SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students...

21
SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH DALAM USAHA MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR MEMILIH BIDANG KERJAYA. HAPSAH BT. HJ. MOHD ZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students...

Page 1: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB BIMBINGAN DAN

KAUNSELING DI SEKOLAH DALAM USAHA MEMBANTU

PELAJAR-PELAJAR MEMILIH BIDANG KERJAYA.

HAPSAH BT. HJ. MOHD ZIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah
Page 3: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

i

SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB BIMBINGAN DAN

KAUNSELING DI SEKOLAH DALAM USAHA MEMBANTU

PELAJAR-PELAJAR MEMILIH BIDANG KERJAYA

HAPSAH BT. HJ. MOHD ZIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 4: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

ii

Page 5: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

iii

Page 6: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

iv

DEDIKASI

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui”

Untuk Suami Tercinta

Shawal Bin Simin

Galakan, sokongan dan pengorbananmu setulus hati

Merupakan azimat utama dalam mengharungi liku-liku disepanjang pengajian ini

Untuk anak-anak tersayang

Mohd Fitri

Nurul Syafiqah

Mohd Syukri

Mohamed Faridz

Mohd Tarmizi

Semoga kejayaan ibu menjadi inspirasi kalian dalam mencari kejayaan

Page 7: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

v

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya

maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.Yahya Bin Buntat di atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempuh menyiapkan kajian

ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua, Penolong Kanan, semua guru

pembimbing Kelab Bimbingan dan Kaunseling dan pelajar-pelajar Sek. Men. Teknik

Kluang, Sek. Men. Teknik Batu Pahat dan Sek. Men. Teknik Muar yang telah memberi

kerjasama dan bantuan dalam menjayakan projek ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan

dan semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama secara langsung dan tidak

langsung untuk menyiapkan projek ini. Semoga mendapat keberkatan di dunia dan

akhirat hendaknya.

Sekian. Terima Kasih

Page 8: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

vi

ABSTRAK

Kelab Bimbingan dan Kaunseling merupakan kelab yang ditubuhkan di sekolah

untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan . Antara matlamat kelab ini

ialah membantu pelajar dalam menerokai bidang kerjaya. Justeru itu, tujuan kajian ini

ialah untuk mengenalpasti adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini

membantu pelajar mengenalpasti kerjaya mereka. Kajian ini juga mahu melihat adakah

kaunselor memainkan peranannya dalam membantu pelajar menerokai bidang kerjaya.

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu tinjauan yang berbentuk diskriptif. . Kajian ini

dijalankan menggunakan kaedah soal selidik. Data-data yang diperolehi telah diproses

menggunakan program SPSS. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah menengah

teknik iaitu Sek. Men. Teknik Kluang, Sek. Men. Teknik Batu Pahat dan Sek. Men.

Teknik Muar dan melibatkan ahli kelab bimbingan dan kaunseling dari tingkatan empat

dan lima aliran teknikal. Dapatan dari kajian ini menunjukkan kelab bimbingan dan

kaunseling di tiga buah sekolah tersebut telah menjalankan aktiviti membantu ahlinya

dalam pemilihan kerjaya. Terdapat cadangan-cadangan dari pengkaji untuk

meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kelab ini.

Page 9: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

vii

ABSTRACT

Counseling club is a club which form in the school to help and assist students who

need guidance. One of the main aim is to assist students in their choice of career.

Therefore , the purpose of this project is to find out whether the activities carried out by

counseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast

whether the counselor play an important role in assisting students exploring their career.

This project will be a descriptive observation. The data was based on the sets of

questionnaires which then being analyzed using the SPSS program. The investigation has

been carried out in three technical schools which are Sek. Men. Teknik Kluang, Sek.

Men. Teknik Muar and Sek Men. Teknik Batu Pahat and involved the members of the

club from the form four and form five technical streams. The outcome indicates that club

from these three schools have carried out activities that help their members in their choice

of career. There are suggestions from the researcher to upgrade the club’s services.

Page 10: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis i

Pengesahan Penyelia ii

Halaman Judul iii

Pengakuan Pengkaji iv

Dedikasi v

Penghargaan vi

Abstrak vii

Kandungan vii-x

Senarai Jadual xi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Kepentingan kajian 7

1.7 Batasan kajian 8

1.8 Definisi istilah 8

1.8.1 Tinjauan 8

1.8.2 Peranan 8

1.8.3 Kelab Bimbingan dan Kaunseling 9

Page 11: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

ix

1.8.4 Pelajar 9

1.8.5 Memilih 10

1.8.6 Bidang kerjaya 10

11 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Peranan kelab bimbingan dan kaunseling dalam 13

membantu kerjaya pelajar

2.2.1 Aktiviti kelab 13

2.2.2 Menyediakan maklumat kerjaya 14

2.2.3 Pemilihan kerjaya yang sesuai dengan 16

pengkhususan mereka

2.2.4 Bantuan kaunselor 17

111 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Rekabentuk kajian 19

3.3 Populasi dan sampel kajian 20

3.4 Instrumen kajian 22

3.5 Pembinaan soal selidik 23

3.5.1 Bahagian A 23

3.5.2 Bahagian B 23

3.6 Prosedur Kajian 26

3.7 Kajian rintis 27

3.8 Analisis data 27

Page 12: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

x

3.9 Analisis Akhir dan Klasifikasi Semula 28

3.10 Penutup 28

BAB 1V ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 29

4.2 Bahagian A – Biodata dan Latarbelakang Responden 30

4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 30

4.2.2 Taburan responden mengikut pengkhususan 31

4.2.3 Taburan responden mengikut tingkatan 31

4.2.4 Taburan responden mengikut bangsa 32

4.2.5 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa 32

4.2.6 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu 33

4.2.7 Taburan responden mengikut cita-cita 33

4.3 Bahagian B – Pernyataan Maklumbalas Responden 34

4.3.1 Taburan responden mengikut aktiviti kelab 35

4.3.2 Taburan responden mengikut maklumat kerjaya 38

4.3.3 Taburan responden mengikut bidang

pengkhususan mereka 41

4.3.4 Taburan responden mengikut bantuan

kaunselor 44

4.4 Kesimpulan

47

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 49

5.3 Perbincangan 50

5.3.1 Menjalankan aktiviti kelab 51

Page 13: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

xi

4.3.2 Maklumat kerjaya 54

4.3.3 Pengkhususan 56

4.3.4 Bantuan kaunselor 57

5.4 Cadangan 58

5.5 Cadangan untuk kajian lanjutan 61

BIBLIOGRAFI 62-64

LAMPIRAN A SOAL SELIDIK 65-69 LAMPIRAN B SURAT KELULUSAN

BAHAGIAN PERANCANGAN

DAN PENYELIDIKAN

DASAR KERAJAAN 70

LAMPIRAN C SURAT KEBENARAN DARI

JABATAN PENDIDIKAN

NEGERI JOHOR 71

LAMPIRAN D SURAT AKUAN DIRI PELAJAR 72

Page 14: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Senarai bilangan populasi mengikut sekolah 21

3.2 Jadual penentuan saiz sample berdasarkan populasi Krejcie

dan Morgan (1970) 21

3.3 Senarai item soalan mengikut persoalan kajian 24

3.4 Penilaian terhadap analisis kajian 28

4.1 Taburan responden mengikut jantina 30

4.2 Taburan responden mengikut pengkhususan 31

4.3 Taburan responden mengikut tingkatan 31

4.4 Taburan responden mengikut bangsa 32

4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa 32

4.6 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu 33

4.7 Taburan responden mengikut cita-cita 34

4.8 Jadual pengkelasan analisis data 35

4.9 Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan tentang 37

aktiviti kelab bimbingan dan kaunseling dalam membantu pelajar

memilih bidang pekerjaan

4.10 Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan kelab 40

bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan maklumat bagi

membantu pelajar dalam memilih bidang pekerjaan mereka

4.11 Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan pemilihan 43

kerjaya mengikut bidang pengkhususan mereka

4.12 Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan terhadap 46

bantuan kaunselor dalam membantu pelajar dalam memilih kerjaya

mereka

Page 15: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, alam pelajar akan berakhir apabila

mereka tamat persekolahan dan memperoleh pekerjaan. Kadangkala sehingga telah

tamat persekolahan pun pelajar masih tercari-cari ke manakah arah cita-citanya.

Jadi melalui kelab bimbingan dan kaunseling dapatlah pelajar meningkatkan lagi

kemampuan untuk menghalakan arah dirinya dalam bidang kerjaya yang sesuai

dengan kebolehannya.

Kebanyakkan sekolah mempunyai Kelab Bimbingan dan Kaunseling. Muhd

Mansur dan Siti Nordinar (1987), mendefinasikan bimbingan kerjaya sebagai suatu

aktiviti menolong klien mengenal dan menyedari dirinya serta hubungan kendiri

dengan pekerjaan yang dilakukan dan juga hubungkaitannya dengan orang lain yang

menjadi masyarakat, seperti jiran, teman sekerja dan lain-lain sehingga klien itu

benar-benar bahagia menjawat pekerjaan itu. Dengan kata lain, bimbingan dan

kaunseling adalah sebagai satu proses menolong individu untuk melengkapkan

dirinya tentang pekerjaan yang akan diceburinya. Seperti persatuan dan kelab-kelab

lain yang wujud di sekolah, kelab bimbingan dan kaunseling juga mempunyai

matlamatnya yang tertentu.

Page 16: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

2

Antara matlamat kelab ini ialah membantu pelajar menerokai kumpulan

pekerjaan yang terdapat di sekeliling mereka. Tidak dinafikan ada pekerjaan yang

tidak diketahui dengan begitu terperinci oleh pelajar. Kelab ini diharapkan dapat

membantu pelajar mengenali jenis-jenis pekerjaan yang terdapat di sekeliling mereka.

Kelab ini juga menyediakan maklumat kerjaya dan aliran pasaran kerja.

Pelajar boleh juga mendapat maklumat ini dari berbagai-bagai sumber. Antaranya

melalui media elektronik seperti komputer dan televisyen, media bercetak seperti

buku, iklan, risalah, lapuran dan buku skrap.

Kelab Bimbingan dan Kaunseling juga boleh mengadakan aktiviti lawatan ke

tempat kerja. Ini akan memberi peluang pelajar menemubual orang yang terlibat

dengan kerjaya itu selain daripada memerhatikan aktiviti kerja itu. Dengan lawatan

ini pelajar akan lebih terdedah dengan kerjaya itu.

Kelab bimbingan dan kaunseling juga diharap dapat membimbing pelajar

tentang aliran pelajaran yang pelajar sekolah menengah ikuti, matapelajaran yang

diambilnya, pencapaiannya dalam mata pelajaran tertentu, dan bahkan kegiatan

kokurikulum yang diambilnya merupakan asas kepada jenis kerjaya yang akan

diceburinya apabila dia dewasa kelak. Keadaan ini berlaku kerana kemasukan dalam

apa-apa kerjaya atau kemasukan ke institusi pengajian tinggi atau institusi kemahiran

adalah berasaskan pencapaian akademik, jurusan pelajaran dan perestasi dalam

kegiatan kokurikulum di sekolah menengah. Kelab ini juga diharap dapat melengkapi

mereka dengan kemahiran yang khusus dan umum yang dipercayai perlu untuk

bekerja, dan menyediakan bantuan kaunselor kepada pelajar yang sedang dalam

proses merancang kerjayanya.

Dengan adanya Kelab Bimbingan dan Kaunseling di sekolah diharapkan

pelajar dapat sebanyak mungkin maklumat tentang kerjaya bersesuaian dengan cita-

cita dan kelulusan mereka.

-

Page 17: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Memandangkan kerjaya adalah suatu yang amat penting dalam kehidupan

seseorang, ia perlu diberi perhatian secara serius dari peringkat awal lagi. Setiap orang

patut mengambil tindakan dari alam persekolahan lagi. Kita perlu tahu apakah

kemahuan kita. Apakah usaha yang perlu kita lakukan untuk memenuhi kemahuan

dan keperluan kita dalam kerjaya yang kita pilih? Kita tidak boleh bertindak secara

terburu-buru atau sambil lewa sahaja kerana kerjaya yang kita pilih akan memberi

kesan dalam kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Pekerjaan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dan kebudayaan

manusia. Pekerjaan boleh merubah seluruh tanggungjawab seseorang itu sehingga

kepada tingkahlaku yang terperinci seperti cara pertuturan dan juga berpakaian.

Persediaan pekerjaan adalah satu proses yang kompleks. Justeru itu, para

remaja yang akan memasuki bidang pekerjaan perlu mendapat bimbingan yang

sewajarnya dari orang yang lebih dewasa sebelum memilih dan menceburi sesuatu

bidang kerjaya. Ini bagi mengelakkan pemilihan yang tidak memenuhi minat dan

kebolehan dan akhirnya boleh meragut kebahagian hidup para remaja sendiri.

Menurut Borrow (1966) ada sekurang-kurangnya empat faktor besar yang

mempengaruhi kaum remaja dalam membuat pemilihan kerjaya. Pertama,

pengalaman kerja di luar sekolah. Di mana para remaja akan mendapat pendedahan

tentang sesuatu kerjaya melalui pengalaman sendiri. Kedua, keluarga, para remaja

mendapat pengetahuan sesuatu kerjaya melalui pengalaman keluarga. Ketiga, sekolah

di mana para remaja boleh mendapat pengetahuan sesuatu kerjaya melalui

persekolahan. Keempat, orang-orang yang dianggap istimewa oleh kaum remaja.

Mana-mana sekolah di Malaysia telah menubuhkan kelab dan persatuan. Para

remaja boleh memperolehi pengetahuan kerjaya secara langsung melalui kelab

bimbingan dan kaunseling di sekolah. Melalui kelab bimbingan dan kaunseling,

pelajar akan diberikan maklumat serta pengetahuan yang berkaitan dengan kerjaya

Page 18: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

4

sehingga boleh menimbulkan kesedaran, keyakinan dan penerimaan kendirinya

terhadap pekerjaan dan permasalahannya secara meluas. Bolehlah dikatakan iaitu

kelab bimbingan dan kaunseling ini adalah suatu aktiviti menolong pelajar mengenali

dan menyedari dirinya serta hubungan kendiri dengan pekerjaan yang dilakukannya

dan juga hubungkaitnya dengan orang lain yang menjadi masyarakat seperti jiran,

teman sekerja dan lain-lain sehingga pelajar itu benar-benar bahagia menjawat

pekerjaan itu. Melalui kelab bimbingan dan kaunseling juga, semua pelajar akan

dibimbing bagi memenuhi perkara-perkara berikut:

1. Membentuk perbendaharaan kata untuk membezakan ciri-ciri diri

seperti minat, sikap, nilai, peranan dan konsep diri.

2. Memahami corak khas tentang ciri-ciri peribadi seperti kebolehan,

minat, nilai, sikap dan lain-lain.

3. Mencapai satu konsep kendiri yang positif iaitu maruah diri, harga

diri dan menghormati keunikan diri seseorang.

4. Memahami berjenis-jenis pekerjaan dan komponen pekerjaan, serta

peluang kerjaya yang ada.

5. Memahami perhubungan diantara peluang pendidikan dengan

keperluan pekerjaan atau kerjaya.

6. Menentukan ciri-ciri asas dan kelulusan berhubung dengan

perkembangan kerjaya.

7. Memahami konsep ‘cara kehidupan’ dan cara hubungannya dengan

perkembangan kerjaya.

8. Mempelajari bagaimana menggunakan dengan berkesan berbagai-

bagai sumber mencari maklumat.

9. Membina strategi membuat pemilihan yang berkesan dan kemahiran

yang diperlukan untuk menjalankannya.

10. Mengenal tentang syarat-syarat yang diperlukan dalam jenis-jenis

pekerjaan.

11. Membuat persediaan, memohon jawatan dan penyesuaian diri semasa

temuduga dan penyesuaian diri dalam pekerjaan

Page 19: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

5

12. Membantu pelajar supaya bekerja sambilan dan berdikari semasa

menganggur.

1.3 Pernyataan Masaalah

Matlamat kelab bimbingan dan kaunseling yang dirangka menunjukkan ia

sesuatu yang ideal untuk perkembangan kerjaya. Tetapi sejauh manakah

perkhidmatan ini dimanafaatkan oleh para pelajar. Adakah para pelajar tahu tentang

aktiviti yang dijalankan oleh kelab dalam membantu mereka dalam pemilihan

kerjaya? Sekiranya ia tahu dan faham fungsi serta faedahnya, adakah ia

menggunakan perkhimatan ini sepenuhnya?

Menurut kajian Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1988), perancangan kerjaya

kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang. Mereka memikirkan apabila tenaga

mereka diperlukan atau apabila mempunyai kelayakan, mereka akan dipanggil bekerja

atau memberikan khidmat. Tetapi keadaan ini berubah dari masa ke semasa. Dengan

kebanjiran alat-alat teknologi, tenaga manusia semakin kurang diperlukan kerana alat-

alat tersebut telah mengambil alih tugas manusia.

Oleh sebab itulah seseorang perlu merancang masa depannya, khususnya

mengenai kerjayanya. Kelab bimbingan dan kaunseling sedikit sebanyak dapat

menolong individu dalam memilih, menetap dan menentukan jenis-jenis pekerjaan

yang mereka minati serta yang dapat mereka melamarnya apabila mereka berjaya

memenuhi segala keperluan dan kelayakan

Walau bagaimanapun terdapat kelab bimbingan dan kaunseling yang ada di

sekolah-sekolah tidak begitu berfungsi atau tidak begitu berkesan perlaksanaannya.

Page 20: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

6

Antara permasaalahan yang dikenalpasti ialah:

1 Bukan semua guru penasihat kelab bimbingan dan kaunseling adalah guru

pakar.

2 Bukan semua ahli kelab berminat bekerjasama.

3 Ada diantara program yang di jalankan oleh kelab tidak menarik minat

ahli.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmana

kelab bimbingan dan kaunseling berperanan dalam membantu ahli kelab dalam

memilih bidang kerjaya mereka.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti sejauhmana kelab bimbingan dan kaunseling di

sekolah yang dikaji menjalankan aktiviti membantu ahli kelab

memilih pekerjaan.

1.4.2 Mengenalpasti sejauhmana kelab bimbingan dan kaunseling di

sekolah yang dikaji menyediakan maklumat kerjaya dan aliran

pasaran kerja

1.4.3 Mengenalpasti sejauhmana kelab bimbingan dan kaunseling di

sekolah yang dikaji membantu ahli kelab memilih kerjaya yang

sesuai dengan pengkhususan mereka.

1.4.4 Mengenalpasti sejauhmana kelab bimbingan dan kaunseling di

sekolah yang dikaji menyediakan bantuan kaunselor kepada ahli

kelab yang sedang dalam proses merancang kerjayanya.

Page 21: SATU TINJAUAN KE ATAS PERANAN KELAB · PDF filecounseling club benefit and help the students in making their choices. Its also forecast ... kegiatan kokurikulum di sekolah menengah

7

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah yang dikaji

menjalankan aktiviti untuk membantu ahli kelab memilih pekerjaan?

1.5.2 Adakah kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah yang dikaji

menyediakan maklumat kerjaya dan aliran pasaran kerja?

1.5.3 Adakah kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah yang dikaji

membantu ahlinya memilih kerjaya yang sesuai dengan

pengkhususan mereka?

1.5.4 Adakah kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah yang dikaji

menyediakan bantuan kaunselor kepada ahli kelab yang sedang

dalam proses merancang kerjayanya?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada pelajar tentang aktiviti

yang dijalankan oleh Kelab Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam mencapai

matlamat penubuhan kelab tersebut dan juga peranan kaunselor dalam membantu

pelajar dalam pemilihan kerjayanya. Dan diharapkan maklumat tersebut dapat

membantu pelajar dalam mencari kerjaya yang sesuai setelah tamat sekolah nanti.

Maklumat ini juga diharap dapat membantu pengetua dan pentadbir sekolah

dalam merancang aktiviti ko-kurikulum sekolah.