Saya Mahu Cantik Hari-hari

download Saya Mahu Cantik Hari-hari

of 12

  • date post

    26-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    224
  • download

    7

Embed Size (px)

description

fiction

Transcript of Saya Mahu Cantik Hari-hari

  • Saya, Ros Atiqah Fatin Abdullah (RAFA), Pemilik butik online, www.RafaLegacy.com Alhamdulillah. Seperti yang saya janjikan dan dinantikan oleh anda semua, saya akan berkongsi sedikit ilmu Imej, dan Fesyen dalam ebook Saya Mahu

    Cantik Hari-Hari ini. Ilmu yang dikongsikan ini adalah hasil pembacaan dari buku tentang imej dan nukilan pendapat saya sendiri. Mohon maaf atas segala kekurangan. Bak kata guru saya, kita tidak perlu menunggu untuk menjadi seorang pakar untuk berkongsi ilmu. Setiap ilmu yang diperolehi pasti ada manfaatnya. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain.

  • FESYEN VS. IMEJ

    Fesyen dan wanita memang tidak dapat dipisahkan bak irama dan lagu.

    Sebagai seorang wanita, kita mestilah menjaga penampilan dengan bijak. Gaya, dan

    imej pula memberi gambaran pertama terhadap personaliti kita.

    Fesyen adalah sesuatu yang sentiasa berubah mengikut arus peredaran zaman dan ia

    juga bergantung pada keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu tempat.

    Fesyen silih berganti, namun gaya kekal selamanya Yves Saint Laurent

    Oleh sebab itu, kita dapat melihat berlainan negara pasti mempunyai fesyen

    yang berbeza. Sebagai contoh, fesyen negara Arab mempamerkan fesyen yang

    menutup aurat dan budaya Islam. Di negara majmuk seperti Malaysia, kita dapat

    melihat pelbagai jenis fesyen yang berlainan dari pelbagai bangsa. Pada tahun 2013,

    kita juga dikejutkan dengan gelombang fesyen dari negara Korea. Fesyen Korea ini

    menjadi kegilaan para gadis remaja kerana gaya fesyennya yang comel dan unik.

    Kini, penggemar fesyen Muslimah lebih bijak berinovasi dengan fesyen korea,

    barat dan lain-lain dengan memasukkan elemen-elemen Islamik. Dengan itu, wujud

    pelbagai fesyen yang unik, cantik dan versatile serta bersesuaian dengan gaya

    seorang Muslimah. Ia sekaligus memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.

    Fesyen bukan sahaja terhad kepada jenis pakaian sahaja. Fesyen juga termasuk

    aksesori, beg tangan, kasut, dan lain-lain. Kita mesti bijak memilih fesyen yang sesuai

    dengan diri kita mengikut situasi dan tempat.

    Seterusnya, bagaimana cara kita memperagakan sesuatu fesyen menunjukkan

    gaya atau imej diri kita. Imej adalah sesuatu yang kekal. Ia adalah peribadi kita yang

  • sebenarnya. Gaya atau imej diri melambangkan watak peribadi kita. Menurut

    seorang Perunding Imej Professional, imej diri termasuklah pakaian, pertuturan dan

    pergaulan seseorang.

    Imej diri adalah aset penting bagi seseorang terutamanya mereka yang

    berkecimpung dalam bidang professional, dan perniagaan. Pada pandangan peribadi

    saya, semua orang terutama umat Islam perlu menjaga imej diri iaitu meletakkan diri

    sendiri sebagai seorang yang bersih, kemas, sopan dan baik akhlaknya. Seseorang

    yang baik akhlak dan hatinya, kecantikkan dan imej diri yang baik akan terpancar

    diwajahnya secara semulajadi.

    Imej diri yang berkesan amat penting terutamanya bagi mereka yang

    berkecimpung dalam bidang professional dan perniagaan. Penampilan yang kemas

    dan menarik memberi gambaran terhadap kebolehan, kemahiran professional, dan

    taraf sosial seseorang. Imej yang baik bermula dengan penampilan diri yang menarik

    dan perasaan yang selesa.

    Oleh itu, kita tidak semestinya mengikut 100% perubahan fesyen masa kini

    tetapi pilihlah satu gaya fesyen yang selesa dan mempamerkan diri kita yang

    sebenarnya. Dengan itu, kita akan lebih yakin bergaya setiap hari.

    Setiap wanita impikan untuk menjadi cantik seperti Cinderella, Snow White

    dan bidadari kayangan. Dalam hati kecil wanita pasti ada rasa ingin cantik dipandang

    orang walaupun bibir menafikannya. Walaubagaimanapun, kecantikan itu sangat

    subjektif untuk diberi maksud yang tepat.

  • Semua orang mempunyai jawapan yang berbeza. Di Malaysia, ada orang kata

    putih itu cantik, gebu itu cantik, tinggi, mata bulat dan kurus itu cantik. Manakala jika

    kita ke negara China, mungkin kecantikkan dari sudut pandangan masyarakat China

    adalah orang yang bermata sepet. Jika kita ke negara Afrika pula mungkin kecantikan

    itu adalah mereka yang berambut kerinting dan berkulit gelap.

    Jadi, usah risau wahai wanita jika anda tidak dipandang cantik oleh seseorang

    tetapi anda tidak tahu bahawa ada orang lain yang merasakan anda sangat cantik

    dan ingin menjadi seperti anda.

    Seperti yang telah kita bincangkan, imej atau penampilan diri amat penting

    bagi setiap manusia. Sebagai seorang wanita, anda wajib menjaga penampilan diri.

    Tidak kira sama ada anda seorang ahli perniagaan korporat, doktor, guru, peniaga

    kecil atau surirumah sepenuh masa. Menjaga penampilan bukan untuk cantik luaran

    semata-mata tetapi cantik dalaman sekali.

    Bagi saya, menjaga penampilan diri adalah penjagaan tubuh badan sendiri

    supaya sentiasa kemas, bersih dan selesa. Oleh itu, seorang wanita perlu belajar

    kenal diri sendiri dan sayang diri terlebih dahulu.

    Sebagai contoh, adakah kita ingat ukuran badan, saiz, berat, dan tinggi diri

    kita? Untuk memilih pakaian yang selesa, kemas, cantik dan sesuai dengan diri kita,

    kita perlu tahu siapa diri kita atau erti kata lain adalah personaliti diri kita. Dengan

    ini, keyakinan diri akan terserlah. Kita tahu apa yang boleh dan tidak boleh kita

    pakai.

  • Selain pakaian, kecantikan dalaman juga mesti dijaga rapi. Kesihatan sangat

    penting untuk kita terus bahagia dan bebas melakukan aktiviti kegemaran kita. Kita

    mesti tahu apa jenis kulit kita, apa yang kita boleh makan dan tidak boleh, dan

    sebagainya. Bila kita sudah kenal diri dan kesihatan kita, kita akan bertindak untuk

    menjaganya sebaik mungkin. Kita akan takut untuk melakukan perkara yang

    membahayakan diri sendiri seperti makan berlebihan, memakai kosmetik

    sebarangan dan lain-lain.

    Walaubagaimananpun, ramai wanita bekerjaya mahupun kerjaya sebagai

    surirumah sering kali terlupa untuk jaga dan belai diri sendiri. Saya pun begitu. Kita

    lupa yang diri kita sangat berharga, perlu dibelai, dimanjakan dan dijaga rapi. Setelah

    penat bekerja, dan menjaga keluarga, kita mestilah luangkan sedikit masa untuk

    membelai diri sendiri. Hadiahkan diri sendiri dengan melakukan perkara yang kita

    suka.

    Contohnya, kita boleh pergi ke spa bersama suami atau teman-teman,

    membeli-belah baju yang kita idam-idamkan, berehat serta bercuti bersama suami,

    anak-anak, keluarga atau teman-teman. Dengan menghadiahkan diri kita dengan

    perkara yang kita suka, kita akan lebih bersemangat untuk meneruskan kerja dan

    terus berusaha untuk mencapai impian kita.

    Dengan itu, kecantikkan setiap wanita itu bukan sahaja terletak pada fesyen

    apa yang digayakan tetapi kecantikan wanita adalah siapa diri wanita itu sendiri

    3 LANGKAH MUDAH MENJADI WANITA CANTIK

    MEMPESONA

    Bagi mengelakkan kita menjadi mangsa fesyen atau terikut-ikut dengan trend

    terkini yang sangat cepat berubah-ubah, kita mestilah mempunyai ILMU tentang

    kecantikan, imej dan gaya penampilan. Banyak sumber bacaan atau rujukan untuk

  • kita pelajari tentang imej penampilan sama ada cara berbayar atau percuma.

    Apa yang saya buat secara percuma adalah banyak membaca majalah-majalah

    fesyen yang menyediakan informasi fesyen menepati syariah dan mempamerkan

    gaya yang sederhana. Contohnya, majalah Dara.com, dan majalah Nur. Dalam

    majalah ini banyak berkongsi tips tentang gaya penampilan.

    Dengan adanya ilmu kecantikkan, imej dan gaya, kita akan lebih bijak dan yakin

    untuk bergaya. Duit pun dapat dijimatkan daripada pembaziran membeli pakaian

    yang salah dan kemudiannya, kita tidak mahu pakai baju-baju yang sudah dibeli.

    Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yang lebih bijak bergaya, dan bijak berbelanja.

    Mahu atau tidak, kita mestilah mengenali diri kita sendiri. Jangan terkejut

    sebab ramai wanita tidak kenal siapa diri mereka. Apa yang saya maksudkan adalah

    kita mesti benar-benar mengenali bentuk badan kita, bentuk muka dan juga warna

    kulit kita. Dengan ini, kita akan tahu gaya yang sesuai dengan diri kita sebelum

    membeli apa-apa jenis pakaian.

    Bentuk badan wanita terbahagi kepada beberapa jenis. Gambar dibawah

    adalah contoh jenis-jenis bentuk badan wanita.

  • Seterusnya, kita juga perlu mengenali bentuk wajah kita supaya lebih senang

    untuk kita mengetahui gaya tudung atau selendang yang bersesuaian dengan diri

    kita. Gambar dibawah adalah contoh jenis-jenis wajah wanita.

    Selain itu, apa yang lebih penting adalah kita mengenali personaliti dan sifat

    diri kita. Personaliti diri dapat menentukan imej, gaya dan jenis pakaian yang sesuai

    untuk kita. Terdapat 4 personaliti asas untuk wanita iaitu Klassik Tailored, Santai dan

    Semulajadi, Kewanitaan Romantis dan Dramatik.

    Saya telah kongsikan lebih lanjut tentang 4 personaliti wanita ini di Blog Fesyen

    RAFA. Klik link ini untuk ketahui personaliti anda, https://www.rafalegacy.com/blog.

    Untuk berasa cantik hari-hari, ia sangat pent