Sejarah Kertas 1 Stpm Melaka

46
Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak . 940/1 [Lihat sebelah] 940/1 Sejarah Kertas 1 September 2012 3 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN ENAM TAHUN 2012 SEJARAH Kertas 1 Tiga jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA 1. Tulis nama dan kelas anda pada ruang yang disediakan. 2. Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

description

melaka

Transcript of Sejarah Kertas 1 Stpm Melaka

  • Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak . 940/1 [Lihat sebelah]

    940/1 Sejarah Kertas 1 September 2012

    3 jam

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN ENAM TAHUN 2012

    SEJARAH

    Kertas 1

    Tiga jam

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA

    CAWANGAN MELAKA

    1. Tulis nama dan kelas anda pada ruang yang disediakan.

    2. Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

  • 940/1

    1

    Bahagian A

    Jawab dua soalan sahaja.

    1. Bandar-bandar di Mesopotamia telah wujud sejak pertengahan abad ke 4 S.M lagi. Huraikan

    faktor-faktor kemunculan dan ciri-ciri utama bandar-bandar Mesopotamia.

    [25 M]

    2. Huraikan sistem organisasi sosial yang terdapat di dalam tamadun Mesopotamia dan tamadun

    Mesir.

    [25 M]

    3. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem

    pemerintahan beraja dalam tamadun China.

    [25M]

    4. Jelaskan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom.

    [25M]

    5. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan sebab-sebab yang membawa kepada

    berlakunya peperangan dalam tamadun awal manusia.

    [25M]

    6. Bandingkan matlamat sistem pendidikan antara tamadun China dengan tamadun Islam.

    [25M]

    7. Jelaskan .faktor-faktor yang mendorong orang Mesir terlibat dalam penjelajahan dan

    penerokaan pada zaman tamadun awal.

    [25M]

    8. Sejauhmanakah seni bina dalam tamadun Rom menekankan sifat utilitarian (kegunaan).

    [25M]

    Bahagian B

    Jawab dua soalan sahaja.

    9. Tamadun Islam telah merubah cara hidup masyarakat jahiliah dalam pelbagai aspek. Huraikan

    perubahan yang berlaku dalam masyarakat jahiliah selepas kelahiran Islam.

    [25M]

    10. Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam.

    [25M]

    11. Jelaskan peranan keluarga Barmaki dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah.

    [25M]

    12. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam bidang ketenteraan dengan

    memberikan contoh-contoh yang sesuai.

    [25M]

    13. Jelaskan peranan zakat dalam Islam serta pelaksanaannya pada zaman Nabi Muhammad SAW

    sehingga zaman Bani Umaiyah.

    [25M]

    14. Bincangkan sumbangan yang dimainkan oleh Ibn Taymiyah dalam sejarah pemikiran Islam

    khususnya yang berkaitan dengan Gerakan Islah.

    [25M]

    15. Bandingkan dasar pemerintahan khulafa al-Rasyidin dengan pemerintahan Bani Umaiyah.

    [25M]

    16. Bincangkan sumbangan Sulayman al-Mahri dalam bidang pelayaran dan geografi.

    [25M]

    KERTAS SOALAN TAMAT

  • 940/1

    2

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN ENAM TAHUN 2012

    SKEMA PEMARKAHAN

    SEJARAH KERTAS 1

    ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

    Skema ini terdiri daripada 43 halaman bercetak. Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia

    (Cawangan Negeri Melaka) Tahun 2012

  • 940/1

    3

    TAMADUN DUNIA

    SOALAN 1

    Bandar-bandar di Mesopotamia telah wujud sejak pertengahan abad ke 4 S.M lagi.

    Huraikan faktor-faktor kemunculan dan ciri-ciri utama bandar-bandar Mesopotamia.

    1. Pengenalan (3 markah)

    - Kemunculan bandar-bandar bermula daripada perkembangan revolusi manusia sejak

    bermulanya Zaman Neolitik lagi.

    - Menurut M.A.J Beg dalam bukunya Historic Cities of Asia, beliau mentakrifkan

    bandar sebagai satu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai.

    - Sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis serta mereka terlibat dalam

    kegiatan bukan pertanian.

    - Tamadun Mesopotamia merupakan salah satu daripada tamadun terawal

    - dunia. Namun demikian terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunculan

    bandar-bandar di tamadun ini.

    - Contoh bandar-bandar tersebut adalah seperti Uruk, Lagas, dan Babylon. Bandar-

    bandar ini juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri berbeza daripada tamadun

    yang lain.

    2. Isi-isi penting ( 20 markah )

    Faktor-faktor kemunculan bandar-bandar di Mesopotamia (4 markah)

    - Kewujudan bandar-bandar ini disebabkan oleh peningkatan hasil pertanian ekoran

    daripada kemajuan sistem pengairan.

    - Bandar-bandar berfungsi sebagai pusat politik dan agama yang bertanggungjawab

    mengurus dan mengawal kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan sistem terusan.

    - Bilangan penduduk yang besar tinggal bersama secara langsung melahirkan bandar-

    bandar baru. Tujuan masyarakat mula hidup berkelompok adalah demi keselamatan.

    Ciri-ciri utama Bandar-bandar di Mesopotamia (16 markah )

    1.Pada Zaman Dinasti Awal, Mesopotamia mempunyai 13 buah bandar.

    - Bandar-bandar tersebut merangkumi kawasan pinggir bandar, bandar satelit, kampung-

    kampung yang meliputi kawasan pertanian.

    - Setiap bandar dinaungi oleh Tuhan Bandar dan raja mereka dianggap sebagai tuhan.

    - Setiap bandar tersebut mempunyai keluasan yang berbeza contohnya, Lagash (1800

    ekar persegi) dan Assur (150 ekar persegi).

    2.Kawasan bandar terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

    a.Pusat Bandar (Libbi Ali)

    - bahagian tertua bandar

    - pintu masuk bertujuan sebagai tapak perhimpunan

    - terdapatnya di istana, rumah berhala, tempat tinggal pegawai istana dan petempatan

    awam

  • 940/1

    4

    b.Kawasan luar Bandar (Urubarra )

    - meliputi kawasan penternakan dan pertanian.

    - terdapat dua tembok yang dibina bertujuan melindungi kawasan luar bandar.

    - kubu-kubu dibina untuk mempertahankan kawasan luar bandar.

    c. Pelabuhan

    - Berperanan sebagai pusat pertanian perdagangan.

    - Sistem pentadbiran dan perundangan di pelabuhan dilakukan secara berasingan.

    - Dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti tempat penginapan dan stor

    penyimpanan barang pedagang.

    3.Pembinaan kubu pertahanan

    - Tradisi membina kubu pertahanan diamalkan sejak tahun 3000 S.M lagi.

    - Kubu-kubu terletak di bahagian tengah bandar-bandar lama.

    - contoh bandar-bandar baru yang dibina oleh Raja Assyria adalah Calah, Nineveh dan

    Dur Sarukin.

    4.Pembinaan tembok pertahanan

    - tujuan tembok dibina sebagai pertahanan semasa tercetusnya peperangan.

    - fungsi tembok sebagai sempadan yang memisahkan dua kawasan iaitu bandar dan luar

    bandar.

    - bentuk tembok adalah segi empat sama, segi empat tepat, bulat dan bujur

    - di Utara Mesopotamia tidak mempunyai tembok yang memisahkan rumah berhala dan

    istana manakala terdapat tembok yang memisahkan dua tempat ini di bandar-bandar

    lama.

    - contoh di Babylon dua tembok dibina. Tembok pertama mengelilingi istana, rumah

    berhala dan kediaman pegawai-pegawai istana. Tembok kedua meliputi kawasan luar

    bandar.

    5.Jalan raya

    - raja-raja Mesopotamia tertumpu kepada pembinaan jalan raya.

    - jalan-jalan ini berukuran lebar yang seragam. Ia juga bersilang pada sudut tepat.

    - jalan-jalan yang dibina berhubung dengan pintu gerbang utama dengan tempat lain di

    bandar.

    - jalan suci atau jalan perarakan dibina di Babylon, Uruk dan Assur yang bertujuan untuk

    perarakan perayaan Tahun Baru.

    6.Pasar

    - harga-harga barang dipamerkan.

    - kedai menjual barang-barang mewah terdapat di Sippar yang dikenali sebagai Bit

    Mahirim.

    7.Pintu Gerbang

    - lambang kekayaan sesebuah bandar.

    - bertujuan untuk menarik para pelancong.

    - mempunyai monumen-monumen yang diukir dan menghiasi pintu gerbang.

    - patung raja terletak berhampiran dengan pintu gerbang. Hal ini membolehkan rakyat

    sentiasa taat dan setia terhadap raja dan negara.

  • 940/1

    5

    - berperanan sebagai pusat sivik.

    - contohnya, kerajaan Babylon mempunyai lapan pintu gerbang. Pintu Ishtar merupakan

    pintu gerbang utama.

    3. Kesimpulan ( 2 markah )

    - setiap bahagian bandar mempunyai fungsi yang mendorong perkembangan

    Mesopotamia dari segi politik, ekonomi, keagamaan dan sosial.

    - sesebuah bandar di Mesopotamia hanya mampu mengekalkan kegemilangannya dalam

    jangka masa yang pendek sahaja.

    - selepas keruntuhan bandar-bandar lama, raja mula membina bandar-bandar baru yang

    mempunyai tujuan politi dan ketenteraan.

    - Walau bagaimanapun, proses urbanisasi di Mesopotamia tetap diteruskan demi

    keamanan negeri, mengawal hasil pertanian dan mengelakkan serangan musuh.

  • 940/1

    6

    Soalan 2

    Huraikan sistem organisasi sosial yang terdapat di dalam tamadun Mesopotamia dan

    tamadun Mesir

    Pengenalan ( 4m )

    - Salah satu ciri utama masyarakat bertamadun ialah kewujudan organisasi sosial.

    - Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa

    lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup,

    pekerjaan dan sebagainya.

    - Tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir merupakan tamadun yang terawal.

    - Tamadun Mesopotamia bermula di lembah Sungai Tigris dan Eupharates dan Tamadun

    Mesir bermula di lembah Sungai Nil.

    - Kewujudan organisasi sosial dapat dikesan sejak zaman neolitik lagi.

    - Perkembangan pesat kegiatan pertanian menyebabkan berlakunya peningkatan

    pengeluaran hasil pertanian.

    - Keadaan ini melahirkan pengkhususan kerja dan muncul pelbagai golongan dalam

    masyarakat.

    - Kesannya muncul organisasi masyarakat yang kompleks dan saling bergantung di

    antara satu sama lain.

    Isi-isi penting ( 20m )

    Sistem organisasi sosial Tamadun Mesopotamia ( 10m )

    a. Raja

    - Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam masyarakat Mesopotamia.

    - Raja ialah wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama.

    - Institusi pemerintahan diraja dikatakan berasal daripada jawatan ensi (gabenor) dan

    lugal (raja) pada zaman dinasti awal. Ensi dan lugal mendakwa dirinya menerima

    mandat dan restu daripada tuhan.

    - Mereka mengisytiharkan diri sebagai raja. Pemerintahan dan pentadbiran merupakan

    bidang kuasa raja.

    - Raja bertugas memberi arahan dan khidmat nasihat kepada pembesar, melantik

    pembesar, dan menerima aduan daripada rakyat.

    - Selain itu, raja menerima kunjungan diplomat-diplomat asing dan melantik pewaris

    takhta.

    - Dalam aspek ketenteraan raja berperanan sebagai ketua tentera dan mengetuai operasi

    ketenteraan.

    - Dalam aspek keagaman, raja berperanan sebagai wakil tuhan, ketua pendeta dan

    menjalankan upacara ritual diraja, seperti Takultu dan Bitrimki.

    - Hal-hal pembinaan rumah berhala dan pelantikan pendeta turut berada dalam bidang

    kuasa seorang raja.

    b.Golongan bangsawan

    - Golongan bangsawan menduduki tempat kedua tertinggi dalam susun lapis masyarakat

    Mesopotamia. Mereka membantu raja dalam pentadbiran dan dikenali sebagai

    marbanuti.

  • 940/1

    7

    - Mereka mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon pewaris takhta

    kerajaan yang diperkenalkan oleh raja.

    - mereka tinggal di tanah sendiri atau estet besar milik raja, mempunyai ramai pekerja,

    dan mendapat kekayaan daripada harta rampasan perang dan cukai daripada rakyat.

    - Pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta, dan gabenor provinsi

    dilantik oleh raja daripada golongan bangsawan.

    c. Golongan profesional

    - Dikenali sebagai Ummane yang merupakan semua rakyat bebas yang memiliki

    profesion tertentu.

    - Antara rakyat yang termasuk dalam kategori ini ialah pemilik atau pengusaha bank,

    pedagang, doktor, jurutulis istana dan golongan artisan.

    - Mereka mempunyai organisasi seperti persatuan untuk menjaga kebajikan pekerjaaan

    mereka.

    - Golongan profesional melatih perantis dan mewariskan pekerjaan ini kepada anak-anak

    mereka.

    - Golongan ini berperanan penting dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah

    kerajaan.

    d. Rakyat rakyat biasa dan hamba

    - Berada pada kedudukan yang terakhir dan dikenali sebagai hupshi dalam masyarakat

    Mesopotamia.

    - Hupsi ini terdiri daripada petani, askar, dan hamba.

    - Hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual beli, tawanan perang dan orang yang

    berhutang.

    - Golongan hamba diberi layanan yang baik dan dibenarkan memiliki harta dan

    mempelajari kemahiran tertentu.

    - Pada zaman Babylon, muncul kelas sosial yang dikenali sebagai Mushkenun. Golongan

    ini terdiri daripada rakyat biasa yang miskin dan tidak menikmati sebarang

    keistimewaan.

    Sistem organisasi sosial Tamadun Mesir ( 10m )

    a. Golongan Atasan

    - Firaun berada pada kedudukan tertinggi dan dianggap sebagai tuhan yang melindungi

    rakyat.

    - Firaun berperanan sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim negara.

    - Firaun dianggap sebagai lambang keadilan (Maat) yang memelihara keamanan dalam

    negara.

    - Menjelang zaman dinasti ke-3 dan ke-4, firaun dianggap sebagai tuhan Horus.

    - Menjelang pemerintahan dinasti ke-5, Firaun dianggap anak tuhan matahari (Re),

    ekoran daripada ideologi baru yang dikemukakan oleh paderi-paderi dari Heliopolis.

    - Perubahan ini mengurangkan status dan pengaruh raja sebagai anak tuhan.

    - Pada akhir Zaman Kerajaan Lama, Firaun dianggap tuhan Horus dan akan menjadi tuhan

    Osiris selepas meninggal dunia.

    - Kerabat diraja juga merupakan golongan atasan. Putera-putera raja diberikan

    pendidikan sewaktu masih kanak-kanak.

    - Setelah dewasa, putera-putera raja akan menerima latihan ketenteraan dan menyertai

    ekspedisi ketenteraan.

  • 940/1

    8

    - Selain itu, putera raja akan berkahwin sewaktu masih kanak-kanak dengan adik

    kandung atau sepupu untuk mengekalkan kesucian keturunan.

    b. Golongan Menengah Atas

    - Susun lapis golongan menengah atas ialah golongan bangsawan.

    - Mereka dilantik sebagai pegawai tinggi kerajaan di peringkat wilayah. Antara jawatan

    yang dipegang oleh golongan bangsawan ialah pengurus, pegawai penguasa, pendeta

    (paderi) dan pekerja.

    - Raja dibantu oleh wazir dalam pentadbiran. Wazir juga dilantik dari kalangan golongan

    bangsawan, kerabat diraja dan pendeta. Wazir mengawas pembinaan dan pembaikan

    terusan, merekodkan kejadian banjir, menyediakan bekalan buruh, dan memungut

    cukai.

    - Beliau juga menyambut kedatangan duta dan menerima ufti dari negara asing.

    - Golongan pendeta mempunyai hierarki sendiri. Golongan ini memainkan peranan

    dalam bidang keagamaan dan mempengaruhi bidang politik, khususnya dalam hal

    pelantikan raja.

    c. Golongan Menengah Bawah

    - Golongan menengah bawah pula terdiri daripada anggota tentera, pembantu raja,

    tukang-tukang mahir, artisan, dan petani.

    - Anggota tentera merupakan golongan penting dalam struktur sosial masyarakat.

    - Ramai rakyat biasa menyertai angkataan tentera bertujuan untuk meningkatkan status

    dan taraf hidup mereka.

    - Golongan pembantu raja terdiri daripada pekerja-pekerja lombong emas, tembaga,

    pekerja-pekerja kuari, pekerja binaan, pembuat tembikar dan pengangkut air.

    - Tugas utama mereka ialah membina candi-candi diraja.

    - Gaji mereka dibayar dalam bentuk gandum dan barli. Mereka juga diberikan sayur-

    sayuran, ikan, kayu api, ubat-ubatan serta pakaian.

    - Pada hari kebesaran, raja akan memberikan barang-barang mewah seperti garam,

    wain, dan bir untuk mereka.

    - Golongan ini juga mempunyai rumah berhala sendiri serta tribunal untuk

    menyelesaikan masalah mereka.

    - Anggota tribunal ini terdiri daripada penulis istana, mekanik, dan pekerja-pekerja serta

    isteri mereka.

    - Tribunal akan menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes yang kecil.

    - Kedudukan petani di Mesir mengalami perubahan mengikut zaman, iaitu Zaman

    Kerajaan Lama, Zaman Kerajaan Pertengahan, dan Zaman Kerajaan Baru.

    - Dalam Zaman Kerajaan Lama, golongan petani ditindas oleh tuan tanah.

    - Penderitaan petani mencapai kemuncak dalam Zaman Kerajaan Pertengahan sehingga

    mencetuskan pemberontakan. Akibat pemberontakan tersebut, pemerintah-

    pemerintah dinasti ke-11 dan ke-12 mengurniakan piagam yang liberal kepada semua

    estet pertanian.

    - Pada Zaman Kerajaan Baru, petani diberi kebebasan sepenuhnya dan dikurniakan tanah

    oleh raja. Tanah ini boleh diwarisi tetapi tidak boleh dipindah milik.

    d. Golongan Bawahan

    - Golongan bawahan pula terdiri daripada golongan hamba. Mereka memainkan

    peranan penting dalam bidang ekonomi dan sosial.

    - Selain itu, mereka tidak mempunyai kebebasan dan terdiri daripada tawanan perang.

  • 940/1

    9

    - Mereka dipaksa bekerja sebagai buruh di ladang-ladang milik raja atau rumah berhala.

    Mereka yang mempunyai kemahiran dijadikan tukang jahit di istana dan di rumah

    golongan bangsawan.

    3. Kesimpulan ( 1m )

    - Susunan organisasi sosial di kedua-dua tamadun mempunyai peringkat-peringkat

    tertentu.

    - Susunan sedemikian menggambarkan kemajuan tamadun tersebut.

    - Setiap peringkat mempunyai peranan sendiri dan penting dalam membentuk tamadun

    yang unggul.

  • 940/1

    10

    Soalan 3

    Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem

    pemerintahan beraja dalam tamadun China.

    Pengenalan: [ 3 markah ]

    1. Latar belakang Shih Huang Ti

    - Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M .

    - Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di Vietnam.

    - Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat.

    2. Sistem pemerintahan empayar China

    - Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti. Gelaran Huang Ti digunakan oleh

    maharaja pertama Dinasti Chin.

    - Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The

    Great King dan The King of Kings.

    - Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua

    hakim, dan ketua agama.

    Isi isi penting ( 20 markah )

    Langkah-langkah pengukuhan sistem pemerintahan empayar

    1. Membentuk sistem pemerintahan berpusat

    - Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang.

    - Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu

    kota.

    - Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik.

    2. Menghapuskan sistem feudal

    - Menghapuskan sistem feudal dengan menghapuskan kuasa dan pengaruh golongan

    aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.

    - Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di

    sekitar kawasan istananya.

    - Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien yang

    merupakan pusat kerajaan Dinasti Chin.

    3. Memperkenal scholar system

    - Melatih sekumpulan kakitangan awam untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai

    yang berkhidmat dengannya.

    - Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam.

    - Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem

    feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan

    dengan ketat.

  • 940/1

    11

    4. Mewujudkan tiga pentadbiran utama

    - Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha

    Imperial dan Grand Commandant.

    - Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.

    - Masing-masing mempunyai tugas khas.

    - Contoh : Canselor mengawal keputusan dasar-dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada

    jawatan lain.

    - Setiausaha Imperial bertanggungjawab dalam membuat arahan, merekrut, dan penyelia

    ahli-ahli perkhidmatan raja. Grand Commandant mengawal tentera- tentera raja.

    - Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada

    seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja.

    5. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi

    - Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah)

    - Menghapuskan kuasa golongan bangsawan memerintah wilayah.

    - Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang

    terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.

    - Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja. Tujuannya untuk

    mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana

    dalam sistem feudal.

    6. Melantik pemerhati/perisik wilayah

    - Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi

    tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.

    - Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat

    dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.

    7. Penguatkuasaan undang-undang

    - Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai

    tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan

    dan ketenteraan.

    - Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.

    - Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara

    China untuk menyatukan negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.

    8. Dasar pengawalan ke atas rakyat

    - Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman Legalisme yang

    bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang- undang dan tindakan yang

    keras.

    - Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar

    yang diamalkannya.

    - Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.

    - Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak

    panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada

    kerajaan.

    9. Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar

    - Mempertahan daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan

    membina Tembok Besar Negeri China.

  • 940/1

    12

    - Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara

    kawalan untuk memerhati gerakan musuh.

    - Memperbesar dan memperkuat pasukan tentera.

    Kesimpulan [ 2markah ]

    1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.

    2. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi

    gagal.

    3. Sistem pemerintahan empayar Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian

    Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat

    mengawal seluruh empayar yang luas.

  • 940/1

    13

    Soalan 4

    Jelaskan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom

    Pengenalan ( 3 markah )

    - Republik bermaksud negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui

    pilihan raya.

    - Negara yang mengamalkan cara pemerintahan republik diketuai oleh seorang presiden.

    - Sebelum kelahiran sistem pemerintahan republik, Rom mengamalkan pemerintahan

    beraja yang dimulakan sejak 753 S.M dan diperintah secara mutlak oleh raja-raja

    Etruscan.

    - Pemerintahan Republik bermula pada tahun 509 M apabila raja terakhir,Tarquin the

    Proud diusir apabila pemberontakan golongan bangsawan telah membawa kejayaan.

    - Dalam bahasa Latin, res publica bermaksud hal rakyat, merupakan satu bentuk kerajaan

    yang diketuai oleh bukan seorang raja.

    - Kerajaan Republik mempunyai tiga buah badan dan fungsinya yang tersendiri iaitu

    Konsul, Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan.

    - Latar belakang tamadun Rom

    Isi-isi penting ( 20 markah )

    1. Konsul

    - Merupakan pemerintah tertinggi dalam pemerintahan republik.

    - Dua orang konsul yang dipilih untuk memerintah berumur melebihi 40 tahun.

    - Dua orang konsul dipilih supaya seorang boleh mengawasi yang lain agar tidak berlaku

    penyalahgunaan kuasa atau melakukan penyelewengan.

    - Perkara-perkara yang perlu diputuskan perlulah secara bersama. Hal ini juga ini juga

    bagi menggelakkan berlakunya pemusatan kuasa.

    - Dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Sehingga abad yang ke-4

    Masihi , jawatan konsul terhad kepada golongan bangsawan.

    - Bidang kuasa ialah berkuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan,

    keagamaan dan kewangan.

    - Turut berperanan sebagai ketua hakim, ketua angkatan tentera dan ketua eksekutif.

    - Memilih dan melantik 300 ahli senat. Konsul juga berperanan menjaga kedaulatan dan

    menjaga kebajikan rakyat.

    2. Dewan Senat.

    - Dewan Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan

    dan dikenali senator.

    - Ahli-Ahli dewan Senat dipilih oleh Konsul

    - Ahli Dewan Senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran negara.

    - Dewan Senat berfungsi sebagai membincangkan hal pentadbiran negara, menggubal

    undang-undang untuk dibincangkan dalam Dewan Perhimpunan, mengadakan

    rundingan dengan duta-duta asing, menetapkan provinsi yang akan diuruskan oleh

    konsul, menguruskan hal ehwal kewangan,dan menyelesaikan krisis keagamaan .

  • 940/1

    14

    3. Dewan Perhimpunan

    - Diwakili oleh semua rakyat Rom. Dikenali sebagai forum iaitu tempat rakyat berkumpul

    dan mendapat laporan tentang perbincangan Dewan Senat.

    - Merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan

    di Dewan Senat.

    - Dewan ini membantu Dewan Senat melaksanakan pemerintahan, meluluskan dan

    mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat.

    - Dewan ini turut berfungsi melantik konsul dan praetor. Turut bertindak sebagai

    Mahkamah Rayuan.

    - Merupakan Badan Perundangan utama sehingga 218M.

    Kesimpulan ( 2 markah )

    - Pemerintahan Republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia.

    - Pemerintahan ini dapat memperlihatkan keseimbangan kuasa antara 3 badan

    pemerintah iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

    - Pemerintahan Republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada Zaman Julius

    Caesar apabila berjaya mengalahkan Jeneral Pompei lalu mengisytiharkan dirinya

    sebagai diktator.

  • 940/1

    15

    Soalan 5

    Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan sebab-sebab yang membawa

    kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal manusia.

    Pendahuluan (3M)

    1. Peperangan merupakan konflik yang berlaku antara kumpulan-kumpulan tertentu

    yang biasanya menggunakan taktik kekerasan seperti pemberontakan bersenjata

    dan perang saudara.

    2. Kesan daripada peperangan ialah manusia mencapai kemajuan dalam bidang

    teknologi dan industri.

    3. Peperangan juga boleh membawa kepada kemerosotan sesebuah tamadun.

    Isi-isi (7isi x 3M = 21M)

    1. Peperangan selalunya berlaku kerana keinginan menguasai sumber-sumber ekonomi

    seperti tanah-tanah yang subur, logam dan untuk mendapatkan tenaga buruh.

    negara kota di Mesopotamia sering berperang kerana merebut sumber air.

    2. Peperangan juga meletus kerana sebuah rejim ingin membendung pemberontakan

    yang ditimbulkan oleh penduduk tempatan. Negara kota Sparta misalnya

    melakukan paksaan ke atas penduduk Messinia bagi mengerjakan tanah pertanian

    yang bertujuan menghapuskan penentangan terhadap negara kota tersebut.

    3. Peperangan turut meletus kerana sesebuah kerajaan atau empayar cuba melindungi

    perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan. Rom dan Carthage misalnya

    berperang disebabkan kedua-dua kuasa tersebut ingin mengekalkan monopoli

    perdagangan di Lautan Mediteranean.

    4. Ada juga peperangan yang meletus kerana merebut kawasan sempadan. Fenomena

    ini berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap akibat pengembangan atau

    pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Negara kota di Mesopotamia berperang

    disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas.

    5. Peperangan juga meletus kerana sesebuah kerajaan cuba mempertahankan

    kedaulatan negara daripada serangan luar. Dinasti Chin juga cuba membina tembok

    untuk melindungi serangan daripada orang-orang gasar.

    6. Faktor agama juga boleh membawa kepada peperangan seperti yang berlaku antara

    Athens yang beragama Atheist dan Parsi yang beragama Theist.

    7. Kebiasaan sesebuah kerajaan atau empayar berperang untuk mengukuhkan kuasa

    politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia. Keluasan sesebuah

    empayar menjadi ukuran kegemilangan dan kemegahan sesebuah kerajaan atau

    dinasti.

  • 940/1

    16

    Kesimpulan (1M)

    1. Peperangan adalah suatu fenomena sejagat.

    2. Tujuan peperangan berbeza mengikut tamadun dan tempoh waktu.

    3. Peperangan menjadi faktor utama yang menentukan corak perjalanan sejarah

    dunia.

  • 940/1

    17

    Soalan 6

    Bandingkan matlamat sistem pendidikan antara tamadun China dengan tamadun Islam.

    Pendahuluan (3M)

    - Pendidikan mempunyai kaitan yang rapat dengan keperluan bidang keagamaan, politik,

    dan sosial. Institusi-institusi pendidikan yang didirikan mempunyai objektif-objektif

    tertentu. Setiap tamadun mempunyai matlamat tertentu selaras dengan kehendak

    pemerintah.

    Isi-isi

    Matlamat Pendidikan China (5isi x2M=10M)

    1. Memberi asas yang kukuh dalam sistem birokrasi kerajaan. Calon-calon yang

    cemerlang dalam peperiksaan awam akam memegang jawatan dalam perkhidmatan

    awam.

    2. Pendidikan juga bertujuan mengekalkan kuasa politik dan kedaulatan maharaja.

    3. Menyerap nilai-nilai moral dan etika Confusianisme.

    4. Menjalinkan hubungan persaudaraan dan kepentingan nilai kekeluargaan seperti

    hormat kepada orang tua dan taat kepada ibu bapa.

    5. Juga bertujuan menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir China seperti

    Confucius dan Lao Tze.

    Matlamat Pendidikan Islam (5isi x 2M=10M)

    1. Membentuk akhlak mulia dan terpuji.

    2. Pendidikan sebagai bekalan untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

    3. Mengenal diri sebagai hamba dah Allah SWT sebagai pencipta.

    4. Memperlengkapkan diri dengan pengetahuan pelbagai bidang supaya dapat

    menguasai bidang kerjaya.

    5. Mendapat keredhaan Allah SWT dan mengabdikan diri kepada Allah.

    Kesimpulan (2M)

    - Kedua-dua tamadun mempunyai matlamat yang berbeza. Pendidikan Islam

    mementingkan agama sebagai penyatu umat manakala pendidikan China bersesuaian

    sebuah kerajaan sekular.

  • 940/1

    18

    Soalan 7

    Jelaskan faktor-faktor yang mendorong orang Mesir terlibat dalam penjelajahan dan

    penerokaan pada zaman tamadun awal.

    A : PENGENALAN [3 M]

    Kegiatan penerokaan dan penjelajahan telah bermula sejak zaman prasejarah lagi.

    Istilah penerokaan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata

    tempat atau daerah.

    Penjelajahan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan

    mengharungi.

    Orang Mesir mempunyai tradisi penerokaan sejak zaman awal lagi.

    Terdapat faktor yang mendorong orang Mesir melakukan penerokaan dan

    penjelajahan.

    B : Isi isi Penting [7 isi X 3 Markah=21 Markah]

    1. Tujuan Perdagangan

    Pemerintah Mesir menghantar ekspedisi ke seberang laut untuk mendapatkan

    barang-barang dagangan. Umpamanya, Ratu Hatshepsut telah menghantar ekspedisi

    yang terdiri daripada lima buah kapal ke Punt yang terletak berhampiran Somalia

    pada tahun 1453 S.M.

    Ekspedisi itu bertujuan untuk mendapatkan barang-barang dagangan seperti damar,

    dupa, gading, minyak wangi, daging, kayu cedar, kapur barus, bijirin, kayu kayan dan

    emas. Bahan wangian juga mendapat permintaan yang tinggi disebabkan ia

    digunakan untuk keagamaan dan kecantikan diri.

    Selain itu, orang Mesir aktif melakukan penjelajahan dan penerokaan untuk

    mengawal pengedaran dan penjualan komoditi berharga serta mencari jalan

    perdagangan.

    2. Tujuan penaklukan dan perluasan kuasa

    Catatan pada inskripsi menunjukkan ekspedisi tentera dihantar untuk menakluk dan

    menguasai jalan perdagangan. Umpamanya, Pyophi Nakht dihantar ke Nubia untuk

    menakluk kawasan tersebut yang merupakan pusat perdagangan yang penting.

    Kejayaan orang Mesir menakluk tanah-tanah jajahan disebabkan oleh pasukan

    tentera laut yang kuat.

    3. Untuk menimba ilmu pengetahuan

    Pelayar-pelayar Mesir berminat mendapatkan maklumat menerusi pemerhatian

    terhadap alam sekitar.

    Di samping itu, mereka ingin mengetahui keadaan geografi dan sumber ekologi

    sesuatu kawasan. Contohnya, firaun Necho melakukan ekspedisi penerokaan dan

    penjejajahan untuk mencari jalan perdagangan yang menghubungkan Laut Merah

    dengan Laut Mediterranean.

    4. Untuk memenuhi tuntutan agama

  • 940/1

    19

    Orang Mesir melakukan penerokaan dan penjelajahan untuk mendapatkan bahan-

    bahan untuk upacara keagamaan seperti dupa dan kemenyan.

    Selain itu, mereka juga melakukan penerokaan untuk mendapatkan bahan-bahan

    seperti batu-bata yang diperlukan bagi pembinaan rumah-rumah berhala.

    5. Untuk memenuhi semangat ingin tahu

    Pelayar-pelayar Mesir berminat mendapatkan maklumat menerusi kaedah

    pemerhatian terhadap alam sekitar. Mereka ingin mengetahui tentang keadaan

    geografi dan sumber ekologi sesuatu kawasan.

    Contohnya, firaun Necho mengupah pelayar-pelayar Phonecia untuk mengelilingi

    benua Afrika. Tindakan firaun Necho melakukan usaha ini didorong oleh keinginan

    untuk mengetahui keluasan kerajaan Mesir.

    6. Peranan pemerintah

    Pemerintah Mesir sendiri memainkan peranan utama dalam penjelajahan dan

    penerokaan dengan mengambil inisiatif melaksanakannya sendiri.

    Contoh, firaun Snefru pernah membawa sekitar 40 buah kapal penuh dengan

    muatan perdagangan seperti kayu cedar bermula dari pelabuhan Byblos sekitar

    tahun 3200 S.M.

    Bahkan perdagangan antara Mesir dengan Crete juga telah wujud semenjak abad ke-

    4 S.M melalui penjelajahan dan penerokaan ini.

    7. Galakan pemerintah

    Permaisuri Hatshepsut yang memerintah Mesir sekitar tahun 1503-1480 S.M telah

    menggalakkan urusan perdagangan, penjelajahan dan penerokaan.

    Pada tahun 1493 S.M beliau telah menghantar sekitar 30 orang dalam setiap kapal

    yang berjumlah 5 buah ke Punt yang berhampiran Somalia.

    Ini dapat dikesan di relief yang terdapat Deir el-Bahri di Valley of Kings yang

    menggambarkan pedagang dari Punt yang membawa barang perdagangan berharga

    seperti damar, gading, dan kayu kayan.

    8. Memiliki kemahiran kelautan dan pembinaan kapal

    Orang Mesir telah mengetahui tentang ilmu pengetahuan termasuklah kelautan

    Mereka juga mahir dalam geografi, hidrologi, dan ilmu bintang.

    Hal ini dapat membantu mereka dalam pelayaran pada waktu malam.

    Hannu, seorang ahli pelayaran dikatakan mempunyai kemahiran membuat kapal jika

    didasarkan kepada inskripsi yang mengisahkan beliau membina kapal sebelum

    belayar ke Punt.

    Dan, setelah tiba di Seba, beliau turut membina kapal-kapal yang lebih besar dan

    meneruskan pelayaran ekspedisi perdagangan ke Punt.

    9. Penghantaran ekspedisi

    Pada zaman pemerintahan firaun Necho pada tahun 600 S.M beliau telah mengupah

    pelaut Phonecia untuk menetapkan keluasan pemerintahan Mesir dan mengarahkan

    belayar ke bahagian selatan yang dianggap sebagai wilayah mereka. Ekspedisi ini

    telah berjaya mengelilingi ke seluruh benua Afrika.

    Bahkan Harkhruf pernah mengetuai ekspedisi untuk mencari jalan perdagangan laut

    ke Yam yang terletak di selatan Nubia.

  • 940/1

    20

    Pyoko Nakht pula pernah mengetuai ekspedisi ke Nubia untuk meletakkan Negara

    tersebut di bawah kekuasaan Mesir.

    Bahkan Hannu sendiri dalam ekspedisi penjelajahannya ke Punt diiringi oleh 3000

    tentera yang berperanan untuk melindungi daripada ancaman musuh.

    10. Mendapatkan bahan mentah

    Pada zaman pemerintahan Permaisuri Hatshepsut, ekspedisi turut dihantar keluar

    untuk mendapatkan bahan mentah seperti batu granit yang digunakan sebagai

    bahan untuk pembinaan monument, rumah berhala serta tugu-tugu. Contohnya,

    ekspedisi dihantar hingga ke Katarak dan pernah membawa pulang sekitar 350 tan

    batu untuk tujuan pembinaan.

    C : KESIMPULAN [1 M]

    Tamadun Mesir memberikan sumbangan besar dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.

    Aktiviti ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan

    agama.

  • 940/1

    21

    Soalan 8

    Sejauhmanakah seni bina dalam tamadun Rom menekankan sifat utilitarian (kegunaan).

    Pendahuluan (3M)

    1. Tamadun Rom terkenal kerana keagungannnya dalam bidang

    seni bina.

    2. Falsafah seni bina Rom yang mementingkan sifat utilitarian (kegunaan)

    mempengaruhi seni bina pada zaman ini.

    3. Pembinaan bangunan awam seperti forum, aquadect, dan jalan raya didirikan

    untuk kegunaan orang awam.

    4. Keagungan seni bina Rom dapat diperhatikan pada bangunan agung seperti

    teater, sarkas, forum, colloseum serta deretan tiang di sepanjang jalan raya.

    Isi-isi (7 isi x 3M = 21M)

    Forum

    1. Setiap bandar mempunyai kawasan awam yang di kenali sebagai forum.

    2. Forum didirikan di sebelah persimpangan jalan-jalan utama.

    3. Forum didirikan untuk kegiatan agama, sivik, dan perdagangan.

    4. Forum baru yang pertama didirikan oleh Maharaja Julius Caeser.

    5. Pelan forum ini dijadikan contoh dalam pembinaan forum oleh maharaja-

    maharaja Rom seterusya.

    Sarkas

    1. Semua bandar utama di Rom mempunyai sarkas.

    2. Sarkas yang didirikan oleh Maharaja Maximus digunakan untuk perlumbaan kuda

    dan kereta kuda.

    Colloseum

    1. Colloseum merupakan binaan bulat tanpa atap yang digunakan untuk

    pertandingan pahlawan Rom (gladiator).

    2. Pembinaan colloseum dimulakan pada tahun 80 M dan selesai dibina oleh

    Maharaja Flavian.

    3. Bangunan collososeum boleh memuatkan 50 000 hingga 80 000 orang penonton.

    4. Perlawanan antara banduan dengan hamba serta pertandingan kereta kuda

    dijalankan di bangunan ini.

    Teater

    1. Pada pertengahan abad pertama S.M, orang Rom membina teater yang

    diperbuat daripada batu.

    2. Pentas dan tempat duduk penonton disatukan untuk membentuk linkungan

    berbentuk D.

    3. Teater baru yang pertama didirikan oleh Marcellus pada abad pertama Masihi.

  • 940/1

    22

    Pantheon

    1. Sebuah lagi bangunan yang melambangkan keunikan seni bina Rom ialah

    Pantheon.

    2. Bangunan Pantheon dibina oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125M.

    3. Pantheon merupakan struktur berkubah yang berdiri bebas.

    4. Bahagian dalam bangunan ini diperkayakan dengan mozek dan lapis lindung.

    Bangunan mandian awam

    1. Bangunan mandian awam mula didirikan oleh Maharaja Hadrian.

    2. Bangunan mandian awam yang terkenal ialah Madian Caracalla yang didirikan

    oleh Maharaja Caracalla pada abad ke-3 M.

    3. Mandian Caracalla meliputi kawasan yang luas dan dikelilingi dinding dan

    dibekalkan oleh akuadek.

    4. Di dalam kawasan mandian terdapat beberapa taman dan dua buah

    perpustakaan.

    5. Di bahagian tengah kompleks mandian awam, terdapat ruang berasingan bagi

    mandi air panas, sejuk, suam, dan mandi wap.

    6. Kawasan ini juga dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik persalinan pakaian,

    berehat, dan tempat untuk bersenam.

    7. Kemudahan-kemudahan yang disediakan dikawasan mandian ini adalah untuk

    kegunaan awam.

    Jalan raya

    1. Jalan-jalan didirikan secara lurus, lebar, bersih, dan berturap.

    2. Terdapat lebih kurang 20 batang jalan besar yang menghubungkan bandar Rom

    dengan bahagian-bahagian lain dalam empayar.

    3. Jalan-jalan ini dibina oleh arkitek-arkitek yang dilatih oleh askar dan

    diselenggarakan oleh kerajaan.

    4. Deretan tiang didirikan di sepanjang jalan untuk mengasingkan laluan tepi jalan

    dengan jalan berturap serta memberikan perlindungan daripada panas matahari

    dan hujan.

    Bekalan air

    1. Rom juga dilengkapi dengan sistem bekalan air yang terbaik di dunia.

    2. Bandar-bandar juga memperoleh bekalan air daripada sistem saliran bawah

    tanah.

    3. Air dialirkan ke rumah-rumah kediaman melalui paip daripada tangki pembekal.

    4. Di Rom, terdapat dua aquadect yang membekalkan air bagi seluruh penduduk

    bandar Rom.

    5. Aquadect Marcia membekalkan satu juta liter air sejam bagi penduduk bandar

    Rom.

    6. Air diperoleh daripada empat belas saliran dan disalurkan melalui paip air

    sepanjang 165 km untuk memenuhi keperluan penduduk Rom.

    7. Dengan adanya saluran air penduduk dapat memperoleh bekalan air pada zaman

    aman dan peperangan.

    8. Selain itu, terdapat juga pancutan air di tengah-tengah bandar untuk

    memudahkan orang ramai menyejukkan pada hari yang panas.

  • 940/1

    23

    Kemudahan awam

    1. Bandar-bandar di Rom dibina secara terancang dan dijaga dengan rapi.

    2. Bandar-bandar di Rom juga mempunyai kemudahan-kemudahan awam.

    3. Antara kemudahan awam yang terdapat ialah pejabat, dewan orang ramai,

    kedai, rumah ibadat, dan perpustakaan.

    4. Bandar dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi sifat praktikal

    masyarakat Rom.

    Kesimpulan (1M)

    1. Berdasarkan huraian di atas, ternyata bandar-bandar di Rom dilengkapi dengan

    segala kemudahan selaras dengan sifat praktikal masyarakat Rom.

    2. Kemudahan-kemudahan seperti alat pemanas pusat, bekalan air, pancuntan air,

    mandian awam, forum, dan sarkas menunjukkan bahawa masyarakat Rom hidup

    dengan kesenangan dan keselesaan.

    3. Bangunan-bangunan yang didirikan mempunyai fungsi tersendiri dan diuruskan

    majlis perbandaran.

    4. Banyak ciri seni bina Rom masih mempengaruhi seni bina Eropah Barat dan

    tamadun-tamadun lain.

  • 940/1

    24

    Bahagian B ( Tamadun Islam )

    Soalan 9

    Tamadun Islam telah merubah cara hidup masyarakat jahiliah dalam pelbagai aspek.

    Huraikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat jahiliah selepas kelahiran Islam

    Pengenalan (3 markah)

    1. Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam

    Masyarakat Arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari

    dan masyarakat Badwi.

    Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim, Bani Adi, Bani Taim, Bani

    Umayyah.

    2. Masyarakat Arab selepas Islam

    Terdiri daripada golongan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berhijrah dari

    Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri

    daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudara.

    3. Latar belakang kemunculan Islam

    Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi. Asas

    kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah yang

    melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah,

    syariat dan akhlak.

    Isi isi penting (7 isi x 3M=21 markah )

    Perubahan perubahan dalam masyarakat Arab selepas Islam

    1. Agama &Kepercayaan

    Zaman jahiliah

    Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul.

    Agama penyembahan berhala paling dominan kerana sebahagian besar masyarakat

    jahiliyah menganut agama ini.

    Terdapat agama langit iaitu Nasrani dan Yahudi tetapi telah diselewengkan oleh

    paderi mereka untuk kepentingan diri sendiri.

    Selain itu, terdapat agama Majusi iaitu pengaruh daripada Parsi.

    Antara kepercayaan yang diamalkan adalah tilik nasib, sangka baik dan sangka buruk,

    animisme dan sihir.

    Zaman Islam

    Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa

    Rukun Islam : 5 perkara

    Rukun Iman : 6 perkara

    2. Akhlak

    Zaman jahiliah

  • 940/1

    25

    Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk.

    Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan.

    Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan merupakan perkara biasa kepada

    masyarakat Jahiliah.

    Zaman Islam

    Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk itu.

    Islam menganjurkan nilai-nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama,

    bertolak ansur dan lain-lain.

    3. Politik

    Zaman jahiliah

    Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Hal ini

    berpunca daripada faktor wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat

    oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara.

    Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi.

    Mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh syeikh kabilah.

    Setiap suku kaum taksub kepada suku masing-masing yang dipanggil assabiyah.

    Keadaan ini mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripada

    masalah kecil.

    Keadaan inilah yang menyebabkan suasana politik yang tidak stabil.

    Zaman Islam

    Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas.

    Ada sistem pemerintahan yang teratur.

    Pemerintahan berlandaskan Al- Quran dan Hadith.

    Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah.

    4. Ekonomi

    Zaman jahiliah

    Selepas keruntuhan empangan Maarib ekonomi masyarakt jahiliyah sangat

    meruncing. Kegiatan pertanian merosot kerana mereka tiada pengetahuan untuk

    membangunkan semula empangan tersebut.

    Hal ini menyebabkan ada kabilah yang menjadikan aktiviti merompak sebagai

    sumber ekonomi mereka.

    Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan

    mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi.

    Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan

    sebagainya.

    Zaman Islam

    Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan.

    Memperkenal dasar ekonomi Islam.

    Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian dan

    perniagaan.

    Hal ini menyebabkan ekonomi umat Islam meningkat maju sehingga dapat

    mengatasi kegiatan monopoli orang Yahudi dalam ekonomi.

    5. Ilmu Pengetahuan

  • 940/1

    26

    Zaman jahiliah

    Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan.

    Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf.

    Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Jadi perkembangan ilmu pengetahuan hanya

    bersifat hafalan dari satu generasi ke satu generasi. Jika sesuatu ilmu itu tidak

    diminati maka ilmu tersebut akan pupus begitu sahaja.

    Zaman Islam

    Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam.

    Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir.

    Di Madinah, masjid dijadikan sebagai tempat mengembangkan ilmu pengetahuan.

    6. Kesusasteraan

    Zaman jahiliah

    Arab Jahiliyah pandai bersyair dan berkhutbah.

    Tetapi hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan

    zaman Islam.

    Zaman Islam

    Oleh itu, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab al-Quran untuk dijadikan

    pedoman kepada manusia supaya dapat menandingi sastera Arab Jahiliah.

    Kesusasteraan Jahiliah membawa kepada pemujaan berlebihan dan membawa

    kepada pergaduhan.

    Al-Quran sebagai pedoman kepada kesusasteraan Islam.

    7. Kelas masyarakat

    Zaman jahiliah

    Mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah.

    Mementingkan kedudukan dalam masyarakat.

    Wanita dan hamba dianggap paling hina.

    Zaman Islam

    Mengamalkan perpaduan ummah.

    Menganjurkan persamaan taraf

    Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali ketakwaan mereka.

    8. Maruah wanita

    Zaman jahiliah

    Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat.

    Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka

    hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.

    Dianggap sebagai barang dagangan.

    Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri.

    Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai

    amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan

    memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa.

  • 940/1

    27

    Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi

    perangsang kepada tentera lelaki.

    Zaman Islam

    Memuliakan kedudukan wanita.

    Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara.

    9. Peperangan

    Zaman jahiliah

    Bersifat balas dendam

    Berperang kerana perkaraperkara yang kecil

    Zaman Islam

    Berbentuk jihad.

    Berperang kerana mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan Negara

    Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan dalam kalangan

    golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

    10. Hubungan Masyarakat

    Zaman jahiliah

    Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.

    Mengamalkan semangat assabiyah.

    Zaman Islam

    Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah

    Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan persaudaraan Islam.

    KESIMPULAN (1 markah)

    - Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala

    kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan

    berperikemanusiaan.

    - Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang

    bertamadun.

    Nota:

    1. Jika calon tidak membincangkan zaman sebelum Islam (Jahiliah), markah

    maksimum bagi isi 2 markah.

    2. Jika jawapan calon tidak menunjukkan perubahan, tiada sebarang markah

    diberi.

    3. Jika jawapan calon dalam bentuk perbandingan, markah penuh boleh diberi.

  • 940/1

    28

    Soalan 10

    Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam.

    Pengenalan (3 markah )

    Bandar-bandar di Sepanyol menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam selama 8 abad

    dan juga menjadi pusat perkembangan Tamadun Islam.

    Masyarakat Islam di Sepanyol merupakan masyarakat Islam di Eropah kerana

    bilangan majoritinya merupakan penganut agama Islam di Eropah.

    Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, terdapat pelbagai kaum di

    Sepanyol, kaum yang terbesar ialah kaum Barbar dan diikuti dengan bangsa Arab,

    Muwalladun, kaum Mozarab, masyarakat Yahudi dan golongan hamba.

    Isi isi penting ( 5 isi x 4M =20 markah )

    Kaum Barbar

    1. Masyarakat yang hidup menetap.

    2. Kebanyakan tinggal di desa.

    3. Melibatkan diri dalam bidang pertukangan, pertanian dan sebilangannya bertugas

    sebagai buruh,

    4. Berasal daripada keturunan pejuang-pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol.

    5. Setelah bergabung dengan kaum muslimin yang lain, mereka mula menghadapi

    penentangan daripada puak Kristian.

    Kaum Arab

    1. Merupakan golongan pemerintah Andalusia yang berketurunan Bani Umaiyyah.

    2. Terdiri daripada golongan yang kecil,

    3. Mempunyai pengaruh dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban. Pengaruh

    mereka kuat kerana mempunyai hubungan dengan pemerintah Bani Umayyah di

    Damsyik.

    4. Mereka juga berpengaruh dalam bidang ekonomi di Sepanyol, dan memiliki ladang-

    ladang yang besar serta hasil yang lumayan.

    Golongan Muwalladun

    1. Merupakan penduduk tempatan bangsa Sepanyol yang memeluk agama Islam.

    2. Bilangan mereka adalah melebihi orang Arab.

    3. Amat berbangga dengan agama yang mereka anuti.

    4. Berlaku perkahwinan campur antara orang Arab dengan golongan Muwalladun yang

    secara langsung merapatkan jurang antara mereka sehingga perbezaan antara

    bangsa Arab dan Muwalladun tidak dapat dikenali lagi.

  • 940/1

    29

    Golongan Mozarab :

    1. Merupakan orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah

    pemerintahan Islam.

    2. Boleh disamakan dengan golongan Zimmi, di bawah pemerintahan kerajaan

    Umayyah di Damsyik.

    3. Menetap di bandar dan di luar Bandar serta bertutur dalam loghat Rom.

    4. Bagi golongan terpelajar, mereka boleh bertutur dan menulis bahasa Arab dengan

    baik.

    5. Membayar jizyah kepada kerajaan Islam, menikmati kebebasan beragama dan tidak

    dipaksa menganut agama Islam.

    Golongan Yahudi dan Hamba :

    1. Golongan Yahudi tidak ramai tetapi mereka banyak menyumbang dalam bidang

    intelektual.

    2. Hidup dengan aman di bawah naungan kerajaan Islam dan membayar jizyah.

    3. Golongan hamba terbahagi kepada 2 puak, iaitu: Puak Negro dan puak Saqalibah.

    4. Golongan Saqalibah amat berpengaruh dan mempunyai bilangan yang ramai pada

    zaman pemerintahan Abdul Rahman III.

    5. Mereka akhirnya diberi kebebasan dan memeluk Islam serta berpengaruh dalam

    bidang politik.

    6. Pada abad ke-11, golongan ini merupakan salah satu daripada golongan yang penting

    di Sepanyol.

    Kesimpulan ( 2 markah )

    1. Kewujudan pelbagai puak di Sepanyol telah menjadi masalah yang besar kepada

    pemerintahan Islam di sana.

  • 940/1

    30

    Soalan 11

    Jelaskan peranan keluarga Barmaki dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah.

    A : PENGENALAN [3 M]

    Keluarga Barmaki berbangsa Parsi yang berasal dari Khurasan. Perkataan Bakmak

    berasal daripada nama datuk mereka, iaitu penjaga rumah berhala Majusi di Balk.

    Khalid bin Barmak memeluk Islam selepas Qutaibah bin Muslim menakluki Khurasan

    pada tahun 85 Hijrah.

    Keluarga Barmaki mengekalkan pengaruh dan kuasa mereka di Khurasan semenjak

    Qutaibah memimpin pasukan tentera di Khurasan.

    B : Isi isi Penting [7 isi X 3 Markah= 21 Markah]

    1. Menghapuskan pengaruh puak Syiah

    Antara peranan yang dimainkan oleh keluarga Barmaki dalam pemerintahan

    kerajaan Bani Abbasiyah ialah menghapuskan pengaruh puak Syiah.

    Khalid bin Barmak telah dilantik sebagai Ketua Jabatan al-Kharaj dan Jabatan Hal

    Ehwal Ketenteraan oleh Khalifah al-Saffah (132-136H).

    Beliau merupakan keturunan Barmak yang pertama berhubung dngan kerajaan

    Abbasiyah dan berkhidmat sehingga al-Saffah meninggal dunia.

    Khalid telah dilantik sebagai menteri (wazir) apabila Abu Salamah al-Khalali terbunuh

    kerana kecemerlangan dan kelebihannya dalam menjalankan tugas.

    2. Menjawat jawatan penting dalam kerajaan Abbasiyah

    Khalid bin Barmak telah dilantik sebagai menteri ketika pemerintahan Abu Jaafar al-

    Mansur (136-158H).

    Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Gabenor di al-Ray (Tehran dan kawasan

    sekitarnya) kerana menteri-menteri lain berasa cemburu dan hasad dengan beliau.

    Di samping itu, Khalid dan anaknya Yahya juga telah berjaya mematahkan

    pemberontakan di Mausil dan al-Jazirah pada tahun 158H.

    Khalid kemudiannya telah dilantik sebagai gabenor di Mausil, manakala anaknya

    Yahya dilantik sebagai gabenor di Azerbaijan.

    3. Mempunyai pengaruh yang besar dalam keluarga khalifah kerajaan Abbasiyah

    Yahya bin Khalid bin Barmak telah dilantik sebagai wazir oleh khalifah al-Mahdi (158-

    169H).

    Khalifah al-Mahdi telah menyerahkan anaknya Harun al-Rasyid untuk dipelihara.

    Yahya telah membesarkan Harun bersama anak-anaknya, malah ada riwayat

    mengatakan isteri Yahya telah menjadi ibu susuan Harun.

    Ketika al-Hadi (saudara Harun) ingin menyingkirkan Harun daripada jawatan Putera

    Mahkota, Yahya telah memberikan hak kepada Harun al-Rasyid sebagai khalifah.

    4. Melibatkan diri dalam pentadbiran negara kerajaan Bani Abbasiyah

    Hal ini jelas semasa Harun al-Rasyid menjadi khalifah. Yahya bin Khalid telah dilantik

    sebagai sebagai Perdana Menteri dan pengurus Baitulmal

  • 940/1

    31

    Bukan beliau sahaja, malah anak-anak beliau juga telah dilantik sebagai pegawai

    tinggi kerajaan kerana sifat Yahya yang bijak dan pintar.

    Al-Fadl dan Jaafar (anak-anak Yahya) telah dilantik sebagai wazir selepas Yahya

    bersara.

    5. Memainkan peranan penting dalam pendidikan

    Keluarga Barmaki juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan.

    Contohnya, Harun al-Rasyid telah dididik oleh Yahya bin Khalid sejak kecil sehingga

    menjadi khalifah.

    Yahya juga telah membangunkan Darul Hikmah.

    6. Mengukuhkan kewangan Baitulmal

    Keluarga Barmaki juga telah mengukuhkan kewangan Baitulmal.

    Khalid bin Barmak telah dilantik sebagai Ketua Jabatan al-Kharaj. Beliau telah

    mengukuhkan kedudukan ekonomi dan pendapatan Negara melalui pungutan cukai

    di daerah-daerah dan hasil kerajaan yang lain.

    7. Memajukan infrastruktur negara

    Semasa al-Fadl menjadi gabenor di Khurasan, beliau telah memajukan infrastruktur

    Negara dengan membina masjid, rumah-rumah kebajikan dan jalan raya.

    C : KESIMPULAN [1 M]

    Kesimpulannya, jelaslah keluarga Barmaki telah memainkan peranan yang penting

    dalam pemerintahan keluarga Abbasiyah, terutamanya dalam bidang ketenteraan

    dan kewangan.

  • 940/1

    32

    Soalan 12

    Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam bidang ketenteraan dengan

    memberikan contoh-contoh yang sesuai.

    A : PENGENALAN [3 M]

    1. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh utama (usnah hasanah) kepada

    kepimpinan tentera Islam.

    2. Ahli-ahli sejarah membahagikan peperangan yang berlaku pada zaman Baginda kepada

    dua iaitu ghazwah dan sariyyah. Ghazwah merujuk kepada peperangan yang disertai

    oleh Nabi Muhammad s.a.w, manakala sariyyah adalah peperangan yang tidak disertai

    oleh Baginda pada zaman tersebut.

    3. Terdapat 28 ghazwah dan 47 sariyyah sepanjang Nabi Muhammad s.a.w mengetuai

    Negara Islam Madinah.

    B : Isi isi Penting [7 isi X 3 Markah= 21 Markah]

    1. Menunjukkan contoh kepemimpinan yang terpuji

    Baginda berjuang kerana Allah SWT dan tidak takut berhadapan dengan tentera

    musuh yang lebih ramai. Contohnya dalam perang Badar tentera Islam berjumlah

    310 orang berjaya mengalahkan tentera musuh yang berjumlah 1000 orang.

    Kepemimpinan baginda juga menarik hati musuh untuk memeluk Islam. Walaupun

    berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan yang penting seperti perang

    Badar, perang Uhud dan perang Khandak.

    2. Memiliki akhlak yang mulia dan terpuji

    Baginda tidak bersikap zalim terhadap musuh. Tawanan perang Badar diberi peluang

    untuk menebus diri mereka dengan membayar antara 1000 hingga 4000 dirham

    seorang, manakala tawanan perang yang miskin dikehendaki mengajar 10 kanak-

    kanak muslim sehingga pandai. Langkah ini telah menarik hati musuh untuk

    memeluk Islam.

    Dalam perang Hunayn dan Taif, baginda menunjukkan sifat perikemanusiaan dengan

    memulangkan semula harta rampasan perang kepunyaan musuh. Langkah ini telah

    menyebabkan musuh terbuka hati memeluk Islam seperti Malik bin Auf.

    3. Mengamalkan etika perang yang berperikemanusiaan

    Tentera Islam berperang berpandukan syariat yang ditetapkan. Antaranya tidak

    memerangi golongan yang lemah, orang tua, wanita dan kanak-kanak, orang yang

    tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda seperti bangunan dan tanaman.

    Dalam perang Taif tentera Islam membiarkan musuh lari meninggalkan medan

    perang .

    Selain itu, rasullullah meneruskan tradisi tidak berperang pada musim haji.

    4. Mengamalkan prinsip musyawarah

    Nabi Muhammad s.a.w. akan berbincang dengan para sahabat dalam memutuskan

    strategi terbaik menghadapi tentera musuh. Dalam perang Khandak, baginda

  • 940/1

    33

    menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit di sekeliling Kota

    Madinah.

    5. Bijak merancang taktik dan strategi

    Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. merancang taktik dan strategi dalam

    menghadapi tentera musuh menyebabkan kebanyakan peperangan dimenangi oleh

    tentera Islam. Dalam perang Badar, tentera Islam menggunakan taktik menunggu

    musuh menyerang terlebih dahulu dan menguasai sumber air sehingga tentera

    musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana terlalu dahaga.

    Dalam perang Khandak pula, tentera Islam mempertahankan Kota Madinah dengan

    menggunakan taktik menggali parit mengelilingi kota itu sehingga menyukarkan

    musuh menyerang kota tersebut.

    6. Menanam konsep jihad dalam kalangan tentera Islam

    Konsep jihad digunakan untuk mempertahankan agama Islam, maruah diri dan

    Negara sekaligus membawa kepada perkembangan pesat agama Islam.

    Semangat ini menjadi daya pendorong dan iltizam kepada tentera Islam dalam

    menghadapi musuh. Semangat ini menuntut supaya tentera Islam melawan musuh

    yang bilangannya lebih besar tanpa rasa takut dan gentar.

    Melalui konsep jihad juga, anasir yang mengancam keselamatan Negara dapat

    dihindarkan. Misalnya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. golongan Yahudi yang

    mencabuli Perlembangaan Madinah telah diusir keluar dari Madinah.

    7. Memiliki sifat kepahlawanan

    Sifat inilah yang menjadi contoh kepada para sahabat seperti Abu Bakar al-Siddiq,

    Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Talib. Dalam perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w.

    sendiri mengetuai peperangan sehingga baginda tercedera dan nyaris-nyaris

    terbunuh.

    8. Berpegang kepada nilai amanah

    Baginda turut mengamalkan sifat amanah. Sifat ini memang sudah sebati dalam diri

    baginda sehingga digelar al-Amin (beramanah). Sifat amanah ditunjukkan oleh

    baginda ketika memimpin ekspedisi ketenteraan.

    Dalam semua ekspedisi yang dipimpin, baginda telah melaksanakan amanah Allah

    s.w.t dan juga amanah umat Islam seluruhnya dengan memimpin angkatan tentera

    untuk mencapai kejayaan di medan peperangan.

    Andainya tentera Islam tewas seperti yang berlaku dalam perang Uhud pada tahun

    ke-3H, baginda tetap tidak berganjak. Kekalahan ini juga tidak melemahkan

    semangat baginda untuk meneruskan perjuangan menghadapi musuh.

    9. Perjuangan berlandaskan akidah dan berakhlak mulia

    Akidah merujuk kepada perjuangan hanya kerana Allah serta tidak takut walaupun

    berhadapan dengan bilangan tentera yang besar jumlahnya, seperti dalam perang

    Badar.

    Akhlak pula ialah keperibadian baginda yang bukan sahaja telah menarik hati tentera

    Islam bahkan juga pihak musuh. Contohnya dalam perang Taif, baginda telah

    memulangkan semula harta benda yang dipohon oleh pihak musuh sehingga mereka

    terbuka hati menerima agama Islam.

  • 940/1

    34

    10. Berfikiran kritis dan berpandangan jauh

    Pemikiran kritis Nabi Muhammad s.a.w. dapat dilihat dalam peristiwa Perjanjian

    Hudaibiah. Walaupun pada peringkat awal sahabat nabi telah menentang perjanjian

    ini, nabi telah menjangkakan kemenangan pada masa akan datang. Jadi baginda

    telah merasionalkan para sahabat yang menentang perjanjian tersebut. Hal ini

    terbukti apabila pihak Quraisy mencabul perjanjian menyebabkan Rasulullah s.a.w

    bertindak membuka Kota Makkah.

    C : KESIMPULAN (1 M)

    Kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. yang ditonjolkan di medan perang berjaya

    mengalahkan tentera musuh dan mencapai kemenangan yang besar.

    Kehebatan baginda juga menjadi asas kepada kejayaan tentera Islam mengalahkan

    Rom dan Parsi pada zaman berikutnya.

  • 940/1

    35

    Soalan 13

    Jelaskan peranan zakat dalam Islam serta pelaksanaannya pada zaman Nabi Muhammad

    SAW sehingga zaman Bani Umaiyah.

    A : PENGENALAN [3 M]

    Zakat dari segi bahasa membawa maksud kesucian, kebersihan, keberkatan dan

    kepujian daripada perasaan tamak, bakhil dan sifat-sifat keji.

    Zakat dari segi syarak pula bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk

    diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Zakat juga disebut sebagai

    sadaqah.

    Perkataan Zakat kerap kali disebut di dalam al-Quran. Dalam ayat 110 dari surah al-

    Baqarah menyebutkan Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat. Memandangkan

    zakat termasuk dalam Rukun Islam, maka zakat mempunyai banyak peranan dan

    hikmah kepada pengeluar dan penerimanya.

    B : ISI-ISI PENTING [21 M]

    a) Peranan zakat [6 isi X 2 M = 12 M]

    1. Mengeratkan tali persaudaraan dan hubungan umat Islam

    - Fungsi zakat antaranya ialah mengeratkan tali persaudaraan dan hubungan

    umat Islam khususnya antara golongan kaya dengan golongan miskin.

    Pentingnya hubungan ini bukan sahaja membolehkan golongan tidak

    bernasib baik menjalani kehidupan dengan lebih sempurna, bahkan ia dapat

    menguatkan perpaduan umat Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW

    sejak awal perkembangan Islam.

    2. Membersihkan jiwa dan rohani serta melahirkan masyarakat yang

    berkerjasama.

    - Sesuai dengan pengertian dari segi bahasa , peranan zakat seterusnya ialah ia

    dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia yang kotor seperti bakhil,

    sombong mementingkan diri, sayangkan harta dan sebagainya. Hal ini

    bertepatan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dalam surah al-

    Mukminun, ayat yang keempat. Terhapusnya sifat-sifat ini akan melahirkan

    masyarakat yang lebih aman dan bahagia serta saling berkerjasama.

    3. Sebagai medan ujian untuk mengawal hawa nafsu dan meningkatkan

    ketakwaan.

    - Seterusnya peranan zakat ialah menjadi medan ujian bagi golongan kaya

    mempertingkatkan rasa qanaah yang dapat membendung mereka dikuasai

    oleh hawa nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas. Dengan terhapusnya

  • 940/1

    36

    sifat-sifat negatif maka akan lahir sifat pemurah, tolong-menolong yang

    merupakan simbol ketakwaan individu terhadap Allah.

    4. Mendekatkan jurang sosial sesama manusia.

    - Zakat dapat mewujudkan suasana yang harmoni antara golongan yang

    berada dengan golongan miskin. Pemberian zakat oleh individu berada dapat

    mendekatkan jurang sosial antara mereka. Orang miskin tidak akan berasa

    cemburu di atas kelebihan harta benda yang dimiliki oleh orang kaya.

    Manakala orang kaya pula dapat menunaikan tanggungjawab dan amanahnya

    terhadap Allah s.w.t. serta menandakan kesyukuran terhadap harta yang

    dimiliki.

    5. Membersihkan harta seseorang daripada bercampur dengan harta lain.

    - Pemberian zakat juga akan dapat membersihkan harta seseorang daripada

    bercampur dengan harta yang lain. Mengikut penilaian Islam , harta yang

    dimiliki oleh seseorang individu apabila setelah genap setahun dan cukup

    nisabnya, harta itu wajib dikeluarkan sebahagian daripadanya sebagai zakat

    dan diagihkan kepada mereka yang berhak. Seandainya harta itu tidak

    dizakatkan, sedangkan telah wajib dan dibelanjakan juga bermakna ia

    menggunakan hak orang lain.

    6. Membantu golongan-golongan yang berhak menerima zakat (golongan Asnaf)

    - Pemberian zakat oleh seseorang individu akan diagihkan kepada golongan

    yang sepatut menerimanya iaitu golongan asnaf antaranya orang fakir,

    miskin, amil, mualaf , orang yang berhutang, orang yang berjihad dan musafir

    serta hamba yang ingin memerdekakan dirinya. Hikmah pemberian zakat

    akan dapat meringankan beban kehidupan bagi orang fakir dan miskin.

    Meringankan bebanan orang yang menanggung hutang, serta dapat

    membebaskan diri bagi hamba untuk menjadi manusia yang merdeka. Bagi

    orang mualaf akan dapat membuatkan hati mereka lebih terpikat kepada

    Islam. Bagi orang yang berjihad pula dapat membantu orang-orang yang

    berjuang untuk menegakkan kalimah Allah S.W.T. seperti berdakwah,

    menuntut ilmu dan berjihad.

    b : Perlaksanaan Zakat [3 isi X 3 M = 9 M]

    i) Zaman Nabi Muhammad SAW

    - Pada zaman Nabi Muhammad SAW masih menetap di kota Makkah, zakat

    ketika itu berlandaskan konsep tolong-menolong dan membantu antara

    golongan berada dengan golongan miskin. Kewajipan zakat pada zaman itu

    berlandaskan kepada konsep pilihan (ikhtiar) tanpa dihadkan kepada kadar

    nisabnya dan jenis harta yang dikeluarkan. Nisab atau kiraan zakat lahir

    daripada kekuatan iman, keikhlasan dan kesedaran manusia itu sendiri.

    Kabilah yang mula-mula membayar zakat ialah Bani Adhrah dari Yaman

    terkenal sifat pemurah dan baik hati.

  • 940/1

    37

    - Setelah dua tahun Nabi Muhammad SAW menetap di Madinah pada tahun

    623 M, zakat difardukan secara ijbari (kuat kuasa) iaitu wajib ke atas umat

    Islam yang mampu antara bulan Syaaban hingga bulan Syawal. Bermula pada

    tahun itu, umat Islam yang mampu dan enggan membayar zakat dikenakan

    hukuman seperti hukuman bunuh atau dipaksa oleh pemerintah untuk

    membayarnya.

    ii) Zaman Khulafa al-Rasyidin.

    1. Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq perintah zakat adalah tegas. Khalifah

    Abu Bakar telah mengistiharkan perang ke atas umat Islam yang enggan

    membayar zakat. Ternyata apabila nabi Muhammad SAW wafat, sebahagian

    Umat Islam mula mendakwa bayaran zakat tidak perlu dibayar. Khalifah Abu

    Bakar al-Siddiq telah bertindak tegas dengan memerangi golongan enggan

    membayar zakat ini yang dilakukan oleh suku-suku Abs dan Zubyan di bawah

    pimpinan Malik al-Nuwairah.

    2. Pada zaman khalifah Umar al-Khattab, perluasan kuasa dan kawasan

    pengaruh Islam telah bertambah. Dengan itu sumber ekonomi telah

    bertambah dan perlaksanaan zakat telah semakin terserlah . Umar al-

    Khattab telah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi dengan

    mendirikan sebuah Diwan yang dikenali sebagai Baitul Mal untuk

    menguruskan urusan zakat dan cukai.

    iii) Zaman Bani Umaiyah

    Khalifah Umar bin abdul Aziz telah menubuhkan institusi zakat dan telah

    melantik amil (pemungut zakat) untuk memungut zakat. Pada zaman Khalifah

    Umar bin Abdul Aziz, masyarakat Islam digalakkan bekerja keras dan bermuafakat

    sehinggalah mereka menjadi masyarakat yang kaya-raya. Kemakmuran

    masyarakat Islam dapat dilihat dengan jelas pada zaman Khalifah Umar bin Abdul

    Aziz ini tiada seorang pun yang layak menerima zakat.

    1. Zakat pada Zaman Bani Umaiyah dibahagikan kepada lima iaitu :

    a. zakat emas dan perak dikenakan sebanyak 2.5 peratus

    b. zakat binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu iaitu:

    setiap 40 ekor kambing, zakatnya seekor kambing bilangannya 100 ekor, jika

    101-200 zakatnya seekor setiap 100 ekor

    Bagi unta, setiap 5 ekor zakatnya seekor kambing, sehingga bilangannya 24

    ekor; jika 25 ekor unta zakatnya seekor anak unta betina yang berumur

    setahun.

    Bagi lembu atau kerbau, setiap 30 ekor zakatnya seekor anak betina yang

    berumur setahun, apabila sampai 60 ekor zakatnya seekor juga tetapi

    berumur dua tahun.

    Kuda juga dikenakan zakat; jika sekiranya dijadikan sebagai perniagaan,

    dikenakan zakat perniagaan; tetapi jika dipelihara untuk kegunaan lain tidak

    dikenakan zakat.

    c. Zakat barangan perdagangan dikenakan 2.5 peratus, mengikut syarat-syarat

  • 940/1

    38

    zakat emas dan perak.

    d. Zakat galian dan harta yang tertanam; jika di bumi perang zakatnya 1/5 tetapi

    jika di bumi aman 2.5 peratus.

    e. Zakat tanaman dan buah-buahan; jika menggunakan siraman air hujan zakatnya

    1/10 dan jika diusahakan sendiri 1/20.

    2. Kerajaan Bani Umaiyah telah menubuhkan sebuah jabatan iaitu Diwan al-

    Kharaj untuk mengutip cukai dan mengeluarkan perbelanjaan negara.

    C : PENUTUP ( 1 Markah )

    - Zakat telah menjadi sumber pendapatan penting kepada negara dan masyarakat

    Islam sejak Zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah ke hari ini.

    - Peranan zakat sangat besar kepada umat Islam amnya dan setiap individu yang

    mengeluarkan zakat khususnya.

    - Sebagai rukun Islam yang ketiga, menunaikan zakat tidak boleh dianggap ringan

    kerana pemimpin-pemimpin dahulu telah melaksanakannya dengan penuh

    ketegasan.

    - Hari ini, pengamalan membayar zakat akan meningkatkan ketakwaan seseorang

    terhadap Allah s.w.t

  • 940/1

    39

    Soalan 14

    Bincangkan sumbangan yang dimainkan oleh Ibn Taymiyah dalam sejarah pemikiran Islam

    khususnya yang berkaitan dengan Gerakan Islah.

    Pendahuluan(3M)

    - Gerakan reformasi berlaku apabila umat Islam mula mengalami zaman keruntuhan pada

    pertengahan abad ke-8 H / 13 M.

    - Serangan tentera Monggol ke atas negara-negara Islam di sebelah timur dan serangan

    tentera Salib di sebelah barat telah menyebabkan banyak empayar Islam telah jatuh ke

    tangan musuh.

    - Kesannya, banyak gedung ilmu yang terdapat di kota-kota besar seperti Cordova,

    Granada, dan Damsyik musnah. Kemusnahan ini mengakibatkan kemusnahan ilmu

    pengetahuan, psikologi, dan pemikiran. Masyarakat Islam mengalami masalah akidah

    dan fikah dan akhirnya telah membawa kepada lahirnya Ibn Taymiyah.

    - Nama sebenarnya ialah Taqi al-din Ahmad bin Taymiyah. Beliau seorang ahli teologi

    bermazhab Hambali dan sarjana Islam yang digeruni kerana sikap radikalnya. Ibn

    Taymiyah telah mengambil alih tempat bapanya di Madrasah Sukkariah pada tahun 683

    H dan pernah mengajar tafsir al-Quran di Masjid Umawi di Damsyik.

    Isi-isi

    Sumbangan Ibn Taymiyah (7 isi x 3M)

    1. Beliau telah menyertai ekspidisi tentera Mamluk di Mesir bagi menentang kaum

    Syiah yang dituduh memberi bantuan kepada tentera Kristian Monggol. Pada

    waktu itu tentera Monggol sedang menyerang Kota Damsyik.

    2. Ibn Taymiyah telah pergi ke Kaherah pada tahun 700 H dan meminta Sultan

    Muhammad bin Qawalun supaya menyelamatkan Damsyik daripada serangan

    tentera Monggol.

    3. Beliau pernah juga menyertai ekspedisi menentang tentera Monggol pada tahun

    702 H dan beliau telah disuruh memberi fatwa mengecualikan tentera Islam

    daripada berpuasa sewaktu berperang. Pada tahun 704 H,beliau telah menyertai

    ekspedisi menentang kaum Syiah Rawafid di Kasrawan.

    4. Ibn Taymiyah telah mengecam amalan bidaah seperti menziarahi kubur-kubur

    keramat. Disebabkan itu beliau ditentang oleh tokoh-tokoh tasawuf di Mesir

    seperti Ibn Ataullah yang mengakibatkan beliau dipenjarakan beberapa kali di

    Kaherah dan Damsyik. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat penyeksaan yang

    diterima dalam penjara.

  • 940/1

    40

    5. Berjuang untuk menghapuskan unsur-unsur pemikiran Yunani dan amalan-amalan

    bidaah dan menonjolkan keistimewaan uslub al-Quran dan Sunnah.

    6. Mengecam konsep wujudiyah yang mengemukakan teori bahawa Tuhan dan alam

    termasuk manusia adalah satu yang dicipta oleh Ibn Arabi.

    7. Beliau juga menentang amalan tasawuf tarekat yang memasukkan unsur-unsur

    bidaah seperti membayar niat di kubur-kubur keramat. Amalan ini dianggap

    bertentangan dengan konsep tauhid.

    Kesimpulan (1M)

    - Usaha reformis Ibn Taymiyah telah diteruskan oleh dua orang muridnya, iaitu Ibn al-

    Qayyim dan Muhammad bin Abdul Wahab. Idea reformisnya telah banyak

    mempengaruhi tokoh-tokoh Islah di Tanah Melayu seperti Syed Syeikh al-Hadi dan

    Syeikh Tahir Jalaluddin.

  • 940/1

    41

    SOALAN 15

    Bandingkan dasar pemerintahan khulafa al-Rasyidin dengan pemerintahan Bani Umaiyah.

    Pendahuluan (3M)

    1. Khulafa al-Rasyidin bermaksud khalifah-khalifah terpimpin oleh al-Quran dan Sunnah diterajui

    Abu Bakar , Umar, Uthman dan Ali.

    2. Kerajaan Bani Umayyah sempena nama Umaiyah iaitu moyang pengasas kerajaan ini iaitu

    Muawiyah bin Abu Sufian.

    Isi-isi Penting (5 isi x 4M = 20M)

    Pemilihan khalifah

    1. Khulafa al-Rasyidin dipilih melalui majlis Syura, wasiat, undian, dan sokongan. Golongan tertentu

    serta dapat baiah.

    2. Kerajaan Umaiyah dipilih berdasarkan keturunan Bani Umaiyah.

    3. Pewaris biasanya dilantik sebagai putera mahkota terlebih dahulu.

    4. Kedua-dua kerajaan ini adalah berasal daripada keturunan Quraisy.

    Pemilihan pegawai tadbir

    1. Khulafa al-Rasyidin melantik pegawai terdiri daripada para sahabat nabi dan sesiapa yang layak

    kecuali pada akhir zaman khalifah Uthman.

    2. Dinasti Umaiyah memilih para pegawai daripada kalangan mereka dan berketurunan Arab.

    Pusat pemerintahan

    1. Khulafa al-Rasyidin berpusat di Kota Madinah dan Kufah semasa pemerintahan Saiyidina Ali.

    2. Damsyik menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umaiyah kerana ramai penyokong di sana.

    Corak pemerintahan

    1. Khulafa al-Rasyidin mengamalkan corak pemerintahan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Umar

    al-Khatab telah melakukan reformasi pentadbiran diikuti Uthman bin Affan.

    2. Kerajaan Umaiyah tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang ditinggalkan oleh Nabi

    Muhammad s.a.w.

    3. Pentadbiran mirip kepada Sayyid yang diamalkan semasa jahilah dan corak pemerintahan

    Rom.

    Dasar perluasan kuasa

    1. Umar meluaskan kuasa ke Mesir dan Uthman menubuhkan angkatan laut bagi mengimbangi

    kuasa Rom.

    2. Pentadbiran Umaiyah lebih agresif dengan meluaskan kuasa Ke Sepanyol, Afrika,dan hingga ke

    China.

  • 940/1

    42

    Perjalanan pentadbiran

    1. Khulafa al-Rasyidin ditentukan jawatan khalifah melalui majlis Syura berpandukan al-Quran

    dan Sunnah.

    2. Kerajaan Umaiyah berpusat pada khalifah untuk menentukan dasar.

    3. Pentadbiran semakin menumpukan kepada soal-soal duniawi.

    Kesimpulan

    Pentadbiran Khulafa al-Rasyidin mewarisi apa yang ditinggal Rasulullah sedangkan pentadbiran

    Muawiyah semakin menyimpang jauh.

  • 940/1

    43

    Soalan 16

    Bincangkan sumbangan Sulayman al-Mahri dalam bidang pelayaran dan geografi.

    A : PENGENALAN [3 M]

    Sulayman al-Mahri hidup dalam pertengahan abad ke-10H/16M.

    Berasal dari Arab Selatan, iaitu Maharan, Hadramaut.

    Terkenal sebagai pengembara dan telah melakukan pengembaraan intensif ke

    semua lautan terkenal di dunia dan telah menulis pengalaman pengembaraannya

    dalam beberapa risalah.

    B : Isi isi Penting

    Sumbangan Sulayman al-Mahri [5 isi x 4 Markah= 20 Markah]

    1. Berjasa besar dalam bidang pelayaran

    - lautan pertama dilalui ialah lautan Hindi dan melalui sepanjang Lautan Pasifik, Selat

    Bering, Lautan Artik, Lautan Atlantik dan memasuki Mediterranean melalui Gigraltar.

    - Selain itu, laluan pelayaran yang lain ialah bermula dari Lautan Hindi dan terus ke

    pantai Habsyah, Mozambique, Tanjung Harapan, melalui Lautan Atlantik, kemudian

    memasuki Mediterranean hingga ke Selatan Gibraltar (Jabal Tariq).

    - Perjalanan dan laluan ini telah digunakan oleh Vasco da Gama, seorang ahli

    pelayaran barat yang terkenal.

    2. Menulis lima risalah penting tentang nautikal, sains, bintang, planet, laluan laut,

    pergerakan angin dan tanah pantai iaitu:

    a. Qiladat al-Shumus fiilm at-Tarikh

    - membincangkan tentang prinsip dan perkara terperinci mengenai pembahagian

    tahun, bulan, bintang, planet, laluan laut, pergerakan angin, dan tanah pantai.

    - Qiladat al-Shumus fiIlm at-Tarikh. Tentang prinsip dan perkara terperinci mengenai

    pembahagian tahun, bulan, bintang, matahari, serta membincangkan takwim

    mazhab Kristian di Mesir, tentang tahun Parsi dan tentang era sains.

    b. Kitab Tuhfat al-Fuhul fi Tamhid al-Usul

    - memperkatakan tentang astronomi, dan sains nautikal termasuk juga penerangan

    tentang bumi yang berbentuk sfera, serta bintang, pelayaran di laut dan seni ilmu

    pelayaran.

    - Ia mengandungi tujuh bab: Bab 1 menjelaskan tentang cakerawala dan bintang. Bab

    2 tentang bulatan nautika. Bab 3 berkaitan pelayaran di laut. Bab 4 menerangkan

    tentang dua pelayaran di laut iaitu mengikut garis pantai atau mengharungi lautan

    dalam. Bab 5 berkaitan kegunaan garis bintang lintang bagi menentukan garis lintang

    sesebuah pelabuhan. Bab 6 pula tentang pengiraan jarak antara dua pelabuhan dan

    bab 7 berkaitan perihal angin.

    c. Al-Umat al-Mahryiyah fi Dabt al-Ulum al-Bahriyyah

    - Tentang jarak antara bintang dengan khatulistiwa, nama-nama bintang, laluan jalan

    laut di sepanjang pantai timur dan barat di Tanjung Camarin, jalan laluan menuju ke

  • 940/1

    44

    Hijjaz dan pantai selatan Arab, pantai barat laut India, pantai timur Afrika dan India,

    Malaya, Indochina, dan barat China.

    - Beliau juga memperkatakan secara terperinci tentang monsun di Lautan Hindi dan

    menerangkan dua jenis monsun yang melanda secara berlawanan di pantai barat

    dan timur India, Burma dan Malaya.

    d. Kitab Al-Minhaj al-Fakhir fi Ilm al-Bahr al-Zakhir

    - memperkatakan tentang jalan laluan laut di pantai Arab, Makran, Sind, Gujerat,

    kankan, Tulwan, Malabar, Somaliland, Afrika Timur, Bengal, Siam, Mala, Melaka,

    Indochina, barat negara China dan beberapa laluan di laut tinggi.

    - Dalam bab kedua risalah ini ada menyebut tentang bahagian latitud yang didiami,

    manakala bab 3 pula memperkatakan tentang tanah atau pulau-pulau yang besar

    dan luas termasuklah Madagaskar, Sychelles, Maldives, Ceylon, Java, Sumatera,

    Banda, Melaka, dan Borneo.

    e. Kitab Sharh Tuhfat al-Fuhul fi Tauhid al-Usul

    - memperkatakan tentang langit yang berbentuk sfera, bintang-bintang, jalan laluan di

    laut tinggi, tinggi muka bumi dari aras laut dan bintang serta pergerakan angin.

    C : KESIMPULAN [2 M]

    Sulayman al-Mahri telah berjaya memberi suatu asas kepada masyarakat dunia

    untuk melangkah ke arah lebih maju dan bertamadun khususnya dalam bidang

    pelayaran dan geografi.

  • 940/1

    45