Search Nota

34
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah. Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, serampang dua mata . Smabutan- sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara. http://myschooltmgstaiping.wordpress.com/2012/04/26/langkah-langkah-untuk- mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia/ Gagasan Satu Malaysia memberi kesan yang positif kepada rakyat sekiranya pelaksanaannya berjalan dengan lancar tetapi ianya boleh menjadi negatif apabila tiada usaha daripada masyarakat yang inginkan kepada perubahan. Antara kesan positif yang boleh dilihat iaitu setiap kaum akan merasai keamanan dan bebas daripada segala ancaman. Selain itu juga, ianya memberi kesan kepada peningkatan ekonomi kepada Negara dan masyarakat. Manakala kesan negatif ekoran daripada rakyat yang tidak mahu kepada perubahan yang baik iaitu menjejaskan hubungan masyarakat. Apabila hubungan masyarakat tidak baik maka terdapat jurang pemisah yang boleh merosakkan hubungan antara masyarakat. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh kerajaan supaya rakyat pada hari ini tidak mengamalkan konsep asabiah iaitu konsep berkumpulan contohnya bangsa melayu dengan melayu, cina dengan cina dan seterusnya. Konsep asabiah ini menunjukkan banyak kelemahan yang akan dihadapi kelak kerana tiada kerjasama antara setiap kaum. Sesungguhnya islam ini merupakan agama

description

Search Nota

Transcript of Search Nota

Page 1: Search Nota

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

http://myschooltmgstaiping.wordpress.com/2012/04/26/langkah-langkah-untuk-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia/

Gagasan Satu Malaysia memberi kesan yang positif kepada rakyat sekiranya pelaksanaannya berjalan dengan lancar tetapi ianya boleh menjadi negatif apabila tiada usaha daripada masyarakat yang inginkan kepada perubahan. Antara kesan positif yang boleh dilihat iaitu setiap kaum akan merasai keamanan dan bebas daripada segala ancaman. Selain itu juga, ianya memberi kesan kepada peningkatan ekonomi kepada Negara dan masyarakat. Manakala kesan negatif ekoran daripada rakyat yang tidak mahu kepada perubahan yang baik iaitu menjejaskan hubungan masyarakat. Apabila hubungan masyarakat tidak baik maka terdapat jurang pemisah yang boleh merosakkan hubungan antara masyarakat. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh kerajaan supaya rakyat pada hari ini tidak mengamalkan konsep asabiah iaitu konsep berkumpulan contohnya bangsa melayu dengan melayu, cina dengan cina dan seterusnya. Konsep asabiah ini menunjukkan banyak kelemahan yang akan dihadapi kelak kerana tiada kerjasama antara setiap kaum. Sesungguhnya islam ini merupakan agama yang bersih dan suci. Ianya menitikberatkan kepada perkenalan antara kaum supaya dapat menjalinkan satu ikatan yang akrab sesama mereka.

http://kar84.wordpress.com/2010/04/12/gagasan-satu-malaysia-menurut-perspektif-islam/

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah

Page 2: Search Nota

perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

http://1malaysia-naeqib.blogspot.com/

Bagi aktiviti kokurikulum, meskipun setiap sekolah mempunyai aktiviti kokurikulum masing-masing, tetapi setiap sekolah digalakkan menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan bersama. Ketika aktiviti ini, setiap warga sekolah boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Contoh bagi aktiviti tambahan adalah seperti setiap sekolah menghantar wakil terbaik bagi sesuatu aktiviti.

Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai penyertaan. Untuk menggalakkan lagi perpaduan antara kaum, sekolah wawasan diseru untuk mengadakan acara tahunan secara bersama seperti Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, dan Hari Kantin.

Ada juga di kalangan tokoh akademik berpendapat bahawa konsep Sekolah Wawasan yang dicadangkan sebenarnya bukan jawapan kepada keharmonian dan perpaduan kaum. Jaminan bahawa kerajaan tidak akan memaksa mana-mana sekolah menerima Sekolah Wawasan dan tidak akan menghapuskan identiti dan bahasa Cina atau Tamil, dan berjanji tidak akan menutup sekolah kedua-dua aliran itu apabila konsep Sekolah Wawasan dilaksanakan, nampaknya tidak begitu diterima oleh masyarakat Cina dan India. Ini kerana di dalam Sekolah Wawasan pengasingan murid antara kaum mengikut aliran jenis sekolah masih berlaku.

Mereka hanya berkongsi padang dan kemudahan dalam satu kawasan sekolah, sedangkan sistem pendidikannya masih kekal mengikut aliran masing-masing misalnya Melayu, Cina dan India. Perpaduan kaum tidak mampu dicapai hanya di padang sekolah. Tidak munasabah jika hanya dengan bermain bola sepak atau hoki di padang, perpaduan dapat dicapai. Di samping itu apabila Sekolah Wawasan ditubuhkan maka sekolah aliran Cina dan Tamil pula perlu dilayan sama rata dengan sekolah aliran kebangsaan. Jika ia tidak dilayan, maka akan timbul prasangka terhadap satu sama lain.

Satu lagi punca kegagalan Sekolah wawasan ialah ketika ini dikatakan sekolah Cina menghadapi kekurangan lebih 4,000 guru. Kerajaan tidak rancangan untuk melatih guru Cina dengan mencukupi. Tetapi, sekolah Melayu mempunyai lebihan dikatakan mempunyai 20,000 guru

Page 3: Search Nota

lepasan maktab setiap tahun sehingga sukar ditempatkan di sekolah. Jika Sekolah Wawasan dilaksanakan, guru Melayu yang berlebihan itu pastinya diserapkan di sekolah Cina.

Jadi, secara perlahan-lahan, masyarakat Cina percaya keadaan ini akan mengubah sistem sekolah Cina sekarang. Ini sangat dibimbangi oleh Persatuan Dong Jiao Zong. Jika inilah antara punca kegagalan melaksanakan Sekolah Wawasan jelas sekali isu hubungan etnik adalah sangat serius dan dipenuhi dengan rasa curiga dan prasangka hinggakan idea sebaik sekolah wawasan pun mengalami kegagalan. Nampaknya kita hanya membuang masa dan membazir semata-mata.

Saya sentiasa percaya bahawa setiap perubahan pasti akan mendatangkan kesan curiga oleh mana-mana pihak bahawa terdapat motif di belakangnya. Ini disebabkan oleh keadaan politik di negara kita. (Ahli politik kita suka memainkan isu politik)

Saya seorang pelajar yang berlatar belakang sekolah cina dan kini berada di universiti kebangsaan m'sia. Saya sendiri mengalami 'culture shock' pada masa saya bertukar sekolah dari sekolah yang 99% cina ke sekolah yang terdiri dpd pelbagai bangsa. Ini bukan satu perkara yang baik bagi saya kerana saya sukar untuk berkomunikasi dgn pelajar bangsa lain sedangkan saya sudah lama bertutur dalam bahasa cina dengan rakan-rakan cina saya.

Sekolah Wawasan adalah satu konsep yang sangat bagus. Walaubagaimanapun, bagi saya, ia tidak dapat memupuk perpaduan kaum secara mendalam dan keseluruhan. Tambahan pula, kesan negatif juga kemungkinan akan timbul. Misalnya, kekurangan komunikasi atau keselisihan faham ant. pelajar mungkin akan menambahkan lagi kepecah-belahan kaum.

Saya rasa perubahan sistem pendidikan sendirinya perlu diubah sama sekali. Saya mempunyai satu konsep di mana kita sepatutnya menyelaraskan sistem pendidikan di negara kita, di mana semua pelajar sepatutnya belajar 4 bahasa -bahasa malaysia, bahasa cina, bahasa tamil dan bahasa inggeris.Dengan itu, kita dapat memahami satu sama lain dengan lebih mendalam. tempoh masa di sekolah perlu dipanjangkan dan kegiatan ko-kurikulum perlu ditekankan. (Saya juga berharap sentimen perkauman dapat dihapuskan kerana saya banyak melihat apabila jawatankuasa ditubuhkan presiden biasanya akan merupkan melayu. Kita sepatutnya melihat sesiapa yang berkebolehan dan berkaliber, bukan atas dasar kaum - oleh itu, benda-benda politik dan perkauman haruslah disingkirkan dari sekolah dan juga universiti) Bukan sahaja sains, mata pelajaran sastera juga perlu dititikberatkan.

Walaubagaimanapun, perubahan ini merupakan langkah yang amat sangat sukar untuk dilaksanakan kerana sistem hari ini telah dipraktikkan selama 51 tahun. saya tidak tahu sama ada cadangan saya tersebut merupakan yang terbaik atau tidak. harap dapat komen daripada anda.

Page 4: Search Nota

http://nuar69.blogspot.com/2008/08/konflik-sekolah-wawasan.html

1. Peranan Kerajaan

Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentuk perpaduan antara rakyat berbagai kaum ialah

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita. Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969 Jabatan Perpaduan Negara dibawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita.

Penerimaan budaya orang lain samada dari segi pakaian, makanan atau tempat tinggal di taman-taman perumahan yang sama. Keadaan ini akan menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempat.

Memperkasakan sekolah Wawasan. Sistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan ramai ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah mengikut kaum masing-masing. Usaha untuk memupuk perpaduan hendaklah dimulai dari awal dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Maka usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatu padukan rakyat berbilang kaum dinegara ini.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ia mula dilaksanakan pada tahun 2004 dan merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PKLN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara. Ia bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

2. Peranan Ngo

Pertubuhan-pertubuhan yang diasaskan oleh golongan etnik sama ada pada peringkat negara atau persatuan seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Peniagaan dan Perusahaan Malaysia, Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan sebagainya perlulah dianggotai oleh pelbagai kaum untuk mempercepatkan lagi proses perpaduan antara kaum.

3. Peranan Masyarakat

Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga 1975 ). Pada peringkat awal tujuan rukun tetangga adalah untuk mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Mulai 1 Januari 1983

Page 5: Search Nota

kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, pendekatan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi mandat yang lebih luas iaitu pembangunan masyarakat secara meluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-masing

4 Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Perpaduan

Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai kaum. Awalnya di sekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar kelainan itu.

Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini membina perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah

Aktiviti kurikulum yang seragam

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam

Page 6: Search Nota

mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hanya sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh. Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua peringkat persekolahan.

Aktiviti kokurikulum.

Menurut http://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/14/ antara-langkah-langkah ke--menwujudkan-perpaduan-di-kalangan-pelajar/ Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.

Aktiviti sukan

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Program Anak Angkat

Page 7: Search Nota

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

Program integrasi di sekolah.

Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah diteruskan bagi membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum ditingkatkan. Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui program tersebut akan membawa kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormat-menghormati antara kaum dapat dipereratkan. Antara kata-kata beliau semasa sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Pemimpin Persatuan Guru dan Sekolah (PIBG) Parlimen Kepala Batas di Penang Golf Resort

“ Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua kaum dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan semua pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan alam sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisahdan bersendirian menjadikan intergrasi sukar untuk dilaksanakan”.

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=207%3Aperlu-program-intergrasi-di-sekolah&lang=en

Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah.

Prinsip Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan modal insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal demikian kerana ideologi yang terkandung di dalam Rukun Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai bersama yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. "Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap dalam Majlis Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylor’s Universiti berkata

“ Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut ”

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121217/dn_03/Rukun-Negara-perlu-kekal-jadi-teras-perpaduan-rakyat-pelbagai-kaum

Page 8: Search Nota

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..

http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia

Sekolah Penyayang

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan

Page 9: Search Nota

generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj. Mohd Anuar Abdul Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan perpaduan dan amalan nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta.

http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=578:rancangan-integrasi-murid-untuk-perpaduan&catid=47:fokus

Antara contoh aktiviti yang boleh dianjurkan ialah Program Perkhemahan Padu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia, Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang. Ia juga bagi melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Page 10: Search Nota

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas ialah memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan pemupukan nilai-nilai. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia (PPK 2002). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antara bangsa (PPK 2002) kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Persekitaran pendidikan

Menurut Zaidi Ahmad (2010) persekitaran pendidikan di malaysia menyediakan ruang fizikal untuk pelajar pelbagai etnik berinteraksi. Di semua pusat pendidikan, penyertaan pelajar pelbagai etnik dalam semua aktiviti adalah tinggi. Aktiviti yang berstruktur yang diamalkan disemua institusi pendidikan di Malaysia akan melibatkan pelajar secara menyeluruh dan berkenalan. Guru atau tenaga pengajar akan menjadi pusat tumpuan dan menggerakkan aktiviti dan tugasan yang perlu

Page 11: Search Nota

dilaksanakan. Polo interaksi sosial begini akan melibatkan interaksi dan pelajar akan memilih sahabat walaupun daripada kumpulan etnik yang berbeza.

Semasa melaksanakan aktiviti seseorang pelajar, dapat mengenalpasti kriteria pelajar lain dan situasi ini dapat membantunya memilih seorang sahabat. Dalam situasi ini, pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar dalam kumpulan etnik yang berlainan dapat diadakan jika murid ini ditempatkan dalam satu persekitaran yang multietnik, jadi persekitaran pembelajaran di Malaysia menepati kriteria ini. Teori polo interaksi sosial dapat diaplikasikan dalam keadaan ini yang mana peluang disediakan untuk berinteraksi sosial. Pelajar mengenali antara satu sama lain walaupun daripada etnik yang berlainan. Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat dikenalpasti yang selanjutnya membuka ruang untuk perkongsian merentasi etnik.

KESIMPULAN

Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.

Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.

Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia.

Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapaitanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak,kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati denganpenuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukunnegara.Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkankurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang,penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasidalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warganegara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyatyang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yangdiamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsipRukun Negara Malaysia.Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai

Page 12: Search Nota

usaha dijalankan adalah demimenuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupunterdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigihdan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab danbersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasionalakan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

http://ainulshahman.blogspot.com/2013/05/hubungan-etnik-antara-kaum.html

Selain itu, Rukun Negara telah digubal sebagai garis panduan rakyat negara ini tanpa mengira perbezaan etnik, kebudayaan dan kepercayaan supaya perpaduan boleh diwujudkan. Lima prinsip Rukun Negara menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Dalam prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, kita boleh melihat istilah Tuhan digunakan bukannya istilah Allah. Ini kerana perkataan Tuhan adalah lebih umum dan boleh digunakan oleh semua rakyat di Malaysia tanpa mengira apa jua agamanya. Selain itu, prinsip yang pertama ini juga membawa rakyat Malaysia kembali kepada agama masing-masing kerana tiada agama yang mengajarkan kejahatan melainkan kebaikan kepada umatnya. Apabila manusia kembali kepada ajaran agamanya maka manusia tersebut akan menjauhi kejahatan dan perkara-perkara yang negatif seperti persengketaan. Prinsip yang kedua pula ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kesetiaan kepada raja dan juga negara akan menghalang individu daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh memurkakan raja dan memusnahkan negaranya. Prinsip yang ketiga pula ialah Keluhuran Perlembagaan, dimana perlembagaan negara merupakan tunjang utama negara. Jika semua rakyat Malaysia berpegang pada Perlembagaan maka peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi. Seterusnya prinsip yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Jika masyarakat mematuhi undang-undang, maka masalah dapat dielakkan. Prinsip terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan merupakan prinsip yang amat penting dalam perhubungan sosial masyarakat Malaysia. Sikap sopan dan bertatasusila mampu mengelakkan konflik antara individu kerana setiap individu mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan penuh kesopanan dan tertib dalam setiap tingkah lakunya. Setiap prinsip dalam Rukun Negara mempunyai makna dan nilai yang tersirat yang menjurus kepada melahirkan warganegara yang berperibadi mulia dan seterusnya boleh mewujudkan interaksi yang positif sesama masyarakatnya. Dasar Pendidikan Negara juga merupakan langkah yang dilakukan kerajaan untuk mewujudkan interaksi yang erat antara kaum di Malaysia agar perpaduan dan keharonian dapat dicapai. Objektifnya boleh ditafsirkan sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi. Kerajaan melihat bahawa kanak-kanak merupakan golongan yang amat sesuai dalam mewujudkan perhubungan yang harmoni antara pebagai kaum kerana dalam usia kanak-kanak golongan ini mudah menerima nilai-nilai yang ingin diterapkan. Lagipun interaksi yang baik diantara kaum harus dipupuk sejak dari kecil agar mereka mudah menerima dan memahami serta bertoleransi dengan setiap perbezaan yang wujud di antara mereka. Pemahaman perbezaan tentang budaya dan kepercayaan sejak kecil akan mengelakkan pandangan stereotaip yang seringkali melumpuhkan komunikasi antara individu atau masyarakat. Dalam sekolah ini juga interaksi berbentuk kerjasama, akomodasi ataupun penyesuaian dan asimilasi boleh diwujudkan. Interaksi berbentuk kerjasama boleh diwujudkan di sekolah dengan aktiviti-aktiviti kerja berpasukan seperti melakukan gotong-royong membersihkan sekolah. Interaksi berbentuk akomodasi atau berbentuk penyesuaian boleh berlaku apabila pelajar yang pelbagai latar

Page 13: Search Nota

belakang ekonomi, agama dan etnik berada dalam satu kelas yang sama dan cuba menerima dan memahami antara satu sama lain. Asimilasi boleh diwujudkan dengan sikap toleransi antara pelajar, sikap terbuka, persamaan dari aspek budaya dan sikap menghargai antara satu sama lain. Interaksi-interaksi seperti ini mudah dilahirkan dalam kalangan kanak-kanak kerana seperti peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Kepelbagaian etnik yang wujud di Malaysia membawa kepada kepelbagaian kebudayaan. Kerajaan telah melihat betapa pentingnya peranan kebudayaan dalam membentuk perpaduan. Salah faham dan pandangan stereotaip yang wujud adalah kerana kurangnya pemahaman dan pengetahuan tentang kebudayaan sesuatu kaum. Perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berdasarkan kepada keadaan tersebut. Kerajaan cuba mewujudkan hubungan dalam kalangan rakyat melalui kebudayaan. Dalam dasar ini kerajaan melakukan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan setiap kaum yang ada di Malaysia. Dengan langkah tersebut, setiap kebudayaan etnik yang wujud di Malaysia dapat diangkat dan ditonjolkan. Dalam aspek ini, interaksi secara asimilasi dapat berlaku hal ini kerana, kebudayaan etnik-etnik di Malaysia mempunyai persamaan. Misalnya, budaya kunjung-mengunjung di musim perayaan. Kesemua kaum di Malaysia mempunyai budaya tersebut pada musim perayaan kaum mereka dan kini budaya ini telah menjadi satu budaya yang wajib di Malaysia. Dasar ini bukan sahaja boleh mewujudkan hubungan yang lebih baik antara kaum tetapi juga meningkatkan martabat budaya Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa.

PERANAN INTERAKSI SEBAGAI AGEN PERUBAHAN.

Bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti negara kita Malaysia, interaksi antara pelbagai etnik, bangsa dan kepercayaan memainkan peranan yang sangat penting. Oleh demikian, peranan interaksi sebagai agensi perubahan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kerajaan telah mewujudkan beberapa dasar-dasar yang dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara pelbagai kaum, etnik, bangsa, budaya dan kepercayaan di negara kita. Tujuan utama dasar- dasar tersebut digubal adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum di negara kita. Dasar-dasar yang digubal sememangnya agen perubahan yang sangat berkesan sekali kerana ia membawa implikasi positif terhadap hubungan pelbagai kaum di negara kita.

PERLEMBAGAAN.

Salah satu dasar yang telah digubal oleh kerajaan yang memainkan peranan sebagai agen perubahan adalah melalui Perlembagaan negara kita. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara kita, segala perundangan yang bercanggah dengan perlembagaan secara automatiknya akan terbatal setakat yang bercanggah. Di dalam perlembagaan Malaysia bahagian satu, perkara 3 (1) ada menyatakan bahawa agama Islam merupakan agama persekutuan iaitu agama rasmi negara. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang agama lain diamalkan di negara kita. Sebagai contoh, kaum India, Cina, bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang halangan. Hal ini membuktikan bahawa menerusi perlembagaan setiap etnik, bangsa dan ras sebenarnya dapat

Page 14: Search Nota

memupuk perpaduan dengan berkongsi kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh kita. Contohnya, melalui perayaan yang disambut setiap tahun seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan krismas ikatan silaturahim sesama masyarakat dapat dieratkan. walaupun mempunyai agama yang berbeza namun kepelbagaian budaya yang dimiliki menjadikan interaksi antara kaum dapat berjalan dengan baik. Bahkan perbezaan kebudayaan yang dimiliki juga menjadikan negara kita unik sekali di mata dunia.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.

Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang turut bertindak sebagai agen perubahan dalam interaksi antara kaum. Objektif utama dasar ini ditubuhkan adalah untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan, memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan di samping menjana kerohaniaan yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia kerana ia mencerminkan keperibadian negara kita. Dasar ini sebenarnya dapat memupuk semangat kerjasama khususnya dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi.Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.Oleh itu, dasar ini merupakan agen perubahan yang berkesan sekali. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang budaya yang berbeza.

Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Justeru itu, atas sebab tersebut kerajaan telah menggubal dasar ini bagi menyatupadukan kebudayaan yang pelbagai di negara kita. Melalui Dasar Kebudayaan ini setiap etnik dapat berhubung dengan baik. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara kita yang tergolong dalam kalangan negara sedang membangun kerana mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza. Justeru itu, dapatlah dibuktikan bahawa dasar ini dapat dijadikan garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta dapat mengekalkan identiti negara.

KONSEP 1 MALAYSIA.

Page 15: Search Nota

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Gagasan 1Malaysia juga menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Justeru itu, 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

RUKUN NEGARA.

Di samping itu, setiap warganegara Malaysia juga hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang–undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Seterusnya melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara adalah jelas merupakan kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Perpaduan dan penyatuan rakyat amat penting dalam usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyat. Melalui Rukun Negara, semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat berpegang kepada satu ideologi yang dapat dijadikan sebagai amalan dan etika kehidupan seharian mereka. Rukun Negara amalan hidup rakyat Malaysia.

Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang adil dalam

Page 16: Search Nota

pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara. Masyarakat yang progesif dalam mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu demi mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan negara. Masyarakat yang liberal yang diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.

DASAR INTEGRASI NASIONAL.

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.

Agen hubungan etnik mempunyai tahap- tahap fungsi hubungan etnik yang pelbagai iaitu pada peringkat diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Melalui agen hubungan etnik ini budaya yang mencetuskan perpaduan boleh dibentuk, budaya yang berpaksikan kepada wawasan yang boleh dikongsi bersama, disokong oleh media yang positif dan dasar-dasar kesederhanaan yang membawa kepada keseimbangan. Hal ini sangat perlu kerana sebarang aspek budaya yang diekstrimkan tanpa berpandu kepada kontrak sosial akan membawa keretakan integrasi nasional.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA.

Selain itu, kerajaan juga turut melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang secara lansung dapat merapatkan hubungan antara pelbagai kaum. Contohnya melalui penubuhan sekolah kebangsaan. Jika diteliti,dasar ini sebenarnya turut memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan interaksi antara pelbagai etnik, bangsa, budaya mahupun kepercayaan. Dalam kata lain, dasar ini sebenarnya agen perubahan yang dapat menggalakkan lagi perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. Melalui dasar pendidikan sesebuah negara dapat maju dan berkembang pesat. Justeru itu, semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya bertujuan untuk memupuk perpaduan. Ia bagi memastikan pengasingan pendidikan yang wujud sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi ikatan perpaduan yang wujud selama ini.

Page 17: Search Nota

BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN.

Seperti yang kita ketahui, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita.. Dalam Perkara 152 perlembagaan ada menyatakan kedudukan Bahasa Melayu.Hal ini bermaksud bahasa melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini sebenarnya memberikan implikasi yang sangat luas. Salah satu implikasi tersebut adalah sebagai agen perubahan yang berfungsi sebagai alat perpaduan utama masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan bahasa melayu dalam interaksi seharian antara pelbagai kaum sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ini secara langsung dapat memupuk semangat perpaduan antara pelbagai etnik. Contohnya, apabila orang cina, India dan melayu ingin berkomunikasi mereka akan menggunakan bahasa melayu hal ini disebabkan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan yang utama berbanding bahasa lain. Namun demikian, penggunaan bahasa lain adalah tidak dilarang.

KESIMPULAN

Penggubalan dasar, pelan kerajaan ini merupakan salah satu agenda kerajaan dalam mewujudkan interaksi. Tetapi sejauh manakah keberkesanan dasar ini dalam isu interaksi? Perpaduan yang jitu masih lagi dicari dan pembentukan Bangsa Malaysia tetap menjadi satu agenda utama negara. Idea Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia) merealisasikan konsep Negara Bangsa masih belum tercapai disebabkan masih wujud pebagai masalah interaksi antara indivudu. Interaksi di antara individu pelbagai etnik hanya kerap berlaku sekiranya individu berkenaan berada dalan satu persekitaran multi-etnik seperti di SMK. Berjayakah Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Melanau dan etnik yang lain yang terdapat di Malaysia dibawa ke satu ruang fizikal yang sama oleh pelbagai dasar dan program perpaduan? Sekiranya ada di antara etnik itu tercicir, maka interaksi yang berlaku hanya relevan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan individu etnik yang telah berjaya dibawa ke satu ruang fizikal yang sama. Etnik yang tercicir kurang mempunyai peluang untuk berinteraksi antara pelbagai etnik. Kejayaan meningkatkan interaksi antara pelbagai etnik bergantung kepada skop dasar dan program yang diperkenalkan dan kejayaan perlaksanaannya oleh pelbagai peringkat agensi-agensi kerajaan. Jika tidak dapat dilaksanakan interaksi sosial pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan maka ‘Satu Negara Satu Bangsa’ hanya akan tinggal sebagai slogan tanpa penghayatan semua rakyat Malaysia. Yang pasti usaha, kajian serta penggubalan dasar yang lebih efektif pasti menjamin interaksi yang lebih berkesan dan cabaran strategik yang dimuatkan dalam Wawasan 2020 iaitu pembentukan bangsa Malaysia dapat dicapai.

http://testingrema.blogspot.com/2011/11/pengenalan-konsep-interaksi-menurut.html

Dasar-dasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Page 18: Search Nota

Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak wujudnya semangat perpaduan dan integrasi nasional. Sesungguhnya mereka berjumpa tetapi tidak wujud komunikasi antara mereka.

Sesungguhnya, pihak kerajaan menyedari betapa pentingnya pemupukan perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan telah menjalankan usaha-usaha dan langkah-langkah dengan memperkenalkan dasar-dasar dan pelan tindakan untuk melaksanakan agenda ini.

Perpaduan bermaksud telah benar-benar bersatu dan integrasi pula membawa maksud penggabungan dua atau beberapa unsur seperti penggabungan antara kaum yang menjadi satu kesatuan yang kukuh dan kuat[1].

Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. JPNIN juga mempunyai visi untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang unggul dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju. Misi jabatan ini pula ialah untuk memupuk kefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional. Moto bagi jabatan ini pula ialah “Bersatu Kita maju”.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan untuk mengukuhkan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Selain itu, JPNIN juga berfungsi untuk mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah serta memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat. Peranan lain yang turut dijalankan oleh JPNIN ialah menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak lain, dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Sesungguhnya, kebijaksanaan pihak kerajaan dalam usaha melicinkan matlamatnya untuk memupuk perpaduan dan integrasi dalam negara kita dengan menubuhkan sebuah jabatan khas untuk menguruskan usaha ini adalah merupakan suatu langkah yang terbaik. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ternyata telah berjaya memainkan peranannya dan membawa impak yang positif kepada kita semua.

Page 19: Search Nota

Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara.

Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan setarusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi[2].

Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristawa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidak tegasan melaksanakan apa yang telah termaktub dalam kontrak sosial[3] terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi ekonomi dan taraf pendidikan serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera dengan Bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah ke kota mencari pekerjaan.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969[4].

Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990. Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun[5].

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya telah membawa Malaysia untuk mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah negara maju melalui Wawasan 2020 dengan usaha menghapuskan kemiskinan secara mutlak seperti yang pernah diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir b. Mohamad “Daripada,serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru(DEB), tiada sesiapa pun yang menentang pembasmian kemiskinan secara mutlak tanpa mengira kaum dan kedudukan geografi. Semua rakyat Malaysia, sama ada mereka yang tinggal

Page 20: Search Nota

di kawasan bandar atau luar bandar, sama ada mereka di selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak”[6].

Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program tertentu.

Seterusnya, pihak kerajaan juga menyedari bahawa adalah lebih afdal dan lebih sesuai jika semangat perpaduan dan intagrasi ini dipupuk serta disemai sejak dari awal lagi dalam jiwa rakyat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan merasakan adalah lebih baik jika semangat ini diserap ke dalam jiwa rakyatnya sejak kecil lagi dan tumpuan sudah tentulah diberikan kepada golongan pelajar-pelajar sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang lain. Oleh itu, kerajaan telah menggunakan sistem pendidikan sebagai wadah untuk menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar. Adalah lebih baik proses penyemaian nilai murni ini dimulakan sejak mereka kecil lagi kerana pada usia beginilah mereka lebih mudah menerima pelajaran bak kata pepatah “jika mahu melentur buluh,biarlah dari rebungnya”. Untuk masa yang ke hadapan, merekalah yang akan mewarisi pentadbiran Negara dan jika mereka tidak didedahkan dengan semangat perpaduan, adalah tidak mustahil negara kita nanti akan menjadi huru-hara dan kacau-bilau.

Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program yang realistik dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar. Antara program yang telah dijalankan ialah perlaksanaan Sekolah Wawasan.

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi di antara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

Sekolah wawasan ini tidak langung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing.

Melalui Sekolah Wawasan ini, pelajar-pelajar yang berlainan etnik akan menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama-sama. Apabila kemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan.

Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam

Page 21: Search Nota

dan selari dengan hasrat negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah cina dan tamil. Sekolah wawasan bolah dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dangan cepat dan berkesan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar yang berasal dari pelbagai bangsa walaupun berlainan aliran persekolahan.

Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan yang juga dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Kemudahan yang sama bermaksud seperti reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak akan timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah mengikut pilihan masing-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.

Kumpulan-kumpulan etnik lain juga berhak untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing dan patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Melalui kebebasan seperti ini, adalah diharapkan agar pendemokrasian pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat telah menyebabkan keadaan mobility masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama, kita harus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang telah diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang yang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan sahaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat perpaduan dan integrasi sejak dari kecil lagi hinggalah dewasa. Oleh itu, segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong oleh setiap rakyat Malaysia.

Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yantg pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini.

Memetik ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Kemerdekaan Negara Ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi negara[7]. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini dan kita mestilah menyayanginya bak kata pepatah “bercerai

Page 22: Search Nota

kasih bertalak tidak,bagaikan rambut bersimpul mati,inginku mati di hujung kuku,ingin ku kubur di tapak tangan”.

Adam Jebat: Pelbagai dasar dan tindakan telah diusahakan oleh Kerajaan,namun sejauh mana kejayaan, keberkesanan dan pemahaman rakyat? Dapat dilihat semakin berani kaum-kaum lain mempersoalkan hak-hak bangsa Melayu, Kontrak Sosial mahupun Perlembagaan. Benarlah kata Tun Mahathir, rupanya mengisi kemerdekaan itu lebih sukar.

[1] Drs.Awang Sudjai Hairul,Kamus Lengkap,Kuala Lumpur:Pustaka Zaman Sdn Bhd,1990.hlm 1035.

[2] Kaum Melayu di kawasan pedalaman dan luar Bandar,Cina di kawasan bandar(berniaga),India di kawasan ladang-ladang.

[3] Kontrak sosial ialah tawar menawar politik menerusi dialog pemimpin-pemimpin parti Perikatan(UMNO-MCA-MIC)inilah yang telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai kontrak sosial yang kemudiannya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

[4] Zainal Abidin Abdul Wahid et.al,Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,1996,hlm.393-394.

[5] Ibid,hlm.395.

[6] Dr.Mahathir b.Mohamad,Malaysia:The Way Forward,Kuala Lumpur:Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia,1991,hlm.4.

[7] Norfatimah Ahmad,Berita Minggu,Kuala Lumpur,31 Ogos 2008,hlm 1.

http://adam-jebat.blogspot.com/2011/05/dasar-dasar-dan-pelan-tindakan-kerajaan.html

HUBUNGAN ETNIK: SUMBANGAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan peranan kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Menjelaskan peranan masyarakat dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

Page 23: Search Nota

Menjelaskan peranan NGO dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

LIPUTAN KULIAH

PENGENALAN

PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

PERANAN SWASTA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

KESIMPULAN

Pengenalan

Proses pemupukan perpaduan dan hubungan etnik – bersifat top down.

Kejayaan Malaysia mewujudkan keharmonian antara etnik – hasil usaha kerajaan dan disokong oleh pelbagai pihak.

PERANAN KERAJAAN DALAM

KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

SEKOLAH WAWASAN

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

1 Julai 1969 – Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN diwujudkan.

1990 – 2004 - Jabatan Perpaduan Negara diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Page 24: Search Nota

Kemudian diletakan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama JPNIN.

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL

POLITIK: PERSEFAHAMAN

PENDIDIKAN

EKONOMI

USAHA DAN STRATEGI JPNIN

PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

AGAMA

KEBUDAYAAN

POLITIK

Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam bidang politik untuk memajukan perpaduan negara hendaklah berlandaskan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan mengenai sistem Kerajaan Persekutuan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, Kedudukan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, hak mengamalkan agama masing-masing, hak asasi rakyat Malaysia, kedudukan istimewa kaum bumiputer dan peribumi, dan pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dangan Kerajaan-kerajaan Negeri.

Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang memainkan peranan penting – mengawal/mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.

Ekonomi

Perkara penting yang perlu diambil kira;

Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Langkah dan program yang dilancarkan dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan wilayah

Page 25: Search Nota

mungkin menimbulkan pelbagai salah tanggapan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang tertentu. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya sebarang salah tanggapan dapat diperbetul dan apa-apa perasaan tidak puas hati dapat dibendung.

Program untuk mengurang dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum.

Sektor swasta akan terus digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan usaha mengurangkan pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi tertentu.

Pendidikan

Peranannya – menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi sosialisasi dan menyediakan saluran penyebaran dan penerapan pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang akan membangunkan kesedaran nasional, semangat cina dan bangga kepada negara dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Alat paling berkesan untuk memupuk perpaduan.

Membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan – bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu.

Agama

Untuk memelihara suasana harmonis antra rakyat berbilang kaum, agama dan kepercayaan - sikap berakomodatif, hormat-menghormati dan kepekaan terhadap kepercayaan, pantang larang dan sensitiviti agama kaum lain hendaklah diamalkan.

Pengembangan agama dalam kalangan penganut agama lain – tertakluk pada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kebudayaan

Kebudayaan nasional berpandukan 3 prinsip di dalam Dasar Kebudayan Kebangsaan:

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

Page 26: Search Nota

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan

Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Integrasi wilayah

Langkah yang diambil untuk mengintegrasikan antara negeri dan rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak:

Penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan

Perluasan sistem radio dan televisyen nasional kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Penubuhan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di kedua-dua negeri itu

Program lawatan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Keselamatan

Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi :

pencegahan – mencegah daripada berlakunya ancaman kepada keselamatan negara atau ketenteraman awam yang terbit daripada ketegangan atau konflik antara kaum, agama dan perhubungan antara persekutuan dan negeri.

Contoh: penguatkuasaan sekatan di sisi undang-undang.

Pemulihan – mententeramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik.

Contoh: Polis, Tentera

Pembangunan kawasan

Kawasan kejiranan – mempunyai latar penduduk daripada pelbagai kaum.

Penyediaan prasarana dan penganjuran aktiviti – melibatkan semua penduduk.

Kawasan perumahan – mengandungi pembangunan bercampur.

Page 27: Search Nota

Pembangunan Tenaga Manusia

Majikan – lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya.

Menerapkan unsur-unsur perpaduan di kalangan pekerja dan melaksanakan dasar Kerajaan.

Interaksi antara pekerja pelbagai kaum dan pemupukan nilai-nilai murni perlu digalakan.

Media Massa

Media elektronki dan internet – membantu melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat dan penerapan nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan.

Syarikat swasta – tanggungjawab sosial.

Akhbar dan majalah – pengamalan etika kewartawanan, sikap bertanggungjawab dan peka apabila melapor perkara yang boleh menjejaskan perpaduan antara kaum dan agama.

Kawalan perlu terhadap kegiatan dan laporan media cetak – Akta Cetak dan Akta Hasutan.

Kesukanan

Mewujudkan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial.

Acara sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diwakili pasukan kebangsaan – menaikkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan perasaan buruk sangka di kalangan rakyat.

Pemasyarakatan Perpaduan

Diperkenalkan pada tahun 1998.

Page 28: Search Nota

Strategi Kerajaan ke arah menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan Bangsa Malaysia berasaskan :

Semangat persaudaraan dan kewarganegaraan yang tinggi.

Melalui proses penerapan nilai-nilai murni mengenai perpaduan.

Pertubuhan Sukarela

Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk – saluran menerapkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang.

Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan

Memperbanyak penyelidikan – perpaduan negara dan integrasi nasional.

Hasil kajian – merangka strategi dan perancangan program yang berkesan.

Pengesanan ini dapat diperkukuhkan – penerbitan bahan bacaan.

Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik

Pengesanan perhubungan sosial – ditingkatkan melalui sistem ‘online’.

Maklumat dapat dikesan, diperoleh dengan segera dan membantu pihak jabatan atau agensi untuk mengambil tindakan pencegahan awal.

PANEL DAN JKPPN – bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi lain.

Bertanggungjawab – menasihat, melapor dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen mengenai isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.

Program dan Aktiviti Perpaduan

Program Pemetaan Perpaduan – proses meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu.

Page 29: Search Nota

Peringkat sekolah – aktiviti pendidikan pelbagai budaya.

Tempat kerja – aktiviti pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerja.

Peringkat komuniti – aktiviti pengembangan yang boleh membawa perubahan serta pembangunan masyarakat setempat.

Strategi-strategi Lain

Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya.

Mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan.

Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia.

Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia

INTEGRASI WILAYAH

PEMBANGUANAN KAWASAN

KESELAMATAN

USAHA DAN STRATEGI JPNIN

KESUKANAN

PENGGUNAAN TENAGA MANUSIA

MEDIA MASSA

USAHA DAN STRATEGI JPNIN

PEMASYARAKATAN PERPADUAN

PERTUBUHAN SUKARELA

PEMANTAUAN ISU SEMASA & KONFLIK

Page 30: Search Nota

PENYELIDIKAN & PENERBITAN BAHAN BACAAN

USAHA DAN STRATEGI JPNIN

PENUBUHAN PANEL PENASIHAT PERPADUAN NEGARA &

JAWATANKUASA PENASIHAT PERPADUAN PERINGKAT NEGERI

PROGRAM DAN AKTIVITI PERPADUAN

STRATEGI-STRATEGI LAIN

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Dalam Rancangan Malaysia ke9 – kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan.

Iaitu 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010.

Semangat perpaduan di kalangan pelajar bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak sekolah tetapi juga institut pendidikan tinggi.

Antara langkah yang boleh dijakankan adalah:

Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil

Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik

Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik

Page 31: Search Nota

Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik ke dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

SEKOLAH WAWASAN

Salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan intergasi nasional.

Tujuannya – mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi.

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Dilaksanakan pada tahun 2004 berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multi-disiplin.

Tujuannya – meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.

TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI

RUKUN TETANGGA

PENERIMAAN BUDAYA

RUMAH TERBUKA

PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

PROGRAM DI IPT

Rukun Tetangga

Diperkenalkan pada tahun 1975.

Page 32: Search Nota

Objektif – memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara.

Aktiviti :

Sosial

Pendidikan

Sukan, rekreasi

Kesihatan dan alam sekitar

Kebajikan, agama

Kesenian dan kebudayaan

Ekonomi, keselamatan

Rumah Terbuka

Diadakan apabila tiba musim perayaan.

Penyediaan makanan bagi etnik dan agama yang berbeza – memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, memahami serta menghormati budaya masing-masing.

Penerimaan Budaya

Dari segi pakaian dan makanan.

Pemberian duit raya.

Taman-taman perumahan – terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik.

Program di IPT

Bahagian Hal Ehwal Pelajar – menggalakkan aktiviti yang menjurus kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa.

Page 33: Search Nota

Kepimpinan pelajar – dianggotai oleh pelbagai kaum.

Sukatan kursus – menitikberatkan aspek nilai rohani dan budaya bersama yang menyatupadukan generasi muda.

Saranan diwujudkan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara di IPT.

Aktiviti kokurikulum – sukan, persatuan, keluarga angkat, ceramah harus dipergiatkan lagi.

PERANAN SWASTA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Pertubuhan – pertubuhan induk peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik.

Wujudkan pelbagai dialog dan seminar.

Contoh: Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.

Kepimpinan – kepimpinan pelbagai kaum.

Contoh: Majlis Belia Malaysia.

Sains dan teknologi – menseimbangkan bilangan pelajar untuk melahirkan saintis antara kaum.

Menyumbangkan dana – meningkatkan penyelidikan dan pembangunan.

Membantu pembangunan ekonomi negara – menarik ramai pelabur.

Memberi peluang pekerjaan.

PERANAN SWASTA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page 34: Search Nota

KESIMPULAN

Setiap hubungan etnik mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing.

Usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu disusun dan difahami demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik.