SEJARAH DAN KEPENTINGAN KOMSAS

download SEJARAH DAN KEPENTINGAN KOMSAS

of 19

Transcript of SEJARAH DAN KEPENTINGAN KOMSAS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML3103 : PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

SEMESTER MEI 2011 TUGASAN KURSUS (30%)

NAMA: MOHD AZLI BIN MUDA 770311-11-5165 [email protected]

NAMA PENSYARAH :ANUAR BIN MOHD LEN

1. PENGENALAN Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di Malaysia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Bahasa dan sastera mempunyai perkaitan kuat dalam perspektif yang bersifat holistik dan integral. Dunia sastera tidak pernah dipisahkan daripada pelbagai persoalan kebahasaan. Ini adalah kerana bahasa merupakan satu-satunya media pengungkapan bagi sasterawan menghasilkan karya. Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraan Melayu. KOMSAS ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga Tingkatan 5 pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah telah dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac 2000 bagi tingkatan satu dan empat, tahun 2001 untuk tingkatan dua dan lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga. Ini bukanlah merupakan sesuatu yang baru, malah merupakan lanjutan daripada unsur sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1984. 2. PRA PERSEJARAHAN KOMSAS Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.4/99 bertarikh 24 Februari 1999 mencadangkan supaya Komponen Kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Gesaan ini telah diterima oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dengan mencadangkan supaya Kesusasteraan Melayu diperkenalkan sebagai satu komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah. Cadangan ini diluluskan di dalam mesyuarat jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.2/99 pada 11 Jun 1999. Komponen Sastera (KOMSAS) dimasukkan dalam pengajaran bahasa bagi mencapai matlamat pembinaan insan yang positif terhadap ilmu dalam kehidupan. Dari segi pelaksanaannya, para pelajar sekolah menengah akan mempelajari sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26 minggu setahun bermula Mac 2000 . Kementerian Pendidikan

telah memperuntukan waktu yang relevan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan menetapkan konsep 4 + 2 iaitu empat waktu untuk mempelajari aspek bahasa dan dua waktu lagi untuk KOMSAS. Setiap pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bagi tujuan memilih karya sastera dengan mengambil kira beberapa ciri seperti isi kandungan, nilai dan pengajaran yang baik, serta aspek gaya bahasa. Judul teks yang terpilih dimasukkan dalam senarai buku teks yang diedarkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Sejak tahun 1984 unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun demikian teks sastera tersebut tidak dijadikan komponen wajib yang termasuk dalam mana-mana peperiksaan awam seperti SPM atau PMR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Teks sastera yang dicadangkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu itu hanyalah tertakluk kepada pihak sekolah memilih bahan tersebut untuk diajar dalam kelas Bahasa Melayu. Teks sastera diajar dalam konteks unsur sastera bukannya komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar. Justeru itu keberkesanan dari segi pelaksanaannya masih dapat dihujah dan penggunaannya tidaklah mantap sebagaimana yang diharapkan. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan itu telah memperkenalkan KOMSAS sebagai komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, yang akan dimasukkan dalam peperiksaan PMR pada tahun 2002 dan SPM mulai 2001. Dua waktu telah diperuntukkan untuk pengajaran KOMSAS dari jumlah 6 waktu asal Bahasa Melayu dalam seminggu bagi setiap kelas. Sebelum KOMSAS dilaksanakan hanya satu waktu sahaja diperuntukkan untuk pengajaran unsur sastera. Sehubungan dengan itu PPK telah mengeluarkan unjuran waktu mengajar bagi pengajaran Komsas iaitu sebanyak 56 waktu setahun meliputi genre novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi tradisional dan sajak. Setiap tingkatan perlu mempelajari 26 karya yang meliputi semua genre tersebut. Pelaksanaan KOMSAS yang bermula sejak Mac 2000 antara lain bertujuan untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca.

Namun di sebalik tujuan yang ideal tersebut timbul pula pelbagai masalah setelah ianya diperkenalkan di sekolah mulai tahun lepas. Antaranya kandungan sukatan pelajaran yang perlu diajar oleh guru terlalu banyak berbanding peruntukan waktu mengajar KOMSAS. Penjadualan semula subjek Bahasa Melayu sebanyak enam kali seminggu dan dua sahaja diperuntukkan untuk KOMSAS juga boleh menjejaskan subjek Bahasa Melayu. Ini kerana untuk memberi kemahiran yang tinggi kepada pelajar dalam subjek Bahasa Melayu , masa untuk empat waktu tidak sesuai. 3. PERSEJARAHAN KOMSAS PASCA TAHUN 2000 Salbiah Ani (Berita Harian 20 Mac 2001) melalui rencana bertajuk Kemelut Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu telah mengemukakan hasil tinjauannya di beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur mendapati masih ada lagi guru yang terpingapinga dengan kaedah pengajaran KOMSAS, khususnya bagi guru yang tidak mempunyai latar belakang sastera. Lebih malang lagi mereka terpaksa pula menghadapi pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan unsur sastera seperti pelajar-pelajar aliran sains, perdagangan, pertanian, vokasional dan teknikal. Keadaan ini akan menimbulkan satu lagi masalah iaitu masalah guru berhadapan dengan pelajar yang tidak berminat kepada KOMSAS. Selain itu kaedah pengajaran serta penggunaan alat bantu mengajar penting dalam menentukan pengajaran Komsas berjaya atau tidak. Alat bantu apakah yang sesuai digunakan dalam sastera? Tidak semua genre sastera boleh diajar secara berkesan melalui metode ceramah yang sudah pasti menuntut penguasaan bahan oleh guru, contohnya genre puisi dan drama (Durokhman Mohd Basri, Berita Harian 17 April 2001). Kaedah pengajaran yang tidak sesuai dengan bahan pengajaran boleh menimbulkan kesukaran kepada guru dan rasa tidak minat kepada pelajar terhadap sastera terutama sekali bagi mereka yang bukan daripada aliran sastera. Akhirnya mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Sehubungan itu, pengajaran komponen wajib kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah menengah mula dilaksanakan mulai Mac, tahun 2000. Penyerapan teks sastera dalam pendidikan bahasa merupakan strategi bijak untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu menekankan pengembangan potensi anak didik secara seimbang daripada segi rohani, jasmani, intelektual, dan emosional, iaitu menuntut

pengisian jiwa generasi muda dengan segala unsur yang sepatutnya, termasuk sastera yang berfungsi menghaluskan budi dan kemanusiaan manusia. Penggunaan teks sastera dalam pembelajaran komponen Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Malaysia yang dikenali sebagai KOMSAS, mempunyai kewajaran dan falsafahnya yang tersendiri yang mampu mengangkat martabat bahasa serta membina tamadun bangsa. Penggunaan karya sastera menjadi landasan untuk menyampaikan sifat-sifat bahasa yang berkesan. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar akan dapat menghayati keindahan karya di samping memberi tumpuan kepada unsur-unsur bahasa. Mengikut Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia bagi tingkatan empat dan tingkatan lima, matlamat asas pengajaran bahasa Malaysia adalah bagi membolehkan pelajar menggunakannya untuk memahami berbagai-bagai bahan lisan dan tulisan, dalam bentuk makalah akademik dalam majalah, akhbar, ceramah, forum radio dan televisyen, serta menikmati karya kreatif, bertutur dengan fasih dan lancar tentang pelajaran, hal kemasyarakatan dan hal persendirian, melahirkan perasaan, pengalaman, pendapat, dan pengetahuan melalui bentuk lisan dan tulisan. Justeru, salah satu genre yang terkandung dalam teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ialah genre prosa klasik di mana terdapat banyak kata klasik terkandung di dalam teks-teksnya. Bahan prosa klasik kini tidak begitu digunakan secara meluas dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Pada hakikatnya, bahasa prosa klasik dapat digunakan sebagai bahan dalam pengajaran bahasa dengan lebih luas lagi berkesan jika guru merancang menggunakan bahan ini dengan baik dalam pengajaran. Bahasa prosa klasik dapat digunakan untuk aktiviti bacaan, pemahaman, latihan tatabahasa, dan perbendaharaan kata. Penggunaan bahasa dapat ditingkatkan dengan mendedahkan pelbagai bahan pengajaran bahasa yang mencakup variasi bahasa dalam pelbagai suasana, laras, dan gaya yang indah. Potensi dan manfaat penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sudah lama diketahui dan diakui oleh pendidik bahasa serta disahkan oleh dapatan penyelidikan yang berkaitan. Itulah sebabnya pengajaran sastera dalam pendidikan Bahasa Malaysia dimasukkan sebagai bahagian baharu dalam sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Namun begitu, seperti semua inovasi kurikulum, pengajaran tersebut telah menimbulkan cabaran baharu kepada guru bahasa Malaysia yang melaksanakannya kerana memerlukan pengubahsuaian pengetahuan dan kemahiran pedagogi daripada mereka. Guru harus menggunakan pelbagai

teknik dan strategi pengajaran bagi memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan berkesan. Antara strategi yang boleh digunakan ialah strategi metakognisi.

4. KEPENTINGAN KOMSAS Kesusasteraan Melayu, khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahanbahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan. Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya mereka didedahkan dengan pengajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan diperkenal dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh sajak Di Ruang Gemanya (Kerusi, 2002: 22)

4.1 Memupuk nilai-nilai Murni Strategi pengajaran dan pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu dalam KBSM menekankan penggabungjalinan kecekapan bahasa dan penyerapan isi pelajaran yang akhirnya akan bersepadu antara satu sama lain. Dalam pengajaran-pembelajaran kecekapan bahasa, isi pelajaran dicadangkan menggunakan ciri-ciri sosiobudaya untuk menuju dan mencapai matlamat pendidikan Bahasa Melayu KBSM, iaitu penguasaan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakat dalam konteks kemasyarakatan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Untuk memenuhi peranan di atas, guru-guru bahasa perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang unsur-unsur sosiobudaya dalam bahasa Melayu. Melalui unsur-unsur sosiobudaya yang diterapkan dalam mata pelajaran bahasa Melayu, guru dapat membantu para pelajar memahami cara hidup masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. Langkah ini dapat melahirkan insan yang berakhlak tinggi di samping menyemai perasaan dan sikap menghargai serta membanggakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan alat perpaduan rakyat dalam semangat Rukun Negara Berikutan itu, unsur-unsur budaya yang perlu diterapkan adalah berpusatkan nilai dan kepercayaan yang positif dan sesuai dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Apa bentuk pengajaran sekalipun akan melibatkan perubahan atau pembentukan nilai-nilai dan kepercayaan kerana pendidikan itu sendiri bermakna satu proses perubahan tingkah laku (Mohd. Jonit Mohd. Johari & Abdul Rashid Ali, 1993: 110). Ini bersesuaian dengan objektif KOMSAS dalam Bahasa Melayu yang antara lain menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Unsur-unsur kerohanian yang terdapat dalam Pendidikan Moral telah dipadukan dalam Bahasa Melayu dan ini merupakan satu usaha saling membantu antara mata pelajaran untuk membentuk insan yang harmonis, luhur dan mulia. Justeru itu, pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah bukan sahaja menanam kemahiran berbahasa di peringkat asas, tetapi juga untuk menanam nilai-nilai murni menurut Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2003: 18).

Penyerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung, selaras dengan tuntutan nilai sejagat. Terdapat 16 nilai murni yang diterapkan dalam pengajaran Komsas (Komponen Sastera). Enam belas nilai murni itu terdiri daripada baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Nilai-nilai tersebut adalah hasil daripada hubungan individu dengan keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan institusi yang individu itu menjadi anggotanya. Bagi membolehkan nilai-nilai murni ini dipupuk secara berterusan ke dalam individu pelajar, nilainilai itu diajar secara langsung dalam KOMSAS di setiap peringkat persekolahan menerusi semua genre. 4.2 Meningkatkan Kemahiran Berbahasa Komponen sastera dan majalah adalah bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan, signifikan dan efektif dalam pendidikan. Malah, kedua-dua bahan tersebut saling melengkapi dan berfungsi kepada individu, khususnya pelajar untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Bagi merealisasikan keberkesanan pendidikan dalam bidang ini, maka buku-buku teks Komponen Sastera dan majalah yang berwibawa serta bermutu seperti Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Budaya dan Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran itu. Komponen Sastera (KOMSAS) wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak Mac 2000 untuk pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat, diuji pelaksanaannya di kalangan pelajar tingkatan lima (SPM) November 2001 dan akan diuji di peringkat tingkatan tiga (PMR) pada 2002. Sementara pelaksanaan ujian sepenuhnya termasuk kertas Bahasa Malaysia Julai hanya bermula pada 2003.

DBP menerbitkan satu Siri Penghayatan Sastera Sekolah Menengah (SPSSM). Ini termasuklah Penghayatan Novel Aku Anak Timur oleh Mahaya Mohd. Yassin, Penghayatan Novel Bukit Kepong dan Penghayatan Novel Terminal Tiga ulasan oleh Rozaini Yahya, Penghayatan Novel Meniti Kaca oleh Amin Minhad dan Penghayatan Novel Pasir Salak oleh Napisah Muhammad. SPSSM ini disediakan bagi membantu para pelajar menghayati dan memahami aspek-aspek luaran dan dalaman setiap teks wajib. Di samping itu pada bab pertama setiap buku kajian tersebut diberikan gambaran tentang perkembangan novel tanah air untuk makluman dan pengetahuan para pelajar. Ini diyakini dapat membantu pelajar mengetahui sejarah perkembangan novel remaja dan umum sejak 20-an sehingga akhir dekad 1990-an. Majalah seperti surat khabar juga merupakan produksi media cetak yang dapat dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran bahasa Melayu secara efektif. Namun, sebagai wahana pengajaran dan pembelajaran ia bergantung kepada kebijaksanaan pendidik memilih muatan isi yang sesuai, kesesuaiannya dengan situasi, lokasi dan variasi di samping pemilihan atau penggunaan kaedah yang tepat. Sesungguhnya majalah berfungsi sebagai alat komunikasi. Ia terlibat dalam proses penyampaian dan penerimaan. Lazimnya, isi muatan majalah mempunyai variasi, pola, klasifikasi atau kategorinya seperti rencana, wawancara, naratif, puisi, syarahan, pendapat, perbahasan, peribahasa, ceramah, laporan, esei, perbincangan, iklan, komik dan berita. Menjadi tanggungjawab pendidik untuk memilih bahan-bahan yang sesuai. Ini boleh diperoleh dalam majalah terbitan DBP seperti Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Budaya dan Pelita Bahasa. Bahan-bahan di dalam majalah tersebut mungkin berupa idea, gagasan, saranan, perutusan atau maklumat. Sementara keberkesanannya bergantung kepada kefahaman pendidikan terhadap sesuatu pola tulisan yang dikaitkan dengan penulisnya. Contohnya, majalah bulanan Pelita Bahasa sejak Julai 2000 telah menyediakan ruangan sastera dalam bahasa Melayu dengan fokus dan rujukan kepada teks Komponen Sastera. Sementara, majalah Dewan Siswa menyediakan ulasan atau kritikan cerpen dan puisi karya pelajar-pelajar oleh para sarjana. Di samping itu majalah Dewan Sastera menyediakan sisipan Mekar dengan memberikan ulasan terhadap teks sastera elektif SPM dan STPM. Transformasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berlangsung dengan amat pesat dan kencang. Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran,

termasuk Bahasa Melayu, perlu seiring malah saling melengkapi. Hal ini menjadi penting kerana pendidikan Bahasa Melayu sewajarnya menyeronokkan. Dalam usaha merealisasikan keberkesanannya, guru Bahasa Melayu perlulah sensitif dengan segala transformasi dan perkembangan, bersikap positif, kreatif dan berupaya menyepadukan multiilmu dengan menerapkan multikaedah, strategi, teknik dan aktiviti. Malah, dalam aspek tertentu ia perlu dieksploit agar pelajar sentiasa terdedah, tercabar dan tergugat untuk membaca, menghayat, menafsirkan pelbagai bahan majalah pilihan, disediakan atau disarankan. Antara kaedah, strategi, teknik dan aktiviti yang relevan ialah sumbang saran, interaktif, forum, pantomim, peta cerita, teater cerita, imlak, piramid cerita, kerusi panas, mestamu, tangga berita, main peranan dan kuiz. Ini haruslah dilaksanakan secara bersepadu dengan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Kreatif atau KBKK. Guru Bahasa Melayu harus sentiasa peka, prihatin dan berupaya memanfaat dan mengeksploitasi teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wahana kontemporari dalam proses membudayakan bahasa Melayu melalui ilmu, penulisan, komunikasi, penyelidikan dan kreativiti dengan menggunakan majalah sebagai bahan pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu. Kejayaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu banyak bergantung usaha, pengorbanan dan bakti semua pihak serta merentasi pelbagai batasan atau status agar ia menjadi lebih efektif untuk mempertingkat dan mengukuhkan keterampilan berbahasa. 4.3 Merangsang Kemahiran Menilai dan Mengkritik Pelbagai Karya Sastera Penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadi daya penarik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu yang terlatih harus sedar akan adanya perbezaan perkembangan antara sains sosial dan sains kemanusiaan. Bahkan, guru Bahasa

Melayu perlu sentiasa peka bahawa terdapatnya perubahan yang radikal dan bersifat revolusioner dalam dunia sains kemanusiaan atau dalam dunia era globalisasi atau dunia tanpa sempadan berbanding dengan yang lainnya. Apabila seseorang guru itu dapat mengikuti atau menangani perkembangan dalam ilmu sains kemanusiaan yang cepat berubah itu, maka, tidaklah pula guru Bahasa Melayu itu akan ketinggalan zaman. Pandangan tentang fenomena itu sering dikaitkan oleh cerdik pandai dengan perkembangan kesusasteraan Melayu yang sentiasa menerima perubahan. Dengan memahami situasi ini, teks atau sumber kesusasteraan Melayu tidak hanya sebuah cerita tetapi mampu membawa perubahan terhadap alam pendidikan atau dunia kehidupan itu sendiri. Tanpa memahami segala hal, komponen kesusasteraan Melayu tidak akan hidup seperti sepatutnya. Oleh itu, guru Bahasa Melayu wajar bijak menangani bahawa penggunaan komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu itu bukan sekadar mengajar bahasa, seni, falsafah, sejarah, peradaban, atau agama bahkan mengajar erti atau nilai kehidupan itu sendiri.

5. KESIMPULAN Komponen Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memang boleh dilaksanakan dengan jayanya jika mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Pelbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalannya seperti faktor kepakaran guru, kesediaan guru, pentadbiran, alatan, masa, teknik, latar pelajar, minat, dorongan, suasana fizikal, dan lain-lain. Apa yang penting sekarang adalah melaksanakannya mengikut kemampuan dan kreativiti yang terdaya dilakukan oleh semua pihak. Sesungguhnya usaha untuk memasukkan komponen sastera dalam bahasa Melayu di sekolah adalah satu usaha yang amat wajar, terpuji, tepat dan bijak. Negara yang sedang melangkah ke arah globalisasi, kemajuan, dan Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju akan lebih lengkap dan seimbang jika rakyatnya mempunyai ketamadunan keinsanan yang tinggi dan mendalam dan segalanya ada di dalam kesusasteraan itu. Kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin dan beretika tinggi. Komponen ini penting kepada pelajar bukan setakat menghafal cerita malahan karya sastera kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman etika dan lain-lain lagi. Malah, di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak mempunyai penghujungnya sekaligus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya.

Matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen bagi memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera memang wajar. Sebagaimana yang dibincangkan terdahulu, banyak kajian telah membuktikan bahawa sastera sememangnya boleh membantu mengangkat pembelajaran bahasa pelajar ke arah yang lebih efektif dan berdaya saing.

3172 patah perkataan

BIBLIOGRAFI Abd. Murad b. Salleh. (2002). Pelaksanaan pengajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 4: Satu kajian kes. Kuala Lumpur, Malaysia : Universiti Malaya. Marohaini Yusoff. (2001). Landasan pengajaran komponen sastera dalam Bahasa Melayu. Masharyati Musa. (2002). Komponen wajib kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu peringkat menengah atas: Satu tinjauan awal tentang teknik pengajaran. UPSI. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a. Citra Komsas. Tg.Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Omar Sharif. (2004). Perspektif guru terhadap penguasaan berbahasa pelajar dalam pengajaran komponen sastera. UPM. Osman Alaudin. (1995). Pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah-sekolah kini: Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Laporan pelaksanaan komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahun 2001 [translation]. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Zahirah Aziz & Kamaruzaman Abdullah. (2001). Pengajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Kertas seminar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Bahasa Melayu Malaysia, 11 13 Jun 2001.

LAMPIRAN

Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di Malaysia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Kajian ini membataskan perbincangan kepada 16 nilai murni yang terkandung dalam tiga buah skrip drama dalam antologi Anak Laut Tingkatan IV, iaitu Serunai Malam karya Usman Awang; Titik-titik Perjuangan drama Kala Dewata; dan Seri Nara hasil Shaharom Husain mempunyai tema yang sama, yakni semangat patriotisme dan cinta akan tanah air dan bangsa di jiwa rakyat. Kaji selidik dijalankan terhadap 60 orang pelajar aliran sains Tingkatan IV yang seimbang dari segi etnik, jantina dan SES (Status Ekonomi dan Sosial). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki Melayu dari kelas atasan memperoleh nilai min yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan bukan Melayu dari kelas menengah atau bawahan. Antara ketiga-tiga faktor tersebut, SES paling kuat mempengaruhi sikap pelajar terhadap nilai murni dalam drama-drama kajian. Oleh itu, nilai murni dalam sastera harus digunapakai secara meluas dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk perasaan toleransi di samping mendekatkan nilai-nilai tersebut dalam kelompok etnik yang berbeza. Kata-kata kunci: nilai-nilai murni, KOMSAS, Bahasa Melayu, perpaduan, berbilang kaum, dan negara Malaysia.

PENDAHULUAN Falsalah Pendidikan Negara merumuskan matlamat pendidikan negara sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Musa Daia, 1993:57). Matlamat yang ingin dicapai itu diasaskan kepada konsep pendidikan sepadu yang mewujudkan pertalian yang jelas antara bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam pada itu, nilai murni sangat penting ditekankan dalam usaha melahirkan warganegara Malaysia yang berakhlak mulia dan bersatu padu. Maka nilai-nilai murni merentasi semua mata pelajaran dalam KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) yang wajib ditekankan oleh guru-guru dalam mencapai matlamat murni tersebut.Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah pada Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi keperluan sebarang urusan akademik, alamat emel beliau adalah: [email protected] CHEW FONG PENG

124 Menurut Mohd Kamal Hasan (1988), terdapat tiga unsur utama di dalam pendidikan, iaitu pendekatan, isi dan aplikasi. Unsur isi merupakan bahan yang boleh dicorak oleh pendekatan yang diberikan. Sekiranya isi diberikan pendekatan akhlak, apalikasinya akan melahirkan orang yang berakhlak. Oleh itu, kaedah pengajaran mestilah menggunakan pendekatan bersepadu,1 yakni menghubungkan isi dengan nilai-nilai murni seperti nampak dalam rajah 1 berikut ini:Akhlak Fikiran yang Sihat Pembinaan Konsep Pembinaan Bakat dan Potensi Kaedah Inkuiri + Kaedah Sepadu Rajah 1 Carta Alir Kaedah Pengajaran (Sumber: Tajul Ariffin Noordin, 1993:44)

Berdasarkan rajah 1, guru mestilah cuba mengarahkan ilmu (isi) yang diajarkan supaya disepadukan dengan hal yang berkaitan dengan hal tersebut. Mata pelajaran Bahasa Melayu sesuai disepadukan dengan nilai murni. KOMSAS DAN NILAI-NILAI MURNI Komponen Sastera (KOMSAS) diperkenalkan dalam Bahasa Melayu pada tahun 2000 dan dilaksanakan secara berperingkat dari Tingkatan I sehingga Tingkatan III, dan Tingkatan IV ke Tingkatan V serentak. KOMSAS dalam Bahasa Melayu meliputi karya sastera yang berbentuk novel, drama, sajak, cerita klasik, dan puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, seloka dan bahasa berirama.2 Strategi pengajaran dan pemelajaran KOMSAS Bahasa Melayu dalam KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) menekankan penggabungjalinan kecekapan bahasa dan penyerapan isi pelajaran yang akhirnya akan bersepadu1

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan

Negara. KBSM mula dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 1989. Dalam rancangan KBSM, pendidikan merupakan suatu strategi bagi menjalin unsur-unsur ilmu dan kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni dalam semua bidang pembelajaran. 2Senarai karya KOMSAS dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2000 bertarikh 23hb Februari 2000. Senarai karya akan bertukar dari semasa ke semasa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003b: xvii). SOSIOHUMANIKA, 3(1) 2010

125 antara satu sama lain. Dalam pengajaran-pembelajaran kecekapan bahasa, isi pelajaran dicadangkan menggunakan ciri-ciri sosio-budaya untuk menuju dan mencapai matlamat pendidikan Bahasa Melayu KBSM, iaitu penguasaan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks sosial (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003a). Berikutan itu, unsur-unsur budaya yang perlu diterapkan adalah berpusatkan nilai dan kepercayaan yang positif dan sesuai dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Apa bentuk pengajaran sekalipun akan melibatkan perubahan atau pembentukan nilai-nilai dan kepercayaan kerana pendidikan itu sendiri bermakna satu proses perubahan tingkah-laku (Mohd Jonit Mohd Johari & Abdul Rashid Ali, 1993:110). Ini bersesuaian dengan objektif KOMSAS dalam Bahasa Melayu yang antara lain menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Unsur-unsur kerohanian yang terdapat dalam Pendidikan Moral telah dipadukan dalam Bahasa Melayu dan ini merupakan satu usaha saling membantu antara mata pelajaran untuk membentuk insan yang harmonis, luhur dan mulia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003a). Terdapat 16 nilai murni yang diterapkan dalam pengajaran Bahasa Melayu, khususnya dilihat dari teks KOMSAS. Enam belas nilai murni itu terdiri daripada: (1) baik hati, (2) berdikari, (3) hemah tinggi, (4) hormat-menghormati, (5) kasih sayang, (6) keadilan, (7) kebebasan, (8) keberanian, (9) kebersihan fizikal dan mental, (10) kejujuran, (11) kerajinan, (12) kerjasama, (13) kesederhanaan, (14) kesyukuran, (15) rasional, dan (16) semangat bermasyarakat. Nilai-nilai tersebut adalah hasil daripada hubungan individu dengan keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan institusi yang individu itu menjadi anggotanya. Bagi membolehkan nilai-nilai murni ini dipupuk secara berterusan ke dalam individu pelajar, nilai-nilai itu diajar secara langsung dalam Bahasa Melayu di setiap peringkat persekolahan menerusi semua genre KOMSAS. Setelah mengetahui butiran-butiran mengenai penerapan nilai murni dalam Bahasa Melayu menerusi KOMSAS, persoalan yang timbul sekarang ialah apakah sukatan ini mampu memupuk seorang insan atau manusia rakyat Malaysia menjadi seorang yang serba lengkap (wholesome) dan harmonis apabila dia dewasa kelak? Atau setidak-tidaknya dia berupaya membentuk seseorang itu agar dapat memiliki nilai-nilai yang wajar ada pada seorang yang berpendidikan (educated person) termasuk sifat toleransi sesama insan? (Ahmad Jaffni Hassan, 1993:99-100). Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji apakah nilai-nilai murni dapat membentuk perpaduan nasional di kalangan pelajar, bagaimana persepsi pelajar terhadap nilai-nilai murni dalam Bahasa Melayu menerusi teks KOMSAS berdasarkan Teori Sastera Perpaduan, dan apakahCHEW FONG PENG

126 kesan teori ini dengan bahasa-bahasa yang mengandungi nilai-nilai murni dengan pelajar yang mempelajarinya? KONSEP SASTERA PERPADUAN Sebelum memulakan kajian, adalah baik dijelaskan konsep sastera perpaduan berdasarkan teori tersebut. Sastera perpaduan adalah suatu mekanisme untuk mewujudkan penyatuan antara kelompok masyarakat berbagai latar belakang berdasarkan prinsip-prinsip atau dasar-dasar yang

dikongsi bersama dari segi sosial dan budaya sehingga terbentuknya perasaan toleransi, seterusnya melahirkan satu sentimen kebangsaan dan kenegaraan di negara ini (Chew Fong Peng, 2005:14). Konsep tersebut menjelaskan bahawa sastera perpaduan merupakan sejenis alat (tool) atau jambatan untuk memupuk perpaduan antara kelompokkelompok masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bahasa, agama, kepercayaan dan budaya. Masalah yang timbul sekarang ialah bagaimana untuk mencapai perpaduan tersebut? Cara yang ideal sekali ialah perkongsian prinsip hidup yang sama. Dalam kehidupan sosio-budaya di Malaysia, semua kaum harus saling berkongsi nilai-nilai budaya sebagai satu cara hidup, termasuklah kunjungmengunjung semasa hari perayaan, menerima dan mengamalkan nilai positif, menghormati agama dan budaya kaum lain dan hidup secara harmoni. Kesemua ini terangkum dalam 16 nilai murni yang menjadi salah satu objektif pengajaran Bahasa Melayu menerusi KOMSAS. Kesemua nilai murni tersebut boleh mewujudkan rasa toleransi yang tinggi, terutama diamalkan oleh golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Selain itu, co-existence atau perkongsian hidup dapat dilahirkan. Matlamat terakhir sastera perpaduan ialah untuk memupuk satu sentimen kebangsaan. Dengan erti kata lain, semua warga negara Malaysia mempunyai perasaan setia dan cinta akan negara Malaysia dan bangga dengan identiti diri sebagai rakyat Malaysia, sebaliknya mengurangkan identifikasi diri sebagai kaum Melayu/ Cina/India dan lain-lain. Dalam kesusasteraan, sastera perpaduan merangkumi apa-apa bentuk sastera yang dapat memenuhi atau membentuk persefahaman antara kelompok yang berbagai sehingga melahirkan rasa toleransi dan perkongsian hidup, dan membentuk semangat kebangsaan di kalangan pembaca itu. Berdasarkan konsep tersebut, maka drama-drama KOMSAS Tingkatan 4 didapati menepati kriteria dan ciri-ciri sastera perpaduan kerana gaya bahasanya mengandungi 16 nilai murni yang dituntut oleh Teori Sastera Perpaduan.

740417135968 NORHABIBAH BINTI JAMIL HBML3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU 1.0 PERBINCANGAN PELAKSANAAN KOMSAS DALAM MEMENUHI TUNTUTAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1.1 PENGENALAN KOMSAS diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia secara formal

mulai bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Secara praktisnya, kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Hal ini bermakna pengajaran KOMSAS dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran bahasa. Dua impak tersebut ialah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang sekali gus akan menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan mempelajari kesusasteraan. Dengan itu, mari kita lihat pendidikan KOMSAS dalam konteks pendidikan kebangsaan, konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS, dan matlamat serta objektif pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap akan membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti mana yang disarankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Dengan itu, jelaslah bahawa KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang diharapkan. Melalui konsep bersepadu dalam KOMSAS meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan. Yang pertama ialah aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Hal ini bermakna, dalam masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya. Aspek yang kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS digubal untuk memenuhi matlamat. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), 1 740417135968 NORHABIBAH BINTI JAMIL HBML3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU 2002, KOMSAS tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Ia diharapkan dapat memepertimbangkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan dengan itu, KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objetif-objektif berikut: a) Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;

b) Mempertingkatkan kemahiran berbahasa; c) Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera; dan d) Memupuk semangat yakin diri.