sejarah

35
SEJARAH PALANG MERAH

description

ok

Transcript of sejarah

  • SEJARAH PALANG MERAH

  • JEAN HENRY DUNANT (1828-1910)(SEORANG PEMUDA BERPAKAIAN PUTIH)Bapa Palang MerahDilahirkan 8 Mei 1828, di Rue Verdaine, Geneva, Switzerland. Sebuah bandar lama.Beliau bergiat secara aktif dalam menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi.Selain daripada itu beliau juga menjadi ahli sebuah organisasi League of Alms di Geneva yang bertujuan membantu penduduk yang miskin, sakit dan serba kekurangan.

  • Beliau juga sering melawat penjara. Tujuannya agar para banduan dapat mengubah sikap dan perangai mereka agar lebih bertanggungjawab.Pada usianya 30 tahun, menyertai dalam sebuah organisasi Young Mens Christian Union yang bergiat aktif di Switzerland, Peranchis dan Belgium.Peranan organisasi tersebut sama dengan Young Mens Christian Association di England iaitu terlibat dalam aktiviti kebajikan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

  • TERLIBAT DALAM KERJAYA DAN DUNIA PERNIAGAAN1849, bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva dan sambil mempelajari selok-belok bidang perbankan.Atas dedikasinya beliau telah diberi jawatan sebagai pengurus sementara di sebuah cawangan bank Swiss di Algeria iaitu Colonies Suisses de SetifNamun minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan, tidak lama kemudian beliau membuka perniagaan sendiri.1858 menubuhkan The Mons-Djemile Mills Company Limited di Algeria

  • PERISTIWA DI SOLFERINO25 Jun 1859, Semasa menguruskan perniagaan di Castiglione della Pieva di Itali, berlaku satu pertempuran di Solferino. Perang antara Austria dan pakatan Peranchis-Sardinia (Itali)Dunant mendapati ramai mangsa perang bergelimpangan di bandar kecil tersebut.Manakala perkhidmatan perubatan tentera pula terlalu terbatas dan kekurangan kelengkapan.

  • Sehari sebelum Dunant sampai di Solferino, bala tentera Austria telah bertempur dengan perikatan tentera Peranchis-Sardinia sepanjang hari di Solferino, sebuah kampung di utara Itali.Lebih kurang 40,000 orang tercedera, mati dan hilang. Perkhidmatan bantuan dan jururawat adalah sebahagian anggota tentera yang terdedah kepada tembakan ataupun dijadikan tawanan.Dunant dengan pakaian serba putihnya telah melancarkan kempen bantuan kepada mangsa-mangsa perang tersebut.MENU UTAMA

  • KENANGAN DI SOLFERINOPengalaman yang menyayat hati di Solferiono diabadikan dalam sebuah bukunya Kenangan Di Solferino.Beliau mencadangkan agar sebuah persatuan yang terdiri daripada para sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara bagi menjaga kebajikan para anggota tentera yang cedera dalam peperangan.

  • Idea Dunant ini mendapat sambutan yang luar biasa. Apatah lagi konsep persatuan yang bersifat antarabangsa dan antaranegara dalam menentukan penjagaan terhadap orang sakit telah menarik minat ramai.Awal-awal lagi Genevese Society of Public Utility bersetuju untuk mempraktikkan ideanya.Justeru, September/Oktober 1863 Dunant telah menjelajah ke beberapa buah ibu kota di Eropah bagi menjelaskan ideanya itu. Beliau telah mengadakan perbincangan, pertemuan dengan tokoh-tokoh yang berpengaruh termasuk raja-raja Eropah.

  • Antara 1863 hingga 1864 merupakan detik-detik kegemilangan Dunant.Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan, persidangan demi persidangan dibuat bagi merealisasikan ideanya yang hebat itu.26-29 Oktober 1863 Persidangan Antarabangsa bagi penubuhan Pertubuhan Palang Merah.Walau bagaimanapun, tahun 1863 hingga 1864, merupakan tahun-tahun kemerosotan Dunant. Tugasnya telah diambil alih oleh individu yang lebih praktik dan pragmatik.

  • 22 Ogos 1864, konvensyen Geneva pertama ditandatangani.Perasaan malu dan kurang keyakinan diri telah menguasai diri Dunant. 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant. Beliau terpaksa menyerahkan segala kemewahan yang beliau ada untuk melunaskan beban hutang yang ada. Ini ditambah lagi dengan perniagaannya yang mengalami kemerosotan.

  • Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva, tempat kelahirannya untuk selama-lamanya.Pada ketika itu Dunant, baru berusia 39 tahun.Satu lagi penghormatan menunggu Dunant. Disember 1901, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Beliau berkongsi hadiah tersebut dengan Frederick Passy, seorang warga Peranchis.

  • Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant menghembuskan nafas terakhir di Heidden ketika berusia 82 tahun. Di sebuah perkampungan pergunungan yang tenang serta di kelilingi para penduduk yang sangat mengaguminya.MENU UTAMA

  • JAWATANKUASA BERLIMADunant mendapati, Geneva merupakan tempat yang sangat sesuai untuk memulakan kerja-kerja kemanusiannya.The Societe Genevoise dUtilite Publique yang dipengaruhi seorang peguam muda, Gustav Moynier telah menunjukkan minat terhadap gagasan idea Dunant.Dunant bersama, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appie, Theodore Mounior dan Gustav Moynier dengan segera menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang tercedera.

  • Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross-ICRC).Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah pertubuhan persendirian, namun wakil-wakil negara akan hadir dalam setiap persidangan mereka.Pada 26-29 Oktober 1863, deligasi seramai 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva.

  • Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang khas: Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih.Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran antara Prussia dan Denmark.ICRC telah menghantar Dr Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia. Walau bagaimanapun di Jerman, pihak ICRC menghadapi masalah pengiktirafan rasmi.

  • Ogos 1864, Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan sebuah persidangan diplomatik yang dihadiri oleh 12 buah negara.Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran.Pada 22 Ogos 1864 resolusi konvensyen ini telah ditandatangani oleh kesemua 12 orang wakil negara. Kemudiannya disusuli pula oleh negara-negara lain. MENU UTAMA

  • Konvensyen Geneva Pertama (1864)

  • Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus menafikan tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang tidak boleh diselaraskan.Dalam persidangan tersebut turut mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota perubatan.KONVENSYEN GENEVA

  • Syor-syor tersebut terus diterima pakai dalam konvensyen tesebut.Pada akhir konvensyen tersebut, 10 artikel telah berjaya dihasilkan. Ini termasuklah apa yang Dunant namakan sebagai keberkecualian .Doktor dan nurse tidak lagi dianggap anggota kombatan dan tidak boleh ditawan. Manakala orang awam yang membantu doktor dan nurse hendaklah dihormati.Hospital serta ambulan diiktiraf sebagai berkecuali.

  • Justeru Konvensyen 1864 merupakan suatu asas yang baik terhadap kerja-kerja kemanusiaan dalam masa perang antara Peranchis dan Prussia (1870-1871), Perang Sepanyol-Amerika (1898) dan Perang Russia-Jepun (1904)Selepas 1864, beberapa persidangan telah dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869), Geneva (1884), Karlsrune, Rome (1892), Vienna (1897) dan St.Petersburg (1902)

  • Dalam temph 10 tahun pertama, sebanyak 22 persatuan kebangsaan ditubuhkan.Semua negara di Eropah termasuk Russia dan Turki bersetuju menerima pakai Konvensyen Geneva Pertama, 1864.1867, semasa perang Russia-Turki, Turki telah memaklumkan kepada ICRC untuk menggunakan lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. Kemudiannya, idea tersebut diikuti kebanyakan negara-negara Islam yang lain.

  • Satu resolusi telah dicapai untuk mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian di negara masing-masing untuk membantu tugas-tugas perkhidmatan tentera.Apa yang penting mereka dikecualikan daripada menjadi mangsa peperangan dan mereka hendaklah berkecuali daripada menyebelahi mana-mana pihak yang bertempur dalam memberikan rawatannya.Resolusi ini akhirnya termaktub dalam satu surat cara diplomatik.MENU UTAMA

  • EMBLEM YANG MELINDUNGI MANUSIA

  • Faktor Pemilihan

  • 1876 - Bulan Sabit Merah merupakan emblem alternatif

    1975 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

  • Satu simbol sejagat yang membawa maksud 356 bahasa di seluruh dunia - Jangan Tembak

  • Satu emblem yang memerlukan perlakuan tertentuBantuan perubatan yang saksama untuk semua

  • Satu emblem yang melindungi mereka yang tidak lagi terlibat dalam peperanganContohnya - Membina kapal hospital

  • Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di seluruh pelusuk dunia

  • Selari dengan Prinsip Asas Palang Merah / Bulan Sabit Merah

  • Penyalahgunaan Emblem -MasalahDipercayai membawa maksud pemberian perubatan

  • Peniruan- Kekeliruan

    Penyalahgunaan yang serius -Ketidakjujuran dalam jenayah peperangan

  • SEKIANMENU UTAMA