SCE3106 Peta Minda

17
1. Kumpul maklumat tidak kurang daripada tiga sumber berkaitan dengan berfikir dan bekerja secara saintifik. Daripada maklumat tersebut, kelaskan kemahiran proses sains kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. 1.0 KEMAHIRAN PROSES SAINS 1 K E M A H I R A N P R O S E S S A KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS Memerhatikan Mengelaskan Mengukur menggunakan nombor Membuat inferens Meramalkan Komunikasi Menggunakan hubungan Langkah kajian atau penyelidikan yang melibatkan kemahiran tertentu serta yang memerlukan langkah- langkah berikut: Perancangan Melaksanakan aktiviti Mengumpul data Pengorganisasian dan intepretasi data KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU Mentafsir maklumat Mendefinisi secara operasi Mengawal pembolehubah

Transcript of SCE3106 Peta Minda

1. Kumpul maklumat tidak kurang daripada tiga sumber berkaitan dengan

berfikir dan bekerja secara saintifik. Daripada maklumat tersebut, kelaskan

kemahiran proses sains kepada kemahiran proses sains asas dan

kemahiran proses sains bersepadu.

1.0 KEMAHIRAN PROSES SAINS

1

KEMAHIRAN

PROSES

SAINS

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

Memerhatikan Mengelaskan Mengukur menggunakan

nombor Membuat inferens Meramalkan Komunikasi Menggunakan hubungan

masa dan ruang

Langkah kajian atau penyelidikan

yang melibatkan kemahiran tertentu

serta yang memerlukan langkah-langkah berikut:

Perancangan Melaksanakan

aktiviti Mengumpul data Pengorganisasian

dan intepretasi data Kesimpulan

Kemahiran ini dapat diklasifikasikan kepada :

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU

Mentafsir maklumat Mendefinisi secara operasi Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen

1.1 KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

a) MEMERHATI

2

MEMERHATI Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan

maklumat tentang objek dan fenomena.

Hasil pemerhatian merupakan fakta sains yang boleh digunakan

untuk melakukan proses sains asas yang lain.

Melibatkan semua deria secara bersama untuk mengesan

maklumat yang sebanyak mungkin tentang objek yang

diperhatikan - pemerhatian secara langsung.

Perlu cuba menyatakan ukuran yang spesifik tentang objek yang

diperhatikan.

Pemerhatian kuantitatif (pemerhatian secara tidak langsung) -

mengukur objek dengan alat

Pemerhatian negatif boleh diterima, contohnya ‘tidak berbau’

PERINGATAN

Jangan menambah tafsiran berdasarkan pengalaman.

Tidak perlu menyatakan sebab mengapa sesuatu objek

kelihatan begitu.

Tidak perlu memberi pendapat.

b) MENGELASKAN

3

MENGELASKAN Menggunakan pemerhatian untuk mengasing

atau mengumpul objek atau fenomena

berdasarkan ciri yang sama.

Dibuat berdasarkan ciri yang dapat diperhatikan

Penggunaan diktomi semasa menyisih objek-objek ke dalam

kategori tertentu.

Satu objek hanya boleh dikelaskan di bawah satu kategori, iaitu

kriteria yang digunakan dapat membezakan objek-objek yang

dikelaskan.

Kriteria yang berlainan boleh digunakan untuk mengelas set objek

yang sama untuk menghasilkan pengelasan yang berlainan.

Contoh : Mengelas warna dan bentuk

Bahan : satu set bentuk yang diperbuat daripada kad manila

- segitiga hijau, segitiga oren, segiempat hijau, segiempat kuning,

bulatan hijau dan bulatan biru.

Bentuk-bentuk

Hijau Bukan Hijau

Bukan segitiga Bukan segitiga

hijau oren

H = Hijau, O = oren, B = Biru, K = Kuning

H O

H H B K

c) MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

4

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN

NOMBOR

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dan

menggunakan nombor atau alat berunit piawai

atau alat yang diseragamkan sebagai unit

rujukan.

Merupakan proses mencari setakat mana, atau sebanyak berapa

sesuatu bahan.

Melibatkan kuantiti dan menggunakan nombor.

Asas ukuran ialah ulangan suatu unit berkali-kali.

Untuk menguasai kemahiran mengukur, membuat anggaran

adalah penting.

Untuk membuat anggaran, benda yang dianggar itu dibandingkan

dengan imej mental tentang sesuatu objek yang diketahui

ukurannya.

Alat ukuran terdiri daripada dua jenis iaitu piawai(pembaris, bikar,

neraca dan sebagainya) dan bukan piawai (jengkal, kaki, hasta

dan sebagainya).

d) MEMBUAT INFERENS

5

MEMBUAT INFERENS

Membuat kesimpulan awal yang munasabah,

yang mungkin benar atau tidak benar untuk

menerangkan sesuatu peristiwa atau

pemerhatian.

Inferens dibuat secara tidak langsung manakala pemerhatian

adalah secara langsung dan ternampak.

Inferens yang berkait dengan dengan pemerhatian secara logic

adalah munasabah dan boleh diterima, walaupun inferens itu

mungkin benar atau sebaliknya.

Untuk menguji kebenaran inferens, eksperimen perlu dijalankan.

Inferens juga boleh dikaitkan dengan pengalaman.

Digunakan untuk membuat pemerhatian yang lanjut dengan cara

memberi penerangan kepada sesuatu fenomena.

e) MERAMAL

6

MERAMAL Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang

lalu atau berdasarkan data.

Pengalaman boleh merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang

dimiliki oleh pembuat ramalan. Data yang boleh dipercayai pula

merujuk kepada set data yang dikumpulkan secara sah.

Panduan ketika membuat ramalan:

1. Menggunakan bukti atau data semasa

2. Menentukan hasil mungkin dari tindakan

3. Yakin dengan ketepatan jangkaan yang dibuat

4. Mengesahkan jangkaan daripada bukti dan pengalaman lepas

5. Semakin banyak data yang diperoleh, semakin berkeyakinan

untuk membuat ramalan.

f) BERKOMUNIKASI

7

BERKOMUNIKASI Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau idea dalam

bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah, atau

model.

Komunikasi merupakan cara untuk mengemukakan idea atau

menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti : Lisan,

tulisan, lukisan, jadual, graf, gambarajah, model, carta, peta,

simbol, persamaan matematik dan sebagainya

Kepentingan Berkomunikasi

1. Menyampai idea, perasaan, dan keperluan kepada orang lain

2. Menguasai cara yang pelbagai bagi menyampaikan

maklumat

3. Maklumat perlu jelas, tepat dan ringkas

4. Menyusun dan menyisih data dengan kemas dan teratur

g) MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA

8

BERKOMUNIKASI Memerihalkan perubahan parameter seperti

lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat, dan

jisim dengan masa.

Merupakan konsep paling asas dalam sains fizikal.

Menceritakan objek dengan merujuk kepada ruang dan masa

melibatkan pemerihalan dan perbandingan objek berkenaan dari

segi saiz, kedudukan, arah pergerakan, dan perubahan bentuk

atau pola sepanjang suatu jangka masa.

Kepentingan kemahiran ini:

a) Menyedarkan kita bahawa setiap perubahan itu adalah

mengikut masa

b) Membantu kita menyusun peristiwa mengikut kronologi

1.2 KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU

9

KEMAHIRAN

PROSES

SAINS

BERSEPADU

Mentafsir maklumat

Mengawal pemboleh ubah

Mendefinisikan secara operasi

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

a) MENTAFSIR MAKLUMAT

10

Memberikan penerangan yang rasional tentang objek,

peristiwa atau pola daripada data yang dikumpul.

MENTAFSIR

MAKLUMAT

Jenis-jenis data

Kepentingan mentafsir data membolehkan kita:

a) Mendapat sebanyak mungkin maklumat dari jadual, graf

dan gambarajah

b) Melihat hubungan antara pembolehubah yang terlibat

c) Membuat sesuatu rumusan.

Data yang dikumpul boleh berbentuk : kualitatif ataupun kuantitatif

Gambar Graf Jadual Tulisan

Carta paiBarGarisan

b) MENDEFINISI SECARA OPERASI

11

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan

menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

Tujuan : memberikan konsistensi dan ketepatan  dalam penyelidikan saintifik

Digunakan untuk mendefinisikan pembolehubah atau  fenomena yang tidak dapat diukur secara langsung

MENDEFINISI

SECARA

OPERASI

CONTOH 1

Berikut adalah dua kenyataan mengenai asid :

A : Asid ialah bahan yang mengandungi hidrogen

B : Asid adalah bahan yang menukarkan kertas litmus biru

kepada merah.

Apakah perbezaan kenyataan di atas?

Tentukan yang mana satu definisi secara operasi?

Jawapan:

Kenyataan B : Asid menukarkan kertas litmus boleh

dilakukan dan diperhatikan manakala kenyataan A tidak

boleh diperhatikan.

Kenyataan B ialah definisi secara operasi.

c) MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

12

Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya

dengan pembolehubah bergerak balas.

Jenis-jenis pembolehubah

Definisi : mengenalpasti dan mengawal pembolehubah yang boleh mempengaruhi eksperimen.

Dimalarkan Manipulasi Bergerak balas

MENGAWAL

PEMBOLEHUBAH

Dikekalkan sepanjang eksperimen

Berubah sepanjang eksperimen

Hasil keputusan

d) MEMBUAT HIPOTESIS

13

Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan

antara pembolehubah yang difikirkan benar bagi

menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan

ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.

Hubungan antara pembolehubah bergerak balas dan

pembolehubah dimanipulasikan.

LANGKAH MENGUJI KESAHIHAN HIPOTESIS

1. Mengenalpasti pembolehubah

2. Merancang aktiviti/eksperimen yang akan dijalankan

3. Menguji hipotesis yang dibina

4. Mengenalpasti maklumat/data

5. Membuat kesimpulan mengenai hipotesis

MEMBUAT

HIPOTESIS

d) MENGEKSPERIMEN

14

Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji

sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data

sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

PELAN EKSPERIMEN

1. Objektif

2. Hipotesis

3. Langkah-langkah perlaksanaan

4. Menyiasat

5. Memerhati dan mentafsir data

6. Keputusan

7. Kesimpulan

MENGEKSPERIMEN

15