Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

20
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Posted in: Isu Pendidikan 11 Anjakan - PPPM 2013-2025 08:46 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 adalah: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti... Kualiti Pendidikan Harus Dipertingkat - TPM 07:43 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 1 COMMENT

Transcript of Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Page 1: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Posted in: Isu Pendidikan

11 Anjakan - PPPM 2013-202508:46  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  NO COMMENTS

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid

profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap

sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Transformasi kebolehan dan keupayaan

penyampaian pendidikan. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti...

Kualiti Pendidikan Harus Dipertingkat - TPM07:43  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  1 COMMENT

GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi

melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan

Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti

pendidikan negara.

Page 2: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang

serius.

"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang

pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik

Pulau Pinang hari ini.

Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha

meningkatkan kualiti pendidikan negara. 

"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi

negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA

Posted in: Isu Pendidikan

Page 3: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

SBPA Batal - Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam22:09  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  NO COMMENTS

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan

khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM)

yang ditambah baik.

Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam

pada masa depan.

Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan

Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred

Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadarkenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B

manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman

(BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada

di bawah SSM.

Page 4: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based”Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. – UTUSAN

SBPA & SSM akan adil - Kata PM 07:21  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  NO COMMENTS

PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat

pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan

Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk

Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di

sini hari ini. Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam,”

katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata, CUEPACS sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta

mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan

perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam. 

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang

dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu

SBPA," katanya. 

Omar berkata, Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran

yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12

Mac depan 

- BERNAMA

SBPA siap awal April - TPM

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru

Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri

Najib Razak. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk

memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan. 

Page 5: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah

kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format

bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam

negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam.

Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap

memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada

Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu

dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS. 

Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana

peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela

rakyat. 

“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya

harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan

jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak

pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan

Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua

tahun selepas pelaksanaan.

Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan

mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi

di dunia.

Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan

dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat

berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan. 

Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong

sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.

kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari - CUEPACS18:08  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  1 COMMENT

Page 6: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat

kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada

semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum

ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan

semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita

mahu.

“Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh

hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian

dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. - KOSMO

PPSMI : 10 000 Ibu Bapa Sertai Perhimpunan

Perhimpunan kumpulan ibu bapa sokong dasar PPSMI

PETALING JAYA 15 Feb. - Satu kumpulan penyokong PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris) akan menganjurkan satu perhimpunan di Dataran PJ di sini pada 10 Mac ini bagi

menunjukkan pendirian serius mereka mahukan kerajaan mengembalikan dasar itu.

Penyelaras kumpulan Ibu bapa Prihatin Selangor (CPS), Shamsudin Hamid berkata, antara 5,000 dan 10,000 ibu

bapa akan menghadiri perhimpunan “Parents for PPSMI" (P4P) pukul 10 pagi, dan ia akan diadakan serentak di

Pulau Pinang, Ipoh dan Sabah. 

"Tujuan perhimpunan ini adalah bagi menyatakan sokongan kami kepada PPSMI. Kami mahu kerajaan

mengembalikan dasar itu.

"Ini tidak bermaksud kita tidak hormat pada bahasa kebangsaan. Tapi, sila lihat dalam gambaran yang lebih luas,

iaitu masa depan anak-anak kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

PPSMI dimansuhkan bermula tahun ini dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). — BERNAMA

15 000 Guru Lepasan Ijazah Belum Naik Gred DG4116:37  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  NO COMMENTSSEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred G41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Page 7: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat

pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum

ini.

Katanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk

membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama

“Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen.

“Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan. 

“Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. 

Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat.

Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa. 

Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya.

Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan.

“Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji, tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya. - Berita Harian

Guru Sains dan Matematik Berlebihan...?09:59  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  NO COMMENTS

TANJUNG MALIM: Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan

penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pelajaran perlu menghantar graduan ke universiti untuk dilatih kemahiran baru bagi mengelak berlaku pengangguran.

“Kalau kita hantar mereka ke sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik sedangkan pelajar tidak berminat,

keadaan itu tidak wajar,” katanya pada sidang media selepas melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di

sini semalam. 

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa dan Pengerusi Lembaga

Pengarah UPSI, Tan Sri Abi Musa Assari Mohamed Nor. 

Mohamed Khaled mengulas taklimat Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang berkata, berlaku

Page 8: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

lambakan 13,000 graduan Sains dan Matematik seluruh negara yang dihantar ke universiti itu untuk latihan semula. 

Turut menyumbang masalah ialah perubahan dasar persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60

tahun. 

Bagaimanapun, Zakaria berkata, masalah itu tidak berlaku di UPSI berikutan usahanya menawarkan subjek minor

seperti Sejarah kepada pelajar jurusan Sains dan Matematik bagi mengelak berlaku pembaziran tenaga pengajar. 

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain,

termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara. 

Mohamed Khaled pada amanat tahun barunya dilaporkan berkata, sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan

sains menurun sehingga 29 peratus tahun ini. 

Keadaan itu berterusan ke peringkat universiti, jika berlanjutan boleh membantutkan usaha meningkatkan inovasi

teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi. 

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata, pihaknya bangga UPSI muncul universiti pertama

menubuhkan sekolah makmal yang menempatkan sekolah bermula prasekolah sehingga Tingkatan Enam Atas di

kawasan universiti. 

Katanya, ketika ini 70 murid berpeluang mengikuti sesi belajar peringkat prasekolah dan pengambilan pertama murid

Tahun Satu bermula sesi pengajian tahun depan, membabitkan 50 murid yang dibahagikan kepada dua kelas. 

Katanya, pelaksanaan sekolah makmal ini adalah secara berperingkat dan apabila dilaksanakan sepenuhnya

kemasukan keseluruhan pelajar adalah 600 orang.

Gejala Sosial Pelajar Makin Parah08:55  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  NO COMMENTS

Sejak kebelakangan ini Gejala Sosial melibatkan murid & pelajar sekolah makin meningkat. Statistik yang

dibentangkan amat menakutkan kita sebagai guru. Mana tidaknya, apabila 'status' murid & pelajar digunakan, maka

guru-guru yang dipersalahkan. Adakah gejala ini berlaku di hadapan guru? Adakah guru yang membenarkannya? Adakah guru tidak mendidik mereka? Ataupun guru hanya menutup sebelah mata sahaja?.. Perlu diingat bahawa gejala sosial biasanya berlaku di luar kawasan sekolah. Jadi, sukar bagi guru untuk

mengawal tindak-tanduk anak didik mereka yang bebas di luar sana.

Jadi, disinilah pentingnya didikan agama dan peranan ibu bapa. Di sekolah guru-guru merupakan ibu bapa kepada

anak-anak. Tetapi di rumah keluarga adalah ibu bapa mereka. Tugas guru adalah untuk mendidik anak didik mereka

supaya berjaya di dunia dan di akhirat.   

ingatlah pesan guru untuk anak-anak sekalian.....

Page 9: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Bermula dengan sekadar mengorat,

Bila dah suka hubungan makin rapat,

Lalu bertemu di satu tempat,

Pesan mak ayah mula dah tak ingat,

Pakaian pula adooii punyala ketat,

Maka tangan pun mula la melarat,

Lawan peluk tak kurang hebat,

Bila peluk sama rapat,

Perlakuan pun semakin cepat,

... Nafas pun tersekat-sekat,

Lekatlah cop (kiss bite) merata tempat,

Lupa Allah lupa Malaikat,

Iblis gembira melompat-lompat,

Hasutan iblis semakin kuat,

Yang baik menjadi jahat,

Maka lahirlah anak tak cukup sifat,

Takut dihina oleh masyarakat,

Lalu dibuang merata tempat,

ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM

Bukan nak kata ataupun mengumpat,

Ingatlah ia sebagai nasihat,

Sebelum terjadi harus beringat,

Wahai adik-adik sebelum terlambat,

Yang ada niat minta la taubat,

Semoga anda tidak tersesat,

Al-quran & hadis sebagai penyelamat,

Agama ISLAM memang terhebat,

Minta diamal sampai melekat,

INSYAALLAH selamat dunia akhirat..... amin...

Guru Bahasa Inggeris bakal ke Luar Negara

KUBANG PASU 14 Feb. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menghantar guru Bahasa Inggeris (BI)

mengikuti program latihan di luar negara agar penguasaan mereka dalam bahasa itu dapat dimantapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu telah dibincangkan dengan Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada dasarnya beliau bersetuju.

“Mungkin dengan cara ini ia dapat memberi peluang kepada guru Bahasa Inggeris kita didedahkan dengan bahasa

penutur jati di negara asal mereka dan kalau itu keadaannya, mungkin guru kita akan terdidik dengan lebih baik serta

lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Tetapi kita kena kaji dahulu baik atau tidak perkara ini, sama ada ia libatkan kos yang tinggi atau tidak,” ujarnya

Page 10: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

ketika sesi dialog pada majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kedah dan Perlis di Dewan

Wawasan di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Sekolah Agama Rakyat/KAFA berjumlah RM966,879 serta

bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) 2012 berjumlah RM10.22 juta bagi Kedah serta RM2.59

juta bagi Perlis.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya masih menunggu laporan mengenai prestasi program

penempatan guru penutur jati untuk ditempatkan di sekolah terpilih mengikut zon bagi memberi tunjuk ajar kepada

guru Bahasa Inggeris.

“Kita mahu lihat dahulu sama ada program ini sesuai kepada guru dan adakah ia memberi manfaat kepada pelajar

dalam memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka,” katanya. – UTUSAN

Sekolah mengejar status, Guru dan murid merana..

Keadaan guru di sebuah sekolah mengalami tekanan emosi akibat pihak sekolah yang terlalu mengejar status

Sekolah Berprestasi Tinggi. Menurut laporan dalam sebuah akhbar, keluhan ini dari golongan guru yang tidak

berpuas hati dengan sikap pihak pengurusan sekolah yang dikatakan terlalu mengejar NKRA. Akibatnya guru-guru

dan murid yang menjadi mangsa keadaan. Mana tidaknya jika guru terpaksa pulang lewat ke sekolah dan hak

peribadi guru juga dicabuli. Sebagai seorang pendidik kini juga terpaksa menjadi seorang pengasuh kepada anak-

anak murid sehingga lewat petang. Adakah keluarga guru tersebut mendapat perhatian? Tentunya keluarga guru itu

sendiri akan terabai seperti anak ayam kehilangan ibu. 

Selain itu juga, ramai guru yang merungut akibat ruang yang tidak mencukupi untuk menyimpan bahan-bahan untuk

murid dimana kereta peribadi guru dijadikan sebagai Setor simpanan. Jika keadaan sebegini agak tidak selesa bagi

Page 11: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

guru. Pihak kerajaan seharusnya mengambil aduan guru dengan lebih serius dan membuat kajian mendalam tentang

sesuatu dasar. Sebagai pendidik mereka akan cuba memastikan pelajar mereka berjaya kerana sifat prihati dan

mulia guru itu memang sentiasa wujud dalam setiap darah pendidik. TETAPI, jika ianya di luar batasan kemampuan

dan ditambah dengan tekanan yang semakin banyak semua hasrat dan usaha guru akan gagal. Kita perlu ingat...

kemampuan manusia itu ada batasnya. 

Apa pandangan anda.........? bersama-samalah kita berkongsi pengalaman...

RENCANA

PPPM lonjak pendidikan tahap antarabangsa2012/09/13 - 04:53:11 AM Amidi Abdul Manan Cetak Emel Kawan

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi tempoh 2013 hingga 2025 sudah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin. Ia disambut dengan pelbagai reaksi oleh pelbagai golongan sama ada yang terbabit secara langsung dengan pendidikan atau secara tidak langsung.

Terkandung di dalamnya ialah laporan maklum balas yang diterima daripada sesi dialog pendidikan, persidangan, seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh pihak yang berminat mengenai pendidikan negara. 

Proses mencanai potensi 

Pendidikan bagi sesebuah negara adalah satu perkara yang amat penting. Di sinilah proses mencanai perkembangan dan potensi serta menakrif ciri dan identiti warga negara pada masa hadapan. Bagi pendidikan di Malaysia ia terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mendefinisikan matlamat dan fungsi pendidikan di negara kita ini.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menggariskan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 22 tahun akan datang. Ia satu tempoh yang penting dan amat getir kerana dalam tempoh berkenaan kita akan melalui tahun 2020 yang menakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Penulis tidak berhasrat untuk membincangkan PPPM secara keseluruhan dalam ruang yang terhad dan terbatas ini, tetapi sekadar berkongsi pandangan kerana PPPM masih pada peringkat draf dan ruang masih terbuka bagi maklum balas diajukan kepada Kementerian Pelajaran.

Page 12: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Dalam PPPM, perkara yang paling menonjol adalah hasrat untuk melonjakkan pendidikan di Malaysia ke tahap antarabangsa, baik dari sudut guru, kemudahan pendidikan, pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar mahupun kemahiran berfikir. Semuanya diletakkan kayu ukur yang menepati piawaian antarabangsa. TIMS dan PISA yang juga satu rujukan penting bagi menilai kedudukan negara dalam pembelajaran Sains dan Matematik turut menjadi perhatian dalam PPPM ini. Ia sekali lagi satu ujian terhadap kemampuan kognitif pelajar. Sudah sampai masanya kita mencirikan pembelajaran Sains dan Matematik berakar umbi kepada masyarakat kita. 

Sains umpamanya perlu diajar seiring dengan nilai kehidupan dan kemanusiaan. Ia adalah satu bidang ilmu yang meliputi cakupan pancaindera dan bermatlamatkan untuk mengenali Allah sebagai Pencipta. Ia sarat dengan nilai yang mengukuhkan keyakinan kepada Allah. Menerusi nilai ini ia akan melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.

Sains dalam dimensi ini tidak mendapat tempat pada peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah tamadun Barat yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam satu krisis kemanusiaan yang parah. Ramai pakar pendidikan mereka sudah mula mengkritik sistem pendidikan mereka sendiri yang gagal melahirkan insan.

Seperkara menarik dalam PPPM ini adalah mengenai pelaku pendidikan iaitu golongan guru. Secara jelas dan spesifik martabat guru akan diangkat bermula dari calon guru sehinggalah kepada latihan dan skim perkhidmatan.

Sememangnya ia disambut baik oleh kita semua kerana guru adalah kelompok terpenting dalam mencorakkan masa depan negara menerusi pendidikan. Namun seharusnya hasrat ini melimpah kepada guru di sekolah agama yang bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran seperti sekolah agama rakyat, sekolah menengah agama kerajaan negeri dan sekolah agama persendirian. 

Aspek kokurikulum juga masih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Seharusnya wujud satu kaedah untuk membantu sekolah jenis ini bagi menghadapi perubahan sistem pendidikan yang semakin kompleks.

Pantau sekolah antarabangsa

Persoalan yang timbul sejak Laporan Razak perlu diselesaikan segera. Jika dulu kita berhadapan dengan sekolah vernakular, kini kita berhadapan pula dengan sekolah antarabangsa yang semakin subur dan mendapat sambutan masyarakat. Ia secara terang memberikan pilihan untuk rakyat keluar daripada sistem pendidikan arus perdana jika tidak ditangani dengan berhati-hati.

Persoalan pendidikan menggamit perhatian banyak pihak. Ia membabitkan masa

Page 13: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

depan kita, masa depan negara dan yang lebih penting adalah masa depan kita di hadapan-Nya.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025BY MUKTASIM  ON 12/09/2012  ·  4 COMMENTS

share

Semalam telah pun diumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Page 14: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Namun begitu sudah ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati. Kumpulan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadap pelan pembangunan pendidikan baru dengan mendakwa “tiada sesuatu yang baru” diperkenalkan.Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya “pelabelan semula” tanggungjawab Kementerian Pelajaran.“Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara yang sudah menjadi tanggungjawab kementerian,” katanya ketika ditemui ketika pelancaran rangka dasar itu di Kuala Lumpur hari ini,Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran “topik panas” seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu.Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea Selatan – negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala-PPSMI itu.“(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat antarabangsa tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku.“Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena tidak mengakui perkara ini?” katanya.Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat melalui Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) – pendorong utama terhadap pemansuhannya secara “pendaratan lembut” sebelum iniSUMBERPada saya setiap pelan atau perancangan pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri tetap yang menetukanya ada pelaksanaan di setiap peringkat, yang merancang perlu memastikan yang akan melaksanakan mampu melakukannya.Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sebagai salah seorang balak pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini saya terima dengan hati yang terbuka. Saya harap kerajaan juga bakal membekalkan kelengkapan yang cukup bagi melaksanakan PPPM terutamanya anjakan ke-7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Page 15: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

TPM umum rangka tindakan baru pendidikan11:14AM Sep 11 2012  

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan rangka tindakan baru pendidikan yang bermula Oktober lalu ketika kerajaan mengadakan dialog di peringkat nasional dengan tujuan menyusun semula sistemnya.

Rancangan yang dimuktamadkan akan dibentangkan kepada kabinet Disember ini. Ia akan dibuka untuk penelitian awam selama 3 bulan.

Bahasa

- Semua pelajar darjah satu hingga tiga akan menjalani Proses Penyaringan Literasi dan Numerasi (Linus) dua kali setahun dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (sebelum ini ujian Linus dibuat dalam BM).

- Selepas sekolah pemulihan kelas untuk tahun 4-6 (fasa keluar kelas 'buang' bagi murid yang mempunyai masalah dengan bahasa Inggeris dan BM selepas tahun 6 menjelang 2017).

- Semua guru bahasa Inggeris wajib lulus ujian penempatan Cambridge dalam tempoh dua tahun.

- Laluan dipercepatkan bagi pencatat keputusan cemerlang: 5 tahun (bukannya 6) untuk UPSR dan 4 tahun (bukannya 5) untuk pelajar SPM.

- Ukuran ujian mata pelajaran Matematik dan Sains melalui Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan penilaian antarabangsa pencapaian murid untuk Matematik dan Sains (Timss)

- 11 tahun diwajibkan bersekolah (daripada umur enam tahun). Menjelang 2020, semua pelajar yang meninggalkan sekolah mempunyai SPM ata kelulusan yang setara.

- Semua pelajar keperluan khas dibekalkan alat dalam sekolah khas pada 2025.

- Setiap anak akan mempelajari bahasa bahasa ketika menjelang 2025 (bermula dengan Cina, Tamil dan Arab). Bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun akan ditawarkan kemudian.

Nilai

- Setiap pelajar mesti mengambil bahagian dalam khitmad komuniti.

- Kebanyakan mata pelajaran pengajian Moral dan Islam akan dijalankan serentak, di mana terdapat perkongsian nilai. Pengajian Islam akan memfouskan mengenai nilai Islam dan nilai utama dalam agama lain.

- Pelajar sekolah swasta termasuk dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Perguruan

- Mengetatkan syarat kemasukan untuk latihan perguruan, dengan tujuan untuk

Page 16: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

mendapatkan hanya 30 peratus graduan yang bakal menjadi guru menjelang 2013.

- Guru akan dinilai oleh pengetua setiap tahun, dengan input daripada rakan-rakan dan ibu bapa.

Guru tidak akan naik pangkat secara automatik: Muhyiddin03:36  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  NO COMMENTS

BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui

pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas

perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan

selesai kelak. 

"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana

urusan ini sudah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil

kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung

Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang

belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam

(SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA

Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul10:39  BLOG GURU SEKOLAH RENDAH  14 COMMENTS

Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru.  JOMMMM

….  layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…

A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?

B : Anak cikgu Peah… kenapa…?

A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?

B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2

     kan……

A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?

B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus… 

Page 17: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

     biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak

     untuk anak-anak muridnya.

A : Tapi cikgu balik awal kan….?

B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru

     balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?

A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?

B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah  tu cakap,

     Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu  lewat petang baru balik.

     Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang.  Masa datang ambik

     anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian

     tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk

     sbb kena tanda kertas exam budak.

A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….

B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia  kat skolah

     jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu

     pon tak ikut program tu… tak  larat katanya  nak ikut program kat skolah

     tu… penat….

A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...

B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu

     peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan

     untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…

A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?

B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak

     tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada

     masalah…

A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?

B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang

     dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….

     Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?

A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah…  Lagipun….

     Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….

B : hahahhahaha……

A : Kenapa kau gelak kat aku….?

B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu

     berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah

     hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih

     lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….

A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…

     yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?

B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik

     angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat

A : Maksud engkau….

B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia.

Page 18: Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

     Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal.

     Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat

     cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh

     anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak

     pon sama je…..

A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah

     dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan…  Fuhhh…. Untung

     aku dapat kerja bagus…

B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?

A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu…  aku kan

     selalu dapat result exam yang cemerlang…

B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya

     engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….

A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….

B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa

     mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan

     Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih

     menghargai dan menghormati jasa guru-guru.