Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times
-
Upload
lynn-nea-lex -
Category
Documents
-
view
1.233 -
download
5
Transcript of Sejarah Dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times
TOPIK: PERKEMBANGAN INDUSTRI PERSURATKHABARAN
DI SABAH (NEW SABAH TIMES).
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengertian Media
Dalam konteks komunikasi, media ialah alat yang digunakan untuk
menyimpan dan menghantar maklumat data dan informasi. Terdapat
beberapa kategori media iaitu media elektronik, media massa, media digital,
multimedia, dan media cetak.Media cetak ialah proses dalam menghasilkan
teks dan imej, lazimnya menggunakan dakwat di atas kertas. Media cetak
selalunya berada dalam proses industri yang besar. Di bawah kategori media
terdapat beberapa jenis seperti majalah, buku rujukan, buku cerita,buku
teks, dan juga surat khabar.
Surat khabar adalah sesuatu yang dicetak yang bertujuan untuk
memberitahu berita atau informasi terkini dari masa ke semasa dalam fakta
tertentu. Kebanyakan surat khabar dikeluarkan setiap hari seperti Berita
Harian, Utusan, New Straits Times dan banyak lagi. Selain itu, ada juga yang
dikeluarkan sekali dua minggu atau sekali seminggu.Setiap surat khabar
mempunyai kandungan dari segi fakta yang berbeza-beza tetapi semua
surat khabar mempunyai kombinasi susunan yang sama iaitu berita,
pendapat, dan iklan. Berita selalunya ditulis oleh pemberita atau wartawan
yang diarah dibawah editor masing-masing. Iklan terdiri daripada dua iaitu
iklan klasifikasi dan iklan paparan. Iklan klasifikasi bersifat lebih kecil dan
hanya terdiri daripada teks yang mengandungi maklumat tentang wakil iklan
dan mengenai iklan itu sendiri. Manakala, iklan paparan lebih bersifat
professional kerana selalunya diperolehi daripada syarikat yang telah
dikenali ramai maka iklan ini mempunyai visual yang teratur.Surat khabar
dicetak di atas kertas nipis yang dibuat dari bahan kitar semula dan sisaan
pokok maka surat khabar tidak dibuat untuk tahan lama
1.2 STRUKTUR PEMILIHAN MEDIA
1.3 Dasar Dan Polisi Akhbar
Kerajaan Malaysia menguasai akhbar di Malaysia dengan mengenakan Akta
Pemilikan dan Pencetakan Akhbar. Akhbar di Malaysia juga terikat dengan
Akta Pencetakan dan Penerbitan Akhbar dan akta-akta yang
lain.Berdasarkan Tun Datuk Dr. Mahathir Mohamad (1985), jika akhbar
menyalahgunakan kebebasan yang mereka ada untuk menunjuk perasaan,
maka kerajaan demokratik mempunyai hak untuk memberhentikan
penyalahgunaan tersebut.
Kebebasan Bersuara dan Tunjuk Perasaan
Dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel (1)(a), tiap-tiap warganegara
berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Ini merangkumi
komunikasi secara bercakap melalui mulut, tanda, simbol, dan gerak badan
serta melalui seni lukisan, gubahan muzik, fotografi, filem, video, buku dan
termasuklah surat khabar.
1.3.1 Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar
Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar 1948 yang asli memerlukan penerbit
surat khabar memegang dua dokumen iaitu lesen menggunakan pencetakan
akhbar dan permit diberi kuasa atas pencetakan dan penerbitan surat
khabar. Kedua-dua dokumen perlu diperbaharui setiap tahun.
Akta ini diperkenalkan pada tahun 1984 sebagai perundangan khas
untuk penggunaan percetakan akhbar, kemasukan, pengeluaran,
pengeluaran semula, penerbitan, dan pengedaran penerbitan.
Akta ini member kuasa kepada kerajaan untuk menarik atau menahan
lesen dan permit tanpa tinjauan dan pandangan mahkamah. Perundangan ini
sangat ketat kerana melibatkan kuasa kerajaan. Pelanggaran lesen di bawah
Akta akan dihukum penjara selama tiga tahun atau disaman sebanyak
RM20,000 ataupun kedua-duanya.
1.3.2 Akta Hasutan
Akta Hasutan 1948 merupakan satu akta undang-undang di Malaysia yang
digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai
menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun
1948. Akta Hasutan 1948 digubal oleh parlimen pada saat-saat darurat. Pada
masa itu, kerajaan terpaksa menguatkuasa Akta ini untuk menghukum
mereka yang melakukan perbuatan hasutan yang dianggap merugikan
kepada bangsa dan Negara. Akta ini ditinjau semula pada 1969 selepas
rusuhan kaum untuk meluaskan skop lalu menyekat kebebasan bersuara.
Kecenderungan menghasut:
a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi
membangkitkan perasaan
tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana
wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba
mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-
apa jua yang wujud menurut undang- undang di dalam wilayah Raja itu atau
wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;
c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi
membangkitkan perasaan
tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana
Negeri;
d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan
rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di
kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri
e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan pemusuhan antara kaum
atau golongan
penduduk yang berlainan di Malaysia; atau
f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan,
keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi
oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152,
153, atau 18 Perlembagaan Persekutuan.
Apabila mana-mana surat khabar melanggar Akta ini atau menimbulkan
hasutan seperti di atas, kerajaan akan memberhentikan penerbitan,
pengeluaran, dan pengedaran akhbar tersebut. Masyarakat yang memiliki
naskhah penerbitan larangan itu akan diminta dengan segera menyerahkan
naskhah itu ke dalam jagaan polis.
2.0 LATAR BELAKANG MEDIA
2.1 Sejarah Surat Khabar di Malaysia
Surat khabar yang pertama dicetak ialah pada tahun 1447 di German
iaitu
A vis a Relation oder Zeitung. Surat khabar Bahasa Inggeris yang pertama
ialah The Weekly Newes yang dicetak di England pada 1622. Selepas itu,
surat khabar London Gazette dicetak pada 1666 di Amerika sebagai surat
khabar Bahasa Inggeris pertama di sana. Tidak lama kemudian, surat khabar
muncul di Tanah Melayu pada 1806 yang diperkenalkan oleh British.Malaysia
berada dalam jajahan British lebih daripada seratus tahun dan di bawah
jajahan tersebut terlahirnya surat khabar pertama di Tanah Melayu iaitu The
Prince of Wales
Island Gazette di Penang pada Mac 1806. Terdapat juga surat khabar yang
Berjaya seperti Malacca Observer, Malacca Weekly Register, Penang
Register, Miscelleny, Penang Gazette dan Straits Chronicle.
Surat khabar yang kekal hingga hari ini ialah NewStraits Times yang
dinamakan
The Straits Times pada zaman British. The Straits Times mula beroperasi
pada tahun Julai 1845. Selain itu, the Malay Mail yang dilancarkan pada
1896, sekarang dimiliki oleh New Straits Times Press.
Sabah mempunyai surat khabar pertama pada tahun 1948 selepas perang
dunia kedua iaitu North Borneo News di Sandakan. Sabah Times juga muncul
pada 1952 oleh Donald Stephen (bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sabah)
sebagai penerbit. Sekarang, Sabah Times dikenali sebagai New Sabah Times.
Selepas kemerdekaan, terdapat banyak lagi surat khabar yang muncul
sepertiUt us an Melayu, Berita Harian, Metro, Daily Express (Sabah), The
Borneo Post, The Star, Harian Metro dan banyak lagi. Setiap surat khabar
mempunyai kandungan yang berbeza tetapi berita dalam semua surat
khabar adalah sama.
3.0 ORGANISASI MEDIA
3.1 Sejarah dan Latar Belakang Penubuhan Sabah Times.
The North Borneo News and Sabah Times (NBNST) telah diterbitkan
oleh Donald
Stephens. Beliau seorang wartawan yang bergiat aktif sejak tahun 1949.
Pada awalnya,
beliau pernah menjadi penulis dan pemberita kepada akhbar North Borneo
News yang
diterbitkan di Sandakan. Pada tahun 1952, beliau membuka syarikat
suratkhabarnya
sendiri iaitu The Sabah Times. Pada tahun yang sama juga North Borneo
News dan
The Sabah Times telah bergabung bagi mempertingkatkan pasarannya. Pada
tahun
1955, beliau memiliki sepenuhnya akhbar The North Borneo News and Sabah
Times.
Di samping sebagai penerbit dan editor, beliau juga menulis di dalam
ruangan "Rambler" dan "Roderick" untuk akhbar berkenaan. Akhbar ini
dicetak oleh The Sabah Publishing House, Jesselton. Pada 24 Mac 1995
pengeluaran surat khabar Sabah Times telah dihentikan.
3.2 Tujuan atau Objektif penubuhan NBNST
NBNST menjadi media terpenting untuk menyampaikan segala
maklumat sama
ada berkaitan dengan hal ehwal dalam negeri mahupun luar negeri kepada
penduduk
Borneo Utara. Ruangan berita yang disiarkan meliputi pelbagai bidang
seperti politik,
ekonomi dan sosial. Bahasa pengantar utama akhbar ini ialah bahasa
Inggeris, di
samping bahasa Melayu dan bahasa Kadazan. Di sinilah, keistimewaan
akhbar NBNST
sebagai akhbar rakyat kerana dapat menyampaikan maklumat kepada
pembaca yang
terdiri daripada pelbagai etnik sesuai dengan kedudukan demografi negeri
ini. Di
samping itu, gambaran ini juga tercermin dalam gambar yang terdapat di
bahagian atas
muka hadapan akhbar ini, iaitu gambar kawasan kampung air berlatar
belakangkan
Gunung Kinabalu. Sesetengah berita yang disiarkan dalam bahasa Melayu
atau bahasa
Kadazan agak lambat disiarkan berbanding dengan berita dalam bahasa
Inggeris.
NBNST turut mewujudkan ruangan tertentu seperti 'Random Thoughts
Roderick',
'Editorial', 'Reader's Opinion', 'Kadazan Corner', 'Our Romanised Malay
Corner',
sukan dan iklan. Sekitar awal tahun 1960an, akhbar ini telah dijual dengan
harga 15 sen senaskhah dan mengandungi lapan halaman. Sesungguhnya
kewujudan akhbar ini
sebagai akhbar harian adalah penting untuk melahirkan budaya membaca di
kalangan
rakyat, khususnya penduduk di Bahagian Pantai Barat, Borneo Utara. Dalam
konteks
penubuhan Malaysia pula, akhbar ini telah membuat banyak laporan dan
ulasan ke
atas reaksi penduduk Borneo Utara terhadap gagasan Malaysia pada awal
tahun 1960an.
Isu Malaysia dijadikan tajuk berita utama dan banyak ruangan diperuntukan
untuk
mengulas berkaitan dengan gagasan tersebut. Persekutuan Malaysia disebut
juga di
dalam akhbar ini sebagai "Mighty Malaysia" atau "Greater Malaysia" atau
dalam bahasa
Melayunya sebagai "Melayu Raya" atau "Malaysia Raya".
3.3 Sejarah Penubuhan New Sabah Times
Pada 8 Mac 1998 Sabah times diberi nafas baru semula setelah dimiliki
oleh Publishing Company Inna Kinabalu Sdn. Bhd di mana pertukaran
pengurusan yang lama kepada yang baru dan diberi nama sebagai New
Sabah Times. Tujuannya adalah sebagai satu tanda pertukaran identiti dan
wajah yang lama kepada identity yang baru. New Sabah Times di terdiri
daripada 130 orang tenaga pekerja di mana fokus utama mereka adalah
bersatu mencapai sasaran bagi memenuhi kehendak masyarakat dan
pembaca. Antara objektifnya adalah melahirkan pemberita dan editor yang
terlatih dan berpengalaman bagi menjalankan bidang tugas mereka untuk
mencapai kualiti yang memuasakan.
3.4 LIPUTAN NEW SABAH TIMES
New Sabah Times menyediakan perkhidmatan akhbar secara dalam
talian. Para pembaca yang mempunyai perkhidmatan internet boleh
melayari laman web akhbar untuk membaca berita-berita terkini. Berita-
berita secara dalam talian boleh dicari di dalam
http://www.newsabahtimes.com.my.
New Sabah Times di dalam masyarakat moden Malaysia sering
menggunakan surat khabar yang berwibawa. Surat khabar ini
betanggungjawab dalam pembangunan serta keharmonian dan
kesejahteraan bangsa dalam pelbagai bidang. Akhbar ini juga menjadi surat
khabar yang berpengaruh kepada kerajaan dan sektor korporat, bangsa
berintelektual, serta pembangunan bangsa muda profesional dan pelajar
yang menjadi pemimpin Negara pada masa hadapan.Selain menjadi akhbar
utama New Sabah Times juga merupakan surat khabar yang mengandungi
tiga bahasa iaitu bahasa English,Melayu dan juga Kadazan Dusun.
New Sabah Times
Local
Berita ini membincangkan tentang berita utama yang sedang dibincangkan
pada masa sekarang seperti kes pembunuhan, pemberontakan, kebakaran,
kebajikan dan isu-isu semasa yang lain yang melibatkan negara Malaysia.
Foreign
Nation ialah bahagian berita yang membincangkan tentang fakta-fakta serta
isu-isu yang berlaku di luar negara Malaysia.
Sports and Leisure
Sports memberitakan tentang sukan dan berita sensasi artis tanah air.
Advertisment
Bahagian ini mengandungi ruang sepertiJobs (pekerjaan),Aut o (kenderaan),
Properties( hartanah), General Classified (klasifikasi umum), dan Notices
(notis). Di bawah ruang notis ialahFinancial , (kewangan)Legal, (undang-
undang), Contract and Tender, (kontrak dan tawaran) Auction (lelong), dan
General Notice (notis umum).
Business
Memberitakan tentang ekonomi dan perniagaan khasnya di Malaysia.
3.5 CARTA ORGANISASI New Sabah Times
Executive
Chairman :
Datuk Ayub Hj Aman
Managing
Director:
Anthony Wong
Personal Asst.
to the MD :
Felecity Jintoni
Accounts
Manager:
Hee Foong Yee
Commercial
Manager:
Kurt Marcus
EDP Manager : Nizam Jaafar
Marketing &
Circulation
Manager:
Alex Chin
GraphicsStudio : Brian Sean G / Trevor Thompson
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, media cetak ialah pembawa kepada pelbagai
maklumat yang berguna kepada masyarakat dalam bentuk penulisan. New
Sabah Times adalah contoh yang terbaik sekali kerana ia adalah surat
khabar yang lama dan telah bertahan selama 165 tahun sehingga sekarang.
Semoga media cetak New Sabah Times ini adalah terus bertahan dan
berkembang pada masa hadapan serta menyediakan maklumat dan
melaporkan berita yang tepat dan berguna kepada masyarakat Malaysia.
Sebagai saranan kepada masyarakat, kita seharusnya membaca media
cetak setiap hari
supaya keberadaan media ini akan berkekalan selamanya
Rujukan
Wikipedia, The free encyclopedia (2010). Dalam New Sabah Times. Di ambil
pada 3 October 2010 dari http:www//en.wikipedia.org
Profile (2006) Dalam New Sabah
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/profile.mes. Diambil pada 3
october 2010 dari http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/profile
Contact (2006) Dalam News Sabah Times. Diambil pada 3 Oktober 2010 dari
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/contact
Lampiran
Bahasa Malaysia - Sabah Times wajah
terkini
Muka depan North Sabah times semasa
zaman pemerintahan Tun Fuad Stephens
.ISu-Isu tempatan dalam bahasa kadazan-dusun
.