Sejarah Badminton

download Sejarah Badminton

of 26

  • date post

    21-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    14.530
  • download

    1

Embed Size (px)

Transcript of Sejarah Badminton

Sejarah Badminton

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3] Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan

ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

Kemudahan dan peralatan

1. Gelanggang Gelanggang badminton berbentuk empat segi bujur berukuran 13.40 meter panjang dan 6.10 meter lebar. Manakala bagi acara perseorangan, ukuran panjang adalah sama, tetapi ukuran lebar adalah 5.18 meter. Manakala garisan untuk pukulan pendek berukuran 1.98 meter dari jaring. Pemukul hendaklah berdiri di belakang garisan ini untuk membuat pukulan mula di dalam kawasan pukulan. Hantaran pukulan mestilah bertentangan dengan pihak lawan untuk memulakan permainan. Kawasan pukulan belakang pula berukuran 3.96 meter dari kawasan pukulan pendek hingga garisan pukulan belakang. Untuk kawasan belakang berukuran 0.76 meter dari garisan pukulan belakang hingga garisan sempadan belakang. Garisan tengah bertujuan untuk memisahkan antara gelanggang pukulan kanan dan gelanggang pukulan kiri.

2. Raket y Mempunyai berat 80 hingga 100 gram dan diperbuat daripada besi, aluminium atau grafit. y Secara umumnya raket dibahagikan kepada dua kategori iaitu: a) Raket dua bahagian (Two-piece racket) b) Raket satu bahagian (one-piece racket) y Raket dua bahagian- kepalanya disambung ke shaft dengan satu aloi zink berbentuk T. y Raket satu bahagian- dibentuk dibawah suhu dan tekanan yang tinggi.

3. Bulu Tangkis y Terdapat dua jenis bulu tangkis: a) Bulu tangkis bulu b) Bulu tangkis nilon plastic y y y Bulu tangkis lebih mahal dan tidak tahan lama. Mempunyai berat antara 4.74 gram hingga 5.50 gram. 16 bulu dipasanga pada pangkal gabus dilindungi lapisan halus daripda kulit binatang atau bahan- bahan yang seakan dengannya.

Peraturan Permainan Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

1. Sistem Pemarkahan y y y Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata. Setiap kali serve, pemain akan dapat mata. Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain. y y Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang . Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut. y Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.

2. Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan y Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan. y y Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan. Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata.

3. Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu : y Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai y Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun y y Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang y y Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia.

Kemahiran Asas Badminton

1. Jenis Pegangan Raket Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan(forehand) dan pegangan kilas (backhand). y Cara memegang raket forehand. 1) Pegang raket dengan tangan kiri, kepala raket menyamping. Pegang raket denga cara seperti jabat tangan. Bentuk V tangan diletakkan pada bahagian gagang raket. 2) Tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk agak terpisah. 3) Letakkan ibu jari di antara tiga jari dan telunjuk.

y

Cara memegang raket backhand 1) Bentuk V menuju sedikit ke kiri kepala raket dengan tali-tali kelihatan.

2. Pergerakan dan Gerak Kaki Corak pergerakan dalma badminton adalah seperti berikut: a) Posisi bersedia di tengah petak yang dipanggil bes. b) Bergerak ke arah pukulan bermula pergerakan kaki dan langkah terakhir. c) Posisi yang seimbang semasa melakukan pukulan. d) Pemulihan untuk balik ke bes dan posisi bersedia. 3. Posisi Bersedia Terdapat dua jenis posisi bersedia iaitu: a) Rali bersedia b) Posisi bersedia untuk kembalikan servis

a. Rali Bersedia (Rally Ready) y Pemain bersedia untuk membuat pukulan pendek, pukulan smesy atau membuat pukulan drop. y Ia menyenangkan pemain untuk bergerak ke belakang dank e depan dengan efektif. y Buku lali dan lutut haruslah dibengkokkan sedikit dan bongkokkan badan ke hadapan sedikit. y Berat badan pemain haruslah dibebankan pada kaki supaya ia menyenangkan pemain untuk melakukan sebarang pergerakan. y Lengan haruslah berada di depan badan dengan memegang raket yang dihalakan ke atas yang mana raket raket yang dipegang ialah pada aras pinggang bersedia untuk membuat pukulan forehand ataupun backhand. y Badan haruslah berada pada posisi yang seimbang dan rileks.

Pukulan Asas 1. Servis Teknik Memulakan Servis

1. Servis Forehand Pendek y y Bulu tangkis harus dipukul denga ayunan raket yang relative pendek. Pada saat berkenaan, kepala raket dan bulu tangkis, siku dalam keadaan bengkok, untuk menghindari penggunaan tenaga pergelangan tangan, dan perhatikan peralihan titik berat badan anda. y Cara latihannya adalah menggunakan sejumlah kok dan dilakukan secara berulang-ulang.

2. Servis Forehand Tinggi y Kok harus dipukul dengan menggunakan tenaga penuh agar kok melayang tinggi dan jatuh tegal lurus di bahagian belakang garis lapangan lawan. y Saat, memukul kok, kedua kaki terbuka selebar pinggul dan kedua telapak kaki senantiasa kontak dengan lantai. y Perhatikan gerakan ayunan raket. Ke belakang, ke depan dan setelah melakukan pukulan, harus dilakukan dengan sempurna serta diikuti gerak peralihan titik berat badan dari kaki belakang ke kaki depan yang harus berlangsung kontinu dan harmonis. y Biasanya selalu berkosentrasi sebelum memukul kok.

3. Servis Backhand y Berdiri dengan kaki kanan di depan kaki kiri, dengan hujung kaki kanan mengarah ke sasaran yang diinginkan. Kedua kaki terbuka selebar pinggul, lutut dibengkokkan. y Ayunan raket yang relatif pendek, sehingga kok hanyan didorong dengan bantuan peralihan berat badan dari belakang ke kaki hadapan. Hindari menggunakan tenaga pergelangan tangan yang berlebihan. y Sebelum membuat servis, perhatikan posisi dan sikap berdiri lawan, sehingga dapat mengarahkan kok ke sasaran yang tepat dan sesuai perkiraan.

Kesalahan Dalam Servis 1. Pada saat memukul bola, kepala raket lebih tinggi atau sejajar dengan grip raket. 2. Titik perkenaan kok, kepala raket lebih tinggi dari pinggang. 3. Posisi kaki menginjak garis tengah atau depan. 4. Kaki kiri melakukan langkah. 5. Kaki kanan melangkah sebelum kok dipukul.

6. Rangkaian mengayun raket dan memukul kok tidak boleh terputus. 7. Penerima servis bergerak sebelum kok servis dipukul.

4. Underhand y Terdapat dua jenis pukulan underhand: a) Clear underhand, pukulan yang diarahkan tinggi ke belakang. b) Flick underhand, pukulan mendatar kea rah belakang. y Pegangan raket forehand untuk underhand forehan