S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan...

17
S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 1 KERTAS KERJA PROGRAM SEE NATURE 2014 TARIKH 3 13 April 2014 (11 hari) TEMPAT Kuala Gula Bird Sanctuary, Kerian, Perak ANJURAN Kelab Rakan Taman UKM Sesi 2013/2014 ANJURAN BERSAMA: 1) Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat,UKM 2) Global Environment Centre (GEC) 3) Sahabat Hutan Bakau (SHB) 4) Fakulti Sains & Teknologi (FST) UKM 5) Hutan Simpan Kekal UKM 6) Pusat Sistematik Serangga UKM 7) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM TEMA Seek. Educate and Embrace for the Nature

Transcript of S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan...

Page 1: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

1

KERTAS KERJA

PROGRAM SEE NATURE 2014

TARIKH

3 – 13 April 2014 (11 hari)

TEMPAT

Kuala Gula Bird Sanctuary, Kerian, Perak

ANJURAN

Kelab Rakan Taman UKM Sesi 2013/2014

ANJURAN BERSAMA:

1) Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat,UKM

2) Global Environment Centre (GEC)

3) Sahabat Hutan Bakau (SHB)

4) Fakulti Sains & Teknologi (FST) UKM

5) Hutan Simpan Kekal UKM

6) Pusat Sistematik Serangga UKM

7) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM

TEMA

”Seek. Educate and Embrace for the Nature”

Page 2: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

2

KERTAS KERJA

PROGRAM SEE NATURE 2014

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan

Perkhidmatan Pelajar (JPPel), kelulusan permohonan KPPI (Kontrak Pembelajaran

Pembangunan Insaniah) dari Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP) dan bantuan

kewangan dari Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat (PHUM) untuk mengadakan

Program SEE Nature 2014.

2.0 PENGENALAN

2.1 Kelab Rakan Taman UKM telah ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pelajar

untuk mendekatkan diri dengan alam sekitar serta menggalakkan pelajar bergiat

aktif dalam usaha menghijaukan alam.

2.2 Kelab Rakan Taman UKM telah menjalankan banyak aktiviti sepanjang

penubuhannya yang secara amnya lebih kepada penglibatan sebagai fasilitator

dalam taman untuk program atau lawatan ilmiah daripada pihak UKM sendiri

atau pihak luar yang berminat untuk mengetahui tentang flora dan fauna.

2.3 Sehubungan dengan itu, Kelab Rakan Taman UKM bersama Pejabat Hubungan

Universiti-Masyarakat, Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (PHUM

HEJIM) UKM, Global Environment Centre (GEC), Sahabat Hutan Bakau (SHB),

Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Pusat Sistematik Serangga FST UKM, Institut

Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM telah merancang untuk

mengadakan Program SEE Nature 2014.

2.4 Program ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu pada 4 April 2014-13 April

2014 dan mensasarkan 30 ahli Kelab Rakan Taman UKM.

Page 3: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

3

3.0 MISI

Melahirkan individu yang peka, prihatin dan berupaya menjadi seorang sukarelawan

yang sentiasa mementingkan pemuliharaan flora dan fauna dan menjadi pemangkin ke

arah kelestarian alam.

4.0 MATLAMAT

Program ini dirancang dengan matlamat :

4.1 Memupuk peribadi mulia dan memperkembangkan daya intelek serta

melahirkan hubungan interaksi yang sihat dengan masyarakat luar.

4.2 Menyediakan medium kepada ahli kelab berkaitan usaha memelihara alam.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menerapkan dan memberi latihan pemantauan ke atas spesies terpilih

untuk menyediakan penunjuk biologi dalam integriti ekosistem bakau

dalam Kuala Gula Bird Sanctuary, Kerian, Perak.

5.2 Menggalakkan penglibatan pelajar UKM dalam usaha pemuliharaan dan

sekaligus meningkatkan kesedaran umum dalam usaha murni ini.

5.3 Memantapkan lagi idea dan pandangan ahli kelab tentang kepentingan

memulihara alam semula jadi.

6.0 TEMA

”Seek, Educate, Embrace for the Nature”

Page 4: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

4

7.0 ANJURAN

Kelab Rakan Taman sesi 2013/2014

Anjuran bersama:

1. Pejabat Hubungan Universiti - Masyarakat, Hal Ehwal Jaringan Industri dan

Masyarakat (PHUM HEJIM)

2. Global Environment Centre (GEC)

3. Sahabat Hutan Bakau (SHB)

4. Fakulti Sains & Teknologi, UKM

5. Pusat Sistematik Serangga, FST UKM

6. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 3 April 2014 – 13 April 2014

9.0 TEMPAT PROGRAM

Kuala Gula Bird Sanctuary, Kerian, Perak

10.0 PUBLISITI

Program ini mensasarkan ahli Kelab Rakan Taman UKM

Kaedah publisiti:

- Membuat pendaftaran peserta setelah program diluluskan

- Membuat pengumuman melalui emel dan SMS kepada semua ahli

- Membuat promosi melalui flyers dan poster di seluruh kawasan dalam UKM

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta : 30 orang peserta

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk lampiran A

Page 5: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

5

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran B

14.0 PERINCIAN PROGRAM

Program akan dibahagikan kepada dua modul iaitu Biodiversiti dan Pendidikan

Kesedaran Alam (Modul 1) dan Sosio-ekonomi dan Keusahawanan (Modul 2).

Komponen Biodiversiti akan menjurus kepada kajian di ekosistem sekitaran seperti

pemerhatian burung dan haiwan dataran lumpur. Hasil kajian akan dibincangkan dalam

pembentangan yang akan diadakan di akhir program. Komponen Pendidikan Kesedaran

Alam akan diterapkan melalui kempen kesedaran alam bagi mendidik masyarakat dan

pelajar sekolah untuk lebih menghargai dan mencintai alam di sekeliling mereka. Susulan

kepada kajian sosio-ekonomi komuniti nelayan di Kuala Gula pada program SEE Nature

yang lalu (26-29 September 2013), keperluan komuniti untuk meningkatkan jualan

kraftangan berasaskan hasil laut (eg : kulit kerang) dikenalpasti. Modul Sosio-ekonomi

dan Keusahawanan akan memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi idea kreatif

bagi meningkatkan rekabentuk dan pemasaran produk kraftangan komuniti nelayan.

14.1 Pemahaman Kepentingan Biodiversiti Alam

- urusetia akan membawa peserta mengenali Kuala Gula Bird Sanctuary dan

memahami persekitaran dan kepentingan spesies yang ada. Kepelbagaian spesies

hidupan yang ada akan mengharmonikan keadaan sekeliling dan sangat

bermanfaat kepada masyarakat sekeliling.

14.2 Kempen Kesedaran Alam

- para peserta akan diberi pendedahan untuk memberi kesedaran kepada pelajar

sekolah untuk kempen kesedaran alam.

14.3 Pemantauan Burung dan Haiwan Dataran Lumpur

- kajian pemantauan ini akan dilaksanakan bagi melihat spesies yang ada di

KGSR dan untuk direkodkan dalam penerbitan GEC dan SHB.

14.4 Khidmat Sukarelawan Alam

- para peserta akan diberi pengenalan dan pengalaman dalam asas pemuliharaan

di kawasan bakau.

14.5 Peningkatan Daya Kreatif dan Keusahawanan

Page 6: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

6

15.0 HASIL PEMBELAJARAN YANG INGIN DICAPAI

15.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban

Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain. Kepekaan

kepada alam sekitar. Kepekaan dan kebertanggungjawapan terhadap situasi

sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.

15.2 Kemahiran Komunikasi

Menunjukkan kemahiran bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada

suara). Menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan.

Menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan. Mampu berinteraksi

menggunakan bahasa antarabangsa

15.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.

Meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri.

Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri

15.4 Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya.

Melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah. Menunjukkan

sikap kesukarelawanan

15.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik

Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat.Mengenal pasti dan

mensintesiskan masalah dengan tepat. Menilai pelebagai pilihan dan membuat

keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

15.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks. Membina kerja

berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakatiMembantu rakan-rakan

secara proaktif.

15.6 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan

Mencambahkan idea/ cadangan/ perancangan setelah meneliti pelbagai

pilihan. Menetapkan matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan.

Mempamerkan kemampuan untuk merancang, melaksana, memantau dan

menilai aktiviti secara sistematik. Menyerahkan/menyahkan autoriti dan

kebertanggungjawaban kepada individu lain

15.7 Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sentiasa meneroka idea baru. Melahirkan idea kreatif/ berinovasi yang

menambah nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.

Page 7: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

7

16 HARAPAN

Peserta:

Para peserta sedar akan potensi diri untuk menjadi pemimpin bagi kesedaran alam kepada

umum. Sekaligus menambahbaik kemahiran kompetensi diri untuk lebih maju ke

hadapan.

UKM:

Menjadi pelopor dalam kesedaran dan kelestarian alam serta menjadi contoh kepada

semua institusi lain tentang usaha penerapan pembelajaran teori dengan pengamalan di

lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat.

GEC dan penganjur bersama:

Memperoleh manfaat daripada usaha kerjasama ini dalam segala aspek terutama dalam

kekayaan biodiversiti Malaysia. Peranan dan fungsi organisasi akan lebih menyerlah dan

dihargai oleh semua lapisan masyarakat.

Masyarakat:

Masyarakat akan lebih memahami peranan mereka terhadap usaha melestarikan alam dan

mendidik generasi akan datang ke arah yang lebih baik serta meningkatkan kemahiran

dalam memasarkan produk kreatif kraftangan dari hasil laut.

Page 8: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

8

17 BELANJAWAN

Rujuk lampiran C

18 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan surat-menyurat, sila

hubungi:

Pejabat Pengurusan Taman Paku Pakis,

L 103, Aras L, Bangunan Biologi,

Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

( u/p: Yang Di-Pertua Kelab Rakan Taman )

Tel : 013-2443661

Emel : [email protected] atau [email protected]

Page 9: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

9

19 PENUTUP

Semoga program ini mendapat kelulusan dan bantuan kewangan agar program ini dapat

berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua ahli Kelab Rakan Taman UKM.

Terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.

Page 10: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

10

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM SEE NATURE 2014

KELAB RAKAN TAMAN UKM

SESI 2013/2014

Penaung

Y.Bhg. Prof. Tan Sri. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Saran Kaur Gill

Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), UKM

Y.Bhg. Prof Dr. Ir. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Prabha Sundram

Pengurus

Pejabat Hubungan Industri-Masyarakat

Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penasihat

Prof. Madya Dr. Wan Juliana Wan Ahmad

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi

Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail

Felo kanan LESTARI

Dr. Faszly Rahim

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi

Prof. Madya Dr. Noraini Talip

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi

Ketua Pengarah Projek

Nur Amaliena Binti Muhamad Zali

FST/2/A140718/ 0102918842

Page 11: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

11

Pen. Ketua Pengarah Projek

Syafiqah binti Abdullah

FST /2/ A142455/0192006523

Setiausaha

Mohd Syazwan bin Md Saman

FST/2/A141189/014517 9196

Bendahari

Amirah Hasanah binti Mazlan

FST/2/A142084/0136971251

Ketua Protokol

Muhammad Aizad bin Ahmad Salehudin

FST/2/A141688/01117830403

Ketua Kebajikan

Noor Syahira Binti Yusoff

FST/2/ A140998/0193134051

Ketua Teknikal

Nurdiana binti Abdul Mutalib

FST/2/ A142030/0138242429

Ketua Pengangkutan

Mohd Firdaus bin Abdul Ghani

FST/2/ A140753/0199304534

Ketua Publisiti

Nuraihan binti Romli

FST/2/A141409/0179148036

Ketua Jamuan

Nurul Jannah binti Hamzah

FST/2/A 140261/014-8028857

Page 12: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

12

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

3 April 2014

MASA PERKARA TEMPAT

2.00 petang

3.00 petang

8.00 malam

Pendaftaran

Taklimat oleh Penasihat Program:

1) Prof. Madya Dr. Wan Juliana Wan Ahmad

Ice breaking

Bangunan

Biologi FST

4 April 2014

MASA PERKARA TEMPAT

8.30 pagi Bertolak ke Kuala Gula Bird Sanctuary (KGSR) UKM

2.00 petang Tiba di Dewan Komuniti Kg Tersusun Kuala Gula

2.15 petang Pengenalan Kuala Gula & Peraturan am

oleh En Hyrul Izwan (GEC)

2.45 petang Site visit around Kuala Gula oleh SHB

4.00 petang Penyerahan kepada keluarga angkat

5 April 2014 :

1. Pengenalan biodiversiti bersama pihak berkepentingan di Kuala Gula

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Sarapan pagi Dewan

KGSR

8.00 -9.00 pagi Taklimat oleh Jabatan Perhutanan dan Perhilitan

9.00 – 12.00 Program Penanaman Bakau

12.30 - 2.00 petang Makan Tengah hari / Solat / Rehat

2.30 petang – 3.30

petang

Taklimat oleh Global Environment Centre (GEC)

3.30 – 4.30 Taklimat Sahabat Hutan Bakau (SHB)

4.30 – 5.00 Minum petang

5.00 - 7.00 Aktiviti riadah

7.00 petang – 8.00

malam

Makan/ solat / rehat

8.00 malam Pulang ke rumah penginapan

Page 13: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

13

6 April 2014 :

1) Mengenali spesies burung migrasi

2) Mengenali ekosistem hutan paya bakau

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Sarapan pagi Dewan

KGSR

8.00 – 9.00 pagi Teori pemerhatian burung

9.00 – 10.30 pagi Pemerhatian Burung di KGSR (practical session 1)

10.30 pagi Minum pagi

11.00 – 12.30 Teori dan praktikal haiwan dataran lumpur

12.30 - 2.00 petang Makan Tengah hari / Solat / Rehat

2.00 - 4.00 petang Teori dan pemerhatian tumbuhan hutan paya bakau

4.00 – 5.00 petang Minum petang / Rehat / solat

5.00 – 6.30 petang Pemerhatian Burung di KGSR (practical session 2)

6.30 – 7.30 petang Makan/ solat / rehat

7.30– 9.30 malam Pemilihan tajuk projek kumpulan

9.30 malam Pulang ke rumah penginapan

7 April 2014 :

1) Pengenalan asas kepada pendokumentasian alam sekitar

2) Perancangan kempen kesedaran alam bersama komuniti

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Sarapan pagi Dewan

KGSR

8.00 - 9.30 pagi Pemerhatian Burung di KSNP (field session)

10.00-11.00 pagi Perbincangan mengenai sesi praktikal pada malam

22 Januari 2013

11pagi – 1.00

petang

Pengenalan kepada pendokumentasian alam sekitar

oleh En. Hardy

1.0- 3.00 petang Makan Tengah hari / Solat / Rehat

3.00 - 4.00 petang 1 ) Praktikal pendidikan alam sekitar & teknik

intepretasi alam

sekitar

2) Tugasan

4.30 – 5.00 petang Rehat

5.00 – 7.00 petang Pemerhatian Burung di KSNP (field session)

7.00 – 7.45 petang Makan/ solat / rehat

7.45 – 9.30 malam Pemerhatian kelip-kelip ( practical session)

9.30 malam Pulang ke rumah penginapan

Page 14: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

14

8 April - 10 April 2014:

1) Kerja Lapangan

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Sarapan pagi Sekitar

Kuala Gula

&

Dewan

Komuniti

7.30 - 9.30 pagi Pemerhatian Burung dan haiwan dataran lumpur

9.30 pagi – 12.00

tgh.

Rehat di Rumah Penginapan

12.00 – 12.30 tgh. Makan Tengah hari

12.30 tgh. – 5.00

ptg

Rehat di Rumah Penginapan

5.00 – 7.00 petang Pemerhatian Burung dan haiwan dataran lumpur

7.00 – 7.45 petang Makan/ solat / rehat

7.45 – 9.30 malam Kemasukan dan analisis data

9.30 malam Pulang ke rumah penginapan

11 April 2014 :

Persediaan Kempen Kesedaran Alam Sekitar sempena World’s Wetlands Day

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Sarapan pagi Dewan KGSR

7.30 pagi – 12.00 tgh. Kempen Kesedaran Alam

bersama komuniti

12.00 – 2.00 tgh. Makan Tengahari / Solat / Rehat

2.00 – 6.00 petang Slot LDK Kempen Kesedaran Alam

6.00 petang Pelajar sekolah pulang

7.00 – 8.30 malam Makan/ solat / rehat

9.30 malam Pulang ke rumah penginapan

12 April 2013 :

Kempen Kesedaran Alam Sekitar sempena World’s Wetlands Day

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Sarapan pagi Dewan KGSR

7.30 pagi – 12.00 tgh. Menyediakan laporan dan pembentangan

12.00 – 2.00 tgh. Makan Tengahari / Solat / Rehat

2.00 – 7.00 petang Presentasi dan laporan

7.00 – 8.30 malam Makan/ solat / rehat

9.30 malam Pulang ke rumah penginapan

Page 15: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

15

13 April 2014 :

MASA PERKARA TEMPAT

7.00 pagi Sarapan pagi Dewan

KGSR

Persediaan majlis perasmian penutup

10.00-11.00 Majlis Perasmian Penutup

Oleh Prof. Dato’ Dr. Saran Kaur Gill

Timbalan Naib Canselor HEJIM UKM

Makan tengah hari / solat jumaat

3.00 petang

Bertolak ke UKM.

9.00 malam Pulang ke bilik penginapan

14 April 2014 :

Penyediaan laporan untuk LC dan SPI

MASA PERKARA TEMPAT

8.00 malam Sarapan pagi UKM

8.30 malam Pembentangan

Serahan tugasan dan bengkel pengisian SPI

Page 16: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

16

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Anggaran Belanjawan

BIL. PERKARA RM

1.

2.

3.

Dana Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat

Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Pusat Kemudahan Hutan Simpan Kekal (HSKUKM)

RM 30,000

RM 4,000

RM 4,000

Jumlah Pendapatan RM 38, 000

BIL. PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Penginapan

Makanan

Pengangkutan

Sewaan Tempat

Saguhati

Peralatan, Barangan Pakai Habis dan Rencam

RM 21,760

RM 4,380

RM 6,500

RM 1,300

RM 3,400

RM 660

Jumlah Belanjawan RM 38,000

Page 17: S.E.E. NATURE PROGRAM 2014 - · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan dari Jabatan ... Pembangunan Insaniah) ... lapangan untuk kebaikan dan kesejahteraan

S.E.E. NATURE PROGRAM 2014

17

BIL. PERKARA UNIT JUMLAH

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Penginapan

A. Keluarga angkat

B. Pegawai pengiring

Makanan Peserta

A. IZISH

B. KGSR

Jamuan VIP

(Majlis Perasmian Penutup)

Makanan pelajar sekolah

(Kempen Kesedaran Alam)

Pengangkutan

Bas

Sewa bot

Sewaan Tempat

Dewan Komuniti

Dewan KGSR

Saguhati

A. Fasilitator GEC

B. Fasilitator SHB

C. Pengiring UKM

D. Perasmi

Peralatan:

A. Kit Kecemasan

B. Fail dan cetakan buku

program majlis

penutup

C. Lampu suluh

D. Lain-lain

11 hari x 25 orang x RM 50

11 hari x 6 orang x RM110

3 hari x 25 orang x RM 20

11 hari x 30 orang x RM 6

sehari x 15 orang x RM 20

sehari x 40 orang x RM 15

Pergi & balik

Kempen Kesedaran Alam

3 hari x 3 buah x RM500

2 hari x RM 50

6 hari x RM 200

2 orang x 3 hari x RM100

5 orang x 3 hari x RM100

2 orang x 11 hari x RM50

2 orang x RM100

RM50

100 unit x RM 3.00

20 unit x RM10

Kempen Kesedaran Alam

RM 13,750

RM 7,260

RM 1,500

RM 1, 980

RM 300

RM 600

RM 1,750

RM 1,000

RM4,500

RM 100

RM 1,200

RM 600

RM 1,500

RM 1,100

RM 200

RM 50

RM 300

RM200

RM110

Jumlah Keseluruhan RM 38,000.00