SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3...

22
DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA PENYENGGARAAN PANGKALAN DATA ORACLE UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA NO. SEBUT HARGA: JPA(S)38/2009

Transcript of SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3...

Page 1: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA PENYENGGARAAN PANGKALAN DATA

ORACLE UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MALAYSIA

NO. SEBUT HARGA: JPA(S)38/2009 

Page 2: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUT HARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Page 3: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

  1

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 

_________________________________ 

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA PENYENGGARAAN PANGKALAN DATA ORACLE UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa sebut harga bagi Sebut Harga Penyenggaraan Pangkalan Data Oracle Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan arahan kepada penyebut harga seperti di Lampiran 1.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUT HARGA 

2.1 Penyebut Harga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Syarikat juga perlu memiliki kod bidang : 210101, 210102 dan 210104. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada).

2.2 Penyebut Harga mestilah berdaftar dengan ePerolehan dan eP- enabled. Penyebut harga perlu mengunci masuk cadangan tawaran teknikal serta cadangan tawaran harga ke dalam sistem ePerolehan. (Tawaran yang tidak dihantar melalui Sistem tidak akan diperakukan).

2.3 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga diberikan kepadanya, maka tindakan menggantung/membatalkan pendaftaran akan diambil seperti berikut:

2.3.1 Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

MUSTAHAK

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI 

Page 4: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

  2

2.3.2 Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

2.3.3 Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

2.4 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.5 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut Harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut Harga.

Page 5: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

  3

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

4.1 Skop Sebut Harga ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam

Lampiran 2. 5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

5.2. Penyebut Harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebut Harga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

Page 6: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

  4

6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah seperti berikut: Tarikh Tutup : 5 November 2009 (Khamis) Masa : Sebelum jam 12.00 tengah hari Nombor Rujukan : JPA(S)38/2009

7. DOKUMEN SEBUT HARGA 7.1 Penyebut Harga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir

butir di dalam lampiran berikut:

7.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut Harga 7.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga

8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN  

8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut Harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah

ditandatangani ringkas oleh Penyebut Harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut Harga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga

Page 7: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

  5

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Pembangunan, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga

yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.

8.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta

9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut Harga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebut Harga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

Page 8: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

  6

11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1 JPA adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

11.2 JPA tidak terikat mempersetujui sebut harga yang rendah sekali atau mana-mana sebut harga jua pun.

11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD 

12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebut

Harga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

13. BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebut Harga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran sebut harga.

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Pembangunan Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA. (u.p: En. Saharuddin bin Sarwan / Cik Sharifah Qameilya Binti Syed Ahmad)

Page 9: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

  7

14. URUS SETIA SEBUT HARGA

14.1 Penyebut Harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 13.2 (Untuk perhatian : En. Saharuddin bin Sarwan / Cik Sharifah Qameilya binti Syed Ahmad )

14.2 Sebarang pertanyaan berhubung dengan masalah pengendalian

sistem ePerolehan hendaklah menghubungi khidmat bantuan ePerolehan di talian 03-79857777 / 03-79857888 atau e-mel [email protected]

15. TAWARAN HARGA PENYEBUT HARGA – Lampiran 5

15.1 Merujuk perkara Bil. 8 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2005 menyebut bagi perolehan yang diuruskan secara elektronik akan dikenakan caj sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM 9,600.00 bagi Pesanan Kerajaan yang melebihi RM 1.2 juta. Sehubungan itu, caj sebanyak 0.8% akan dikenakan atas nilai invois/tawaran harga yang dikemukakan.

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16. KEHADIRAN TAKLIMAT

16.1 Syarikat / wakil diwajibkan hadir ke taklimat yang akan adakan seperti berikut :

Tarikh : 29 Oktober 2009 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Aras 2 , Blok A, Bangunan MKN-Embassy Techzone, No.3200, Jalan Teknokrat 2

63000 Cyberjaya, Selangor 17. PENUTUP

17.1 Penyebut Harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

Page 10: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

Lampiran 1

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA (LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebut Harga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 210101, 210102 dan 210104 serta Sijil Bumiputera dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Penyenggaraan Pangkalan Data Oracle Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah dalam

tempoh tujuh (7) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Pembangunan Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA. (u.p: En. Saharuddin bin Sarwan / Cik Sharifah Qameilya Binti Syed Ahmad)

1.3 Semua peralataan dan perisian yang dibekalkan hendaklah merupakan

peralatan yang baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana mesin yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

1.4 Spesifikasi, kualiti dan model yang dibekalkan hendaklah sama seperti yang

dinyatakan di dalam Sebut Harga ini. 1.5 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos sewa

pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.6 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran 3)

yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna

Page 11: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja. 2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat berlakri dengan diasingkan mengikut Kategori (maka akan ada 3 sampul) seperti di bawah dan depan sampul tersebut dilabelkan pada bahagian atas sebelah kiri mengikut jenis kategori berikut:

a. Kategori Teknikal yang mengandungi Lampiran 2; b. Kategori Kewangan yang mengandungi Lampiran 3 ; dan c. Kategori Maklumat Tambahan yang mengandungi Lampiran 4,

Lampiran 5 dan salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera dan Sijil Kementerian Kewangan.

2..3 Ketiga-tiga sampul tersebut dimasukkan dalam satu sampul dan

dituliskan: a. Tajuk Sebut Harga b. No. Sebut Harga (X011201010109.....) c. No. Cadangan Pembekal (Y011201010109......) di atas sampul surat berkenaan. (Maklumat ini wajib diisi. Jika tidak, markah penilaian tawaran tuan akan terjejas).

Nota : Tawaran Sebut Harga dengan mengikut Kategori hendaklah dibuat tiga (3) salinan dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Satu salinan di tanda ‘SALINAN ASAL’ manakala yang lain di tanda ‘SALINAN 1’ dan ‘SALINAN 2’. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksamaan antara salinan-salinan tersebut, salinan asal akan digunakan.

2.4 Penyebut Harga adalah dilarang menulis atau mencatatkan nama/tanda

syarikat di dalam dokumen tawaran teknikal. Perlanggaran mematuhi syarat ini akan menyebabkan tawaran Penyebut Harga ditolak.

2.5 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat

berikut : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Pembangunan, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

Page 12: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

10 

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut: En. Shaiful Afzan bin Abdol Majid : 03-8316 4219 Cik Siti Aqilah Nadiah binti Abdul Karim : 03-8316 4208

4. KESIMPULAN

Penyebut Harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

Page 13: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

11 

LAMPIRAN 2 JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

Bil. Spesifikasi Keperluan Cadangan / catatan Pembekal

1. Tempoh Kontrak Penyenggaraan Pangkalan Data Oracle

a) Tempoh Kontrak Penyenggaraan Pangkalan Data Oracle

2 tahun

b) Pangkalan Data JPA Pangkalan Data SILA (Sistem SILA Latihan) Pangkalan Data KHIDMAT(Sistem Maklumat Pegawai GUNASAMA)

2. Penyenggaraan Pembaikan Pencegahan Secara Berkala bagi Tempoh Kontrak

a) Pangkalan data

- Power Edge 2850

- HPML 530G2

- 1 unit (KHIDMAT) - 1 unit (SILA)

b) Penyenggaraan pencegahan pangkalan data on-site bagi melihat prestasi /masalah server

4 kali

c) Penyediaan laporan penyenggaraan pencegahan pangkalan data

Laporan berkala untuk setiap pangkalan data

3. Penyenggaraan Pembaikan Pembetulan bagi Tempoh Kontrak

a) Pangkalan data

Page 14: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

12 

Bil. Spesifikasi Keperluan Cadangan / catatan Pembekal

- Power Edge 2850

- HPML530G2

- 1 unit (KHIDMAT) - 1 unit (SILA)

b) Penyelenggaraan pembaikan Bila berlaku kerosakan c) Waktu perkhidmatan diperlukan:

Isnin hingga Jumaat

8.30 pg – 5.30 ptg

d) Masa tindakbalas dalam waktu pejabat - melalui telefon - lokasi (on-site)

Maksima 30 minit dari masa laporan kerosakan dibuat Maksima 1 jam dari masa laporan kerosakan dibuat

e) Masa tindakbalas selepas waktu pejabat, Ahad atau Cuti Umum

- melalui telefon - lokasi (on-site)

Maksima 45 minit dari masa laporan kerosakan dibuat Maksima 2 jam dari masa laporan kerosakan dibuat

Risalah mengenai sebarang perkembangan terkini mengenai Perisian Oracle

Melalui emel, dokumen atau lain-lain

4. Pengalaman/kepakaran

a) Pengalaman dalam penyenggaraan pangkalan data Oracle

(Tempoh dalam tahun)

b) Adakah syarikat anda mempunyai pegawai yang mahir dalam penyenggaraan

Ya

Page 15: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

13 

Bil. Spesifikasi Keperluan Cadangan / catatan Pembekal

pangkalan data oracle? (Ya/Tidak )

Jika ya, nyatakan bilangan pegawai. c) Adakah syarikat anda bergantung

sepenuhnya kepakaran dengan syarikat Oracle Sdn. Bhd.

(Ya/Tidak)

Ya

d) Nyatakan bilangan pegawai yang akan terlibat dengan penyelenggaraan ini

Ya

e) Pengalaman menyenggara pangkalan data selain daripada Oracle ? (Ya/Tidak)

Jika ya, nyatakan tempoh dalam tahun dan senaraikan pangkalan data tersebut )

Ya

f) Pengalaman syarikat dalam penyenggaraan pangkalan data (sila senaraikan nama pelanggan/syarikat yang disenggara dengan menggunakan kertas lain)

Ya

Page 16: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

14 

LAMPIRAN 3

JADUAL TAWARAN HARGA

Bil. Perkara Harga (RM) Catatan/Komen

1.

Perkhidmatan Penyenggaraan

a) Pembaikan Pencegahan Secara Berkala

b) Pembaikan Pembetulan

……………………

( 2 tahun)

Menggunakan

Khidmat Syarikat

JUMLAH

Nota:

Tempoh sah laku tawaran harga adalah 3 bulan daripada tarikh tutup sebutharga

Tempoh perkhidmatan boleh dilaksanakan : …………………… (hari) (selepas menerima surat setujuterima dari pihak Kerajaan) TANDATANGAN : NAMA : JAWATAN : COP SYARIKAT :

NOTA : SETIAP HARGA YANG DITAWARKAN AKAN DIKENAKAN POTONGAN SEBANYAK 0.8% SEMASA PROSES PEMBAYARAN KERANA MELALUI SISTEM E-PEROLEH

Page 17: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

15 

LAMPIRAN 4

LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

1. Nama Syarikat : __________________________

1.1 Alamat Pejabat : __________________________ __________________________ __________________________ 1.2 No. Telefon : __________________________ 1.3 No. Faks : __________________________ 1.4 No. Pendaftaran : __________________________ Syarikat 1.5 No. Pendaftaran : __________________________ Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil) 1.6 Status Bumiputera / : __________________________ Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

2. Modal Dibenarkan : RM _______________________

Modal Berbayar : RM _______________________

3. Kedudukan Kewangan:

3.1 Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM _______________________ 3.2 Nilai Aset Semasa : RM _______________________ 3.3 Nilai Liabiliti Semasa : RM _______________________

4. Profil Syarikat :

(i) Pengarah :

Bil. Nama

Page 18: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

16 

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham

(%)

(ii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

5. Senaraikan pengalaman Syarikat dalam Sebut Harga ini sahaja (Contoh

dalam tahun 2007, 2008 dan 2009).Boleh gunakan kertas tambahan jika ruangan tidak mencukupi dan nyatakan tiada pengalaman sekiranya tiada diruang di bawah

(i) Kerajaan :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian / Jabatan

/ Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM) Tempoh Kontrak

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

Page 19: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

17 

(ii) Swasta :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM)

Tarikh / Tempoh /

Tahun Perkhidmatan

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

6. Sila lampirkan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir.

6.1 Baki akaun bank tertinggi : RM _____________________ 6.2 Baki akaun bank terendah : RM ____________________

Nama : __________________________ __________________________ (Tandatangan)

Tarikh : ___________________

Cop Syarikat:

Page 20: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

18 

F. PERAKUAN Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________ Nama Penyebut Harga : ____________________________________ Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________ Tarikh : ____________________________________ Cap Syarikat :

Page 21: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

19 

LAMPIRAN 5

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Pembangunan, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya. Tuan, NO. SEBUT HARGA : JPA(S)38/2009 SEBUT HARGA PENYENGGARAAN PANGKALAN DATA ORACLE UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran penyebut harga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu penyebut harga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga JPA adalah muktamad;

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebut Harga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

Page 22: SEBUT HARGA JPA 382009 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2009/sh382009.pdf · 3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran

20 

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut Harga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________