Sejarah Cameron Highlands

23
Soalan a Sejarah Cameron Highlands Sekitar tahun 1885, William Cameron seorang juru ukur kerajaan British menjalankan kerja pemetaan telah menemui lokasi yang disifatkannya amat sesuai sebagai tanah pertanian bagi tanaman teh dan kediaman bangsa Eropah. Sejak itu, kawasan berkenaan dinamakan Cameron Highlands sempena nama beliau.

description

sejarah

Transcript of Sejarah Cameron Highlands

Sejarah Cameron Highlands

Soalan a

Sejarah Cameron Highlands

Sekitar tahun 1885, William Cameron seorang juru ukur kerajaan British

menjalankan kerja pemetaan telah menemui lokasi yang disifatkannya amat sesuai

sebagai tanah pertanian bagi tanaman teh dan kediaman bangsa Eropah. Sejak

itu, kawasan berkenaan dinamakan Cameron Highlands sempena nama beliau.

Cameron Highlands terletak di negeri Pahang dan berada di lingkungan Banjaran

Titiwangsa. Hanya pada 1920-an, jalan perhubungan mula dibina. Cameron Highlands mula dipenuhi dengan ladang-ladang teh, tanaman strawberi, kaktus, buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan lebah. Cameron Highlands terdiri daripada beberapa buah

bandar iaitu Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung

Raja. Cameron Highlands juga mencatat sejarah sebagai pusat rawatan kuda yang

pertama di Malaysia sejak tahun 1950-an.

Terletak di antara Tanah Rata dan Brincang, tersergam indah sebuah rumah besar yang lengkap dengan ciri-ciri tradisional Inggeris iaitu SmokeHouse lebih dikenali sebagai The SmokeHouse Hotel. Banglo kolonial Inggeris yang indah ini menyimpan satu nostalgia yang menarik untuk di kongsi bersama. Menurut sejarah, ia dibina oleh seorang penoraka Inggeris, Douglas Warin pada tahun 1937, merupakan sebuah hotel yang pertama yang masih kekal dengan ciri-ciri tradisional Inggeris di tanah tinggi Cameron Highlands. Hotel yang awalnya mempunyai enam buah bilik ini asalnya

merupakan tempat persinggahan sementara tentera Inggeris dan sebagai tempat

pengubat rindu mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka. Salah satu daya tarikan yang menarik mengenai smokehouse ini ialah terdapat pendiang api dan corong asap yang menjadi mercu tanda mengapa ianya dikenali sebagai SmokeHouse oleh penduduk setempat di masa itu yang melihat kepulan asap keluar melalui corong asap tersebut. Malahan di Smokehouse terdapat lima tempat pendiang api dan lima corong asap yang masih berfungsi sehingga kini. Apabila menjejakkan kaki di dalam Smokehouse anda seolah berada dalam suasana Inggeris . Menurut pengurus besar Hotel En. James, hiasan dalaman dari perhiasan dinding sehinggalah ke peralatan perabut kesemuanya di import khas dari England bagi mengekalkan konsep tradisional Inggeris. Tambah beliau, majoriti para pengunjung terdiri daripada pelancong dari Jerman dan Eropah yang ingin mengembalikan memori mereka apabila berada di sini.

Suku kaum Semai merupakan penduduk asal sebelum Cameron Highlands di buka secara rasmi pada tahun 1885. Suku kaum Semai masih mengamalkan ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam, memungut hasil hutan dan berniaga kecil-kecilan. Mereka masih tinggal dalam pondok dan berasa lebih selesa tinggal di rumah yang berdindingkan buluh berbanding dengan rumah moden.Bentuk-Bentuk Pencemaran di Cameron Highlands

Rajah 1 menunjukkan bentuk-bentuk Pencemaran yang berlaku di Cameron Highlands

Berdasarkan rajah I di atas, pencemaran udara mengalami lebih 20 peratus pencemaran. Pencemaran air dan kelodak dilihat mempunyai pencemaran yang hampir sama iaitu antara 60 hingga 70 peratus. Ini kerana aktiviti pembukaan kawasan hutan untuk tujuan sama ada untuk tujuan pembangunan mahupun pertanian. Pencemaran bunyi dilihat mengalami 50 peratus pencemaran. Hakisan tanah dan tanah runtuh menunjukkan kadar pencemaran yang sangat tinggi iaitu antara 80 hingga 90 peratus. Banjir kilat mengalami pencemaran kira-kira 40 peratus, pencemaran sampah sarap lebih kurang 20 peratus dan pencemaran air melebihi 50 peratus. Pembukaan kawasan baru untuk tujuan pembangunan telah mencemarkan sungai

Soalan b

Proses pembangunan merupakan aktiviti yang melibatkan perhubungan di antara manusia dan alam sekitar dan dilakukan bagi memenuhi tuntutan kemajuan untuk masyarakat. Pembangunan sering ditunjukkan dengan indikator seperti petunjuk ekonomi, kemudahan infrastruktur, kemudahan sosial dan budaya. Pelaksanaan pembangunan akan meningkatkan pencapaian ekonomi tetapi disebaliknya menimbulkan masalah apabila perancangan tidak dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan sikap masyarakat yang tamak sehingga menjejaskan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan pelbagai pembangunan sedang dijalankan. Hasil kajian mendapati pembangunan telah berlaku dengan pesat di Cameron Highlands dengan pembinaan jalan raya, pembukaan kawasan pertanian, pembinaan hotel, sekolah dan perumahan dan pembinaan empangan. Projek-projek pembangunan ini telah menyebabkan timbulnya pencemaran alam sekitar di kawasan ini.1. Pembinaan Jalan Raya Pembinaan jalan raya yang sedia ada dan sedang dalam pembinaan telah menyebabkan perubahan kepada persekitaran guna tanah di Cameron Highlands. Pembinaan jalan raya yang menghubungkan Simpang Pulai-Pos Slim-Kampung Raja-Lojing-Gua Musang sepanjang 178.3 km sebagai jalan perhubungan antara Timur-Barat Ketiga telah memberi kesan yang serius kepada kestabilan cerun. Banyak bukit telah ditarah yang boleh mendorong kepada hakisan permukaan dan tanah runtuh. Hakisan dan tanah runtuh secara tidak langsung akan mengotorkan sistem saliran dengan kandungan pepejal. Sungai-sungai yang dijangka akan ditimpa masalah ini ialah Sungai Telom, Sungai Terla, Sungai Ikan dan Sungai Burung yang akan menjadi cetek dan airnya menjadi keruh.

Cadangan pembinaan jalan raya yang menghubungkan tiga pusat peranginan tanah tinggi Malaysia (Cameron Highlands-Genting Highlands-Bukit Fraser) bagi tujuan membentuk satu koridor pembangunan baru yang berteraskan kepada keindahan dan peluang yang diberikan oleh kawasan tanah tinggi. Namun di sebalik impian tersebut semakin banyak kawasan semulajadi yang kaya dengan fauna dan flora yang unik akan terjejas dan terkorban di sepanjang laluan tersebut.

Projek penaiktarafan jalan raya dari Brinchang ke Kampung Raja yang dimulakan pada 29 Julai 1998 sepanjang 14 km turut mengakibatkan kelodak dan hakisan ke Sungai Burung, Sungai Terla dan Sungai Ruil. Kejadian hakisan permukaan dan tanah runtuh giat berlaku terutama dari kawasan di Kampong Raja ke Lojing. Cadangan pembinaan jalan raya dari Cameron Highlands ke Kuala Lipis melalui Sungai Koyan turut menjejaskan fauna dan flora di sepanjang laluan tersebut. Namun begitu, projek pembinaan jalan raya ini diperlukan bagi membuka peluang interaksi ekonomi di antara Cameron Highlands dengan kawasan lain. 2. Pembinaan Hotel dan Perumahan Bagi menyokong industri pelancongan yang pesat di Cameron Highlands pembinaan kawasan kediaman dan hotel telah muncul dengan pesat sekitar tahun 1990-an. Dianggarkan lebih 45 buah hotel yang terkenal telah didirikan bagi memberikan kemudahan kepada pengunjung. Pertumbuhan sektor ini berkembang pada kadar 3.2 peratus/tahun. Kebanyakan hotel/chalet dibina di atas bukit sekitar Tanah Rata, Ringlet dan Brinchang. Antara hotel yang terkenal yang telah didirikan ialah Chamelot Resort, Equatorial Hill Resort, Golf Course Inn, The Merlin, Ye Olde Smokehouse dan Heritage Hotel. Impak alam sekitar yang wujud secara serius hanya berlaku semasa proses pembinaan hotel pada peringkat awal. Namun begitu, kadar kekosongan adalah tinggi kerana kebanyakan unit perumahan ini disediakan oleh golongan pelancong yang hanya didiami pada jangka masa yang tertentu sahaja (musim percutian/bermusim). Pembinaan pelbagai projek yang sedang rancak ini dijangka akan menambahkan lagi permasalahan alam sekitar di kawasan ini yang agak sensitif. Kejadian tanah runtuh pada tahun 1998 kesan daripada projek pembinaan telah menyebabkan jalan perhubungan antara Kampung Raja, Terla dan Teringkap terputus dengan pekan Brinchang, Ringlet dan Tanah Rata. Ini telah menyebabkan pengeluaran hasil pertanian tidak dapat dibawa ke pasaran luar selama beberapa minggu dan telah menyebabkan kerugian kepada pengusaha.

Pembinaan projek perumahan kakitangan Majlis Daerah di Tanah Rata yang dibina di Puncak Arabella (betul-betul di atas bukit) telah menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang serius sehingga menyekat aliran Sungai Bertam. Keadaan ini telah memaksa pihak Jabatan Alam Sekitar untuk mengorek semula dan membuat benteng simen bagi mengelakkan kejadian yang sama terus berlaku. Antara projek perumahan guru yang sedang dalam proses pembinaan di Brinchang (bersebelahan dengan kawasan tadahan air Jabatan Bekalan Air) yang berada di atas bukit yang berpotensi menyumbangkan kepada masalah kemerosotan alam sekitar. Pembinaan sekolah rendah di Ringlet, sekolah menengah di Tanah Rata dan Brinchang dijangka akan memberi impak kepada persekitaran kerana kedudukannya di atas atanah bukit yang telah diteres.

3. Pembukaan Kawasan PertanianKeupayaan Cameron Highlands sebagai kawasan pengeluaran hasil pertanian tanah tinggi utama tetap kekal walaupun dilanda kawasan pertanian yang terhad. Sektor ini merupakan sektor yang paling penting untuk menjana ekonomi di Cameron Highlands terutama dengan pembukaan ladang pertanian (sayur dan bunga). Peningkatan hasil pertanian yang lebih intensif serta pembukaan kawasan baru di Lojing akan memberi manfaat yang besar kepada ekonomi kawasan ini. Aktiviti pertanian ini merupakan satu produk utama perlancongan agro walaupun secara keseluruhannya potensi tanah untuk pembangunan pertanian adalah kecil, iaitu sekitar 7.7 peratus kerana kedudukannya 900 meter dari paras laut amat sesuai untuk kekal sebagai kawasan hutan.

Pembukaan kebun sayur dan bunga secara giat dikatakan punca utama kepada impak alam sekitar di Cameron Highlands. Dianggarkan sebanyak 51 peratus kawasan pertanian dibuka untuk penanaman sayur, 39 peratus untuk tanaman teh dan sembilan peratus untuk tanaman bunga. Kawasan yang dibuka ini ditolak tanahnya ke bawah cerun yang kemudiannya memasuki sistem saliran menyebabkan pencemaran air. Namun begitu sektor ini amat penting kerana hasil daripada penanaman 25 jenis sayur seperti kobis, kobis cina, kobis bunga, tomato, kacang manis, capcicum, lobak putih dan yang terkini daylyly (kamcam) telah memberi pendapatan sebanyak RM 43 juta/tahun dengan jumlah pengeluaran sebanyak 82,000 tan/tahun. Manakala perusahaan penanaman bunga pula memberi pulangan sebanyak RM 35 juta/tahun bagi pasaran ke Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Jepun. Terdapat pelbagai jenis bunga yang utama yang diusahakan seperti ros, kekwa, teluki, peacock, anthurium, statice, lilium dan camellia . Dianggarkan jumlah keseluruhan tanaman bunga meliputi kawasan seluas 350 hektar meliputi kawasan Kuala Terla, Lembah Bertam, Brinchang dan beberapa kawasan lain.

Kesan daripada permintaan dan pendapatan yang tinggi ini telah menyebabkan pembukaan tanah pertanian sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. Menurut angka statistik, pembukaan tanah telah meningkat daripada 2,343 hektar pada tahun 1991 kepada 4,000 hektar pada tahun 1993 (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa 1996). Pada hakikatnya, tanah yang wajar diusahakan untuk pertanian pada tahun 1993 hanya dalam lingkungan 3,292 hektar sahaja (impak pada tahap minimun). Ini kerana, sebahagian tanah di Cameron Highlands yang sesuai dikekalkan sebagai hutan kerana berada pada paras ketinggian 1,200 hingga 1,500 meter dan amat sensitif kepada sebarang bentuk pembangunan tanah.

Aktiviti pertanian ini telah banyak menyumbang kepada kemerosotan sumber bekalan air, merendahkan kualiti air untuk kegunaan domestik serta sumber air tercemar dengan bahan-bahan kimia (racun perosak) di sekitar Kuala Terla, Lembah Bertam dan Brinchang. 4. Pembukaan Kawasan Pertanian Secara Haram Permintaan hasil pertanian yang tinggi menyebabkan pengusaha berlumba-lumba untuk meluaskan kawasan ladang mereka bagi memenuhi keperluan eksport daripada Singapura dan Taiwan. Keadaan ini mendorong mereka membuka tanah-tanah baru yang berhampiran dengan kebun/ladang asal mereka tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa. Dianggarkan tanah yang diusaha secara sah dan haram dalam kadar satu nisbah tiga, iaitu kadar satu tanah yang diluluskan dan tiga tanah yang dibuka secara haram. Pembukaan tanah secara haram seluas 25 ekar di kaki Gunung Brinchang (bersebelahan Ladang Teh Sungai Palas) untuk ditanam dengan bunga daylyly (kamcam) telah memberi kesan alam sekitar yang serius.

Pembukaan tanah yang berada di kawasan yang sensitif dari segi kecerunan ini telah menyebabkan banyak spesis hutan gunung telah terhapus sedangkan kawasan tersebut adalah kawasan hutan simpanan kekal kerajaan negeri Pahang. Pembukaan tanah secara haram ini juga menyebabkan wujudnya hakisan tanah permukaan yang giat kerana petani-petani tidak menyediakan sebarang sistem perparitan yang sempurna. Dianggarkan 80 tan tanah/ekar telah mencemari dan memasuki sistem saliran di Cameron Highlands. Keadaan ini menyebabkan loji perawatan air di Sungai Burung mengalami masalah dan telah menjejaskan bekalan air kepada penduduk di kawasan ini.

Masalah ini juga berlaku di kawasan Lembah Bertam, di mana pengusaha-pengusaha mengambil kesempatan di atas ?kelonggaran? penguatkuasaan oleh pihak berwajib dalam menangani masalah ini. Walaupun pihak berkuasa tempatan memberi kelulusan tanah TOL (Lesen Menduduki Sementara) kepada pengusaha namun kebanyakan daripada mereka masih membuka tanah secara haram. 5. Perusahaan Teh Perusahaan teh amat sinonim dengan Cameron Highlands kerana kawasan ini merupakan kawasan pengeluar teh utama di Malaysia. Teh menjadi tanaman yang komersial setelah diperkenalkan oleh John Archibald Ruseel pada tahun 1929 dari jenis Manipuri, Rajpur dan Darjeeling. Pada masa kini terdapat lima kawasan penanaman teh utama yang menjangkau keluasan seluas 2,600 hektar. Impak alam sekitar yang terjadi daripada perusahaan teh ini berlaku pada peringkat awal pembersihan tanah untuk dijadikan ladang melalui pembersihan hutan. Malahan penanaman pokok teh yang boleh hidup melebihi 100 tahun turut bertindak sebagai tumbuhan tutup bumi yang mampu menghalang kejadian hakisan permukaan. Impak yang agak ketara pada masa kini hanyalah semasa penyemburan racun yang dilakukan dari udara menggunakan helikopter yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Namun begitu, apabila pokok teh sudah mencapai tempoh tidak produktif untuk dikomersialkan, kawasan ladang akan ditolak untuk dijadikan kawasan tanaman sayur seperti yang berlaku di Sungai Palas dan Kampung Raja. Keadaan ini boleh membawa kepada keterdedahan permukaan tanih yang mendorong kepada kejadian hakisan apabila langkah-langkah pengawalan tidak diambil semasa melakukan kerja-kerja peralihan dari ladang teh kepada ladang sayur. 6. Pembinaan Empangan Baru Pada masa kini, Cameron Highlands mempunyai sebuah empangan sahaja yang digunakan untuk menjana kuasa hidro elektrik, iaitu Empangan Sultan Abu Bakar di Habu. Empangan ini telah mengalami masalah kekurangan kapasiti air dan menjadi semakin cetek kesan daripada kelodak dan lumpur yang dibawa oleh aliran Sungai Bertam dan bahagian hulu sehingga menyebabkan takungan air menjadi semakin cetek. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Pahang dengan kerjasama daripada kerajaan Jepun telah bercadang untuk membina satu empangan baru di Lembangan Menson (Hilir Sungai Bertam) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jepun. Dijangkakan apabila siap, empangan ini akan berupaya membekalkan sumber air yang mencukupi kerana Sungai Bertam mempunyai banyak cawangan sungai. Namun begitu di sebalik kepentingan pembinaan empangan ini tersembunyi kesan alam sekitar yang ketara dijangka akan menenggelamkan banyak perkampungan orang asli seperti Kampung Leryar, Penggen, Kampung Kuala Boh, Pos Menson, Kampung Sungai Relong dan lima buah kampung kecil yang berhampiran yang mempunyai penduduk lebih kurang 1,135 orang. Di samping itu ia juga dijangka akan menjejaskan kapasiti dan kualiti air yang mengalir masuk ke Sungai Jelai dan seterusnya ke Sungai Pahang.

Soalan c.

Terdapat beberapa implikasi kesan daripada pencemaran yang berlaku dan jika ianya tidak diberi perhatian yang sewajarnya maka pencemaran tersebut akan menjadi lebih teruk lagi. Antara implikasi yang berlaku ialah:-1. Kemerosotan Sumber Air Kualiti air sungai di Cameron Highlands didapati mula tercemar kesan daripada aktiviti pembangunan infrastruktur, penggunaan bahan kimia, racun dan baja daripada pertanian yang tidak terkawal dan berleluasa. Sungai yang teruk terjejas ialah Sungai Telom, Sungai Bertam, Sungai Ikan dan Tasik Habu. Pembukaan tanah pertanian yang kurang sistematik (tiada perangkap lumpur) telah menimbulkan kelodakan dalam air yang tinggi sehingga menyebabkan pemendapan di Tasik habu. Kualiti air tasik ini telah terjejas dengan nilai pepejal terampai sehingga 202mg/l. Nilai ini adalah lapan kali ganda daripada standard yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu pada tahap 25 mg/l bagi air kelas satu.

2. Peningkatan SuhuSecara keseluruhan, min suhu tahunan di Cameron Highlands semakin meningkat dari setahun ke setahun terutama pada dekad 1990-an. Peningkatan suhu ini dikaitkan dengan aktiviti penebangan hutan bagi dijadikan kawasan pertanian di Lembangan Bertam. Peranan pokok sebagai agen penyederhanaan suhu dan ?penstabilan iklim? telah berkurangan. Dianggarkan bagi setiap pokok hutan ia mampu menampung 400 liter air bagi satu-satu masa. Hasil pemerhatian mendapati penduduk di kawasan ini ada yang menggunakan payung pada waktu siang dan banyak premis perniagaan yang memasang kipas ekoran peningkatan suhu. Hasil kaji selidik mendapati 77.6 peratus responden berpendirian bahawa Cameron Highlands tidak lagi sejuk berbanding dengan tahun 1970-an dan 1980-an terutamanya di Ringlet dan Tanah Rata.

3. Gangguan Terhadap Petempatan Orang AsliKerancakan pembangunan yang dijalankan di Cameron Highlands telah merubah persekitaran sejadi termasuk menggangu kehidupan manusia khususnya petempatan orang asli. Pembangunan telah melibatkan penarahan bukit dan pembersihan hutan yang mengganggu dan memusnahkan banyak elemen dalam persekitaran. Kehidupan orang asli juga turut terjejas kerana kawasan hutan yang menjadi hasil pendapatan mereka telah diteroka umpamanya pekerjaan mencari rotan hanya dilakukan setahun sekali berbanding sebelum ini. Malahan sungai-sungai di kawasan petempatan orang asli ini juga menjadi cetek dan tercemar dengan kelodak dan racun perosak yang menyebabkan spesis akuatik semakin berkurangan. Malahan penduduk di Lembah Menson mengatakan sungai-sungai di kawasan ini menjadi semakin cetek dan dianggarkan kedalaman sungai telah menurun dari enam kaki kepada satu kaki sahaja berbanding sepuluh tahun yang lalu.

4. Pusat Pelupusan Sampah yang Kurang Strategik Pelupusan sampah sarap yang tidak sistematik akan menimbulkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Pelupusan sampah secara terbuka akan menyebabkan masalah pencemaran udara (bau), tanah, air dan pembiakan vektor penyakit. Hasil kajian mendapati hanya wujud satu pusat pembuangan/pelupusan sampah di Cameron Highlands, iaitu di Batu 34 yang berada pada kedudukan 1400 meter dari aras laut. Tapak pelupusan ini kurang sesuai kerana ia berada di kawasan tanah tinggi serta berhampiran dengan anak Sungai Bertam, iaitu Sungai Batu Pipih. Kedudukan ini amat tidak strategik kerana kedudukan di kawasan Melpintu masuk sebelum sampai ke Cameron Highlands memaksa setiap pengunjung menghidu bau sampah dari kawasan ini terlebih dahulu sebelum sampai ke Ringlet. Sampah sarap banyak terdapat di kawasan sungai kerana pihak yang menguruskan sampah sarap telah mengambil jalan mudah dengan menolak sampah ke bawah cerun di kawasan sungai dan memburukkan lagi keadaan di kawasan ini. Apabila hujan lebat air larian sungai akan membawa sampah sarap lalu menyebabkan sungai menjadi kotor. Pembakaran sampah secara semulajadi juga berlaku kerana tiada saluran pelepasan gas yang disediakan di tapak pelupusan ini oleh pihak yang bertanggungjawab. Pencemaran bau daripada kawasan ini turut dialami oleh penduduk di Habu yang berada di kedudukan yang lebih rendah terutama apabila tiupan angin datang dari kawasan tersebut.

5. Hakisan dan Tanah Runtuh Pembukaan tanah secara haram dan aktiviti pemotongan bukit bagi sebarang aktiviti telah banyak menimbulkan masalah hakisan dan tanah runtuh. Tanah runtuh yang berlaku di Ladang Sungai Palas telah melibatkan kemalangan jiwa pada penghujung tahun 2000. Di Cameron Highlands sahaja didapati terdapat lebih kurang 200 kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan. Hampir 83 peratus responden menjelaskan hakisan tanah kerap berlaku di Cameron Highlands terutama di Lembangan Bertam. Data yang diperolehi menunjukkan antara tahun 1950 hingga 1990 sebanyak 10 hingga 34 peratus kawasan Tadahan Telom dan 28 hingga 36 peratus kawasan Tadahan Bertam diusahakan dengan kegiatan pertanian. Kesan daripada aktiviti ini menyebabkan peningkatan mendapan daripada 93m.km. tahun kepada 1092m.km tahun pada tahun 1990 (Jabatan Perancangan Bandar & Desa, 1996). Pemendapan ini telah mengakibatkan Tasik Habu kehilangan keupayaan untuk menampung air sebanyak 31 peratus. Dijangka luahan dan penghasilan endapan ini akan menjadi lebih teruk apabila hujan turun. Berdasarkan kadar hakisan antara musim hujan dan musim kering menunjukkan peningkatan antara 5 hingga 15 kali manakala peningkatan keterhakisan daripada kawasan hutan ke kawasan terdedah pula adalah antara 1 hingga 1.5 kali. Sungai Bertam pula dianggarkan berlaku peningkatan penghasilan endapan antara 300 hingga 1,250 tan.km.hari dan Sungai Tringkap pula antara 3800 hingga 17,100 tan.km.hari. Kadar hakisan tanah di Cameron Highlands amat serius dan telah 13 kali ganda melebihi had kawalan bagi kawasan Tropika iaitu 250 hingga 1,250 tan.km. hari (Lal 1984). Kebanyakan jalan raya utama yang menuju ke Cameron Highlands pula mempunyai nilai purata intensiti hakisan yang tinggi, iaitu sebanyak 1.29, manakala bagi segmen antara Brinchang ke Tringkap nilai intensiti berada pada tahap 3.0 (Roslan dan Tew 1996). Ini menunjukkan jalan raya yang berada di kawasan ini amat mudah berlaku tanah runtuh kerana kegagalan cerun apabila kerja-kerja pemotongan bukit tidak dijalankan dengan sempurna.

Berdasarkan tinjauan daripada kaji selidik, didapati kebanyakan responden menjelaskan bahawa Cameron Highlands menerima pelbagai impak alam sekitar ekoran daripada kegiatan pembangunan tanah yang ketara pada dekad 1990-an. Antara masalah utama

ialah kejadian tanah runtuh, hakisan tanah, penghasilan kelodak, pencemaran air dan bekalan air yang tidak mencukupi.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai tanda kita adalah anggota masyarakat yang prihatin di dalam membantu membendung pencemaran daripada terus memusnahkan alam sekitar antaranya ialah:-

1. Melaporkan kegiatan yang boleh mencemarkan alam sekitar contohnya pembuangan bahan-bahan asing contohnya sisa pepejal dari kilang-kilang kepada pihak berwajib contohnya Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Membantu kempen menjaga alam sekitar dengan bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada melalui pihak kerajaan mahupun melalui pihak swasta contohnya Program Kitar Semula.

3. Mendidik generasi muda agar mencintai alam sekitar dengan menggalakkan mereka menjaga persekitaran supaya bersih, tidak membakar sampah dengan sesuka hati, dan aktiviti-aktivti yang boleh memelihara alam sekitar.

4. Menjalankan aktiviti menanam pokok-pokok dan tidak membuang sampah sesuka hati. Ianya boleh membantu menjaga kebersihan kawasan-kawasan tertentu.5. Kita juga boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang sukar dilupuskan seperti contohnya beg plastik yang mana ianya mengambil masa yang lama untuk dilupuskanPenutupSecara keseluruhan, tidak dinafikan pembangunan di Cameron Highlands perlu demi kepentingan ekonomi negara kerana ia memberi pulangan yang besar, hasil eksport hasil-hasil pertanian dan sektor pelancongan. Namun begitu, perhatian yang serius perlu diberikan agar segala bentuk pembangunan yang dirancang dan dilakukan seharusnya dilandasi dengan perancangan yang teliti kerana sifat bentuk muka bumi di kawasan ini amat sensitif dengan sebarang bentuk gangguan. Setiap individu di kawasan ini perlu bertanggungjawab dan peka terhadap aktiviti yang dilakukan. Dalam mengejar arus pembangunan dan pemodenan, manusia tidak harus lupa pada risiko yang bakal menimpa yang datang dari alam sekitar itu sendiri. Eksploitasi yang dilakukan terhadap alam fizikal seharusnya berpandukan kepada ciri-ciri keseimbangan. Sedikit gangguan yang berlaku pada salah satu komponen sistem tersebut akan menjejaskan juga komponen-komponen alam sekitar yang lain.

Rujukan

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. (2001). Cameron Highlands: Peta Petempatan Orang Asli. Jabatan Kaji Cuaca Malaysia. (1984-2000). Cameron Highlands: Rekod Min Suhu 24 jam. Jabatan Perancangan Bandar & Desa. (1996). Rancangan Struktur Cameron Highlands dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan Cameron Highlands 1995-2020. Jabatan Perhutanan Cameron Highlands. (1997). Perwartaan Baru W.K PHG. Lal, R. (1984). Soil erosion from Tropical Arable Lands and its control. Advance in Agronomy, 37, 183-248.

Noorazuan Md Hashim. (2000). Pembangunan ekosistem tanah tinggi: Isu dan pengurusannya di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (pynt). Pengurusan persekitaran di Malaysia: Isu dan cabaran, pp. 48-71. Pusat Pengajian Siswazah, Bangi: UKM.

Roslan Zainal & Tew Kia Hui. (1996). Erosion intensity study on highland resort areas in Peninsular Malaysia. Seminar on ?The Management and Conservation of Highland Areas in Malaysia? Organised by Institute of Environmental Studies, UTM and WWF, Malaysia. 16 January.