Sejarah Bahasa Melayu

download Sejarah Bahasa Melayu

of 31

description

bm

Transcript of Sejarah Bahasa Melayu

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 SEJARAH BAHASA MELAYU Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Pengantar dan Bahasa Ilmu. Di Malaysia, pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia, tercatat bahawa Melayu ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam, dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu. Hal ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada bangsa Melayu. Bagi mengupas lebih lanjut berkaitan asal-usul bahasa Melayu, terdapat beberapa yang boleh dilihat dan dibincangkan.

3.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU Untuk mengetahui asal usul bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Rumpun Bahasa Austronesia adalah sebuah keluarga bahasa yang tersebar meliputi gugusan kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Beberapa anggota keluarga bahasa ini juga dituturkan di tanah besar Asia. Rumpun bahasa Austronesia tersebar luas dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara hingga ke New Zealand di wilayah (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagascar jauh di barat sampai ke Pulau Easter (Rapanui) di hujung timur. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China.

Bahasa Austronesia merupakan kumpulan keluarga yang besar, maka para sejarawan membezakan mereka dengan beberapa bentuk, antaranya seperti dalam rajah di bawah.

Rumpun Bahasa Austronesia

Berdasarkan rajah di atas, jelas menyatakan bahawa bahasa telah berkembang sejak dahulu lagi.

Dalam rumpun bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara, ianya banyak menggunakan bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. Peta di bawah menunjukkan taburan kedudukan keluarga Nusantara.

Taburan Kedudukan Keluarga NusantaraDalam rumpun Bahasa-bahasa Polinesia pula melibatkan bahasa-bahasa seperti bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti. Taburan penggunaan bahasa Polinesia ini pula boleh dilihat seperti berikut.

Taburan Kedudukan Keluarga Polinesia

Bahasa-bahasa Melanesia pula menggunakan bahasa-bahasa seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian dan Kepulaun Caledonia. Antara taburannya melibatkan kawasan-kawasan berikut.

Taburan Kedudukan Keluarga Melanesia

Bahasa-bahasa Mikronesia pula menggunakan contoh-contoh bahasa yang tersebar di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Taburan kedudukannya pula adalah seperti berikut.

ujjjeeeTaburan Kedudukan Keluarga Mikronesia

4.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak lebih 100 tahun yang lalu. Mengikut statistik penggunaan bahasa di dunia ini, penutur bahasa Melayu keseluruhannya dianggarkan berjumlah lebih dari 300 juta orang. Jumlah ini meletakkan bahasa Melayu menduduki tempat keempat dari segi jumlah penutur teramai, berbanding bahasa-bahasa terpenting di dunia, selepas bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Hindi atau Urdu.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa sebanyak 70 ribu orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu, di Sri Lanka, manakala di China pula terdapat siaran radio dalam bahasa Melayu. Di China juga, bahasa Melayu diajarkan sebagai satu kursus di kebanyakan university di China, Belanda, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, dan beberapa buah negara yang lain. Menurut Siti Hajar, dalam buku Bahasa Melayu 1, edisi kedua, perkembangan Bahasa Melayu boleh dibahagi kepada tiga bahagian. Dari segi perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini, bahasa telah dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden.

Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, Edisi Kedua

Siti Hajar Abdul Aziz

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajahan Eropah di Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga peringkat perkembangan bahasa Melayu ini. Penutur bahasa Melayu moden tidak dapat memahami bahasa Melayu pada zaman kuno. Hal ini kerana sifat dan ciri bahasa Melayu itu berbeza-beza antara satu sama lain. Bahasa Melayu Kuno

Sebelum kedatangan pedagang India di Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan ketika itu dikenali sebagai bahasa Melayu purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan bahasa Melayu kuno setelah mendapat pengaruh India. Zaman kegemilangannya bermula sejak abad ke-7 hingga abad ke-13. Bahasa ini menjadi bahasa pentadbiran semasa itu, dan lingua franca, iaitu bahasa yang digunakan sebagai perantaraan atau perhubungan antara orang yang berlainan bahasa. Penggunaan bahasa Melayu kuno ini merangkumi kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, dan Sumatera. Bahasa Melayu kuno mudah diterima pada masa itu, kerana :

a) Bersifat sederhana dan fleksibel, iaitu mudah menerima pengaruh luar.

b) Bahasa ini tidak mementingkan perbezaan status dan taraf penggunanya, iaitu tidak terikat dengan perbezaan susun lapis masyarakat.

c) Sistem dan struktur kata bahasa ini lebih mudah berbanding bahasa- bahasa lain.

Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga penghujung abad ke-13, iaitu sebelum agama Islam mengambil tempat dan memasuki Kepulauan Melayu, melalui Sumatera. Antara kerajaan yang diketahui wujud pada zaman ini adalah seperti berikut :a) Sumatera

b) Jawa

c) Semenanjung Tanah Melayu

d) Borneo

e) Vietnam

Kerajaan Utama Hindu Buddha

Selain dari itu, bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan bahasa Sanskrit menjadi bahasa bagi golongan bangsawan. Antara sebab bahasa Sanskrit ini diterima pakai ialah ia mudah dilentur mengikut keadaan. Hal ini dapat dibuktikan daripada :

a) Pengaruh tulisan yang berasal dari India

b) Kata-kata dan rangka kata pinjaman daripada bahasa Sunskrit

c) Fonem-fonem yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu kuno.

Bahasa Melayu kuno juga merupakan bahasa yang digunakan pada zaman kerajaan Melayu kuno. Antara kerajaan Melayu kuno yang menggunakan bahasa ini ialah Srivijaya, Funan, dan Majapahit. Terdapat beberapa ciri-ciri khusus berkaitan dengan bahasa Melayu kuno ini. Menurut satu sumber, ciri-ciri bahasa Melayu kuno adalah seperti berikut : Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit seperti tatkala, air dan sebagainya

Bunyi b ialah w dalam Bahasa Melayu Kuno. Contohnya bulan ialah wulan

Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan - dngan atau dangan

Awalan ber- ialah mar- dalam Bahasa Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha; saya - sahaya)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_KunoBentuk bahasa Melayu kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut : a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang

b) Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang

c) Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang

d) Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) PalembangBerpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh bahasa Melayu kuno di dalamnya. Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu kuno kemudiannya diambil alih oleh bahasa Melayu klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara. Sejak itu, bahasa Melayu banyak mengalami perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan bentuk tulisan itu sendiri.

Merujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan ( !986 : 590 ) mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyaisifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagiperkataan moden.Takrifan ini menjelaskan kepada kita bahawa bahasa Melayu Klasik diakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Namun, perubahan masa dan zamanmenyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para pengkaji sebagai bahan kajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya.Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-13 hingga awal abad ke-19. Zamanpermulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan batu bersurat di Pagar Ruyung, Minye Tujuh, dan Kuala Berang. Sumber berikut menerangkan lebih lanjut berkaitan dengan ketiga-tiga batu bersurat tersebut.

Bukti Kewujudan Bahasa Melayu Klasik pada Batu Bersurat

Revisi Bahasa Melayu Akademik 1, untuk PPISMP

Habibah Binti Mohd.Samin

Hasnah Binti Awang

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusateraan Melayu dalam bentuk tulisan. Zaman kegemilangan bahasa Melayu klasik ini boleh dibahagi kepada tiga zaman penting, iaitu :a) Zaman Kerajaan Melaka

b) Zaman Kerajaan Acheh

c) Zaman Kerajaan Johor-Riau

Selain itu, pada zaman ini juga terdapat beberapa tokoh-tokoh penulis yang penting dalam sejarah bahasa Melayu klasik. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, dan Abdul Rauf al-Singkel. antara contoh hasil karya mereka yang terkenal ialah Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Muhammad Ali Hanifah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah, dan pelbagai lagi karya yang menarik. Bahasa Melayu klasik mempunyai ciri-ciri khusus yang tersendiri. Hal ini berlaku kerana pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan. Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah :a) Ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit

b) Banyak mengandungi ayat pasif

c) Banyak menggunakan ayat istana

d) Sering menggunakan kota kata klasik

(ratna mutu manikam, edan kesmaran, sahaya, masyghul, dan sebagainya)e) Banyak menggunakan perdu perkataan

f) Ayat songsang

g) Banyak menggunakan partikel (pun, lah) Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu moden dikatakan berasal daripada bahasa Melayu klasik, dan mula digunakan sejak abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden ini. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi. Bahasa Melayu ketika itu digunakan sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat-pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan ketika itu. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Kesedaran ini telah mengangkat bahasa Melayu menjadi sebagai bahasa rasmi Negara, di bawah Akta Bahasa Kebangsaan

1963 / 1967, manakala laporan Razak 1956 pula mencadangkan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

5.0 CIRI CIRI BAHASA MELAYU

Menurut Lyons (1988) bahasa-bahasa di dunia memilik sifat dan ciri sepunya. Ia merangkumi cara menyampaikan perasaan, menanyakan soalan, mengemukakan permintaan, memberi perintah dan membuat kenyataan. Oleh sebab bahasa boleh berkembang dan berubah maka kerap terdapat istilah-istilah baharu di dalam sesuatu bahasa berbanding dengan bahasa yang lain. Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal serta gabungan kedua-duanya akan menghasilkan bunyi yang bermakna. Manakalan set-set konsonan dan vokal bila bercantum akan menghasilkan ayat-ayat yang berbeza. Perbezaan ciri-ciri ini dapat dilihat dengan lebih jelas dalam pembahagian berikut. Bahasa Sebagai Satu Sistem

Bahasa mempunyai cara atau kaedah yang tersendiri untuk diujarkan atau dituliskan. Manakala, sistem itu pula bersifat berperaturan. Susunan terdapat dalam tiap-tiap bahasa sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau struktur sintaksis.Dalam bahasa,mematuhi cara dan peraturan dalam sesuatu sistem amat penting kerana tidak semua percantuman unit dan unsur itu dapat dilakukan serta memberikan makna. Menurut satu sumber lain, bahasa sebagai satu sistem boleh didefinisikan seperti berikut :Maksudnya ialah bahasa mempunyai cara serta kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah teratur.Revisi Bahasa Melayu Akademik 1, untuk PPISMPHabibah Binti Mohd. Samin

Hasnah Binti AwangPerkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain yang terdapat dalam sesuatu ayat mestilah teratur supaya bahasa dikatakan sebagai satusistem. Semua bahasa mempunyai sistem bunyi dan lambang. Bentuk dan kedudukan sesuatu perkataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa.Namun demikian, terdapat beberapa bentuk pola yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang mengikut setiap bahasa itu sendiri.

Sebagai contoh, sekiranya pendengar, iaitu rakan kita meminta supaya kita menerangkan struktur bahasa Melayu kepada mereka, kita mungkin tidak dapat menjelaskannya struktur bahasa Melayu tersebut secara terperinci, tetapi dalam masa yang sama kita tahu tentang struktur bahasa itu dan dapat bertutur dengan mematuhi peraturan dan struktur bahasa itu secara automatik.Malah, sekiranya terdapat perkataan yang janggal atau salah digunakan oleh rakan kita yang lain, kita dapat mengesannya dengan cepat. Antara contoh lain yang boleh dilihat ialah :Peringkat fonologi: penyusunan bunyi

BM: VKV (aku), KVK (hormat).

BI: VKKKVK (abstrac)Peringkat morfologi: penyusunan kata

BM: hukum DM (Restoran Minang),

BI: hukum MD (old man)Peringkat Sintaksis: penyusunan frasa

BM: Orang itu malas,

BI: He is lazyKesimpulannya, bahasa itu bersistem dan apabila bertutur,secara tidak langsung kita mematuhi sistem tersebut serta menyusun struktur yang betul dan bahasa yang kita gunakan untuk membolehkan pendengar memahami mesej yang hendak disampaikan.

Bahasa Sebagai Satu SimbolPada zaman awal, gambar dan objek digunakan sebagai satu simbol untuk menerangkan sesuatu keadaan atau situasi oleh manusia. Kemudian, manusia manusia beralih dengan menggunakan kombinasi bunyi sebagai simbol. Bunyi disusun secara berurutan dan bersistematik untuk menghasilkan perkataan yang seterusnya digunakan sebagai satu simbol untuk semua perkara yang dilakukan dan difikirkan oleh manusia.

Sebagai contoh , simbol > dikatakan sebagai simbol lebih besar daripada oleh sebilangan masyarakat dan ada juga orang yang beranggapan bahawa tanda itu sebagai simbol arah oleh sebilangan masyarakat yang lain pula.Walau apa pun nama yang diberikan kepada simbol tersebut, tentunya mempunyai makna dan fungsi tertentu menurut persetujuan bersama pengguna bahasa tersebut. Bahasa juga boleh dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi yang merujuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol itu sendiri.Di Malaysia, bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa ilmu. Frasa ini bermaksud bahawa bahasa Melayu dipilihmenjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkattinggi.Oleh itu, bahasa Melayu dikatakan sebagai simbol bahasa ilmu kerana bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan untuk menyampaikan ilmu oleh sebilangan masyarakat di dunia ini. Bahasa Sebagai Satu Alat Komunikasi

Komunikasi bermaksud perhubungan antara orang dengan orang atau antara organisasi dengan organisasi, dengan menggunakan bahasa atau isyarat. Bahasa yang dijadikan sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara, iaitu secara lisan ataupun bertulis.Komunikasi melalui lisan ialah komunikasi yang meminta penuturnya memainkan peranan yang penting dengan mengujarkan bunyi-bunyi bahasa untuk didengari dan difahami oleh pendengar.Manakala komunikasi secara bertulis pula, meminta agar penulisnya memainkan peranan yang penting dengan mencatat dan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat ataupun dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang terkandung dalam fikiran mereka kepada pembaca.Dalam masa yang sama, penutur dan penulis perlu mempunyai kemahiran tertentu untuk menggunakan bahasa sebagai alat berhubung. Melalui bahasa sebagai alat komunikasi beberapa ciri-ciri konteks komunikasi perlu dititikberatkan. Antara ciri-ciri konteks tersebut ialah :

a) PenuturPerkara yang terpenting bagi pendengar agar membolehkan mesej dari penutur dapat difahami dengan tepat oleh pendengar ialah mengetahui indentiti dan latar belakang sebenar penutur.Sekiranya identiti dan latar belakang penutur kurang jelas, maka ujaran yang diberikan oleh penutur memberikan banyak makna bergantung pada siapa penuturnya.

Sebagai contoh, ujaran ada cerita baharu hari ini, menyebabkan banyak anggapan boleh dibuat dan sekiranya penuturnya adalah wartawan maka pasti mengenai cerita atau gosip artis begitu juga sebaliknya sekiranya dituturkan oleh orang yang berstatus.

b) Pendengar

Pendengar yang berbeza seperti orang yang berbeza status atau mempunyai gelaran membuatkan ujaran yang sama ditafsirkan secara berbeza. Sebagai contoh, ujaran rajinnya budak ini, menyebabkan banyak anggapan boleh dibuat dan sekiranya penuturnya adalah guru maka pasti mengenai cerita pelajarnya begitu juga sebaliknya sekiranya dituturkan oleh orang yang berstatus lain.

c) Topik Perbicaraan

Ciri konteks ini melibatkan masa, tempat, situasi dan hubungan antara penutur dan pendengar. Mengetahui latar belakang dan identiti membolehkan makna ujaran dapat difahami dengan lebih tepat.d) Latar Belakang

Topik yang dibicarakan juga penting, tambahan lagi sekiranya topik tersebut berada dalam pengetahuan dan pengalaman yang sama antara penutur dengan pendengar memudahkan mereka mencapai matlamat komunikasi dan begitu juga sebaliknya, sekiranya topik yang dibicarakan tidak diketahui oleh pendengar menyebabkan matlamat komunikasi tidak tercapai.

e) Tujuan Komunikasi

Komunikasi yang berlaku disebabkan berbagai-bagai tujuan seperti suasana formal atau tidak formal, temu bual, ucapan atau perbualan biasa.Tujuan komunikasi bukan sahaja mengandungi gambaran keseluruhan mengenai sesuatu peristiwa komunikasi seperti peranan penutur dan pendengarmalah secara tidak langsung memberikan maklumat tentang konteks komunikasi itu dan juga berdasarkan nada suara, mimik muka dan gerak badan dapat membantu pendengar memahami maksud sebenar komunikasi tersebut.

Kemahiran berbahasa diperlukan untuk memperoleh komunikasi dua hala yang berkesan di antara penutur dan pendengar. Bahasa perlulah ditutur oleh penutur dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan intonansi, jeda, tekanan dan gaya yang tepat.

Manakala, pendengar pula perlu mahir dalam memahami, mentafsir isi-isi tersirat percakapan yang didengar, mendengar secara teliti, seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengarinya.

Selain itu, jarak tempat dan jarak masa turut mempengaruhi untuk memperoleh komunikasi yang berkesan. Jarak tempat membolehkan penutur tidak berhadapan antara antara satu sama lain dengan menggunakan teknologi yang canggih semasa berkomunikasi.

Bahasa Bersifat Arbitrari

Bererti tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Hal demikian menyebabkan bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk benda yang sama.Sebagai contoh, apabila ditunjukkan gambar seekor ayam, kita akan menyebut

perkataan kucing untuk menamakan binatang tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Inggeris ia disebutcatdan begitu juga dengan bahasa yang lain, menggunakan perkataan yang berbeza untuk merujuk benda yang sama.Hal ini menunjukkan tiada bahasa yang tetap bagi merujuk sesuatu benda kerana perbezaan budaya. Asalkan bahasa yang digunakan dapat difahami oleh komuniti tersebut. Makna bahasa juga bersifat arbitrari kerana maksud bunyi itu mempunyai makna yang ditentukan oleh penggunaan bahasa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kita mendengar bunyikringkringkring, kita tahu bahawa bunyi itu ada kaitannya dengan bunyi, sama ada nada pangilan telefon, loceng pintu atau bunyi alat muzik. Kita juga tahu bahawa seseorang itu telah membunyikan bunyi itu dan bunyi itu dibunyikan untuk tujuan tertentu. Antara contoh lain ialah :

Dalam bahasa Melayu, bunga disebut bunga, bahasa Jawa, disebut kembang, bahasa Inggeris, dikenali sebagai flower, bahasa Belanda disebut bloem, dan

bahasa Arab disebut shahrun.Jadi jelaslah bahawa semua bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Makna juga bersifat arbitrari kerana makna sukar dikenalpasti hanya dengan melihat simbol bentuk tersebut. Bahasa Bersifat Unik

Bahasa dikatakan bersifat unik kerana setiap bahasa mempunyai struktur dan bentuk yang tertentu seperti susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja.Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu,perkataantidurdanmeniduri mempunyai maksud yang berbeza kerana penambahan imbuhan. Begitu juga dalam bahasa Inggeris, perkataanhavedanhas mempunyai maksud yang berbeza antara satu sama lain.

Huraian bagi semua bahasa berbeza walaupun semuanya mempunyai bentuk dan struktur mengikut tatabahasa tersendiri. Kesimpulannya, satu tatabahasa yang sejagat tidak dapat diwujudkan untuk bahasa yang berbeza.

Melalui cara kita memperoleh bahasa itu sendiri juga dikaitkan dengan bahasa bersifat unik kerana bahasa bukanlah sesuatu yang kita warisi seperti kita mewarisi genetik ibu bapa kita seperti jenis darah, warna kulit, mata, rambut, DNA, bentuk badan dan sebagainya.

Untuk memperoleh bahasa, kita perlu pelajarinya. Secara tidak langsung, kita mempelajari bahasa melalui orang yang terdekat seperti ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling. Sebagai contoh, seorang bayi berbangsa Cina, yang sejak kecil dipelihara dan dijaga serta dibesarkan oleh keluarga berbangsa Melayu. Maka bayi tersebut akan memperoleh bahasa Melayu dan bukannya bahasa Mandarin, sebagai bahasa pertuturan utama.

Kesimpulannya, keunikan bahasa Melayu ialah tekanan katanya tidak bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata, tidak merubah makna perkataan semata-mata tetapi merubah keseluruhan ayat. Bahasa Bersifat Sejagat

Bahasa bersifat sejagat kerana bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja. Tidak terdapat sebarang peraturan yang melarang individu untuk mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia ini.

Selain itu, bahasa berpotensi untuk berbeza dan beraneka kerana bukan hanya terdapat satu bentuk bahasa sahaja di dunia. Namun, terdapat dua bentukkeuniversalan sifat bahasa yang terdapat di dunia, iaitu bunyi bahasa dan makna.a) Melalui unsur bunyi

Bunyi bahasa merangkumi semua bahasa di dunia kerana semua bahasa di dunia mempunyai bunyi-bunyi bahasa yang tersendiri. Semua bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru, anak tekak, pita suara, lidah, lelangit dan alat-alat artikulasi manusia yang lain. Bunyi bahasa itu dihasilkan satu demi satu, iaitu melalui pergerakan alat-alat sebutan. Sebagai contoh, apabila menyebut perkataan [ceria], bunyi pertama yang dihasilkan ialah bunyi [c] diikuti dengan bunyi [e], [r], [i] dan [a].

b) Melalui unsur makna

Makna terhasil daripadabunyi bahasa, struktur isyarat, ayat-ayat dan gabungan perkataan dalam ayat. Terdapat perkataan yang membawa makna konkrit atau tersurat dan abstrak atau yang tersirat. Tersurat dan tersirat ialah dua aras makna bagi setiap bahasa.Maka jelaslah disini bahawa sesuatu bahasa itu bebas dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja kerana setiap bahasa itu bersifat sejagat. Sesiapa sahaja bebas menuturkannya kerana bahasa adalah milik bersama. Bahasa Bersifat Dinamik

Bahasa dikatakan bersifat dinamis kerana berpotensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Hal ini akan terus berlaku selagi penuturnya terus bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat yang lain.

Pertembungan budaya dan manusia dengan manusia yang lain menyebabkan pertambahan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu, namun struktur dan tatabahasa sesuatu bahasa itu lazimnya tidak akan berubah.

Sebagai contoh, kita lihat kewujudan komputer dan teknologi maya pada hari ini telah menyebabkan banyak kosa kata baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan bahasa Melayu sentiasa dikemaskini dan relevan dengan perkembangan semasa. Terdapat juga sumber lain yang menyatakan bahasa bersifat dinamis itu boleh terjadi pada semua peringkat linguistic jati.

> urutan konsonan: klinik, abstrak, psikologi

> kehadiran fonem baharu: / f /, / kh /, / sy /

> kehadiran alomorf: mengehadkan, mengebom,

mengeramhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa Bahasa Bersifat Variasi

Bahasa bersifat variasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa itu. Kepelbagaian itu boleh melibatkan cara dan gaya mengajarkannya, istilah-istilah khusus yang digunakan, dan struktur sintaksis bagi sesuatu variasi bahasa itu.

Masyarakat sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai status sosial dan latar belakang budaya. Oleh itu, bahasa yang digunakan bervariasi dan beragam. Variasi bahasa dicerminkan oleh ideolek, dialek dan ragam.a) Ideolek : variasi atau ragam bahasa yang bersifat individu.

b) Dialek : variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompok masyarakat

pada tempat dan waktu tertentu.

c) Ragam : variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu, seperti ragam baku, ragam lisan, ragam tulisan, ragam sasteraTerdapat beberapa pandangan lain yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa tentang ciri-ciri bahasa. Antaranya, Anderson (1972), menyenaraikan lapan ciri yang berkaitan sifat bahasa yang dianggap universal bagi semua bahasa di dunia ini, iaitu:(a)Bahasa merupakan satu sistem.(b)Bahasa terdiri daripada vokal dan bunyi-bunyi ujaran.(c)Bahasa terdiri daripada lambang-lambang yang arbitrari.(d)Bahasa terbinan daripada kebiasaan.(e)Bahasa merupakan alat perhubungan.(f)Bahasa berhubung erat dengan budaya tempat bahasa itu dituturkan.(g)Bahasa sentiasa berubah-ubah.(h)Bahasa mempunyai sifat-sifat khas dan unik.Brown (1980), juga sependapat dengan Anderson yang mengatakan bahawa bahasa bersifat universal. Beliau telah merumuskan lima ciri umum bahasa seperti yang berikut:(a)Bahasa merupakan satu sistem yang sistematik.(b)Bahasa merupakan sekumpulan lambang yang sewenang-wenangnya.(c)Lambang bahasa boleh bersifat bunyi, visual atau grafik.(d)Lambang bahasa mengandungi makna kebiasaan.(e)Bahasa bersifat kemanusiaan, iaitu dimiliki oleh semua orang atau bangsa

serta diperoleh dengan cara yang hampir sama.Secara umumnya, bahasa ialah anugerah Tuhan yang dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh manusia. 6.0 FUNGSI FUNGSI BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu yang diujarkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. mempunyai peranan dan fungsi yang pelbagai, iaitu bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa pengantar dan bahasa perpaduan. Dua peranan penting bahasa melayu, ialah sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa Malaysia dalam segala lapangan dan sebagai alat komunikasi masyarakat serta alat perpaduan rakyat Malaysia yang mempunyai masyarakat yang majmuk.Bahasa Melayu mempunyai dua bentuk, iaitu formal dan tidak tidak formal. Bahasa Melayu formal ialah bahasa Melayu standard yang dituturkan dengan cara sistematik mengikut peraturan-peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan. Bahasa melayu tidak formal pula ialah bentuk bahasa umum yang digunakan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Bahasa ini tidak terikat dengan peraturan tatabahasa dan digunakan dalam berbagai-bagai keadaan.Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan harian dan bahasa ibunda di Kepulauan Melayu dan ianya merangkumi bahasa bumiputera seperti bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Bahasa RasmiDefinisi bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan. Bahasa rasmi merupakan sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka. Selepas merdeka, Malaysia telah menggantikan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti perlaksanaan bahasa melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan terutamanya urusan pentadbiran negara.Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti :

a) Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negarab) Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan.c) Penulisan dokumen dan semua rekod kerajaan.d) Sebagai media untuk menulis semula undang-undang negara dan

peraturan negara.e) Digunakan dalam penulisan semua jenis borang-borang rasmi negara.

Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi wahana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun. Dengan menghayati dan menghormati semangat perlembagaan itu, maka setiap perlaksanaan dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Walau bagaimanapun, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi kecuali, dalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, hubungan diplomatik dan sebagainya. Dengan menekankan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai bahasa rasmi. Pengiktirafan yang sama seperti bahasa rasmi juga diberikan kepada bahasa minoriti contohnya bahasa Mandarin dan Tamil. Namun pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi jelas termaktub dalam :

(i)Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 Fasal 1 (a) dan fasal 3

(ii)Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Seksyen 2 dan Seksyen 6.

Bahasa KebangsaanKonsep bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan dan memperlihatkan lambang sesuatu bahasa atau negara. Ianya juga digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi. Fungsi utama bahasa kebangsaan secara khusus adalah untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan serta kemerdekaan. Terdapat banyak lagi fungsi bahasa kebangsaan yang mempunyai peranannya yang tersendiri. Antaranya ialah :

a)Menyatukan rakyat dan menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini.

b)Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.

c)Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.

d)Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.Pada 31 Ogos, Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Sebagai sebuah negara yang merdeka, ianya haruslah mempunyai satu bahasa kebangsaan untuk menjadi dasar bagi satu indentifikasi nasional. Justeru itu, Perkara 152 Perlembagaan Perseketuan telah memperuntukan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan langsung sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah meperuntukkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Perenggan tersebut berbunyi :

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan seperti yang diperuntukan dalam undang-undang oleh parlimen.

Walau apa pun peruntukan Fasal (I) selama tempoh 10 tahun , selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukan oleh parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua majlis parlimen, dalam Dewan Negeri dan segala maksud rasmi yang lain.

Walau apa pun peruntukan Fasal (I) selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga lainnya diperuntukan oleh parlimen, naskah yang sahih :

a) Bagi segala rang undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana majlis parlimen.

DAN

b) Bagi segala akta parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan hendaklah dalam bahasa Inggeris.

Untuk memenuhi hasrat ini, pada peringkat awal bahasa kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah. Setelah kedudukan bahasa Melayu mantap dan menjadi keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan dan memupuk keperibadian masyarakat maka istilah Bahasa Malaysia pula digunakan. Selepas peristiwa 13 Mei, istilah bahasa Malaysia digunakan secara meluas untuk membawa erti hak ataupun kepunyaan rakyat Malaysia namun, tarafnya sebagai bahasa kebangsaan tetap tidak pernah berubah dan terus kekal dalam perlembagaan negara. Terdapat perbezaan antara bahasa kebangsaan dengan bahasa rasmi. Ada bahasa rasmi yang juga diiktiraf melalui perundangan dan menjadi bahasa yang lebih dominan dan paling ketara digunakan dalam sebuah negara berbanding bahasa kebangsaan negara itu sendiri. Hal ini bermakna bahasa kebangsaan negara itu hanya tinggal sebagai lambang sahaja. Bahasa IlmuDefinisi bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian dan menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga tahap tertinggi. Fungsi bahasa ilmu ialah untuk menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu dan menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian. Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam bahasa Melayu disamping memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu. Hal ini, bermakna tidak lagi berada pada tahap yang rendah, sebaiknya dicerna sebagai bahasa elit dan bahasa cerdik pandai yang bertanggungjawab untuk membina pemikiran dan pembagunan negara.Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa.

a) Keintelektualan Bahasa

Keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata dan struktur bahasa.

b) Kesempurnaan Bahasa

Kesempurnaan bahasa boleh dicapai melalui kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya.

Dalam sumber lain, Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyokong bahasa Melayu diangkat dan diiktiraf sebagai bahasa ilmu.

Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan terus diberi penekanan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini diperlihatkan dalam fokus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui teras kedua pelan ini iaitu membina Negara Bangsa.http://www.tranungkite.netBahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekali gus telah menjadi bahasa yang penting dan utama dalam bidang keilmuan moden pada hari ini. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu harus dapat berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi. Bahasa PengantarDefinisi bahasa pengantar ialah, bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.Semasa era pemerintahan British, penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan amat terhad. Hal ini kerana, bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu sehingga darjah 4, di Maktab Perguruan Sultan Idris dan di Maktab Perguruan Perempuan Melaka. Pada tahun 1956 Penyata Razak mula dilaksanakan. Perkara ini merupakan asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan.Dasar ini menyarankan:Tujaan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar. Walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendak diperbuat dengan beransur-ansur.Dasar ini dijalankan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar yang utama. Penyata ini kemudiannya disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran pada ketika itu. Jawatankuasa ini mengeluarkan Laporan Rahman Talib 1960. Antara cadangan yang melibatkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah: a) Pelajaran rendah dalam bahasa kebangsaan dimajukan dengan mengadakan pelajaran menerusi bahasa kebangsaan di sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan dengan syarat ada guru yang sesuai, dan semua sekolah rendah bantuan akan diubah menjadi sekolah kebangsaan ataupun jenis kebangsaan dengan mengadakan guru yang mendapat latihan yang sesuai.b) Bantuan separuh kepada sekolah menengah Cina dimansuhkan mulai bulan Januari 1960. Walau bagaimanapun, sekolah ini boleh menerima bantuan penuh sekiranya bahasa pengantar diubah kepada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

c) Semua peperiksaan awam di sekolah menengah dijalankan dalam bahasa-bahsa rasmi negara sahaja.

d) Menambah bilangan guru-guru terlatih untuk sekolah menengah kebangsaan dan guru-guru khas bahasa kebangsaan untuk sekolah menengah rendah jenis kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan.

e) Mengusulkan supaya langkah-langkah selanjutnya diambil bagi mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan Malaya. Dalam hal ini, tiap-tiap calon diwajibkan lulus dalam kebangsaan, bagi peperiksaan masuk sekolah menengah. Lulus bahasa kebangsaan juga diwajibkan bagi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun 1962.Bermula tahun 1968, bahasa pengantar yang asalnya bahasa Inggeris telah dialihkan kepada bahasa Melayu. Secara umumnya, perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah seperti berikut:

1958 bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah.

1970 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran kecuali bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

1973 semua mata pelajaran aliran sastera di sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.1973 hampir semua kursus yang dikendalikan oleh maktab perguruan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.1975 semua Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya.

1980 semua sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya di tingkatan 1 hingga 4.

1987 penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti tempatan.

1970 - Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal.Pada tahun 1983, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan secara sepenuhnya di sekolah-sekolah. Perkara ini menitikberatkan penguasaan kemahiran asas mmembaca, menulis dan mengira menggunakan bahasa Melayu, di samping memberikan pendidikan untuk membina sahsiah diri serta memupuk kemahiran berfikir. Asimilasi ilmu diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menenggah (KBSM) yang dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai disiplin ilmu dengan bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM yang bermutu bersandarkan ketepatan tatabahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. Tumpuan dan penekanan adalah untuk membimbing pelajar ke arah memupuk semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai-nilai murni Malaysia yang universal.

Antara perubahan yang disarankan dalam Penyata Rahman Talib dan dilaksanakan diperingkat sekolah rendah adalah tentang nama sekolah. Nama Sekolah Kebangsaan harus digunakan bagi mengantikan nama Sekolah Umum. Penyata Rahman Talib juga telah mencadangkan supaya semua Sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini menunjukkan bahawa, Penyata Rahman Talib berhasrat untuk mengubah corak pendidikan di sekolah rendah.Mulai tahun 1957, dua jenis sukatan telah digunakan, iaitu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk sekolah kebangsaan, menengah kebangsaan dan pelajar Melayu di sekolah menengah jenis kebangsaan. Keduanya, Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangsaan adalah untuk sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, Cina,dan Tamil serta sekolah menengah yang bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris. Satu sukatan pelajaran yang baharu untuk sekolah rendah telah digunakan untuk kedua-dua sekolah, iaitu sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan Inggeris pada tahun 1970 dan di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pada tahun 1971. Dengan itu, hanya ada satu sahaja sukatan pelajaran di sekolah rendah.

Satu langkah awal telah dijalankan dalam usaha untuk menubuhkan sekolah menengah kebangsaan, iaitu menubuhkan sekolah yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu dengan menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah menengah aliran Inggeris yang sedia ada. Pada tahun 1958, 153 buah kelas seperti itu telah ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah Inggeris. Pada tahun berikutnya, beberapa buah sekolah menengah aliran Melayu telah Berjaya didirikan, antaranya :

a) Sekolah Menengah Alam Shah ditubuhkan pada tahun 1959, yang dikhususkan untuk murid-murid lelaki sahaja.

b) Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib ditubuhkan pada tahun 1964, bagi murid-murid pantai timur Semenanjung Malaysia.

c) Sekolah Menengah Kolam Air pada tahun 1968, khas untuk murid-murid perempuan.

Untuk menjayakan syor-syor yang terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 telah membahagikan sekolah menengah kepada dua jenis, iaitu sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan. Di sekolah menengah kebangsaan, bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar. Bahasa Inggeris wajib dipelajari, di samping bahasa ibunda diajar atas permintaan ibu bapa.Banyak perubahan turut dialami oleh sekolah jenis kebangsaan Inggeris sebagai mana yang dialami oleh sekolah rendah kebangsaan Inggeris. Bahasa pengantar Inggeris di sekolah jenis ini mula ditukarkan secara beransur-ansur kepada bahasa Melayu. Kemuncak perubahan ini berlaku pada tahun tahun 1982 apabila Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris bertukar sepenuhnya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan.

Sebuah maktab khas dicadangkan agar ditubuhkan bagi guru-guru yang akan mengajar bahasa. Pada tahun 1957, beberapa buah pusat latihan perguruan telah dibina di beberapa bandar besar di semenanjung Malaysia. Dalam Penyata Razak, Maktab Perguruan Bahasa telah mendapat perhatian khusus. Maktab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk meninggikan taraf bahasa Melayu. Matlamat maktab ini ialah:i)Melatih guru-guru yang akan mengajar bahasa kebangsaan.

ii)Menjalankan penyiasatan dan penyelidikan ke atas bahasa-bahasa yang digunakan di Semenanjung Malaysia serta menyelidik cara pengajarannya.Untuk melaksanakan perakuan dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib, bahasa Melayu telah diajar di semua maktab perguruan dan pusat latihan harian. Di Maktab Kirkby dan Brinsford di England, bahasa Melayu telah pun dijadikan satu mata pelajaran. Mata pelajaran di maktab itu terbahagi kepada dua, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Kebangsaan merupakan mata pelajaran asas sahaja dan wajib dipelajari oleh guru-guru pelatih yang kebanyakannya terdiri daripada guru bukan Melayu.

Taraf mata pelajaran bahasa Melayu lebih tinggi daripada Bahasa Kebangsaan. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini, unsur-unsur kebudayaan dan kesusasteraan Melayu diajarkan. Pada tahun 1970, kelulusan dengan kepujian dalam Bahasa Melayu 2 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dijadikan salah satu syarat untuk memasuki maktab dan pusat latihan perguruan di negara ini.

Universiti Malaya ialah institusi pengajian tinggi tempatan yang pertama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun peranan bahasa Melayu tersebut hanya tertumpu kepada kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Bahasa Melayu sahaja.Di Universiti Malaya ada tiga kategori pengajaran bahasa Melayu menurut keperluan fakulti yang berlainan, iaitu:

a) Fakulti Ekonomi, Undang-undang, Pergigian, dan Kejururawatan, bahasa Melayu telah dijadikan syarat wajib lulus untuk penganugerahan ijazah.

b) Fakulti Sains, Sastera dan Sains Sosial, bahasa Melayu merupakan kursus akademik yang diwajibkan untuk semua pelajar.

c) Fakulti Perubatan dan Pendidikan, bahasa Melayu merupakan kursus akademik yang diwajibkan untuk semua pelajar.Di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), bahasa Melayu telah diajar sebagai satu kursus wajib dan dijadikan syarat untuk penganugerahan ijazah dan diploma. Pada tahun 1982, Fakulti Pengajian Pendidikan telah ditubuhkan dan salah satu kursus yang ditawarkan ialah Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP) di peringkat ijazah pertama dan sarjana. Di Universiti Sains Malaysia pula, bahasa Melayu yang diajarkan meliputi aspek kefasihan dan peristilahan. Kursus yang ditawarkan adalah wajib untuk semua pelajar dan kelulusan bagi tiap-tiap peringkat adalah wajib untuk penganugerahan ijazah. Pada tahun 1983, semua kursus sains serta perlaksanaan pengajaran dan peperiksaan menggunakan bahasa Melayu.Di Universiti Teknologi Malaysia, bahasa Melayu dimasukkan dalam kursus Pendidikan Umum yang diberi nama Kemampuan Bahasa. Pelajar diwajibkan lulus kertas ini, disamping kursus iktisas masing-masing.Kemuncak perjuangan menjadikan sistem pelajaran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu apabila tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan penubuhan universiti ini antara lain adalah untuk meningkatkan taraf bahasa Melayu kepada status bahasa pengantar di pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini, terutama dalam bidang sains dan perubatan. Bahasa PerpaduanBahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Bahasa Melayu mempunyai syarat-syarat untuk memenuhi keperluan menjadi bahasa kebangsaan serta melambangkan kesatuan dan perpaduan negara, iaitu menjadi asas kebudayaan kebangsaan dan menyatupadukan rakyat. Hal ini kerana, Malaysia mempunyai pola kepelbagaian bahasa berdasarkan rakyatnya yang majmuk.Pemimpin politik mempunyai kuasa serta berpengaruh untuk mencorakkan masa depan bahasa Melayu dan terus memartabatkannya sebagai bahasa perpaduan. Mereka harus mempunyai political will untuk menjamin bahasa Melayu terus berfungsi dan mampu mencapai keseimbangan yang rasional serta menguntungkan unsur-unsur antarabangsa dengan kebangsaan.Bahasa berperanan sebagai alat menyatupadukan bangsa dan ianya tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menentang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa Hindi sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa di seluruh nusantara. Hal ini kerana, bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah ianya merupakan bahasa yang digunakan untuk menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Perlembagaan Malaysia telah meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara. Dewan bahasa dan pustaka negara kita berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat dalam menjunjung bahasa iaitu bahasa Melayu yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun serta menyatupadukan rakyat Malaysia.7.0 LAMPIRAN

8.0 RUJUKAN

9.0 REFLEKSI

10.0 KESIMPULANBahasa Melayu - Polinesia

ASAL-USUL BAHASA MELAYU

Keluarga bahasa Austronesia

Bahasa-Bahasa Austronesia

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SEJARAH BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

RUMPUN AUSTRONESIA

KELUARGA NUSANTARA

KELUARGA POLINESIA

KELUARGA MELANESIA

KELUARGA MIKRONESIA

BAHASA AUSTRIS

BAHASA AUSTROASIA

BAHASA

TIBET-CHINA

BAHASA AUSTRONESIA

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAHASA

MELAYU KUNO

BAHASA

MELAYU KLASIK

BAHASA

MELAYU MODEN

BATU BERSURAT

PAGAR RUYUNG

(1356)

Ditulis dalam huruf India

Mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit

Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7

BATU BERSURAT

MINYE TUJUH

(1380)

Ditulis dalam huruf India

Terdapat penggunaan kata-kata Arab, seperti kalimah nabi, Allah dan rahmat

BATU BERSURAT

KUALA BERANG

(1303 - 1387)

Ditulis dalam tulisan jawi

Membuktikan bahasa Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad ini.

CIRI CIRI

BAHASA MELAYU

BAHASA SEBAGAI

SATU SISTEM

BAHASA SEBAGAI

SATU SIMBOL

BAHASA SEBAGAI

ALAT KOMUNIKASI

BAHASA BERSIFAT

ARBITRARI

BAHASA BERSIFAT

UNIK

BAHASA BERSIFAT

SEJAGAT

BAHASA BERSIFAT

DINAMIK

BAHASA BERSIFAT

VARIASI

FUNGSI

BAHASA MELAYU

BAHASA RASMI

BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA ILMU

BAHASA PENGANTAR

BAHASA PERPADUAN

Peringkat Sekolah Rendah

Peringkat Sekolah Menengah

Peringkat Maktab Perguruan

Peringkat Pengajian Tinggi