SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

38
. SEJARAH JIHAD NUSANTARA Saya mulakan dengan meminjam kata-kata Al-Marhum Prof. Ismail Faruqi di mana beliau mengatakan tentang perjuangan umat Islam di kepulauan melayu; "The bloodiest struggle the muslims ever waged against the Christian colonialist aggression" Lantaran itu Dr. Siddiq Fadhil di dalam salah satu dari ucapan dasar yang disampaikan di dalam mu'tamar ABIM mengatakan; "Sejarah kita bukan sejarah kalah dan sejarah menyerah; sejarah kita adalah sejarah perjuangan..." Inilah realiti perjuangan umat yang sebenarnya. Malangnya ia seumpama khazanah yang tidak dihargai. Sebabnya ialah kerana sejarah kita ditulis oleh 'mereka' dan penulisan 'mereka'lah yang telah membentuk pandangan sejarah kita. Saad bin Abi Waqqash (seorang sahabat Rasulullah saw) mengatakan; "Kami ceritakan kepada anak-anak kami al-Maghazi (kesah-kesah peperangan) sebagaimana kami ajarkan mereka al-Quran..." Inilah yang tiada pada diri kita - warisan yang hilang kerana tiada diperturunkan kepada kita. Lewat beberapa dekad yang lalu lahirlah beberapa ramai sarjana di kalangan umat Islam sendiri yang tampil untuk menilai semula sejarah kita. Antaranya Prof S.Q. Fatimi dari Pakistan yang menulis tentang proses pengislaman di kepulauan Melayu bertajuk "Islam comes to Malaysia (Malaysia merujuk kepada Nusantara sebelum nama yang sama terpakai sebagai nama resmi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963). Juga yang banyak menulis tentang sejarah Islam di Nusantara ialah al-Marhum Prof HAMKA yang menghasilkan 4 jilid buku mengenai sejarah umat Islam dan jilid ke 4 adalah khusus mengenai sejarah umat Islam Nusantara. Beliau juga ada menulis beberapa buah buku lagi antaranya 'Dari Perbendaharaan Lama' yang merupakan rujukan yang baik. Begitu juga Prof M.A. Rauf (rektor UIA yang pertama) juga ada menghasilkan sebuah buku yang berjudul "The islamization of the malay archipelago" (lebih kurang tajuknya). Sebuah buku yang ditulis oleh Prof Muhammad Naquib al-Attas berjudul "Islam dalam sejarah dan kebudayaan melayu" juga merupakan rujukan yang penting mengenai subjek ini. Selain dari buku-buku, ahli-ahli sejarah tempatan juga membuat beberapa penyelidikan dari 'inscription' atau stone tablets (batu bertulis) dan juga artifek-artifek lain untuk reconstruct semula sejarah 'kita' yang telah dikaburkan oleh 'mereka' (penjajah). Apa yang akan saya coretkan dalam siri ini insyaAllah adalah hasil dari kajian-kajian mereka. Semuga usaha yang kerdil ini insyaAllah dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita di dalam menghayati perjuangan umat di Nusantara. Di dalam siri yang kedua ini kita akan melihat beberapa fakta yang boleh membina kefahaman kita tentang proses da'wah yang berlaku di Kepualaun melayu. Perkara ini penting kerana ianya akan memberi kita gambaran yang tepat dan adil tentang apa

description

nusantara jihad sejarah

Transcript of SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Page 1: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

.SEJARAH JIHAD NUSANTARA

Saya mulakan dengan meminjam kata-kata Al-Marhum Prof. Ismail Faruqi di mana

beliau mengatakan tentang perjuangan umat Islam di kepulauan melayu;

"The bloodiest struggle the muslims ever waged against the Christian colonialist

aggression"

Lantaran itu Dr. Siddiq Fadhil di dalam salah satu dari ucapan dasar yang

disampaikan di dalam mu'tamar ABIM mengatakan;

"Sejarah kita bukan sejarah kalah dan sejarah menyerah; sejarah kita adalah sejarah

perjuangan..."

Inilah realiti perjuangan umat yang sebenarnya. Malangnya ia seumpama khazanah

yang tidak dihargai. Sebabnya ialah kerana sejarah kita ditulis oleh 'mereka' dan

penulisan 'mereka'lah yang telah membentuk pandangan sejarah kita.

Saad bin Abi Waqqash (seorang sahabat Rasulullah saw) mengatakan;

"Kami ceritakan kepada anak-anak kami al-Maghazi (kesah-kesah peperangan)

sebagaimana kami ajarkan mereka al-Quran..."

Inilah yang tiada pada diri kita - warisan yang hilang kerana tiada diperturunkan

kepada kita.

Lewat beberapa dekad yang lalu lahirlah beberapa ramai sarjana di kalangan umat

Islam sendiri yang tampil untuk menilai semula sejarah kita. Antaranya Prof S.Q.

Fatimi dari Pakistan yang menulis tentang proses pengislaman di kepulauan Melayu

bertajuk "Islam comes to Malaysia (Malaysia merujuk kepada Nusantara sebelum

nama yang sama terpakai sebagai nama resmi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun

1963).

Juga yang banyak menulis tentang sejarah Islam di Nusantara ialah al-Marhum Prof

HAMKA yang menghasilkan 4 jilid buku mengenai sejarah umat Islam dan jilid ke 4

adalah khusus mengenai sejarah umat Islam Nusantara. Beliau juga ada menulis

beberapa buah buku lagi antaranya 'Dari Perbendaharaan Lama' yang merupakan

rujukan yang baik.

Begitu juga Prof M.A. Rauf (rektor UIA yang pertama) juga ada menghasilkan sebuah

buku yang berjudul "The islamization of the malay archipelago" (lebih kurang

tajuknya).

Sebuah buku yang ditulis oleh Prof Muhammad Naquib al-Attas berjudul "Islam

dalam sejarah dan kebudayaan melayu" juga merupakan rujukan yang penting

mengenai subjek ini.

Selain dari buku-buku, ahli-ahli sejarah tempatan juga membuat beberapa

penyelidikan dari 'inscription' atau stone tablets (batu bertulis) dan juga artifek-artifek

lain untuk reconstruct semula sejarah 'kita' yang telah dikaburkan oleh 'mereka'

(penjajah). Apa yang akan saya coretkan dalam siri ini insyaAllah adalah hasil dari

kajian-kajian mereka. Semuga usaha yang kerdil ini insyaAllah dapat memberikan

sedikit manfaat kepada kita di dalam menghayati perjuangan umat di Nusantara.

Di dalam siri yang kedua ini kita akan melihat beberapa fakta yang boleh membina

kefahaman kita tentang proses da'wah yang berlaku di Kepualaun melayu. Perkara ini

penting kerana ianya akan memberi kita gambaran yang tepat dan adil tentang apa

Page 2: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

yang disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai 'proses Islamisasi' atau 'pengislaman'

Nusantara.

Dua perkara pokok yang menjadi fokus ialah dari jurusan mana da'wah berkembang

dan siapakah yang mempeloporinya. Pada hakikatnya perkara ini tidak penting kerana

siapa dan dari jurusan mana da'wah berkembang adalah 'immaterial' kepada persoalan

da'wah itu sendiri. Kita meyakini bahawa tiada siapapun yang boleh meletakkan

dakwaan kepada golongan yang tertentu sebagai mereka yang memegang saham

terbesar kepada usaha penyebaran da'wah di nusantara.

Walaubagaimanapun dari sudut pemahaman sejarah perkara ini penting untuk menilai

semula penulisan-penulisan orinetalis yang telah meletakkan satu teori tentang proses

pengislaman tersebut. Teori-teori yang mereka kemukakan menjadi asas kepada

kesimpulan-kesimpulan yang mereka capai di dalam menilai sejauh mana orang

melayu menghayati Islam i.e. sejauh mana Islam mengesani dan merubah pandangan

hidup mereka.

Umum mengetahui bahawa da'wah Islam dikatakan mula berkembang secara resmi di

kepulauan melayu menjelang kurun ke 15. Teori popular yang dikemukakan oleh

pengkaji-pengkaji sejarah dari barat ialah Islam berkembang dari usaha-usaha

pedagang-pedangang yang datang berniaga di pusat-pusat perniagaan di nusantara.

Mereka ini dikatakan menyebarkan Islam secara tidak langsung kepada penduduk

tempatan yang tertarik dengan akhlak dan ibadah mereka. Mereka juga berpendapat

bahawa pengislaman raja-raja dan ketua-ketua kaum bertanggungjawab di dalam

mempercepatkan lagi proses penerimaan Islam di kalangan penduduk tempatan.

Kita tidak akan mempertikaikan kesimpulan-kesimpulan yang mereka capai. Cuma di

dalam penulisan ini kita mahu menekankan bahawa usaha da'wah yang berlaku di

nusantara meskipun berlangsung tanpa sebarang tentangan dari penguasa-penguasa

tempatan tetap berlaku secara aktif dan penuh sedar. Hakikat ini penting disedari

kerana da'wah punya dinamismenya yang tersendiri dan ianya tidak akan terlaksana

tanpa usaha-usaha yang bersungguh-sungguh (jihad) oleh para da'i yang awal.

Sebagai contoh pengislaman raja tempatan yang pertama tercatit dalam sejarah ialah

pengislaman raja Pasai yang bernama 'Meurah Silu'. Beliau memeluk Islam pada

tahun 1280 an dan menukar namanya kepada Al-Malik-us-Saleh. Dua orang da'i yang

bertanggungjawab ke atas pengislamannya bukan merupakan pedagang tetapi

sebaliknya mereka yang datang semata-mata atas kesedaran menyebarkan kalimah

Allah di atas muka bumi ini. Yang pertama merupakan seorang syarif dari Makkah

dan yang kedua ialah Faqir Muhammad (seorang pembesar yang meninggalkan

kemewahan dan mewakafkan kehidupan untuk amal-amal da'wah).

Begitu juga halnya dengan pengislaman Parameswara di mana beliau masuk Islam di

tangan seorang ulama yang bernama Syeikh Abdul Aziz. (Parameswara menukar

namanya kepada Sultan Iskandar Syah). Raja Kedah yang pertama menerima Islam

juga masuk Islam di tangan seorang ulama.

Page 3: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Contoh-contoh ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa proses da'wah berlaku

secara aktif dan bukannya secara bersahaja dan tidak langsung dari pedagang-

pedagang Islam yang datang dengan tujuan utama mereka untuk mengaut keuntungan.

[Menerima teori pengislaman di tangan pedagang-pedagang tanpa penilaian kritikal

samalah dengan menganggap kita datang belajar ke luar negara sebagai satu jihad

untuk membangunkan 'umat' kononnya tetapi langsung tidak terlibat dengan

program-program peningkatan iman dan amal, malahan meninggalkan pula amal-

amal Islam yang paling asas seperti solat atas nama akademik dan kecemerlangan!]

Meskipun ahli-ahli sejarah meletakkan awal kurun ke 15 sebagai tarikh Islam mula

bertapak di kepulaun melayu, ianya perlulah difahami bahawa tarikh itu boleh diambil

sebagai bermulanya islam di nusantara dalam bentuk sistem dan kerajaan (walaupun

bukan dalam ertikata negara Islam yang setulennya). Sedangkan usaha-usaha da'wah

dan penyebaran risalah telah berlangsung lama sebelum tarikh itu.

Ada banyak bukti-bukti sejarah yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa

risalah da'wah telah mula bertiup sejak kurun-kurun pertama hijrah lagi. Batu-batu

nesan yang jelas menandakan tanah persemadian orang Islam yang ditemui berselerak

di kepulauan melayu telah berusia begitu lama.

Antaranya ialah kubur seorang wanita yang bernama Fatimah bintu Maimoon yang

tapak perkuburannya di temui di Grisek, Leran, Jawa. Tarikh yang tertulis di atasnya

ialah 1082 masehi - 500 tahun sebelum pengislaman raja melaka yang pertama.

Artifek-artifek yang ditemui di tapak-tapak arkeologi di Kedah dan Pahang juga

menunjukkan bahawa arus da'wah sudah bertiup di nusantara pada kurun ke 9 dan 10

lagi.

Bukti-bukti ini disokong pula oleh rekod-rekod asing seperti dari tanah besar Cina

yang mengisyaratkan bahawa usaha da'wah berlaku pada zaman yang lebih awal lagi.

Al-Marhum T.Y. Ma (Tieng Yeng Ma) di dalam bukunya "Islam di Tiongkok" ada

menyebutkan satu sumber dari tanah besar Cina di mana seorang arab Habsyi

bernama Saad bin Lubaid telah berlayar ke negeri Cina dari Abbyssinia pada kurun

yang pertama hijrah lagi dan membentuk sebuah komuniti muslim di Nanking.

Dakwaan ini jelas menunjukkan bahawa para da'i sudah mulai menyebarkan Islam di

tempat-tempat yang jauh seumpama timur jauh (Nusantara and beyond) pada kurun-

kurun awal lagi. Satu rekod dari tanah besar Cina juga menunjukkan bahawa sekitar

tahun 700 masehi (dalam seratus tahun dari kewafatan Rasulullah saw) diberitakan

seorang raja 'Tasyi' (bangsa Arab) telah datang ke 'Chopo' (Jawa). Jawa pada waktu

itu diperintah oleh kerajaan 'Holing' (Kalinga) yang beragama Hindu. Orang Arab ini

dikatakan duduk menetap di sana selama 3 tahun tetapi pulang setelah mendapati

rakyatnya terlalu 'takut' (hormat) kepada raja.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga pernah menghantar surat kepada raja SriVijaya

sekitar tahun 700 masehi mengajak kepada Islam. Raja yang dimaksudkan ialah raja

Srindavarman.

Usaha-usaha ini menunjukkan bahawa generasi dahulu begitu bersungguh-sungguh

menyebarkan kalimah tauhid sehingga mereka mengembara ke tempat-tempat yang

Page 4: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

jauh seperti di kepulauan melayu. Usaha-usaha mereka yang gigih ini telah

diabadikan pada nama-nama beberapa tempat-tempat persinggahan penting mereka di

dalam perjalanan da'wah yang mereka tempuhi. Dua darinya ialah Malabar (India)

yang merupakan tempat persinggahan (Mu'tabar) dan Melaka yang merupakan tempat

pertemuan (mulaqat). Inilah bentuk dinamisme da'wah yang ada pada generasi

dahulu.

Apabila mereka menerima Islam maka mereka mempunyai satu visi dalam kehidupan

iaitu untuk membawa manusia 'siapa yang mahu di kalangan mereka untuk

menyembah Allah serta membebaskan mereka dari segala bentuk penyembahan lain'.

Apabila Musa bin Nusair sampai ke Maghrib di pantai barat Afrika dengan angkatan

tentera muslimin dia lalu menjuruskan pandangannya ke lautan Atlantik dan berkata

"Sekiranya aku tahu ada daratan di sebelah sana (Amerika - yang tidak diketahui

manusia lagi) nescaya aku akan pergi untuk menyebarkan kalimah tauhid.”

Dinamisme yang samalah telah membawa Islam ini keserata dunia sehingga umat

melayu di nusantara juga mendapat nikmat iman dan Islam. [Marilah kita sama-sama

membalas jasa mereka yang dengan usaha mereka telah menyebabkan pintu hati kita

terbuka kepada Islam - sedang mereka tidak meminta sebarang upah selain pahala dan

syurga Allah swt. Maka seolah-olahnya sia-sialah usaha mereka sekiranya kita pada

hari ini tidak memastikan proses kesinambungan risalah ini - sedangkan kecuaian

kita tidak sekali-kali mengurangkan kedudukan mereka di sisi Tuhan. Untuk mereka

apa yang telah mereka kerjakan dan untuk kita apa yang akan kita kerjakan]

Sebenarnya bila memperkatakan tentang sejarah da'wah di tanah air dan kepulauan

melayu amnya maka aspek yang lebih penting ialah kesan dari apa yang dinamakan

sebagai 'proses islamisasi' yang dirujuk oleh pakar-pakar sejarah.

Malangnya oleh kerana sejarah kita ditulis oleh orientalis barat yang lebih banyak

menumpu kepada sejarah pra-Islam iaitu zaman animisme-Hindu-Buddha maka

sejarah da'wah dan kesannya tidak begitu mendapat perhatian di dalam penulisan-

penulisan sejarah sehinggalah akhir-akhir ini.

Apabila memperkatakan tentang hal ini maka kita seolah-olahnya sedang mencari

sebutir mutiara (sejarah kita yang sebenar) di celah-celah timbunan sampah sarap

(sejarah 'kita' yang ditulis oleh orientalis). Apabila kita melihat sejarah kita maka

timbul semacam 'inferiority complex' kerana orientalis memberikan gambaran seolah-

olahnya kita ini tidak mewarisi tamaddun selain dari tamaddun Hindu-Buddha yang

rendah dan inferior.

Bagi kita yang berada di bangku sekolah sekitar tahun-tahun 60'an dan 70'an, buku

teks sejarah yang diajar di sekolah-sekolah menengah lebih banyak menumpu kepada

era sebelum kedatangan Islam. Kerajaan-kerajaan yang 'obscure' yang kewujudannya

hanya dapat dipastikan dari runtuhan-runtuhan arkeologi seperti Langkasuka, Champa

diperuntukan bab-bab yang tersendiri.

Perhatian yang detail diberikan kepada empayar-empayar SriVijaya dan Majapahit

yang dikatakan mempelopori tamaddun Melayu/Indonesia pada hari ini. Kerajaan

Page 5: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Melaka hanya digambarkan sebagai sebuah kerajaan melayu semata-mata sedang

kerajaan-kerajaan Islam yang lahir selepas kejatuhan Majapahit seperti Demak,

Ternate, langsung tidak mendapat sebarang perhatian.

Tidak hairanlah apabila kita bercakap tentang sejarah nenek moyang kita maka yang

tergambar di hadapan kita ialah candi-candi Bukit Batu Pahat, runtuhan-runtuhan kuil

Prambanan dan Borobudur. Dengan tidak kita sedari kita telah mengaitkan sejarah

kita dengan nenek-moyang kita yang tidak beragama atau yang beragama Hindu dan

Buddha seperti Hayam Wuruk, Adityawarman (Minangkabau sebelum Islam),

Srindavarman (SriVijaya) dan Patih Gajah Mada (Majapahit).

Hatta sehingga hari ini Gajah Mada diiktiraf sebagai pahlawan Nasional Indonesia.

Dan nama-nama pejuang Islam yang gigih melawan kerajaan Hindu, Portugis dan

Belanda seperti Syarif Hidayatullah, Sultan Agung Titayarsa, Sultan Hassanuddin dan

Babullah, Fath Yunus (InsyaAllah dalam siri-siri akan datang kita akan hayati

perjuangan mereka) tidak diketahui melainkan di kalangan ahli-ahli akademik di

menara-menara gading...!

Saudara-i yang dihormati sekelian.

Sebenarnya inilah jenayah terbesar yang telah dilakukan oleh para orientalis dan

penjajah barat kepada umat Islam. Mereka telah memilih bahagian-bahagian sejarah

kita dengan penuh sedar untuk melahirkan satu generasi yang memiliki identiti yang

mereka mahu - iaitu identiti mereka yang terjajah - bukan sahaja tanah airnya hatta

pemikirannya - supaya mereka ini terus terjajah pemikirannya walaupun tanah airnya

'bebas merdeka'.

Itulah besarnya kesan pembelajaran sejarah (ini memerlukan satu perbincangan yang

khusus). Sejarah punya kekuatannya yang tersendiri. Kita mampu melahirkan melayu

nasionalis melalui sejarah dan kita juga boleh menghasilkan melayu islamist melalui

sejarah, malahan kita boleh melahirkan melayu yang hidupnya hanya untuk berpoya-

poya dan berhibur melalui sejarah juga.

Syed Muhammad Naquib al-Attas membongkar konspirasi barat di dalam

mencorakkan identiti orang melayu pada hari ini. Beliau menegaskan di dalam

bukunya "Islam dalam sejarah dan kebudayaan melayu" bahawa sejarah kita bermula

dengan hadirnya al-Quran.

Al-Quranlah yang telah menganugerahkan tammaddun kepada orang melayu.

Sebelum Al-Quran orang melayu diliputi oleh takhyul dan khurafat, jiwa mereka

diperhambakan oleh alam dan manusia. Raja dianggap sebagai jelmaan Tuhan yang

ada 'siri' atau 'daulat' yang tidak boleh dilihat secara bertentangan mata apatah lagi

untuk dipertikaikan perkataannya.

Di Pulau Jawa, raja dikatakan 'Amangkurat' yang bermaksud 'pasak bumi' ataupun

centre of the Universe. Kehidupan orang-orang melayu dipenuhi dengan ketakutan.

Segala sesuatu mempunyai kuasa dan semangat - hatta bumi yang dipijak didiami

oleh seorang dewi yang bernama 'Pratiwi' (asalnya perkataan 'ibu pertiwi') yang perlu

dipuja dan dihormati.

Page 6: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Al-Quran telah menganugerahkan bahasa kepada orang melayu yang sebelumnya

tidak dapat berkomunikasi lebih dari soal perut dan kata-kata pemujaan raja dan

dewa. Dalam masa tidak sampai beberapa tahun, orang-orang melayu yang 'bodoh'

dan rendah mentaliti telah menghasilkan para ilmuan yang kepakarannya diiktiraf

oleh ulama-ulama dari Tanah Arab.

Pemikiran orang melayu terus dibina oleh al-Quran dan darinya terhasilah sebuah

tamaddun ilmu yang gilang-gemilang. (InsyaAllah kita juga akan memperuntukkan

perbincangan dalam bab ini) Inilah kegemilangan silam kita. Kegemilangan silam

kita bukan pada candi dan kuil, bukan pada budaya tari-menari yang rendah dan hina

seperti yang mereka para orientalis dakwa.

Sebagaimana yang disebut sebelumnya, siri ke 5 akan melihat aliran da'wah ke daerah

kepulauan melayu dari jurusan tanah besar Cina (tiongkok). Sejarah 'official' yang

ditulis oleh 'orang puteh' memberikan gambaran bahawa Islam (da'wah) datang dari

benua kecil India.

Ada sebabnya mengapa mereka beria-ia untuk memilih India sebagai punca

kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Untuk menguatkan hujjah-hujjah mereka maka

diadakan bukti-bukti dari artifek-artifek yang terdapat di Nusantara - antaranya yang

paling kukuh ialah batu-batu nesan raja-raja. Contohnya batu nesan Raja Pasai

Samudera - Al Marhum Al-Malikus Soleh dipercayai datang dari Gujerat. Raja ini

memeluk Islam di tangan dua orang mubaligh sekitar tahun 1284 (lihat beberapa siri

awal). Sebab mengapa mereka ingin sangat mengaitkan kedatangan Islam dengan

benua kecil India ialah pada tanggapan mereka Asia Tenggara tidak lebih dari 'an

extension of the Indian subcontinent'.

Begitu kuatnya hubungan sejarah Asia Tenggara dengan India sehingga sarjana

sejarah dari barat yang tidak asing lagi iaitu G.Coedes menamakan daerah ini sebagai

'The Indianised states of South East Asia". G. Coedes beranggapan bahawa Asia

tenggara tidak punya sejarah tanpa dibayangi oleh India, begitu juga budaya mereka

dicedok bulat-bulat dari budaya induk yang berasal dari India.

Begitu berpengaruhnya hipotesis Coedes sehingga timbul satu kecenderungan politik

di India pada tahun-tahun 40'an yang melihat Asia Tenggara ialah sebahagian dari

India yang perlu dikonsolidisasikan kedalam Kesatuan negara India. Kelompok ini

menamakan diri mereka the Society of Greater India. Setengah-setengah sarjana

menamakan Asia Tenggara sebagai 'India beyond the Ganges' (Maaf atas penulisan

yang terlalu akademik ini - tujuannya ialah untuk menyatakan premis perbincangan

ini dengan kukoh)

Jadi apabila Islam datang ke Asia Tenggara, mereka mendakwa ianya juga tidak lebih

dari pengaruh 'India' yang melimpah masuk ke sini, sama sebagaimana India telah

menganugerahkan agama Hindu, Buddha dan kebudayaan serta sistem mereka.

Mereka mendakwa proses kedatangan Islam ini tidak lebih dari satu proses yang

menempel di atas watak orang melayu yang sudah tercanai oleh ugama, budaya serta

kesenian India.

Page 7: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Oleh kerana ianya datang dari India maka proses asimilasi berlaku dengan baik dan

sempurna. Orang melayu begitu mudah menerima Islam kerana Islam yang datang

hanya perlu disesuaikan dengan kebudayaan Hindu yang telah mendarah daging pada

mereka. Lantas mereka mengatakan Islam tidak membawa apa-apa perubahan dasar

pada budaya, pemikiran dan cara hidup orang melayu.

Al-Marhum Prof HAMKA mengatakan di dalam bukunya 'Dari Perbendaharaan

Lama'; inilah taktik mereka - mereka mahu menekankan bahawa Islam yang datang

kepada orang melayu bukan lagi Islam 'wahyu' tapi Islam yang 'telah disenyawakan

dengan kebudayaan India'. Sedangkan kita tahu bahawa, arus kedatangan Islam jelas

datangnya dari jazirah tanah arab sendiri. Lihat siri yang lebih awal (pengislaman

Parameswara, pengislaman raja Kedah dsbnya).

Selain dari benua kecil India dan datang terus dari Tanah Arab, kita juga mempunyai

bukti bahawa arus hidayah juga datang dari utara - dari tanah besar Cina. Apabila

bercakap tentang proses da'wah dari tanah besar Cina, maka ini merupakan satu

subjek yang menarik kerana terlalu banyak yang boleh ditulis tentangnya. Cukuplah

di dalam penulisan yang rengkas ini kita paparkan beberapa noktah penting bagi kita

menghayati siri ini di celah kesibokan akademik kita masing-masing,

Islam datang ke Tanah besar Cina dari dua arus; arus darat dan arus laut. Arus darat

boleh dirujuk kepada pertempuran yang berlaku sekitar tahun 750 (tak pasti dengan

ketepatan tarikh ini kerana makalah ini ditulis dari apa yang diingat di luar kepala)

berlaku satu pertempuran di Sungai Talas (Amu Darya) di antara tentera muslimin

dengan tentera Cina Dinasti Tang.

Maharaja Cina (namanya perlu dirujuk dalam buku sejarah - dalam ensaiklopedia

Britanica mungkin ada - atau sesiapa yang ada ENCARTA mungkin juga ada...?)

telah bergabung dengan kerajaan Parsi tetapi tewas. Kemenangan ini telah membuka

peluang da'wah di asia Tengah sehingga sebahagian dari daerah-daerah selatan Rusia

(Kazastan, samarkand dll) dan barat Cina menerima Islam dan sehingga hari ini

penduduknya kekal muslim.

Dari arus laut pula, Islam datang ke selatan Cina di bawa oleh para da'i (salah seorang

darinya Saad bin Lubaid al-Habsyi) ke daerah selatan Cina - Nanking, Hangchow dan

Canton. Komuniti muslim pada kurun yang ke 8 dan 9 begitu makmur sehingga

mendatangkan keresahan kepada pemerentah dan rakyat yang masih beragama

majusi.

Berlakulah satu pemberontakan yang menyebabkan ramai dari umat Islam Cina pada

waktu itu dibunuh, yang lain terpaksa melarikan diri ke pulau-pulau selatan (Asia

Tenggara). Mereka membuat penempatan-penempatan di Champa (daerah melayu -

hari ini Kampuchea) dan kehadiran mereka telah menyebabkan orang-orang melayu

Champa menerima Islam. Selebihnya berhijrah ke Sumatera Utara, dan segenting Kra

ke utara Kedah.

Adalah dipercayai bahagian utara semenanjung (Kelantan, Kedah dan Terengganu)

menerima Islam dari arus Tiongkok ini. Demikianlah serba rengkas proses

penyebaran Islam yang dilakukan oleh orang-orang 'Cina muslim'.

Page 8: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Syed Muhammad Naquib Al-Attas selesa dengan pandangan ini - bermakna orang

melayu (sebahagian besar darinya) masuk Islam di tangan orang-orang Cina. satu

hakikat sejarah yang kita perlu akur! InsyaAllah diberi kekuatan di dalam beberapa

siri kehadapan kita akan memperkatakan tentang Admiral Muhammad Cheng Ho

serta kerajaan Ming yang diwakilinya - satu lagi hakikat sejarah yang menarik dan

mengasyikkan. Dalam siri ke 6 (SJN 6) insyaAllah kita akan melihat bagaimana

da'wah berkembang ke seluruh kepulauan melayu sebaik sahaja ianya mencecah

daerah-daerah persisiran pantai di Sumatra dan utara Semenanjung. Dakwaan

orientalis sekali lagi memberikan satu gambaran yang jauh menyimpang dari realiti

proses da'wah yang berlaku. Mereka melihat proses ini dengan pandangan yang

begitu simplistik yang mana ianya tidak bersesuaian sekali dengan roh da'wah itu

sendiri. Tiga teori popular sering di ketengahkan oleh mereka. Teori pertama ialah

teori pedagang. Para pedagang yang datang berniaga di Sumatra dan Melaka telah

'menurunkan' Islam secara tidak langsung kepada penduduk tempatan. Mereka tidak

pula menjelaskan bagaimana proses ini boleh berlaku. Tetapi penulis-penulis

tempatan yang cenderung untuk menerima pandangan ini menjelaskan bahawa

mereka tertarik dengan akhlak dan agama para pedagang tadi sehingga mereka masuk

Islam. Teori ini separa benar kerana penerimaan dan penghayatan Islam tidak akan

berlaku secara sempurna tanpa berlakunya proses da'wah iaitu interaksi di antara duat

(penda'wah) dan mad'u (mereka yang menerima da'wah). Bagi kita da'wah bukanlah

satu proses bersahaja yang berlaku secara tidak langsung. Da'wah adalah satu amanah

yang berat dan hanya akan berlangsung setelah adanya usaha bersungguh-sungguh di

kalangan pendokong risalah. Adalah suatu yang agak sukar untuk kita menerima teori

simplistik ini. Apakah orang melayu pribumi yang tidak terikat oleh sebarang

peraturan (halal dan haram) dan begitu kuat pula kepercayaannya kepada kuasa-kuasa

alam dapat menerima agama tauhid yang merupakan antitesis kepada 'worldview'

mereka jika tidak berlakunya proses prolysitizing (da'wah dengan hujjah dan

keterangan) oleh para du'at. Sejarah tempatan boleh dijadikan sebagai sandaran

hujjah balas teori pedagang ini. Orang-orang asli Negeri Sembilan sebelum

kedatangan suku Minangkabau diperentah oleh seorang batin bernama Batin Seri

Alam. Apabila seorang mubaligh bernama syeikh Ahmad Makhdum datang ke tempat

yang hari ini disebut sebagai Negeri Sembilan dari Sungai Linggi, orang-orang batin

Seri Alam sebahagian besarnya masuk ke hutan kerana tidak dapat menerima 'doktrin'

Islam. Teori yang kedua ialah teori politik. Teori ini menyebut bahawa raja-raja

tempatan masuk Islam setelah tertarik dengan ajaran Islam yang di bawa oleh para

pedagang (sekali lagi para pedagang mendapat kredit!). Orang-orang melayu pada

masa itu sangat taat kepada raja. Apabila raja masuk Islam maka seluruh penduduk

turut memeluk Islam. Kita juga tidak menolak akan adanya kebenaran dakwaan ini.

Tetapi sekali lagi teori ini telah memberikan penumpuan kepada raja dan bukannya

kepada 'mubaligh' dan para da'i yang menyebabkan perkara ini terhasil. Kita telah

jelaskan sebelum ini bahawa Meurah Silu memeluk Islam di tangan dua orang da'i

yang bernama Faqir Muhammad dan syarif dari Makkah - mereka datang atas tujuan

da'wah semata-mata dan tidak disebut sedikitpun di dalam sejarah bahawa mereka ini

datang untuk berniaga dan berda'wah secara sambil-sambilan. Teori ketiga ialah teori

perkahwinan. Para pedagang yang datang untuk 'berda'wah sambil sambilan' ini telah

mengambil peluang untuk mengahwini wanita-wanita tempatan. Dari perkahwinan ini

lahirlah keluarga muslim dan anak-anak yang mewarisi agama bapanya. Perkahwinan

memang berlaku di antara pedagang dan orang tempatan tetapi adalah sesuatu yang

Page 9: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

agak sukar untuk kita menerima bahawa Islam tersebar ke seluruh kepulauan melayu

melalui 'perkahwinan'!. Dengan menggunakan kaedah berfikir secara logik kita

mampu menyangkal teori-teori simplistik hasil pemikiran tinggi sarjana-sarjana barat.

Sejarah da'wah yang berlaku selepas dari masuknya Islam dari pintu-pintu masuknya

di Sumatera dan Semenanjung menjadi hujjah yang muktamad untuk menolak teori-

teori simplistik mereka. Kalau kita menyusuri sejarah perjalanan da'wah maka

terlintaslah beberapa peribadi yang perlu diketahui oleh umat Islam. Di antaranya

ialah Syeikh Burhanuddin Ulakan. Beliau yang berasal dari Sumatera Utara telah

berda'wah dengan gigih sehingga berjaya mengislamkan penduduk-penduuk

mandahiling dan Sumatera barat. Syarif Hidayatullah yang berasal dari Pasai yang

berpindah ke Giri, Jawa setelah Pasai musnah akibat serangan Majapahit (kita akan

perkatakan tentang jihad umat Islam di dalam menghadapi kerajaan-kerajaan Hindu

sebelum kedatangan penjajah barat) mempunyai saham yang besar kepada usaha-

usaha da'wah di sana. Syarif Kabungsuan dari selatan semenanjung (Johor) bersama 4

orang da'i yang lain bertanggungjawab di dalam memperkenalkan Islam kepada

penduduk-penduduk di selatan Filipina (mindanao). seorang ulama bernama Syiekh

Jana Khatib dari tengah semenanjung (Selangor - tetapi ada sumber yang mengatakan

dari Singgora) telah berda'wah dengan gigih di Tumasik (Singapura) sehingga beliau

terkorban syahid. Rekod-rekod sejarah kita dengan jelas menunjukkan bahawa yang

membawa Islam dan yang bertanggungjawab di dalam menyebarkan risalah ialah para

du'at yang gigih. Kalau mereka berniagapun mereka melakukan itu untuk menyara

hidup mereka supaya mereka tidak meminta-minta hidup di negeri orang. Misi da'wah

yang mereka dokong dan ketinggian akhlak mereka di hadapan oarng-orang tempatan

itulah yang menyebabkan proses da'wah berlaku. Proses Islamisasi berlaku di tangan

penda'wah yang berniaga secara sambil-sambilan dan bukannya peniaga yang

berda'wah sambil-sambilan. Dalam siri ke 6 kita telah melihat betapa proses

pengislaman di kepulauan melayu berlaku melalui da'wah dan bukannya secara tidak

langsung sebagai kesan sampingan dari aktiviti ekonomi dan perdagangan.

Kegigihan beberapa ramai ulama, mubaligh dan da'i yang berda'wah mengembangkan

risalah Islam di seluruh nusantara merupakan bukti yang kukoh. Sebagai contoh pada

siri yang lepas salah seorang dari ulama tersebut ialah Syeikh Jana Khatib. Walaupun

riwayat serta perjuangan ulama' ini tidak diketahui setepatnya (tarikh serta asal-usul

beliau) kerana rekod bertulis tentangnya boleh dikatakan hampir tiada, namun yang

pastinya beliau telah menemui ajalnya di tangan penguasa yang memerentah Temasik

pada waktu itu. Sebuah pantun klasik seperti di bawah adalah merujuk kepada insiden

kematian beliau: Telor itek di Singgora Pulau Pandan dilangkahi Darahnya titik di

Singapura Badannya terlantar di Langkawi. Jenazah ulama' ini dikatakan di

pindahkan ke Langkawi. Sebab beliau dibunuh ialah kegiatan ulama ini dikatakan

mendapat perhatian masyarakat termasuklah keluarga diraja (Permaisuri sendiri).

Ekoran dari peristiwa inilah berlakunya tragedi 'Singapura dilanggar todak'. Kesah

Singapura dilanggar todak ini merupakan kiasan sebenarnya kepada serangan

Majapahit ke atas Temasik. Kemungkinan ianya merupakan balasan Tuhan ke atas

perbuatan membunuh ulama tersebut. Wallahu'alam - ketepatannya tidak dapat kita

pastikan. Oleh kerana kita tidak mempunyai bukti yang kukuh tentang kesah ini,

maka kita beralih kepada contoh lain berdasarkan fakta sejarah yang boleh

dipertanggungjawabkan. Sekali lagi apabila kita bercakap tentang proses da'wah di

nusantara kita mendapat gambaran seolah-olahnya ia berlaku dengan licin dan lancar.

Penduduk melayu pribumi seolah-olah menerima Islam dengan mudah tanpa sebarang

masaalah. Tanggapan ini sebenarnya menguatkan hujjah orientalis yang mengatakan

Page 10: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

bahawa Islam yang datang ke nusantara hanya perlu 'disenyawakan' dengan

kebudayaan tempatan. Proses ini sangat mudah kerana masyarakat tidak dikehendaki

untuk mengubah cara hidup mereka. Mereka boleh terus kekal mengamalkan

kebudayaan lama. Kalau ada perubahanpun ianya adalah dalam aspek 'ritual' semata-

mata sepeti menjauhi makanan haram seperti 'babi' selain dari menghayati rukun

islam dalam bentuk kefahaman yang mudah. Islam yang datang tidak mengubah

status kuo masyarakat. Raja terus dianggap mempunyai kuasa mutlak ke atas rakyat

dan setiap perkataannya dijunjung tidak dibantah. Kebudayaan dan kesenian jahiliyah

warisan zaman ancestor worship dan ugama Hindu boleh terus diamalkan Maka

tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Hindu yang terus berkuasa dengan menjadikan raja

sebagai bayangan Tuhan di bumi dapat menerima kedatangan agama baru ini dengan

baik. Arus kedatangan Islam datang di saat-saat kerajaan Majapahit berada di

kemuncaknya. Empayar Majapahit pada waktu itu meliputi seluruh pulau Jawa, Nusa

Tenggara, Lombok, Bali, Sebahagian besar Sumatera (Sumatera Barat, Lampung,

Siak dan Inderagiri), Riau, Lingga, Temasik (Singapura), Sebahagian Pahang dan

Terengganu. Patih Gajah Mada dengan imperial designnya telah melafaskan sumpah

Nusantaranya yang berbunyi "Selagi seluruh nusantara belum dapat ditakluki maka

selama itu dia tidak akan berehat". Ikrar ini juga dinamakan 'Ikrar Palapa (Nusantara -

Pulau di antara lautan : basically merujuk kepada keseluruhan kepualauan melayu).

Adalah agak sukar untuk menerima hakikat bahawa sebuah kuasa imperialis seperti

Majapahit dapat menerima doktrin Islam yang jelas datang untuk menggugah segala

bentuk kuasa yang menuhankan manusia dan memperhambakan sesama manusia.

Manusia melayu yang menganut agama Hindu hidup di dalam sistem kasta. Sudah

tentu sistem yang sedemikian akan bertembung dengan Islam yang mengiktiraf

kemanusiaan manusia - iaitu manusia dilahirkan setaraf di sisi Tuhan dan yang

membezakannya hanyalah taqwa. Dengan taqwa melayu 'parya' (the untouchables)

dan 'sudra' (kasta hamba) dapat mengembalikan maruah dan harga diri mereka.

Hakikat sejarah jelas menunjukkan Majapahit tidak dapat menerima arus kedatangan

Islam. Kerajaan Islam yang pertama di Nusantara iaitu kerajaan Pasai Samudera telah

diserang sebanyak dua kali pada pertengahan kurun ke 14. Serangan ke dua sekitar

tahun 1360'an menyebabkan kerajaan Pasai terus lemah dan kedaulatannya tidak

dapat dipertahankan lagi. Kerajaan Minangkabau semasa zaman Hindu (Raja

Adityawarman) telah menerima arahan dari kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa

untuk melancarkan serangan-serangan tersebut ke atas Pasai. (Kita akan menyebut

tentang kerajaan Samudera Pasai dalam beberapa siri di hadapan). Orientalis

cenderung untuk mengemukakan teori bahawa transition di antara kerajaan Hindu

kepada kerajaan Islam berlaku secara lancar. Penguasa-penguasa yang memrentah

bagi behak Majapahit dengan mudah telah mengakomodasi sistem islam sehingga

kerajaan tersebut bertukar menjadi kerajaan Islam secara tidak langsung dan secara

beransur-ansur. Kita tidak dapat menerima pandangan ini. Hakikatnya kerajaan-

kerajaan Hindu terus menunjukkan permusuhan mereka terhadap Islam meskipun

empayar Majapahit telah berakhir dengan berdirinya kerajaan Melaka, Acheh dan

Demak di pulau Jawa. Apabila Alfonso d'albuqueque menawan Melaka, dia ingin

meneruskan cita-citanya menakluki Acheh dan kepulauan Maluku. Sisa-sisa kerajaan

Majapahit di pulau Jawa (vassal states) seperti Pasuruan dan Pajajaran telah membuat

pakatan sulit dengan Portugis untuk mengalahkan kerajaan islam yang berpusat di

Demak. Atas tindakan cepat pemerentah Islam pada waktu itu dan kepahlawanan

seorang ulama mujahid Syarif Hidayatullah, kedua-dua kerajaan Hindu ini dapat di

tewaskan. Sebahagian besar dari penduduknya melarikan diri ke pulau Bali (mengapa

Page 11: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

pada hari ini Bali merupakan satu-satunya tempat di mana orang melayu masih

beragama Hindu). Demikianlah beberapa fakta sejarah yang boleh membantu kita

memahami konflik yang wujud di antara kerajaan Hindu dengan da'wah islam di

Nusantara. 'Berakhirnya kekuasaan Majapahit di tangan Islam' Netters yang

dihormati sekelian. Dalam siri ke 7 kita telah melihat bagaimana empayar Majapahit

menghadapi ancaman da'wah Islam. Cita-cita imperialis Kertanegara dan Patih

Gajah Mada telah cuba untuk menyekat atau membendung kemaraan Islam yang mula

berkembang di Sumatera Utara. Meskipun kerajaan Samudera-Pasai musnah akibat

serangan bertubi-tubi dari Majapahit namun pengaruh dan kesan da'wah tidak dapat

dibendung lagi. Dari celah-celah puing kehancuran kerajaan Pasai, pancaran nur

hidayah terus menyinari seluruh kepulauan melayu. Akhirnya Majapahit bungkem,

tewas bukan di tangan pedang dan kekuatan senjata umat Islam, tetapi tewas di tangan

ilmu dan hidayah. Di saat-saat pergolakan ini lahirlah sebuah kerajaan yang

dahulunya pernah mencipta nama di timur dan di barat. Kerajaan itu tidak lain dan

tidak bukan kerajaan melayu Melaka. Dari sebuah perkampungan nelayan, Melaka

meningkat naik menjadi sebuah bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-

pedagang dari timur dan barat. Beransur-ansur Melaka menjadi kuasa maritim yang

disegani dan akhirnya berkembang menjadi kuasa politik yang diiktiraf di kepulauan

Melayu. Jajahan takluknya meliputi Pahang, Selangor, Sungai Ujung, siak, Kampar,

Inderagiri dan Rokan. Kehadiran pusat perdagangan di Melaka telah mengubah

kecenderungan dan tumpuan dari tanah Jawa kepada Selat Melaka. Para orientalis

dengan pantas membuat kesimpulan. Kelahiran negeri Melaka dan kemunculan

Melaka sebagai sebuah kuasa maritim itulah yang menjadi punca kepada kejatuhan

empayar Majapahit. Emapayar Majapahit adalah sebuah kerajaan 'agro-based' yang

bergantung kepada sumber-sumber pertanian dan 'agrikultur' seperti padi, tembakau,

kopi dan lain-lain. Apabila Melaka berkembang menjadi sebuah pelabuhan entreport -

pertemuan pedagang-pedagang dari timur dan barat untuk mendapatkan bekalan-

bekalan rempah, barang-barang bermutu tinggi seperti sutera, 'china' wangi-wangian

(camphor, barus etc) maka kecenderungan ekonomi juga turut beralih. Daerah-daerah

melayu kini lebih suka membuat pelaburan di Melaka yang sudah tentu

mendatangkan pulangan yang tinggi. Hubungan dagang akhirnya berkembang

menjadi hubungan diplomatik. Ada juga jajahan yang mengiktiraf serta menyatakan

kesetiaan kepada kesultanan melayu Melaka. Emapayar Majapahit kehilangan

sebahagian besar dari 'revenue'nya yang kini mengalir dengan deras di Selat Melaka.

Di tambah lagi dengan kegagalan kerajaan pusat mengawal pergeseran-pergeseran

dalaman akhirnya Majapahit yang 'gah' itu hilang lenyap dari peta tidak ketahuan di

mana hujung perjalanan sejarahnya. Kesimpulan yang cukup akademik! Mereka

(orientalis) juga sempat memberi sedikit kredit kepada agama Islam di dalam hal ini.

Oleh kerana sultan Melaka memeluk Islam, maka pedagang-pedagang dari Parsi,

India dan tanah Arab sangat selesa untuk datang berniaga di Melaka. Pedagang-

pedagang inilah yang bertanggungjawab menaikkan ekonomi negeri Melaka yang

secara tidak langsung telah membawa kepada kemunduran kerajaan Majapahit.

Kesimpulannya kemakmuran ekonomi yang dicapai oleh Melakalah akhirnya

menyebabkan kerajaan Majapahit tidak dapat bertahan lagi. Kita tidak dapat

menerima pandangan ini. Kekalahan Majapahit bukan disebabkan oleh ekonomi

walaupun kegiatan ekonomi punya sedikit saham kepada kejatuhannya. Sebab sebenar

kepada berakhirnya empayar Majapahit bersama tamaddun Hindu-animisme yang

menjadi dukungannya ialah berkembangnya satu tamaddun yang jauh lebih superior

daripadanya. Tamaddun itu tidak lain dan tidak bukan ialah tamaddun ilmu.

Page 12: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Tamaddun ini telah membebaskan umat melayu yang hidup di bawah kekuasaan

dewa-dewa dan raja-raja jelmaan Tuhan. Melaluinya subjek-subjek Majapahit di

seluruh Nusantara memperoleh harga diri. Mulai saat itu tidak ada kuasa lagi yang

dapat merampas hak mereka yang paling asasi - iaitulah hak dan kebebasan untuk

menggunakan aqal dengan berpandukan kepada hidayah dari langit. Dalam masa yang

begitu sengkat tamaddun ini telah mengangkat martabat umat melayu dari satu bangsa

yang hina dan inferior kepada satu bangsa yang mulia dan berperibadi. Di saat-saat

penguasa-penguasa Majapahit menikmati tarian-tarian yang dipersembahkan oleh

gundek-gundek Istana dan menikmati puisi-puisi cabul yang memabukkan, para

mubaligh dan da'i mengembara dari desa ke desa mengajak manusia supaya kembali

mentauhidkan Tuhan rabb yang satu. Sedikit demi sedikit masyarakat mula

memberikan perhatian kepada agama baru yang menjanjikan sesuatu yang tidak

pernah mereka impikan sebelumnya iaitulah harga diri dan kemanusiaan mereka.

Sebelumnya mereka tiada harga diri melainkan budak-budak suruhan Tuhan yang

bertakhta di atas bumi yang mewakili dewa-dewa yang berkuasa dan bengis. Sehingga

anak-anak perempuan mereka yang akan memasuki alam rumahtangga perlu 'direstui'

oleh dewa-dewa dengan menyerahkannya kepada wakil-wakil tadi! [Ini fakta sejarah]

Masa senggang mereka yang sebelumnya dipenuhi dengan permainan-permainan dan

pementasan-pementasan penglipur lara kini mula diperuntukkan bagi mendengar

penerangan mengenai agama baru ini. Balai-balai tempat pertemuan dan perapatan

menjadi tumpuan utama. Tempat-tempat peribadatan hindu iaitu 'surau' (sehingga kini

nama ini kekal menjadi tempat musalla/solat bagi masyarakat dalam sebuah kariah)

bertukar menjadi pondok pengajian. Di dalamnya anak-anak muda mengaji dan

mendalami agama baru ini. Para mubaligh bekerja menyediakan kader-kader da'wah

untuk melanjutkan usaha-usaha da'wah keserata negeri. Ada tempat yang mudah

menerima dan ada juga yang 'resistant' seperti masyarakat Batak di Sumatra Utara.

Namun usaha gigih mereka telah berjaya mengislamkan sebahagian besar dari

masyarakat melayu jauh di dalam daerah jajahan Majapahit sendiri. Pengislahan

masyarakat di peringkat 'grass-root' inilah yang akhirnya melemahkan sendi dan

foundation empayar Majapahit yang gagah itu. Sistem yang berdiri di atas kezaliman

tidak akan dapat bertahan apabila berdepan dengan keadilan Islam. Maka runtuhlah

Majapahit dan di atasnya berdiri tamaddun Islam yang berasaskan ilmu dan hidayah.

Dalam siri ke 8 kita telah melihat bagaimana akhirnya Majapahit terpaksa

mengundurkan diri dan mengosongkan kedaulatannya untuk diisi oleh Islam. Hakikat

ini sebenarnya tidak sukar untuk difahami. Bagi mereka yang faham tentang hakikat

aqidah Islam dan kesejahteraannya, maka peristiwa peralihan kuasa dari jahiliyyah

kepada Islam ini adalah fenomena yang dijangka. Keadaan yang sama berlaku di

seluruh dunia Islam samada ianya diiringi oleh kuasa tentera, pedagang mahupun

mubaligh (guru-guru yang berda'wah kepada masyarakat yang jahil). Keindahan Islam

serta keserasiannya dengan fitrah dan jiwa manusia sudah cukup untuk menjadi daya

tarikan. Keadaan ini berlaku di Mesir, Asia Tengah, India dan juga Andalusia.

Sungguhpun Islam di daerah-daerah tersebut datang dengan kekuatan tentera dan

persenjataan, namun kemasukan ataupun penerimaan manusia terhadap Islam adalah

atas kerelaan mereka sendiri setelah melihat keadilan Islam. Sebagai contoh kita

perhatikan bagaimana orang-orang Farsi yang sejak ratusan tahun menganut agama

Zoroastrian yang menyembah Tuhan api. Apabila tentera Islam menggempur bumi

Farsi masyarakat bukan sahaja terpesona dengan keberanian dan kemahiran tempur

tentera-tentera Islam, tetapi mereka semakin terpesona apabila melihat ketinggian

akhlak mereka. Masyarakat Farsi tidak pernah melihat pasukan tentera yang begitu

Page 13: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

kuat 'fisik' dan kelengkapannya dan di masa yang sama memiliki akhlak yang tiada

tolok bandingnya. Mereka menjangka orang-orang 'Arab' yang datang untuk menjarah

negeri mereka akan melakukan apa yang dilakukan oleh tentera yang menang iaitu

membunuh orang-orang yang tidak berdosa, memperkosa wanita-wanita,

memusnahkan harta benda. Apa yang mereka lihat adalah di luar dari jangkaan

mereka - jangankan membunuh dan mencuri, mereka malahan menundukkan

pandangan apabila terlihatkan wanita tempatan! Semasa pemerentahan Umar bin

Abdul Aziz, tentera Islam telah mara sehingga ke Samarkand. Tanpa mengistiharkan

peperangan, panglima mereka telah menyerang negeri Samarkand. Penduduk

Samarkand yang tidak bersedia untuk mempertahankan diri telah mengajukan

bantahan kepada Khalifah Umar bin Abd Aziz mengenai tindakan tentera Islam.

Khalifah Umar apabila menerima bantahan ini telah menghantar utusan dan

mengeluarkan arahan agar tentera Islam keluar dari bumi Samarkand kerana tidak

mengikut aturan peperangan. Atas arahan tersebut, mereka berundur keluar dan

kembali ke perbatasan wilayah Islam. Penduduk Samarkand merasa tertegun dengan

ketinggian akhlak tentera-tentera Islam sehingga mereka mengatakan 'Kami ingat

mereka ialah penakluk-penakluk tetapi mereka adalah pembawa-pembawa hidayah'.

Demikianlah manusia menerima Islam kerana ketinggian akhlak penganut-

penganutnya. Orang-orang koptik (Kristian) di Mesir, orang-orang Katholik di

Andalus dan orang-orang Hindu di India kesemuanya memasuki Islam atas faktor ini.

Bandingkan fakta sejarah ini dengan dakwaan orientalis - 'Islam disebarkan dengan

pedang'. Jawapan kita ialah memang benar Islam disebarkan dengan mata pedang

tetapi ianya adalah untuk menghapuskan sekatan-sekatan yang diletakkan oleh

penguasa-penguasa yang menghalang masyarakat manusia dari menerima da'wah

Islam. Kekerasan hanya digunakan untuk menumpaskan kuasa-kuasa taghut yang

berdiri dengan memperhambakan manusia di bawah pemerentahannya. Akidah Islam

punya kekuatannya yang tersendiri, kekuatan yang tidak dapat diatasi oleh kekuatan-

kekuatan lain. Hakikat ini bukan sahaja benar disaat Islam berada di atas tetapi juga

disaat Islam menghadapi zaman-zaman kemelesetannya. Apabila Baghdad diserang

oleh Monggol pada tahun 1258, sebahagian besar dari umat Islam termasuk

khalifahnya dihukum bunuh. Perpustakaan yang memuatkan khazanah ilmu umat

Islam di universiti-universiti (tempat-tempat pengajian) dimusnahkan. Buku-buku

dicampak ke dalam sungai sehingga dikatakan sungai Furat berubah warna menjadi

hitam kerana dakwat. Tetapi kita lihat apakah yang berlaku selang beberapa tahun

selepasnya. Orang-orang Monggol yang ganas dan bengis itu akhirnya memeluk

Islam dan keturunan-keturunan mereka akhirnya menerajui Khilafah Islam yang

terakhir iaitulah Khilafah Uthmaniah. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah orang-

orang yang menang memeluk ugama orang-orang yang tewas. Itulah kekuatan

tersendiri akidah Islam. Kembali ke nusantara, kita telah sebut di dalam siri yang

lepas bagaimana para duat dan mubaligh telah berusaha untuk memperkenalkan Islam

dan mengajak manusia kepada da'wah Islam. Kita juga telah tekankan betapa Islam

yang bertunjangkan ilmu dan akhlaq ini akhirnya telah berjaya meyakinkan

masyarakat melayu yang sebelumnya hidup dibendung oleh takhyul dan khurafat.

Dalam masa yang sengkat masyarakat melayu mengalami transformasi yang tidak

pernah disaksikan di dalam sejarah. Apabila pengembara Ibn Battutah melawat Asia,

beliau telah singgah di Pasai pada tahun 1345. Beliau telah menceritakan

pengalamannya di dalam bukunya yang masyhur iaitu 'ar-Rehlah'. Di dalamnya beliau

mengatakan yang beliau sempat menghadiri majlis ilmu yang dihadiri oleh Sultan al-

Malikus Zahir, pemerentah Pasai pada zaman itu. Sultan dikatakan mengikuti

Page 14: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

perbincangan-perbincangan ulama-ulama fiqh dengan penuh minat. Majlis ilmu

(halaqat) tersebut di adakan seminggu sekali pada setiap hari Jumaat. Bandingkan

senario di atas dengan gambaran yang dilukiskan oleh Marco Polo apabila beliau

melawat tempat yang sama 'Pase' pada tahun 1290an, lebih kurang 50 tahun

sebelumnya. Di dalam buku catatannya 'Il Milionne' (Description of the world),

Marco Polo mengatakan penduduk-penduduk di Sumatera Utara mempunyai ekor dan

mereka ini memakan daging manusia. Kapal yang dinaiki oleh Marco Polo sendiri

berlabuh jauh ke tengah laut kerana takut ditangkap oleh manusia-manusia 'cannibal'

tersebut. Marco Polo juga menceritakan bagaimana setengah-setengah bandar

pelabuhan rakyatnya telah memeluk agama 'Muhammadan' (Islam) dan mereka ini

bertamaddun dan hidup dengan makmur. Dalam masa tidak sampai 50 tahun, Islam

telah mengubah rupa bentuk, budaya dan pemikiran orang melayu, mengangkat

martabat mereka ke tempat yang selayaknya iaitu manusia dengan segala maruah dan

kehormatan diri. Dan tiada yang dapat menghasilkan perubahan ini selain dari ilmu

pengetahuan dan kefahaman. Kita melihat dalam period transition dari Hindu kepada

Islam ini ditandai oleh kelahiran penulisan-penulisan ilmiah yang bermutu tinggi.

Sedikit demi sedikit hasil-hasil sastera karut-marut seperti 'Hikayat Seri Rama',

'Hikayat Pandawa Lima' digantikan oleh kitab-kitab akidah dan fiqh. Sastera-sastera

rakyat turut diresapi oleh unsur-unsur Islam sehingga lahirlah beberapa karya penting

seperti 'Hikayat Umar Umaiyah' dan 'Hikayat Muhammad Hanafiyah'. Rakyat yang

tidak tahu membaca akhirnya menguasai satu bahasa yang memberikan mereka

identiti yang tersendiri - bahasa itu ialah bahasa al-Quran. Al-Quran telah membuka

kotak pemikiran orang melayu sehingga mereka dapat memikirkan tentang kebesaran

Allah serta keindahan ciptaannya. Worldview mereka berubah dari sesuatu yang

berasaskan estetik (rasa dan nafsu) kepada sesuatu yang tinggi berdasarkan ilmu dan

wahyu. Jiwa mereka yang terikat di bumi, dibelenggu oleh kepercayaan terhadap

dewa-dewa dan hantu-hantu jembalang akhirnya lepas bebas menerawang di alam

tinggi, mendalami ilmu wahyu dan filsafat ketuhanan. Tidak ada lagi Sang Kelembai

yang mereka takuti atau jembalang tanah yang perlu disajikan kerana kini orang

melayu punya Tuhan Allah untuk ditauhidkan. Raja tidak lagi menjadi bayangan

Tuhan malahan hamba Tuhan yang diamanahkan untuk menjaga kemaslahatan rakyat

pimpinannya. Meskipun proses transisi ini mengambil waktu yang lama, namun

revolusi pemikiran yang dicetuskan oleh Islam ini bertanggungjawab kepada

kelahiran satu kelompok manusia muslim di timur jauh, menjadi sebahagian dari

warga umat Islam sejagat. Menemui netters sekali lagi di dalam siri SJN. Di dalam

siri ini kita akan melihat peranan dan sumbangan da'wah wali songo - sekumpulan

du'at 9 orang yang sangat terkenal di kepulauan melayu khususnya di pulau Jawa.

Siapakah dia wali songo (wali sembilan ini?) Ketokohan sebenar wali songo ini tidak

dapat dipastikan dengan tepat kerana peribadi mereka telah 'dikeramatkan' oleh orang-

orang melayu. Kehadiran mereka di dalam sejarah da'wah nusantara lebih merupakan

satu lagenda. Kewujudan mereka walaubagaimanapun tidak dipertikaikan dan

sumbangan mereka kepada da'wah cukup besar. Tidak ada kesepakatan tentang

siapa-siapa dia yang dikatakan wali songo ini. Nama-nama mereka yang sebenarpun

tidak dapat dipastikan. Mereka hanya dirujuk berdasarkan tempat mereka menetap

dan berda'wah seperti Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Ampel, Sunan Kalijaga,

Sunan Gunungjati, Sunan muria dan sebagainya. Ini merupakan sebahagian dari adab

orang melayu di hadapan ulama dan pejuang Islam. Seorang ulama itu biasanya

dirujuk kepada tempat asalnya seperti Syeikh Abdul Rauf Singkel (berasal dari

Singkel, Sumatera), Syeikh Nuruddin Ar-Raniri (berasal dari Ranir, India), Syeikh

Page 15: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Abd. Samad Palembang (berasal dari Palembang, Sumatera Selatan), Syeikh Daud

Fattani (dari Pattani), Syeikh Arshad al-Banjari (dari suku Banjar, Kalimantan)

dsbnya. Rasa hormat itu semakin menyerlah apabila ulama berkenaan pulang ke

rahmatullah seperti Syeikh Abdul Rauf Singkel hanya dikenali dengan panggilan

Syeikh di Kuala kerana jenazahnya dikembumikan di Kuala, Acheh. Begitu juga As-

syahid Raja Haji hanya dikenali dengan Marhum Ketapang kerana beliau gugur

syahid sewaktu menentang Belanda di Ketapang, Melaka. Kemungkinan wali-wali

songo juga dirujuk berdasarkan adab-adab yang terpakai oleh masyarakat melayu

apabila berhadapan dengan ulama. Wali Songo melaksanakan aktiviti da'wah mereka

di tanah Jawa. Jawa adalah merupakan kawasan yang paling kuat pengaruh dan

budaya Hindu kerana ia merupakan pusat pemerentahan Majapahit. Jawa adalah pusat

tamaddun Hindu di kepulauan melayu yang mencapai kemuncaknya sekitar kurun ke

14 masihi. Selain dari Majapahit, beberapa kerajaan Hindu yang lain juga pernah

memerentah tanah Jawa samada sebagai wilayah yang mengiktiraf hegemoni

Majapahit ataupun lanjutan sisa-sisa empayar Majapahit seperti Sailendra, Pasuruan,

Pajajaran dan Mataram. Sastera-sastera epik Hindu seperti hikayat Seri Rama dibaca

dengan meluas di kalangan lingkungan kraton (istana) dan golongan bangsawan.

Kitab-kitab suci Mahabrata diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dengan

menggunakan penulisan kawi (tulisan jawa kuno). Seni kebudayaan yang bertemakan

epik-epik Hindu mendapat tempat di dalam masyarakat desa. Upacara-upacara agama

Hindu diraikan dengan penuh ghairah dan mendapat penyertaan yang meluas.

Gambaran ini boleh dilihat pada hari ini di pulau Bali. [Tidak hairanlah mengapa para

orientalis memberikan tumpuan yang cukup besar kepada Jawa apabila

memperkatakan tentang sejarah dan kebudayaan melayu. Bagi mereka kebudayaan

dan keagungan sejarah orang melayu mencapai kemuncaknya di tanah Jawa. Malahan

nama Nusantara itu sendiri dipilih oleh mereka. Van Vlekke, sejarawan ulung

orientalis memilih-pakai nama Nusantara yang berasal dari kamus Majapahit untuk

merujuk kepada seluruh kepulauan melayu. Nusantara berasal dari dua kata punca -

nusa dan antara - nusa bererti tanah, jadi nusantara ialah pulau antara lautan. Istilah

nusantara ini digunakan oleh Majapahit apabila merujuk kepada daerah-daerah di

bawah jajahan takluknya. Implikasinya Nusantara ialah daerah-daerah kepulauan

melayu yang dirujuk dari Pulau Jawa sebagai pusat dan tumpuan (Van Vlekke))

Dalam keadaan kekufuran yang melata dan sebati dengan jiwa orang-orang Jawa

itulah wali songo menjalankan kegiatan da'wah mereka. Dengan berdasarkan kepada

ijtihad, kumpulan wali songo ini telah menggunakan dua pendekatan. Pendekatan

yang pertama ialah pendekatan yang menolak samasekali cara hidup dan amalan

masyarakat setempat sedang pendekatan kedua menggunakan amalan kebiasaan

masyarakat untuk mengenengahkan risalah Islam. Dua pendekatan ini akhirnya

melahirkan dua kelompok besar umat Islam di Pulau Jawa. Golongan yang pertama

dinamakan golongan 'putehan' yaitu golongan yang berpegang teguh kepada ajaran

islam dengan mengamalkan semua tuntutan-tuntutan pokok syariah. Golongan yang

kedua ialah golongan 'abangan' yaitu golongan yang mencampur-adukkan syariat dan

adat setempat. Identiti kedua golongan ini semakin jelas di zaman penjajahan barat.

Penjajah Belanda telah menggunakan golongan abangan untuk memenuhi cita-cita

imperialis mereka. Golongan ini mudah dipengaruhi kerana pegangan mereka

terhadap Islam yang agak kabur sedang golongan kedua yaitu mereka yang berpegang

teguh dengan syariat mempelopori perjuangan menentang Belanda. Keadaan yang

sama berlaku di Sumatera Barat apabila penjajah Belanda menggunakan golongan

'adat' untuk menentang golongan 'agama'. Salah seorang dari ulama wali songo ini

Page 16: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

ialah Sunan Gunung Jati atau lebih dikenali dengan Syarif Hidayatullah. Beliau

berasal dari Pasai yang kemudiannya berpindah ke tanah besar Jawa. Syarif

Hidayatullah merupakan seorang ulama mujahid kerana usaha beliau

mempertahankan kedaulatan Islam dari serangan dan penjajahan Portugis. Kerana

kepahlawanannya beliau dikenali sebagai Fathillah (kemenangan dari Allah) dan

terkenal dengan sebutan 'Falatehan' di dalam penulisan-penulisan Belanda. Seorang

lagi wali songo yang terkenal ialah sunan Giri. Beliau merupakan ulama yang

mempunyai sumbangan yang besar kepada kerajaan Islam Demak yang berdiri

selepas kejatuhan Majapahit di tanah Jawa. Giri merupakan tempat pengajian Islam

yang penting di pulau Jawa. Ulama-ulama di Giri telah meniupkan semangat jihad

orang-orang Jawa untuk berhadapan dengan Portugis di Melaka (kita akan

membicarakan tentang hal ini di dalam siri-siri akan datang). Salah seorang dari wali

songo ini bernama Syeikh Siti Jenar. Beliau bagaimanapun telah melakukan

penyelewengan kerana mencampuradukkan doktrin 'wihdatul wujud' - kesatuan segala

di dalam ajarannya. Wihdatul wujud adalah doktrin yang dipengaruhi oleh unsur-

unsur agama Hindu yang melihat segala sesuatu ialah jelmaan Tuhan di bumi (ajaran

wihdatul wujud ini juga muncul di Farsi dan dipelopori oleh Ibnu Arabi). Beliau telah

dihukum bunuh oleh ulama-ulama wali songo yang lain kerana kefahaman yang

membahayakan kesejahteraan akidah Islam. Walaubagaimanapun seperti yang akan

dilihat nanti, kefahaman wihdatul wujud ini mendapat tempat di kepulauan melayu

dan tersebar dengan meluas sehingga mengkaburkan risalah untuk ratusan tahun yang

berikutnya. "Berkembangnya da'wah disaat kejatuhan umat" Apabila

memperkatakan tentang proses da'wah di kepulauan melayu maka di sana terdapat

satu pemerhatian yang agak menarik. Proses penyebaran Islam di tempat-tempat lain

di luar jazirah Arab lazimnya mengiringi penaklukan ketenteraan seperti di Mesir

(Amr bin Al-As), Farsi (Khalid al-Walid dan Saad bin Abi Waqash, Rub'i bin Amir),

Afrika Utara (Musa bin Nusair), Andalusia (Tariq bin Ziad), India (Muhammad al-

Qasim, Mahmood Ghazni) dan sebahagian France (Abdul Rahman). Ini tidak

bermakna Islam disebarkan dengan mata pedang seperti yang cenderung

dikemukakan oleh para orientalis. Kekuatan senjata hanyalah untuk memastikan

bahawa proses da'wah berlaku dengan sejahtera tanpa sekatan dan halangan

penguasa-penguasa yang berkepentingan. Kekuatan tersebut akan digunakan apabila

ada usaha untuk menghalang manusia daripada mendengar isi kandungan risalah yang

dibawa.. Ini dirumuskan oleh Rub'i bin Amir apabila berhadapan dengan Panglima

Rustum (Farsi) dengan perkataannya yang masyhur. "Kami datang untuk

mengeluarkan manusia siapa yang mahu dikalangan mereka dari penyembahan

sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah dari kesempitan dunia kepada

keluasan dunia dan akhirat dan dari keza liman agama-agama kepada keadilan

Islam." Jelas dari ungkapan di atas tiada unsur-unsur paksaan di dalam mengajak

manusia kepada kebenaran Islam. Namun apabila misi ini disekat oleh Kisra (Raja

Farsi), umat Islam tidak punya pilihan lain selain dari mengangkat senjata. Dalam

ertikata yang lain, jihad qital (senjata) adalah pilihan terakhir apabila masyarakat

dihalang dari mendengar penerangan-penerangan Islam oleh pehak yang berkuasa.

Senjata digunakan ke atas tentera musuh dan bukan diacungkan kepada rakyat untuk

memaksa mereka supaya menganut Islam. Seperti yang telah disebut sebelum ini,

penduduk pribumi yang dilewati oleh tentera Islam menerima Islam atas 'free-will'

mereka dan dengan 'consciouns' mereka sendiri setelah melihat akan keadilan dan

keindahan Islam yang dipamerkan oleh penganut-penganutnya. Proses da'wah yang

sedemikian walaubagaimanapun hanya berlangsung dalam jangkamasa seratus tahun

Page 17: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

dari kewafatan Rasulullah saw. Kelemahan-kelemahan yang dialami oleh kerajaan-

kerajaan Islam selepasnya menyebabkan ekspedisi-ekspedisi ketenteraan untuk

membawa Islam ke tempat-tempat yang jauh tidak lagi menjadi keutamaan.

Sebaliknya usaha-usaha lebih banyak ditumpukan untuk mengawal sempadan/wilayah

umat Islam ancaman-ancaman musuh yang semakin meningkat. Ancaman terbesar

datangnya dari tentera-tentera salib di Eropah yang melancarkan kempen-kempen

untuk merampas kembali BaitulMuqaddis dari tangan umat Islam menjelang kurun ke

10 masehi. Ancaman yang berlangsung sehingga kurun ke 12 ini telah menumpukan

usaha jihad umat Islam untuk mempertahankan bumi Baitulmuqaddis dari serangan

tentera salib. Kurun ke 13 juga menyaksikan kejatuhan Khilafah Abbassiyah apabila

Baghdad musnah akibat serangan Monggol (1258). Khilafah Ummayyah yang

berpusat di Cordoba, Andalus juga berhadapan dengan ancaman-ancaman negara-

negara kota Kristian di semenanjung Iberia. Dalam suasana kemelut yang melanda

pusat-pusat pemerentahan Islam itulah da'wah disebarkan di Nusantara. Perkara ini

wajar menjadi bahan renungan bersama kerana ia menunjukkan dinanisme da'wah itu

sendiri. Pendukong-pendukong risalah generasi terdahulu mempunyai visi yang jelas

terhadap peranan serta tanggungjawab yang terpikul di atas pundak mereka.

Meskipun kekurangan sumber dan sokongan logistik dan ketenteraan, mereka tetap

melaksanakan tugas membawa Islam ke tengah-tengah masyarakat manusia. Modus

penyebaran yang sedemikianlah yang telah membawa Islam ke selatan Sahara

sehingga Afrika Tengah dan Afrika Selatan. Di timur jauh, para penda'wah telah

memanfaatkan 'trade routes' dan 'trading winds' yang sedia wujud untuk

mempersembahkan Islam kepada rumpun bangsa melayu. Zaman kemelesetan dunia

Islam juga ditandai oleh pelbagai bentuk 'heresies'- penyelewengan-penyelewengan

yang menjejas kesejahteraan aqidah umat. Pandangan-pandangan yang asing

mengenai konsep 'ketuhanan' yang dipengaruhi oleh falsafah Yunani (Greek) dan

kepercayaan-kepercayaan asal pribumi merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh

umat Islam pada ketika itu. Penyelewengan-penyelewengan ini turut mempengaruhi

dan mencorakkan usaha-usaha da'wah di nusantara. Kefahaman-kefahaman berunsur

Syiah berjaya menapak di beberapa tempat di Sumatra Barat khususnya: setengah

tempat merayakan perayaan Tabut Ali - sama seperti hari memperingati hari karbala'

di Iran hari ini), meskipun lama-kelamaan ia diganti dengan pengaruh dan amalan

Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kefahaman sufi yang melampau walaubagaimanapun

meninggalkan kesan yang berpanjangan dan berterusan. Pandangan-pandangan yang

bertentangan dengan aqidah tauhid seperti 'wihdatul wujud' (kesatuan Tuhan dengan

makhluk atau jelmaan Tuhan di dalam ciptaanNya) mencapai kemuncaknya di kurun

ke 17 dalam bentuk ide-ide Hamzah Fansuri. Penulisan-penulisan beliau yang

mempunyai nilai sastera yang tinggi seperti 'syair perahu', syair burung pingai'

merumuskan kefahaman beliau terhadap zat Tuhan yang tidak jauh berbeza dengan

pandangan Ibnu Arabi di Farsi. Falsafah wihdatul wujud ini begitu tersebar sehingga

di satu ketika menjadi pegangan resmi kesultanan Islam Acheh. Walaubagaimanapun

usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh ulama-ulama ulung seperti Syeikh Abdul Rauf

Singkel dan Nuruddin Ar-Raniri telah berjaya membendung pengaruh falsafah

tersebut - sekurang-kurangnya dari terus menjadi amalan masyarakat secara terbuka.

Kita dapat membayangkan betapa sukarnya usaha-usaha ulama terdahulu untuk

mengislamkan masyarakat melayu yang telah sebati jiwanya dengan kepercayaan-

kepercayaan terhadap Tuhan yang menjelmakan dirinya di dalam makhluk (samada

dalam bentuk semangat, penunggu, dewa mahupun raja). Kesukaran ini ditambah lagi

dengan bentuk-bentuk 'Islam' yang menyeleweng yang seakan-akan menunjukkan

Page 18: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

persamaan dengan agama asal mereka. Namun 'against all kinds of odds' mereka, i.e.

ulama berjaya melahirkan umat melayu Islam yang sejahtera akidah dan ibadahnya.

Cabaran terbesar yang pernah ditangani oleh umat melayu Islam bukan Syiah atau

kefahaman sufi yang melampau tetapi ancaman ini datangnya dari jurusan barat -

penjajahan Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris yang mencorakkan sejarah

da'wah dan jihad di nusantara selama 500 tahun yang berikutnya. "Admiral

Muhammad Cheng Ho: seorang envoy muslim dari sebuah kuasa besar Islam?"

Cheng Ho adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi kita. Tokoh ini bukan sahaja

terkenal di Malaysia malahan juga di tempat-tempat lain di dunia khususnya di Asia

Tenggara. Di Thailand, Cheng Ho dikenali sebagai Sam Po kong. Dalam konteks

sejarah tanah air, tokoh ini dikaitkan dengan kesultanan melayu Melaka. Beliu

melawat Melaka di zaman pemerentahan Sultan Mansur Syah sebagai wakil kerajaan

Cina dinasti Ming. Dinasti Ming pada waktu itu merupakan satu kuasa besar yang

diiktiraf oleh negara-negara serantau. Untuk menguatkan pengaruhnya, kerajaan Ming

telah menganjurkan beberapa siri misi diplomatik ke negara-negara selatan. Misi-misi

ini bertujuan untuk menjalin hubungan dengan dunia luar, menjaga keamanan di laut

selatan, menghapuskan ancaman lanun serta memberikan perlindungan kepada

negara-negara yang lemah. Dinasti Ming mencapai kemuncaknya di zaman

pemerentahan emperor Yung Lo. Emperor Yung Lo telah menganjurkan beberapa

banyak misi diplomatik tersebut. Sebahagian besar darinya (sebanyak 9 kali) dipimpin

oleh Admiral Cheng Ho. Satu hakikat sejarah yang jarang diperkatakan tentang

Cheng Ho ialah mengenai keperibadiannya serta kerajaan yang diwakilinya. Admiral

Cheng Ho yang harum namanya di dalam sejarah kesultanan Melayu Melaka adalah

seorang muslim dan namanya yang sebenar ialah Muhammad Cheng Ho. Beliau

dilahirkan di dalam keluarga muslim yang taat. Ibu dan ayah saudaranya telah

menyempurnakan ibadah haji. Cheng Ho sendiri pernah melaksanakan ibadah umrah

sebanyak dua kali dalam misi diplomatiknya (lihat ensaiklopedia Britannica) Kajian-

kajian yang dilakukan oleh sejarawan-sejarawan Cina memberikan sedikit gambaran

tentang misi-misi diplomatik di bawah pimpinan Cheng Ho. Sebelum berangkat

beliau dikatakan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat bersama anggota-anggota

rombongannya. Satu sumber sejarah menyebut bilangan anggota rombongannya ialah

seramai 27,000 orang dan sebahagian besar dari mereka adalah muslim. Vice Admiral

beliau bernama 'Ho shein' iaitu sebutan Hussein dalam bahasa Cina. Begitu juga

navigator beliau bernama 'Fa shein' - sebutan Cina bagi Faisal. Sekiranya sebahagian

besar dari angkatan Cheng Ho terdiri dari kalangan muslim apakah yang boleh

diperkatakan tentang Kerajaan Ming. Besar telahan kita bahawa Islam di zaman

dinasti MIng kalau tidakpun menjadi anutan resmi, merupakan satu agama yang

diterima baik oleh pemerentah. Perkara ini diketengahkan oleh Al-Marhum Teing

Yeng Ma (PERKIM) di dalam bukunya 'Perkembangan Islam di Tiongkok'. Beliau

menyatakan penyelidikan sejarah telah membuktikan bahawa Empress Ma

(permaisuri kepada Maharaja Yung Lo) adalah seorang muslimah. Ahli-ahli sejarah

walaubagiamanpun tidak dapat menetapkan status maharaja Yung Lo. Tetapi

beberapa puisi hasil nukilan maharaja Yung Lo sendiri menunjukkan

kecenderungannya kepada Islam - antara lain isi kandungan puisi tersebut memuji-

muji Rasulullah saw dan memperkatakan tentang al-Quran. (Puisi ini di salin dalam

buku Perkembangan Islam di Tiongkok - malangnya tiada dalam simpanan saya di

UK ini untuk diperturunkan buat tatapan pembaca). Peraturan yang terdapat pada

zaman itu juga menguatkan lagi andaian mengenai status keislaman maharaja Yung

Lo. Salah satu dari peraturan yang dikuat kuasakan ialah pengharaman daging khinzir

Page 19: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

(babi). Sekiranya pegawai-pegawai atau tentera didapati melanggar aturan ini mereka

akan dibuang wilayah untuk mengawal pos-pos yang terletak diperbatasan negara.

Berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk sejarah ini kita boleh membuat beberapa

kesimpulan. Pertama, usaha-usaha yang disebut sebagai 'pelayaran Cheng Ho' bukan

semata-mata untuk memenuhi objektif-objektif diplomatik tetapi lebih dari itu iaitu

untuk menjalin hubungan dengan negara-negara umat Islam di Asia Tenggara, Asia

Selatan dan Afrika Timur. Antara tempat-tempat yang pernah diziarahi oleh Cheng

Ho di Afrika Timur ialah Malindi dan Mombasa, dua bandar pelabuhan muslim yang

penting di sana. Kedua, perlindungan yang diberikan oleh misi-misi diplomatik ini

telah membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau sebelah sini.

Kedaulatan Melaka sebagai pusat pemerentahan, perdagangan dan pengajian Islam

juga turut terpelihara dari ancaman musuh serantau khususnya Siam. Dari perspektif

ini sumbangan Adm. Muhammad Cheng Ho terhadap kesejahteraan kepulauan

melayu telah secara langsung dan tidak langsung membantu memantapkan

perkembangan Islam di sini. Apapun, sebuah armada yang dimiliki oleh satu kuasa

besar (Islam) telah meronda dan mengawal perairan antarabangsa di lautan Hindi,

Selat Melaka, Laut Cina Selatan dan Laut Sulu 100 tahun sebelum ianya dicerobohi

oleh armada-armada Portugis dan Sepanyol. "Sultan Alauddin Ri'ayat Syah - adil lagi

wara'" Apabila bercakap tentang kesultanan melayu Melaka maka di sana hanya

terdapat satu sahaja rujukan tempatan bertulis yang 'berotoriti' iaitu Salalatus Salatin

atau Silsilah Raja-raja. Sumber bertulis sejarah yang pertama dalam konteks Tanah

melayu ini lebih dikenali dengan nama 'Sejarah Melayu'. Pengarangnya tidak lain dari

Tun Seri Lanang yang namanya diabadikan menjadi nama perpustakaan Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM). 'Authenticity'nya bagaimanapun tidak dapat

dipertanggungjawabkan kerana di dalam terdapat ciri-ciri 'anakronism' iaitu

mencampuradukkan dua kejadian yang berlaku pada zaman yang berbeza (seperti

halnya Hang Tuah pergi ke istana Majapahit - sedangkan Kerajaan Majapahit telah

lama berakhir). Sebabnya sedia dimaklumi kerana 'Sejarah Melayu' ditulis selepas

kejatuhan Melaka dan dipenulisannya adalah di bawah patronize (naungan) keluarga

di Raja. Tun Seri Lanang juga sangat berhati-hati dengan penulisannya dengan

menggunakan kiasan-kiasan sepertimana yang akan kita perhatikan. Hanya dua

naskhah Manuskrip 'Sejarah Melayu' yang asal yang dapat dikesan. Kedua-duanya

didokumentasikan oleh Shellabear* dan Raffles, makanya dirujuk sebagai naskhah

Shellabear dan naskhah Raffles. 'Sejarah Melayu' merupakan sumber utama apabila

memperkatakan tentang kesultanan Melayu Melaka. Di dalamnya terdapat satu

kesah dongeng yang menjadi lagenda sehingga hari ini. Kesah dongeng itu tidak lain

dari 'Kesah Puteri Gunung Ledang'. Sekadar mengungkap kembali kesah ini, Sultan

Melaka dikatakan bermimpi menemui Puteri Gunung Ledang yang cantik dan

rupawan. Makanya diperentahkan supaya dihantar satu rombongan masuk meminang.

Berangkatlah rombongan meminang mendaki Gunung Ledang. Dipendekkan cerita

mereka menemui Puteri Gunung Ledang yang dimimpikan oleh Sultan, maka

disampaikanlah hajat Sultan. Puteri Gunung Ledang tidak keberatan tetapi

meletakkan beberapa syarat sebagai hantaran belanja. Maka disenaraikan satu persatu,

antaranya: 7 dulang hati nyamuk setempayan air mata perawan jambatan emas dari

Gunung Ledang ke Melaka semangkuk darah raja (atau putera raja) Maka

dipersembahkan kepada Sultan syarat-syarat yang diletakkan. Anehnya Sultan

bersedia memenuhi syarat-syarat yang diletakkan kecuali satu iaitu semangkuk darah

raja. Di sinilah kebijaksanaan Tun Sri Lanang terserlah. Kesah dongeng ini

sebenarnya merupakan sindiran kepada Sultan Melaka. Setempayan air mata perawan

Page 20: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

adalah simbol kepada penderitaan anak-anak gadis dan isteri orang yang telah dipaksa

oleh Sultan. Sultan sanggup membelanjakan perbendaraan negara semata-mata untuk

memuaskan nafsu dan kehidupannya yang 'extravagant'. Lantaran itu baginda Sultan

menyatakan kesanggupannya untuk membina sebuah jambatan yang merentang dari

kota Melaka ke Gunung Ledang. Baginda juga sanggup melakukan sesuatu yang

mustahil semata-mata untuk memenuhi hajatnya, seperti yang digambarkan oleh

kesah ini - 'sedulang hati nyamuk'. Tetapi kesediaan baginda untuk menyediakan

semua itu tidak memadai untuk memenangi hati puteri Gunung Ledang. Baginda

rupanya tidak sanggup untuk menumpahkan darah baginda sendiri - bukan banyak,

semangkuk cuma! Sikap sultan yang hidup mewah yang agenda utamanya hanya

untuk melempiaskan nafsu ditelanjangi oleh Tun Sri Lanang. Baginda tidak sanggup

mempertahankan kedaulatan negeri yang diperentahnya... Ahli sejarah berpendapat

personaliti sultan yang digambarkan oleh TSL ini ialah Sultan Mahmood, (pun ada

juga yang merujuk kepada Sultan Mansur Syah). Sejarah Melayu mendedahkan

bagaimana sikap Sultan Mahmood yang rakus sanggup membunuh Bendahara Seri

Maharaja yang terkenal dengan kebijaksanaan beliau mentadbir kota Melaka semata-

mata untuk mengahwini puterinya Tun Fatimah. Sultan sanggup merampas Tun

Fatimah dari tangan suaminya yang sah. Sultan tergamak menumpahkan darah

rakyatnya untuk memenuhi kehendak nafsunya tetapi sultan yang sama tidak sanggup

bertahan apabila Melaka diserang oleh Feringgi. Demikianlah gambaran kezaliman

seorang raja.... Namun demikian apabila bercakap tentang sejarah kesultanan melayu

Melaka, maka di sana perlu disebut mengenai Sultan Alauddin Ri'ayat Syah - sultan

yang kedua terakhir sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis. Tidak banyak yang

diketahui mengenai Sultan Alauddin Ri'ayat Syah kerana umurnya yang pendek dan

pemerentahannya yang sengkat. Namun demikian baginda telah meninggalkan contoh

seorang pepimpin model yang perlu diikuti oleh sesiapa sahaja yang di amanahkan

pemerentahan negara ke atas dirinya. Baginda sangat terkenal dengan sikap adil dan

wara'nya. Seringkali baginda meronda kota Melaka di tengah malam sendirian untuk

memastikan keselamatan rakyat di bawah pemerentahannya. Baginda pernah

menumpaskan sekumpulan penyamun tanpa sebarang bantuan dari pasukan pengawal

negeri. Selain dari Sejarah Melayu, terdapat dua sumber penulisan mengenai kerajaan

Melaka yang ditulis oleh orang asing. Sumber tersebut ialah 'Suma Oriental' yang

ditulis oleh seorang pengarang Portugis bernama Tome Pires dan sebuah rekod

catatan penulis Belanda bernama De Eredia. Tome Pires antara lain menulis mengenai

Sultan Alaudin sebagai raja yang sering melakukan sembahyang di malam hari.

Kalau sdr/i dalam perjalanan ke Johor dan melalui lebuh raya utara selatan,

singgahlah sebentar di Pagoh. Keluar di simpang tol ikut arah ke Pagoh. Singgahlah

sebentar di makam Sultan Alauddin yang tidak jauh dari sana untuk menghadiahkan

fatihah. Kenapa baginda bersemadi di Pagoh? Satu pertanyaan yang sehingga hari ini

tidak ditemui jawapannya. Ada ahli sejarah mengatakan baginda meninggal akibat

diracun oleh orang-orang yang mengkhianati baginda. Cuma yang kita tahu sewaktu

meninggalnya, baginda sedang bersiap-siap untuk berangkat menunaikan ibadat haji.

Makam Sultan Alauddin Ri'ayat Syah adalah satu-satunya makam Sultan Melaka

yang dapat dikesan (selain makam Sultan Mahmood Syah di Julang, Kota Tinggi).

Makam sultan yang terdahulu tidak dapat dikesan kerana telah dimusnahkan oleh

Portugis bersama dengan mesjid negeri Melaka - batu-batu dari mesjid dan makam

yang telah dimusnahkan itu digunakan untuk membina kota 'A Famosa' yang masyhur

itu. Sdr/i yang dihormati. Menyambung siri SJN ke 14. Sebelum kita dapat

memahami perjalanan sejarah da'wah di Nusantara dari kurun ke 16 seterusnya adalah

Page 21: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

perlu bagi kita melihat sejarah umat Islam dari sudut pandangan yang global. Apa

yang berlaku di timur jauh pada zaman itu adalah sebahagian dari rentetan peristiwa

yang berlaku di Timur Tengah dan Eropah Barat. Kurun ke 16 menyaksikan fasa per

juangan umat yang getir serta meninggalkan kesan kepada seluruh dunia Islam yang

berlanjutan sehingga ke hari ini. Menjelang kurun ke 13, kerajaan-kerajaan Islam

Andalus telah kehilangan sebahagian besar daripada wilayah jajahan takluknya di

Semenanjung Iberia. Kemaraan tentera salib Kristian tidak dapat dibendung lagi

oleh kerajaan-kerajaan kecil (at-Tawaif) Islam yang sendiri telah runtuh dari dalam

akibat pergeseran-pergeseran yang tidak berkesudahan. Di saat-saat keruntuhan

Empayar Islam Sepanyol, dua kedaulatan Kristian, Castille dan Arragone telah

bersatu tenaga untuk seterusnya mencorakkan perjalanan sejarah Kristian Sepanyol

yang gilang gemilang. Kekuatan umat Islam Sepanyol yang tersisa tidak lagi

dianggap merbahaya kepada kesejahteraan peradaban dan agama Kristian. Umat

Islam yang digeruni ketika menyeberangi Selat Gibraltar (Jabal Tariq) dan ketika

melintasi perbatasan Pyrenness suatu waktu dulu kini terjepit dalam satu wilayah,

Granada di pinggir selatan pantai Sepanyol. Kiranya Islam tidak juga diberi

peluang untuk bernafas dalam satu-satunya wilayah yang diharapkan akan

dapat diperturunkan kepada generasi akan datang sebagai tanda dan bukti bahawa

sayap dakwahnya pernah terbang ke Eropah Barat. Pada tahun 1492, jatuhlah

kerajaan Islam Granada sekaligus menutup episod 800 tahun pemerentahan Islam di

Andalus. Kristian Eropah semacam memperoleh kekuatan yang baru dari

kekalahan Islam di Semenanjung Iberiaa. Semangat keagamaan dan kefanatikan

Kristian terus membara menghidupkan dhamir dan sanubari bangsa-bangsa

Eropah untuk membangkitkan semangat 'crusade' dan telah menggenapkan cita-cita

`Reconquista' untuk membebaskan tanah air mereka dari kekuasaan Islam.

Semangat yang sama telah membawa mereka anean untuk melancarkan serangan-

serangan balas ke atas persada umat Islam sendiri. Ekspedisi sulung yang

dilancarkan oleh Portugis pada tahun 1415 telah berjaya merebut Ceuta di pantai

barat-laut Afrika Utara. Pertahanan Islam di Tangier dan Casablanca turut

kecundang lalu lahirlah Empayar seberang laut Portugis yang pertama. Sepanyol

tidak ketinggalan di dalam menye diakan tapak pengluasan pengaruh dan kekuasaan

di Afrika Utara dengan merebut wilayah-wilayah pantai dari Melilla sehingga ke

Tripoli. Tujuan mereka adalah untuk memastikan bahawa Islam terus lemah di

Eropah. Walaubagaimanapun kedaulatan umat Islam masih terpelihara di bawah

kedaulatan Turki Uthmani di Anatolia. Kewibawaan armada Turki Uthmani yang

meronda perairan Mediteranean telah menghalang cita-cita Portugis dan Sepanyol

dari terus membina kekuatan di Afrika Utara. Konflik Islam/Kristian terus melanda

bumi Eropah. Kembalinya Semenanjung Iberia ke tangan Portugis dan Sepanyol

tidak bermakna tamatnya cabaran dan ancaman Islam. Dari jurusan timur, satu

kekuatan baru telah lahir dari musuh yang sama, iaitu kerajaan Utkmaniyah. Di

bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh (Muhammad penakluk),

Constantinople (Istanbul) yang terletak di di selat Bosphorus akhirnya jatuh ke

tangan umat Islam setelah cubaan selama 800 tahun sejak zaman Khalifah Usman

bin Affan r.a. lagi. Kota kebanggaan umat Islam itu jatuhnya pada tanggal 1453M.

Kerajaan Uthmaniyah terus menggempur Eropah Timur dan menawan wilayah

wilayah Albania dan Balkan. Di sebelah selatan, armada Turki telah berjaya

menawan pelabuhan Otranto dan bersiap untuk memasuki Rome.Di Eropah Timur,

Greek dan Hungary sudah jatuh ke dalam wilayah kekuasaan Islam. Wilayah-

wilayah Islam di Asia Barat dan Afrika Utara telah mengiktiraf khilafah di

Page 22: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Istanbul. Armada Turki semakin diperbesar untuk mengawal kepentingan

perkapalan dan perdagangan Islam di Laut Mediterranean, di Lautan Hindi dan

malahan di Lautan Atlantik. Zaman kemuncak segera disusuli oleh zaman

kemunduran. Bersama terhakisnya kekuatan dan kewibawaan Turki sebagai kuasa

militer di Eropah ialah kelahiran kuasa maritim Portugis dan Sepanyol yang kelak

membuka episod baru dalam sejarah konflik Islam/Kristian. Pertembungan yang

sebelumnya lebih tertumpu di dalam daerah lingkungan Mediteranean dari Timur

tengah dan Asia Kecil sehingga ke Afrika Utara dan Semenanjung Iberia kini mula

mengambil bentuk yang global. Seluruh dunia Islam akhirnya terseret ke dalam

pertembungan dua agama samawi sekaligus membuka tirai `penerokaan' dan

penjajahan ke atas wilayah umat Islam. Kita masih memperkatakan tentang 'the

Portuguese exploit' dalam rangka untuk melihat perang sabil yang berlaku di

Nusantara menjelang kurun ke 16 Dengan berbekalkan semangat waja dan

kegigihan, pelaut-pelaut Bangsa Portugis, Hispanik dan Genoese mengharung

lautan dalam, menerokai kawasan-kawasan yang jauh dan asing dalam rangka

melaksanakan tugas `suci' dan mencapai matlamat kenegaraan dan ekonomi. Walau

apapun motif sebenar yang menggerakkan ekspedisi-ekspedisi pelayaran jarak jauh

ini, yang pasti ianya wajar untuk dikagumi. Dengan nisbah kependudukan yang kecil

berbanding dengan misi yang terpikul, mereka telah berjaya menjelajah dan

menerokai hampir separuh dari pusat-pusat perdagangan dunia. Dari pelabuhan-

pelabuhan yang diduduki mereka telah menguasai jalan-jalan perdagangan laut,

meruntuhkan hegemoni politik dan ekonomi kuasa-kuasa tempatan lalu

menggantikannya dengan otoriti yang berpusat di Lisbon dan Madrid. Mereka

menjelajah dan membahagi-bahagikan dunia luar sesama mereka seolah-olah seperti

mengagih-agihkan harta rampasan perang dari musuh yang ditewaskan. Batu-batu

`tanda' penerokaan dan penjelajahan menjadi bukti hak milik supaya tidak

dipertikaikan oleh pesaing-pesaing yang sama-sama keluar memburu kekayaan.

Dengan perentah dan `regimento' yang diluluskan di Portugal dan Sepanyol mereka

telah membentuk satu order baru dunia di tanah-tanah jajahan mereka dari timur

hingga ke barat. Kepentingan-kepentingan kuasa-kuasa Eropah kini merentasi dunia

dari Tanjung Pengharapan ke Kalikat, dari Goa hingga Melaka, dari Maluku hingga

Manila, dari Macao hingga Nagasaki dan dari Brazil hingga Mexico. Bermula dari

kurun ke 15, barat telah muncul sebagai juara dunia. Usaha-usaha penerokaan dan

penjelajahan Portugis dan Sepanyol, telah disusuli oleh `campurtangan' dan

penjajahan Inggeris, Belanda dan Peranchis dan akhirnya dilanjutkan dengan dasar

imperialis kuasa-kuasa besar dewasa ini. Senario di atas memberikan satu gambaran

mengenai fenomena yang telah mengalihkan perhatian kita dari pertentangan

yang berlanjutan di antara Islam dan Kristian di Asia Barat menjelang kurun ke 16.

Bedilan-bedilan meriam di antara armada muslim dan Kristian bukan sahaja

menggegarkan pelabuhan Iskandariah, Istanbul, Otranto, Tripoli dan Casablanca

tetapi juga Aden, Diu, Goa, Pasai dan Melaka. Pendeknya konflik sabil/salib yang

lebih `regional' sifatnya iaitu di daerah lingkungan Mediteranean dan Timur dekat

kini diperluaskan ke medan dan perbatasan daerah Teluk Farsi, Lautan Hindi dan

Timur Jauh. Peralihan in sebenarnya yang telah memberikan perhitungan yang

menentukan di dalam pertentangan dan pertembungan Islam dan Kristian, satu

perhitungan yang akibatnya masih dideritai oleh umat Islam hingga saat ini. Dengan

mengenepikan cabaran Islam di Eropah Barat, kerajaan Portugal dan Sepanyol

yang berdiri di Semenanjung Iberia dapat memberikan tumpuan kepada usaha

penerokaan dan pelayaran, dua aktivitii yang menjadi semakin penting natijah dari

Page 23: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

perkembangan-perkembangan semasa di dalam dan di luar Eropah. Faktor pendorong

penting yang menggalakkan orang-orang Spanyol dan Portugis keluar menerokai

dunia luar khususnya Benua Afrika dan pulau-pulau sekitaran ialah untuk

menyampaikan `message Tuhan' kepada penduduk-penduduk 'biadab' diluar dari

lingkungan kebudayaan Eropah serta untuk membina empayar seberang laut yang

pasti mendatangkan laba kepada pemerentahan pusat. Faktor memerangi `pengikut

Muhammad' bertindak sebagai mangkin dalam mempercepat proses penerokaan

dunia luar. Sementara kebolehan semulajadi orang-orang Portugis dan orang-orang

Genoese yang berkhidmat bagi pehak kerajaan Sepanyol sebagai pelaut-pelaut yang

unggul memberikan mereka kelebihan dalam soal pelayaran. Cita-cita penerokaan

pula mendapat kerjasama penuh dari individu-individu dan pehak-pehak yang

berpengaruh di dalam menyediakan kemudahan dan tajaan ekspedisi pelayaran.

Nama seperti `Henry the navigator' mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai

orang yang menjadikan aktiviti pelayaran untuk tujuan penerokaan, penjelajahan,

penyebaran agama Kristian dan memerangi orang Islam sebagai cita-cita seumur

hidup. Begitu juga Cristopher Columbus, ahli pelayaran bangsa Genoese yang

menemui pulau-pulau Hindia Barat (West Indies) ditaja dan dibiayai oleh Ratu

Isabella, pemimpin kerajaan Castille sendiri di dalam menjalankan ekspedisi

pelayaran rentas Atlantik. Apakah yang mencetuskan keghairahan bangsa Portugis

dan Sepanyol untuk mengadakan pelayaran-pelayaran penerokaan ke dunia luar?

Jawapannya memerlukan penelitian ke atas perkembangan yang berlaku di Eropah

pada waktu itu. Sebelum kurun ke 16, bahagian-bahagian dunia adalah merupakan

satu entiti yang terpisah di antara satu dengan lain. Sangat sedikit yang diketahui

mengenai Asia khususnya Timur Jauh (yang disebut sebagai Cathay) dan benua

kecil India oleh orang-orang Eropah dan begitu juga sebaliknya. Malahan Benua

Amerika (Utara dan Selatan) yang kini dikenali sebagai Dunia Baru memang tidak

diketahui kewujudannya sehinggalah menjelang kuru16. Berita-berita mengenai

dunia luar hanya diperolehi dari mubaligh-mubaligh Kristian dan pengembara-

pengembara, yang paling terkenal di kalangan mereka ialah Marco Polo. Gambaran-

gambaran mengenai keindahan, kemakmuran, kekayaan dan keganjilan dunia timur

benar-benar memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Hasil mahsul Dunia

Timur seperti emas dan tembikar, ubat-ubatan dan rempah-ratus merupakan daya

tarikan kepada orang-orang Eropah yang senantiasa memerlukan bekalan barang-

barang tersebut. Barang-barang tersebut yang diperniagakan di pelabuhan Venice

diperolehi dari pedagang-pedagang Arab dengan harga yang sangat tinggi.

Menjelang kurun ke 15, permintaan terhadap barang-barang tersebut meningkat

dengan banyaknya. Keadaan bertambah buruk apabila jalan darat untuk membawa

masuk barang-barang dagangan dari Timor semakin merbahaya akibat dari aktiviti

rompakan dan samun menyamun. Pungutan cukai yang tinggi oleh penguasa-

penguasa tempatan meningkatkan lagi kos pengangkutan dan bekalan. Akhir sekali

dan yang terpenting ialah kebangkitan kuasa militer Uthmaniah di Eropah Timor

telah menutup jalan-jalan darat ke timur. Kesan-kesan inilah yang telah mendorong

orang-orang Eropah untuk menemukan jalan-jalan alternatif bagi mendapatkan

bekalan barang-barang dagangan dari timur khususnya rempah-rempah dan ubat-

ubatan. Pilihan yang paling menarik meskipun merbahaya ialah mencari jalan laut

ke Timur lantas mendapatkan bekalan dagangan terus dari sumbernya sendiri. Dalam

hal ini, dua bangsa pelaut Eropah, Portugis dan Sepanyol telah merintis satu usaha

yang telah merevolusikan corak perhubungan dagang antarabangsa dengan

menemukan jalan laut ke timur jauh. Kejayaan-kejayaan ini telah mendorong

Page 24: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

bangsa-bangsa Eropah yang lain iaitu Belanda dan Inggeris untuk menyusul pula.

Usaha-usaha pelayaran inilah akhirnya menjelma menjadi ancaman ke atas

kepentingan-kepentingan perdagangan umat Islam di Timur Jauh. Pertembungan dua

kepentingan dan dua kebudayaan yang berdiri di atas akidah yang saling bertentangan

inilah yang telah melanjutkan konflik Islam/Kristian ke rantau sebelah sini.

Sungguhpun konflik ini sering dilihat dalam konteks penjajahan kuasa-kuasa Barat

atas sebab-sebab ekonomi, namun semangat peperangan salib bangsa Kristian

Eropahlah yang telah mempercepatkan proses tersebut. SJN 16: Portugis menguasai

Lautan Hindi. Sebagaimana yang dijangkakan, penemuan jalan laut ke India, telah

membawa orang-orang Eropah berhadapan sekali lagi dengan musuh tradisi yang

mereka perangi berabad-abad di tanah air mereka sendiri. Kaum muslimin telah lama

bertapak di pusat-pusat kuasa dan perdagangan yang menjadi idaman bangsa-bangsa

Eropah semenjak mereka mengangkat sauh meninggalkan pelabuhan-pelabuhan

Lisbon dan Madrid. Dakwah Islam telah mendahului mereka dalam perlumbaan

menerokai dunia timur sehingga penduduk-penduduk yang mendiami pantai Afrika

Timur, Teluk Parsi, Teluk Benggala, Selat Melaka, Laut Sulu sampai ke Teluk

Tonkin adalah penganut-penganut agama Islam belaka. Orang-orang Sepanyol yang

berhempas pulas untuk menjinakkan orang-orang `pagan' dan `biadap' menurut

tafsiran mereka di Amerika Selatan akhirnya menemui diri mereka berhadap-hadapan

dengan arus dakwah Islam yang deras melanda kepulauan Filipina. Menjelang kurun

ke 15, seluruh rantau yang dipinggiri oleh Lautan Hindi dari Mozambique, Mombasa

dan Malindi menganjur ke Semenanjung Arab, Farsi, Benua kecil India, Nusantara

dari Sumatera sehingga Mindanao dan Kepulauan Sulu dan Maluku telah berada di

dalam lingkungan pengaruh dan kebudayaan agama Islam. Suku-suku bangsa yang

telah sekian lama berhubungan kerana urusan niaga kini terkumpul dalam satu ikatan

yang meleburkan segala batas kebudayaan dan bahasa yang memisahkan mereka.

Semua jalan-jalan perdagangan laut dari Iskandariah sehingga Kepulauan Maluku

menjadi hak monopoli pedagang-pedagang Islam. Inilah bentuk gambaran yang

melatari dunia Timur sewaktu Vasco da Gama memulakan ekspedisinya ke India.

Sebenarnya monopoli pedagang-pedagang Islam ke atas jalan-jalan dagang di Lautan

Hindi serta komoditi-komoditi utama khususnya rempah dan memberikan sumbangan

yang bermakna kepada survival dan keunggulan Islam di Asia Kecil dan Anatolia.

Keuntungan yang diperolehi dari penjualan barang-barang tersebut di Iskandariah,

Acre, Sidon dan Tyre memberikan sokongan ekonomi kepada Khilafah Uthmaniah di

Istanbul dan kerajaan Fatimiyah di Mesir. Hakikat ini amat difahami oleh pelaut -

pelaut Portugis. Kehadiran mereka di Lautan Hindi bukan setakat untuk melabur

dalam perniagaan rempah tetapi untuk merampas hak monopoli dan emporium

pedagang-pedagang Islam di Timur Jauh. Misi tersebut secara tidak langsung akan

melemahkan kedudukan Islam dan akan membantu kerajaan-kerajaan Kristian di

Eropah Timur dalam menghadapi ancaman umat Islam. Sumbangan ini besar ertinya

di dalam konteks peperangan salib. Angkatan perniagaan Portugis di bawah pimpinan

da Gama bertemu dengan pelbagai suku kaum yang beragama Islam di pantai timur

Benua Afrika. Ternyata dalam beberapa insiden, umat Islam gagal untuk membaca

niat sebenar orang-orang Portugis. Di setengah-setengah tempat angkatan da Gama

telah disambut meriah oleh ketua-ketua suku kaum dan agama. Da Gama juga telah

menggunakan kehebatan armada dan persenjataannya untuk memaksa beberapa

komuniti dan kerajaan untuk menyatakan kesetiaan kepada Raja Portugal1. Dengan

bantuan seorang `pilot' yang beragama Islam, da Gama akhirnya sampai ke Kalikat,

India pada tahun 1498. Di Kalikat, da Gama telah mencuba untuk menjalin hubungan

Page 25: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

dagang dengan kerajaan Kalikat di bawah pimpinan Putera Zamorin yang beragama

Hindu. Walaubagaimanapun hasrat tersebut tidak tercapai kerana pedagang-

pedagang Arab yang berkepentingan di Kalikat telah berjaya meyakinkan Putera

Zamorin mengenai komplotan Portugis. Pehak Portugis tidak berputus asa lalu

mengirim misi kedua, kali ini di bawah pimpinan Pedro Alvares Cabral. Malangnya

misi diplomasi ini telah disambut dengan tembakan meriam. Kerajaan Lisbon

bertindak balas dan Armada Portugis dikejarkan ke Kalikat, sekali lagi di bawah

pimpinan da Gama. Pehak Portugis segera membentuk pakatan- pakatan diplomasi

dan pertahanan dengan negara-negara kota yang bermusuhan dengan Kalikat seperti

Cochin dan Cinnanore. Da Gama benar-benar mempamerkan keunggulan Portugis,

membedil pelabuhan Kalikat dan memusnahkan kapal-kapal Arab yang cuba

memberikan penentangan.Sememangnya konflik sulung di Lautan Hindi ini

merupakan provokasi yang dirancang oleh Lisbon. Tindakbalas dan penerimaan umat

Islam ke atas kehadiran Kristian Portugis memberikan Lisbon cukup alasan untuk

memusnahkan kepentingan perniagaan umat Islam di Timur Jauh. Malahan

permusuhan tradisi yang dicetuskan oleh perkembangan- perkembangan di Lautan

Hindi telah mendorong orang- orang Portugis untuk melakukan jenayah yang berat ke

atas umat Islam. Vasco da Gama telah melampaui batas-batas kemanusiaan dengan

membakar sebuah kapal yang sarat membawa para hujjaj yang kembali dari tanah

suci berhampiran Cinnanore. Netters yang dihormati sekelian. Maaf kerana siri SJN

telah terhenti sejak sekian lama. Alhamdulillah dalam siri SJN ke 17 ini kita akan

melihat kepada peristiwa yang berlaku sewaktu Melaka berada di ambang

kejatuhannya. Usaha-usaha Da Gama telah diteruskan oleh Afonso de Albuquerque,

satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umat Islam di rantau sebelah

sini khususnya di Nusantara13. Beliau dipilih untuk menjalankan usaha-usaha

memerangi kepentingan perdagangan umat Islam di samping meneruskan dasar

pengluasan empayar Portugis. Kemampuannya untuk menggarap tugas yang berat ini

tidak perlu diragukan lagi berdasarkan rekod perkhidmatannya yang cemerlang

semasa bertugas memerangi wilayah Islam di Afrika Utara. Albuquerque telah

mengambil bahagian dalam penaklukan ke atas Arzila dan Tangier, Maghribi pada

tahun 1471. Misinya yang pertama di India pada tahun 1503 ialah untuk

membangunkan pusat perniagaan Portugis yang pertama di timur jauh. Dia telah

memilih Quilon. Sebuah kota turut didirikan di Cochin atas alasan untuk melindungi

Cochin dari serangan Kalikat. Dasar pecah dan perentah pehak penjajah benar-benar

dipraktik kan oleh Albuquerque di dalam memperdalamkan permusuhan di antara

negara-negara yang bertetangga. Kemudian pada tahun 1506 beliau dihantar semula

oleh kerajaan Lisbon ke India bagi menyempurnakan tugas yang lebih aggresif di

dalam melumpuh kan aktiviti perkapalan dan perdagangan Arab di timur jauh.

Langkah pertamanya ialah menawan pulau Socotra yang berhampiran dengan laut

Merah bagi menghalang laluan perdagangan Arab dengan India. Ini disusuli dengan

penaklukan ke atas pulau Hormuz untuk membuka hubungan dagang di antara

Eropah dan Parsi. Dari pen gkalan- pengkalan tersebut Albuquerque melancarkan

serangan-serangan ke atas kawasan pinggir pantai Arab dan Parsi. Sementara itu,

pertempuran sekali lagi meletus di luar pelabuhan Kalikat di antara armada Portugis

di bawah pimpinan Dom Fransisco de Almeida dengan angkatan laut Mesir.

Pertempuran yang berlaku pada tahun 1509 itu berakhir dengan kemenangan di

pehak Portugis14. Selepas kemenangan ini Albuquerque telah dilantik sebagai

gabenur di India menggantikan Almeida. Dengan kedudukan tersebut Albuquerque

menggerakkan rancangannya untuk menguasai semua jalan-jalan perdagangan laut

Page 26: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

yang utama di timur jauh dengan mendirikan kubu-kubu pertahanan dan

menempatkan penduduk Portugis di semua wilayah-wilayah yang ditawan.

Albuquerque berpendapat bahawa selagi kekuatan Islam di India tidak dihapuskan

maka selama itulah objektif Portugis tidak akan tercapai.Oleh itu langkah berikutnya

ialah memusnahkan pusat kekuasaan Islam di Goa. Dilengkapi dengan 23 kapal

perang, Albuquerque melancarkan serangan ke atas Goa dengan ditentang hebat oleh

pertahanan Islam. Kemenangan silih berganti di antara kedua belah pehak.

Walaubagaimanapun kemenangan akhirnya berada di pehak Portugis kerana

kelebihan dari segi persenjataan dan teknik peperangan. Goa secara resminya

menjadi jajahan takluk Portugis pada bulan November, 1510. Sebagaimana yang

diramalkan, kesemua wilayah-wilayah pinggir pantai yang dikuasai oleh raja-raja

Hindu menerima kehadiran Portugis selepas kejatohan Goa. Goa dijadikan pengkalan

bagi melancarkan serangan-serangan selanjutnya ke atas tempat- tempat kepentingan

perdagangan umat Islam. Dari Goa, Albuquerque menjuruskan pandangannya ke

timur. Agenda seterusnya ialah Melaka yang menjadi pusat perniagaan rempah di

Nusantara. Peluang yang dinantikan akhirnya tiba. Provokasi yang diatur berjalan

mengikut rancangan. Sauh diangkat dari Goa dan armada Portugis menyusuri selat

Melaka bersama kedatangan arus barat-daya. Destinasi_Melaka. Kedudukan

Melaka yang strategik, di tengah-tengah laluan ke benua kecil India dan ke tanah

besar Tiongkok, menjadikan ia tempat pertemuan dagang antarabangsa, sehingga di

kalangan saudagar Arab, Melaka lebih dikenali sebagai `Mulakat' iaitu `tempat

pertemuan'15. Menjelang kurun ke 15, pelabuhan Melaka semakin mashyur di

Eropah sebagai pusat perniagaan rempah di timur jauh16. Sebagaimana yang

dijangkakan Melaka juga tidak terlepas dari senarai `penerokaan' Portugis sehingga

pemerentah pusat di Lisbon mengarahkan wizurai Goa iaitu Almeida supaya

mengadakan lawatan ke Melaka untuk meninjau peluang-peluang perniagaan bagi

Portugis. Walaubagaimanapun lawatan Almeida terpaksa dibatalkan apabila pehak

Portugis mendapat tahu mengenai satu percubaan untuk menggagalkan misi

tersebut17. Rancangan menghantar misi perdagangan ke Melaka diteruskan pada

tahun 1508 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequeira yang belayar terus dari

Lisbon. Rombongan tersebut berlabuh di pelabuhan Melaka pada tahun 1509 dan

disambut oleh Bendahara Sri Maharaja, Tun Mutahir18. Sebagai tanda persahabatan,

sebuah kalung mutiara sebutir dihadiahkan kepada Bendahara. Walaubagaimanapun

saudagar- saudagar Arab dan India yang peka dengan perkembangan- perkembangan

di Teluk Parsi dan di lautan Hindi merasakan kehadiran Portugis di Melaka adalah

sebahagian dari perancangan mereka untuk membolot seluruh perniagaan rempah di

samping melumpuhkan kepentingan perniagaan umat Islam. Atas nasihat mereka

yang mulai sangsi dengan niat sebenar Portugis, Bendahara Sri Maharaja yang

mewakili Sultan Mahmud Syah telah mengarahkan agar orang-orang Portugis

tersebut diberkas dan ditahan untuk dibicarakan. Dua puluh orang kelasi Portugis

berjaya ditangkap. Walaubagaimanapun Lopez de Sequeira bersama rombongannya

berjaya meloloskan diri setelah mendapat maklumat mengenai rancangan musuh.

Menemui netters semua dalam siri SJN ke 18 Bencana yang menimpa rombongan

dagang Lopez de Sequeira telah menimbulkan reaksi yang dijangkakan. Dengan serta-

merta Albuquerque menyiapkan armada Portugis di Goa untuk menyerang Melaka19.

Sebanyak 800 orang soldadu Portugis dan 300 askar Malbari dikerah untuk

melancarkan serangan ke atas Melaka20. Di sepanjang perjalanan, Albuquerque telah

bertindak ganas dengan menyamun dan merampas kapal-kapal dagang orang Islam

yang menggunakan jalan perdagangan selat Melaka. Usaha-usaha untuk memberikan

Page 27: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

amaran awal kepada Melaka mengenai persediaan perang Portugis telah dipatahkan

oleh Albuquerque yang memastikan bahawa tidak ada kapal dagang yang membawa

maklumat tersebut ke Melaka. Setelah singgah di Pidir, Sumatera Utara, Albuquerque

meneruskan perjalanannya dan tiba di Melaka pada 1 Julai, 1511. Sebagai amaran

awal, kapal-kapal Portugis telah melepaskan beberapa bedilan ke kawasan pantai

yang menyebabkan kegemparan kepada penduduk Melaka yang tidak pernah

mengalami peristiwa tersebut. Albuquerque mendesak kepada pemerentah Melaka

agar melepaskan semua tawanan-tawanan Portugis dan membayar semua ganti rugi

yang terpaksa ditanggung oleh Portugis. Di samping itu Albuquerque juga mendesak

agar Portugis diberikan kemudahan untuk membina kubu serta pusat perdagangannya

di Melaka. Permintaan tersebut ternyata mustahil untuk dipenuhi oleh kerajaan

Melaka yang merasakan bahawa ianya adalah satu pencabulan ke atas kedaulatan dan

kemerdekaan negeri. Kegagalan kerajaan Melaka untuk menunaikan permintaan

Portugis telah mengundang pengisytiharan perang dari pehak Portugis. Bandar

Melaka seterusnya menjadi sasaran bedilan meriam dari kapal-kapal Portugis.

Kemampuan persenjataan Portugis tidak mampu dihadapi oleh pertahanan Melaka.

Gudang-gudang perniagaan dan tempat-tempat kediaman menjadi sasaran mudah

peluru-peluru jarak jauh Portugis. Bedilan- bedilan meriam kemudian disusuli

dengan pendaratan askar Portugis yang menggempur pantai Melaka untuk menguji

kekuatan dan kepahlawanan pejuang-pejuang Nusantara. Serangan tersebut

dilancarkan pada waktu fajar, tanggal 25 Julai, 1511. Kejatuhan_Melaka21. Dalam

serangan yang pertama pehak Portugis telah berjaya menawan jambatan dekat kuala

Sungai Melaka. Walaubagaimanapun mereka terpaksa berundur setelah mengalami

kemalangan jiwa yang besar akibat serangan balas tentera bergajah Melaka. Portugis

melancarkan serangan kedua yang lebih kemas pada 8 Ogos iaitu pada hari Jumaat.

Benteng pertahanan Melaka di Kuala Sungai Melaka berjaya ditembusi oleh

Portugis. Pahlawan-pahlawan Melayu terpaksa berundur sehingga ke kaki Bukit

Melaka dan berkubu di Mesjid Negeri yang kemudiannya jatuh ketangan musuh.

Menjelang petang, askar-askar Portugis membakar rumah-rumah orang melayu di

sekitar mesjid. Angin yang berhembus kencang dari arah laut menyebabkan api

membakar dengan marak. Kemenangan sudah hampir pasti berada dipehak Portugis.

Hanya sisa-sisa kekuatan sahaja yang masih tinggal pada pertahanan Melaka, sisa

yang terbit dari semangat kental jiwa kepahlawanan melayu yang tidak banyak

menolong untuk merubah suasana peperangan. Apabila malam berlabuh, semangat

tadi ditampung dengan membaca dan menghayati karya-karya sastera keagamaan

seperti `Hikayat Muhammad Hanafiyah' dan `Hikayat Amir Hamzah'22. Galia-galia

Portugis terus membedil kota Melaka dari arah laut, untuk memberikan sokongan

persenjataan kepada askar- askar Portugis di daratan dalam menghadapi musuh yang

jauh lebih ramai dari mereka. Walaubagaimanapun kelengkapan dan kemahiran

berperang yang dimiliki oleh Portugis jarang dapat diatasi oleh pahlawan-pahlawan

melayu yang setakat ini hanya mampu menghadapi musuh-musuh serantau dari

Majapahit dan Siam. Kali ini mereka bukan lagi berhadapan dengan keris dan

kerambit tetapi dengan meriam dan istinggar. Serangan pehak Portugis

diperhebatkan lagi pada 10 Ogos. Pertahanan Melaka telah mulai kucar-kacir dan

sedang menunggu saat keruntuhan. Pahlawan-pahlawan melayu tidak lagi menerima

arahan terus dari istana. Kepimpinan telah diserahkan kepada putera mahkota, Raja

Ahmad yang berjuang sehingga beliau pula gugur23. Jatuhlah Melaka ke tangan

Portugis bersama terungkainya benteng pertahanan Melayu yang terakhir.

Menjelang 14 Ogos apabila Albuquerque tidak menerima sebarang jawapan dari

Page 28: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Sultan Mahmud Syah mengenai tuntutan Portugis beliau telah memerentahkan askar-

askarnya untuk merampas apa sahaja yang ditemui dan membunuh penduduk Melaka

termasuk wanita dan kanak-kanak. barang-barang perhiasan istana diangkut sebagai

harta rampasan perang24. Kemudian mereka telah bertindak di luar batas-batas

kemanusiaan dengan memecahkan makam diraja dan batu-batu nesan perkuburan

umat Islam. Istana sultan dan mesjid negeri dibakar dan diruntuhkan. Binaannya

kemudian digunakan untuk membina kubu A Famosa dan gereja St. Paul25.

Kejatuhan Melaka telah memberikan pukulan hebat kepada umat Islam yang selama

ini memonopoli perniagaan rempah dan meguasai ekonomi dunia. Lautan Hindi yang

sebelumnya merupakan laluan perkapalan umat Islam beransur lengang dan dikuasai

sepenuhnya oleh Portugis. Rempah-rempah tidak lagi disalurkan ke pelabuhan-

pelabuhan di laut Merah dan laut Mediterranean, sebaliknya telah diangkut terus

untuk dibawa ke Lisbon. Peranan yang dimainkan oleh lautan Hindi kemudiannya

diambil alih oleh Lautan Atlantik26. Bersama penjajahan wilayah ialah penjajahan

ekonomi ke atas umat Islam. Lisbon berusaha untuk menghadkan bekalan dan

eksport rempah dari timur jauh untuk memastikan kawalan harga yang

menguntungkan di pehak penjajah. Portugis sudah tentu tidak berhalangan untuk

melaksanakan rancangan ini kerana Melaka yang menjadi pusat pengumpulan dan

penyebaran rempah di timur jauh sudah menjadi miliknya. Walaubagaimanapun

untuk menjamin penguasaan tersebut Portugis perlu menimbangkan kemungkinan

memilik negarakan kebun-kebun dan ladang-ladang rempah yang sebenar.

Pandangan rakus Portugis kini tertumpu pada gugusan pulau-pulau melayu yang

terletak lebih jauh ke timur iaitu daerah asal rempah-rempah yang menjadi rebutan

semua. Kepulauan Maluku semakin indah pada penglihatan Portugis.

Walaubagaimanapun cabaran hari-hari mendatang untuk Portugis menggenapkan

cita-cita semakin menguji semangat `crusade' yang berkobar-kobar di dalam jiwa

mereka. Kejatuhan Melaka telah disusuli dengan kebangkitan tiga pusat kuasa umat

Islam di Nusantara iaitu Aceh di Sumatera Utara, Demak di Jawa Timur dan Ternate

di kepulauan Maluku27. Netters yang dihormati sekelian. Menyambung siri SJN ke

19: Kejatuhan Melaka dalam retrospeck. National Geographic, sebuah jurnal prestig

di dunia telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Portuguese seaborne empire'

dalam isu belakangannya dalam rangka menyambut 500 tahun 'Portuguese exploits'.

Di dalamnya 'a revisit' telah dibuat ke semua destinasi-destinasi yang pernah

dijelajahi oleh Portugis dari Azores di lautan Atlantik sehinggalah Nagasaki di Jepun.

Dinyatakan juga bahawa Portugal sebagai negara kolonial yang pertama di Asia

dengan menakluki Pulau Socotra, Aden, Goa dan Melaka juga merupakan negara

kolonial yang paling lama bertahan di benua Asia apabila jajahan takluknya yang

terakhir (Macao) dilepaskan padatahun 1998 (setahun selepas Hong Kong

dipulangkan semula kepada Tanah Besar Cina). 'The first to arrive was afterall the last

to leave'. Di penutup artikel tersebut disalin sebuah maxim 'God has given the

Portuguese people a small piece of land as their cradle (Portugal) and the whole world

as their graveyard.' Salah seorang dari mereka yang diwawancara berkata 'They

should have put the Portuguese people as the worst businessmen on earth in the

Guiness books of records, they have controlled all the major trade centres and ended

up poorer.' Kenyataan-kenyataan seperti di atas dan gambaran yang dinyatakan di

dalam artikel tersebut tidak lain dari ingin mengungkap kembali kegemilangan

mereka (barat) di dalam mencorakkan perjalanan sejarah Asia. Secara tidak langsung

mereka juga memberikan tanggapan bahawa orang-orang Asia hanyalah merupakan

penerima-penerima yang pasif terhadap kehadiran mereka sekaligus menyatakan

Page 29: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

bahawa kalau sejarah mereka sejarah menang dan gemilang maka sejarah kita ialah

sejarah kalah dan menyerah! Inilah yang telah dinyatakan oleh Ust Sidiq Fadhil

dalam satu ucapan dasarnya di dalam muktamar ABIM satu waktu dahulu. '...bahawa

sejarah kita bukan sejarah kalah dan sejarah menyerah...sejarah kita adalah sejarah

perjuangan.' Sejarah kita bukan sahaja sejarah perjuangan malah sejarah yang penuh

bermaruah. Inilah barangkali yang diungkapkan oleh Al-Marhum Ismail al-Faruqi

apabila beliau mengatakan 'the bloodiest struggle the muslims have ever waged

against the cristian colonialist aggression' apabila merujuk kepada jihad umat islam

nusantara (insyaAllah kita akan cuba paparkan episod-episod jihad yang gemilang

yang pernah ditempa di Muar, Melaka, Sumatera Barat, Sulawesi, Kepulauan Maluku,

Kalimantan dan Aceh dalam siri-siri yang mendatang insyaAllah). Sejarah yang kita

belajar sewaktu dibangku sekolah (tahun-tahun 60'an dan 70'an) memberikan

gambaran bahawa proses penjelajahan Portugis berlaku secara lancar dan penuh

prestig. Vasco da Gama dikatakan orang yang pertama belayar dari Afrika ke India

dan diraikan sedemikian rupa sebagai tokoh yang mencipta sejarah. Tidak pula

dinyatakan bahawa Vasco Da Gama hanya berjaya berbuat demikian dengan bantuan

seorang 'pilot' muslim. Tidak pula dinyatakan jenayah terbesar yang dilakukan oleh

Da Gama yang bertindak membakar kapal-kapal yang sarat dengan para hujjaj yang

kembali dari menunaikan ibadah haji. Proses penaklukan Asia digambarkan berlaku

secara mudah tanpa banyak 'resistant' dan halangan. the truth is, walaupun mereka

tidak menghadapi persenjataan yang seimbang dari musuh muslim mereka, mereka

terpaksa berdepan dengan kekuatan jihad umat Islam yang kental dan tidak pernah

luntur. Sejarah mengabadikan bagaimana Alfonso de Albuqueque dengan 3,000 askar

Portugis mengalami kemalangan jiwa yang besar dan tewas sewaktu cubaan mereka

untuk menakluki Aden. Mereka hanya berjaya menakluki Goa setelah pertahanan

muslim di sana 'almost down to the last man'. Melaka juga menyaksikan pertahanan

umat islam yang tidak kurang hebatnya. Keruntuhan Melaka adalah kerana

penyelewengan-penyelewengan istana yang telah mengkucar-kacirkan negeri sewaktu

di ambang serangan Portugis. Ahli sejarah mengatakan bahawa 'Melaka tetap akan

jatuh meskipun ditakdirkan tidak berlaku serangan Portugis - jatuh akibat tindakan

pemerintah yang korrupt.' Kejatuhan Melaka walaubagaimanapun tidak menandakan

bahawa berakhirnya jihad umat islam. Penentangan masih terus berlangsung

meskipun dalam bentuk psikologis. Orang melayu dengan sensitivitinya yang tinggi

telah mengkiaskan penjajahan yang mereka alami dalam bentuk kiasan. Lahirlah satu

karya sastera klasik yang berjudul 'Anggun Cik Tunggal' (versi Sumateranya ialah

Nan Tunggal Megat Jebang). Kesah ini menceritakan bagaimana sebuah negeri telah

dijarah oleh Raja Badurai Puteh. Raja Badurai puteh dikatakan seperti berikut: Tujuh

hasta bidang dadanya Ada cop di lengannya (tatto) Gearahamnya empat serumpun

Segantang memakan daging Dua cupak lekat di giginya.. Raja Badurai puteh

datang menjarah negeri dan membahagikan kepada raja Anggarai dan Raja Partukah.

Mereka juga datang untuk menculik puteri mas manah (emas galian), puteri pinang

masak (rempah ratus). Demikianlah orang melayu menggambarkan the white viceroy

(badurai puteh) dan ketua-ketua mereka (Raja Inggeris dan Portugis) dalam usaha

untuk terus menghidupkan semangat penentangan ke atas penjajahan barat. Namun

penentangan terhadap penjajahan bukan sahaja berlaku dalam bentuk kesah-kesah

penglipur lara dan hasil-hasil literary. Penentangan bersenjata tidak berakhir di

Melaka. Seluruh kepulauan melayu bangkit menyambut kedatangan Portugis dengan

pedang yang terhunus. Pada tahun 1521 berangkatlah satu armada mengandungi

20,000 mujahid dari tanah besar Jawa dan berlakulah pertempuran yang getir

Page 30: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

berhampiran Muar - sangat banyak menghasilkan para syuhada. Kalau roboh kota

Melaka Papan di Jawa kami dirikan Kalau sungguh bagai dikata Badan dan nyawa

hamba serahkan. Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa kami dirikan. Walaupun

papan, kami tetap akan dirikan. Kalau sungguh bagai dikata, kalau benar khabar berita

yang bertiup dari selat Melaka, badan dan nyawa hamba pertaruhkan. Pantun ini

sdr/i bukan pantun cinta. bukan pantun seorang dara kepada teruna kekasih hatinya

tetapi pantun ini adalah pantun perjuangan. Pantun ini melambangkan solidariti yang

telah dibuktikan oleh umat Islam disaat-saat menghadapi pencerobohan Feringgi

(Portugis). Pantun ini punya latar belakang sejarahnya. Sejarah tersebutlah yang

diabadikan dalam rangkap pantun di atas. Ianya merujuk kepada satu usaha berani

yang telah ditunjukkan oleh pemerentahan Islam dari Demak, Pulau Jawa untuk

mengembalikan kedaulatan negeri Melaka serta mengusir Portugis dari persada

kepulauan Melayu. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1521 - sepuluh tahun

selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis. Peranan Melaka sebagai pusat umat islam

di nusantara telah diambil alih oleh tiga pemerentahan Islam iaitu Aceh di Sumatera,

Demak di Jawa dan Ternate di pulau Maluku. Portugis yang mempunyai imperial

design untuk meluaskan jajahan takluk dan pengaruhnya telah mengambil beberapa

langkah bagi menghadapi ancaman-ancaman yang datang dari pusat-pusat

pemerentahan tersebut. Alfonso De Albuqueque telah berusaha untuk mengenakan

tekanan-tekanan ekonomi ke atas Aceh dan usaha tersebut tidak mendatangkan hasil.

Sebaliknya kedudukan Aceh semakin bertambah teguh. (Kita akan melihat selepas ini

betapa Aceh di bawah pimpinan yang adil dengan dibantu oleh ulama-ulama

berwibawa telah melancarkan seberapa banyak ekspedisi jihad bagi menghadapi

Portugis di Melaka). Sementara itu kerajaan Islam Demak di bawah pimpinan Raden

Fath dan anak Fath Yunus terus maju dan berkembang. Kehadiran ulama-ulama

mujahid seperti Syarif Hidayatullah merupakan tonggak kekuatan dan kestabilan

kerajaan Demak. Albuqueque yang mempunyai banyak pengalaman di dalam

menghadapi kerajaan-kerajaan Islam di India telah menggunakan taktik yang sama.

Beliau telah menjalin hubungan dengan Siam, musuh tradisi umat Islam melayu sejak

zaman berzaman. Sementara itu Albuqueque juga mengadakan pakatan sulit dengan

sisa-sisa kerajaan Hindu di pulau Jawa seperti Pasuruan dan Pajajaran untuk

melemahkan kedudukan Islam di sana. Kerajaan Demak telah bertindak cepat dengan

menyerang kedua-kedua kerajaan Hindu tersebut untuk menggagalkan rancangan

Portugis. Sementara itu Maluku yang menjadi pusat pengeluaran rempah merupakan

destinasi utama Portugis. Alfonso de Albuqueque telah melancarkan beberapa usaha

untuk menundukkan kerajaan Islam Ternate. Resistance yang ditunjukkan oleh umat

Islam Ternate telah menybabkan ahli sejarah berpendapat 'telah menangguhkan proses

penjajahan Indonesia 100 tahun ke hadapan'. Dalam saat-saat genting umat Islam

menghadapi ancaman Portugis, muncul pula satu lagi kuasa dari Eropah kali ini dari

Sepanyol dari jurusan timur. Setelah mengelilingi Amerika Selatan dan merentas

lautan Pasifik akhirnya armada Ferdinand Magellan sampai ke Filipina pada tahun

1521. Magellan telah diraikan sebagai orang yang pertama mengelilingi dunia tetapi

satu hakikat sejarah yang tidak disedari oleh umat Islam ialah, Magellan juga

bertanggungjawab kepada berakhirnya kesultanan Islam Manila. Demikianlah sejarah

mendedahkan betapa Manila adalah berasal dari perkataan arab 'Fi Amanilah'.

Keimanan dan semangat jihad umat Islam di Nusantara benar-benar teruji. Apakah

yang akan berlaku sekiranya ancaman-ancaman dari musuh Islam ini tidak dibendung.

Da'wah Islam yang baharu sahaja berkembang dengan kelahiran pusat-pusat

pemerentahan islam kini berhadapan dengan musuh salibiyyah yang datang dengan

Page 31: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

niat untuk menghancurkan tamaddun dan aqidah umat Islam. Atas kesedaran untuk

melihat da'wah terus terpelihara dan umat terus sejahtera di bawah naungan Islam

dilaungkanlah usaha jihad yang ulung bagi membebaskan kepulauan melayu dari

cengkaman musuh salibiyyah Kristian. Usaha tersebut dipelopori oleh kerajaan

Islam Demak. Sebuah armada yang mengandungi 20,000 pahlawan merentas laut

Jawa untuk berhadapan dengan Portugis di Selat Melaka. Angkatan laut Demak

bertembung dengan armada Portugis dalam satu pertempuran yang sengit

berhampiran dengan Muar. Pahlawan-pahlawan Jawa dengan berani telah

menggempur galia-galia Portugis yang lengkap bersenjata. Pertempuran tersebut

berakhir dengan angkatan Demak kehilangan 12,000 dari pahlawannya yang gugur

syahid. Selat Melaka yang tenang bermandikan darah pejuang Islam. Sungguhpun

Portugis berjaya membendung ancaman Demak namun ahli sejarah mengatakan usaha

tersebut telah berjaya melemahkan kedudukan dan mengurangkan kekuatan Portugis

sebagai kuasa maritim di selat Melaka. Kalau roboh kota Melaka papan di jawa kami

dirikan Kalau sungguh bagai dikata badan dan nyawa hamba serahkan Mereka

telah menyerahkan jiwa dan raga mereka untuk memastikan umat terus sejahtera di

bawah naungan islam... Sekalung al-fatihah kita hadiahkan untuk mereka. Di dalam

masyarakat adat perpateh Negeri Sembilan ada 12 suku yang diiktiraf. Salah satu dari

suku tersebut ialah suku anak Aceh (suku nak ceh - mengikut sebutan loghat daerah).

Sebelas suku yang lain berasal dari luhak-luhak alam Minangkabau (Sumatera barat)

seperti suku sari lamak (selomak), suku tiga nenek, suku mungkal (mungkaa), suku

batu hampar (tuhampar) dan lain-lain kecuali suku Biduanda yang merupakan

penduduk asal Negeri Sembilan yang bersemenda (berkeluarga melalui ikatan

perkahwinan) dengan pendatang-pendatang dari Minangkabau. Persemendaan juga

berlaku dengan masyarakat luar dan menghasilkan pecahan suku seri lemak Pahang

dan Biduanda Jawa. Fokus penulisan kali ini ialah suku Anak Aceh. Suku Anak Aceh

jelas berdasarkan namanya berasal dari Aceh, Sumatera Utara. Berdasarkan kepada

tambo (sejarah lisan) negeri Sembilan, kehadiran suku Anak Aceh adalah agak

terkemudian jika dibandingkan dengan pendatang-pendatang dari Sumatera Barat

seperti suku Batu Hampar dan suku Tanah Datar. Sejarah lisan juga menyebut bahawa

pengasas-pengasas suku ini terdiri dari para pejuang dan juga guru-guru agama

(ulama'). Oleh kerana kelebihan dan keistimewaan orang-orang Aceh inilah

barangkali mereka diberi penghormatan dan diiktiraf sebagai salah satu suku yang 12

dalam susunan masyarakat adat perpateh Negeri Sembilan. Atribut pejuang yang ada

pada orang-orang Aceh memang menyerlah di kalangan bangsa melayu se nusantara.

Jarang ada dikalangan suku bangsa melayu yang menghasilkan sedemikian banyak

para pejuang dan mujahid seperti yang telah dianugerahkan oleh masyarakat Aceh.

Nama-nama seperti Teuku Umar, Tjoet Nya' Dien, Tengku Muhammad Daud Di

berueh terus mekar dalam lipatan sejarah perjuangan jihad umat Islam Aceh. Aceh

juga terkenal dengan ulama-ulama muktabar yang terkehadapan di dalam memikul

tugas-tugas da'wah dan memelihara kesejahteraan Ad-Deen seperti Syeikh Abdul

Rauf Singkel dan Syeikh Nuruddin Ar-Ranir. Di bawah pemerentahan sultan yang

adil dan berwibawa seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar

ath-Thani (yang kedua), Aceh telah mempelopori usaha-usaha jihad mempertahankan

kedaulatan umat yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah. Kecemerlangan

umat Islam Aceh di dalam hal ini terbukti apabila di dalam sejarah getir 500 tahun

berhadapan dengan penjajah, daerah Aceh merupakan 'the final bastion' of the muslim

in the east that came under the colonial rule'. Kita akan menyelusuri perjuangan

berdarah yang getir ini insyaAllah dalam siri-siri yang mendatangkan (kepahlawanan

Page 32: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

wanita Islam Aceh yang bernama Tjoet Nya'Dien dan muslihat Snouck Hurgronje

yang membawa kepada kejatuhan Aceh di tangan Belanda; antara lain). Tetapi kali

ini kita akan menumpu kepada sumbangan Aceh Darus Salam terhadap usaha-usaha

jihad menentang penjajahan pada kurun yang ke 16 Masehi. Sejarah official yang

kita pelajari dibangku sekolah memang ada menyebut tentang peranan Aceh di dalam

menggugat kedudukan Portugis di Melaka tetapi peranan tersebut dibincangkan dalam

konteks perang tiga segi yang melibatkan Portugis, kerajaan Aceh dan kerajaan Johor

yang mewarisi Kesultanan Melayu Melaka. Kita tidak menafikan percaturan politik

yang berlaku di antara ketiga belah pehak di dalam rangka untuk menguasai negeri

Melaka dan jajahan takluknya. Namun fokus yang diberikan telah mengalih perhatian

kita dari perjuangan untuk membebaskan bumi umat Islam dari pencerobohan musuh

kepada perbalahan yang berlaku di antara kerajaan Aceh dan Johor. Kelengkapan

'sejarah tanah-air' kita semakin dipersoalkan apabila peristiwa-peristiwa penting yang

berlaku di dalam konteks pembebasan bumi Melaka tidak diberikan perhatian dan

malahan tidak dinyatakan. Contoh yang ketara ialah usaha yang berpunca dari

kerajaan Islam Demak (lihat siri SJN 20). Serangan Demak dan pertempuran di laut

berlangsung berhampiran Muar yang menyusul ada dinyatakan di dalam jurnal

Sejarah terbitan Universiti Malaya - tetapi tidak diberikan perhatian di dalam

pengajaran sejarah tempatan. Contoh kedua ialah perjuangan Al-Marhum Raja Haji

(Bugis) yang terkorban di teluk Ketapang dalam melawan Belanda juga di dalam

rangka untuk membebaskan Melaka dari cengkaman barat (InsyaAllah akan disentuh

dalam siri yang mendatang) Apakah yang menyebabkan sejarah jihad umat Islam

tidak mendapat perhatian sewajarnya? InsyaAllah kita juga akan cuba memberi

pandangan kita terhadap isu ini dalam siri-siri berikutnya. Kembali kepada peranan

Aceh Darus Salam. Sepanjang 100 tahun dari kejatuhan Melaka sehingga kurun ke 17

Masehi (1600 an) Aceh telah melancarkan tidak kurang dari 6 ekspedisi utama untuk

membebaskan kota Melaka, tidak termasuk berpuluh-puluh serangan lain. Salah satu

dari serangan tersebut berlaku pada tahun 1546 (tarikh tak pasti kena semak, rujukan

tiada di sisi - phon maaf). Serangan amphibuous (pendaratan dari laut) yang

dilancarkan merupakan saat-saat paling getir dalam lipatan sejarah umat Islam. Al-

Marhum Prof HAMKA telah merakamkan peristiwa serangan ini dengan penuh detail

di dalam bukunya yang berjudul 'Dari Perbendaharaan Lama' (saya sarankan agar

mereka yang mengikuti siri ini dapat merujuk terus kepada buku tersebut). Tulisan

Al-Marhum Prof. HAMKA akan membawa kita bersama laungan 'Allahu Akbar'

pejuang-pejuang Aceh sewaktu mereka menggempur pantai Melaka, memanjat kota A

Famosa dengan senjata yang terhunus dan mengasak askar-askar Feringgi sehingga

mereka terpaksa berundur dari pertahanan mereka ke Bukit St Paul. Kalau sdr/i ke

Melaka maka singgahlah sebentar di Bukit Senjuang (sebutan orang Aceh bagi St.

John). Bukit ini menyaksikan kemaraan pejuang-pejuang Aceh merempuh kedudukan

askar-askar Portugis dengan bilangan korban yang tidak terperikan. Bumi Melaka

merah basah disirami darah pejuang islam Aceh. Pertahanan Portugis yang semakin

terdesak hampir sahaja menyerah kerana kehabisan peluru dan bekalan. Tetapi

Portugis telah memohon bantuan dari Goa terlebih awal. Di saat-saat akhir 'relief

armada' dari Goa sampai untuk menguatkan kedudukan pertahanan Portugis.

Pertempuran berada di kemuncaknya apabila dengan tidak disangka-sangka

kedudukan pertahanan Aceh diserbu oleh orang-orang Pahang. Rupa-rupanya Pahang

telah mengambil kesempatan di saat-saat getir tersebut 'to settle old scores' dengan

Aceh. (Inilah hakikat sejarah yang amat memilukan). Dalam keadaan tersepit akibat

dibedil dari laut oleh Portugis dan di asak oleh Pahang dari arah darat, pertahanan

Page 33: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Aceh beransur-ansur lemah dan tewas. Pimpinan Aceh iaitu Orang Kaya Laksamana

berjaya ditawan oleh Portugis. Telah menjadi tradisi Portugis untuk membawa

pimpinan musuh yang ditawan ke Portugal untuk diarak di jalan-jalan di Lisbon 'to

humiliate them' before their fate be decided'. Orang Kaya Laksamana yang tertawan

di bawa belayar untuk dipersembahkan kepada Raja Portugal. Di tengah perjalanan

beliau hilang tidak dapat dikesan. HAMKA mengatakan OKL berjaya lolos dari

tahanan dan terjun ke dalam laut untuk mengelak dari penghinaan musuh. Ada juga

pendapat yang mengatakan beliau mati dibunuh sewaktu dalam perjalanan lagi.

Apapun sumbangan beliau dan ribuan pejuang Aceh terus harum dalam lipatan

sejarah jihad umat ini. Allahu akbar Walillahilhamd! Lewat siri ke 2o dan 21 kita

telah melihat usaha-usaha berani yang telah dipelopori oleh Demak dan Aceh Darus

Salam untuk membebaskan Melaka dari cengkaman Portugis. Serangan bertubi-tubi

umat Islam dari mereka dan kerajaan Johor, kadang-kadang secara berasingan dan

kadang-kadang secara bersekutu meskipun gagal mengeluarkan Portugis tetapi

berjaya dari satu segi iaitu menghalang pengluasan empayar Portugis yang bercita-

cita untuk mengusai pusat-pusat pengeluaran rempah di Sumatera dan Jawa barat

(lada hitam). Kerajaan Demak di dalam menghalang cita-cita Portugis ini telah

menundukkan kerajaan-kerajaan Hindu persisiran pantai Jawa lalu membentuk satu

garrison yang ampuh dari ditembusi oleh pengaruh Portugis. Satu demi satu

prinsipaliti Hindu ditundukkan seperti Pajajaran, pasuruan dan Sunda Kalapa dengan

kerjasama sebuah lagi kerajaan Islam di Bantam. Demak mencapai kemuncak

kekuasaannya pada tahun 1540. Walaubagaimanapun pemerentah Demak terbunuh

pada tahun 1546 semasa melancarkan perang jihad ke atas kerajaan-kerajaan Hindu di

Jawa Timur. Peranan Demak akhirnya diambil alih oleh kerajaan Islam Japara.

Kerajaan Japara inilah yang telah diakui oleh sejarawan Portugis sebagai paling

merbahaya kepada sekuriti Portugis di timur Jauh (rujukan H.J. de Graaf, 'De

Regering van Panembahar Senapati Ingalaga, Jilid XIII (The Hague 1954). Ancaman

terbesar tersebut merujuk kepada period pemerentahan seorang permaisuri yang

bernama Senopati Ingalaga. Di bawah kepimpinan beliau, Japara telah mengepung

Melaka sebanyak dua kali iatu pada tahun 1550 dan 1574, yang pertama secara

bersekutu dengan Johor dan yang kedua secara usahasama dengan kerajaan Aceh.

Van Vlekke - orientalis paling otoriti apabila memperkatakan tentang beliau di dalam

bukunya 'Nusantara' mengatakan "Her attempts to dislodge the Portuguese from their

main stronghold miscarried but she made her influence felt from Sumatra to the

Moluccas (Maluku), and wherever her ships came, Islam gained the upper hand" Di

sini perhatian pembaca di bawa kepada peranan wanita di dalam perjuangan umat

Islam Nusantara (and hence siri ini dinamakan SJN 22 khas). Sejarah umat Islam

kepulauan melayu sebenarnya sarat dengan kesah-kesah keberanian serikandi-

serikandi muslimah umat ini - sangat jarang diketahui oleh kita kerana mungkin

kurangnya pendedahan sejarah terhadapnya. Saya pernah melihat sebuah gambarfoto

dari sedutan sebuah filem yang berjudul 'Tjoet Nya' Dien'. Gambar tersebut

memaparkan seorang wanita berkerudung (bertudung - Indonesia) yang diusung di

atas tandu oleh pejuang-pejuang Aceh meredah kawasan padang lalang. Di satu

gambar yang lain memaparkan pula wanita tadi mengadap tentera-tentera Aceh, jelas

menunjukkan 'battle-weary faces' mereka sambil memberikan arahan-arahan. Dari

celah kerudungnya memperlihatkan wajah tua seorang wanita. Dialah Tjoet Nya' Dien

yang peranannya dimainkan oleh Cristine Hakim. Saya kemudiannya pergi ke

Perpustakaan untuk mencari bahan-bahan penulisan perjuangan umat Islam Aceh

untuk mengenali dengan lebih lanjut lagi tentang wanita berkerudung tadi.Beliau ialah

Page 34: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

isteri kepada Teuku Umar yang memimpin perjuangan umat Islam Aceh lewat kurun

ke 20 ini. Apabila Teuku Umar terbunuh kepimpinan diserahkan kepada isteri beliau

'Tjoet Nya' Dien. Beliau terus memimpin perjuangan meskipun dalam usia yang telah

lanjut. Lantaran semangatnya yang tinggi askar-askar Aceh telah mengusung beliau di

atas tandu meredah hutan dan mendaki bukit serta menuruni lembah akibat diburu

oleh tentera-tentera kompeni (Belanda). Tjot Nya' Dien akhirnya tertawan dan dipaksa

agar memberhentikan penentangan beliau terhadap pemerentahan Belanda di

Sumatera Utara. Beliau enggan dan dipenjarakan. Dalam usianya yang telah lanjut

beliau akhirnya hilang daya penglihatannya dan menghembuskan nafas terakhirnya

dalam tahanan Belanda. Saya kemudiannya pergi ke Kedutaan Indonesia untuk

mendapatkan salinan video tape filem Tjoet Nya' Dien sebab tidak ada kedai yang

menjual atau menyewa vidoe tersebut (sedangkan filem ini memenangi anugerah

pesta filem Indonesia dan juga France). Malangnya pegawai yang saya temui tidak

dapat membantu bagi saya mendapatkan salinan video tersebut. (Dalam hati timbul

rasa kesal - filem Indonesia berlambak-lambak di pasaran tetapi filem-filem bejat

yang memaparkan wanita-wanita genit Indonesia yang menggiurkan - merosakkan

akhlak umat). Kehebatan pejuang-pejuang wanita Aceh memang tidak asing lagi

dalam sejarah perjuangan umat Islam di dalam menentang penjajahan. Satu kesah lagi

yang saya baca dalam buku 'Ghirah (Maruah) dan tantangannya terhadap Islam'

tulisan Al-Marhum Professor HAMKA. Di dalamnya beliau menyalin sebuah catatan

peribadi seorang askar Belanda dari buka 'Ziesgraaf'. Satu platoon askar kompeni

(Belanda) memasuki sebuah kampung di Aceh. Tiba di sebuah rumah terlihat seorang

wanita sedang menjemur pakaian. Salah seorang dari askar tersebut bertanya 'di

rumah ada orang laki-laki?' wanita tersebut menjawab 'Enggak...semua laki-laki pergi

bermuslimin ('muslimin' ialah istilah aceh untuk berjihad i.e. mereka memahami

bahawa jihad is very much part of Islam). Askar-askar tadi tidak berpuas hati lalu

mereka naik ke atas rumah dan mereka geledah rumah tersebut. Mereka menemui

seorang laki-laki yang sedang bersembunyi di bawah katil. Laki-laki tadi diheret ke

tengah laman dan ditunjukkan kepada wanita tadi. "Tadi kamu kata tiada laki-laki...

yang ini apa?". Dengan selamba wanita itu menjawab " Dia tidak pergi bermuslimin...

maka dia bukan laki-laki!" HAMKA mengatakan sekiranya masih ada wanita yang

seperti ini di zaman ini maka itulah tandanya Islam akan menang..... Sebuah kesah

benar yang diceritakan oleh yang empunya badan - masih hidup lagi pada hari ini.

Sepasang suami isteri bersama dua anaknya melarikan diri dari buruan askar-askar

Belanda. Oleh kerana khuatir akan keselamatan anak mereka, kedua anak tadi

ditinggalkan di dalam sebuah pondok buruk di pinggir hutan. Si ibu memerahkan susu

ke dalam sebuah bekas dan kemudian berpesan kepada si kakak. "kalau adekmu

menangis - berikan susu ini" Kemudian kedua suami isteri menadah tangan ke langit

dan berdoa "wahai Tuhan kami peliharalah anak-anak ini sepeninggalan kami dan

besarkanlah mereka menjadi pejuang-pejuang agamamu". Dengan pasrah mereka

tinggalkan anak kesayangan dan masuk ke dalam hutan - sehingga hari ini tidak

ketahuan apakah kesudahan mereka. Saudara-saudari yang dikasihi. Demikianlah

sedikit dari kesah-kesah yang dapat kita paparkan tentang semangat juang dan jihad

umat Islam yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah. Sememangnya umat ini

kaya dengan sumbangan serikandi-sekandinya. Siapa yang tiada mengenali Ummu

Ammarah yang turut bersama sahabat yang lain menangkis tetakan pedang dan

panahan musuh bagi mempertahankan Rasulullah saw. Bukankah beliau (Ummu

Amarah) meminta supaya Rasulullah saw mendoakan agar dia turut bersama dalam

pertempuran di laut yang pertama yang diceburi oleh umat Islam sebagaimana yang

Page 35: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

diperlihatkan kepada rasulullah saw melalui petunjuk nubuwwahnya - petunjuk

tersebut menjadi kenyataan apabila di zaman Muawiyah bin Abi sufyan, Ummu

Amarah turut sama dalam ekspedisi naval untuk menakluki pulau Crete dan beliau

terkorban dalam pertempuran yang menyusul. Mari kita hayati kesah-kesah

perjuanagn ini dengan anak-anak kita yang laki-laki dan yang perempuannya. Mari

kita paparkan model sebenar pemuda dan pemudi islam yang menjadi idaman kita -

semuga masa depan umat ini diterajui oleh generasi yang menjadikan jihad dan mati

syahid sebagai cita-cita dan matlamat hidup mereka. Seperti yang saya sebut dalam

siri SJN yang pertama di mana kita salin kata-kata Saad bin Abi Waqqash: "Kami

ceritakan kepada anak-anak kami al-Maghazi (kesah-kesah peperangan) sebagaimana

kami ajarkan mereka al-Quran" SJN ke 23: Membendung kemaraan Spanyol - dari

Brunei ke Manila. Kalau umat Islam kepulauan melayu menghadapi ancaman

Portugis dari jurusan barat maka mereka juga menghadapi ancaman yang sama dari

jurusan timur - iaitu dari Sepanyol, negara yang berjiran dengan Portugis di

semenanjuang Iberia. Berbeza dengan Portugis, usaha-usaha penerokaan Sepanyol

tidak banyak menghadapi tantangan dari umat Islam sehinggalah pada tahun 1521,

apabila Ferdinand Magellan melabuhkan sauhnya di kepulauan Filipina. Sebelum dari

period itu, mereka hanya berhadapan dengan suku-suku 'biadap' (mengikut istilah

mereka) di benua Amerika (Carribean, Amerika Tengah dan selatan) yang mereka

sangka 'India'. Cristopher Columbus yang melihat peranannya sebagai menjalankan

'tugas suci' telah berusaha untuk 'subdue' penduduk tempatan di pulau-pulau

Carribean supaya menerima ajaran Kristian. Sedang Hernando Cortez mengambil

tindakan yang lebih drsatik dengan membunuh suku-suku kaum Amerika Latin dan

Tengah serta memusnahkan tamaddun mereka (Aztec, Maya dsbnya). Penemuan

'India' oleh Columbus diteruskan oleh Ferdinand Magellan. Beliau menyusuri benua

Amerika Selatan sehingga ke Terra del Feugo dan terus membuat pelayaran rentas

'Pasifik' sehingga akhirnya mereka (3 buah kapal) menemui gugusan pulau-pulau

Filipina. Buat pertama kalinya mereka berhadapan dengan musuh sebenar yang

mereka perangi dan keluarkan dari bumi Andalus iaitulah orang-orang 'moor'

(panggilan Spanyol ke atas orang-orang Islam; asal perkataan MORO (Moro National

Liberation Front - MNLF). Da'wah Islam pada waktu itu sudah mula disebarkan di

beberapa tempat di Filipina. Sebuah kerajaan Islam juga telah dibentuk di Manila

(mengambil sempena dari perkataan Arab - Amaanilah). Di samping itu terdapat juga

suku-suku kaum yang masih mengamalkan ajaran tempatan. Magellan berusaha untuk

menda'wahkan mereka kepada agama Kristian. Di tangan mereka jugalah Magellan

terbunuh. Selepas kematiannya, rombongan beliau telah meneruskan perjalanan ke

selatan dan menyusuri pulau Borneo. Borneo pada waktu itu berada di bawah

kekuasaan kesultanan Islam Brunei, sebuah kerajaan yang telah lama berdiri di atas

Islam. Petunjuk-petunjuk sejarah menunjukkan bahawa Brunei (Borneo) merupakan

antara tempat yang paling awal menerima da'wah Islam. Artifak-artifak yang ditemui,

yang termasyur ialah nesan dari kubur seorang wanita yang bernama Ruqayyah atau

'Makhdarah' bertarikh 1404 M, lebih kurang bersamaan tarikh penerimaan Islam oleh

Parameswara di Melaka. Sumber sejarah tanah besar Cina juga menunjukkan bahawa

seorang raja yang bergelar 'Ali dari negeri bernama 'Poni' (Brunei) pernah melawat

tanah besar Cina menjadi tetamu kerajaan pada awal kurun ke 15. Ini menunjukkan

bahawa Brunei merupakan antara wilayah pemerentahan umat Islam yang terawal di

Nusantara. Apabila kapal 'Victoria' Magellan sampai ke Brunei, Raja Brunei

dikatakan sedang sebuk menyebarkan Islam di pulau Borneo, Sulu, Palawan dan

Mindanoa. Usaha-usaha penyebaran Islam ini barangkali boleh dirujuk di dalam buku

Page 36: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

yang berjudul 'Islam di Filipina' tulisan Ceasar Majul terbitan DBP - antara lain

membicarakan tentang kesultanan Islam Sulu. Kedatangan rombongan dari Sepanyol

ini tidak disenangi dan beberapa siri konflik berlaku di antara kerajaan Brunei dan

Sepanyol di pesisiran utara Borneo, Sulu dan Mindanao. Rombongan dari Sepanyol

terpaksa berpatah balik dan menumpukan usaha-usaha missionary mereka di Filipina.

Sungguhpun mereka berjaya di pulau-pulau Visayas (Cebu, Panay, Leyte dsbnya) dan

Luzon, kekuasaan Islam yang berpusat di Brunei berjaya membentuk benteng yang

menghalang penyebaran pengaruh Kristian dan dasar imperialis Sepanyol di

Mindanao. Mereka, orang-orang Sepanyol, lebih berjaya di dalam usaha mereka di

sebelah utara Mindanoa. Pada tahun 1574 misalannya, mereka mengalahkan kerajaan

Islam Manila dan mulai saat itu berakhirlah period Islam dan bermulalah era Kristian

di Filipina. Sehingga hari ini orang-orang Sepanyol berbangga dengan dua pencapaian

mereka - mengeluarkan Islam dari Andalus (semenanjung Iberia) dan menyekat

kemaraan Islam di Filipina. Pencapaian yang menyebabkan satu-satunya pecahan

ethnik dari rumpun bangsa melayu menjadikan Kristian sebagai pegangan hidup

mereka. Sekiranya Aceh, Demak dan Japara berperanan mempertahankan

kekuasaan dan maruah umat di Sumatera Barat, Tengah dan Jawa Barat maka

Kerajaan Islam Brunei bertanggungjawab di dalam menjaga kesejahteraan Islam dari

Borneo ke Mindanao. Sulawesi, Halmahera dan Maluku - perlumbaan di antara

da'wah Islam dan missionary Kristian. Kemenangan Portugis di Melaka merupakan

kejayaan pertama di dalam usaha-usaha kuasa maritim Eropah untuk menguasai

perniagaan rempah, komoditi paling berharga di dunia pada zamannya. Sehingga

masyhurlah diperkatakan 'Whoever rules Malacca has his hands on the throat of

Venice. Melaka walaubagaimanapun hanya merupakan pusat entreport, sesuai

dengan kedudukannya sebagai pelabuhan yang terletak pada pertemuan dua trade-

winds utama barat daya dan timur laut. Kedudukannya di antara Lautan Hindi dan

Laut Cina Selatan serta Laut Sulu menjadikan ia sebagai 'distribution centre' kepada

komoditi rempah-ratus dan barang-barang eksotik seperti sutera, china, wangi-

wangian (camphor - barus) dsbnya. Untuk melengkapkan hegemoni Portugis di

kepulauan rempah Asia Tenggara, menakluki Melaka sahaja tidak memadai.

Meluaskan pengaruh dan jajahan takluk Portugis di pusat-pusat pengeluaran rempah

itu sendiri akan menyempurnakan monopoli Portugis ke atas perdagangan rempah.

Monopoli perniagaan rempah ini penting kerana ianya akan mengekalkan harga yang

tinggi di pasaran-pasaran Eropah. Di samping itu Protugis boleh mengenakan

sekatan-sekatan eksport ke atas pusat-pusat perdagangan di Mesir dan Syria. Di

sinilah Portugis melihat usaha mereka sebagai sebahagian dari tugas 'suci' di dalam

membantu Kristian Eropah menghadapi Islam di bawah kekuasaan Turki

Uthmaniyah di Laut Mediterranean. Van Vlekke di dalam bukunya 'Nusantara'

menulis: "Every pound of nutmeg (buah pala) taken away from the muslim traders

was a blow at the prosperity of the trading cities of Syria and Egypt, which recently

had come under the political authority of the sultan of Turkey. This meant loss of

income for Istanbul and thus would be of advantage to the Cristians who had to fight

the Turkish fleets on the Mediterranean. So it was at once a laudable and a profitable

undertaking to throw the muslims out of bussiness..." Pulau-pulau pengeluar rempah

yang utama ialah Maluku, Sumatera dan Jawa Barat. Kepulauan Maluku yang terdiri

dari pulau-pulau Ternate, Tidore, Halmahera dan beberapa pulau lain merupakan

pusat pengeluar bunga cengkih dan buah pala yang utama. Lada hitam ditanam di

Sumatera dan Jawa Barat. Bunga cengkih dan buah paha hanya boleh diperolehi di

kepulauan Maluku sedang lada hitam boleh diperolehi dari beberapa tempat yang

Page 37: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

lain seperti Malabar, Siam dan Cochin China (IndoChina pada hari ini). Oleh itu

kepulauan Maluku akan memberikan kelebihan strategik kepada Portugis dalam

menggenapkan cita-citanya. (Sedikit gambaran betapa pentingnya kepulauan Maluku

kepada cita-cita imperialis Portugis. Harga rempah di Maluku hanya dalam sekitar 1

atau 2 ducat (matawang pada zaman itu) tetapi harganya meningkat sebanyak 2500%

apabila dijual di pasaran-pasaran Eropah.) Atas kepentingan ekonomi dan strategik

ini, Alfonso d albuqueque menghantar 3 buah kapal di bawah pimpinan Antonio

d'Abreu. D'Abreu menerima 'specific instruction' dari Alfonso untuk membawa misi

dagang dari Portugis dan menjauhi provokasi-provokasi ketenteraan - taktik yang

sama yang mereka gunakan sebelum menyerang dan menguasai Goa (India) dan

Melaka. D'abreau kehilangan sebuah kapal di antara pulau Jawa dan kepulauan

Banda dan dua yang lain tidak meneruskan perjalanan ke Maluku. Sebuah dari kapal

beliau dipukul ribut dan mendarat di Amboina (Kepulauan Ambon). Francesco

Serrao, kapten kepada kapal tersebut berjaya mendarat di Ternate dan menjalin

perhubungan dagang dengan penguasa tempatan di sana. Di waktu yang sama, kapal-

kapal Sepanyol mendarat di Filipina. Portugis merasa kedudukannya semakin

terancam dengan saingan Sepanyol. Mereka perlu melakukan sesuatu yang drastik

untuk 'consolidate' kekuasaan mereka di pulau-pulau rempah. Maka bermulalah satu

lagi episod yang penting di dalam mencorakkan perjalanan perjuangan umat Islam di

Nusantara. Netters sekelian boleh view peta pelayaran Dinasti MIng (9 dari 11

dipimpin oleh Adm Muhammad Cheng Ho) di URL berikut.

http://ccat.sas.upenn.edu/~rs143/map6.jpg Tajuk: Map of the Muslim World c.A.D.

1500 Peta tersebut jelas menunjukkan route yang dilalui termasuk Laut Merah dan

singgah di Jazirah Arab berhampiran Jeddah. Bagi netters yang ingin mengetahui

serba sedikit mengenai tokoh pelayaran muslim ini boleh juga merujuk kepada

artikel SJN (Sejarah Jihad Nusantara siri ke 11) yang telah diarkibkan dalam

homepage MSM. Url spt berikut:

http://www.liv.ac.uk/~mujahid/ARKIB/sejarah_jihad_nun.asc Encyclopedia

Britannica juga menyediakan satu entry yang lengkap mengenai Adm. Cheng Ho.

(Macropaedia) Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Dinasti Ming (petunjuk

sejarah menunjukkan Islam mendapat pengiktirafan kerajaan Ming) boleh rujuk

kepada tulisan Allahyarham Teing Yeng Ma (Hj. Ibrahim T.Y. Ma) di dalam

bukunya yang berjudul 'Perkembangan Islam di Tiongkok'. Saya juga telah

merumuskannya dalam SJN siri yang ke 5 berjodol 'Arus Hidayah dari Tanah Besar

Cina' ------------------------------------------------------- Bagi netters yang berminat untuk

melihat-lihat peta-peta Sejarah perkembangan da'wah Islam bolehlah melawat site

berikut: http://ccat.sas.upenn.edu/~rs143/map.html Senarai peta yang boleh didapati

ialah: Maps of the Umayyad Caliphate in the Second Half of the 9th and the Second

Half of the 10th Centuries Map of the Empire of Sultan Salah Al-Din (1171-1193)

and Map of the Crusaders' Principalities in Syria and Palestine Map of Spain in the

13th and 14th centuries. The Reconquest by the Christian Kingdoms of the North. The

Kingdom of Granada. Maps of Spain after the Fall of the Umayyad Caliphate in the

Periods of the Party Kings and ofthe Almoravids Map of the Growth of the Ottoman

Empire From the Early 14th Century Till 1512 Map of The Ottoman Sultanate in

the 16th and 17th Centuries Map of the Later Timurid Period; and Map of Safawid

Persia in the 16th and 17th Centuries Map of the Muslim East in the First Half of

the 13th Century Map of Muslim Expansion in the East in the Umayyad Period

(661-750) W.C. Brice. An Historical Atlas of Islam Maps Map of Muslim Expansion

until A.D. 661 Map of the Umayyad Empire c.A.D.750 Map of the Late Abbasid

Page 38: SEJARAH JIHAD NUSANTARA .pdf

Caliphate c.A.D.900 Map of Almoravid, Saldjuk, and Ghaznavid Expansion c.A.D.

1100 Map of the Muslim World c.A.D. 1300 Map of the Muslim World c.A.D. 1500

Sekian. 'MENYUSURI SEJARAH MEMBANGKITKAN 'IZZAH UMAT'

Bersambung insyaAllah: SJN 25: "Perjuangan umat Islam Ternate - Menunda

penjajahan 100 tahun ke belakang" Hafidzi MN Aberdeen

______________________________________________________"Allah Matlamat

Kami"