SEJARAH

7
SEJARAH Acara lari berganti-ganti (relay) seperti 4X100 meter, 4X200 meter dan 4X400 meter merupakan satu acara yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Acara lari 4X100 meter ini melibatkan kesemua komponen kecergasan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa tindakbalas dan ketangkasan. Oleh itu, satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen kecergasan bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan. Menurut sejarah, dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvaria, iaitu Frank Ellis dan Lausaat Geyelin telah mengadakan lari berganti-ganti pada akhir abad ke-19 di Amerika Syarikat dan inilah kali pertama lari berganti-ganti diadakan. Kategori olaraga lari berganti-ganti boleh dijelaskan sebagai rantaian acara kerjasama individu dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama. Analoginya, baton yang digenggam oleh setiap atlet melambangkan semangat jitu dan padu menggengam misi untuk sampai ke garisan penamat lantas menjadi juara keseluruhannya. Nilai kesefahaman dalam melaksanakan aktiviti sukan lari berganti-ganti ini amat jelas, apabila pelari pertama berlari sepenuh hati perlu memastikan genggaman tidak terlerai, dan memastikan pelari seterusnya menyambut baton dengan kemas dan meneruskan usaha mencapai misi pasukan. Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik, dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34 meter) ( suku batu) dengan membawa batton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan

description

kerja khusus

Transcript of SEJARAH

SEJARAH

Acara lari berganti-ganti (relay) seperti 4X100 meter, 4X200 meter dan 4X400 meter merupakan satu acara yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Acara lari 4X100 meter ini melibatkan kesemua komponen kecergasan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa tindakbalas dan ketangkasan. Oleh itu, satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen kecergasan bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan. Menurut sejarah, dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvaria, iaitu Frank Ellis dan Lausaat Geyelin telah mengadakan lari berganti-ganti pada akhir abad ke-19 di Amerika Syarikat dan inilah kali pertama lari berganti-ganti diadakan. Kategori olaraga lari berganti-ganti boleh dijelaskan sebagai rantaian acara kerjasama individu dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama. Analoginya, baton yang digenggam oleh setiap atlet melambangkan semangat jitu dan padu menggengam misi untuk sampai ke garisan penamat lantas menjadi juara keseluruhannya. Nilai kesefahaman dalam melaksanakan aktiviti sukan lari berganti-ganti ini amat jelas, apabila pelari pertama berlari sepenuh hati perlu memastikan genggaman tidak terlerai, dan memastikan pelari seterusnya menyambut baton dengan kemas dan meneruskan usaha mencapai misi pasukan.Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik, dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34 meter) ( suku batu) dengan membawa batton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagain dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893 itu. Sejak itu lari berganti-ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai.Dua tahun kemudian wujud pula Pennsyvania Relay Carnival yang merupakan acara tahunan di Bandar Amerika Syarikat. Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan ke Bandar lain. Di Amerika dan terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dari Amerika Syarikat acara lari berganti-ganti tersebar pula ke nagara lain.

Pada zaman Olimpik kuno, larian berganti-ganti ini bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang dengan keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakn dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.Pada tahun 1880-an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah strategi pensil start, dimana atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan itu telah dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian, wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia, gaya ini dikenali sebagai kangoo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandiangan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahum 1921 di Monte Carlo.Akhirnya, dalam melaksanakan larian berganti terdapat pelbagai faedah dan kesinambungan yang sangat mendalam bagi mencapai kejayaan. Contoh larian secara berganti adalah satu cara mewujudkan sukan adalah sinomin untuk dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat segenap lapisan usia, pangkat dan bangsa dapat disatukan dalam pengertian yang sama.

OBJEKTIF LATIHANSebagai acara yang mementingkan tahap kecergasan fizikal yang tinggi di mana ketangkasan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kepantasan adalah merupakan komponen utama bagi program latihan yang bersistematik sangat diperlukan. Program ini dibahagikan dalam beberapa fasa dan pada amnya objektif terbahagi kepada dua seperti berikut :

OBJEKTIF KESELURUHANProgram ini bertujuan bagi menyediakan atlet yang dapat bertindak pada tahap yang optimum dengan cemerlang dalam acara lari berganti-ganti dalam pertandingan yang disertainya. Untuk mencapai tujuan ini, beberapa kaedah latihan yang sistematik akan dilaksanakan dan tumpuan adalah kepada aspek-aspek sistem tenaga anaerobik, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan, kekuatan otot,dan kosentrasi serta teknik-teknik.

OBJEKTIF KHUSUSProgram latihan ini adalah khusus pada fasa persediaan umum dimana satu program selama 6 minggu akan disediakan khusus untuk pertandingan. Program 6 minggu ini akan dapat menyediakan atlet menghadapi musim pertandingan dengan berbekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Kesemua komponen kecergasan fizikal akan diberi penekanan yang khusus di samping membina teknik tendangan dan jaringan yang baik dan betul. Juga menyediakan atlet dari aspek persediaan psikologi dan mental bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam musim pertandingan.

LARIAN BERGANTI-GANTI

UKURAN PADANG