Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum · PDF fileUCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan...

5
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.... Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum penghidang tamu Mesra berdakap kasih terpaut Persilakan tamu sambut dipintu Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam dewan. UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Dr Salbiah binti Ismail Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi Tn Abdullah bin Mohammad Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran NSembilan Darul Khusus. Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan Yg Berbahagia Dr Salbiah Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Tn Abdullah bin Mohamad Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran N.Sembilan ke Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008. UCAPAN PEMBUKAAN Tetak buluh panjang sepuluh Mari jolok sarang tebuan Angkat tangan jari sepuluh Doa diminta biar selamat Dengan itu majlis mempersilakan En Mohd Aris Bin Yusof Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..... Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu tadi.

Transcript of Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum · PDF fileUCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan...

Page 1: Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum · PDF fileUCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan ... guru besar sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan ... perkarangan bangunan dan kemudiannya

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambutDalam senyum penghidang tamu

Mesra berdakap kasih terpautPersilakan tamu sambut dipintu

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam dewan.

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Dr Salbiah binti Ismail Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi Tn Abdullah bin Mohammad Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran NSembilan Darul Khusus.

Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan Yg Berbahagia Dr Salbiah Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Tn Abdullah bin Mohamad Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran N.Sembilan ke Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008.

UCAPAN PEMBUKAAN

Tetak buluh panjang sepuluhMari jolok sarang tebuan

Angkat tangan jari sepuluhDoa diminta biar selamat

Dengan itu majlis mempersilakan En Mohd Aris Bin Yusof Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu tadi.

Page 2: Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum · PDF fileUCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan ... guru besar sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan ... perkarangan bangunan dan kemudiannya

UCAPAN PROTOKOL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang Berbahagia Dr Salbiah binti Ismail Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Yang Berbahagia Tn Abdullah bin Mohamad Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Yang dihormati Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Pengarah Urusan Oracle Corporation Malaysia Sdn. Bhd

En Md Noh Bin Abadan...Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Negeri, Negeri Sembilan

Ketua-ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Tuan-tuan Pegawai Pelajaran Daerah seluruh Negeri Sembilan

Para pengetua, guru besar sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan

Ketua Polis Daerah Jempol, Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Belia & Sukan Daerah Jempol

Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan

Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah seluruh Negeri Sembilan

Para guru, pelajar, hadirin dan hadirat sekalian

Page 3: Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum · PDF fileUCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan ... guru besar sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan ... perkarangan bangunan dan kemudiannya

UCAPAN ALU-ALUAN

Hadirat hadirat sekalian,

Kalau dilipat sebesar kukuKalau dibentang seluas alam

Yang jauh diimbauYang dekat digamit

Seuntai salam sejambak kataDegup bicara, merisik rasa.

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berbahagia Tn Abdullan bin Mohamad (Pengarah Pelajaran, Jab. Pelajaran Nsembilan) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi....

Seterusnya majlis menjemput En. K. Raman...Pengarah Urusan Oracle Corporation Malaysia Sdn. Bhd untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan beliau itu tadi.

Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang Berbahagia Dr Salbiah bt Ismail (Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia )untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ....................diatas ucapan tersebut .

PERSEMBAHAN GIMMICK PELANCARAN PROJEK THINK.COM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Belum pasti....Dengan itu dijemput .........................................................................

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Salbiah bt Ismail (Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Malaysia) kerana sudi menyempurnakan Pelancaran Projek Think.com Peringkat Negeri Sembilan 2008.

Page 4: Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum · PDF fileUCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan ... guru besar sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan ... perkarangan bangunan dan kemudiannya

Seterusnya...penyampaian watikah perlantikan Jurulatih Utama, Projek Think.com Negeri Sembilan. Dengan itu dijemput Yang Berbahagia Dr Salbiah (Pengarah BTP Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan diiringiEn K. Raman Pengarah Urusan Pengarah Urusan Oracale Corporation Sdn Bhd untuk menyampaikan Watikah Perlantikan Jurulatih Utama. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yg Berbahagia Dr Salbiah di atas penyampaian watikah itu tadi.

SESI PENGENALAN SAINTIS JEMPUTAN DARI AKADEMI SAINS MALAYSIA.

Hadirin-hadirat sekalian....

Masih tiada perincian ..............................................................................................

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Seterusnya...penyampaian cenderahati kepada....................................................Dengan itu dijemput ...............................................................................................

PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muaraKok berenang dah sampai ke tepianKok berlari dah sampai ke garisan

Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka.....

Selesailah sudah Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perasmian yang diadakan pada hari ini.

Selepas ini para jemputan, guru dan pelajar dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan bangunan dan kemudiannya ke majlis jamuan yang telah disediakan.

Page 5: Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum · PDF fileUCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan ... guru besar sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan ... perkarangan bangunan dan kemudiannya

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.