Sejarah maahad ahmadi stam (1)

6
1 MAAHAD AHMADI 01. SEJARAH RINGKAS 1. Maahad Ahmadi dahulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Atas Dan Senawi (SAMAS) 2. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1963 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang Tokoh Agama Negeri Sembilan di atas kawasan seluas lebih kurang 3 ekar. 3. Pada tahun 1980 sekolah ini telah berpindah tempat ke kawasan bersebelahan seluas kirakira 20 ekar. 4. Bangunan lama sekolah ini telah dijadikan Sekolah Menengah Rendah Agama Gemencheh (SMRAG) pada tahun berkenaan. 5. Mula di namakan Maahad Ahmadi pada tahun 1989 bersempena nama Mantan Mufti Negeri Sembilan Syeikh Haji Ahmad bin Mohd Said. 6. Maahad Ahmadi merupakan satusatunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 7. Maahad Ahmadi di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) 8. Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbiran Sekolah Menengah Rendah Agama seluruh Negeri Sembilan dari JHEAINS. Dengan rasminya Maahad Ahmadi telah mengambil alih tapak sekolah SMRAG. 9. Pelajar Maahad Ahmadi mula menduduki STAM di bangunan lama tapak Sekolah Menengah Rendah Agama Gemencheh (SMRAG) pada tahun 2010. 10. Bangunan sekolah lama ini telah berusia lebih 50 tahun. 02. LOKASI 1. Maahad Ahamdi terletak di Kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin seluas 3 ekar. 2. Berada dikawasan sempadan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah dan DUN Gemencheh. Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertanggungjawab ke atas Maahad Ahmadi ialah YB Dato' Mohd Kamil bin Abdul Aziz ADUN Gemencheh. 3. Dari segi Tanah Adat. Sekolah ini berada di bawah jajahan Luak Johol yang ditadbir oleh YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Haji Mohd Jan Bin Abdul Ghani

description

 

Transcript of Sejarah maahad ahmadi stam (1)

Page 1: Sejarah maahad ahmadi   stam (1)

1

MAAHAD AHMADI

01. SEJARAH RINGKAS

1. Maahad Ahmadi dahulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Atas

Dan Senawi (SAMAS)

2. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1963 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa

orang Tokoh Agama Negeri Sembilan di atas kawasan seluas lebih kurang 3 ekar.

3. Pada tahun 1980 sekolah ini telah berpindah tempat ke kawasan bersebelahan

seluas kira– kira 20 ekar.

4. Bangunan lama sekolah ini telah dijadikan Sekolah Menengah Rendah Agama

Gemencheh (SMRAG) pada tahun berkenaan.

5. Mula di namakan Maahad Ahmadi pada tahun 1989 bersempena nama Mantan

Mufti Negeri Sembilan Syeikh Haji Ahmad bin Mohd Said.

6. Maahad Ahmadi merupakan satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri

Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar.

7. Maahad Ahmadi di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sembilan (JHEAINS)

8. Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbiran

Sekolah Menengah Rendah Agama seluruh Negeri Sembilan dari JHEAINS.

Dengan rasminya Maahad Ahmadi telah mengambil alih tapak sekolah SMRAG.

9. Pelajar Maahad Ahmadi mula menduduki STAM di bangunan lama tapak Sekolah

Menengah Rendah Agama Gemencheh (SMRAG) pada tahun 2010.

10. Bangunan sekolah lama ini telah berusia lebih 50 tahun.

02. LOKASI

1. Maahad Ahamdi terletak di Kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari

Tampin seluas 3 ekar.

2. Berada dikawasan sempadan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah dan DUN

Gemencheh. Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang

bertanggungjawab ke atas Maahad Ahmadi ialah YB Dato' Mohd Kamil bin Abdul

Aziz ADUN Gemencheh.

3. Dari segi Tanah Adat. Sekolah ini berada di bawah jajahan Luak Johol yang ditadbir

oleh YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Haji Mohd Jan Bin Abdul

Ghani

Page 2: Sejarah maahad ahmadi   stam (1)

2

03. MAKLUMAT PERSEKOLAHAN

1. Maahad Ahmadi menawarkan dua Sistem Pengajian iaitu Pengajian Akademik

mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengajian Diniyah mengikut

Silibus Sekolah Menengah al-Azhar, Mesir.

2. Justeru, pelajar berpeluang menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

3. Dari segi Pengajian Diniyah, Pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah Agama (PMRA) pada tingkatan dua. Serta mengambil

peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA).

04. KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN YANG DIRAIH MAAHAD AHMADI (STAM)

1. Diiktiraf sebagai Sekolah terbaik di peringkat kebangsaan dalam peperiksaan STAM

sejak tahun 2002 sehingga kini.

2. Pelajar dan tenaga pelajar STAM telah mendapat pengikitirafan diperingkat

kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM)

05. OBJEKTIF PEMBINAAN KOMPLEKS STAM MAAHAD AHMADI

1. Memberi peluang kepada pelajar menyambung pembelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi dan sebagai alternatif kepada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM)

2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada para

pelajar.

3. Menampung keperluan kebajikan pelajar yang belajar di Maahad STAM untuk

keperluan 300 pelajar.

4. Menarik minat pelajar untuk meneruskan pengajian STAM khususnya di Negeri

Sembilan dan Amnya seluruh Malaysia.

5. Membangkitkan suasana belajar agama yang berteraskan ilmu wahyu sesuai

dengan peredaran zaman.

6. Mewujudkan institusi pendidikan agama kepada masyarakat setempat khususnya di

Negeri Sembilan.

7. Berkhidmat sebagai pusat perkembangan ilmu, bahasa dan kebudayaan islam.

Page 3: Sejarah maahad ahmadi   stam (1)

3

06. PELUANG PELAJAR SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) MELANJUTKAN

PELAJARAN:

Institut Pengajian Tinggi Awam

1. Universiti Malaya (UM) 2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4. Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) 5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 6. Universiti Utara Malaysia (UUM) 7. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 8. Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) 9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 10. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 11. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 12. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Luar Negara:

1. Universiti al-Azhar, Mesir 2. Universiti Islam, Jordan 3. Universiti Darul Ulum, Madinah, Arab Saudi 4. Universiti Islam, Moroco 5. Universiti Islam Negeri, Indonesia

07. TENAGA PENGAJAR

BIL NAMA GURU KELULUSAN

1. Ustaz Idris bin Syahdan B.A Hons Syariah, Univ Islam Madinah Drs. Syariah, Univ Indonesia

2. Ustaz Adenan bin Yahya B.A Hons Syariah Islamiah, Univ Al-Azhar

3. Ustaz Md Nasir bin Othman B.A Hons Syariah Islamiah, Univ Al-Azhar Dip. Pend IPIS, Selangor

4. Ustaz Mohd Nizam bin Mohd Ali

B.A Hons Dakwah, Univ Sultan Syarif Qasim, Riau. Dip. Pend IPIS, Selangor

5. Ustaz Mohd Taufik bin Alias B.A Hons Syariah Islamiah, Univ Al-Azhar Dip. Pend IPIS, Selangor

6. Ustaz Ezzadin bin Zainaludin B.A Hons Usuluddin Hadis dan Ulum, Univ Al-Azhar

Page 4: Sejarah maahad ahmadi   stam (1)

4

08. MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN (SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA)

BIL MATAPELAJARAN STAM

1 Al-Quran dan Tajwid

2 Tauhid & Mantiq

3 Hadis & Mustalah

4 Tafsir & Ulum

5 Fiqh & Mirath

6 Balaghah

7 Nahu & Saraf

8 Arudh & Qafiyah

9 Muthalaah & Insya'

10 Tarikh Adab & Nusus

11 MUET

09. CADANGAN PRASARANA KOMPLEKS STAM

BIL KEMUDAHAN KEPERLUAN SPESIFIKASI

1. Bangunan Pentadbiran 1 blok (3 tingkat)

Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber, Bilik Gerakan, Pejabat, Bilik Guru Lelaki, Bilik Guru Perempuan, Bilik Peperiksaan, Makmal Bahasa, Makmal Komputer

2. Bangunan Akademik 1 blok (4 tingkat) 12 kelas

Dewan peperiksaan Aras Satu

3. Rumah Guru Berkembar 3 tingkat 6 pintu

4. Asrama Putera 1 blok (3 tingkat) 150 orang Aras1: Dewan makan

5. Asrama Puteri 1 blok (3 tingkat) 150 orang Aras1: Dewan makan

6. Surau Muatan 400 orang

7. Dewan Theatret 1 blok

8. Padang Permainan 1

9. Tapak Letak Kenderaan 1

10. Pos Pengawal Keselamatan 1

Page 5: Sejarah maahad ahmadi   stam (1)

5

ORGANISASI PENTADBIRAN MAAHAD AHMADI

Pengetua Abdul Rahim bin Maamor

BARISAN PENOLONG KANAN

Penolong Kanan Akademik

Shahrizan bin Ramli

Penolong Kanan ko-Kurikulum Norliah binti Ali

Penolong Kanan Modal Insan

Zulkarnain bin Itam

Penolong Kanan Tingkatan Enam (STAM) Idris bin Syahdan

BARISAN GURU-GURU KANAN

Guru Kanan Matapelajaran Bahasa

Norliah bt Ali

Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan Madziah binti Md Zin

Guru Kanan Matapelajaran Matematik dan Sains

Yunos bin Parot

Guru Kanan Matapelajaran Teknik dan Vokasional Mariani binti Buchik

Guru Kanan Matapelajaran Sijil Tinggi Agama Malaysia

Adenan bin Yahya

Guru Kanan Matapelajaran Diniyah Mohd Taufik bin Alias

Page 6: Sejarah maahad ahmadi   stam (1)

6

ORGANISASI PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

MAAHAD AHMADI GEMENCHEH

Yang Dipertua

Hasnan Bin Hashim

Naib Yang Dipertua

Zafarullah Bin Ithnin

Setiausaha

Mohammad Hilmy Bin Mahmad

Bendahari

Mohd Rozi Bin Hashim

Exco Kebajikan Dan Pembangunan

Saiful Azmar Bin Dzulkifli

Mohd Nasir Bin Othman

Shahrizan Bin Ramli

Maziah Binti Mohd Zin

Nooryati Binti Pain

Aidiliza Mohd Maideen

Hj Solahudin Bin Abd Rahman

Abd Halim Bin Abd Rahman

Hj Mohd Fadil Bin Abd Wahab

Abdul Rahim Bin Maamor

Ahli Jawatankuasa

Mohd Wazir Bin Hamzah