Sejarah Kertas 3- Set 1

13
1 SEJARAH KERTAS 3 2013 SOALAN: 1 ( PENGETAHUAN ) SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TELAH MENYERTAI DAN BERGERAK AKTIF DALAM PERTUBUHAN SERANTAU. JELASKAN LATAR BELAKANG PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU. ( 5 markah ) ( ms 253 ) Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 31 Julai 1961 di Bangkok yang terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Thailand. Pertubuhan seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963. Seterusnya Persatuan Negara- negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967. Antara anggota negara ASEAN ialah Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial. SOALAN 2 ( MEMAHAMI ) BERDASARKAN PENGETAHUAN ANDA, MENGAPAKAH MALAYSIA MENYERTAI PERTUBUHAN- PERTUBUHAN BERIKUT : ( ms 253 256 ) i. ASA ( 10 markah ) ii. MAPHILINDO ( 10 markah ) iii. ASEAN ( 10 markah ) i. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) – 10 markah Malaysia telah menyertai pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) setelah mencapai kemerdekaan kerana diancam hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia pergerakan PKM telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengaruh fahaman komunis dalam kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

description

O

Transcript of Sejarah Kertas 3- Set 1

Page 1: Sejarah Kertas 3- Set 1

1

SEJARAH KERTAS 3 2013

SOALAN:   1 ( PENGETAHUAN )

SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN MALAYSIA TELAH MENYERTAI DAN BERGERAK AKTIF

DALAM PERTUBUHAN SERANTAU.

JELASKAN LATAR BELAKANG PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU.

( 5 markah ) ( ms 253 )

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara

yang berjiran antara satu sama lain. Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau

yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun

31 Julai 1961 di Bangkok yang terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Thailand. Pertubuhan seterusnya

ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963. Seterusnya

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967. Antara anggota negara

ASEAN ialah Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk

kepentingan politik, ekonomi atau sosial.

SOALAN 2 ( MEMAHAMI )

BERDASARKAN PENGETAHUAN ANDA, MENGAPAKAH MALAYSIA MENYERTAI PERTUBUHAN-

PERTUBUHAN BERIKUT : ( ms 253 – 256 )

i. ASA ( 10 markah )

ii. MAPHILINDO ( 10 markah )

iii. ASEAN ( 10 markah )

i. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) – 10 markah

Malaysia telah menyertai pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) setelah

mencapai  kemerdekaan kerana diancam hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia pergerakan

PKM telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengaruh fahaman komunis dalam

kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli-ahlinya

melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia.  

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 2: Sejarah Kertas 3- Set 1

2

Di negara-negara jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan

dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan

gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua-dua buah negara untuk melemahkan dan

seterusnya menghapuskan gerakan komunis. Begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam

oleh pengaruh Komunis.

Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran agar dapat membendung

pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu Tunku Abdul Rahan telah mencadangkan penubuhan ASA.

Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan

juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan

Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan.

Antara matlamat ASA ialah menjalinkan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang

ekonomi, sains dan sosial. Matlamat ASA yang kedua adalah  untuk memberikan dan menyediakan

kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota.

Matlamat ASA yang terakhir ialah mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik

negara-negara anggota.

Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat.

ASA juga dianggap sebagai sebuah antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian

ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan

Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia

dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA

pada tahun 1963.

ii. MAPHILINDO

MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan

menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 3: Sejarah Kertas 3- Set 1

3

Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah disebabkan

oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia

kerana presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau

penjajahan bentuk baru. Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah

yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah mengadakan rundingan

dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHLINDO.

Ketiga-tiga negara ini telah mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan

pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. PBB

telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More

untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Hasilnya, majoriti rakyat dikedua-dua negara

negeri berkenaan bersetuju dan menyokong Pembentukan Malaysia

Sungguhpun begitu Indonesia dan Filipina terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan

yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

iii. ASEAN

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran tetap

diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini iaitu ASA dan MAPHILINDO

gagal dan tidak dapat bertahan lama.

Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 ogos 1967 yang

membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai

ASEAN.

Antara matlamat  pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia

Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan,

meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan

perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta

mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan dan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 4: Sejarah Kertas 3- Set 1

4

Keanggotaan ASEAN pada ketika terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia,

Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua

negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei,

Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini

terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Asia Tenggara.

SOALAN 3 ( MENGANALISIS )

TERANGKAN PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN ( ms 258 – 260 ) ( 25 markah )

Malaysia telah memainkan peranan yang penting di dalam pertubuhan ASEAN sesuai dengan matlamat

penubuhannya sebagai satu asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal

penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

Dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu

deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi

Kuala Lumpur.  Mereka sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan

berkcuali atau dikenali sebagai Zone of Peace Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN

adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol

dengan mana-mana blok Barat atau Timur bagi mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar.

Walau bagaimanapun konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun

1978 dan menjatuhkan kerajaan Khemer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini

dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demoktarik Campuran Kampuchea di

bawah pimpinan Putera Noradom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan

mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Dalam mesyuarat pada tahun 1948, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN

ialah Zon bebas senjata Nuklear. Hal ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal

menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap

konsep ZOPFAN.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 5: Sejarah Kertas 3- Set 1

5

Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan ke arah

kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-

projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu, ( Sarawak ) serta Acheh di Indonesia.

Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau

ASEAN Free Trade Area ( AFTA ) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura

pada tahun 1992.

Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi

bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea yang telah dikemukakan 

oleh Dato Seri Dr. Mahathir dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic

Caucus ( EAEC ). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya

Amerika Syarikat,  Tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi

tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk kepada kerjasama yang

ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur, iaitu China, Jepun dan Korea.

Menteri-Menteri Luar negara-negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang

ingin diwujudkan.

Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan

sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan

ASEAN, Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio juga dijalankan. Sukan SEA juga diadakan

untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan

kerjasama dijalankan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar

berbaik-baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA,

MAPHILINDO dan ASEAN

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 6: Sejarah Kertas 3- Set 1

6

SOALAN 4 ( MENGAPLIKASI )

BAGAIMANAKAH NEGARA MALAYSIA BERUSAHA MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN

KESEJAHTERAAN SERANTAU? ( 10 markah )

Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai

keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.

Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi

manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta

menolak gejala negatif.

Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan

dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi

melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan.

Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain.

Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang

kezaliman.

Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika

menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu

mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan yang bersifat sejagat. 

Kita juga perlu memastikan wujudnya hubungan baik dengan semua negara bagi menjamin keselamatan

negara.Pembangunan dan kemajuan ekonomi juga perlu dijana secara berterusan.Negara juga perlu

mengamalkan sikap terbuka dan mengekalkan hubungan diplomatik.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 7: Sejarah Kertas 3- Set 1

7

SOALAN 5 ( MENILAI )

PADA PANDANGAN ANDA, APAKAH FAEDAH / KEJAYAAN / MANFAAT/ KEBAIKAN YANG

DIPEROLEH MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA PERTUBUHAN SERANTAU ( 10 markah )

Dari segi sosial, Malaysia mendapat kerjasama menanagani masalah pengedaran dadah seperti

penyeludupan dadah di sempadan Thailand dan Singapura. kes pemerdagangan manusia di atasi

dengan kerjasama negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. kes kebanjiran pendatang tanpa

izin (PATI) Indonesia dapat diselesaikan melalui rundingan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia.

Pertikaian isu penderaaan pembantu rumah asing dapat diselesaikan melalui kerjasama diplomatik.

Program pertukaran pelajar antara negara dilakukan untuk meningkatkan kerjasama pendidikan antara

negara anggota ASEAN. Contohnya murid asrama penuh di Malaysia telah menerima pertukaran murid

dari Thailand dan Indonesia. selain itu isu jerebu yang berlaku di Malaysia dan Singapura yang berpunca

daripada pembakaran hutan di Indonesia cuba diselesaikan melalui bantuan bomba dan kesihatan dari

Malaysia. Dalam aspek pelancongan, negara-negara ASEAN digalakkan melawat Malaysia pada tahun

2014 bersempena Tahun Melawat Malaysia.

Dari segi politik Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Selain

itu Malaysia berjaya mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea melalui rundingan

sehingga terbentuknya Kerajaan demokratik campuran. Malaysia juga tetap komited bagi melaksanakan

konsep ZOPFAN bersama dengan pertubuhan ASEAN. Malaysia juga terus mengekalkan Asia tenggara

bebas daripada senjata nuclear. Malaysia menjadi perantara dalam mendamaikan konflik di selatan

Filipina/ Mindanao dan terlibat dalam perundingan pembentukan kerajaan demokrasi di Myanmar yang

sebelum dalam pemerintahan Kundeta

Selain itu, Malaysia menyertai rundingan dengan Thailand mengenai isu penduduk Islam di

Patani/ Selatan Thailand. Malaysia menggesa kerajaan Myanmar memberi perhatian terhadap isu

Rohingya dan menerima kedatangan pelarian / suaka politik pelarian Rohingya. Di samping itu, Malaysia

dan Filipina bersetuju menolak pencerobohan tentera bekas kesultannan sulu di Lahad Datu, Sabah.

Malaysia juga telah menerima dan memberi layan baik kepada pelarian dari Kampuchea ketika konflik di

Kampuchea. Isu perebutan Pulau Batu Putih dan Pulau Sipadan juga berjaya diselesaikan melalui meja

rundingan.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 8: Sejarah Kertas 3- Set 1

8

Dari segi ekonomi, malaysia dapat menjalin kerjasama ekonomi serantau. Selain itu, Malaysia

dapat mewujudkan pasaran perdagangan lebih luas dan menggalakan pelaburan asing. Ini secara tidak

langsung akan memudahkan pinjaman modal oleh bank dan menurunkan kadar faedah atau cukai untuk

pelabur negara serantau. Kerajaan juga akan mendapat pulangan cukai dari pelabur negara serantau.

Seterusnya, Malaysia akan dapat mengamalkan sikap ekonomi terbuka dalam konteks serantau. Di

samping itu dapat menjalinkan hubungan baik dengan negara serantau untuk menarik pelabur asing.

Malaysia juga akan dapat kerjasama pakar ekonomi serantau untuk meningkatkan ekonomi Negara.

Secara tidak langsung, ini akan dapat membangunkan kepakaran untuk meningkatkan produktiviti negara

kita. Seterusnya membawa kepada peningkatan prasarana Negara. Kewujudan Zon Perdagangan Bebas

ASEAN (AFTA) dapat menghapuskan sekatan dagangan barangan Negara kita seterusnya

meningkatkan kadar eksport Negara kita. Kemajuan ekonomi Negara dapat menjamin keseimbangan dan

keadilan pasaran dagangan serantau. Selain itu, Malaysia juga dapat mengatasi masalah kekurangan

buruh melalui pengambilan buruh luar dan seterusnya akan dapat mengembangkan industri Negara kita.

Akhir sekali hubungan baik ini akan dapat menjamin keselamatan pelaburan atau perdagangan Negara

kita.

SOALAN 6 ( MENCIPTA / MENJANA IDEA )

JELASKAN CABARAN/ ISU/ MASALAH/ HALANGAN/ ANCAMAN YANG DIHADAPI OLEH

MALAYSIA DALAM MENJALIN HUBUNGAN SERANTAU DAN LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

( 10 markah )

Antara cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Sebagai contohnya

pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina. Selain itu, Malaysia juga menghadapi

cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura untuk melakukan latihan penerbangan.  Malah,

telah berlakunya penyeludupan subsidi minyak secara besar-besaran di kawasan sempadan Malaysia –

Thailand. Hal ini, menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

Di samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara serantau misalnya

kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari Indonesia serta Filipina.  Sehubungan dengan

itu, sektor perburuhan di Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini sekali gus telah merugikan

negara kerana berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 9: Sejarah Kertas 3- Set 1

9

Sementelahan pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut

berhampiran perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek, menghalang laluan kapal besar,

menggugat mata pencarian nelayan serta menjejaskan aktiviti maritim negara. Malahan, isu lain yang

turut mengancam keamanan negara adalah masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing yang

berhijrah ke sini. Sebagai contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan manusia turut

menjadi ancaman besar kepada negara. 

Perbezaan pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat kuat dengan

Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai “Ranting Asia” Amerika Syarikat manakala Vietnam

dikelompokkan sebagai  “National Communist”. 

Selain itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan nasionalisme negara

serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang rendah oleh pertubuhan antarabangsa yang

lain. Malah, dalam hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dengan pertubuhan dunia, Negara

Malaysia sering dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti cukai yang tinggi.

Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman lanun

kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan senjata api dari Negara-

negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti

perebutan sempadan. Contoh isu perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta

konflik Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah.

Langkah-langkah Mengatasi:

Antara langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering menggugat hubungan baik

dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan diplomatik di antara ketua-ketua Negara.

Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat

dikalangan Menteri.

Dalam isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan dalam

kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan penjenayah di edar kepada

pihak berkaitan.

Berkaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan tidak menyokong dan

membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 10: Sejarah Kertas 3- Set 1

10

Selain itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan antara Negara. Malaysia

mengadakan rancangan Pemutihan dan peluang balik tanpa dikenakan tindakan.

Malaysia juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan Pulau Batu Putih

kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.

Dalam isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah dihantar ke Indonesia untuk

membantu usaha memadamkan kebakaran.

SOALAN 7 (NILAI MURNI / IKTIBAR )

NYATAKAN NILAI-NILAI MURNI /IKTIBAR /PATRIOTISME HASIL DARIPADA HUBUNGAN DENGAN

NEGARA LUAR. ( 5 markah )

Sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh mendatangkan

manfaat kepada negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan dengan negara luar dapat

mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta melahirkan masyarakat berharmoni dalam

kalangan warganegara kita.

Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu, mampu berdikari

dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang.

Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara kita menjadi

sebuah negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan

Page 11: Sejarah Kertas 3- Set 1

11

SOALAN 8 ( RUMUSAN )

PENGETAHUAN

IKTIBAR KEPADA DIRI/ BANGSA/ NEGARA

HARAPAN

( 5 markah )

Pengetahuan yang diperoleh daripada bab ini ialah langkah-langkah dinamis dan strategi dasar luar

penting bagi memastikan negara dapat terus bersaing  dari segi politik , ekonomi dan sosial. Kita Perlu

mengejar maklumat  dan mengikuti perubahan semasa dalam mengejar kemajuan. Di samping itu

semangat dan daya saing rakyat negara penting untuk berjaya pada peringkat dunia

Iktibar pada diri/bangsa/negara adalah kita haruslah memperkaya ilmu berkaitan dasar luar. Kita juga

mestilah Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara di samping menanamkan jati diri bagi

memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara

Selain itu kita hendaklah mempertahan kedaulatan negara dan mementingkan kerjasama penting untuk

mencapai kejayaan. Di samping itu semangat meneroka dalam pelbagai bidang.

Saya berharap agar hubungan baik dengan negara-negara lain dapat dikekalkan agar keamanan dunia

bertambah baik. Saya juga berharap agar negara serantau dapat berkongsi kepakaran dalam semua

bidang. Dengan usahasama yang dilaksanakan diharap Malaysia menjadi negara maju, makmur dan

mencapai Wawasan 2020. Dengan itu taraf kehidupan rakyat meningkat dan pentadbiran negara

mendapat pengiktirafan dunia

Selain itu, saya berharap agar identiti negara dan bangsa Malaysia dapat dikekalkan. Seterusnya

masyarakat hidup bersatu padu bagi mencapai Gagasan 1Malaysia.

Sejarah Kertas 3 ( 1249/3) . JPNS Negeri Sembilan