Saya Telah Membaca Buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan Karya...

8
NAMA: OOI SEOK HUI Saya telah membaca buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan karya Profesor Doktor Asmah Haji Omar. Dalam buku ini beliau mencuba menghuraikan serta juga membincangkan pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah, university dan maktab perguruan, dari berbagai-bagai aspek: sukatan pelajaran, tujuan khusus masing-masing institusi, kemudahan-kemudahan dan sebagainya. Perancangan bahasa merupakan satu ciri tersendiri dalam setiap negara yang sedang membangun yang berusaha untuk menjadikan bahasa kebangsaannya sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan persekolahan dari peringkat sekolah dasar sampai kepada peringkat pengajian tinggi. Kandungan buku ini dibahagikan kepada lapan bab. Bab yang pertama telah mempersoalkan mengapaka Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu iaitu Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. Nama “Bahasa Melaysia” mengambil tempat “Bahasa Melayu” dengan tujuan menetralkan “pemilikan khusus” terhadap bahasa itu. Apabila istilah “Bahasa Melayu” dikenakan kepada bahasa yang sudah menjadi bahasa kebangsaan telah membangkitkan satu tindak balas dari rakyat bukan Melayu. Penolakan terhadap nama yang dikenakan oleh mereka kerana mereka beranggap Bahasa Melayu seharusnya bahasa orang Melayu dan bukan bahasa rakyat Malaysia seluruhnya. Pertempuran kaum pada 13 Mei 1969 mendorong pertukaran nama bahasa kebangsaan Malaysia dari Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia. Keperluan perubahan ini adalah untuk menghapuskan perasaan bahawa bahasa kebangsaan itu adalah bahasa satu kumpulan ras tertentu dan dipaksakan ke atas ras-ras yang lain. Sebenarnya bahasa kebangsaan adalah kepunyaan setiap warganegara Malaysia.

description

BM

Transcript of Saya Telah Membaca Buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan Karya...

Page 1: Saya Telah Membaca Buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan Karya Profesor Doktor Asmah Haji Omar

NAMA: OOI SEOK HUI

Saya telah membaca buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan karya Profesor Doktor Asmah Haji Omar.

Dalam buku ini beliau mencuba menghuraikan serta juga membincangkan

pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah, university dan maktab perguruan, dari

berbagai-bagai aspek: sukatan pelajaran, tujuan khusus masing-masing institusi,

kemudahan-kemudahan dan sebagainya. Perancangan bahasa merupakan satu ciri

tersendiri dalam setiap negara yang sedang membangun yang berusaha untuk

menjadikan bahasa kebangsaannya sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan

persekolahan dari peringkat sekolah dasar sampai kepada peringkat pengajian

tinggi.

Kandungan buku ini dibahagikan kepada lapan bab. Bab yang pertama telah

mempersoalkan mengapaka Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu iaitu Bahasa

Malaysia merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. Nama “Bahasa Melaysia”

mengambil tempat “Bahasa Melayu” dengan tujuan menetralkan “pemilikan khusus”

terhadap bahasa itu. Apabila istilah “Bahasa Melayu” dikenakan kepada bahasa

yang sudah menjadi bahasa kebangsaan telah membangkitkan satu tindak balas

dari rakyat bukan Melayu. Penolakan terhadap nama yang dikenakan oleh mereka

kerana mereka beranggap Bahasa Melayu seharusnya bahasa orang Melayu dan

bukan bahasa rakyat Malaysia seluruhnya. Pertempuran kaum pada 13 Mei 1969

mendorong pertukaran nama bahasa kebangsaan Malaysia dari Bahasa Melayu ke

Bahasa Malaysia. Keperluan perubahan ini adalah untuk menghapuskan perasaan

bahawa bahasa kebangsaan itu adalah bahasa satu kumpulan ras tertentu dan

dipaksakan ke atas ras-ras yang lain. Sebenarnya bahasa kebangsaan adalah

kepunyaan setiap warganegara Malaysia.

Bab 2 iaitu “Tempat Bahasa Malaysia Dalam Perkembangan Pendidikan di

Malaysia” telah membincangkan perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia. Pada

tahun 1951, jawatankuasa berkenaan dengan pelajaran Melayu atau Jawatankuasa

Barnes yang dibentuk oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mengkaji

masalah pelajaran Melayu dan dari itu membuat cadangan-cadangan untuk

menegakkan pentingnya Bahasa Melayu dalam pendidikan orang-orang di Malaya.

Laporan Barnes mengusulkan supaya pelajaran di peringkat rendah yang

menggunakan peruntukan kewangan dari orang ramai seharusnya dijalankan dalam

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini berbuat demikian untuk menjadikan

Bahasa Melayu setaraf dengan Bahasa Inggeris dalam system pelajaran. Cadangan

Page 2: Saya Telah Membaca Buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan Karya Profesor Doktor Asmah Haji Omar

ini tegasnya memberi implikasi kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Hal ini

telah menimbulkan reaksi-reaksi dari bahagian masyarakat yang terdiri daripada

orang-orang Cina dan India yang mendirikan jawatankuasa masing-masing untuk

mengkaji sistem pelajaran vernacular mereka. Seterusnya, pada tahun 1956,

Jawatankuasa Razar telah mengkaji dasar pelajaran yang ada untuk Persekutuan

Tanah Melayu dan juga untuk membuat perakuan dalam bentuk perubahan kepada

dasar pelajaran itu dengan tujuan mendirikan sistem pelajaran kebangsaan yang

boleh diterima oleh semua rakyat Malaya iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan di samping mempertahankan bahasa dan kebudayaan kaum-

kaum lain. Selain itu, Jawatankuasa Rahman Talib telah memperkenalkan Laporan

Rahman Talib. Jawatankuasa ini memperakukan penggunaan bahasa kebangsaan

sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pelajaran negara ini. Bahasa

Melayu telah digunakan di Universiti Malaya sebagai pengantar pengajaran sejak

tertubuhnya universiti ini pada tahun 1959.

Di samping itu, bab 3 telah menerangkan “Perkembangan Sukatan Pelajaran

Dalam Sistem Persekolahan”. Sesudah Bahasa Melayu dijadikan bahasa

kebangsaan Malaya pada tahun 1957, terdapat usaha yang menyemak semula

pelajaran Bahasa Melayu supaya selaras dengan keperluan negara. Di peringkat

menengah dirasakan bahawa harus ada sukatan pelajaran untuk penutur asli

Bahasa Melayu yang berlainan dengan sukatan pelajaran untuk mereka yang bukan

penutur asli. Dari itu, timbul dalam kurikulum sekolah mata pelajaran yang

dinamakan Bahasa Melayu yang dianggap sebagai mata pelajaran yang berbeza

Bahasa Melayu yang dianggap sebagai mata pelajaran yang berbeza dengan

Bahasa Kebangsaan. Pelajaran Bahasa Melayu ditunjukan kepada mereka yang

bukan penutur asli. Melihat pembahagian sukatan pelajaran yang didasarkan

kepada dua kategori yang berbeza, beliau telah membuat kesimpulan bahawa

pemisahan kedua-dua kategori penutur dan sukatan pelajaran itu diadakan

berdasarkan metode pengajaran yang berbeza, yang satu merupakan pengajaran

Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan yang satu lagi sebagai Bahasa

Kebangsaan. Sukatan pelajaran untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Kebangsaan

untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 digubal berdasarkan pola yang sama iaitu

lisan, tatabahasa, simpulan bahasa dan peribahasa, bacaan, kefahaman, karangan,

surat menyurat dan lakonan. Pada tahun 1970, sukatan pelajaran yang baru telah

dilaksanakan. Pemikiran yang mendalam telah diamalkan dalam penggubalannya

baik dari segi struktur bahasa mahupun dari segi pedagogi pengajaran bahasa.

Page 3: Saya Telah Membaca Buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan Karya Profesor Doktor Asmah Haji Omar

Sukatan pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu lisan, bacaan dan

kefahaman serta tulisan.

Dalam bab keempat, “Pengajaran Bahasa Malaysia Di Peringkat Universiti”.

Di Universiti Sains Malaysia, Bahasa Malaysia yang diajarkan itu dikenal sebagai

Bahasa Malaysia Moden. Kursus ini adalah kursus tiga tahun yang diwajibkan

kepada semua mahasiswa di peringkat ijazah pertama. Kelulusan dalam Bahasa

Malaysia merupakan keperluan bagi tiap-tiap peringkat pengajian yang menuju

kepada ijazah pertama. Istilah “moden” digandingkan kepada judul kursus itu untuk

menunjuk bahawa bahasa yang diajarkan itu adalah bahasa yang digunakan dalam

masyarakat Malaysia moden. Ini bermakna bahawa Bahasa Malaysia yang

diisytiharkan sebagai bahasa pendidikan akan lambat laun menjadi bahasa

pengantar dalam pengajaran sains. Kursus Bahasa Malaysia Moden di Universiti

Sains Malaysia melatih mahasiswa menggunakan Bahasa Malaysia dalam

berbagai-bagai bidang ilmu. Tambahan pula, Universiti Sains Malaysia juga

mengelolakan kursus intensif Bahasa Malaysia. Kursus itu diadakan untuk

mahasiswa dan kakitangan universiti. Kursus intensif Universiti Sains Malaysia

diselenggarakan untuk mahasiswa dalam masa penggal dan kursus ini khususnya

dirangka untuk memenuhi keperluan mahasiswa yang pengetahuan Bahasa

Malaysia sedikit atau tidak ada sama sekali. Kursus ini terdiri dari pengajaran

Bahasa Malaysia secara intensif yang merupakan tambahan kepada jumlah jam

yang biasa dalam seminggu yang sudah diperolehi oleh mahasiswa. Kursus ini

meliputi pengajaran tatabahasa formal dengan menggunakan metode latihtubi.

Dalam bab kelima Dr. Asmah Haji Omar menjelaskan “Pengajaran Bahasa

Malaysia Di Maktab Perguruan”. Sejak zaman permulaan pelajaran Melayu hingga

akhir pertengahan pertama abad kedua puluh, latihan dalam pengajaran Bahasa

Malaysia merupakan bahagian dari latihan guru-guru untuk mengajar di sekolah

Melayu. Oleh kerana guru-guru pelatih terdiri daripada mereka yang mempunyai

kelulusan dalam Bahasa Malaysia semasa di peringkat Sijil Persekolahan, bahagian

penguasaan bahasa yang terdapat dalam kurikulum kursus latihan yang disediakan

untuk mereka mempunyai tiga tujuan iaitu menambahkan pengetahuan Bahasa

Malaysia di kalangan penuntut sehingga mencapai taraf yang lebih tinggi daripada

apa yang dimilikinya. Selain itu, memberi panduan dan kecekapan bahasa kepada

penuntut untuk membolehkannya menjalankan pengajarannya dalam Bahasa

Melaysia serta memberi galakan kepada penuntut Bahasa Malaysia supaya dapat

memupuk minat mereka untuk melanjutkan pengajian mereka atau untuk mengikuti

perkembangan bahasa. Bahagian sukatan pelajaran yang meliputi bacaan dan

Page 4: Saya Telah Membaca Buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan Karya Profesor Doktor Asmah Haji Omar

kefahaman adalah bertujuan menanam minat dalam kalangan penuntut terhadap

karya-karya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dengan harapan

memperkembangkan minat mereka dalam kesusasteraan Malayu, menambah

kecekapan dalam membaca dan membiasakan penuntut dalam hal menyampaikan

ucapan. Begitu juga, ia bertujuan untuk membiasakan penuntut dengan menjawab

soalan dalam latihan kefahaman dan dalam menulis semula prosa dari puisi moden

dan klasik. Seterusnya, terdapat kursus Bahasa Malaysia Khas yang dirangka untuk

penuntut yang sudah cekap dalam Bahasa Malaysia. Tujuannya ialah

memperbolehkan penuntut memahami dan membincangkan kandungan buku

pengetahuan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Seterusnya, manggalakkan

penuntut mencipta karya-karya kesusasteraan dan menambah minat penuntut

dalam kesusasteraan Melayu dan kebudayaan Melayu.

Bab 6 “Teks Dan Metodologi” telah menerangkan buku-buku teks dan karya

rujukan untuk pengajaran tatabahasa. Za’ba (Zainal Abidin bin Haji Ahmad), ahli

tatabahasa Melayu yang terkenal menerbitkan bukunya Ilmu Mengarang Melayu,

yang diasaskan rumus-rumus dasar mengenai tatabahasa Melayu. Buku ini

kemudiannya diikuti dan diatasi oleh buku Pelita Mengarang Melayu yang menjadi

rujukan mutlak bagi ahli-ahli tatabahasa Melayu. Buku Pelita Mengarang Melayu

merupakan satu-satunya buku teks yang dapat digunakan dalam kelas pengajaran

Bahasa Melayu di sekolah Melayu dan di Maktab Perguruan. Pelita Mengarang

Melayu telah menjadi acuan yang mutlak untuk penulisan tatabahasa Melayu oleh

ahli-ahli tatabahasa. Buku teks yang ditulis dengan tujuan mengajar bahasa kepada

orang-orang yang bukan penutur asli ialah Kursus Bahasa Kebangsaan oleh

Mohammad Kasim bin Talib dan Abdul Aziz bin Haji Yusof, dan Bahasa Malaysia: A

programmed Course For Beginners oleh Raja Mukhtaruddin Dain. Buku Kursus

Bahasa Kebangsaan adalah kursus yang secara khusus dirangcangkan untuk

pegawai-pegawai kerajaan bukan Melayu yang baginya Bahasa Malaysia itu

bukanlah bahasa pertama. Buku ini ditulis seluruhnya dalam Bahasa Melayu. Buku

Raja Mukhtaruddin Dain Bahasa Malaysia: A Programmed Course For Beginners,

seperti yang ternyata dari judulnya, adalah kursus yang ditulis untuk pelajar

permulaan yang dapat membaca dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana buku ini

khusus ditulis untuk orang-orang yang mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris,

terjemahan kata-kata, rangkai kata dan ayat ke dalam Bahasa Inggeris diberi.

Bab yang ketujuh telah menghuraikan “Perancangan Bahasa dan

Pengangkatan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Utama Pelajaran”

Perancangan Bahasa di Malaysia selamanya merupakan bahagian dari Dasar

Page 5: Saya Telah Membaca Buku Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan Karya Profesor Doktor Asmah Haji Omar

Pelajaran Malaysia. Apabila kita bercakap tentang Dasar Pelajaran Malaysia maka

ini bermakna bahawa kita juga berbicara tentang Dasar Bahasanya yang bermakna

juga Perancangan Bahasa. Perlembagaan Malaysia meletakkan Bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia dan dalam pada itu tidak

menghalang rakyat dalam memenuhi keperluan mereka mengetahui dan

menggunakan bahasa ibunda sendiri dan juga bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu

merupakan pilihan yang tidak dapat dielakkan bukan sahaja kerana bahasa itu

adalah bahasa kumpulan etnik yang paling besar, iaitu orang-orang Melayyu, tetapi

juga kerana faktor-faktor lain yang menggalakkan peletakan bahasa itu sebagai

bahasa kebangsaa. Antaranya ialah Bahasa Melayu sudah menjadi lingua franca di

Malaysia.

Akhirnya bab 8 yang membincangkan “Perancangan Dan Pengajaran

Bahasa Di Malaysia”. Perancangan Bahasa bertujuan mencapai penyatuan

berbagai-bagai komponen etnik yang menjadi penduduk negara dan juga bertujuan

membina negara untuk menjadi penduduk negara dan juga bertujuan membina

negara untuk menjadi negara yang maju dan yang condong ke arah sains dan

teknologi. Perancangan Bahasa juga bertujuan kea rah kecekapan menyeluruh

dalam Bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat, kelayakan Bahasa Malaysia

sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan kecekapan dalam Bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua dengan tujuan utama memperolehi pengetahuan melalui bahasa itu.

Demi mencapai tujuan itu, berbagai-bagai kegiatan harus dijalankan. Kecekapan

menyeluruh dalam Bahasa Malaysia memerlukan pengajaran yang berkesan,

kaedah pengajaran yang baik dan bahan pengajaran yang sesuai. Untuk

menjadikan Bahasa Malaysia layak sebagai bahasa ilmu pengetahuan perkara-

perkara yang mestilah dicapai ialah peristilahan saintifik yang dapat

dipertanggungjawabkan untuk bahasa itu, standardisasi bahasa dan buku-buku teks

yang sesuai dalam berbagai-bagai ilmu pengetahun yang ditulis dalam bahasa itu.

Tambahan pula, kecekapan dalam Bahasa Malaysia dalam kalangan ahli-ahli sains,

tenaga-tenaga pengajar dan ahli-ahli akademik.

Kesimpulannya, tidak ada sebarang keraguan lagi bahawa Perancangan

Bahasa di Malaysia sudah diatur dengan begitu rapi. Pelaksanaan Dasar PElajaran

Kebangsaan secara langkah demi langkah kelihatan member jaminan bahawa taraf

kecemerlangan akademik tidak akan tergugat. Hal ini dapat dipastikan dengan

adanya usaha yang begitu hebat yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk

melengkapkan rakyatnya, terutama sekali mereka yang terlibat di dalam bidang

pendididkan, dengantaraf kecekapan yang tinggi dalam Bahasa Malaysia.