Satu Malaysia Satu Ummah

9
8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 1/9 Satu Malaysia Satu Ummah (Bhg. 1)  HTTP://UMMATANWASATAN.NET/2011/02/SATU-MALAYSIA-SATU-UMMAH-BHG-1/ Oleh DR NOR RAUDAH HJ SIREN Jabatan Dakwah d an Pembangunan nsan  Akademi Pengaj an sam niver si M aaya 1. PENGENALAN Malaysia merupakan Negara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang terdiri dari berbilang etnik, budaya dan agama menjadikan Negara ini begitu unik dan mencabar kepimpinan dan pentadbirannya. Usaha-usaha ke arah menghapuskan halangan komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering menjadi agenda utama bagi mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Masyarakat Malaysia dilihat mempunyai pengalaman sejarah yang harmonis antara semua bangsa dan agama. Mereka bebas menjalankan aktiviti kehidupan dan aktiviti keagamaan malah boleh berinteraksi antara satu sama lain secara harmoni dan sejahtera. Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat yang terbuka dan bersedia berkongsi prasarana Negara dan bertoleransi dalam mencapai kesepakatan dalam pembangunan yang dirancang. Walau bagaimanapun, kadang±kala timbul beberapa isu dan konflik yang menggugat perhubungan yang sedia terjalin itu, sebagaimana lidah yang sering tergigit, inikan pula manusia yang mempunyai kepelbagaian pendapat, tingkah laku dan sikap. Malah perbezaan nilai-nilai bangsa dan agama sering menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ini bagi mendapatkan hak dan kepentingan bangsa serta agama masing-masing. Isu polemik ini penting untuk diperkatakan kerana komposisi rakyat Malaysia yang mempunyai keanekaragaman yang mungkin boleh malahirkan perasaan curiga, prasangka, dengki dan pelbagai sifat negatif yang boleh mencetuskan suasana huru-hara, kacau bilau dan pertumpahan darah. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam yang mencetuskan sejarah perkauman di Malaysia kerana sifat-sifat yang disebutkan. Malah beberapa isu perkauman terus berlaku apabila wujudnya isu perpecahan kaum di Kampung Medan, isu membakar gereja, isu membuang kepala khinzir dalam masjid, isu menconteng surau dan sebagainya yang jika terus dibiarkan akan menggugat kestabilan Negara. 2. REALITI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA Sejarah Malaysia memiliki latar belakang penerimaan pelbagai kaum dan agama lain dalam melaksanakan pembangunan ekonomi di bawah pemerintahan British (divide and r ule). Kesediaan orang

Transcript of Satu Malaysia Satu Ummah

Page 1: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 1/9

Satu Malaysia Satu Ummah (Bhg. 1) 

HTTP://UMMATANWASATAN.NET/2011/02/SATU-MALAYSIA-SATU-UMMAH-BHG-1/

Oleh DR NOR RAUDAH HJ SIREN 

Jabatan Dakwah d an Pembangunan I nsan  Akademi Pengaj i an I sl am 

U niver si t i M al aya 

1. PENGENALAN 

Malaysia merupakan Negara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang terdiri dari berbilang etnik,

budaya dan agama menjadikan Negara ini begitu unik dan mencabar kepimpinan dan pentadbirannya.

Usaha-usaha ke arah menghapuskan halangan komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering

menjadi agenda utama bagi mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Masyarakat Malaysia dilihat mempunyai pengalaman sejarah yang harmonis antara semua bangsa dan

agama. Mereka bebas menjalankan aktiviti kehidupan dan aktiviti keagamaan malah boleh berinteraksi

antara satu sama lain secara harmoni dan sejahtera. Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat yang

terbuka dan bersedia berkongsi prasarana Negara dan bertoleransi dalam mencapai kesepakatan dalam

pembangunan yang dirancang.

Walau bagaimanapun, kadang±kala timbul beberapa isu dan konflik yang menggugat perhubungan yang

sedia terjalin itu, sebagaimana lidah yang sering tergigit, inikan pula manusia yang mempunyai

kepelbagaian pendapat, tingkah laku dan sikap. Malah perbezaan nilai-nilai bangsa dan agama sering

menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ini bagi mendapatkan hak dan

kepentingan bangsa serta agama masing-masing.

Isu polemik ini penting untuk diperkatakan kerana komposisi rakyat Malaysia yang mempunyai

keanekaragaman yang mungkin boleh malahirkan perasaan curiga, prasangka, dengki dan pelbagai sifat

negatif yang boleh mencetuskan suasana huru-hara, kacau bilau dan pertumpahan darah. Peristiwa 13

Mei 1969 merupakan sejarah hitam yang mencetuskan sejarah perkauman di Malaysia kerana sifat-sifat

yang disebutkan. Malah beberapa isu perkauman terus berlaku apabila wujudnya isu perpecahan kaum

di Kampung Medan, isu membakar gereja, isu membuang kepala khinzir dalam masjid, isu menconteng

surau dan sebagainya yang jika terus dibiarkan akan menggugat kestabilan Negara.

2. REALITI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 

Sejarah Malaysia memiliki latar belakang penerimaan pelbagai kaum dan agama lain dalam

melaksanakan pembangunan ekonomi di bawah pemerintahan British (divide and r ule). Kesediaan orang

Page 2: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 2/9

Melayu menerima kaum-kaum lain dan agama mereka telah membuka jalan bagi pergaulan etnik yang

bersepadu iaitu orang Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera lain seperti Iban, Kadazan dan

sebagainya. Bahkan Negara Malaysia telah menerima liga agama utama dunia iaitu Islam, Buddha,

Hindu, Sikh dan Kristian di samping pelbagai kepercayaan animi sme.

Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kehadiran kaum dan agama lain mempunyai kaitan yang akrab

dengan agama Islam. Kehadiran agama Islam yang dibawa oleh para mubaligh Islam dan penerimaan

raja-raja Melayu sebagai ketua Negara telah mensinonimkan bangsa Melayu dengan agama Islam.

Lantaran itu, agama Islam yang kita kenal hari ini telah berjaya mengintegrasikan dan menyatupadukan

masyarakat hingga ke hari ini.

Dimensi agama merupakan satu pendekatan perpaduan untuk menyatupadukan masyarakat sesama

kaum dan antara kaum. Di Malaysia, amalan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum telah lama

difikirkan oleh para pemimpin dari sudut penekanan agama. Malah syarat mendapatkan kemerdekaan

dari tangan British ialah perpaduan yang dimasukkan dalam agenda Perlembagaan Persekutuan yang

dibentuk. Dalam artikel 3(1) ada menyebutkan bahawa, ³U gama I sl am i al ah ugama Per sekutuan t etapi 

ugama-ugama l ai n boleh di  pr akt i kkan dengan aman d amai di mana-mana bahag i an kawasan 

 per sekutuan.´.

Pada masa yang sama, artikel II menyatakan bahawa setiap orang berhak menganut dan mengamalkan

agamanya dan setiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,

menubuhkan dan menyelenggarakan hal ehwal agama atau khairat dan boleh memperolehi dan

mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

Perlembagaan persekutuan juga telah diperkukuhkan melalui penghayatan dan pengamalan prinsip-

prinsip Rukun Negara untuk setiap lapisan masyarakat, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan

kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan

kesusilaan. Prinsip yang dibentuk ini merupakan ikrar setiap rakyat Malaysia bagi mewujudkan rasa cinta

dan taat setia kepada Negara di bawah satu payung pemerintahan tanpa mengira bangsa dan agama.

Perlembagaan berfungsi mengisi konsep kenegaraan dan telah memperuntukkan agama Islam sebagai

agama rasmi persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu pula diangkat menjadi bahasa rasmi Negara

dengan keistimewaan institusi Raja-raja Melayu berperlembagaan. Penerimaan kepada perlembagaan ini

 juga merupakan kesediaan setiap individu untuk bersatu, bekerjasama dan berkongsi dengan

menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing.

 Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Negara telah membolehkan penganut agama-agama

lain mengamalkan agama mereka dengan aman. Kewujudan pelbagai bangsa dan agama merupakan

sesuatu yang sudah ditetapkan dan sebagai sebahagian dari nikmat Allah SWT. Allah berfirman dalam

Surah al-Hujurat 49 ayat 13 yang bermaksud, ³Wahai umat manusi a! Sesungguhnya kami t el ah

menc i  ptakan kamu, d ari lel ak i d an  perem puan d an kami t el ah menjadi kan kamu ber bagai bangsa d an 

Page 3: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 3/9

ber suku-puak  supaya kamu ber k enal -k enal an (d an ber amah mesr a antar a satu dengan l ai n. 

Sesungguhnya semuli a-muli a kamu di si si  All ah i al ah or ang  yang lebih takwanya di antar a kamu ( bukan 

yang lebih k etur unan atau bangsanya) sesungguhnya  All ah amat meng etahui d an amat mend al am

 peng etahuannya ( akan k ead aan d an amal an kamu).´  

 Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Allah tanpa melihat kepada bangsa,

warna kulit dan kedudukannya. Islam juga melihat masyarakat bukan Islam sebagai anggota masyarakat

yang diberi hak untuk hidup bersama dengan rukun dan damai. Tiada halangan untuk mereka saling

bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Allah SWT hanya membezakan

kedudukan manusia di sisi-Nya adalah dari segi keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT.

3. KEPERLUAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK 

Pergaulan dan perhubungan dalam pelbagai keyakinan, kepercayaan, cara hidup dan pegangan ini

merupakan satu kehidupan yang kompleks dan memerlukan satu panduan asas untuk memelihara

hubungan tersebut demi menjaga keamanan dan kestabilan Negara. Nilai-nilai agama yang dianuti oleh

setiap bangsa perlu dipupuk dan diamalkan oleh masyarakat bagi mewujudkan kesederhanaan, toleransi,

kesefahaman, hormat-menghormati, kesabaran, keamanan dan perpaduan. Nilai-nilai itu tercetus dari

akar tradisi setiap bangsa dan semua kaum yang mampu mewujudkan kekuatan perpaduan masyarakat

Malaysia.

Setiap sentimen agama perlu dikawal agar tidak merosakkan hubungan yang sekian lama dijalin. Isu-isu

agama yang pernah wujud boleh mempengaruhi kestabilan dan perpaduan Negara dan mengancam

keamanan Negara jika tidak dibendung secara matang dengan fikiran yang waras. Peristiwa 13 Mei 1969merupakan pengajaran paling pahit kepada kita untuk memikirkan tentang perlunya perpaduan kaum ini

diwujudkan dalam Negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini.

3.1 Perpaduan 

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai,

psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak

sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.

Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun India,

Tamadun Cina, Tamadun Barat dan Tamadun Islam. Kesemua tamadun ini bergerak dan membina

pengaruhnya dalam kehidupan bangsa yang mendokonginya. Ia bukan sahaja membentuk struktur 

pemikiran dan kebudayaan pelbagai kaum tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan

kepercayaan mereka.

Page 4: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 4/9

Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi sesuatu

bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh dikongsi bersama bagi

memupuk perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang

lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai

perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana,

berkasih-sayang dalam hubungan kemanusiaan, dan kemesraan.

Hubungan kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya merupakan aspek nilai yang

wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap agama telah mengajarkan etika hubungan sesama

manusia yang menekankan kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk semua manusia. Malah sifat ini

akan melahirkan sifat tolong-menolong, suka melakukan amal kebajikan dan berkorban masa, tenaga

dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan masyarakat.

Islam juga melihat perhubungan sesama manusia sebagai sebahagian daripada ibadat. Dasar 

perhubungan antara manusia ditekankan dalam mewujudkan persaudaraan, bekerjasama dan sikap

saling bantu-membantu. Permusuhan, konflik dan persaingan yang tidak adil perlu dibendung untuk

mengelakkan pertelagahan bagi mengukuhkan perdamaian dalam hubungan antara manusia (habl um

mi n al -nas). Ini kerana semua manusia itu adalah makhluk yang berpunca dari penciptaan yang sama

iaitu Adam. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud, ³Wahai manusi a!  

 All ah t el ah meng hapuskan r asa besar diri yang di  per tahankan oleh seset engah or ang di z aman Jahili yah

d an t el ah membasmi kan sebar ang   penonjol an k et i ngg i an mar tabat  yang di sand ar kan k e pad a k etur unan. 

Sesungguhnya hanya d ua  j eni s manusi a sahaja: or ang  yang  bai k di sanjung  oleh All ah d an or ang  yang  

 jahat  yang dihi na di si si  All ah. Semua manusi a ad al ah anak   Ad am d an  All ah t el ah menjadi kan  Ad am

d ari  pad a tanah li at.´  

Konsep kenal-mengenal antara manusia yang pelbagai bangsa dan kaum merupakan dasar pemupukan

perpaduan kerana di dalamnya terkandung nilai kebebasan beragama, hak untuk menikmati

keselamatan, keadilan, dan perundingan. Persamaan nilai ini merupakan prinsip yang universal dan

semua kaum menerimanya serta mampu dijadikan asas untuk memupuk perpaduan.

3.2 Toleransi 

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam

keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak

untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta

mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.

Rasulullah SAW ketika berpindah ke Madinah berhadapan dengan pelbagai bangsa dan agama. Umat

Islam ketika itu merupakan golongan minoriti sementara golongan bukan Islam yang terdiri dari orang

Yahudi, Arab Kristian dan Arab Musyrik adalah golongan majority. Nabi Muhammad SAW yang dilantik

sebagai pemimpin tidak memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Tetapi mereka diajak untuk

Page 5: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 5/9

hidup bersama secara aman dan damai, tanpa sebarang kezaliman dan penindasan. Situasi ini

menunjukkan tentang sikap toleransi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah apabila

baginda berjaya menawan kembali Mekah, penduduk-penduduk Mekah juga tidak dipaksa memeluk

agama Islam malah boleh meneruskan kehidupan seharian mereka tanpa sebarang halangan.

Islam tidak melarang masyarakat Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang lain selagi

mereka tidak memerangi umat Islam kerana agama. Al-Quran menjelaskan bahawa peperangan dan

penentangan yang dibenarkan dalam Islam adalah untuk tujuan mempertahankan diri, kehormatan,

harta, keturunan dan agama sahaja. Perkara ini ditekankan dalam Surah al-Haj 22 ayat 39 yang

bermaksud, ³ Diizi nkan ber  per ang  bag i or ang I sl am yang di  per ang i k er ana sesungguhnya mereka t el ah

di ani aya, d an sesungguhnya  All ah amat  ber kuasa untuk menol ong mereka (mencapai k emenangan), 

i ai tu mereka yang di usir d ari kam pung hal amannya dengan t id ak  berd asar kan sebar ang  al asan yang  

benar semata-mata k er ana ber kata, ³Tuhan kami i al ah  All ah´ Dan kal aul ah  All ah t id ak mend or ong  

seset engah manusi a menentang   penc er obohan nescaya r untuhl ah t em pat-t em pat   per tapaan ser ta 

g ere ja-g ere ja ( k ri st i an) d an t em pat  sembahyang (Y ahudi  ) d an M asj id ( or ang I sl am ) yang  sent i asa di sebut  

nama  All ah di d al amnya d an sesungguhnya  All ah akan menol ong  si apa yang menol ong  agamanya 

(I sl am ) sesungguhnya  All ah M aha K uat d an M aha K uasa.´  

Sifat tasammuh yang ada dalam Islam tidak semata-mata merujuk kepada toleransi yang dinyatakan. Ia

memberi maksud memberi dan menerima. Dengan erti kata lain, Islam tidak menghalang manusia untuk

menerima pendapat dan pendirian orang lain serta tidak menyekat kebebasan manusia untuk berfikir dan

berkepercayaan. Islam amat mementingkan sikap toleransi sebagai menunjukkan sikap keterbukaan

dalam mendengar pandangan yang berbeza serta bebas juga mengemukakan pandangan selagi tidak

menjejaskan pegangan agama masing-masing dalam ruang l ingkup yang dipersetujui bersama.

Sifat toleransi ini merupakan syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang menginginkan kehidupan

yang aman dan tenteram. Apabila wujud interaksi dan persefahaman yang baik dalam kalangan

masyarakat beragama dan berlainan budaya ini, ia akan membentuk masyarakat yang harmonis. Allah

SWT berfirman dalam Surah al-Ankabut 29 ayat 46 yang bermaksud, ³ Dan  janganl ah kamu ber bahas 

dengan ahli k i tab mel ai nkan dengan car a yang  bai k.´  

Orang Islam di Malaysia sudah menunjukkan sikap toleransi sejak pembentukan Perlembagaan 1957.

Sifat tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu

dengan syarat kerakyatan yang longgar kepada warga bukan Melayu dan keistimewaan orang Melayu

mengikut perlembagaan sejajar dengan hakikat orang Melayu sebagai tuan Negara ini. Tolak ansur dankelonggaran kerakyatan merupakan keuntungan yang besar kepada pihak bukan Melayu kerana selepas

setahun Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu

telah diterima sebagai warganegara.

Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan Melayu juga diberi ruang

dan peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan ekonomi Negara. Hal ini mewujudkan keseimbangan

Page 6: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 6/9

antara kaum dan mewujudkan kesamarataan sosial serta melahirkan sifat perlumbaan secara adil serta

mengurangkan diskriminasi dan konflik antara kaum yang ada. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu

berpegang teguh kepada asas persetujuan ini dan sentiasa menanamkan nilai faham-memahami dan

hormat-menghormati.

3.3 Persefahaman dan sifat hormat-menghormati 

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian

adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek

berpakaian, makanan, pantang ±larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi

memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa

perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah

penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa

perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang

larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan

berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.

 Allah berfirman dalam Surah al-Muntahanah, 60 ayat 8 yang bermaksud, ³All ah t id ak mel ar ang  kamu 

d ari  pad a ber buat  bai k d an berl aku adil k e pad a or ang  yang  t id ak memer ang i kamu k er ana agama ( kamu), 

d an t id ak meng el uar kan kamu d ari kam pung hal aman kamu: k er ana sesungguhnya  All ah mengasihi 

or ang  yang  berl aku adil .´  

 Ayat di atas memperlihatkan bagaimana Islam amat mementingkan hubungan antara manusia walaupun

dengan orang yang bukan Islam sebagai cara mewujudkan keamanan Negara. Malah sikap adil dalamkehidupan ini merupakan aspek nilai sejagat yang perlu dikongsi bersama tanpa mengira agama dan

bangsa.

Semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi bagi

berbincang mengenai nilai-nilai agama masing-masing. Mereka perlu berusaha untuk memahami realiti

kehidupan beragama dalam masyarakat sama ada di kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat

bukan Islam. Umat Islam sendiri tidak seharusnya memencilkan diri untuk berbincang tentang Islam

hanya dalam kalangan umat Islam sahaja. Pendedahan terhadap nilai-nilai Islam perlu dijelaskan bagi

membantu orang bukan Islam memahami nilai-nilai Islam yang universal itu dan menghormatinya

sebagai agama rasmi Negara.

Secara kesimpulannya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu

menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu

matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan

Page 7: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 7/9

pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu

diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

4. DASAR SATU MALAYSIA 

Konsep satu Malaysia dijelaskan oleh YAB Dato¶ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai, ³ Ki ta 

berdiri , k i ta  berfi k ir d an ber t i nd ak  sebagai bangsa M al aysi a. One People. Dan k i ta mengambil t i nd akan-

t i nd akan berd asar kan k ehend ak  semua kum pul an etni k d al am negar a k i ta; I ni bukan berer t i k i ta 

meng et e pi kan d asar afirmat if , d asar untuk menol ong  kaum Bumi  put er a asal kan d asar i tu dil aksanakan 

dengan car a yang  adil d an memberi  per t imbangan k e pad a gol ongan Bumi  put er a yang l ayak mend apat  

sesuatu  per t imbangan d ari  pad a k er ajaan. Ki ta k el uar d ari  pad a car a ber t i nd ak d al am t embok etni k  yang  

k i ta amal kan se jak  sek i an l ama´. 

Dasar ini dibentuk bagi tujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang meneruskan

nilai-nilai perpaduan dan sifat hormat-menghormati antara kaum dan agama serta melaksanakan

kehidupan sebagai rakyat Malaysia bukan berdasarkan kaum atau agama tertentu. Mereka perlu berfikir 

melepasi sempadan kaum masing-masing agar bertindak tanpa memikirkan kepentingan etnik dan kaum

masing-masing.

Dasar ini juga menegaskan agar setiap tindakan yang hendak dilaksanakan perlu berdasarkan kehendak

semua kumpulan etnik dalam negara ini terutama peranan pemimpin yang perlu menangani semua

permasalahan dan tuntutan keperluan serta hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

Dasar ini dibentuk sebagai pelan tindakan para pemimpin dalam melaksanakan tugas kepimpinannya. Ia

membawa matlamat untuk mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat yang menjadi

tunggak kekuatan Malaysia dan mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat melalui

slogan, ³Rakyat did ahul ukan, Pencapai an di utamakan.´  

Sebagai merealisasikan hasrat dan matlamat ini, Satu Malaysia digerakkan berdasarkan tiga prinsip teras

iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip teras ini

penting untuk tujuan memperkukuhkan perpaduan nasional. Penekanan terhadap penerimaan di

kalangan rakyat berbilang kaum dan penerimaan keunikan pelbagai kaum akan mewujudkan sifat

hormat-menghormati antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia. Prinsip kenegaraan pula

menerapkan semangat perpaduan, semangat nasionalisme dan semangat cinta akan negara

sebagaimana yang termaktub dalam Rukun Negara sejak sekian lama. Manakala prinsip keadilan pula

membela nasib semua kaum serta mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang

berbeza agar pembelaan yang sewajarnya diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Page 8: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 8/9

Ketiga-tiga prinsip tersebut mendasari konsep Satu Malaysia dan memerlukan pemimpin yang sentiasa

mengamalkan lapan prinsip kepimpinan iaitu mewujudkan budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah

hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

5. KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN UMMAH 

Realiti kejadian manusia yang bersuku-suku dan berbangsa-bangsa bukanlah suatu bentuk diskriminasi

tetapi merupakan limpahan rahmat serta memperlihatkan kebesaran Allah SWT. Islam melihat

kewujudan masyarakat majmuk sebagai suatu bukti bahawa masyarakat saling memerlukan antara satu

sama lain. Semua anggota dalam masyarakat berhak untuk mendapatkan keadilan dan

bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas masing-masing. Malah Islam mampu menyatukan

pelbagai etnik, social dan budaya secara adil dan saksama hingga tiada golongan yang tertindas atau

terpinggir.

5.1 Islam merupakan agama r ahmatan lil -al ami n 

Islam merupakan agama yang membawa kepada kesejahteraan, keselamatan dan kerahmatan. Ia juga

bermaksud berserah, tunduk dan patuh kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam. Allah berfirman dalam

Surah al-Anbiya 21 ayat 107 yang bermaksud, ³ Dan t id ak l ah K ami mengutuskanmu ( wahai M uhammad  ) 

mel ai nkan untuk memberi r ahmat  k e pad a sel ur uh al am.´  

Oleh kerana agama Islam merupakan agama yang memberi rahmat kepada seluruh alam, maka Islam

adalah agama yang sempurna dan lengkap. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ³ I sl am i tu 

agama yang  t i ngg i d an t i ad a yang lebih t i ngg i d ari nya.´ (Sunan al-Baihaqi al Kubra: 12399). Ketinggian

agama Islam ini jelas kerana ia didatangkan oleh Allah SWT yang memiliki segala kesempurnaan,ketinggian, kekuatan dan kemuliaan. Ia mempunyai cara hidup yang sesuai untuk diamalkan oleh semua

umat manusia tanpa mengira bangsa dan budaya. Peraturan yang disusun juga memperlihatkan

peraturan yang umum dan sesuai dengan keperluan semasa. Garis panduan yang diberikan oleh Islam

kepada penganutnya mempunyai mesej kesejahteraan yang jelas sama ada secara khusus atau umum,

secara langsung atau tidak secara langsung.

Status yang tinggi dipegang oleh agama Islam ini menjadikan ia agama yang termulia dan tiada

tandingannya dengan agama-agama samawi yang lain. Tujuan Islam diturunkan ialah untuk membawa

kebahagiaan kepada seluruh umat manusia. Melaluinya, manusia boleh memperolehi kesenangan,

kemudahan hidup, kesihatan, ketenangan jiwa dan kesenangan hati. Peraturan syarak yang ditetapkan

merupakan garis panduan kepada umat manusia untuk kebaikan dan kepentingan manusia di dunia dan

akhirat. Ia diturunkan bagi memastikan kelangsungan keadilan, kerahmatan dan manusia hidup dalam

keadaan sentosa.

Bagi memastikan, manusia hidup dalam keadaan sentosa dan dalam kerahmatan, Islam menyeru agar 

manusia sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan mendapatkan kebaikan di dunia ini sebanyak-

Page 9: Satu Malaysia Satu Ummah

8/6/2019 Satu Malaysia Satu Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/satu-malaysia-satu-ummah 9/9

banyaknya mengikut garis panduan yang ditetapkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang

bermaksud, ³U saha k er  ja untuk mencari yang hal al i tu di waj i bkan atas set i ap or ang I sl am.´ Islam juga

memberi ruang dan peluang yang sangat luas kepada manusia untuk mempertingkatkan mutu kehidupan

dengan persaingan yang sesuai dengan tabiat manusia. Ibn Khaldun (1332-1395) menjelaskan sifat

manusia yang hidup bermasyarakat. Mereka hidup saling memerlukan untuk melangsungkan kehidupan,

memperbaiki keselesaan hidup serta memajukan diri untuk mencapai sesuatu hasrat dan matlamat.

5.2 Rasulullah SAW sebagai Pembangun Ummah 

Mengimbas kembali sejarah pembukaan Kota Yathrib sebagai Madinah al-Munawarah (Bandar 

bercahaya), kita menyaksikan bagaimana Rasulullah SAW berupaya mengetengahkan penempatan

yang dipenuhi dengan cahaya tamadun ummah yang gilang-gemilang. Baginda memperlihatkan contoh

kepimpinan yang baik sehingga mampu menarik orang bukan Islam untuk menerima Islam dan

mengaplikasikan sistem Islam dalam kehidupan mereka bersama-sama orang Islam.

Rasulullah SAW telah menumpukan dakwahnya kepada pembinaan keperibadian umat dengan asas

akidah bagi membentuk manusia yang cemerlang. Baginda menegaskan bahawa asas pembinaan

sesebuah Negara yang maju dan bertamadun ialah dengan agama yang mampu menjadi budaya hidup

masyarakat sejagat dan melalui contoh kepimpinan yang baik.

Rasulullah SAW memperkenalkan Islam sebagai agama yang membawa amanah ke atas manusia

dalam pengurusan pembangunan bumi mengikut prinsip dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

 Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah 2 ayat 143 yang bermaksud, ³ Dan demi k i anl ah ( sebagaimana 

kami t el ah memim pi n kamu k e  jal an l ur us). K ami  jadi kan kamu ( wahai umat M uhammad  ) satu umat  

 pilihan agar kamu menjadi saksi atas (  per buatan)manusi a d an agar Rasul (M uhammad  ) menjadi saksi 

atas (  per buatan) kamu.´  

Oleh itu, bagi menunaikan amanahnya, Rasulullah SAW telah membangun nilai kemanusiaan dalam diri

manusia untuk menyempurnakan akhlak mereka berbanding makhluk lain. Akhlak manusia yang

sempurna meliputi keseluruhan cara hidup iaitu corak pemikiran, perbuatan, sosial, ekonomi, politik,

muamalat dan ekologinya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, ³T id ak l ah aku di utuskan 

mel ai nkan untuk meny em pur nakan ak hl ak manusi a.´ (Riwayat Ahmad, Hakim, Baihaqi dan Abu

Hurairah).

Rasulullah SAW telah menyempurnakan akhlak manusia apabila tauhid dan takwa berupaya membentuk

keperibadian manusia. Akidah yang kukuh terhadap keesaan Allah SWT mampu mengubah corak hidup

manusia dari kejahilan kepada cahaya yang mampu membimbing manusia mencari kebahagiaan di dunia

dan di akhirat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Fatihah ayat 6-7 yang

bermaksud, ³ Pim pi nl ah kami k e  jal an yang  benar , i ai tu  jal an or ang  yang menerima k eni k matan, bukan 

 jal an or ang  yang E ngkau mur kai d an bukan  jal an or ang  yang  sesat.´