Sejarah Bola Sepak

Click here to load reader

description

silakan untuk download ye

Transcript of Sejarah Bola Sepak

Sejarah Bola Sepak MalaysiaKali ini ak nk kongsi sikit psl sejarah bola sepak MALAYSIAsesapa yg masih sayangkan bola sepak MALAYSIA leh la bc utk menambahkan pengetahuan tentang bola sepak MALAYSIAwalaupn hanya tinggal sejarah,ia adalah sejarah yg sepatutnya dijadikan pemangkin utk kita sama2 kembalikan mutu bola sepak MALAYSIAkorang bc la dl SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA BOLA SEPAK dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933. Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954. Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 1960. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975. FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini.

PASUKAN KEBANGSAAN SEBELUM terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak negara dikenali sebagai pasukan Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan muncul antara pasukan terkuat di rantau Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an ketika era Datuk Ghani Minhat. Pencapaian terbaik Malaya ketika itu ialah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia.

Kegemilangan pasukan negara berterusan selepas pembentukan Malaysia. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran. Ketika inilah lahirnya legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang mempunyai rekod 125 gol daripada 167 penampilan antarabangsa. Mohktar atau nama gelarannya Supermokh mula mewakili negara pada Pestabola Merdeka tahun 1972 sebelum membuat penampilan terakhir ketika Malaysia menentang Korea Selatan pada saingan Pra Piala Dunia tahun 1985. Namun, bagi pasukan kebangsaan, rekod cemerlang terus dilakar apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, namun kerajaan Malaysia memboikot temasya tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan negara bagaimanapun tercemar pada tahun 1994 ekoran berlakunya skandal rasuah terbesar yang melibatkan ramai pemain utama selain pasukan gergasi negara.

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan dikawal sepenuhnya olehPersatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini yang bergelar Harimau Malaya disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun ia nampak bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos pada bulan Disember 2009 dan juga mencipta kejutan apabila menewaskan Korea Selatan 1-0 pada tahun 2010 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Musuh tradisi Malaysia pada masa dahulu ialah Korea Selatan. Namun apabila bola sepak Malaysia mula merudum sekitar tahun 90an dan awal tahun 2000, musuh tradisi pasukan Malaysia pada masa kini ialah Singapura dan Indonesia.

Sejarah[sunting]Pasukan

Kebangsaan

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesiasetelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.[1]

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullahdan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin.[1]

Malaysia berjaya melayakkan diri

ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980. Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain legenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) danR. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya, menjaga gawang gol. Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun

pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.[2]

Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali. Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untukRC Strasbourg)d an Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan. Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropaj yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an. Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila memberikan pingat emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM manaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan pada kejohanan seterusnya. [sunting]Era

Allan Harris

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemainpemain remaja diletakkan atas kendalian beliau. Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006. Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemainpemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu. [sunting]Era

Bertalan Bicskei

Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei. Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia. Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei, telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.[3]

[sunting]Era

Norizan Bakar

Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 02 kepada Iran. [sunting]Era

B. Sathianathan

Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam. Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walaubagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA. Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM. [sunting]Era[4]

K. Rajagopal

Semenjak K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada

perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.[5]

Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, skuad kebangsaandi bawah 23 tahun tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke Separuh Akhir, apa lagi menamatkan kemarau Pingat Emas Malaysia dalam acara bola sepak. Bermula dengan kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad Malaysia kemudiannya tumpas kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3. Kekalahan ini turut dicemari dengan insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain Malaysia Zaquan Adha A Razak diberikan kad merah oleh pengadil dari Korea Selatan. Kekalahan ini telah menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir kerana terpaksa mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A. Perlawanan ketiga kumpulan A memperlihatkan pasukan Malaysia yang sedikit goyah akibat insiden perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap berpihak kepada Malaysia 4-0. Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia telah membuat kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu dengan keputusan 2-1, jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir perlawanan. Melangkah ke Separuh Akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti Malaysia. Terikat dengan keputusan 11 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat 2 pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan 2 gol, lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusam 31. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia, yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1-0. [sunting]Pertembungan

semula Malaysia dan Korea Selatan tahun 2010

Malaysia bertembung dengan Korea Selatan sekali lagi dalam perlawanan persahabatan sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia - Korea Selatan. Dalam perlawanan persahabatan yang melibatkan kedua-dua pasukan bawah 23 tahun ini, Korea Selatan datang untuk menguji kemampuan Malaysia yang pernah meraih pingat emas sukan sea Laos 2009. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, pertembungan semula ini mengimbau kembali kegemilangan bola sepak Malaysia dimana ketika itu Korea Selatan sajalah satu-satunya musuh tradisi Malaysia yang cukup dikenali dan kedua-dua pasukan ini sering saja bertemu dalam perlawanan bola sepak zon asia. Malaysia yang dilatih K.Rajagopal yang juga skuad juara Sukan Sea ini turun dengan penuh keyakinan untuk menghadapi Korea Selatan. Perlawanan ini juga merupakan ujian yang paling getir kerana sedia maklum Korea Selatan merupakan pasukan yang sudah menjadi wakil tetap ke Piala Dunia sejak tahun 1986 dan juga antara yang terkuat di Asia ketika ini. Meskipun Malaysia berada di ranking 142 dunia, Malaysia mencipta kejutan apabila berjaya menjaringkan gol menerusi Safiq Rahim dari luar kotak penalti. Gol tersebut menggamatkan 3000

penyokong Malaysia di stadium Bukit Jalil. Malaysia mencipta sejarah dalam perlawanan persahabatan tahun 2010 apabila menang ke atas Korea Selatan 1-0. Kali terakhir Korea Selatan menentang Malaysia adalah pada tahun 1995 dalam Pestabola Merdeka dimana ketika itu Malaysia menang 2-1. Kemenangan ini juga lantas memberi keyakinan kepada Malaysia untuk menghadapi cabaran dalam sukan asia dan Piala AFF yang akan datang. [sunting]Keputusan

terbaik Malaysia dalam perlawanan persahabatan(Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari) (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari) (Tahun 1993, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Matlan Marjan) (Tahun 2009, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Amri

Malaysia 1-1 England Malaysia 2-0 Arsenal Malaysia 2-4 England

Malaysia 2-3 Manchester United Yayah) Malaysia 1-0 Korea Selatan [sunting]Pencapaian [sunting]Rekod

(Tahun 2010, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Safiq Rahim)

Piala DuniaRekod Piala Dunia FIFA

Tahun

Pusingan

Kedudukan P M S K J B

1930 -

1970 Tidak menyertai

-

- - - - - -

1974 -

2010

Tidak layak

-

- - - - - -

Jumlah

-

-

- - - - - -

[sunting]Rekod Sukan

Olimpik

Rekod Sukan Olimpik

R

Tahun

Pusingan

Kedudukan P M S K J B

Tahun

Pusingan

1900 -

1960

Tidak layak

-

- - - - - -

Pusingan Pertama

1964

Tidak layak

-

- - - - - -

1972 Pusingan Pertama

1968

Tidak layak

-

- - - - - -

Pusingan Pertama

1972

Pusingan Pertama

10/16

3 1 0 2 3 9

1976

Tidak layak

-

- - - - - -

1980

Layak tetapi memboikot

-

- - - - - -

1984 -

2008

Tidak layak

-

- - - - - -

Jumlah

2/24

-

3 1 0 2 3 9

Kejohanan bawah 23 tahun sejak 1992 [sunting]Rekod Piala Asia

Rekod AFC Piala Asia

Tahun

Pusingan

Kedudukan P M S K J B

-

1956 hingga 1972

Tidak layak

-

- - - - - -

1976

Pusingan Pertama

5/6

2 0 1 1 1 3

1980

Pusingan Pertama

6/10

4 1 2 1 5 5

-

1984 hingga 2004

Tidak layak

-

- - - - - -

2007

Pusingan Pertama

16/16

3 0 0 3 1 12

Jumlah

3/14

-

9 1 3 5 7 20

**Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah. [sunting]Rekod Sukan

Asia

Rekod Sukan Asia

Tahun

Pusingan

Kedudukan

P M S K

J

B

1951 Tidak menyertai

-

-

- - -

-

-

1954 Tidak menyertai

-

-

- - -

-

-

1958 Pusingan Pertama

12/14

3

0 0 3

2

8

1962

Tempat Ketiga

3/8

5

3 0 2 23 9

1966 Pusingan Pertama

15/17

3

0 0 3

1

5

1970 Pusingan Pertama

16/16

3

0 0 3

0

4

1974

Tempat Ketiga

3/15

7

3 2 2 20 13

1978 Pusingan Kedua

7/14

5

2 0 3

4 10

1982 Pusingan Pertama

14/16

3

0 0 3

1

4

1986 Pusingan Pertama

15/18

3

0 1 2

2

5

1990 Tidak menyertai

-

-

- - -

-

-

1994 Pusingan Pertama

11/18

4

1 1 2

6 11

1998 Tidak menyertai

-

-

- - -

-

-

2002 Pusingan Pertama

11/16

3

1 0 2

3

6

2006 Pusingan Pertama

23/24

3

0 0 3

2 10

Jumlah

11/15

2 Tempat ketiga 42 10 4 28 64 85

Kejohanan bawah 23 tahun sejak 2002 [sunting]Rekod Piala Tiger/Piala AFF/AFF Piala Suzuki

Rekod Piala Tiger/Piala AFF/AFF Piala Suzuki

Tahun

Pusingan

Kedudukan P M S K J

B

1996

Naib Juara

2/10

6

3 2 1 18 4

1998

Peringkat Kumpulan

6/8

3

0 1 2 0

3

2000

Tempat Ketiga

3/9

6

4 1 1 12 4

2002

Tempat Keempat

4/9

5

2 1 2 9

5

2004

Tempat Ketiga

3/10

7

5 0 2 14 9

2007

Separuh Akhir

3/8

1

5

1 3 1 6

3

2008 Peringkat Kumpulan

5/8

3

1 0 2 5

6

Jumlah

7/7

1 Naib Juara 32 15 8 9 59 28

*Menunjukkan keputusan seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti. **Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.1

Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam.

[sunting]Jadual

dan Keputusan Perlawanan Semasa

Maklumat terperinci: Keputusan perlawanan pasukan bola sepak Malaysia [sunting]Skuad

Senarai pemain untuk Kelayakan Piala Asia 2011 menentang Uzbekistan. Nama Tarikh Lahir Kelab

Penjaga Gol

Mohd Farizal Marlias

29 Jun 1986

Perlis

Syed Adney Syed Hussein

29 November 1986

Kelantan

Pertahanan

Mohd Sabre Mat Abu

8 Ogos 1988

Kedah

Mohd Azmi Muslim

17 Oktober 1986

Kedah

Norhafiz Zamani Misbah

15 Julai 1981

KL PLUS

Mohd Nasriq Baharom

2 Februari 1987

Selangor

Mohd Muslim Ahmad

25 April 1989

Harimau Muda

Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak

3 Ogos, 1987

Negeri Sembilan

Mahali Jasuli

2 April 1989

Harimau Muda

Pemain Tengah

Badrol Bakhtiar

1 Februari 1988

Kedah

Mohd Safiq Rahim

5 Julai 1987

Selangor

Mohd Amri Yahyah

21 Januari 1981

Selangor

Amar Rohidan

23 April 1987

Perlis

S. Kunalan

15 September 1986

Negeri Sembilan

Penyerang

Razali Umar Kandasamy

5 Ogos 1986

Perak

Norshahrul Idlan Talaha

8 Jun 1986

Kelantan

Ahmad Fakri Saarani

8 Julai 1989

Perlis

Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak

3 Ogos 1987

Negeri Sembilan

Pemain yang tidak tersenarai untuk perlawanan menentang Uzbekistan di Tashkent. Nama Tarikh Lahir Kelab

Mohd Sharbini Mohd Alawee

12 Disember 1986

Terengganu

Mohd Asraruddin Putra Omar

26 Ogos 1988

Selangor

Mazlizam Mohamad

19 September 1986

Perlis

Mohd Faizal Muhamad

3 Mac 1989

Harimau Muda

Mohd Bunyamin Umar

7 Januari 1989

UPB-MyTeam

K. Gurusamy

20 November 1988

Harimau Muda

Mohd Amirul Hadi Zainal

27 Mei 1986

Selangor

Mohd Syazwan Zainon

13 November 1989

Perlis

Ahmad Shakir Mohd Ali

7 Disember 1989

Harimau Muda

Farderin Kadir

30 Januari 1987

Kuala Muda Naza

Abdul Manaf Mamat [sunting]Bekas

8 April 1987

Terengganu

Pemain[sunting]1970-1980-an

[sunting]1950-1960-an

R. Arumugam Reduan Abdullah Santokh Singh Sau Chi Keung Dato' Soh Chin Aun Shukor Salleh Syed Ahmad Abu Bakar Wong Chun Wah Wong Kam Fook

Abdul Ghani Minhat Dali Omar

Bakri Ibni Hassan Sani Isa Bakar James Wong Khalid Ali Khoo Luan Khen Lee Kin Hong Lim Fung Kee

[sunting]Jurulatih

M. Chandran Marzuki Ismaun Mokhtar Dahari

Yip Chee Keong

Pasukan MalaysiaJurulatih P M S K*

Masa

J

B % Menang

20 April 2009 -

K. Rajagopal

6 1 3 2 7 5

16.66 %

29 Ogos 2007 - 1 Februari 2009

B. Sathianathan

14 5 4 5 29 24

35.71%

November 2005 - Julai 2007

Norizan Bakar

19 3 6 10 22 29

15.78%

Ogos 2004 - September 2005

Bertalan Bicskei

12 5 0 7 15 23

41.6%

Februari - Mac 2004

K. Rajagopal (Sementara)

3 0 0 3 1 9

0%

Januari 2001 - Julai 2004

Allan Harris

30 8 8 14 43 53

26.6%

Oktober 1998 - Disember 2000

Abdul Rahman Ibrahim

32 17 4 11 61 45

53.1%

Ogos 1998

Hatem Soussi (Jurulatih Piala Tiger 1998) 3 0 1 2 0 3

0%

Januari 1996 - Oktober 1997

Wan Jamak Wan Hassan

Julai 1995

Hatem Soussi (Pestabola Merdeka)

Februari 1994 - Disember 1995

Claude LeRoy

Januari 1992 - Ogos 1993

Ken Worden

Januari - Disember 1991

Rahim Abdullah

September 1990

Ahmad Shafie

1989

Trevor Hartley

1988

M. Chandran

1988

Richard Bate

1987

Abdul Rahman Ibrahim (Sukan SEA)

1986-1987

Jozef Venglos

1985-1986

Mohamad Bakar

1983-1985

Frank Lord

1982-1983

M. Chandran

1981

M. Kuppan (Piala Presiden Korea)

1981

Jalil Che Din (Pestabola Merdeka)

1980

Mohamad Che Su (Pestabola Merdeka)

1980-1982

Karl Heinz Weigang

1978

Chow Kwai Lam

1973-1977

M. Kuppan

1972

Jalil Che Din

1970-1971

Dave McLaren

Harold Hassall

1969

Abdul Ghani Minhat (Sementara)

Peter Velappan

C. De Silva

Otto Westphal

Choo Seng Quee

Edwin Dutton

Neoh Boon Hean

*

Hanya melibatkan perlawanan bertaraf FIFA 'A'.

Malaysia

Gelaran Pertubuhan Konfederasi Jurulatih Kapten

Harimau Malaya () Persatuan Bola Sepak Malaysia AFC (Asia) K. Rajagopal Norhafiz Zamani Misbah (2009-) Soh Chin Aun (252) Mokhtar Dahari (125) Stadium Nasional, Bukit Jalil MAS 139 75 (Ogos 1993) 170 (April 2008) 164

Penampilan terbanyak Penjaring terbanyak Stadium Kod FIFA Ranking FIFA Ranking tertinggi FIFA Ranking terendah FIFA Ranking Elo

Kit pertama

Kit kedua

Antarabangsa pertama Korea Selatan 3 - 2 Malaya (Singapura; April 13, 1953) Malaysia 1 - 1 Thailand (Kuala Lumpur, Malaysia; 1964)

Kemenangan terbesar Malaya 15 - 1 Filipina (Jakarta, Indonesia; Ogos 27, 1962) Malaysia 11 - 0 Filipina (Tehran, Iran; September 7, 1974) Kekalahan terbesar Malaya 1 - 6 Vietnam Selatan (Tokyo, Jepun; Mei 25, 1958) Malaysia 2 - 8 New Zealand (Kuala Lumpur, Malaysia; November 16, 1967) Malaysia 1 - 7 China (Bangkok, Thailand; Disember 20, 1978) AFC Piala Asia Penampilan Keputusan terbaik 3 (Pertama dalam 1976) Pusingan pertama, 1976, 1980dan 2007