asas: iaitu ke arah pembentukan suatu masyarakat yang berasaskan maklumat, dan seterusnya menjadi masyarakat yang berilmu. Bagaimanapun, pertumbuhan pada masa hadapan akan bergantung kepada bagaimana bangsa Malaysia menempatkan dirinya dan berapa bijak bangsa ini menilai semula kedudukannya dari masa ke masa dalam konteks perubahan ekonomi sejagat yang begitu ketara. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan dapat berubah menurut keadaan. Bagi mengambil peluang sepenuhnya daripada ekonomi dunia yang sedang berkembang dan saling berhubungkait ini, para perancang dan tenaga kerja mestilah seiring dengan urutan perubahan teknologi, ekonomi dan sosial.

    Perubahan sedemikian akan terus berlaku dalam era baru yang akan datang, dan pertumbuhan ekonomi negara akan lebih diasaskan kepada kecekapan dan produktiviti tenaga buruhnya.

  • Industri moden dan perkembangan ekonomi semakin nyata digerakkan oleh teknologi. Negara juga akan semakin bergantung kepada pelaburan sektor swasta. Dengan pihak kerajaan menarik diri daripada banyak kegiatan ekonomi, industri kecil dan industri sederhana akan memainkan peranan utama dalam ekonorni negara, dan menjadi kunci terhadap usaha memperkukuhkan asas ekonomi. Seterusnya daya maju ekonomi sektor industri yang pelbagai itu tidak akan bersandar pada penglibatan kerajaan tetapi lebih bergantung kepada keupayaan individu setiap kakitangan pengurusan, ikhtisas dan teknikal. Dengan bertambahnya industri yang berasaskan maklumat dan teknologi, serta berkurangnya kepentingan sektor pertanian dan sektor-sektor yang berkaitan dengannya, bererti modal tenaga manusia negara akan menjadi sumber ekonomi dan pem-bangunan yang paling penting.

    Dalam usaha kita untuk maju ke hadapan, penggunaan sepenuhnya potensi sumber tenaga manusia negara adalah penting untuk memenuhi keperluan tenaga buruh yang pintar dan mahir. Oleh itu langkah yang berkesan perlu diadakan bagi pembangunan sumber manUSla.

    Untuk mengekalkan kedudukan dalam dunia yang semakin saling bergantung dan bersaing hebat, , kebanyakan negara kini mula mengiktiraf peranan yang dimainkan

    unimas 2

    oleh sumber tenaga manusia - tenaga kerja mahir, serba boleh, dan berupaya menyesuaikan diri - serta kesedaran tentang perlunya untuk melabur dalam pembangunan tenaga kerja tersebut bagi memperbaiki mutunya. Dalam persekitaran dunia yang saling bersaing, keupayaan menguasai teknologi, mengurus sistem yang rumit, serta mencetuskan inovasi akan membezakan antara negara yang berjaya dengan negara yang gagal.

    Justeru itu, kita perlu menghasilkan infrastruktur industri, saintifik dan pengurusan yang mahir, berdaya tahan dan dapat menyesuaikan dengan keadaan secara cepat dan cekap.

    Bagi mencapai tahap pembangunan yang tinggi, tenaga keIja yang peka kepada teknologi serta berkebolehan semata-mata adalah tidak memadai.

    Tenaga Manusia dalam Penyelidikan dan Pembangunan

    (1989)

    Malaysia Korea

    PhD 1,289 16,520 Sarjana 2,247 19,520 SmSn 2,000 28,953

    Jumlah 5,537 64,473

    BiIIlO,OOO penduduk 3 14

  • Permintaan Tenaga Manusia

    1991 - 2000

    (Pertambahan Bersih)

    Jurutera 30,100

    Doktor 4,400

    Guru 74,900

    Output Institusi Tempatan

    (Rancangan Malaysia Ke - 6)

    Kejuruteraan 9,210 Perubatan 3, 190 Sains 6,430 Sastera & Kemanusiaan 25,630

    Teknologi itu mesti dikuasai sepenuhnya. Ini dinyatakan dalam Rancangan Tindakan Teknologi (1990), yang mengakui teknologi moden merupakan perkara yang kritis bagi proses perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan berterusan. Walau bagaimanapun usaha mendapatkan teknologi memerlukan kesungguhan, dan bukan sekadar mengimportnya. Penguasaan teknologi akan hanya diperoleh melalui usaha penyerapan, perolehan, penyesualan serta inovasi dan penilaian.

    Pengalaman terbaru seterusnya menunjukkan bahawa keusahawan an dan persaingan menjadi asas inovasi, kemajuan dan pembangunan teknologi. Malah asas persaingan tidak lagi ditentukan

    oleh faktor kos buruh, tetapi mengikut dimensi yang lebih canggih daripada sebelumnya. Hari ini inovasi, keusahawanan dan persaingan teknologi, yang cukup rapat sekali hubungannya itu, merupakan asas penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

    Malaysia masih lagi ketinggalan dari segi kemajuan teknologi. Sambi! kita melangkah kehadapan dengan penuh harapan, negara kita masih kurang keupayaan dalam industri, sains dan pengurusan yang diperlukan bagi menampung perkembangan industri utama yang baru yang berasaskan teknologi. Ini merupakan cabaran ekonomi, sains dan pendidikan yang utama, yang perlu diberi perhatian jika kita ingin mengatasi rintangan yang menghalang pembangunan negara.

    Kejayaan sesebuah negara dalam era ekonomi baru tidak boleh diasaskan kepada teknologi yang dilihat secara sempit, ataupun yang diukur mengikut kemajuan industri sematamata. Kini seluruh dunia semakin menyedari bahawa terdapat masalah yang besar yang dikaitkan dengan penggunaan teknologi moden dan pembangunan industri. Oleh itu, kita perlu benar-benar memahami dimensi kemanusiaan dan budaya yang berhubungan dengan teknologi.

    Kegiatan meraih kekayaan selalunya disertai dengan pemusnahan ekosistem dan pelemahan struktur sosial. Bagi Malaysia, dan juga

    unimas 3

  • --..... ~

    negara-negara lain, masa hadapan yang mampan bergantung bukan hanya kepada pencapaian ekonomi penduduknya, tetapi juga kepada pandangan sosial dan politik serta maruah yang berlandaskan kesedaran moral dan tatasusila, asas budaya yang koheren serta pencarian mutu hidup dalam persekitaran yang mampan.

    Masa hadapan yang lebih baik akan bergantung kepada kebolehan kita memikir dan mewujudkan keserasian yang lebih mantap di antara kemajuan ekonomi dengan kehidupan dan nilai manusia.

    Dengan kata lain, teknologi bukanlah suatu fenomena tersendiri, malahan ia juga merupakan fenomena sosial dan budaya. Teknologi bukan untuk digunakan secara membabi buta tetapi sesuatu yang memerlukan kefahaman yang mendalam jika ia hendak dimanfaatkan dengan berkesan. Penguasaan teknologi yang berkesan, secara individu dan secara kolektif, bukan setakat memahami cara penggunaan amalinya sahaja tetapi maksud sosial dan budaya serta sifat kemanusiaannya juga perIu difahami.

    Pengurns, pekerja, usahawan malah rakyat biasa yang moden yang telah sedar tentang kepentingan teknologi perlu memahami konteks sosiobudaya teknologi sama seperti mereka menghargai aspek amalinya. Mereka perlu tahu bahawa

    kefahaman begini memang perlu untuk mencapai kemodenan itu sendiri. Oleh itu menguasai teknologi bukan hanya sekadar dapat menggunanya. Negara-negara yang gagal mengakui hakikat ini akan hanya menjadi pengimport dan penirn, bukannya menjadi pengubahsuai dan penginovasi teknologi berautonomi. Hakikat tersebut mempunyai imp/ilmsi yang penting terhadap sifat pendidikan teknologi dan pendidikan kemanusiaan pada era bam yang menjelang ini.

    Negara kita mungkin mernpakan negara membangun yang ulung menetapkan sasaran untuk menjadi negara perindustrian yang benarbenar maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini serta mengekalkan momentumnya, kit a tidak boleh hanya bergantung kepada sumber asli yang banyak dan kemahiran tenaga kerja yang sedia ada bagi membekalkan daya persaingan negara. Kita juga tidak boleh terns bergantung pada modal dan teknologi yang diimport. Sebaliknya, kita mesti menggunakan dengan sepenuhnya keupayaan dan potensi kreatif penduduk kita yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi mewujudkan masyarakat yang lebih mahir dan kaya dengan ilmu. Kita mesti meningkatkan mutu keinsanan para pengurus, usahawan dan pekerja kita jika Malaysia ingin mengorak langkah untuk turnt sama bersaing dengan negara perindustrian yang benar-benar maju.

    unimas 4

  • Di kernuncak sistern pendidikan negara kita, universiti rnernpunyai peranan yang penting untuk dirnainkan. Tetapi hanya universiti yang bersifat sezaman dan berpandangan jauh sahaja yang akan berjaya mengatasi cabaran seperti yang sedang kita hadapi.

    Pelbagai cabaran yang digariskan di atas - ekonorni dan teknikal, kernanusiaan·dan kebudayaan, sains dan pendidikan - sarna-sarna rnenentukan tugas yang akan rnendepani universiti yang barn ini serta peluang-peluang yang dita warkannya. Cabaran-cabaran inilah yang rnenentukan konteks bagi U niversiti Malaysia Sarawak yang barn.

    Universiti yang baru ini akan rnendapat peluang yang unik untuk rnenangani cabaran sedernikian. Universiti ini akan mula rnenurnpukan kepada arahan dan Wawasan barn negara, bukan rnengikut asas sesetengah strnktur yang sedia ada dan ciri institusi yang dibentuk pada zaman yang lebih awal, tetapi berlandaskan secara langsung kepada rnatlarnat Wawasan tersebut. Tanpa kongkongan institusi rnasa larnpau, universiti ini bebas untuk rnelangkah ke hadapan dengan penuh berani.

    Universiti ini rnernpunyai peluang bukan hanya sekadar bertindakbalas terhadap perubahan, tetapi rnenjadi agen yang berrnakna dan pernangkin intelek ke arah pernbahan.

    Peratusan penduduk Malaysia yang rnendapat pendidikan universiti rnasih rendah : jurnlah enrol men sernasa rnewakili hanya 7% daripada kurnpulan urnur berkaitan; terlalu rendah jika dibandingkan dengan Korea (36%), Jepun (28%), Jerman (30%), dan Arnerika Syarikat (60%). Rancangan Pernbangunan Negara 1990 - 2000 rnengunjurkan pertarnbahan jurnlah siswazah yang banyak bagi kebanyakan profesion untuk rnernenuhi sasaran pernbangunan pada rnasa hadapan. Seperti yang dinyatakan dalarn Rancangan tersebut, 'tugas mewujudkan dan melatih tenaga manusia yang sedemikian bergantung kepada sistem penyampaian pendidikan dan latthan yang pragmatik, serta peka dengan perubahan dan keperluan pasaran pada masa hadapan'.

    Universiti yang baru ini akan dibentuk untuk rnernainkan peranan yang strategik dalarn tugas rnernenuhi keperluan tenaga rnanusia yang berrnutu.

    Bagairnanapun, peranan universiti yang rnoden tidak seharnsnya rnernpunyai keprihatinan yang sernpit

    unirnas 5

  • ....----....._-_..._

    MIS

    Misi Uhiversitiiniialah untukmenjadi

    universiti contoh serta diiktiraf di

    rantau ini; dan sebagai institusi

    pengajiantinggi yang menjadipiHhan

    utama golongan pelajardan akademik

    untuk mencapai kecemerlangan

    dalarn pengajaran J penyelidikan dan

    kesarjanaan.

    Semua ini terlaksana melalui

    penawaran berbagaipeluangdalam

    pendidikan, latihan serta

    perkhidmatan kesarjanaan,keilmuan

    dan melalui penerapan ilmu s~cara

    strategik dan inovatif.bagi

    meningkatkan kualiti budayabangsa

    dan kemakmuran masyarakatnya..

    ..

    unimas 6

  • OBJEKTIF

    Bagi memenuhimisinya, Universiti ini beriltizam untuk:

    • mempelajari danmemajukanilmuyang relevaridan bermanfaat; menggalak.aIl periggunaanUmubagipernbangunan intelektuaJ, sosial, ekonomi;tekltologidanilldustrinegarajdan ~emelihara, menyempurna dan menyebar ilmumelahlike$arJana~n,penf!r~itan (jan pe~ban,gunan sistem.Jrialdumat.untuk•• m~~nuhi··kepeHuall.rnasya..akat,

    • menyumbang terha(jap Pf!rtwnbuhan ekonomi negara danpembangunlln yang mampandenganmempraktikkanp~ngetahuan teori, dengarr memperluaskanpenggunaaD ilmudan kernahirtili yang baru, dan dengan mengadakan latihan,penyelidikan serta perkhidmatan rundingan rnelalui pelbagai· kegiatan kerjasama; .

    • menggalakkan petsekItaran yang sel!lu8ibagipem~tolehan serta penyebaran ilmu, danmengadakart penyiasatan intelelf seeara bebas dengan mempertahankan kebebasail· akademik komunitiuniversiti;

    • mewujudkan komuniti universiti yang progresif, pl'oaktif dan inovatif yang peka terhadap perubahan luar danberupaya menyumballg dengan i>erkesan kepada pembangunanm:'liversiti dan masyarakat Malaysia;

    • mewujudkan dan sentiasa meningkatkanreputasi dan taraf kesarjanaan Universiti denganmenentuif-an.secara bersistem rnutupr()gram, kursus, penyelidikan danperkhidlllatan kesarjanaanllya,serta sentil.sa meningkatkan kecekapan dan sifat akademikpengurusannya;

    • memanfaatkansecara optirnumlokasi danpersekitarannya untuk mempermudahkan pembangunan wHayah seiting dengan pertumbuhannya sendiri;

    • mewujudkan hUbunganbaikdengan kerajaan, kornuniti dan industri setempat serta institusi-institusi akademikyang lain. diperingkat kebangsaan dan antarabangsa; dim

    • memperoleh, mentadbir dan menggunakan dengan cekap sumber. dan teknologi yang diperlukan bagi mencapai tujuan-tujuan tersebutsecara berkesan.

    unimas 7

    http:sentil.sa

  • atau tertumpu hanya kepada penyediaan bakal profesional, teknikal atau vokasional sematamata. Perubahan so sial, ekonomi dan teknologi yang berlaku dengan pesat, yang dihadapi oleh negara, tentunya meningkatkan permintaan terhadap usaha-usaha penyelidikan yang bersifat lebih khusus dan berantara disiplin berbanding dengan masa lalu. Lazimnya, universitilah yang memberi kepimpinan dalam kegiatan penyelidikan asas dan dalam penerokaan mencari hubungan antara pelbagai cabang ilmu khusus, manakala industri 'pula selalunya cemerlang dalam bidang pembangunan teknologi dan pembangunan produk.

    Universiti yang baru ini mempunyai peluang, melalui pembentukan kurikulum serta program dan struktur akademik yang inovatif untuk menentukan profil kumpulan siswazah yang baru: iaitu para profesional yang berkebolehan di dalam bidang ilmu baru yang sentiasa berubah dengan pesat, golongan yang mempunyai kefahaman yang tinggi dan .sezaman tentang pemusatan pelbagai disiplin teknikal serta implikasinya, dan pada masa yang sama mempunyai kefahaman modern bahawa kegiatan profesional mereka adalah berasaskan konteks kemanusiaan, sosial dan budaya yang lebih luas. Hanya siswazah yang mempunyai kefahaman sedemikian akan berupaya - dalam konteks abad kedua puluh satu hingga tahun 2020

    unimas 8

    dan seterusnya - menggerak dan mencapai pembangunan negara : berupaya bertindakbalas terhadap peru bahan, menguruskannya, dan memenuhi cabaran masa hadapan yang sentiasa berubah.

    Universiti yang bersifat sezaman dan berpandangan jauh, seperti yang diiltizamkan oleh Universiti Malaysia Sarawak yang baru, akan membekalkan negara dengan pemimpin, pengurus, ahli sains dan pakar teknikal serta rakyat biasa yang berfikiran matang, yang berupaya menangani cabaran masa hadapan yang rumit dengan penuh yakin, cekap dan kreatif

  • 2

    MATLAMAT

    KORPOBAT

    Oleh kerana ilmu pengetahuan semakin bersifat sejagat, pihak universiti mesti saling membanding dan bersaing. Universiti yang baru ini mesti mencari kedudukan yang seal iran, bukan sahaja dengan perkembangan dalam negara tetapi juga perkembangan antarabangsa. Ia mesti memastikan bahawa tugas terasnya - mengajar, menyelidik dan memberi perkhidmatan - adalah bersaing dan bertaraf antarabangsa. Universiti ini mesti mengenalpasti peluang khususnya, kekuatan saingannya, dan bidang-bidang yang mempunyai harapan yang dapat dijadikan asas pusat kecemerlangan terpilih, yang berupaya membentuk ciri dan misi akademik Universiti.

    Amat penting kepada kejayaan Universiti ialah penawaran kursuskursus yang dapat memenuhi keperluan pasaran, yang peka terhadap keadaan sosial yang sentiasa berubah, dan yang relevan dengan keperIuan negara.

    Sesuai dengan perubahan sosioekonomi dan teknologi yang pesat, beserta aliran demografi dan pola pekerjaan, Universiti juga harus bertindakbalas terhadap keperluan pendidikan dan latihan separuh masa, latihan bagi menambah keupayaan profesional dan kerj aya, dengan menggunakan kedua-dua sistem penyampaian kursus secara konvensional dan sistem penyampaian kursus yang inovatif. Universiti ini mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pelanggan yang lebih ramai daripada yang pernah diusahakan oleh universiti-universiti lain di Malaysia.

    Satu lagi faktor yang menentukan kejayaan universiti ialah kecemerlangannya dalam penyeIidikan. Bagi tujuan ini universiti akan membentuk dan meningkatkan infrastruktur penyelidikannya, menubuhkan pelbagai kumpulan penyelidikan yang inovatif serta pelbagai institut khas yang bermatlamat untuk mewujudkan massa intelek kritis bagi bidang-bidang tertentu yang berpontensi mencapai kecemerlangan, serta merekabentuk organisasi yang dapat menguruskan kegiatan penyelidikan bagi mencapai matlamat kesarjanaannya.

  • > MATL.AMAl'KORPORAT

    Pendidil(.an dan L.atihan

    Universiti ini beriltizam mendemokrasikan pendidikan iaitu dengan memberi peluang AAndidikankeprula seramai mungkin. Universiti jni akan menawarkan pelbagai kursus ijazah pertama, lanjutan serta kursus paSca.-siswazah yang khusus dan mendalam, Programakademik ak:artdianjurkan melalui penubuhan unit akademik yang s.esuaid~lD pelbagai bel1tuk pengajaran yang hersifat kotlvensionaLdaninovatif.

    I

    Perubahan sosial dan teknologi yang pesat menyebabkan perinintaan bagi pembelajaran dan latihan semula turut bertambah, dan Universiti.ini akan menyokong program pendidikan yang berterusan dan seumur rudup mengikut sumber dan keupayaannya.

    Universiti ini akan menggalakkan dan mengejar perkembangan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menentukan amalan pengajaranyang baik dan pre stasi penyampaian yang berkualiti oleh kakitangan akademiknya.

    Penyelidikan

    Penyelidikan merupakan salah satu fungsi utama I Universiti. Oleh itu pelbagaikelompok, pusat atau

    institutpenyelidikan akan ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang diberi keutamaan.

    Universiti akan menyambut permintaan luar dan peluang penyelidikan, dan akan bertanggungperi dari segi sosial terhadap kegiatan penyelidikannya melalui pembentukan mekanisme bagi menilai prestasi aktiviti penyelidikan.

    Atas kesedaran akan tanggungjawab sosialnya yang bukan sahaja untuk meneroka, tetapi juga menggunakan Hmu reIevan, Universiti ini akan menggalakkan penggunaan penemuan penyelidikan yang bererti bagi mengatasi masalah yang mendesak. Universiti akan juga berusaha untuk mensintesiskan dan menyebarkan maklumat yang sukar diperolehi untuk penggunaan amali. Fungsi sesebuah umversiti bukan sahaja sebagai gedung atau penyebar Hmu terkumpul malah lebih daripada itu, universiti seharusnya mempunyai peranan aktivis yang memberi perhatian kepada isu-isu mendesak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, keupayaan universiti bertindakbalas terhadap jangkaan dan peluang pasaran luaran merupakan satu lagi faktor yang menentukan kejayaannya. Universiti akan meraih manfaat daripada hubungan baik dengan pihak kerajaan dan industri.

    Cabaran utama dihadapi oleh Universiti adalah yang bersifat kependidikan. Kejayaan Universiti bergantung kepada keupayaannya menggalakkan perkembangan pelajar secara menyeluruh. Kebolehan akademik dan kemampuan tenaga manusia, keupayaan menaakul, dan kemahiran berdikari serta sikap bekerjasama dalam pembawaan serta pandangan peribadi dan profesional masingmasing merupakan kunci yang dapat memberi setiap siswazah kelebihan saingan dalam pasaran pekerjaan yang sentiasa berubah.

    Bagi mencapai matlamat ini, pihak Universiti akan melibatkan ahli akademik dan profesional yang terkemuka daripada industri untuk menilai kurikulum dan prestasinya. Melalui hubungan seperti ini

    unimas 10

    http:Pendidil(.an

  • serta penubuhan jawatankuasa pelawat yang berkaleber di peringkat fakulti dan pusat, Universiti akan dapat memastikan taraf akademik yang tinggi, kebolehpasaran para siswazahnya, dan kesesuaian penggunaan latihan mereka.

    Kualiti dalam pengajaran dan latihan akan hanya dapat ditentukan melalui penyediaan dan penilaian kurikulum bahan pengajaran dan prestasi pelajara~ secara rapi dan berterusan. Sehubungan dengan itu kakitangan akademik akan dibantu dalam pengajaran dan perkhidmatan akademik mereka melalui program pembangunan kakitangan akademik dan melalui penubuhan piawai dan panduan prestasi akademik.

    Kualiti keseluruhan sesebuah organisasi bergantung kepada kecekapan pentadbirannya. Pihak Universiti memerlukan pentadbirnya mengamalkan prinsip pengurusan berkualiti. Program pembangunan sumber manusia yang bersepadu akan disusun bagi menentukan tenaga kerjanya bersatu, mahir dan berdedikasi.

    Tenaga manusia, atau mutu sumber manusia terutama kakitangan akademiknya, amat penting dalam penubuhan dan kejayaan Universiti seterusnya. Para akademik bermutu tinggi akan menarik rakan lain yang juga bermutu tinggi. Jika bilangan mereka mencukupi, dan mereka mendapat sokongan dari pihak pengurusan serta etos universiti, mereka akan mewujudkan persekitaran yang bermutu tinggi, dan seterusnya pencapaian yang rendah tidak akan diterima. Para akademik seperti ini akan mengubah

    Perkhidmatan

    Univer~itiiniakanmenggalakkan seluas· mun9kin penggunaanlatihan, penyelidikan, perkhidmatan, serta· sumber-sumber lainnya,.menggalakkan penggunaan

    . sumber-sumber tersebut secara berkesan, serta ·menyebarkan segalapenemuan penyelidikan ··dan .••. kepakarannya kepada kerajaan dan iridustri, alas asas-

    I asas komersial sekiranya perlu; Iiniversiti ini juga .••••• .. meng$alak:kan kakitangannya memberi perkhldmatan ....•.

    I kepadakomuniti. ......

    Bahasa

    Bahasa Melayu akan menjadi bahasa pengantar utama dalam kursus-kursus ijazah dan juga medium komunikasi di.UniversitL

    Me.nyedari peranandominan bahasa Inggeris di penngka~antarabangsa, dan dalam bidang pemiagaan sertablclangprqfesional, Universiti ini akan ~ene.nt~kan tahap. kecekapan bahasa Inggeris yang ... tmggt • ?l. kalan~an. kakitangan akadernik, pelajar dan komuOlfl kesarJanaannya. Selain itu; Uruversiti ini juga· •..• akan membuka peluang bagi mempelajari bahasabahasa serantaudan antarabangsa.

    Kebudayaan dan Sukan

    Galakan akan diberi bagi kegiatan sosial, kebudayaan, sukan dan riadah untuk para pelajar, kakitangan dan komuniti Universiti ini. Usaha bagi memaju dan mendalami budaya negara Malaysia akan turut dis~kong. Kesedaran dan penghayatan kekayaan wansan masyarakat kita yang berbilang kaum akan dipertingkatkan di seluruh komuniti Uruversiti. Selain ini semua anggota komunitinya digalakkan untuk mengenalpasti peranan dan tanggungjawab mereka dalam mewujudkan masyarakat penyayang dan bangsa Malaysia yang bersatu.

    unimas 11

  • Teknologi

    Perubahan teknologi dan inovasi yang berterusan telah memberi kesan kepada institusi pendidikan serta para pengurusannya. Teknologimaldumat khususnya telah berjaya meningkatkan taraf pengajaran. pentadbiran dan perpustakaan universiti serta kecanggihan penyelidikan dan penerbitan hasilpenemuan ilmiah yang penting. Inovasi senibina dan ergonomikpula mempunyai prospek untuk meningkatkan keberkesana.n kegiatan pedagogi. Pihak Universiti akan memberi perhatian yang rapi terhadap perubahanpesat teknologi, dan akan sentiasagigih menambahkan keupayaannya sendiri, terutamanya dalam usaha menilai, menyerap dan membentuk inovasi teknologi.

    Universiti ini akan menentukan bahawa teknologi dan kemudahan yang diperolehi itu akan dieksploitasi sepenuhnya bagi mewujudkan suasana kesarjanaan yang optimum di kampus, dan mendorong kakitangan akademik dan pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam segala kegiatan akademik dan juga kokurikulum, termasuk sukan.

    Kerjasama Universiti-Industri

    Untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya, industri di Malaysia memerlukan teknologi yang lebih canggih berbanding dengan yang ada hari ini. Universiti akan mengenepikan halangan birokrasi dan budaya yang kerap menjejaskan pertukaran input yang canggeh daripada dan kepada industri. Sebaliknya mekanisme dan kaedah yang mudah yang boleh memanfaatkan kedua-dua pihak akan diguna dalam menggalakkan kerjasama dua-hala dengan industri, terutamanya dengan sektor perindustrian yang bertaraf tinggi.

    sebuah institusi pengajaran menjadi sebuah universiti: sebuah tempat yang mempunyai kualiti dan kecemerlangan intelek. Oleh itu pihak Universiti perlu berusaha mencari jalan untuk menarik dan mengekalkan kakitangan yang berkaliber.

    Idea para pengasas tentang universiti yang baru serta rancangan akademiknya perlulah konkrit. Tidak kurang pentingnya kepada kejayaan Universiti ialah kebolehan perancang dan perekabentuk kampus dalam menghidupkan pelan induk akademiknya kepada suatu bentuk yang nyata; iaitu menterjemahkannya kepada pelan fizikal yang mencerminkan idea dan konsep serta etos Universiti yang baru ini - melalui pembinaan suatu kampus yang menggabungkan unsur-unsur kontemporer dan tradisi dalam suatu rekabentuk dan struktur yang tiada batas waktunya,

    Dalam menjalankan tugasnya Universiti perlu berupaya untuk menyerap dan menggunakan teknologi baru secara berkesan. Universiti ini akan menggabungkan idea dan teknologi baru dalam memberi kemudahan, perkembangan kurikulum, pengajaran dan pentadbiran keseluruhannya.

    Pembentukan identiti sebagai institusi dan organisasi yang tersendiri akan turut menentukan kejayaan Universiti barn ini bagi menempatkan dirinya dalam konteks pendidikan tinggi di peringkat negara dan serantau. Maka Universiti ini akan berusaha meningkatkan reputasi dan imejnya melalui perancangan dan pemasaran yang strategik.

    unimas 12

  • Rangkaian Perhubungan

    Dengan mengadakan hubungan dengan universiti-universiti lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, U niversiti ini akan dapat meletakkan dirinya sebagai sebahagian daripada institusi kesarjanaan dan seterusnya berusaha memperoleh pengiktirafan akademik dari seluruh dunia.

    Universiti ini akan mewujudkan pelbagai rangkaian penasihat bertujuan memudahkan interaksi secara rapat dengan pelbagai kumpulan pelanggannya. Perhubungan yang berterusan antara graduan dengan Universiti akan digalakkan melalui penubuhan persatuan dan perkhidmatan alumni yang berkesan.

    Kualiti dan Kecemerlangan

    Kualiti akan menjadi tumpuan Universiti ini. Oleh itu Universiti ini akan memastikan kualiti keluarannya (kursus, hasil penyelidikan dan perkhidmatan) mendapat sokongan dan dipertahankan, serta prestasi akademik keseluruhannya sentiasa dinilai. Penilaian kakitangan akademiknya akan berdasarkan kepada prestasi mereka melaksanakan tugas-tugas yang diberikan yang meliputi pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan masyarakat oan pentadbiran.

    Bagi meningkatkan reputasi dan imej, Universiti akan mewujudkan identiti organisasi yang tersendiri serta membuat perancangan dan pemasaran yang strategik.

    Sumber Manusia

    Kualiti sumber manusia adalah suatu faktor yang amat penting dalam . menentukan mampu tidaknya Universiti menangani cabaran.

    Sehubungan dengan itu Universiti akan menggalakkan pengurusan yang berorientasikan manusia serta memberikan penekanan kuat terhadap pembangunan sumber manusia. Universiti ini akan mencari jalan untuk menarik dan mengekalkan kakitangan yang berkaliber.

    unimas 13

  • SASARAN

    ORGANISASI

    Pendidikan dan Latihan

    Menetapkan set objektif dengan nyata bagi semua program.

    Meletakkan sistem nasi hat dan kajian dalam perancangan program.

    Membentuk struktur kursus mengikut rangka modul dan yang berasaskan program.

    Mewujudkan pusat bagi menyokong usaha ke arah perkembangan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Menyokong perkembangan pembelajaran yang berasaskan komputer, pendidikan jarak jauh, dan kemudahan komunikasi.

    Menawarkan pelbagai mod pengajaranpembelajaran melalui pusat pendidikan berterusan.

    Mengenalpasti bidang-bidang yang unggul bagi pengajaran dan kepimpinan.

    Penyelidikan

    Mengenalpasti bidang-bidang terpilih bagi pembinaan kebolehan dan penyelidikan.

    Menggalakkan pembentukan kumpulankumpulan penyelidik bagi bidang utama yang telah dikenalpasti.

    Menubuhkan beberapa pusat penyelidikan pelbagai disiplin bagi mewujudkan suasana penyelidikan yang menggalakkan.

    Menubuhkan unit yang sesuai bagi menyokong kegiatan penyelidikan.

    Memperkembangkan sistem maklumat penyeJidikan.

    unimas 14

    Perkhidmatan

    Mengadakan panduan dasar tentang kegiatankegiatan selain pengajaran dan penyelidikan, bagi menggalakkan para akademik berkhidrnat kepada kerajaan, komuniti dan industri.

    Memperkembangkan dasar penerbitan bagi menggalakkan penerbitan laporan, monograf, jurnal, dan penerbitan-penerbitan lain yang berkaitan.

    Bahasa

    Menubuhkan pusat bahasa gunaan bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan amalan bahasa.

    Merangka strategi kurikulum bagi kecekapan bahasa dan program pembangunan kemahiran berkomunikasi.

    Kebudayaan dan Sukan

    Mengalakkan penyebaran dan kefahaman ten tang budaya Malaysia dan budaya-budaya lain melalui kegiatan yang sesuai.

    Menyediakan kemudahan sukan yang bertaraf antarabangsa.

    Menggalakkan penyertaan pelajar dan komuniti Universiti secara aktif dalam kegiatan sukan dan budaya.

    Teknologi

    Memperoleh dan menggunakan teknologi bagi meningkatkan sistem tindakbalas dan penyampaian dalam pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan dan pentadbiran.

  • Mewujudkan sistem pengurusan maklumat bagi membolehkan kegiatan akademik dan pentadbiran berfungsi dengan berkesan.

    Mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi menyokong keperluan maklumat akademik.

    Mengadakan rangkaian maklumat di seluruh kampus, dan menghubunginya dengan rangkaian antarabangsa.

    Mempertimbangkan faktor-faktor teknologi dan ergonomik dalam merekabentuk kemudahan dan kawasan, bagi mewujudkan persekitaran yang selesa untuk bekerja, mengajar dan bela jar.

    Universiti-Industri

    Melaksanakan strategi perhubungan industri.

    Menyokong pemindahan hasil penyelidikan dan idea baru bagi kegunaan industri, dan membantu industri dalam penyelidikan dan pembangunan teknikal, di mana diperlukan.

    Merancang atau menyokong rancangan bagi menubuhkan taman sains yang berdekatan dengan kampus.

    Rangkaian Hubungan

    Mewujudkan Strategi Perhubungan Luar yang melibatkan perhubungan antarabangsa, perhubungan awam dan isu perkembangan alumni.

    Menggalak dan mengekalkan dialog dengan komuniti tempatan.

    Mengadakan manual dan dasar korporat mengenai imej gambaran Universiti.

    Mengadakan rancangan pemasaran Universiti.

    Kualiti

    Mewujudkan Unit Pembangunan Kakitangan Akademik bagi menyediakan latihan mengajar.

    Membangun etos yang berasaskan pre stasi di kalangan kakitangan Universiti.

    Mengatur prosedur jaminan kualiti dalam pengajaran bagi memasti penyampaian dan amalan pengajaran yang baik oleh kakitangan akademik.

    Melaksanakan strategi yang berorientasikan pelanggan dengan menggunakan prosedur kualiti dan pendirian keusahawanan dalam pengurusan.

    Menubuhkan unit khas yang berfungsi, antara lain, mengkaji strategi bagi menentukan keseragaman dan kesesuaian objektif, dan memastikan objektif-objektif tersebut tercapai.

    Sumber Manusia

    Mencari jalan untuk menarik dan mengekalkan kakitangan yang berkaliber.

    Menggalakkan gaya pengurusan yang berorientasikan manusia, dan memperkembangkan Strategi Pembangunan Sumber Manusia.

    Melaksanakan Program Pembangunan Pengurusan Berkualiti bagi para pentadbir bukan akademik dan akademik.

    Menyokong pembangunan identiti organisasi bagi menjamin perkongsian matIamat bersama untuk seluruh komuniti Universiti.

    unimas 15

  • 3

    REKABENTUK AKADEMIK

    Dalam masyarakat kontemporer, sifat dan keertian ilmu berubah dengan amat pesat. Transformasi ekonomi dunia telah menyebabkan peranan ilmu menjadi lebih luas dan penting daripada sebelumnya. Tidak pernah berlaku pada zaman lampau di mana proses pemodenan dan pembangunan bergantung dengan begitu menyeluruh kepada ilmu. Sesebuah negara yang tidak mempunyai pendidikan tinggi tidak boleh berharap untuk menguasai ilmu atau menggunakan teknologi yang baru, apa lagi untuk memberikan sumbangan yang penting terhadap kemajuan manusia, sains dan teknologi. Sebarang harapan bagi merapatkan jurang ekonomi dan tekno\ogi antara negara-negara dunia yang mempunyai ekonomi yang kukuh, dengan negara seperti Malaysia yang berhasrat untuk maju sepenuhnya dan menjadi negara moden, terletak pad a usaha gigih mencari ilmu dan kemahiran dalam bidangbidang yang dipilih.

    Perubahan kepentingan Hmu bererti universiti di negara-negara membangun mempunyai prospek meningkatkan peluang untuk menyumbang kepada pembangunan negara melalui penglibatannya secara langsung dalam industri ilmu. Bagaimanapun, seiring dengan peluang yang terbuka itu, ialah tanggungjawab dan tanggungperi yang besar. Kerajaan dan industri memerlukan universiti menjadi relevan kepada keperluan masyarakat. Oleh itu pihak universiti mesti mengkaji semula takrifan gagasan tugas-tugas yang sedia ada. Pihak universiti mesti memperluaskan sistem nilainya. Universiti juga mesti memperluas dan menggabungkan fungsi penyelidikan, perkhidmatan, dan pengajaran, serta mengintegrasikan tugas akademik dengan keadaan 'hidup sebenar' di dunia luar kampus.

    Pesat berubah ialah sifat ilmu tinggi. Disiplin baru, dan yang sedang muncul, melampaui sempadan bidang dan subjek tradisi. Teknologi baru mempunyai pengaruh yang meluas terhadap kegiatan tradisi dan terhadap konsep dan pendekatan yang lazim. Sesetengah bidang baru ini mungkin merupakan kunci kemampanan ekonomi masa hadapan.

  • Transformasi teknologi dan sosioekonomi telah juga memberi takrifan baru mengenai sifat pekerjaan. Perubahan teknologi yang pesat memerlukan pekerja yang lebih berkemampuan untuk berfungsi secara cekap dan cemerlang, i.e. kebolehan untuk mengendalikan kerja secara bijaksana dan berautonomi tetapi dalam rangkaian kerjasama yang cukup erat. Hakikat ini memerlukan pekerja diberi pendidikan seumur hidup yang berkualiti.

    Disamping kemahiran dan pengkhususan, pekerja juga mesti mempunyai kebolehan dan wawasan yang lebih luas berbanding dengan zaman sebelumnya. Pekerja memerlukan kefahaman yang lebih tinggi tentang konteks intelek, profesional dan so sial di dalam bidang pengkhususannya.

    Di samping itu, pelbagai masalah ketara sekarang ini telah dikenalpasti sebagai berpunca daripada kegiatan meraih kekayaan dan pengeksploitasian sumber, terutama apabila kegiatan dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai kefahaman seperti yang tersebut di atas. Oleh itu, pada masa hadapan, segala pekerjaan memerlukan kepekaan tinggi terhadap isu-isu kemanusiaan, etika dan persekitaran.

    Kajian sepintas lalu tentang perubahan sifat dan peranan ilmu pada zaman kita ini menunjukkan betapa besar peranan rekabentuk akademik, terutama rekabentuk kurikulum prasiswazah yang mampu

    membekalkan asas bagi kecekapan bekerja serta bersifat profesional.

    Ringkasnya, pendidikan universiti bukanlah sesuatu yang muktamad. Ia hanya permulaan bagi pendidikan seumur hidup dalam mencari ilmu dan perkembangan kemahiran individu secara berterusan. Pendidikan universiti merupakan permulaan dalam proses pembelajaran secara autonomi. Atas landasan kemahiran tersebut serta keupayaan berautonomi, pendidikan Universiti juga merupakan permulaan dalam proses berfungsi secara bekerjasama, dengan kepekaan yang matang terhadap rakan keIja dan rakan kongsi. Justeru itu, konteks pembelajaran dan pembentukan watak yang sedemikianlah yang membekal mereka yang telah menikmati pendidikan universiti dengan satu idealisme sepunya tentang masa hadapan yang lebih cerah. Dengan cara itu, mereka dapat menjadi warganegara yang berguna dan berfikiran waras, berupaya menghasilkan perubahan melalui idea-idea baru serta kaedah inovatif, dan mencurah bakti di sepanjang hayat untuk kemajuan dan kejayaan negara.

    Bermula dari sifar, Universiti yang baru ini dada mempunyai sebarang kekuatan untuk dijadikan asas. Oleh itu ia terpaksa mengenalpasti peluang yang ada, dan mencari kedudukan yang strategik dalam sistem pendidikan universiti negara.

    unimas 17

  • Suatu langkah maju telah disusun bagi mencapai objektif tersebut. Dalam konsep dan pendekatannya, Universiti yang baru ini telah ditentukan supaya menjadi sebuah universiti berasas luas. Bidang kegiatannya luas, dan dapat menyediakan peluang untuk pembangunan kehidupan kampus yang pelbagai, seimbang dan menyeluruh.

    Langkah pertama dalam pendekatan ke arah rekabentuk akademik yang digariskan .di sini merupakan pengenalpastian beberapabidang pilihan, yang daripadanya dapat dibangunkan kebolehan pelajar.

    Beberapa prinsip yang jelas telah dijadikan asas bagi mengenalpasti bidang yang mempunyai harapan kearah mewujudkan kemampuan dan dayasaing akademik utama. Lebih daripada itu, Universiti ini akan mengambil manfaat sepenuhnya daripada lokasi sumber dan potensi persekitarannya.

    Universiti ini juga perlu mengambil berat tentang tarikan setiap bidang yang dieadangkan dari segi kepentingannya pada masa hadapan, kesannya dalam pembangunan negara dari segi sosial, ekonomi dan teknologi, tarikan pasaran semasa dan keupayannya memenuhi atau menggerakkan permintaan pasaran dalam jangka masa yang lebih panJang.

    Keperluan industri negara terhadap tenaga kerja yang mahir dalam bidang-bidang teknologi dan kejuruteraan pada masa kini dan masa akan datang telah diambil perhatian. Implikasinya terhadap peranan yang mesti dimainkan oleh Universiti amat jelas. Walau bagaimanapun pilihan bidang pengkhususan perlu dibuat secara bijak. Apa yang akan membeza kan secara bererti prospek pertumbuhan masa hadapan negara ialah teknologi baru yang sedang muneul (contohnya bioteknologi, teknologi maklumat, elektronik, mekatronik, tenaga dan pembuatan bahan).

    Universiti ini mempunyai peluang bagi mewujud serta meningkatkan kebolehan, secara terpilih dan strategik, dalam pelbagai bidang khusus teknologi yang baru dan yang sedang muncul. Semuanya perlu diberi pemikiran secara mendalam supaya setiap satu bidang itu dapat dikenalpasti.

    Permintaan bahan mentah yang banyak serta berterusan mungkin membuatkan negara yang kaya dengan sumber asli bersikap lalai. Banyak negara gagal kerana terlalu bergantung kepada sumber asli bagi pertumbuhan negara. Hanya penggunaan dan pengurusan hiliran yang bijak, sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan yang lebih luas dan berimbang, dapat menghasilkan faedah ekonomi yang lebih baik. Keadah itu juga akan dapat memberi perlindungan daripada ikatan dan kelemahan ekonomi.

    unimas 18

  • Walaubagaimanapun persekitaran ekonomi antarabangsa bukanlah merupakan satu masalah yang tunggal yang penting bagi pembangunan mampan pada masa hadapan. Malaysia perlu juga memastikan kesepadanan di antara eksploitasi dan penggunaan sumber, dengan keperluan melindungi persekitaran fizikal yang berharga daripada musnah dan daripada kesan-kesan negatif lain.

    Universiti ini mempunyai peluang untuk mewujud dan menggabungkan kecekapan di bidang penggunaan sumber hiliran serta memahami kaedah pembangunannya yang mampan.

    Industri sedemikian sudah tentu akan menghasilkan kelebihan nilai tambahan ekonomi yang akan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara dan geopolitik antarabangsa.

    Terdapat permintaan yang tinggi bagi pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan. Ianya bukan lagi suatu bidang vokasional yang sempit. Dengan meningkatnya perniagaan dan operasi industri yang kompleks bererti para pengurus memerlukan lebih daripada hanya kemahiran mengurus. Mereka mesti berupaya memaharni isu-isu teknikal yang khusus, dapat berkomunikasi tentang hubungan mereka yang kompleks dengan proses organisasi, menggalakkan hubungan manusia yang berkesan di tempat kerja yang

    moden, dan berupaya memulakan serta menguruskan perubahan orgamsasl.

    Sektor perkhidmatan dijangka dapat memainkan peranan penting apabila ekonomi negara beralih kepada pembuatan dan pemprosesan. Kematangan ekonomi kita memerlukan kepelbagaian di bidang yang berdasarkan maklumat dan tenaga manusia.

    Universiti berpeluang menanam minat di bidang-bidang yang berkembang ini dengan menyertai sektor-sektor kecil industri perkhidmatan domestik yang sedang muncul (terutama yang berkaitan dengan pengurusan, maklumat, urusniaga dan kewangan, rekabentuk, pelancongan, perkhidmat an so sial dan penilaian dasar, penjagaan kesihatan dan penilaian perkhidmatan).

    Kemajuan ekonomi, jika ia tidak disertai dengan pertumbuhan bukan ekonomi, akan melemahkan struktur sosial. Isu ini rei evan di Malaysia, yang mempunyai pelbagai kelompok kaum dan budaya. Usaha memperkukuhkan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya kit a yang pelbagai merupakan perkara penting bagi keteguhan dan kemakmuran negara di masa hadapan.

    Anggaplah kepelbagaian budaya kita sebagai suatu peluang, bukannya masalah: kepelbagaian penduduk kita hendaklah dilihat

    unimas 19

  • sebagai aset dan sumber kekuatan dalam dunia yang berbudaya majmuk yang teIjalin erat dan saling bergantungan pada hari ini dan masa depan, bukannya sebagai suatu kebetulan yang tidak dikehendaki atau warisan sejarah yang dibenci. Dengan menerima hakikat kepelbagaian serta mengakui kelebihannya, negara berupaya mencapai kematangan dan kemodenan budaya.

    Seluruh isu yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya dan saling bergantungan dalam konteks pembangunan dan pembinaan negara, serta aspek-aspek sejagatnya merupakan bidang kajian yang penting, dan Universiti In! merupakan tempat yang paling sesuai bagi melaksanakan tujuan tersebut.

    Walaupun sifatnya pelbagai tetapi ia saling bergantungan. Dunia kini dapat dianggap sebagai sebuah kampung yang besar. Dunia bukan sahaja sebagai pasar tunggal, tetapi juga tempat pengendalian perniagaan yang tunggal dengan teknologi yang seragam. lni membolehkan syarikat dalam negeri berkembang menjadi pengeksport sejagat. Untuk berjaya dalam ekonomi yang berorientasikan eksport, organisasi hendaklah berfikir secara sejagat. Pemikiran sejagat memerlukan peru bah an pandangan, iaitu perubahan dalam penetapan minda.

    Prasyarat bagi perubahan pandangan ini ialah pengetahuan tentang budaya yang lain: pemahaman tentang orientasi kognitifnya, dan asas serta perkembangan sejarahnya; tentang nilai serta cara pengendaliannya dan kerasionalan sistem perhubungan antara manusianya yang tersendiri dan tentang asas kejayaan peralihan mereka menuju pemodenan budaya sebagai proses dan keadaan sejagat.

    Dengan masyarakat manusia, dan masyarakat Malaysia, menjadi masyarakat yang berasaskan ilmu, lebih banyak kemahiran baru diperlukan. Pendekatan baru perlu dicari bagi menyelesaikan isu yang bertambah komplek ini.

    Aspek yang penting dalam anjakan ini ialah minda manusia itu sendiri: ini termasuklah isu kreativiti dan inovasi serta kemunculan bidangbidang baru dan usaha antara-displin seperti sains kognitif. Pendekatan, teknologi dan bidang-bidang yang baru ini akan memberi peluang kepada Universiti di semua peringkat, penyelidikan dan pengajaran. Kakitangan akademik dan pentadbiran serta pelajar akan diperkenalkan kepada unsur-unsur kreativiti, misalnya melalui program kampus yang melibatkan seni kreatif dan teknologi saling aktifyang baru.

    Sifat pelbagai disiplin bagi ilmu yang baru ini, bersama-sama perubahan pola keIjaya, serta tekanan dalam isu

    unimas 20

  • FAKULTI

    Fakulti Sains dan Teknologi Sumber

    Fakulti Kejuruteraan

    Fakulti Teknologi Maklumat

    Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

    Fakulti Sains Sosial

    Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

    FakultiSains Kognitif dan Pembangunan Manusia

    Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

    manusia, memerlukan pendekatan baru terhadap rekabentuk kurikulum ijazah. Terdapat tiga isu utama yang akan dibincangkan di Slm.

    Pertama, kurikulum ijazah tidak boleh berdasarkan hanya kepada strukur dan pembahagian disiplin tradisi. Universiti yang baru ini akan menggabungkan jabatan akademik tradisi dengan program pelbagai disiplin yang berorientasikan misi yang dirangka berdasarkan penggunaan ilmu antara disiplin, bagi memenuhi keperluan sosial dan industri serta masalah manusia yang mendesak. Kursus ijazah di Universiti ini akan berasaskan

    program. Ini diikuti oleh pentadbiran akademik yang juga akan berasaskan program. Sementara jabatan teras menguruskan sumber, Universiti akan berusaha membentuk mekanisme yang sesuai bagi menyelaraskan dan menentukan perjalanan program berjalan dengan licin.

    Kedua, kursus akan dibentuk sebagai modul agar mudah diubahsuai. Struktur modul juga dapat memudahkan pemindahan sesuatu kursus itu dari sesuatu program pengajian dan daripada cara sepenuh masa kepada cara separuh masa serta penyampaian kursus secara jarakjauh.

    unimas 21

  • Ketiga, bagi menyediakan pelajar untuk memenuhi keperluan kerjaya dan sosial melalui pemakaian ilmu, maka programnya akan menggunakan pendekatan yang berorientasikan arnali, bersepadu dan berasaskan rnasalah. Bagaimanapun, jika pelajar berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan di dalam pengkhususan pilihan mereka, rnaka asas yang kukuh dalarn subjek utama perlulah ada. Jadi, program teras yang mereka harus ikuti, sebagai asas pengajian, rnestilah bersifat mudah difahami dan mem-punyai asas yang luas, dengan memberi penekanan kepada konsep dan teori. lni akan membolehkan para graduan menguasai kerencaman bidang pengkhususan mereka, dan seterusnya peka, berupaya berubah serta mudah menyesuaikan diri dengan perubahan pada masa hadapan.

    Kita tidak sepatutnya mengarahkan usaha-usaha pembangunan sumber manusia bagi menyediakan mereka untuk bidang pekerjaan yang mungkin tidak wujud lagi setelah rnereka tamat latihan. Tugas yang lebih penting ialah rneJengkapkan rnanusia bukan dengan kernahiran yang rnernpunyai rnasa terhad, tetapi dengan kecekapan dan keyakinan asas supaya rnereka terus belajar dan pada masa yang sarna menghalusi dan rnenghayati ilrnu yang diperolehi itu.

    KONSEP KURIKULUM

    * berasaskan program, bagi memenuhi keperluan pasarand~n kerjaya yang sentiasa beI1.lbah;

    * struktur modul dan· mudah pindah, agar lebih 'mudah diubahsuai untuk program dan kursus antara fakulti serta memudahkan pemindahan daripada cara sepenuh masa

    * keseimbangan antara keperluan pakar yang mempunyai ilmu secara mendalarn dengan kekuatan umum yang berpandangan luas; antara pengetahuan yang mendalam. dengan bidang pengajian yang meluas;

    * liberal dan mempunyai asas luas, bagi menggalakkan pelajar peka kepada kandungan dan bidang ilmu selain bidang pengajian mereka;

    * berorientasikan amali, mempunyai pendekatan yang bersepadu dan berasaskan masalah, bagi menyediakan pel ajar yang dapat menggunakan ilmu mereka;

    * koheren dan dengan liputan program teras yang luas bagi rnewujudkan kernatangan intelek supaya menjadi asas kepada kebolehan menyesuaikan diri secara berterusan terhadap perubahan masa hadapan dalam subjek utarna pelajar atau bidang pengkhususan yang dipilih.

    unirnas 22

  • FAKULTI SAINSDAN TEKNOLOGISUMBER

    KonsepRingkas

    Bilangan pendudukMalaysia yang semakin bertambah dan keperluan industri untuk mendapatkan bahan mentahmembebankan sumber yang ada dinegaraini. Peluang hendaklah dieari bagimenggunakan sumber sendiri secara waras agar tidak mengurangkan kepelbagaian biologi negara atau mengakibatkan· kemusnahan alam sekitar. Meneari keseimbangan antara pengeKspioitan sumber dengan perlindungan alamsekitar daripada terjejas merupakan cabaran yang perludisahut.

    Fakulti ini akan menawarkan bebetapa program yang berbeza tetapi bersalingkait, yang dikira perlu bagipembangunan sumberasli kitasecara mampan.

    Program yang akan ditawarkan

    Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan

    Sainsdan Pengurusan Sumber Haiwan

    Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik

    Sains dan PengurusanSumber Bumi

    Kimia Sumber

    Bioteknologi Sumber

    Sains Bahan danPerkayuan

    Ketrampilan Teras: Sumber Akuatik, Bioteknologi Sumber, Kimia Sumber, Kayu dan Seramik.

    unimas 2:

  • FAKUL TI KEJURUTERAAN

    Konsep Ringkas

    Disiplin kejuruteraanmembentuk hubungan yang pentingantara ilmu sains dan teknik dan penggunaannya dalam perdagangan. Oleh itu bagi ". membolehkan sesebuah negara perindustrian mengekalkanpertumbuhannya, lebih ramai jurutera diperlukan untuk meluaskan asasteknologi terutama dalam teknologi baru dan yang sedang muncul.

    Program-program kejuruteraan yang akan ditawarkan direkabentuk untuk . memenuhi keperluan masa depan bagi profesyen yang sedang berkembang ini. Setiap program akan menyediakan keseimbangan antara keperluan mempunyai asas yang kukuh dalam disiplin sains yang berkaitan serta keperluan mengamalkannya dalam industri yang berkenaan. Kesesuaian antara teknologi pengeksploitasiannya dan nilai serta kehidupan manusia perlu dicari.

    Program yang akan ditawarkan

    Kejuruteraan Sivil (Struktur, Bandar)

    Kejuruteraan Elektrik (Elektronik, Maklumat)

    Kejuruteraan Mekanik (A1ekanik, Perindustrian,

    Rekabentuk dan Pembuatan)

    Kejuruteraan Kimia (Kimia, Biokimia, Minyak dan Gas)

    Ketrampilan Teras: Kejuruteraan Maklumat, Rekabentuk dan Pembuatan, Kejuruteraan Biokimia, Kejuruteraan Minyak dan Gas, Kejuruteraan Struktur dan Bandar ..

    unimas 24

  • FAKUL TI TEKNOLOGfMAKLUMAT

    Teknologi Maklumat rneresap. ke.segenaPaktivitl .. danselgqr.ekonQtni. Ia merupakan tektlologi generik yang peotJfig bagidaya saip.gallindustri. Malaysia.. mempunyai. peluangyang luas· dan· pefidudukYangcuktlP ·uotpk membinatenaga kerja· mahir yang berupaya.menyetapteknologibarqdan rnembolehkanpenerokaan di bidang.bidang yang memerluk~nlebJh maklumat.

    Fakulti akan. menawarkan program teknologi maklumat.YaflgaklUlIp.enye.. diakan siswazah untuk profesyen di bidang komputer danbiwmg ..t>idmtg lain dalarn teknologi maklumat.

    Program yang akan dita.warkan

    Pengkomputeran.·S.qinti/ik

    Kejuruteraan Maklumat (dengf;l11Fa/r:JIltiKejuru(eraan)

    Pengajial1 GabUlJganAntarap-aku1ti

    Ketrampilall Teras; Komunikasi Data, Pelbagai Media dan Grafik, KepintaranBuatan.

    unimas 25

  • FAKUL TI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

    Konsep Ringkas

    Dunia ekonomi dan peroiagaan telah mengalami banyak perubahan dalam abad yang lalu, dan perubahan ini dijangka akan berterusan di abad-abad akan datang pada kadar yang lebih pesat. Di Malaysia, arah aliran ini disertai oleh perubahan dalam peranan sektor swasta dan dalam hubungan di antara institusi awam dan institusi swasta ..

    Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi tenaga kerja terlatih di bidang ekonomi dan perniagaan, iaitu yang mahir mengendalikan operasi yang kompleks dalam perniagaan masa kini dan akan datang, maka fakulti ini akan menawarkan program yang dapat menyediakan kajian yang luas tentang ilmu ekonomi dan perniagaan, serta peluang untuk mencapai kepakaran dalam bidang pengkhususan yang dipilih.

    "

    Program yang akan ditawarkan

    Ekonomi Perindustrian dan Organisasi

    Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa

    Industri Perkhidmatan

    Pemasaran

    Ketrampilan Teras: Ekonomi, Pengajian dan Pengurusan Perniagaan.

    unimas 26

  • FAKUL TISAINS SOSIAL

    Konsep Ringkas

    Sains Sosial meliputi disiplin yang menggunakan logik dan kaedah penyiasatan saintiftk dalam kajian masyarakat. Sasaran kajian ialah bentuk-bentuk perlakuan manusia yang telah diinstitusikan dalam masyarakat, yang dapat dilihat daripada kelakuan individu serta dalam proses-proses yang berlaku dalam institusi sosial tersebut.

    Beberapa disiplin terpiIih akan diperkenalkan dan digunakan oleh fakulti secara bersepadu dan multidisiplin. Tujuannya ialah untuk menghasilkan pengetahuan dan perspektif sains sosial yang dapat digunakan untuk memandu dan merancang pembangunan sosial ,.. terutama dalam konteks perubahan sosial yang pesat yang sedang dialami oleh negara.

    Program yang akan ditawarkan

    Pengajian Antarabangsa

    Kerja Sosial

    Pengajian Komunikasi

    Sains Hubungan Industri

    PolWk dan Kerajaan

    Pe~ancangan dan Pengurusan

    Kemahiran Teras: Pentadbiran Pembangunan, Perubahan Sosial, Pembangunan N egara dan Bangsa, Aspek Sosial dalam Pembangunan Ekonomi.

    unimas 27

  • FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

    KorisepRlngkas

    Peralihan daripada ekonomi giat-buruh kepadaekonomi giat -teknologitelah menyebabkan sektor perkhidmatan menjadi semakin lua~. d~n mendalam. Bila masyarakat menjadi semakinmaju permintaan terhadap surnbanganseni kreatifdan senggang juga semakin meningkat.

    Fakulti ini akan menawarkan beberapa program terpilih bagi membentuk kemahiran profesional yang diperlukan dalam sektor-sektor perkhidmatan tertentu. Dengan berbekalkan kreativiti yang disertaipengetahuanintelek, fakulti ini akan menyumbang pembentukan manusia yang dapat me1Ilbuat pertimbangan telid dan imaginatif di samping .pernikiran yang ·produktif melalui pendekatan pelbagai disiplin. Kewujudan Fakulti ini dalamkampus akan memberikan suasana kreatif dan aestetik yang diperlukan.

    Program yang akan ditawarkan

    Seni Halus dan Rekabentuk

    Drama dan Teater

    SinematograJi

    Pelancongan Budaya

    Ketrampilan Teras: Seni Halus, Seni Media dan Grafik.

    ..

    unimas 28

  • FAI(ULn$IJNsik'OGNfnFOAN

    PEMSANGIINANMANU$IA

    KonsepAlngkas

    Arab alirandemografi menunjukkan bilangankumpulanpelajar sekolab akan bertambahdimasa akan datang. Justeruitu pendidikan dan latihan mestilah terusberkernQang. Arah aliran· yang ada juga rnenunjukkan· pertambahan permintaari terhadap latihan dan latihan dalam perkhidmatan untuk penglib~tan industri. Oleh itu, perhatian perlu diberi kepada latihan dan pendidikan yang berlainan daripada model sekolah.

    Fala.dti4ilkanmenawarkan programbagi memenuhi keperluan tersebut denganrumpuan kepada pembangunan inovatif dalam pengajaran~pembelajaran.~enekanan akandiberikan kepadabidang-bidang barn dalam sains kognitifdaoisu-isu am yang berkahan dengan pembangunansumber manusia,Program yang ditawarkal1 akan mengarah kepada kekreatifan, penggunaanteknologi, peneguhansemula nilai, dan pencapaian prestasi yang lebih tioggi dan berkualiti.

    Fakulti akan membantu Universiti menyelaraskan aktiviti yang berkaitan dengan Pembangunan Generik mahasiswa.

    Program yangakan ditawarkan

    Pendidikan Gunaan

    Sains Kognitif

    Pembangunan Manusia

    Pembangunan Sumber Manusia

    .. .

    KetrampihiD·~:SIinlKoptit;;pemb~ManuU•.

    unimas 29

  • FAKULTI PERUBATANOANSAINSKE$IHATAN

    KonsepRingk~s

    Kesihatan merupakan ·satllkomponen pentingdalam pembangu~~l0~ yang juga merupakan prasyarat bagi m~ncapaidaya pengeluaran dan kecekapan yang tinggi .SebagaLnegara yangsedangp~satm.embartgun,Malaysia mengalami· masalahkesihatan s~pertijuga Yling dialamiolehnegara;.n¢gara sedang membangurt .. dan negara-negaramajuyang .1ain;pendekata.l1yang~ inovatifdiperlukan bagi mengatasikerumita,n yangsemakio meningkatdaIarn amalan perubatan.

    Fakultiakan memberi tumpuan kepadapr~gramlatihal1 yangakanmernbangunkan tenaga profesional .. di bidangpef4ba.tan .. agafsensitifterhadap keperIuan· masyara.kardanber~~bolehan menyelesaikan masala.h kesihatan masyarakat. Matiamatini dapat ·dicapai mehuui kaedah pendidikan yang inovatifyangmemberipenumplJan k~ada pel~ar,termasuklahpembelajaran yang berasaskan masalah da.n berorientasikan masyarakat,penggunaan teknologi terkini dan menjalinkanhubungall .. dengan sumber-sumber yang sesuai dalam masyarakat. Siswazah diharapkan dlipat menguasai iImunya dengan baik, mendapat pengajaran yang terbaik

  • SOKONGAN AKADEMIK

    PUSAT PENGAJIAN BAHASA

    Konsep Ringkas

    Untuk mengejar ilmu dengan agresif, menjadi penulis yang kritis, menyampaikan buah flkiran, idea dan maklumat dengan jelas, siswazah perlulah mengetahui dua bahasa dengan baik - iaitu mereka mesti mahir menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Sebagai tambahan, mereka hendaklah juga berpengetahuan dalam satu atau lebih bahasa asing sebagai persediaan menghadapi persaingan di masa akan datang.

    Bagi mencapai perkara di atas Pusat Bahasa akan menawarkan berbagai-bagai kursus bahasa serta kursus sokongan lain dengan menumpukan kepada kandungan dan kemahiran di bidang komunikasi, linguistik terapan dan kajian bahasa.

    Bahasa Asing

    lnggeris,

    Jepun, Mandarin, Korea

    Vietnam, Thai, Tagalog,

    Sepanyol, Perancis, Jerman.

    Ketrampilan Teras: Linguistik Terapan, Pelbagai Media Pembelajaran Bahasa, Bahasa dan Dialek Sarawak.

    unimas 31

  • SOKONGAN AKADEMIK

    PUSA T PEMBELAJARAN

    GUNAAN DAN MI)LTIMEDIA

    Konsep Ringkas

    Inovasi dalam teknologi menawarkan berbagai kemungkinan dan potensi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat ini akan menempatkan kemudahan audio-visual, video dan komunikasi yang moden serta menyediakan perkhidmatan teknik dan yang berkaitan dengan usaha pengajaranpembelajaran. Pusat ini juga akan menyokong aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan pembelajaran yang menggunakan komputer sebagai alat bantu serta menyediakan kemudahan pembelajaran pemulihan.

    Pusat akan bertanggungjawab mewujudkan prosedur jaminan kualiti dalam pengajaran dan menyelaras program dalaman Pembangunan Kakitangan Akademik.

    Ketrampilan Teras: Pembelajaran me1alui bantuan komputer, Pemprosesan Maklumat, Latihan Guru Pendidikan Tinggi.

    unimu32

  • Oleh itu profH siswazah yang dihasratkan ialah yang berasaskan pembangunan individu secara total sebagai anggota yang berautonomi tetapi saling bekerjasama dalam masyarakat.

    Negara ini berhasrat untuk menjadi sebuah negara moden yang bersatu padu berasaskan masyarakat yang mempunyai nita; moral dan etika yang kukuh dan yang demokratik, liberal dan bertoleransi, penyayang, adil dan saksama dari segi ekonomi, progresif dan makmur, serta memiliki saingan ekonomi yang kuat dan dinamik, berdaya tahan dan adil dari segi sosial. '

    Sekiranya masyarakat negara ini hendak menjadi sebuah masyarakat moden dan benar -benar maju dari segala segi seperti yang digariskan oleh Wawasan baru ini, generasi siswazah kita harus terlibat dan menjadi teladan bagi idealisme yang sihat dan membina.

    Penggalakan dan pemupukan sifat manusia yang positif merupakan komponen utama dalam rekabentuk kurikulum pelajar kita. Pembincangan peribadi, iaitu pembangunan warga moden sebagai anggota masyarakat yang berpengetahuan dan yang berupaya memberi sumbangan membina kepada matlamat pembangunan negara, bukan lagi

    satu hal sampingan kurikulum, tetapi satu tugas dan tanggungjawab pendidikan.

    Universiti juga akan berusaha untuk memperluaskan ruang lingkup ilm u dan kesedaran kemanusiaan di kalangan pelajarnya. Sehubungan dengan itu Universiti akan mempertingkatkan kefahaman dan kepekaan pelajar terhadap persoalan sosial, moral, etika dan keagamaan dan isu-isu alam sekitar sebagai as as cara hidup yang sihat dan mampan.

    Siswazah Universiti ini diharapkan supaya kenaI maklumat dan serba tahu. Mereka hendaklah berupaya membuat penaakulan secara analitis, berfikir secara kritis dan menyampaikan buah fikiran serta idea secara berkesan dan tepat.

    Untuk menimba iImu, mereka hendaklah sekurang-kurangnya dapat menguasai dua bahasa. Dalam konteks Malaysia mereka perIu mahir bahasa Malaysia dan Inggeris. Selain itu mahasiswa juga perlu mempunyai pengetahuan asas, jika pun tidak menguasai dengan mahir, satu bahasa asing laing. Bahasa tersebut hendakiah terdiri daripada salah satu bahasa serantau atau bahasa antarabangsa yang penting.

    Siswazah juga mestilah inovatif dan sedar tentang keperluan untuk belajar sendiri dan melanjutkan pelajaran sepanjang hayat. Mereka

    uDimas 33

  • ...

    STRUKTUR PROGRAM

    ...

    Pengajian Ter.as: Ini.merupakan satu kumpulan kursus teras yang telah direkabentukbagi setiap program atau jurusan.

    Pengajhm Pelengkap: Ini pula merupakan satu.menu kursus antara fakultiberdasarkan konseppendidikan liberal,. berasas pendidikan luas tanpa mengabaikanciri-ciri pelbagai programpengajian. Kursuskursus ini dijangka mencapai tahapkerenAAI1l(ll1..clan kecanggihan yang bererti dalam olahan mata pelajarantlya.

    Pembangunan Gener.ik: Ini adalah S3tU kumpulan. kursus dan aktiviti yang direkabentuk untuk memupuk sifat positif mahasiswa, antaranya termasuklah:

    Perolehan. Kemahiran: analitis, keorganisasian, berkomunikasi, teknologi maklumat.

    Pembangunan Kognitif: rnotivasi, kreativiti,penemuansecara sendiri, pembelajaran sepanjang hayat, citarasa estetika,autonomi danbekerjasama, sukan dan cara hidup yangsibat;

    Pembangunan Afektif: Nilai keagamaan, kesedaran etika dan taakulan moral; kesedaran sosial, patriotik dan kesedaran tentang persekitaran sebagai asas bagi warga negara yang aktif

    Ko-Kurikulum: Satu menu pilihan elektif bagi menyertai beberapa kategori aktiviti: sukan, kebudayaan, profesional, komunikasi, perkhidmatan sosial.

    unimas 34

    http:Gener.ik

  • mestilah berdikari, dan bersemangat keusahawan yang aktif. Mereka mesti berupaya bekerja dalam kumpulan di samping membina kualiti pengurusan dan kepe· mimpinan. Mereka perlu luwes dan berupaya untuk me-nyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah, serta mempunyai prinsip yang berupaya menerima perubahan dengan yakin.

    Asas bagi memperolehi sifat yang positif ini ialah pembentukan keperibadian moden pada diri siswazah itu sendiri berasaskan nilai budayanya: keperibadian yang penuh keyakinan, berautonomi, bermatlamat dan bekerjasama. Untuk mewujudkan keseimbangan antara autonomi dan kerjasama, siswazah harus berkebolehan untuk berfikir dan berhujah serta bekerja secara sendirian, tanpa arahan terperinci daripada pihak atasan, dan mampu juga bekerja dengan orang lain ke arah objektif yang dipersetujui bersama. Ini merupakan imbangan yang tidak ketara tetapi tidak pula boleh dinafikan kepentingannya, kerana hanya siswazah yang berdikari, dan berautonomi sahaja dapat memberikan kerjasama yang berkesan.

    Pelajar juga perlu memupuk daya kepekaan estetika yang tinggi. Kehalusan cita rasa dan perilaku ini perlu sama ada terhadap dirinya sendiri atau dalam hubungannya dengan moral, estetika, keagamaan dan kepekaan terhadap persekitaran seperti yang telah dijelaskan di atas.

    Bagi membantu mencapai objektif yang menggalakkan perubahan di kalangan pelajar, program prasiswazah itu sendiri mestilah luwes, Jengan peluang sepenuhnya diberi untuk saling bertukaran dan saling percampuran di antara fakulti. Sehubungan dengan itu, aktiviti kokurikulum juga memainkan peranan penting bagi mencapai objektif di atas.

    Kebelakangan ini teknologi telah memberi impak kepada kegiatan pedagogi. Universiti akan mengguna dan menyokong kegunaan teknologi tersebut untuk pembelajaran pemulihan, penyelidikan dan usaha-usaha lain di dalam bidang yang memerlukan komputer dan multimedia.

    Universiti akan mengiktiraf dan memberi penekanan terhadap keperluan bagi memperbaiki kaedah pengajaran. Universiti akan berusaha untuk lebih memahami proses pengajaran untuk menukar maklumat menjadi ilmu, dan keupayaan untuk mengintegrasi, mensintesis serta penilaian segera, di samping turut berusaha dalam pembelajaran secara bersama.

    Kegiatan pengajaran akan disokong sepenuhnya bagi mencapai kualiti, kecemerlangan dan inovasi. Universiti berhasrat untuk mewujudkan program dalaman bagi pembangunan kakitangan akademiknya secara berterusan. Rekabentuk dan penyampaian kursus serta penyemakan kurikulum secara berterusan.

    unimas 35

  • INS.....tll.lT.PENYi:LIDIKAN

    ..

    Institut Kep~I~.g,ianBiologi dan Pemulihar~an Alam Sekitar

    ·Institut.Pengajian Asia Timur

    Institut Kesihatandan Perubatan Masyarakat

    diharapkan akan mematuhi prinsip dan tatacara jamioao kualiti.

    Untuk mewujudkan kebolehao teras di bidang-bidang tertentu di kalangan kakitangan pengajar dan penyelidik universiti, sokongan dan galakan akan diberikan kepada aktiviti penyelidikan yang berasaskan fakulti. Namun begitu tidak semua penyelidikan sesuai dimasukkan ke dalam struktur fakulti. Untuk memberi fokus kepada bidang yang diberi keutamaan, mewujudkan dan memantapkan penonjolan kesaIjaaan di kalangan kakitangan pengajar dan penyelidik, pihak universiti akan menubuhkan tiga pusat penyelidikan pelbagai disiplin. Penubuhan segera pusat tersebut adalah yang sesuai dan identiti sebagai satu institusi penyelidikan yang inovatif serta berkualiti.

    Pusat-pusat ini akan melaksanakan aktiviti yang telah ditentukan secara kontrak atau pembiayaan luar. Setiap

    Pusat akan mempunyai bilangan kakitangan akademik tetap yang kecil, kerana dijangka akan mendapat sokongan kakitangan dari fakulti lain.

    Pusat penyelidikan dan fakuIti akan menyokong Program siswazah Universiti yang bertujuan untuk:

    o menggalakkan penyelidikan bagi kemajuan ilmu yang berguna dan dapat diamalkan.

    o menambah sumber pengetahuan negara, yang berkualiti, dan seterusnya mewujudkan pengetahuan, sains dan teknologi tinggi.

    o meningkatkan bilangan pakar dan manusia intelek dan berketrampilan di bidang-bidang strategik yang diperlukan oleh negara dan masyarakat;

    o menyokong kerja dan usahausaha penyelidikan; serta

    unimas 36

  • INSTITUTKEPELBAGAIANBIOLOGI

    DAN PEMULIHARAANALAAfSEKITAR

    KonsepRillgkas: Perkara yang amat penting bagi pembangunan masa depan negara ialah perolehan dan pemindahan ilmu yang berkaitan dengankepentingan dan kaedah pembangunan yang mampan bagi sumberaslinya. Us aha pembangunan akan menjadi sia-sia dan merugikan . masyarakat melainkan struktur, fungsi dan kepelbagaian sistem sumber semula jadi negara dapat difahami dan dilindungi dengan. bijaksana.

    Bidang penyelidikan: Kajian taksonom~ ekosistem dan spesies yang penting dan segiekonomi, biologi pemuliharaan dan pemulihan ekologi,bioteknologi sumber genetik, penyelidikan asas, kajian garis dasar, impak danlangkah tebatan; persekitaran pesisiran pantai dan legih sungai; bioteknologi kawalan alam sekitar; isu teknologi dan isu dasar .

    ...

    o menyediakan peluang dan kemudahan bagi meningkatkan tahap kebolehan dan memperkayakan kepakaran profesional yang bekerja.

    Seperti kurikulum pra-siswazahnya program pasca-siswazah juga luwes dan berbentuk modul supaya dapat memenuhi keperluan profesional dan meningkatkan kemahiran. Program ini akan dijalankan sepenuh masa dan juga

    separuh mas a bagi membolehkan mereka yang sudah bekerja mengikutinya. Universiti akan sentiasa bersedia untuk merancang dan memastikan agar syarat kemasukan ke program siswazah adalah adil dan luwes.

    Kerja kursus dan penyelidikan dalam semua program siswazah akan sentiasa diseimbangkan. Penekanan akan diberikan kepada pembangunan bidang penyelidikan pelbagai disiplin.

    unimas 37

  • INSTITUT KESIHATAN

    DAN PERUBATAN KOMUNITI

    Konsep Ringkas: Di kawasan tropika, penyakit berjangkit termasuk yang.dibawa oleh air danvektor merupakan isu kesihatanawam yang utama dan mendesak. Penemuan yang bermanfaat sangatdiperlukan untuk mendiagnos, mencegah. dan merawat. wabaktersebut. .••. Penyelidikan biomolekulardijangka menjanjikan sesuatu penemuan .. barn. Kaedah epidemiologi, akan turnt memainkan peranan penting untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti. Institut ini bertujuan menyelesaikan desakan· terhadap perlunya peningkatan penyelidikan pernbatan secara asas dibidang penyakit-:penyakit terabai yang me- .. landa jutaan manusia di kawasan tropika.

    UNIMAS mempunyai matIamat penting dalam pembangunan bidang . ini. Dengan menggunakan kepakaran tempatan dan luar negeri serta bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa, institut ini berkeyakinan membuat penemuan barn bagi meningkatkan tahap kesihatan di negara-negara tropikal.

    Bidang Penyelidikan: Bioteknologi dan imunologi, ubat barulfarmakopoeia daripada sumber kepelbagaian biologi hutan. Epidemiologi, Sistem Kesihatan, Ekonomi Perubatan, AntropologiiSosiologi Pernbatan dan Geografi Perubatan.

    unimas 38

  • INSTITUrPENGAJIANASiA TIMUR

    Konsep Ringkas: Asia Timur mefllpakan satu daripada tiga tempat pasaran ekonomi di duma yang mellawarkan banyak peluang pelaburan bagi pertumbuhan ekonomL Untukberoperasi secara berkesan di rantau pasaran baruyang utama ini memerlukarikepelbagaian·kemahiran dan perspektif, gabungan peJ:1getapJlanyangsedia ada dan yang baru, sertapembangunan rangkaian h1.iblirigan Yang baru.

    Ia juga memertukan jalinan bentuk analisis ekonomi yang bam setta kefahaman·tenta.ng perkembangan ekonomi pqlitikrantau Asia dalam konteks sejagat.

    Institt;ltakan rnembina kedua-duabentuk kepakaran ini dan menggunakankedudukan strategik.universitisecara optimum untuk memaharni secara mendalam·dilDpraktisperuhahan masakini dalam persekitaran sosio-ekonomiserantaudan duma.

    BidangPenyelidikan:PengajianSarawak dan Pengajian Asia Timur~ etnografi, ekonomi, kebudayaan, politik, kajianpolitik dan unjuran futurologikal, perhubungan serantaudan ant/irabangsa.

    unimas 39

    http:kefahaman�tenta.ng

  • PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN

    PERUNDINGAN

    Konsep: Untuk meningkatkan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa, untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja mahir, dan untuk memenuhi permintaan masa depan ekonomi yang berasaskan ilmu, memerlukan kerjasama yang lebih erat antara universiti dengan industri. Bagi tujuan ini universiti akan menubuhkan satu Pusat Pemindahan Teknologi dan Perundingan.

    Pusat ini akan menjadi mekanisme untuk mengusaha dan memindahkan teknologi dan kepakaran Universiti kepada industri. Pusat ini akan menjalankan kerja-kerja perundingan, penyelidikan dan peffiban" gunan. Pusat ini juga akan menyokong dan menyumbang kepada pembangunan industri tempatan mengikut keupayaan sumbernya. Ini akan memberi pengalaman dan penglibatan secara langsung kakitangan akademik dalam industri dan seterusnya akan dapat membantu mereka mempertingkatkan pengajaran. Melalui kegiatan ini Universiti dapat menggunakan kemudahan, kakitangan akademik dan sumber lain secara optimum.

    PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN

    Konsep: Semakin negara meningkat maju dan aktiviti ekonomi semakin bergantung kepada ilmu pengetahuan maka keperluan bagi pendidikan separuh masa, dan latihan serta latihan semula bagi mereka yang bekerja juga meningkat. Justeru itu, melalui Pusat Pendidikan Lanjutan ini Universiti berupaya memenuhi keperluan tersebut dan berusaha untuk menyampaikan khidmat ini kepada yang memerlukan dan kepada pelanggan secara meluas.

    Pusat ini akan menawarkan pelbagai kursus pendek dan separuh masa serta latihan kepada industn dan orang awam mengikut sumber dan keupayaan yang ada, dengan menggunakan kedua-dua sistem penyampaian kursus iaitu konvensional dan inovatif

    unimas 40

  • Universiti akan memastikan kerelevanan yang berterusan dalam program siswazahnya. Hubungan yang rapat dengan industri, institusi profesional dan badan-badan lain yang seumpamanya akan dijalin bagi mencapai tujuan tersebut.

    Kini apabila industri berkembang menjadi berasaskan ilmu dan universiti mula menjadi tumpuan harapan, satu kesedaran tentang perkongsian kepentingan bersama antara industri dan universiti telah timbul.

    Universiti akan membuat satu dasar yang jelas dan mekanisme serta prosedur yang berkesan bagi menggalakkan dan memperbaiki bentuk kerjasama untuk kepentingan kedua-dua pihak dan negara.

    Pusat Pemindahan Teknologi dan Perundingan akan ditubuhkan bagi memudahkan hubungan industri dan membolehkan industri mendapat perkhidmatan perundingan daripada Universiti. Melalui unit ini universiti juga akan berusaha agar hasil penyeIidikan menjadi sesuatu yang bernilai komersial.

    Kerjasama Universiti-industri dan perundingan akan menjadi sebahagian daripada rangkaian atau spektrum perkhidmatan pelanggan yang lebih luas yang akan ditawarkan oleh Universiti secara komersil dan bagi kepentingan negara.

    Universiti juga menyedari akan keperluan dan permintaan latihan, dan latihan semula bagi pengurus dan kakitangan industri. Dengan sumber yang sedia ada Universiti akan menawarkan program pendidikan khas dan lanjutan bagi tujuan tersebut.

    unimas 41

  • SISTEM

    Untuk memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan negara dan untuk menjadikannya lebih responsif kepada perubahan dunia, universiti sendiri perlu melalui perubahan dalaman. Tetapi oleh kerana dorongan hanya didapati dari dalam maka perubahan di kalangan akademik biasanya perIahan seperti juga pada kebanyakan organisasi yang kompleks.

    Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini gabungan tekanan daripada kerajaan dan pasaran telah mencetuskan transformasi di kalangan universiti di kebanyakan negara maju. Universiti mula membuat penilaian semula fungsi sosial mereka dan berusaha untuk memperbaiki pengurusan mereka.

    Universiti ini akan bersikap terbuka kepada idea dan pendekatan baru, justeru akan berpeluang untuk merintis perubahan yang penting dalam budaya universiti, norma dan tanggapan yang dipegangnya, serta amalan dan kelazimannya. Universiti ini juga berpeluang untuk membentuk satu struktur yang baru dan cara pengurusan akademik yang berlainan daripada parameter pentadbiran universiti yang sedia ada.

    Di bawah Akta Universiti dan Kolej 1974, corak kepemerintahan universiti mengandungi satu Jumaah yang fungsinya untuk memberi tempat bagi pembentangan laporan universiti dan forum untuk bertukar-tukar pendapat di antara universiti dengan pihak awam. Tetapi kuasanya terhad kepada perkara-perkara rasmi sahaja; satu Majlis yang merupakan kuasa tadbir yang bertanggungjawab terhadap semua aspek umum dan dasar kewangan universiti; dan satu Senat yang hanya menguruskan hal-ehwal akademik.

    Akta juga menentapkan keanggotaan Jumaah dan Majlis, sementara keahlian Senat ditentukan secara dalaman oleh satu Statut. Perubahan ke atas keanggotaan Majlis merupakan satu

  • isu mendesak yang memerlukan penyemakan luar. Seeara dalam, Universiti ini berhasrat untuk meneari kaedah bagi mengubah keanggotaan dan eara bekerja Senat yang diamalkan selama ini. Dalam usaha untuk membentuk mekanisme baru pentadbiran akademik, universiti akan berusaha menyeimbangkan di antara faedah forum yang besar dengan pertukaran pandangan seeara meluas di kalangan ahli akademik dan keperluan satu bad an yang berupaya membuat pertimbangan seeara berfokus dan analitis, seterusnya membuat keputusan strategik dengan segera.

    Universiti juga berhasrat untuk menghadkan bilangan jawatankuasa yang terbabit dalam proses membuat keputusan, namun penyertaan dan perbineangan seeara berkelompok dan yang bermanfaat kepada pembangunan akademik tidak akan diabaikan.

    Universiti akan menyelaras fungsi korporat seeara berpusat tetapi berhasrat untuk memastikan wujud pengagihan kuasa dalam sistem pengurusannya. Dekan dijangka akan diberi kuasa yang lebih banyak daripada yang biasa diamalkan dalam pengurusan dan kewangan fakulti masing-masing. Ini dapat menghalang pentadbir pusat daripada eampur tangan dalam operasi peringkat bawah. Ini juga dapat menggalakkan tanggungjawab dan tanggungperi yang lebih besar di pihak pengurus. Untuk menyokong proses pengagihan ini, satu Program Pembangunan Pengurusan akan dilaksanakan .

    .

    Universiti akan menggunakan strategi yang berorientasikan pelanggan sebagai eara mencapai output yang bermutu. Universiti akan menganggap masyarakat, industri dan mahasiswa sebagai pelanggan. Oleh itu Universiti akan berusaha untuk memperbaiki pengurusan, pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan masyarakatnya dengan cara mengenalpasti seeara prospektif keperluan pelbagai pelanggannya.

    unimas 43

  • U niversiti akan mengubah cara pandangan tradisi terhadap pendidikan tinggi, khususnya bagi tujuan untuk mencapai prestasi dan output yang bermutu dalam semua aspek fungsinya.

    Universiti akan menggalakkan ahli akademik dan pentadbirnya untuk menganggap hubungan antara jabatan sebagai hubungan penjual-pelanggan dan berperanan sebagai seorang usahawan dalam pengurusan universiti·.

    Universiti memerIukan satu model organisasi yang mempunyai cara pengurusan operasi yang kukuh dan serta garis panduan jelas dalam melaksanakan fungsi tanggungjawab dan kuasanya. Oleh itu Universiti akan memperakukan bidang urusan atau fungsi utama yang berikut dalam struktur organisasinya;

    ~ akademik (fakuIti dan program ijazah, hal-ehwal pelajar).

    ~ penyelidikan dan perkhidmatan (pusat penyelidikan, pengajian ijazah lanjutan, perundingan dan perkhidmatan);

    ~ pembangunan (perancangan dan pembangunan kampus);

    ~ pentadbiran dan kewangan

    Universiti sedar bahawa aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah penting dan komponen yang perlu bagi mengukur pembangunan individu secara total. Pengajaran peringkat prasiswazah dan hal-ehwal pelajar akan diletakkan di bawah satu garis fungsi.

    Hal-ehwal Akademik akan memberikan sokongan perkhidmatan yang berikut:

    :J Pusat Pengajian Bahasa

    :J Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia

    :J Pusat Pemajuan Pelajar

    unimas 44

  • Pusat Pengajian Bahasa dijangka akan dilengkapkan dengan kemudahan dan peralatan moden yang diperlukan bagi pembelajaran bahasa dan pembangunan kemahiran komunikasi.

    Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia akan menyokong proses pengajaran-pembelajaran Universiti. Ia akan memberi bantuan pembelajaran kepada pelajar dan akan menyediakan sumber pembelajaran dan program berasaskan komputer. Ia akan dilengkapkan dengan kemudahan audio-video dan alatan yang berkaitan. Pusat ini juga akan membangunkan kemudahan komunikasi yang luas bagi membolehkan penerimaan dan penyiaran syarahan jarak jauh. Ini akan memudahkan Universiti untuk menyusun syarahan jarak jauh dari Semenanjung atau dari tempat lain.

    Universiti akan menyediakan pelbagai kemudahan yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan kampus. Pusat Persatuan Pelajar akan mempunyai kemudahan bagi aktiviti sosial, kelab dan komersil. Fungsi Pusat Hal-EhwaI Pelajar termasuk kebudayaan, sukan dan kesihatan.

    Dalam menggariskan panduan bagi keempat-empat bidang urusan yang disebutkan di atas, Universiti menyedari bahawa penyelidikan dan pengajaran telah tergabung secara langsung. Walau bagaimanapun, masing-masing mempunyai sistem penyampaian yang berlainan. Tambahan pula, kumpulan antara disiplin yang melewati batasan fakulti diperlukan apabila menangani masalah penyelidikan yang kompleks. Pusat penyelidikan pelbagai disiplin akan diselaraskan di bawah satu fungsi yang berasingan daripada haI-ehwaI akademik. Ia akan disokong oleh yang berikut:

    u Perkhidmatan MakJumat Akademik

    u Unit Sokongan Penyelidikan

    Pusat Perkhidmatan Maklumat Akademik akan menggabungkan khidmat perpustakaan dan khidmat komputer untuk mempertingkatkan perolehan maklumat melalui teknologi.

    Pusat tersebut akan menggalakkan pelajar supaya berketrampiIan sebagai asas bagi pembelajaran sepanjang hayat dengan memberi mereka peluang menggunakan sumber perpustakaan dan teknologi maklumat.

    unimas 45

  • Unit Sokongan Penyelidikan akan menyelaras usaha untuk memperolehi pembiayaan penyelidikan dan bantuan dari luar serta mengawasi aktiviti penyelidikan.

    Untuk menyokong pengkomersialan hasil penyelidikan dan pemindahan teknologi dan perkhidmatan kepada industri, Universiti akan menubuhkan:

    Q Pusat Pemindahan Teknologi dan Perundingan

    Untuk mencapai objektif memperoleh pelanggan yang meluas bagi program pendidikan berterusan dan latihan, Universiti akan menubuhkan.

    Q Pusat Pendidikan Berterusan

    Satu tugas utama bagi sesebuah universiti yang baru ditubuhkan ialah menyelaras perancangan dan pembangunan fizikai, untuk itu Universiti akan mewujudkan

    Q Bahagian Pembangunan Kampus

    Menyokong semua bidang urusan dan pembangunan yang tersebut di atas merupakan tugas pentadbiran universiti. Justeru itu Universiti ini lebih mirip kepada struktur pentadbiran unitari.

    Fungsi pentadbiran akan disusun mengikut bahagian-bahagian dengan setiap bahagian diketuai oleh seorang Pengarah:

    Q Pentadbiran Am

    Q Kewangan

    Q Pengurusan Sumber Manusia

    Q Sistem Pengurusan Maklumat

    Q Pengurusan Barta

    ~ Keselamatan

    unimas46

  • Sumber asas Universiti ialah manusia. Universiti akan menggalakkan pengurusan berorientasikan manusia dengan memberikan penekanan terhildap pembangunan sumber manusia.

    '.

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan menyediakan pentadbiran kakitangan secara bersepadu termasuk pengambiIan dan latihan.

    Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat akan membekalkan pentadbiran Universiti dengan maklumat yang diperlukan serta menguruskannya dan akan mengawal rekod yang berkenaan yang diperlukan untuk menyokong perjalanan pentadbiran yang lancar dan cekap.

    Untuk menyelaras perhubungan awam, hubungan luaran serta hal-ehwal dan pembangunan alumni, Universiti akan menubuh, di bawah Canselori

    u Bahagian Perhubungan Luar

    Untuk melaksanakan perancangan masa hadapan dan strategik, projek-projek khas serta tugasan lain, Universiti akan menubuhkan

    u Bahagian Perancangan Korporat

    Bahagian ini akan melaporkan terus kepada Naib Canselor. Bahagian ini juga akan bertindak sebagai urus setia kepada Majlis, Senat danjawatankuasa utama Universiti. Bahagian ini akan menghubungkan Majlis, Senat dan Canselori. Melalui Bahagian Perancangan Korporat, Universiti dapat memastikan perkongsian satu falsafah korporat dan matlamat yang sarna di kalangan masyarakat Universiti.

    unimas 47

  • . ...... , >,.'·'.

    Majlis

    .

    Senat

    Canselori

    ,

    ....

    Pentadbiran Perancangan Penyelidikan Akademik & & & &

    Kewangan Pembangunan Kampus Perkhidmatan Pelajar

    unimas 48

  • Perancangan Korporat

    Setlausaha

    Majlis. Sanat Sekretariat

    Perancangan

    Parancangan Strategik Prejek Khas Sekengan NC

    Pentadblran

    Pentadblran Am

    Kewangan

    Peruntukan, Penggajian

    Pengurusan Tenaga Manusla

    Perkhidmatan. Penilaian, Latihan

    Pengurusan System Maklumat

    Pengurusan M