Sejarah Eropah

12
SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013 PENGENALAN Carolingian merupakan nama sebuah kerajaan di Eropah sekitar abad ke-7. Namun ia mula terkenal selepas kerajaan Merovingian lemah akibat daripada pergolakan politik dalaman. Ia juga dikenali sebagai Carlovingians ataupun Karlings. Kerajaan ini dibuka oleh keluarga bangsawan Franks yang berbangsa Arnulfing dan Pippinid. Namanya diambil sempena nama Latin Charles de Martel iaitu Carolus. Raja pertamanya adalah Pepin the Short yang mana merupakan raja pertama menggunakan gelaran Kings of the Franks . 1 Charlemagne adalah raja terbaiknya di kalangan raja-raja Franks. Semasa pemerintahannya, kegemilangan kerajaan Carolingian dianggap setaraf dengan kegemilangan empayar Rom. Kerajaan ini memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan sempadan benua Eropah kini. Kebanyakan peranan yang dimainkan oleh kerajaan ini membantu mewujudkan sistem politik dan pentadbiran, ekonomi dan budayanya yang tersendiri. Walaupun secara jelas dapat dilihat kerajaan ini banyak menggunakan pengaruh sistem politik dan pentadbiran, ekonomi dan budaya empayar Rome dan Greek, namun ia telah diperbaharui dan digunakan dalam membentuk status pemerintahan dan budaya kerajaan Carolingian. Bolehlah dianggap di sini bahawa kerajaan Carolingian merupakan sebuah kerajaan yang mengevolusikan sistem politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial Rom dan Greek serta mengadaptasikannya dalam pemerintahan kerajaannya. 1) PERANAN KERAJAAN CAROLINGIAN DALAM SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN DI EROPAH Kerajaan Carolingian merupakan penerus kepada sistem warisan Merovingian. Hal ini dapat dilihat melalui dinasti Carolingian itu sendiri. Dinasti Carolingian adalah dinasti warisan keturunan bangsawan Frank iaitu berketurunan bangsa Arnulfing dan Pippinid. Sistem warisan takhta kerajaan yang dibuat sama dengan sistem warisan yang diamalkan oleh kerajaan Merovingian. Ia melibatkan satu proses pembahagian kuasa di kalangan anak-anak raja selepas kematian raja yang memerintah. Amalan ini dinggap sebagai sistem warisan tradisional kerajaan Merovingian. 2 Mengikut sistem ini, setiap anak mempunyai wilayah kekuasaan masing-masing (regna). Kadangkala mereka akan berperang bagi merebut wilayah kekuasaan yang lain walaupun pemerintah wilayah tersebut adalah saudara mereka sendiri. Sebagai contoh, semasa kematian Raja Louis the Pious, kerajaan Carolingian terpaksa menghadapi tiga siri peperangan akibat daripada perebutan wilayah di kalangan anak-anak Raja Loius tersebut. Akhirnya ia diakhiri dengan Perjanjian Verdun yang mana melalui perjanjian ini, Kerajaan Carolingian dibahagi kepada tiga wilayah kekuasaan. Kuasa utama pemerintahan kerajaan ini dipusatkan kepada Raja Lothair I. Peperangan yang sering berlaku telah menyebabkan ramai calon raja meninggal dunia. Sehingga pada akhir abad ke-9, tidak ada seorangpun calon pengganti raja yang sesuai melainkan Arnulf of Carinthia yang layak dilantik 1 Pepin the Short juga dikenali sebagai Pepin the Younger atau Pippin atau Pepin III. 2 John L. Slipp, C. Warren Itollister, Allen W. Dirrim, (1967), The Rise and Development of Western Civilization, Amerika Syarika, Hlm. 308. 1

description

Sejarah Eropah Tajuk Carolingian

Transcript of Sejarah Eropah

Page 1: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

PENGENALANCarolingian merupakan nama sebuah kerajaan di Eropah sekitar abad ke-7. Namun ia mula terkenal selepas kerajaan Merovingian lemah akibat daripada pergolakan politik dalaman. Ia juga dikenali sebagai Carlovingians ataupun Karlings. Kerajaan ini dibuka oleh keluarga bangsawan Franks yang berbangsa Arnulfing dan Pippinid. Namanya diambil sempena nama Latin Charles de Martel iaitu Carolus. Raja pertamanya adalah Pepin the Short yang mana merupakan raja pertama menggunakan gelaran ”Kings of the Franks”.1 Charlemagne adalah raja terbaiknya di kalangan raja-raja Franks. Semasa pemerintahannya, kegemilangan kerajaan Carolingian dianggap setaraf dengan kegemilangan empayar Rom.

Kerajaan ini memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan sempadan benua Eropah kini. Kebanyakan peranan yang dimainkan oleh kerajaan ini membantu mewujudkan sistem politik dan pentadbiran, ekonomi dan budayanya yang tersendiri. Walaupun secara jelas dapat dilihat kerajaan ini banyak menggunakan pengaruh sistem politik dan pentadbiran, ekonomi dan budaya empayar Rome dan Greek, namun ia telah diperbaharui dan digunakan dalam membentuk status pemerintahan dan budaya kerajaan Carolingian. Bolehlah dianggap di sini bahawa kerajaan Carolingian merupakan sebuah kerajaan yang ”mengevolusikan” sistem politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial Rom dan Greek serta mengadaptasikannya dalam pemerintahan kerajaannya. 1) PERANAN KERAJAAN CAROLINGIAN DALAM SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN DI EROPAHKerajaan Carolingian merupakan ”penerus” kepada sistem warisan Merovingian. Hal ini dapat dilihat melalui dinasti Carolingian itu sendiri. Dinasti Carolingian adalah dinasti warisan keturunan bangsawan Frank iaitu berketurunan bangsa Arnulfing dan Pippinid. Sistem warisan takhta kerajaan yang dibuat sama dengan sistem warisan yang diamalkan oleh kerajaan Merovingian. Ia melibatkan satu proses pembahagian kuasa di kalangan anak-anak raja selepas kematian raja yang memerintah. Amalan ini dinggap sebagai sistem warisan tradisional kerajaan Merovingian.2

Mengikut sistem ini, setiap anak mempunyai wilayah kekuasaan masing-masing (regna). Kadangkala mereka akan berperang bagi merebut wilayah kekuasaan yang lain walaupun pemerintah wilayah tersebut adalah saudara mereka sendiri. Sebagai contoh, semasa kematian Raja Louis the Pious, kerajaan Carolingian terpaksa menghadapi tiga siri peperangan akibat daripada perebutan wilayah di kalangan anak-anak Raja Loius tersebut. Akhirnya ia diakhiri dengan Perjanjian Verdun yang mana melalui perjanjian ini, Kerajaan Carolingian dibahagi kepada tiga wilayah kekuasaan. Kuasa utama pemerintahan kerajaan ini dipusatkan kepada Raja Lothair I.

Peperangan yang sering berlaku telah menyebabkan ramai calon raja meninggal dunia. Sehingga pada akhir abad ke-9, tidak ada seorangpun calon pengganti raja yang sesuai melainkan Arnulf of Carinthia yang layak dilantik menjadi raja.3 Dinasti Carolingian telah bertukar menjadi sebuah empayar yang besar pada tahun 888M. Pada ketika itu, empayar ini telah memerintah East Francia pada tahun 911M dan menguasai West Francia secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 987M. Mengikut sejarahnya, kekuasaan kerajaan ini ke atas kedua-dua wilayah tersebut dianggap sebagai ”mendapat keistimewaan daripada Tuhan”. Maksudnya di sini, kerajaan ini menerima bantuan

1 Pepin the Short juga dikenali sebagai Pepin the Younger atau Pippin atau Pepin III.2 John L. Slipp, C. Warren Itollister, Allen W. Dirrim, (1967), The Rise and Development of Western Civilization, Amerika Syarika, Hlm. 308.3 Arnulf adalah anak luar nikah raja sebelumya. Hal ini menunjukkan bahawa disebabkan berlakunya banyak perebutan wilayah, ramai calon raja yang merupakan anak kandung raja dengan isteri-isterinya yang sah yang layak dilantik menjadi pewaris takhta. Jadi disebabkan tiada pilihan, anak luar nikah rajapun telah dilantik untuk memegang takhta. Di sini, dapat dilihat secara moralnya, anak luar nikah raja berhak mendapat hak pewaris takhta sekiranya tiada calon yang sesuai.

1

Page 2: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

Tuhan dalam memperluaskan lagi pengaruh empayarnya. Pihak pemerintah pada masa tersebut menggunakan gereja dalam menyalurkan propaganda pemerintahan mereka ini. Hal ini jelas apabila terdapat satu pendapat yang menyatakan bahawa penggabungan gereja dan dunia dianggap sebagai satu institusi politik.4

Berikut adalah dinasti Kerajaan Carolingian: 1) Pippinids

Pippin the Elder (580–640M) Grimoald (616–656M) Childebert the Adopted (662M)

2) Arnulfings Arnulf of Metz (582–640M) Chlodulf of Metz (696 atau 697M) Ansegisel (602- sebelum 679M) Pippin the Middle (635–714M) Grimoald II (714M) Drogo of Champagne (670–708M) Theudoald (714M)

3) Carolingians Charles Martel (686–741M) Carloman (754M) Pepin the Short (714–768M) Carloman (751–771M) Charlemagne (814M) Louis the Pious5 (778–840M)

4) Selepas Perjanjian Verdun (843) Lothair I (795–855M) (Wilayah Perancis Tengah) Charles the Bald (823–877M) (Wilayah Perancis Barat) Louis the German (804–876M) (Wilayah Perancis Timur)

Dinasti Carolingian juga dianggap sebagai penerus kepada sistem warisan kerajaan Merovingian kerana ia turut mengamalkan fungsi-fungsi golongan pemerintah dan golongan diperintah seperti mana yang diamalkan oleh kerajaan Merovingian. Maharaja ataupun raja berkuasa penuh dalam pentadbiran kerajaannya. Selain berkuasa penuh ke atas pentadbirannya6

ini, raja juga berkuasa ke atas gereja dan kaum bangsawan di dalam kerajaannya.7 Baginda juga merupakan pemegang kuasa perundangan tertinggi kerajaannya yang mana baginda juga boleh membuat undang-undang sendiri. Ketenteraan kerajaan juga berada di bawah kuasanya sebagai ketua. Melalui kuasanya sebagai pemerintah utama Kerajaan Caroligian, dan dengan bantuan pengaruh gereja, raja dianggap sebagai pelindung kepada gereja dan rakyat.

Golongan bangsawan pula berfungsi menghakimi penduduk di wilayah pentadbirannya. Mereka juga bertindak sebagai pentadbir wilayah pentadbiran mereka. Golongan bangsawan mendapat wilayah pentadbiran mereka daripada raja. Hal ini membantu raja menjalankan pentdbirannya dengan lebih bersistematik melalui pembahagian pentadbiran semua wilayah yang berada di bawah pentadbiran kerajaan raja. Namun begitu, tidak semua golongan bangsawan yang mentadbir dengan baik. Kadangkala terdapat juga segelintir daripada mereka yang menggunkan kekerasan. Mereka bukan sahaja memaksa masyarakat membayar cukai yang tinggi malah juga memaksa golongan lelaki untuk menjadi tentera raja sekiranya diminta oleh raja.

4 John L. Slipp, C. Warren Itollister, Allen W. Dirrim, Op. Cit, Hlm. 341.5 Juga dikenali sebagai Loius I atau Loius the Fair ataupun Louis the Debonaire.6 Pusat pentadbiran Kerajaan Carolingian ialah Mayor of the Palace. Ia juga dikenali sebagai Majordomo iaitu bermaksud “Superior of the House”. 7 John L. Slipp, C. Warren Itollister, Allen W. Dirrim, Op. Cit, Hlm. 341.

2

Page 3: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

Golongan bangsawan menggunakan sistem missi dominici.8 Sistem ini menggunakan konsep golongan bangsawan yang dilantik oleh raja sebagai “wakil raja” ataupun “wakil maharaja”. Jika dilihat pada hari ini, status fungsi wakil diraja ini adalah sama seperti fungsi duta kecil sesebuah kerajaan. Melalui sistem ini, dua orang bangsawan akan dilantik sebagai wakil raja ke wilayah-wilayah pentadbiran raja. Seorang daripada mereka akan bertindak sebagai wakil gereja dan seorang lagi sebagai wakil maharaja. Kedua-dua wakil ini menggabungkan aspek keagamaan dan juga aspek sekularisme. Mereka akan membuat lawatan ke setiap negeri pada setiap tahun dan membuat laporan kepada maharaja ataupun raja. Sistem ini mula dilaksanakan semasa pemerintahan Raja Charlemagne iaitu sekitar abad ke-9.

Kerabat diraja ataupun keluarga diraja pula bertindak sebagai penyokong setempat kepada raja. Mereka ini dikawal oleh paderi yang mana berfungsi penting dalam menjaga kepentingan-kepentingan peranan gereja di dalam kerajaan. Terdapat juga sesetengah di kalangan kerabat diraja yang bekerja sebagai pegawai-pegawai pentadbir kecil kerajaan. Sebagai contoh ialah pegawai penyelenggara istana. Selain itu, terdapat juga di kalangan mereka yang terlibat dengan ketenteraan.9

Bagi memudahkan dan melancarkan lagi pentadbiran kerajaan, raja juga melantik pegawai rasmi bagi kerajaannya.10 Dalam Kerajaan Carolingian,terdapat tiga jenis pegawai rasmi kerajaan. Count adalah salah satu daripadanya. Count atau Comes berfungsi menghakimi rakyat, memungut cukai ketenteraan, menerima cukai daripada rakyat (golongan petani) dan juga denda jalan. Selain itu, mereka juga berfungsi menjaga jalan-jalan dan jambatan di kawasan wilayah pentadbiran mereka. Walaupun biasanya jawatan ini diwariskan kepada pewaris keluarga Count itu sendiri, namun ia juga boleh bertukar tangan kepada individu lain. Hal ini kerana raja boleh melucutkan jawatan ini dan melantik orang lain.

Jawatan pegawai rasmi kedua ialah missi dominici.11 Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, missi dominici melibatkan sistem pelantikan dua orang pegawai secara serentak. Seorang pegawai bersifat kepaderian dan seorang lagi pula ialah bersifat sekular. Mereka kemudiannya akan dihantar memantau negeri-negeri yang terletak di bawah kekuasaan raja sebanyak empat kali setahun. Seterusnya ialah vassi dominici. Pegawai ini juga dikenali sebagai vasal raja. Mereka yang dilantik menjadi pegawai ini adalah di kalangan mereka yang gagah perkasa. Pegawai ini merupakan orang penting tentera diraja dan sering menjalankan misi-misi khas diraja.

Peranan kedua yang dimainkan oleh Kerajaan Carolingian ialah meluaskan empayar Eropah dan mewujudkan sistem sempadan wilayah pentadbiran. Empayar Carolingian juga dikenali sebagai Holy Roman Empire. Banyk pendapat sejarawan tentang penemuan empayar ini. Terdapat satu pendapat yang menyatakan empayar Carolingian mula terbentuk semasa pemerintahan Raja Charlemagne. Namun terdapat juga pendapat yang menyatakan ia mula terbentuk semasa pemerintahan datuknya lagi iaitu Raja Charles teh Martel. Hal ini mungkin kerana pada masa pemerintahan Raja Charles de Martel, berkemungkinan para pemerintah masih lagi tidak sedar akan wujudnya konsep empayar di dalam kerajaannya. Pembinaan dan perluasan empayar ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu pembinaan dan pertahanan jajahan Frank, pembinaan empayar semasa pemerintahan Charlemagne, empayar sehingga Perjanjian Verdun, empayar selepas Perjajian Verdun dan empayar sehingga kematian Charles the Fat.12

Pembinaan dan pertahanan jajahan Frank dimulakan oleh Raja Charles de Martel. Baginda merupakan seorang pemerintah yang tidak suka dirinya dianggap sebagai raja yang

8 Lihat juga dalam John B. Harrison, Richard E. Sullivan dan Dennis Sherman, (1985), A Short History of Western Civilization, New York: Alfred A. Knopf, Inc., Hlm. 205.9 http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_ the_Carolingian_Empire10 http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_the_ Carolingian_Empire11 http://history.boisestate.edu/WESTCIV/charles/12.shtml

12 http://en.wikipedia.org/wiki/Carolingian_Empire

3

Page 4: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

berkuasa ke atas jajahan takluknya. Bagindalah yang mewujudkan sistem feudal empayar Carolingian. Raja Charles bijak mempertahankan empayarnya dengan membina tentera berkudanya melalui penggabungan teknik tentera berkuda Berber dengan tentera berkuda Arab. Kebijaksanaan raja ini menyebabkan baginda digelar ”the paramout prince of his age” oleh sejarawan Rome. Namun begitu, anaknya iaitu Pepin III atau Pepin the Short (751M) dan cucunya Charlemagne13 (768M) menerima perlantikan mereka sebagai Raja Frank. Mereka meneruskan usaha perluasan empayar oleh Raja Charles.

Pada tahap kedua pembinaan empayar telah dilakukan oleh Raja Charlemagne sekitar tahun 800 sehingga 814M. Semasa pemerintahan Raja Charlemagne, pengaruh empayarnya telah diperluaskan sehingga ke Eropah Barat seperti mana yang dilakukan oleh empayar Rom suatu ketika dahulu. Selain itu, empayar ini juga mampu menewaskan pengaruh Jerman sehingga ke Elbe dan kawasan steppe14 Rusia. Jelaslah di sini empayar Carolingian semakin diperluaskan kekuasaannya. Semasa pemerintahannya, Raja Charles telah membahagikan pemerintahan wilayah empayarnya kepada tiga orang anak-anaknya. Pembahagian pentadbiran wilayah-wilayah ini adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran empayarnya. Melalui pembahagian pentadbiran ini, Raja Charles telah diberikan tugas untuk mentadbir wilayah Neustria. Raja Loius the Poius pula telah mentadbir wilayah Aquitaine. Manakala anak bongsunya pula telah memegang kuasa mentadbir wilayah Itali. Pembahagian pentadbiran wilayah ini telah mewujudkan sempadan pentadbiran seperti gambar rajah 1 di bawah:

Peringkat ketiga pula menunjukkan perluasan empayar Carolingian sehingga Perjanjian Verdun (814 sehingga 843M). Pada peringkat ini, Raja Loius the Pious telah mengambil alih pemerintahan empayar Carolingian selepas kematian Raja Charlemagne. Baginda telah membahagikan pemerintahan empayar kepada anak-anaknya iaitu Raja Lothar, Raja Pepin dan juga Raja Loius the German. Melalui pembahagian pentadbiran wilayah ini, Raja Lothar dilantik menjadi Raja Itali. Raja Pepin pula memerintah Aquitaine. Manakala Raja Loius the German pula menjadi Raja Bavaria. Pada tahun 823M, Raja Loius teh Pious telah cuba memasukkan anaknya, Charles the Bald15 ke dalam pemerintahan empayarnya. Namun tindakan baginda ini telah ditentang oleh anak sulungnya iaitu Raja Lothar. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya peperangan di dalam empayar Carolingian.

Pada tahun 829M pula, Raja Lothar yang merupakan jawatan ”co-emperor” telah dilucutkan. Hal ini membuatkan Raja Lothar semakin tidak puas hati kerana wilayah Itali yang berada di bawah pentadbirannya telah diserahkan kepada Raja Charles the Bald. Raja Lothar telah menyerang empayar ayahnya. Perhatian yang diberikan kepada Raja Charles the Bald oleh Raja Loius the Pious telah menyebabkan anak-anaknya yang lain juga tidak berpuas hati. Akhirnya mereka telah bersatu dengan abang sulung mereka untuk menentang ayah dan adik tiri mereka. selepas perang tersebut, Raja Pepin telah meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan wilayah Aquitaine telah diserahkan kepada Raja Charles the Bald. Raja Lothar semakin tidak puas hati. Baginda telah menyerang Raja Charles the Bald. Namun pada ketika itu, Raja Charles the Bald mendapat bantuan Raja Loius the German. Tindakan Raja Loius the German ini menunjukkan bahawa beliau ”menikam belakang” abangnya.16 Pertelingkahan ini akhirnya diakhiri dengan Perjanjian Verdun pada 843M yang mana melaluinya empayar ini telah dibahagi-bahagikan. Keadaan wilayah ini selepas Perjanjian Verdun dapat dilihat seperti rajah 2 di bawah:

Perluasan empayar Carolingian juga berlaku selepas Perjanjian Verdun iaitu sekitar tahun 843M sehingga 877M. Pada peringkat perluasan empayar ini, pentadbiran wilayahnya telah

13 Chalermagne telah dilantik sebagai maharaja Rom pada 800M.14 Steppe ialah padang rumput yang terdapat di Rusia.15 Raja Charles the Bald merupakan anak Raja Louis the Pious dengan isterinya keduanya.16 Hal ini mungkin bertujuan untuk menjaga statusnya sebagai pentadbir wilayah Bavaria. Pada ketika itu, Raja Charles the Bald semakin berkuasa. Jadi berkemungkinan Raja Loius tidak mahu Raja Charles menyerang dan merampas wilayah kekuasaannya sekiranya beliau mempertahankan abang sulungnya.

4

Page 5: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

dibahagikan kepada tiga bahagian. Wilayah Timur Frank atau Perancis telah diberikan kepada Raja Loius the German. Wilayah Tengah Frank pula diberikan kepada Raja Lothar dan wilayah Barat Frank diberikan kepada Raja Charles the Bald. Namun apabila Raja Lothar meninggal, wilayahnya telah dibahagikan kepada tiga orang anaknya. Raja Loius II memerintah wilayah Itali. Raja Charles the Burgundy pula memerintah wilayah Kerajaan Burgundy. Manakala Raja Lothar II memerintah kawasan wilayah yang selebihnya.

Pembahagian sempadan wilayah pemerintahan dan pentadbiran wilayah empayar Carolingian semakin berterusan terjadi apabila terdapatnya kematian seseorang raja. Apabila Raja Lothar II meninggal dunia, wilayahnya telah dibahagikan kepada Raja Loius II. Wilayah Kerajaan Burgundy pula diberikan kepada bapa saudara Raja Charles of Burgundy, Raja Charles the German dan Raja Charles the Bald apabila baginda meninggal dunia. Pembahagian wilayah milik Raja Charles of Burgundy ini dilakukan melalui Perjanjian Meerssen pada tahun 870M. Keadaaan sempadan pemerintahan setiap wilayah di dalam empayar Carolingian dapat dilihat dalam rajah 3 di bawah. Sebaik sahaja Raja Loius II meninggal dunia, wilayah kekuasaannya telah diserahkan kepada Raja Carloman iaitu anak sulung Raja Loius the German.

Setelah kematian Raja Louis the German, Raja Charles the Bald cuba merampas wilayah kekuasaan baginda namun ia berjaya dikalahkan. Wilayah Kerajaan Timur Frank akhirnya telah dibahagikan kepada tiga orang anak Raja Loius the German iaitu Raja Loius the Younger, Raja Carloman of Bavaria dan Raja Charles the Fat.

Tahap terakhir perluasan empayar Carolingian boleh dilihat sehingga kematian Raja Charles the Fat sekitar tahun 877M sehingga tahun 888M. selepas kematian Raja Charles the Fat pada tahun 888M, empayar kerajaan Carolingian semakin dibahagi-bahagikan. Raja Arnulf diberikan kuasa memerintah Carinthia, Bavaria, Lorraine dan German Moden. Raja Odo of Paris pula memerintah Barat Perancis. Aquitaine diperintah oleh Raja Ranulf II. Raja Berengar of Friuli dan Raja Rudolph I masing-masing berkuasa di Itali dan Upper Burgundy. Lower Burgundy pula diberikan kepada Raja Louis the Blind. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa wilayah empayar Carolingian semakin dibahagi-bahagikan dan jelas memperlihatkan semakin wujud sempadan pemerintahan seseorang raja. Kekuasaan dan perluasan empayar ini jelas dapat dilihat melalui perjanjian-perjanjian yang dibuat. Selain itu, ia juga dapat dibuktikan apabila semakin lama semakin kecil sempadan wilayah yang diperintah oleh seseorang raja. Sistem Undang2

Dari aspek politik juga, kerajaan Carolingian mula mewujudkan sistem undang-undangya yang tersendiri. Melalui sistem ini pentadbiran Count dibantu oleh tujuh orang Scabini iaitu golongan professional dalam undang-undang empayar. Hakim yang dilantik oleh kerajaan juga dilarang menerima rasuah. Pada tahun 802M, Undang-undang Salic telah dituliskan. Pada ketika itu, setiap hakim kerajaan dikehendaki mempunyai salinan Undang-undang Salic dan juga Undang-undang Ruparian. Peranan kerajaan Carolingian ini jelas dapat dilihat membantu mewujudkan sistem undang-undangnya yang tersendiri yang mana penggunaan sistem undang-undang diteruskan oleh kerajaan-kerajaan selepasnya.17

Pihak kerajaan Carolingian juga berperanan mewujudkan sistem mesyuarat tahunan. Sistem ini lebih dikenali sebagai Marchfield. Mesyuarat ini dijalankan pada bulan Mac sehingga bulan Mei setiap tahun. Ahli-ahli mesyuarat boleh mengemukakan hal-hal yang berkaitan politik dan pentadbiran kerajaan. Mereka juga akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal kerajaan dan juga membuat penghakiman undang-undang. Lama-kelamaan, kewujudan sistem mesyuarat ini menjadi forum dan tempat untuk meluahkan perasaan tidak puas hati golongan yang memerintah. Jelas di sini, dapat dilihat sistem mesyuarat tahunan ini sama dengan sistem mesyuarat yang dibuat oleh sesebuah kerajaan pada hari ini. Jadi tidak salah sekiranya saya nyatakan bahawa kerajaan Carolingian juga turut berperanan mewujudkan sistem mesyuarat tahunan yang menjadi warisan oleh kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya. Jelas dapat dilihat

17 http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_the_Carolingian_Empire

5

Page 6: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

bahawa politik dan pentadbiran kerajaan Carolingian menjadi pencetus kepada kestabilan politik pada zaman kerajaan seterusnya.18

2) PERANAN KERAJAAN CAROLINGIAN DALAM SISTEM EKONOMI DI EROPAHKerajaan Carolingian juga turut berperanan dalam sistem ekonomi di Eropah. Pelbagai pembaharuan ekonomi telah diwujudkan oleh golongan pemerintahnya. Sebagai contoh ialah semasa zaman Renaissance Carolingian di bawah pemerintahan Raja Charlemagne. Baginda bukan sahaja memperbaiki lagi sistem ekonomi yang wujud semasa pemerintahan datuk dan ayahnya, malah juga turut mewujudkan sistem ekonomi yang baru. Sehinggakan usaha pembaharuan yang dibuat oleh baginda telah menyebabkan kerajaan Carolingian dianggap sama taraf kegemilangannya dengan empayar Rom.

Jika dilihat pada masa tersebut, kerajaan Carolingian telah mewujudkan satu sistem kawalan mata wang logam di Eropah. Kerajaan ini bertindak mengawal sistem mata wang perak yang digunakan dalam aktiviti ekonomi mereka. Ia melibatkan pengawalan nilai dan kandungan mata wang tersebut. Satu penetapan nilai mata wang telah dibuat iaitu dengan menetapkan kadar nilai mata wang pada 240 deniers19 bersamaan dengan satu pound mata wang perak. Selain itu, diwujudkan juga solidus iaitu alat pengiraan kadar mata wang. Melaluinya sebanyak 12 deniers ditetapkan bersamaan dengan 1/20 pound mata wang perak.20 Alat ini juga digunakan untuk mengira kadar pertukaran 12 pound mata wang perak dengan jumlah bijirin. Sistem mata wang yang digunakan juga boleh dianggap membantu meningkatkan pengaruh kuasa raja yang memerintah pada ketika itu. Buktinya, nama maharaja atau raja diukir di permukaan mata wang yang digunakan.21 Pada masa pemerintahan Raja Charlemagne, penggunaan mata wang ini cuba diperluaskan sehingga ke utara Jerman dan Laut Baltic (lihat rajah 4). Selepas kematiannya, penggunaan mata wang perak ini terus dibuat oleh masyarakat Eropah (England) dan ianya mampu bertahan sehingga tahun 1100M.22 Pemerintah kerajaan Carolingian lain yang turut menggunakan sistem mata wang ialah Raja Louis. Mata wang pada zaman pemerintahannya dikenali sebagai mata wang Loius ataupun denarius of Loius (lihat rajah 5). Kesimpulannya, penggunaan sistem mata wang yang diwujudkan oleh kerajaan Carolingian masih lagi dikekalkan oleh masyarakat di sekitar Eropah pada masa tersebut dan menjadi satu warisan kewujudan penggunaan mata wang dalam sistem ekonomi di Eropah selepas keruntuhan kerajaan ini.

Peranan ekonomi yang dimainkan oleh kerajaan Carolingian juga dapat dilihat melalui aspek penggunaan tanah dan agrikulturnya.23 Pada zaman empayar Carolingian, sumber ekonomi kerajaannya banyak bergantung kepada penggunaan tanah. Banyak tanah dikuasai oleh kuasa gereja. Hal ini disebabkan oleh pengaruh hubungan gereja yang kuat dengan golongan pemerintah. Di sini boleh dikatakan wujud hubungan timbal balik antara golongan pemerintah dengan pihak gereja. Golongan pemerintah akan memberikan tanah kepada pihak gereja, manakala pihak gereja akan membalasnya dengan menyalurkan propaganda pemerintahan golongan pemerintah tersebut di kalangan rakyat. Tujuannya adalah untuk membantu golongan pemerintah tersebut mengukuhkan pengaruh dan kekuasaan mereka di kalangan rakyat.

18 John L. Slipp, C. Warren Itollister, Allen W. Dirrim, Op. Cit, Hlm. 341.19 Deniers ialah timbangan berat benang.20 http://en.wikipedia.org/wiki/Carolingian_Renaissance21 Ukiran nama maharaja dibuat berlainan antara maharaja dengan maharaja lain yang memerintah. Sekiranya ia digunakan semasa zaman pemerintahan raja Charlemagne, maka nama yang diukir adalah nama raja tersebut. Sebaliknya akan berlaku sekiranya raja yang lain menaiki takhta. Sebagai contoh, pada zaman pemerintahan Raja Louis, namanya yang terukir di permukaan mata wang tersebut. 22 http://en.wikipedia. org/wiki/Government_of_the_Carolingian_Empire23 http://encarta.msn.com/encyclopedia_761578474_5/Middle_Ages.html#p53

6

Page 7: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

Kebetulan pula pada masa tersebut, golongan pemerintah juga ingin menjaga dan menyebarkan pengaruh agama Kristian Katholik di kalangan rakyat mereka.24

Tanah-tanah wilayah kerajaan ini dibahagi-bahagikan dari seluas estet sehingga kepada sebidang tanah yang kecil25. Tanah estet dibahagikan pula kepada dua bahagian. Satu bahagian adalah milik raja sebagai ketua estet. Manakala sebahagian lagi adalah milik petani. Namun begitu, kedua-dua bahagian tanah ini dikerjakan oleh golongan petani. Mereka menghabiskan lebih banyak masa untuk mengerjakan tanah milik raja berbanding dengan tanah mereka sendiri. Selain itu, sistem pembahagian tanah pertanian untuk tanaman giliran juga diwujudkan semasa kerajaan Carolingian. Melalui sistem ini, tanaman barli, gandum dan sejenis bijirin untuk membuat arak akan ditanam padabulan Mei. Pada bulan Februari pula, mereka akan menanam oat dan kekacang. Lebihan tanah yang tidak ditanam pula akan dijadikan kawasan penternakan haiwan peliharaan seperti khinzir. Najis haiwan ternakan ini kemudiannya digunakan sebagai baja tanaman mereka. Selain bertani, golongan petani juga bertugas menjaga kebun-kebun anggur milik raja. Hasil anggur ini digunakan untuk membuat arak.26 Kebanyakan golongan petani yang terlibat dengan kegiatan pertanian dan penternakan ini adalah terdiri daripada golongan lelaki. Namun begitu, terdapat juga petani wanita yang turut sama bekerja. Tetapi jumlah mereka hanyalah minoriti sahaja. Kebanyakan golongan petani wanita hanya bertugas membuat hal-hal perempuan seperti membasuh baju dan memasak.27 Jadi jelas di sini penggunaan tanah yang boleh dianggap agak bersistematik telah diwujudkan oleh kerajaan Carolingian lagi. Sistem yang digunakannya telah membantu golongan petani pada masa tersebut mendapat hasil pertanian yang mencukupi kerana kebijaksanaan mereka membuat tanaman giliran.28 Selain itu, terdapat juga penggunaan kincir angin pada zaman empayar Carolingian. Penemuan teknologi ini telah membantu mengembangkan industri tekstil. Teknik ini telah tersebar sehingga ke luar Eropah. Penggunaan tenaga manusia juga telah diganti dengan tenaga haiwan peliharaan dan mesin dalam pertanian. Hal ini sekaligus meningkatkan taraf hidup golongan petani.29

Sumber ekonomi kerajaan Carolingian juga banyak bergantung kepada aktiviti perdagangan yang dijalankan. Kebiasaannya hasil pertanian dan penternakan yang berlebihan seperti oat, ayam dan telur akan didagangkan dengan masyarakat tempatan dan juga luar. Golongan bangsawan dan raja menjadikan pasar-pasar tempatan untuk menjual hasil pertanian mereka. Penggunaan sistem mata wang memudahkan lagi aktiviti perdagangan yang dijalankan. Jadi tidak mustahil penggunaan mata wang ini menarik minat golongan pedagang muslim untuk berdagang dengan mereka.hal ini kerana pada masa tersebut, golongan pedagang muslim juga telah menggunakan sistem mata wang dalam aktiviti ekonomi mereka. Selain itu, raja dan golongan bangsawan juga telah mewujudkan undang-undang berkaitan aktiviti perdagangan. Pembaharuan aktiviti perdagangan oleh kerajaan Carolingian ini secara tidak langsung telah membantu meningkatkan hubungan perdagangannya dengan kerajaan-kerajaan luar. 3) PERANAN KERAJAAN CAROLINGIAN DALAM ASPEK SOSIAL DI EROPAH.

24 Kebanyakan golongan pemerintah kerajaan Carolingian adalah beragama Kristian Katholik. 25 Sebidang tanah yang kecil yang mana hanya cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja.26 Pada masa tersebut, terdapat juga arak yang dibuat daripada buah zaitun.27 http://encarta.msn.com/encyclopedia_761578474_5/Middle_Ages.html#p5328 Sistem tanaman giliran dengan tanaman sejenis di dalam sebuah ladang memang diakui berkesan meningkatkan hasil pertanian. Hal ini kerana tanaman hanya akan menyerap nutrien yang diperlukan sahaja dari tanah. Manakala nutrien yang tidak dikehendaki akan disimpan dalam tanah untuk keperluan tanaman giliran yang akan ditanam kemudiannya. Jadi hasil tanaman yang dituai adalah lebih bermutu dan segar serta banyak kerana mendapat nutrien yang diperlukan.29 John L. Slipp, C. Warren Itollister, Allen W. Dirrim, Op. Cit, Hlm. 306-308.

7

Page 8: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

Aspek sosial Kerajaan Carolingian banyak dipengaruhi oleh budaya dan pendidikan dari luar seperti dari Visigothic Spain, Anglo-Saxon England dan Lombard Itali. Peranan kerajaan ini dari segi sosial boleh dibahagikan kepada beberapa aspek:

1. Agama KristianPada zaman pemerintahan Kerajaan Merovingian, layanan yang diberikan terhadap penganut-penganut Kristian dan agama Kristian itu sendiri adalah begitu teruk. Namun begitu, berbeza pula penerimaan agama ini pada zaman Kerajaan Carolingian. Bagi pemimpin Kerajaan Carolingian, mereka merasakan bahawa pembaharuan agama begitu diperlukan bagi mengubah keadaan tersebut. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan terutama sekali semasa pemerintahan Charlemagne.

Charlemagne begitu obses dan terpengaruh dengan pemulihan agama. Ini kerana dia sendiri merupakan seorang yang begitu taat kepada agama Kristian dan atas kepercayaan tanggungjawab yang diberikan Tuhan, dia cuba mempertahankan gereja dalam misinya untuk menyelamatkan jiwa (manusia). Dengan itu Charlemagne telah menggalakkan penyebaran agama Kristian, yang mana usahanya ini mendapat bantuan dan sokongan daripada mubaligh dan juga gereja. Walaupun begitu, Charlemagne turut menggunakan kekerasan dengan memaksa masyarakat terutamanya penganut agama pagan dan orang Saxon supaya menerima ajaran Kristian.30

Selain itu, Charlemagne turut memperkukuhkan organisasi gereja dengan menghidupkan semula kuasa bishop. Dia juga cuba mempertingkatkan kualiti golongan paderi dengan menekankan standard moral dan pendidikan yang tinggi. Di samping itu, Charlemagne menggunakan kuasa yang dimilikinya bagi memastikan kelengkapan adalah cukup dalam proses pembentukan dan penyebaran agama Kristian, terutamanya dengan melindungi harta benda gereja dan mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus daripada pendapatan, dikenali sebagai ’tithe’ ke atas semua penganut Kristian untuk memberi sokongan kepada gereja. Dia juga telah berusaha untuk membentuk keseragaman doktrin dan amalan ritual di kawasan jajahannya sebagai usaha menghapuskan pelbagai amalan dan kepercayaan tahayul yang bertentangan dengan ajaran Kristian. Dalam melaksanakan program keagamaannya, Charlemagne bergantung kepada bimbingan papacy (kuasa paus). Kebergantungannya kepada pope (paus) ini telah menambahkan lagi pengaruh papal (berkenaan dengan paus) ke seluruh Barat.31

Dengan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Charlemagne ini, Kerajaan Carolingian dilihat telah menyumbangkan kepada perkembangan penyebaran agama Kristian di kalangan masyarakat di seluruh Eropah.32

2. PendidikanSumbangan Kerajaan Carolingian dalam pendidikan semasa berlakunya zaman ’Carolingian Renaissance’. Pada zaman ini, ilmu dan pendidikan amat dipentingkan. Charlemagne sedar bahawa agama dan kehidupan akan maju dan berkembang hanya melalui pemimpin yang berilmu terutama sekali di kalangan golongan paderi. Dapat dilihat ramai ilmuan datang ke gereja untuk menterjemah dan menyalin buku serta membina sekolah bagi kegunaan anak-anak untuk mempelajari tentang budaya tempatan. Sebagai contoh, Fulda Latih Einhard dan Hrabanus Maurus telah membukukan kitab Bible, dan Walafrid Strabo yang menjadi penyair dan ilmuan Carolingian. Namun begitu, tidak semua rakyat Carolingian yang mendapat pendidikan semasa pemerintahan Charlemagne.

30 John B. Harrison, Richard E. Sullivan dan Dennis Sherman, Op.Cit, Hlm. 205.31 Ibid.32 Lihat juga John L. Slipp, C. Warren Itollister, Allen W. Dirrim, Op. Cit, Hlm. 340 untuk keterangan berkaitan peranan gereja dan perkembangnnya di empayar Carolingian.

8

Page 9: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

Sumbangan terbesar Charlemagne dalam pendidikan ialah pembentukan palace school pada tahun 780-an. Sekolah ini memperolehi kuasa istimewa selepas Charlemagne membina gereja dan istana di Aachen pada tahun 790-an dan menjadikan bandar ini sebagai pusat aktiviti politiknya. Sekolah ini dengan galakan Charlemagne, telah menerima banyak kedatangan ilmuan-ilmuan dari serata Eropah. Walau bagaimanapun, palace school memainkan peranan penting dalam membentuk zaman ‘Carolingian Renaissance’. Sekolah ini bertindak sebagai pusat di mana orangnya adalah golongan terpelajar, biasanya untuk anak-anak golongan diraja dan bangsawan. Palace school menjadi makmal menghasilkan idea-idea dan pelbagai teknik untuk membentuk program pendidikan yang rapi dan kukuh. Model ini berkembang dalam dunia Carolingian untuk menghasilkan pencapaian terbaik dalam ‘Carolingian Renaissance’.33

3. PenulisanDalam aspek ini, penulisan manuskrip agak ditekankan. Manuskrip salinan tulisan Bible oleh rahib, hasil kerja Ketua Gereja, lain-lain penulisan termasuk hasil penulisan penulis-penulis klasik banyak disimpan. Ia banyak digunakan oleh gereja Irish dan English. Hampir sembilan puluh peratus daripada penulisan zaman empayar Rom disimpan oleh kerajaan Carolingian. Namun tidak semua daripada penulisan-penulisan tersebut selamat disimpan sehingga tahun 800. Selain itu, dapat dilihat juga telah wujud kesedaran di kalangan pemerintah Carolingian untuk menyimpan manuskrip-manuskrip semasa empayar Rom. Terdapat juga pelbagai usaha penulisan semula hasil-hasil penulisan klasik empayar Rome dengan menggunakan penulisan tangan.34 Zaman pembaharuan Carolingian (Renaissance) telah membantu mewujudkan kesedaran untuk menghasilkan sistem tulisan tangan yang lebih baik yang mana ia memperbaiki penulisan yang diwarisi daripada pengaruh Greek dan Rome. Contohnya dapat dilihat melalui penulisan miniscule Carolingian yang dibuat di Corbie. Hasil penulisannya kelihatan lebih jelas, kemas dan tersusun setiap perkataannya, tidak seperti manuskrip semasa kerajaan Merovingian.35

Selain itu, semasa pemerintahan kerajaan Carolingian juga diperkenalkan bentuk penulisan buku yang baru yang dapat memberikan kebaikan kepada penulis-penulis tempatan dan luar. Contohnya buku “On Scribes-That They Should Not Write Corruptly” yang ditulis semasa pemerintahan Charlemagne. Pembaharuan turut dilakukan terhadap laras bahasa, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Banyak perkataan Latin yang digunakan oleh empayar Rome diperbaiki untuk dijadikan perkataan Inggeris moden contohnya seperti abstract, subject dan communicate.36 Pada zaman Renaissance, Charlemagne masih lagi mengekalkan kepentingan pendidikan dan penulisan, namun lebih banyak penekanan diberikan kepada aktiviti kesenian dan muzik yang dibuat.

4. Seni lukis/ MiniaturesSemasa zaman pemerintahan empayar Carolingian, terdapat banyak lukisan kecil (miniature) dihasilkan. Jenis kesenian ini merupakan kesenian terbaik empayar Carolingian berbanding dengan jenis-jenis kesenian lain. Bagi masyarakat Carolingian, seni merupakan tempat bagi mereka meluahkan nilai-nilai keagamaan (express religious idea). Kebanyakannya, dalam lukisan-lukisan yang dihasilkan, terdapat gambaran idea manuskrip dan lukisan gambar gading yang dibina menjadi tempat penyembahan. Contohnya ialah Four Gospels: Saint

33 Ibid, Hlm. 207.34 Mortimer Chambers, Raymond Grew, David Herzihy, Theodore Rabb, Isser Wolocn, (1991),The Western Experience “Antiquity to the Middle Ages”, Mc Graw Hill, Hlm. 250.35 http://history.boisestate.edu/WESTCIV/charles/16.shtml36 Ibid.

9

Page 10: Sejarah Eropah

SEJARAH EROPAH AWAL LSD 3013

Mathew. Reims School, 845-882 (lihat rajah 7) yang memperlihatkan kuasa politik Eropah yang kuat pada abad ke-9, lukisan Gospel of Ebbo: Saint Mathew. Before 823 A.D (lihat rajah 8) yang memperlihatkan sejarah sekolah Reims dan lukisan Hrabanus’ De Laud showing Louis the Pious as defender of the Cross (lihat rajah 9).

5. Seni lukisan dinding/ FrescoLukisan dinding di bangunan-bangunan juga turut dibangunkan semasa pemerintahan kerajaan Carolingian. Contoh lukisan yang popular ialah Fresco dari Crypt of Rabanus, Petersburg (lihat rajah 10), hiasan dinding oleh Corbey dengan tema klasik pada abad ke-9 (lihat rajah 11) dan lukisan Fresco dari Baptistry, Nijmegen pada abad 9 A.D. (lihat rajah 12). Selain itu, terdapat juga lukisan Old Testament dan New Testament pada dinding-dinding.

6. Seni logamContoh seni logam yang wujud semasa kerajaan Carolingian ialah:

7. Seni binaBerdasarkan kepada gambar-gambar di atas, seni bina Carolingian melambangkan usaha untuk membentuk seni bina yang menggabungkan agama dan kuasa raja. Bangunan-bangunan ini dihias dengan mozak dan frecso gambar-gambar Jesus. Kebanyakan seni bina dipengaruhi oleh seni bina Rom, awal Kristian dan Byzantin. Namun seni ini lebih diperbaiki berbanding seni bina pada zaman-zaman tersebut.

8. MuzikKesenian muzik juga wujud semasa zaman empayar Carolingian. Pada zaman Cherlemagne misalnya, terdapat usaha penulisan dan penyalinan semula teori-teori muzik zaman Rom dan Greek. Contohnya ialah Musica Enchiriadis. Usaha ini dibuat kerana Charlemagne juga turut berminat pada muzik. Beliau pernah mengarahkan latihan-latihan muzik dibuat di gereja iaitu berbeza dengan zaman Rom. Dalam latihan ini, mereka berlatih menggunakan susunan muzik tanpa garisan atau garis panduan.

PENUTUP.Kerajaan Carolingian pada awalnya dibentuk oleh Dinasti Carolingian tetapi kemudiannya bertukar menjadi sebuah empayar yang luas meliputi kawasan Steppe Rusia, Itali dan sebahagian Eropah sekarang. Pengaruhnya semakin meluas di bawah pemerintahan Charlemagne yang mana beliau telah membawa satu pembaharuan (Renaissance) di dalam empayarnya. Pelbagai perubahan telah dibuat yang meliputi aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial. Perubahan yang dibuat bukan sahaja digunakan oleh pemerintah tetapi juga rakyatnya. Peranan utamanya adalah membentuk sebuah empayar yang luas sebagaimana sebahagian Eropah kini serta terhadap agama Kristian. Perubahan yang dibuat ini terus digunakan dengan pelbagai pembaikan oleh pengganti-pengganti selepasnya.

10