sastera Melayu tradisional

14
1.0 Pengenalan Kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein; kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak. Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraan Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu: 1. Kesusasteraan Lisan 2. Kesusasteraan Tulisan Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya

description

Sastera melayu

Transcript of sastera Melayu tradisional

Page 1: sastera Melayu tradisional

1.0 Pengenalan

Kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan satu bidang kajian yang

sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan

baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein;

kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang

berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa

kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan

terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat.

Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraan Melayu

tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan

2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang

lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di

kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu

tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta

huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka

dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia

dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan.

Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula

menerima pengaruh luar.

Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah

pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu

diperkenalkan dengan sistem tulisan.

Page 2: sastera Melayu tradisional

2.0 Sinopsis: Hikayat Siak

Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan

daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang

dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke

Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang

mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung,

Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah

diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan

Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang

Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang

mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda

Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar

oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak

menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng

Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka

ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian

sekiranya baginda berjaya menawan Johor,

maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani

dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada

Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum

Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita

kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang

di negeri Johor menjadi perbualan rakyat. Untuk membuktikan bahawa

baginda anakanda Marhum Mangkat DiJulang, rakyat Johor telah meminta

baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air

masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan

menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia.

Page 3: sastera Melayu tradisional

Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan

“daulat”. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor

bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara.

Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah

masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam

Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang

Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah

meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda

telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah

tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak

bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin

dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran

Sultan Abdul Jalil Syah.

2.1 Tema

Pengembaraan anak raja.

Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu

tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu

anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi

Sultan Johor.

2.2 Persoalan

2.2.1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan.

2.2.2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.

2.3 WATAK DAN PERWATAKAN

2.3.1 Yang Dipertuan Raja Kecik.

Keturunan Raja Johor . Nama asalnya Tuan Bujang dan berkahwin

dengan Tengku Kamariah. Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan

gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Seorang yang berani dan gigih.

Page 4: sastera Melayu tradisional

2.4 LATAR

2.4.1Latar Masyarakat

2.4.1.1. Golongan masyarakat feudal

Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan

beraja.

2.4.1.2. Golongan masyarakat istana.

Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana .

2.5 Latar Masa

2.5.1. Peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja

Siak.

2.6 Latar Tempat

2.6.1. Rawas

Contoh: Tempat Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu

Kuching.

2.6.2. Siak

Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa

mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai

Nahkhoda Penangguk.

2.6.3. Johor

Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja

Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

2.7 Gaya bahasa

2.7.1. Penggunaan bahasa Arab

Contoh:Allah Ta’ala,

2.7.2. Penggunaan bahasa istana

Contoh: Patik, baginda,hulubalang, titah

2.7.3. Penggunaan kata ganda

Contoh: Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing

Page 5: sastera Melayu tradisional

2.8 NILAI

2.8.1. Nilai kegigihan

Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu

tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan

keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.

2.8.2 Keberanian

Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan

pertunangannya dengan Tengku Tengah.

2.8.3 Nilai ketaatan

Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang

Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahuai baginda ialah keturunan

raja.

3.0 Pendekatan Mengalami dan Menghayati

3.1. Pendekatan

Konsep "pendekatan" membawa maksud yang luas dan kita sering

menggunakan dalam pengkajian danpengajian sastera. Kadang-

kadang kita terkeliru dengan konsep kaedah. Bagi perbincanqan ini

kita maksudkan pendekatan sebagai satu pegangan yang

mengandungi strategi-strategi untuk mencapai matlamat jangka

panjang dalam pengajaran kesusasteraan. Setiap satu pendekatan

yang diaplikasikan ini mencerminkan satu pegangan atau falsafah

tentang hakikat pengajaran dan teori kesusasteraan.

(Kamaruddin Husin: 88: 41) menyebut beberapa pendekatan

mengajar kesusasteraan :analisis-struktural, berfokus, mengalami-

menghayati, global dan beberapa pendekatan kritik sastera seperti

pendekatan moral, pendekatan sosiologikal, pendekatan psikologi dan

pendekatan linguistik .

Page 6: sastera Melayu tradisional

3.2. Mengalami Menghayati

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat Dewan Bahasa Dan Pustaka

(1990) kaedah iaitu cara atau peraturan membuat sesuatu

terutamanya yang bersistem atau biasa. Manakala mengalami ialah

merasai atau menempuh kesusahan, kesulitan dan perubahan.

Menghayati pula mengalami dan merasai (dalam batin). Meresapkan

ke dalam jiwa. Dalam kaedah mengalami dan menghayati pelajar

dapat memperoleh pengalaman dalam mengapresiasi sesuatu

pembelajaran dan pengalaman dalam bentuk apresiasi sastera.

Menurut Othman Putih (1996), apabila guru menggunakan kaedah

mengalami menghayati, maka guru perlu bekerja keras. Guru perlu

menyediakan petikan atau tayangan yang membolehkan petikan yang

dibaca lebih dekat dengan jiwa pelajar.

3.2.1 Kaedah Memahami Dan Menghayati

Kemampuan untuk menikmati karya sastera Kebolehan pelajar-pelajar

untuk mengalami dan menghayati Karya puisi atau sajak dinikmati

dengan cara mendeklamasinya Watak difahami dan dilakonkan

Pantun dibacakan melalui aktiviti berbalas pantun Secara

keseluruhannya kaedah mengalami dan menghayati begitu abstrak

dalam erti kata melibatkan pengetahuan, kejiwaan, emosi dan

penghargaan.

3.2.2 Konsep Kaedah Memahami Dan Menghayati

Merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran

yang teratur. Kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman

itu kepada pelajar- pelajar. Kaedah ini diperhalus dalam bentuk jalan,

cara, susunan, proses dan prosedur yang mengandungi langkah-

langkah pengajaran.

Page 7: sastera Melayu tradisional

Mampu merasai sesuatu perasaan atau pandangan dan memberi

pandangan atau penilaiannya sendiri dan pendapat Goodman (1962)

menyatakan sesuatu pengalaman itu dikaji mengikut apa yang

ditanggapi oleh pembaca sendiri.

3.2.3 Ciri-Ciri Yang Terdapat Dalam Kaedah Memahami-Menghayati

Berasaskan kepada matlamat penghayatan terhadap karya sastera.

Pelajar-pelajar dibawa menghayati keindahan karya terlebih dahulu

sebelum mereka mengkaji aspek-aspek penting yang membentuk

sesebuah karya. Kajian terhadap karya sastera yang dilakukan oleh

pelajar memerlukan pembacaan yang rapi supaya pelajar dapat

menyelamai isi kandungan karya sastera yersebut dengan lebih

mendalam.

Page 8: sastera Melayu tradisional

Pantun berkait

Masa/ Langkah

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Perbincangan terhadap video yang ditayangkan.

Murid memberi tumpuan terhadap tayangan video yang di tayangkan berkaitan dengan Hikayat Siak.

Murid dikehendaki mengenalpasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam tayangan video tersebut.

Guru mengaitkan tayangan video tersebut dengan pantun berkait.

.

KB : kemahiran mendengar dan bertutur.

BBB :

Video Hikayat Siak

Komputer riba

Langkah 1

(15 minit)

Penghayatan terhadap pantun berkait Hikayat Siak.

Murid membaca petikan pantun tersebut secara senyap.

Secara berkumpulan murid membaca pantun berkait tersebut dengan intonasi yang betul dan seragam.

Setiap kumpulan akan memberi ulasan ringkas berdasrkan rangkap pantun yang diberikan kepada setiap kumpulan.

KB : Kemahiran membaca

BBM : Lembaran petikan pantun

Nilai murni : tolong-menolong,

Langkah 2

(10 minit)

Mengenalpasti perbezaan dan persamaan yang terdapat di dalam pantun berkait dengan pantun biasa.

Setiap kumpulan mengenalpasti perbezaan dan persamaan yang diperolehi antara pantun berkait dengan pantun biasa.

Setiap kumpulan akan mengunakan peta pemikiran peta buih berganda (I-THINK).

Setiap kumpulan akan membentangkan hasil yang telah

BBB :

petikan pantun

Kertas mahjong

Nilai

Bekerjasa

Page 9: sastera Melayu tradisional

diperolehi. ma

Langkah 3

(15 minit)

Membina pantun berkait

Membina dua rangkap pantun berkait.

Setiap kumpulan membina dua rangkap pantun berkait berdasarkan tajuk yang diberi kepada setiap ahli kumpulan.

Guru membantu murid dengan memberi penerangan yang jelas cara untuk membina pantun berkait.

Setiap kumpulan akan membentangkan hasil yang telah dibuat.

Guru memberi komen setiap tugasan yang dibentangkan.

.

Kemahiran berfikir : menghubungkait,

Nilai murni : tolong-menolong

BBB :

kertas mahjong

Langkah 4

(10 minit)

Menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.

Murid secara individu menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam pantun berkait tersebut.

Murid akan menulis nilai dan pengajaran tersebut di dalam lembaran kerjanyang disediakan.

Kemahiran menulis

BBB : Lembaran kerja

Nilai murni : tolong-menolong

Penutup

(5 minit)

Membaca pantun berkait

Hikayat Siak

Murid dan guru membaca pantun berkait Hikayat siak bersama-sama.

Guru menerangkan betapa pentingnya kesusteraan Tradisional Melayu perlu dihargai dan dipelihara.

Nilai

Patriotisme.

Page 10: sastera Melayu tradisional

BIBLIOGRAFI

http://apjee.usm.my/JPP_12_1993/Jilid%2012%20Artikel%2001.pdf

Pendekatan dan Perkaedahan

Pengajaran Kesusasteraan

KBSM: Cabaran-cabaran

Kepada Guru Kesusasteraan

Ahmad Othman

Pusat Pengajian IImu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia