Sejarah BM BM1 Sem 1& Fungsi

download Sejarah BM BM1 Sem 1& Fungsi

of 12

description

fungsi bm

Transcript of Sejarah BM BM1 Sem 1& Fungsi

5

1.3 FUNGSI BAHASA MELAYU

Pengenalan

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebutBahasa Kebangsaan negara ini ialah Bahasa Melayu. Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat, bahasa Melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi.

Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu, akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu. Hal ini akan mendorong anda untuk mempelajari, menghayati, menguasai, dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, anda sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa kebangsaan negara ini kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara. Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu konsep.

1.3.1 Bahasa rasmiBahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan-urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan. Misalnya dalam sistem pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman dan sebagainya. Melihat kepada fungsi ini, maka bahasa kebangsaan juga boleh menjadi bahasa rasmi sesebuah negara. Namun demikian, bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan sesebuah negara, kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan.

Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957-1969, tetapi dalam urusan rasmi kerajaan, pentadbiran dan pendidikan, bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu, malah bahasa Inggeris mengatasi bahasa Melayu.

Bahasa kebangsaan seharusnya tunggal, sedangkan bahasa rasmi boleh lebih daripada satu. Misalnya di Singapura, bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya empat bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Tamil.

Namun di Malaysia, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi yang kukuh selepas kemerdekaan negara dan mengambil alih peranan bahasa Inggeris yang menguasai dan dominan pada suatu masa dahulu. Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dapat kita lihat dalam urusan surat menyurat rasmi, minit mesyuarat, dokumen kerajaan, ucapan belanjawan dan sebagainya.

1.3.2 Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara kerana Bahasa melambangkan bangsa. Setiap negara yang telah mencapai kemerdekaan harus memiliki satu bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti negaranya. Perlunya bahasa kebangsaan sebagai lambang penyatuan dan semangat kebangsaan serta kecintaan kepada negara dan bangsa.

Apabila negara Malaysia mencapai kemerdekaan tahun 1957, secara perlembagaan bahasa Melayu termaktub sebagai bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan melambangkan identiti kebangsaan sehingga kini. Hal ini jelas tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

1.3.3 Bahasa Ilmu

Bahasa ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan hingga ke peringkat tinnggi. Jelas di sini menunjukkan bahasa Melayu sebagai wadah dalam menyampaikan ilmu pengetahuan yang digunakan di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi pengajian tinggi.

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas, konsep serta istilah yang mampu mengungkapkan konsep dan pemikiran yang abstrak. Contohnya dalam bidang Ekonomi, bahasa Melayu mampu untuk menghuraikan dan menjelaskan konsep monopoli, defisit dan perbankan yang boleh difahami dengan jelas dan mudah.

1.3.4 Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan di peringkat sekolah rendah hingga peringkat institusi pengajian tinggi.

1.3.5 Bahasa Perpaduan

Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa kebangsaan.

Bahasa perpaduan ialah satu bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (majmuk). Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Untuk itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai sekaligus menyatupadukan rakyat yang berbagai-bagai kaum.

1.4 ASAL USUL BAHASA MELAYU

1.4.1 Asal-usul Bahasa Melayu

Pendahuluan: Asal UsulAsal usul orang-orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau hagairnanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang-orang Melayu. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Astronesia. Mereka datang dan daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia,dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Hal berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka mi telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian berlayar dan bercucuk tanam. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan dan masih dapat dilihat unsur-unsur persamaan. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris. Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam 3 keluarga ini, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina. Ini dapat dirajahkan seperti yang berikut:Bahasa-bahasa Austris

Austroasia

Austronesia

Tibet-Cina

Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia, antaranya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga dan Maori, bahasa-bahasa Melanesia, antaranya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian, dan bahasa-bahasa Mikronesia, antaranya bahasa-bahasa di kepulauan Marianna,Marshall, Carolina dan Gilbert. Secara rajah, cabang-cabang rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut:Austronesia

Nusantara

Polinesia

Melanesia

Mikronesia Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200300 bahasa. Oleh yang demikian, bahasa-bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu, seperti yang berikut:

1. Golongan Filipina: antaranya Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau, dan Tombulu.

2. Golongan Surnatera: antaranya Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Toba, Angkola-

Mendailing, dan sebagainya), Minangkabau,Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut.

3. Golongan Jawa: iaitu Sunda, Jawa, dan Madura.

4. Golongan Kalimantan: antaranya Iban, Kenya-Kayan, dan Melanau.

5. Golongan Bali-Sasak: iaitu Bali, Sasak, dan Sumbawa.

6. Golongan Gorontalo: iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol

7. Golongan Toinini: antaranya Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umahasa, dan Dampelasa.

8. Golongan Toraja: antananya Kaili, Baree, dan Wotu.

9. Golongan Loinang: antaranya Loinang dan Banggai.

10. Golongan Bunkii-Laki: antaranya Laki, Landawe, Moni, danMapute.

11. Golongan Sulawasi SLlatan: antaranya Makasan, Bugis, danSeko.

12. Golongan Muna-Butung: antananya Muna-Butung, ButungSelatan, Kenompa, dan Wolio.

13. Golongan Bima Sumba: antananya Bima, Manggarai, Timur, Ahor, Roti, Solon, Knoe,dan

Kupang.

14.Golongan Anbon-Timur: antaranya Kai, Tanimber, Anu,Wetar, Bura, Gonam, dan Bandar.

15.Golongan Sula-Bacon: antaranya dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa

Bacon.

16. Golongan Halimahera Selatan-Irian Ja~,ia:antananya Halmahera

Austronesia

Nusantara

Polinesia

Melanesia

Mikronesia

Sumatera Kalimantan Jawa Bali Sasak Filipina Sulawesi dll....

Melayu Aceh Minang Batak

Iban Kenya Kayan Jawa Sunda Madura

Perkembangan bahasa Melayu terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden. Menurut para pengkaji, bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula dari zaman Sriwijaya dan Jambi iaitu abad ke-7 hingga ke-11 masihi. Zaman peralihan pula dikatakan bermula di antara bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Melayu Klasik iaitu pada abad ke 12 dan 13 masihi. Bahasa Melayu klasik dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah era pembaharuan kesusasteraan Melayu pada abad ke-19 M.

Daripada kenyataan di atas, kelihatan bahawa bahasa Melayu ialah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia. Bilangan penutur asalnya sederhana,iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu,kepulauan Riau, dan di Sumatera. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang, seperti pedagang-pedagang dan Eropah dan Asia Barat, dan pengembara-pengembara dan India dan China.Untuk melihat perkembangan bahasa Mehayu, marilah kita tinjau keadaannya dan tarikh yang paling awal.

Seperti yang disebutkan di atas, sejarah awal kepulauan Melayu agak kabur. Tidak banyak diketahui tentang masyarakat dan bahasa orang-orang Austronesia yang datang menduduki daerah ini. Bahan-bahan sejarah mencenitakan kemunculan beberapa buah kerajaan penting, terutama kerajaan-kerajaan Hindu,sejak dari abad pertama tahun Masihi. Oleh sebab pengaruh dari India, terutamanya agama Hindu, maka bahasa Sanskrit, iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya. Mengikut Ismail Hussein (1966: 1011), melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Dan bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea-idea baharu yang tinggi-tinggi.Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang diguna pakai oleh masyarakat setempat dikenali sebagai bahasa Melayu purba dan dinamakan bahsa Melayu kuno apabila menerima pengaruh India.BM kuno mencapai zaman kegemilangannya dari abad ke -7 hingga abad ke-13 iaitu zaman kerajaan Sriwijaya.

Bahasa Melayu kuno menjadi bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca antara orang berlainan bahasa. Mereka yang menuturkan BM kuno zaman ini merangkumi semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Zaman ini kawasan alam Melayu diperintah oleh beberapa buah kerajaan Hindu dan Buddha.Pada abad ke-7 dan ke-13 terdapat 2 buah kerajaan besar iaitu kerajaan Sriwijaya dan kerajaan Majapahit. Antara kerajaan yang wujud zaman ini adalah seperti kerajaan Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu,Borneo dan vietnam ( kerajaan Champa ).Pengaruh utama adalah dan segi perbendahanaan kata. Banyak perkataan baharu diterima masuk ke dalam bahasa Melayu,iaitu perkataan-perkataan yang menyatakan aspek-aspek kebudayaan dan india dan hal-hal yang belum dialami oleh kaum bumiputera, yang meliputi bidang-bidang seperti: nama bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat penkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan dan senjata, penkataan-penkataan agama, ilmu pengetahuan, dan berbagai-bagai lagi. Antara contohnya: nama tubuh badan bahu, kepala, muka, dan rupa; barang perdagangan neraca, laba, kedai, dan kodi; alat penkakas bajan, pili, jala, penjara, dan sutera; ilmu pengetahuan guru, pujangga, bahasa, sastera, dan bijaksana; nama binatang gajah, singa,serigala, angsa, dan kuda; tumbuh-tumbuhan biji, cempaka, cendana, delima, dan kasturi; senjata -cemeti, sauku (cambuk), dan rena (tentera); perkataan agama dosa, surga (syurga), neraka, agama, dan puasa.

Perlu ditimbulkan di sini bahawa berkesannya pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bahasa Melayu disebabkan sifat bahasa Melayu yang mudah dibentuk dan dilentur untuk disesuaikan dengan segala keadaan dan kepenluan.Bahasa melayu kuno banyak dipengaruhi oleh ssstem bahasa Sanskrit seperti perkataan syukasyitta,athava,karana,tatakala dll. Bahkan jika ditinjau dan sudut sejarah penkembangan bahasa Melayu selanjutnya, inilah satu-satunya fakton utama yang telah menjadikannya bahasa yang mudah dipelajani, dan diterima sebagai bahasa penhubungan

oleh orang-orang daripada berbagai-bagai masyarakat bahasa. Istilah Melayu sangat baharu dijumpai daripada kesan kesan sejarah. Istilah ini timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina dalam tahun antara 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-la-yen yang mengirimkan utusan ke negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina. Letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan dengan tegas: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Walau bagaimanapun, sejarah menyatakan bahawa terdapat satu kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan walaupun bukti yang konkrit tentang bentuk atau tulisannya belum dijumpai lagi. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya beberapa batu bersurat yang mengandungi bahan-bahan bertulis yang mengikut setengah-setengah pendapat ditulis dalam bahasa,yang bentuk dan susunannya dapat dikatakan bahasa. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya beberapa batu bersurat yang mengandungi bahan-bahan bertulis yang mengikut setengah-setengah pendapat ditulis dalam bahasa, yang bentuk dan susunannya dapat dikatakan bahasa Melayu iaitu aksara Palava iaitu sejenis tulisan yang asal dari selatan India. Pengaruh Hindu dan Buddha amat kuat dalam bahasa dan budaya zaman melayu kuno. Tulisan Palava, tulisan rencong dan tulisan kawi adalah bentuk-bentuk tulisan yang digunakan masyarakat zaman ini.

BM kuno mempunyai ciri-ciri khusus seperti banyak terdapat kata pinjaman bahasa Sanskrit, bunyi (b ) ialah (v) bulan (vulan ),tiada bunyi e pepet dengan (dngan), awalam ber- ialah mar- - berlepas (marlapas), awalan di- ialah ni diperbuat (niparvuat) dan sebagainya. Bukti penemuan 4 buah bersurat ditempat-tempat berikut :-

1. Di Kedudukan Bukit, Palembang 683 Masihi

2. Di Talang Tuwo, Palembang 684 Mesihi

3. Di Kota Kapor, Pulau Bangka 686 Mesihi

4. Di Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi 686 Mesihi

5. Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah 832 mesihi

Bukti ini menunjukkan bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu sejak beratus ratus tahun dahulu.

Bahasa Melayu klasik berkembang selepas zaman peralihan pada abad ke-12 dan ke-13 masihi. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu menyebabkan pertembungan budaya dan agama di antara Budha dengan Islam. Pada masa inilah zaman peralihan tahap bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik. Zaman peralihan di Kepulauan Melayu berlaku akibat kedatangan Islam dan mempengaruhi sistem dan budaya hidup masyarakat pada masa itu yang begitu tebal dengan anutan dan ikutan agama Hindhu Budha. Catatan Marco Polo seorang pengembara yang pernah sampai di Sumatera pada tahun 1292 M mengatakan pada masa itu agama Islam telah berkembang di sana. Kemudiannya agama Islam telah tersebar ke Melaka. Pada masa ini bahasa Melayu telah digunakan begitu meluas dalam memperkembangkan agama Islam dan menjadi bahasa Lingua franca.Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu KlasikPeralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

1. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

ditulis dalam huruf India

mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.

bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

2. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

masih memakai abjad India

buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

3.. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

ditulis dalam tulisan Jawi

membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisanCiri-Ciri BM Klasik

Ayat panjang dan berulang-ulang

Bentuk ayat pasif dan songsang digunakan

Menggunakan gaya bahasa istana

Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, sahaya,masyghul dll

Banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun, kendatipun dll Banyak menggunakan partikal pun

Menggunakan aksara jawi aksara pinjaman bahasa Arab

Menerima pelbagai kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang

Frasa dan ayat pengaruh bahsa Arab ketahuilah olehmu,maka kemudian daripada itu , sunat berbuka atas tamar dll

Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam bentuk tulisan MelayuZaman kegemilangan BM klasik berlaku setelah pemerintah kerajaan Melayu memeluk agama Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada para pedagang Islam yang datang dari Arab dan Parsi. Di sini berlaku penyerapan unsur bahasa Arab dan Parsi dalam BM dan telah melenyapkan BM kuno. Tiga buah kerajaan Melayu zaman ini ialah Kerajaan Melaka, Kerajaan Acheh dan Kerajaan Johor-Riau..

Zaman kerajaan Melaka

Zaman kerajaab Acheh

Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. hasil karya terkenal seperti Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, Bustanus Salatin,Sulalatus salatin,Sejarah Melayu, Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Hang Tuah , Misa Melayu, Undang-Undang Laut Melaka dan tajus salatin.

Kemerosotan bahasa Melayu tidak benterusan. Pada awal abad kedua puluh, semangat kebangsaan bengema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda meneka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru

Melayu, dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita mi. Akhban dan majalah menjadi salunan utama untuk melaung-laungkan hasrat mi. Pertubuhan-pentubuhan bahasa dan sastera muncul sepenti cendawan, masing-masing ghairah menyuarakan semangat baharu, secana langsung dan tidak langsung. Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa Bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu Dengan perakuan di atas, maka bermulalah era baharu bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pennah mengenal zaman kegemilangan dan menjadi lingua franca bagi seluruh daerah kepulauan Melayu. Sebagai bahasa kebangsaan negara baharu yang bendaulat, bahasa Melayu dikehendaki memikul beban tugas baharu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh bahasa Melayu sejak tahun 1957, ketika negara ini mencapai kemerdekaan. Pada amnya sesuatu bahasa itu berkembang dan maju.Bahasa Melayu ModenBermula pada abad ke-19. Hasil karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Abdullah Munsyi dalam hikayatnya iaitu Hikayat Abdullah dihasilkan tahun 1849 menyatakan kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasanya sendiri.Di sini bermulanya kesedaran bangsa Melayu tentang peri pentingnya mempelajari bahasa sendiri sebagai memelihara maruah dan tamadun bangsa. Sejarah perkembangan BM bermula dengan urutan seperti berikut:-

1. Lahirnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa 1888

Pengasasnya Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato Ahmad Ibrahim Munsyi mereka mempunyai kedudukan penting dalam kerajaan negeri Johor. 1883 belia dilantik Ketua Jabatan Pelajaran Johor setelah berjaya menubuhkan empat buah sekolah Melayu. 1878 beliau menerbitkan kitab Pimpinan Johor yang memperkatakan nahu melayu dan dijadikan buku pelajaran di sekolah-sekolah negeri Johor. Dato Ab. Rahman Andak mendapat pendidikan di England dan bertugas di pejabat sultan, SUK Johor dan penasihat politik kerajaan Johor.Pertubuhan ini bertujuan untuk mengendalikan perbincangan-perbincangan tentang bahasa dan menubuhkan kutub khanah sebagai pusat sumber berkaitan bahasa. Mengasuh ahli dalam soal bahasa. Tujuan utama pertubuhan ini ialah memelihara, melengkapkan dan memodenkan Bm dan memelihara tulisan jawi, menstandardkan sisten ejaan, mencipta perkataan baharu, mengembang bahasa melalui ceramah, mengeluarkan jurnal 6 bulan sekali dan membina perpustakaan. Pakatan ini juga menubuhkan JK, istilah yang bertugas menggubal istilah tugas pembinaan dan pengembangan bahasa.2. Persaudaraan Sahabah Pena Malaya 1930-an di Pulau Pinang

Dipelopori oleh Syed Syekh Al-Hadi melalui akhbar saudara dan mengelolakan ruangan sahabat pena dalam akhbar tersebut yang kemudiannya berkembang menjadi Persatuan Persuratan Melayu yang besar serta bertaburan di seluruh Tanah Melayu, Singapura, Labuan,Borneo, Utara Berunai dan Sarawak.

Tujuan penubuhan persatuan ini adalah memperluaskan ahli daripada mengarang kepada baca membaca dan menggalakkan karang-mengarang dalam bahasa dan buku-buku Melayu , mendirikan sebuah khitub khanah. 1938 berjaya menerbitkan majalah Suara Pena dan Pancaran Pena 1939.3. Pejabat Karang Mengarang Diasaskan oleh O.T Dussek dan Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaaba ) di MPSI, Tanjung Malim 1924. Pejabat ini dibiayai oleh kerajaan negeri Selat dan negeri Bersekutu. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeluarkan buku-buku sekolah Melayu dan mengeluarkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu.

Antara tahun 1924 1957 pejabat ini berjaya menerbitkan 85 buah buku, iaitu buku bacaan sekolah,buku teks mata pelajaran sekolah, buku pekerjaan tangan dan buku panduan seperti ilmu . Sebanyak 64 buah buku terjemahan untuk umum dan kanak-kanak juga diterbitkan. Sumbangan pejabat karang mengarang dalam bidang bahasa terbatas kepada murid dan guru-guru sekolah Melayu. Dari sinilah asas terbinanya pengetahuan BM dan ilmu karang mengarang dalam kalangan orang-orang Melayu dan sumbangan guru-guru lepasan MPSI menabur bakti di seluruh negara asas kebangkitan kesedaran BM sebagai bangsa yang dijajah.4. ASAS 50 dan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 6 Ogos 1950.

Selepas perang dunia kedua, angkatam penulis generasi muda membentuk persatuan penulis dengan nama Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 50 ) di Singapura. Penggerak awalnya Masuri SN, Keris Mas dan Asraf yang matlamatnya untuk memperluas dan meningkatkan kesususteraan dan kebudayaan Melayu, melindungi hak-hak ahli dan pengarang, mengadakan pembaharuan dalam sastera.

Kesatuan guru-guru Melayu Singapura menubuhkan Lembaga Bahasa Melayu untuk mengawal, memperbaik,memperluas, memperkaya serta menghidupkan bahasa, dan membincangkan hal-hal kesulitan BM kepada orang ramai- ahlinya ialah penulis-penulis lama.Kongres Bagasa dan Persuratan Malayu berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 21 September 1956 Cadangan menubuhkan DBP dan ASAS 50 telah menghantar memorandum mengenai rang undang-undang DBP kepada kerajaan pada 15 April 1969 untuk menunjukkan betapa penting soal bahasa dan sastera di negara ini.5. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka 22 Jun 1956

Sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran dan 1959 Ordinen DBP diluluskan di Parlimen dan pindaan 1972 berperanan untuk memaju dan memperkayakan bahasa Kebangsaan, memajukan bakat sastera terutama dalam BK, mencetak / menerbitkan buku-buku, risalah danbentuk persuratan lain dalam BK dan bahasa-bahasa lain, menyamakan ejaan dan bunyi sebutan serta menggubal istilah-istilah dalam BK. Setelah tiga dekat berlalu DBP telah melampui impian dan harapan pejuang bahasa terdahulu bukan sahaja berperana sebagai Balai Pustaka tetapi sebagai Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.Dari tapak pertama di Bukit Timbalan JBharu dengan petugas seramai 17 orang telah berkembang kepada 1000 petugas, operasinya bukan sahaja di Semenanjung malah ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1977. DBP melaksanakan tiga tugas besar iaitu membina dan mengembangkan bahasa dan sastera serta melaksanakan penerbitan buku-buku ilmu pengetahuan.

Menjelang abad ke -21 BM hampir menyamai taraf bahasa-bahasa lain di dunia seperti BI,Perancis,Jepun, Jerman, Rusia dan China BM digunakan sebagai bahasa ilmu dan bahasa ilmiah, maka taraf keintelektualan BM berlaku pada semua peringkat dengan mampu merkatakan hal-hal keilmuan yang abstrak, tepat dan tegas dan mencapai tahap kematangannya pada abad ke-21. EMBED Unknown

EMBED Unknown

1.4.2 Perkembangan Bahasa Melayu

1.4.2.1 Bahasa Melayu Kuno

1.4.2.2 Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

PAGE 4