Sejarah Dan Perkembangan Sepak Takraw

3

Click here to load reader

description

sejarah sepak takraw di malaysia

Transcript of Sejarah Dan Perkembangan Sepak Takraw

Page 1: Sejarah Dan Perkembangan Sepak Takraw

SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SEPAKRAGA

Kita amat berbangga dengan permainan sepakraga, sepaktakraw yang telah pun

dikenali ramai serta degemari oleh semua kaum di Malaysia. Bahkan deseluruh dunia

amnya, walaupun beberapa perubahan dan pindaan cara bermain mengikut keadaan

semasa. Maka tercipta permainan SEPAKRAGA TUJU JARING. diapditsikan permainan

SEPAKRAGA TUJU DAN SEPAKTAKRAW.

Permainan Sepakraga (Jaring/Tuju/Takraw) ialah suatu jenis permainan Melayu

Asli yang digubal cara permainannya menurut peredaran zaman dimainkan diantara dua

pihak yang mengandungi enam orang pemain. Pemainan yang dicipta di Tanah Melayu

pada akhir tahun 1945 setelah tamat Perang Dunia Kedua telah menjadi suatu permainan

yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia sama ada di Bandar atau Desa. Mesipun

dikenali dengan sebagai "Permainan Sepakraga" dan penglibatan pihak-pihak tertentu

dengan menokok tambah permainan ini menjadi lebih menarik. Maka lahirlah

"SEPAKRAGA TUJU JARING" campuran SEPAKRAGA DAN SEPAKTAKRAW

yang mempunyai skill yang tinggi semasa bermain.

GELANGGANG TIANG & JARING BOLA RAGA TUJU PEMAIN-PEMAIN

PERALATAN RASMI PEMAIN SEPAKRAGA TUJU JARING

GANTIAN PEMIAN SEPAKRAGA TUJU JARING

PEGAWAI / PENGADIL KEJOHANAN

SISTEM KIRAAN MATA SEPAKRAGA TUJU JARING

MASA REHATPEMAINAN TERGENDALA ATAU GANGGUAN

PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA

PERKARA-PERKARA BATAL

PERKARA-PERKARA TIDAK BATAL

HUKUMAN ATAU PENGANTUNGAN

DISIPLIN PEMAIN DAN PEGAWAI

PERKARA-PERKARA AM

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SEPAK TAKRAW

Permainan sepak takraw pada asalnya dikenali sebagai sepak raga. Ia dimainkan

dalam sekumpulan pemain yang membentuk bulatan. Mata dalam permainan tersebut

Page 2: Sejarah Dan Perkembangan Sepak Takraw

dikira bilangan kemahiran menimang bola, menanduk, mendada, menggunakan paha.

Bolanya pula dibuat daripada gelung rotan yang dijalin menjadi bulat.

Permainan ini dimainkan oleh masyarakat sekitar Tanah Melayu dan Siam

(Thailand). Di tanah Melayu permainan ini dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan

dan bangsawan

Di dalam buku Sejarah Melayu diceritakan anak Bendahara Paduka Raja iaitu

Tun Besar telah mati dibunuh oleh Raja Muhammad anak Sultan Mansor Syah ketika

Tun Besar bermain sepak raga. Bola yang disepak oleh Tun Besar terkena destar Raja

Muhammad sehingga destar itu terjatuh ke tanah. Ketika itu sepak raga menjadi

permainan masa lapang dan untuk hiburan dalam suatu majlis