SEJARAH LUKISAN

43
SEJARAH LUKISAN Lukisan LUKISAN Definisi Lukisan Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without color or with a single color; terjemahannya berbunyi ‘lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad. Lukisan adalah kerja – kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan, cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja – kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan dan catan adalah sama. Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan kerap adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk ‘Head of an Apostle’ telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut. Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam lukisannya yang

description

FREE

Transcript of SEJARAH LUKISAN

Page 1: SEJARAH LUKISAN

SEJARAH LUKISAN

Lukisan

LUKISAN

Definisi Lukisan

Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without

color or with a single color; terjemahannya berbunyi ‘lukisan ialah garisan yang

membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang

terhad. Lukisan adalah kerja – kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan,

cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja – kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu

seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan

dan catan adalah sama. 

Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya

kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan

yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan kerap

adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati

lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk ‘Head of an

Apostle’ telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut.

Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat

memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam

lukisannya yang bertajuk ‘The Omval’ memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis

garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk

lanskap yang menarik.

Lukisan ialah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Biasanya lukisan

menggunakan media kering untuk penghasilan karya. Penghasilan lukisan bertujuan

untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Menerusi

lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.

Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan

pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada

Page 2: SEJARAH LUKISAN

permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang

pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan karyanya. Manusia telah

melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh

lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah.

Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara

visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan

digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang

rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni

yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada

lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. 

Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan

menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan

meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan

seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang

terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan

bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan

yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi

maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik. 

Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau

mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak

semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang

pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan

memperkembangkan lukisannya.

Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja antaranya:

•     Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua

bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’

iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.

•     Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni  halus yang

Page 3: SEJARAH LUKISAN

dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan

dengan menggunakan media kering.

•     Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual manusia.

Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati & perasaan pelukis

masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara

dan bidang.

•     Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru,

lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

•     Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis yang

digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan untuk

dijadikan bahan dokumentasi.

•     Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan

keperluan psikologi, sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai

tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan daya

estetika. 

Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang

tercetus dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia

tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman) penyelidikan, kajian dan perakam

Page 4: SEJARAH LUKISAN

peristiwa. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi idea serta data menyimpan

memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan.

Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah milik semua

manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconting di atas kertas atau dinding

merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk

visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan penemuan lukisan-lukisan purba di gua-gua,

lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman

dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada

mencari nafkah.

SEJARAH LUKISAN

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.

Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang kehidupan seharian

sepeti perburuan dan pengembaraan. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua

menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai

kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan

berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil

buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua Tambun,

Perak.Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di Perancis terutama di

Gua Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet, Ardeche, Perancis dipercayai

lukisan paling awal iaitu pada tahun 15000-13000 S.M. Lukisan tersebut

Page 5: SEJARAH LUKISAN

menggambarkan sekumpulan kuda atau binatang perburuan yang dihasilkan oleh

manusia pada zaman paleolitik.

Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan

digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’ yang bersiri untuk meninggalkan satu

dokumentasi sejarah yang gemilang.

KEPENTINGAN LUKISAN

Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya

ialah:

   •    untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar 

   •    untuk merakamkan sesuatu peristiwa 

   •    sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)

   •    sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya

yang  

         terbaik.

        Benarkah lukisan dihasilkan oleh pelukis untuk meluahkan sesuatu yang bermain

dalam minda dan melalui perasaan dalamannya?

JENIS – JENIS LUKISAN

1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif

Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu

kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami

anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana

Page 6: SEJARAH LUKISAN

memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi

menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

     Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang

lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan

lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis

bentuk-bentuk tubuh manusia.

Agostino Carracci (1557-1602), Cephalus carried by Aurora in her Chariot

     Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur

figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya

abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka. Lukisan

bentuk non figuratif (abstrak),  ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-

bentuk yang ada di alam.

Page 7: SEJARAH LUKISAN

Series 1 oleh Emily Deacon

Lukisan Kajian      

Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian.

Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan

kajian.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh-

tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

                                                                         Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci

LUKISAN ARKITEKTURAL

Page 8: SEJARAH LUKISAN

     Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali

sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi

ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka

bentuk arkitek.

     Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya

digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:

-       membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,

-       menghubungkan idea dan konsep rekaan,

-       memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,

-       untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang

hendak dibina,

-        sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,

-       sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.

LUKISAN ARKITEKTURAL  

Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali

sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi

ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka

bentuk arkitek.

Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya

digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:

membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,

menghubungkan idea dan konsep rekaan,

memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,

untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan

yang hendak dibina,

sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,

sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.   

Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan, antaranya

ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas yang

Page 9: SEJARAH LUKISAN

memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu

struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas

kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula

dengan tangan. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan

menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap. 

     Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah

merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual

merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan

menggunakan perisian CAD. 

                                               The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam, oleh Adolf

Leonard van Gendt, 1888.

Lukisan Teknikal

     Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga

sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana

Page 10: SEJARAH LUKISAN

keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka

yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia

dibina.

     Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian

teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran,

sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal

dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah.

Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan

mudah untuk difahami.

     Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan

dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan

lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan

artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal

ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.

Weapons oleh Dr Dan Saranga 

Page 11: SEJARAH LUKISAN

 LUKISAN

(a) Definisi Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk

meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau

menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas

bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,

montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,

pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa,

bentuk, saiz, warna dan jalinan.

Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini

tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan

yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan

menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan

gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan. 

PENSEL 

Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk

menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut

Page 12: SEJARAH LUKISAN

nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B,

1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk

lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan

garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai

kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal

berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh

dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu

banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar –

samar. 

ARANG 

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara

spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan

atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang.

Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang

dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah

disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi

mengelakkan comotan. 

PEN DAKWAT 

Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti

Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz.

Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah

kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan

secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang

diperlukan. 

PEN MATA BOLA 

Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi

sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen

yang sama.

Page 13: SEJARAH LUKISAN

PEN FELT 

Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan. 

CONTE CRAYON 

Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon

adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang. 

KRAYON LILIN 

Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa

crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang

menarik. 

PASTEL 

Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna. 

BERUS 

Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan

melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis

jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang

tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

(b) Alat, Media dan Bahan

Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras

Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut

Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna

Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan

Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus

Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut

Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin

Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal

Marker pelukisan (rendering marker)

Page 14: SEJARAH LUKISAN

Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan

• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.

• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.

• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.

• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat

dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel

• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip,

kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Teknik

i. Coreng / conteng

ii. Garisan kontur

iii. Titik

iv. Pangkah silang

v. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek

(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan

(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa

(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek

seperti berikut:

(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)

(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)

(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan

(iv) Kesan cahaya pada imej

(v) Pembentukan bayang-bayang

(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)

Page 15: SEJARAH LUKISAN

(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan

(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding     

SEJARAH LUKISAN

      Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah

ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Ianya berkisar

tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.

       Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun,

Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu

imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan

komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta

menggambarkan pelbagai binatang yang mungkinmenjadi hasil buruan untuk makanan

mereka pada zaman dahulu.

 

Lukisan pada dinding gua di Gua Niah

Sarawak

 

      Di barat,contoh lukisan boleh dijumpai di Altamira,Sepanyol dan Lascaux,Perancis.

Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci telah memperkenalkan skala dalam lukisan

figura.Manakala Calude Monet pula, mengaplikasikan lukisan stail impresionis iaitu

Page 16: SEJARAH LUKISAN

lukisan yang menekankan kesan cahaya dan bayang. Pada penghujung kurun ke-19,

Georges seurat telah menggunakan arang untuk menunjukkan suasana berkabus

dalam lukisan beliau.

Lukisan zaman batu di Lascaux,

Perancis

1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.

2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan 

bidang.

3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.

4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang 

dilukis secara teliti.

5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.

7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). 

8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran 

manusia.

SEJARAH LUKISAN

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.

Page 17: SEJARAH LUKISAN

Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan

pengembaraan.

Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.

Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej

binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang

hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai

binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

MEDIA

Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan

rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.

Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh

dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel

dan warna air.

Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi

penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.

Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan

penggunaan pelbagai jenis garisan.

TUJUAN PENGHASILAN

Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur

dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk

yang dilukis.

Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya,

Page 18: SEJARAH LUKISAN

lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.

Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam

sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya,

lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.

Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui

tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

Lukisan anatomi oleh

Leornado Da Vinci

LUKISAN-LUKISAN LAMA PADA DINDING GUA

Page 22: SEJARAH LUKISAN

Perancis

JENIS LUKISAN

1.Lukisan Figuratif

Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia

Page 23: SEJARAH LUKISAN

Pautan

2.Lukisan Fantasi

Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan

Page 27: SEJARAH LUKISAN

6.Lukisan Gesture

a.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan

tangan.

b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.

c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara

kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.

Page 30: SEJARAH LUKISAN

8.Lukisan Kartun

a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk

menggambarkan watak-watak kartun

b. Digambarkan melalui tema jenaka

Page 31: SEJARAH LUKISAN

TOKOH DAN KARYA

Dzulkifli Buyong menerima pendidikan seni di Victoria Institutiondari 1961 hingga 1965,

belajar di bawah artis VI terkenal dan guru seni, Patrick Ng, dan merupakan ahli biasa

Kumpulan Seni Rabu .Ketika berusia 19 tahun , beliau telah pun membuat pameran awam

dan telah memenangi banyak hadiah.

Dzulkifli  suka melukis kanak-kanak, permainan berwarna-warni, dan lukisan subjektif

tentang sekeliling saya Kecantikan tidak penting yang lebih baikperkara biasa bahawa

orang lain tidak melihat Setiap hari kejadian, kanak-kanak khususnya, keriangan mereka

dan kegembiraan.Jiran dan kanak-kanak menikmati  ketika dia melukis."

-   Nama Pelukis : Dzulkifli Buyong

-   Tahun karya dihasilkan : 1966

-   Media :Pastel

-   Teknik : Secara bersahaja dalam gaya impresionis manakala figura yang digayakan

mempunyai daya tarikan spontan dan naïf.

-   Gaya atau aliran : Impresionis

-   Tema : Kapal kertas.Budaya tempatan di desa yang memperlihatkan kehidupan kanak-

kanak melayu .

-   Apresiasi: Karya ini menunjukkan keriangan , kenakalan , keharmonian dan kegembiraan

hidup kanak-kanak yang diterjemahkan riang bermain dan bergurau dalam persekitaran

alam tempatan.

-   amat jelas tergambar bahawa makna dan mesej yang ingin disampaikan adalah

berkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi

yang mudah sebagai contoh situasi kanak-kanak sedang bermain kapal kertas, namun

penekanan yang amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat

Page 32: SEJARAH LUKISAN

dijelaskan adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah

persahabatan.Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai

persahabatan yang akrab diantara kanak-kanak tersebut yang mengisi waktu lapang

mereka dengan bermain kapal kertas bersama-sama. Didalam karya tersebut, dilihat,

permainan kapal yang diperbuat daripada kertas, yang menggambarkan permainan kanak-

kanak pada masa dahulu, yang hidup dalam serba kekurangan dan menggunakan alat

permainan yang mudah dan objek yang boleh mereka cipta sendri untuk dijadikan

permainan.

-   gaya impressionis. pelukis menggambarkan kanak2 bermain lipatan kertas utk dijadikan

kapal kertas. digambarkan gaya brsahaj menunujukkn pelukis peka dgn peniruan alam

sebenar. peristiwa bleyh citer lagi pelukis memggambrkan suasana budaya tempatan di

kmpung iaitu melambangkn kanak2 melayu di kmpung dibuktikan dgn pkaian bju kurung &

krtas akhbar tulisan jawi.

Dzulkifli Buyong

•Lahir pada tahun 1948 di Kuala Lumpur.

•Digelar ‘anak berbakat luar biasa’ ketika menuntut di Victoria Institution,Kuala Lumpur.

•Menjadi terkenal dan disanjung sejak usia muda.

•Mendapat bimbingan daripada Patrick Ng Kah Onn, Wednesday Art

Groupdan pendidikan seni formal di Institut Teknologi Mara.

Page 33: SEJARAH LUKISAN

•Karya beliau menggunakan media kapur pastel. 

•Pada usia 16 tahun - telah memenangi berbagai-bagai penghargaan termasukpingat emas 

dari Permaisuri Agong Raja Tengku Ismail Tengku Budriahdan Perdana Menteri Tunku Abd

ul Rahman Putra Al-Haj.

 •Ketika usia 17 tahun - menang tempat ketiga dalam kontes Menggambar Poster Nasional.

Dzulkifli Buyonh menerima anugerah pada waktu muda.

Tajuk : Kapal Kertas

Page 34: SEJARAH LUKISAN

Tahun : 1966

Media : Kapur Pastel

Tema  : Permainan Kanak-kanak

Gaya  : Impresionisme

Nilai  : Menggambarkan suasana budaya tempatan di desa.      

Tajuk : Membakar Semut 

Tahun : 1967

Media : Kapur pastel

Tema  : Aktiviti kanak-kanakalam tempatan

Nilai  : Merakamkankeriangan, kenakalan,keharmonian, dankegembiraan hidup kanak-

kanak di kampung