SCE 3105 Tugasan Topik 15

10
SCE 3105 TAJUK 15 KEGUNAAN ELEKTRONIK DAN SEMIKONDUKTOR Antara sub-topik yang terdapat pada tajuk ini adalah seperti di bawah: 1.0 ISYARAT ELEKTRONIK 2.0 KOMUNIKASI ELEKTRONIK 3.0 KOMPUTER 4.0 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI : LEBUHRAYA MAKLUMAT SUPER TUGASAN SUB-TOPIK ISYARAT ELEKTRONIK Pada akhir tugasan ini, diharapkan anda memperolehi maklumat berkaitan dengan isyarat elektronik dan dapat memahaminya. Kaedah untuk anda mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan melayari internet ataupun daripada bahan bacaan/ bahan rujukan. Sila lihat tugasan pada helaian seterusnya dan berikana jawapan anda berdasarkan maklumat yang telah anda perolehi. Kedatangan anda pada hari ini berdasarkan penghantaran tugasan anda melalui email saya iaitu [email protected] dan pastikan ianya di hantar selewat-lewatnya pada jam 2.00 petang.

description

Untuk membantu

Transcript of SCE 3105 Tugasan Topik 15

Page 1: SCE 3105 Tugasan Topik 15

SCE 3105

TAJUK 15

KEGUNAAN ELEKTRONIK DAN SEMIKONDUKTOR

Antara sub-topik yang terdapat pada tajuk ini adalah seperti di bawah:

1.0 ISYARAT ELEKTRONIK

2.0 KOMUNIKASI ELEKTRONIK

3.0 KOMPUTER

4.0 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI : LEBUHRAYA MAKLUMAT SUPER

TUGASAN SUB-TOPIK ISYARAT ELEKTRONIK

Pada akhir tugasan ini, diharapkan anda memperolehi maklumat berkaitan dengan isyarat elektronik dan dapat memahaminya. Kaedah untuk anda mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan melayari internet ataupun daripada bahan bacaan/ bahan rujukan.

Sila lihat tugasan pada helaian seterusnya dan berikana jawapan anda berdasarkan maklumat yang telah anda perolehi.

Kedatangan anda pada hari ini berdasarkan penghantaran tugasan anda melalui email saya iaitu [email protected] dan pastikan ianya di hantar selewat-lewatnya pada jam 2.00 petang.

Page 2: SCE 3105 Tugasan Topik 15

1.0 ISYARAT ELEKTRONIK

a) Nyatakan dua jenis isyarat elektronik dan berikan perbezaan bagi dua isyarat tersebut. Anda boleh nyatakan perbezaan tersebut dalam bentuk gambarajah, jadual dan sebagainya.

b) Bagaimanakah maklumat pada isyarat elektrik ditunjukkan. Berikan satu contoh peralatan yang mengaplikasikan isyarat elektrik.

c) Isyarat analog biasanya memerlukan medium untuk menukarkan maklumat isyarat. Berikan satu contoh peralatan serta medium pada peralatan tersebut yang menunjukkan bagaimana isyarat analog daripada peralatan tersebut dapat dirtukarkan.

d) Berikan definisi Modulasi dan nyatakan jenis proses modulasi.

e) Isyarat elektronik biasanya dinyatakan dalam bentuk 3 aras. Senaraikan aras-aras tersebut.

f) Isyarat elektronik dihasilkan daripada pemasangan gabungan get logik dan juga ungkapan Boolean. Apakah yang anda faham tentang get logik dan ungkapan Boolean. Berikan satu 3 contoh get logik berserta dengan ungkapan Boolean bagi get logik tersebut.

g) Berikan kebaikan (advantage) pemprosesan isyarat elektronik (isyarat digital)

h) Dua bentuk penghantaran isyarat digital adalah secara Bit-parallel dan Bit-Series. Buat perbandingan dua bentuk penghantaran ini.

Page 3: SCE 3105 Tugasan Topik 15

Jawapan :

a) Jenis isyarat elektronik :

a) Isyarat analog (menggunakan julat voltan yang selanjar/berayun)

Ia juga dikatakan isyarat yang paling hampir kepada keadaan semulajadi. Salah

satu isyarat yang boleh digambarkan ialah suara manusia. Suara manusia jika

digambarkan pada alat elektronik seperti osiloskop, akan didapati gelombang

yang dihantar adalah selanjar.

                        Contoh Isyarat Analog : Suara, gambar, video

b) Isyarat digital ialah satu isyarat yang mempunyai dua keadaan iaitu dalam

keadaan 1 (‘on’) dan keadaan 0 (‘off’), yang mana satu bucu yang tajam diperolehi

antara keadaan 1 dan 0. Disebabkan nilai 1 dan 0 ini adalah nombor diskret, maka ia

digelar isyarat digital.

Contoh Isyarat Digital : Kabel televisyen

Page 4: SCE 3105 Tugasan Topik 15

Dapat diperhatikan pada gamba rajah 1.1, isyarat digital seolah-olah membentuk graf

kotak-kotak.

Perbezaan isyarat analog dan digital:

b) Kita menggunakan nombor 10 digit (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9) dalam kehidupan

seharian. Komputer menggunakan nombor perduaan (binary numbers) yang

hanya mempunyai dua digit/angka iaitu ‘0’ dan ‘1’. Dalam komputer ‘0’ diwakili oleh

arus elektrik dalam keadaan ‘off’ (voltan rendah) dan ‘1’ diwakili oleh arus elektrik

dalam keadaan ‘on’ (voltan tinggi). Semua data yang dimasukkan ke dalam

komputer akan ditukarkan kepada nombor perduaan (binary numbers)

Contoh : Komputer

Page 5: SCE 3105 Tugasan Topik 15

c) Contoh peralatan : Mikrofon

Medium : Wayar telefon

d) Modulasi adalah proses perubahan (varying) suatu gelombang periodik sehingga

menjadikan suatu sinyal mampu membawa suatu informasi.

> Modulasi analog

> Modulasi digital

e) Aras isyarat elektronik 1) Amplitud

2) Frekuensi

3) Fasa

Rajah atas menunjukkan: Cara mikrofon bekerja/beroperasi

Page 6: SCE 3105 Tugasan Topik 15

f) Get logik adalah litar-litar elektronik yang digunakan untuk menjalankan operasi

logik bagi satu atau lebih masukan logik tetapi hanya menghasilkan satu keluaran logik.

Setiap masukan dan keluaran yang terhasil daripada get-get logik akan

dijadualkan dan jadual ini digelar jadual kebenaran.

g) Kebaikan isyarat digital :

Memandangkan keupayaan isyarat digital dapat dihantar dengan tepat dan cepat

kepada stesen penerima. Keadaan ini dapat menjimatkan masa dan ruang storan serta

kos kemas kini. Isyarat digital mempunyai kebarangkalian ralat dalam melakukan

kesilapan yang kecil.Ini menyebabkan kesilapan dalam menghantar data akan

berkurangan.

Kos untuk mengemas kini data dan ruang storan menjadi kecil kerana setiap

data dapat dihantar dengan cepat kepada stesen penerima, oleh itu setiap ruang

storan dapat digunakan dengan jitu dan cekap. Di samping itu penghantaran maklumat

melalui isyarat digital membuatkan maklumat itu lebih dipercayai kerana isyarat digital

kurang terdedah kepada gangguan luar.

Rajah 1: Simbol, Ungkapan Boolean dan Jadual Kebenaran

Page 7: SCE 3105 Tugasan Topik 15

Masa untuk setiap data atau maklumat dihantar menjadi semakin cepat dan ini

menjadikan penyebaran maklumat menjadi semakin mudah dan pantas. Penghantaran

isyarat digital menjadi lebih relevan pada masa kini kerana kebanyakan sistem

maklumat menggunakan komputer sebagai medium perantaraan memandangkan

komputer hanya boleh menerima isyarat digital sahaja.

h)

Jenis Digital Bit-Series

Kelebihan > kos kabel adalah murah.

> sesuai untuk penghantaran data jarak jauh.

>

Kelemahan > Semua bit – bit bagi suatu aksara akan dihantar satu persatu melalui satu kabel.

> Kadar penghantaran data adalah rendah ( lambat).

Jenis Digital Bit-Parallel

Page 8: SCE 3105 Tugasan Topik 15

Kelebihan > semua bit – bit bagi suatu aksara terkod akan dihantar secara serentak.

> kadar penghantaran data pula ia adalah tinggi ( laju )

Kelemahan > dari segi penggunaan kabel pula ia memerlukan kabel yang banyak, maka

dengan ini kos pembinaan adalah tinggi, oleh itu hanya sesuai untuk jarak dekat <

100 kaki.

> kelemahannya adalah sukar untuk mengesan talian yang rosak

http://www.pkb.edu.my/elearning/datakom.pdf