Sebagai Cermin Keperibadian Murid

7
Guru Sebagai Cermin Keperibadian Murid September 20, 2010 Isu Pendidikan , Petikan Akhbar No comments Dipetik dari Harian Metro DUNIA pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah pencapaian Wawasan 2020. Peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan

description

Guru

Transcript of Sebagai Cermin Keperibadian Murid

Page 1: Sebagai Cermin Keperibadian Murid

Guru Sebagai Cermin Keperibadian MuridSeptember 20, 2010   Isu Pendidikan, Petikan Akhbar   No

comments

Dipetik dari Harian Metro

DUNIA pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak

kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan

negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan.

Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin

kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia.

Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu

menjadi agenda teras dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan

betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan

pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu

menjana pembangunan negara ke arah pencapaian

Wawasan 2020.

Peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir

ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan

penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes

pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, kejadian buli

khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan

vandalisme yang menjijikkan mata memandang, memeras

ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah dan

Page 2: Sebagai Cermin Keperibadian Murid

terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini

perlu ditangani secara berkesan oleh sekolah kerana jika

dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah

dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan

dan tanggungjawab semua guru mesti menjurus kepada

pembinaan sahsiah pelajar yang murni dan bukan setakat

menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana

Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengatakan, ‘guru bukan

saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan

kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada

pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang

dan budaya yang diterima olehnya.’ (Petikan ucapan beliau

pada Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh

pada 16 Mei 2000 ). Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada

kita memang menjadi tanggungjawab teras seseorang guru

itu membentuk jati diri anak muridnya dengan keluhuran budi

pekerti yang tinggi dan terpuji.

Sebenarnya, teras utama dalam aspek pendidikan adalah

untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni.

Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar oleh

seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh

diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.

Malah, seseorang guru sepatutnya memahami dan

Page 3: Sebagai Cermin Keperibadian Murid

menghayati sedalam-dalamnya tafsiran Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem

pendidikan di negara kita selama ini. FPK antara lain

menyatakan, ‘Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha

berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara.’ Jika diteliti secara mendalam inti pati FPK itu,

memang sudah lengkap dan tepat dalam usaha membina

generasi warganegara yang seimbang dan mampu menjana

keperkasaan tamadun bangsa serta negara.

Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman yang juga Presiden

Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

(Haluan) menggariskan beberapa peranan yang

dipertanggungjawabkan kepada seseorang guru dalam

merealisasikan FPK itu. Antaranya ialah guru bertindak

sebagai pendakwah. Ini bermaksud guru bukan saja

memainkan peranan sebagai pengajar, tetapi seharusnya

mendidik anak didiknya dengan nilai akhlak mulia. Guru juga

pendidik yang mendidik anak murid secara seimbang dari

Page 4: Sebagai Cermin Keperibadian Murid

segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Menurut beliau lagi,

seseorang guru adalah pemimpin. Ertinya memimpin dan

memandu pelajar menjalankan sesuatu tugasan dengan betul

dan berkesan. Seterusnya guru adalah pekerja yang

mematuhi segala etika profesion ke arah membina anak

muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub

dalam FPK. Guru juga boleh dianggap sebagai seorang

pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi ciri pengusaha yang

dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa

berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Contohnya,

bagaimana seseorang guru itu berupaya menarik perhatian

pelajar agar sentiasa menerapkan disiplin diri yang unggul

dan mematuhi ajaran agama. Selain itu, seseorang guru juga

mesti bersikap profesional dalam bekerja dengan menunjuk

contoh yang baik dan memiliki sahsiah diri yang terpuji. Ini

penting kerana guru akan menjadi perhatian pelajar dan akan

diikuti. Jangan pula seperti ‘ketam mengajar anaknya

berjalan betul.’ Selain itu, menurut Dr Abdullah Sudin,

seseorang guru mesti menjadi seorang pengikut yang baik.

Ini bermaksud guru itu seharusnya taat dan mematuhi arahan

ketua dalam melaksanakan sebarang tugasan dengan

bersedia berkorban masa dan tenaga semaksimum boleh.

Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pejuang.

Apakah maksud pejuang di sini? Tentulah perjuangan dalam

menyempurnakan amanah negara dalam memberi

pendidikan kepada anak bangsa dengan semangat waja dan

tanpa putus asa. Seseorang pejuang sudah tentu tidak boleh

Page 5: Sebagai Cermin Keperibadian Murid

berputus asa apabila berhadapan dengan kesulitan.

Begitulah dengan guru. Apapun cabaran dan kekangannya,

tugas dan amanah mesti diteruskan dengan efektif. Pejuang

juga mesti ikhlas dalam perjuangannya. Demikianlah juga

dengan guru, mereka seharusnya ikhlas dalam

melaksanakan tugas mendidik anak bangsa. Kata Dr ‘Aidh

Abdullah Al-Qarni, ‘ciri guru yang cemerlang ialah ikhlas

mengajar ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi

manfaat yang terbaik untuk anak muridnya dan berusaha

kuat menghantarkan mereka pada ketinggian darjat orang

yang berilmu.’ Al Imam Al Ghazali pula ada mengatakan:

‘Guru perlu menanamkan niat mereka mengajar demi

menyelamatkan anak muridnya daripada kesengsaraan di

akhirat kelak.’ Hakikatnya seseorang guru sewajarnya mesti

sedar dan insaf bahawa di bahu mereka terletaknya amanah

Allah dan harapan negara dalam membina generasi insan

yang berwibawa, berintelek tinggi, berakhlak mulia serta

bersahsiah ‘towering personality.’ Ingatlah pendidik akan

pesanan yang pernah diluahkan oleh Beecher, ‘kanak-kanak

adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke

atasnya akan memberi kesan kepadanya.’ Demikian juga

guru seharusnya menghayati kata-kata daripada Mann

Horace ini, ‘seseorang guru yang mengajar tanpa cuba

menimbulkan dan menghidupkan keinginan serta semangat

belajar dalam kalangan muridnya seperti orang yang

menempa besi yang dingin.’ Selamat mendidik anak bangsa.

Page 6: Sebagai Cermin Keperibadian Murid

Penulis seorang guru