SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

18
PUNCA SARAWAK MENENTANG GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA OLEH: SITI JUBAIDAH BT. MADJABIL ( CT 12110140 )

description

SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

Transcript of SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

SEBAB-SEBAB KENAPA SARAWAK PADA AWALNYA MENENTANG GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PUNCA SARAWAK MENENTANG GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

OLEH:SITI JUBAIDAH BT. MADJABIL( CT 12110140 )

PENGENALANSelepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia Idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politikCadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi dari semua pihak termasuklah SarawakBanyak penentangan dan pembantahan telah dilakukan oleh rakyat di Sarawak bagi menunjukkan tanda protes mereka terhadap gagasan Malaysia ini

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGANPENENTANGAN KAUM CINAPENEMBUSAN FAHAMAN SAYAP KIRIBANTAHAN DARIPADA SUPPPENENTANGAN KAUM BUMIPUTERA BUKAN ISLAMCITA-CITA MENTADBIR KERAJAAN SENDIRIPENENTANGAN KAUM CINAbermula sejak zaman pemerintahan James Brooke lagi di mana pada tahun 1857Mereka menyerang ibu kota Sarawak, Kuching pada 18 Februari 1857 dan mencetuskan Pemberontakan Bau 1857Kedatangan orang Cina ke Sarawak telah mengubah corak kependudukan negeri iniorang Cina masih memainkan peranan penting dalam ekonomi Sarawak selepas peristiwa Pemberontakan BauMereka terlibat dalam penanaman lada putih dan sagu serta perlombongan emas di BauOrang Cina juga sangat mementingkan pendidikan menubuhkan Sekolah Free Hokkien pada tahun 1912 untuk komuniti HokkienDipaksa menjadi buruh di zaman Jepun hingga ramai yang matiAkhbar Cina seperti Sibu Chiao Sheng Pau turut memainkan peranan dalam menyebarkan keChinaanPengamalan agama dan budaya yang masih kuat oleh masyarakat cina

Kekalahan Jepun meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Cina tetapi semangat itu bukan hanya ditujukan kepada China bahkan juga SarawakMereka agak gusar kerana akan mengganggu kepentingan ekonomi pendidikan dan juga adat resam mereka

PENEMBUSAN FAHAMAN SAYAP KIRIFahaman sayap kiri ini telah tersebar hingga ke Sarawak melalui penulis yang datang dari NanyangPada tahun 1954, seorang pemuda yang bernama Liu Rongren yang pernah ke Malaya untuk mempelajari komunisme telah menubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama Persatuan Pembebasan SarawakGuru, pemuda-pemudi dan pelajar cenderung kepada politik China dan dipengaruhi oleh perjuangan Parti Komunis China (PKC). Kebanyakannya tertarik dengan idea perjuangan komunis, iaitu masyarakat sosialis dan tanpa kelas seperti petani-petani Hakka yang tinggal di kawasan Batu Kawa di luar Bandar KuchingPerubahan pemikiran orang cina di Sarawak ini dapat dilihat dengan jelasnya dalam karya sastera contohnya dalam sajak zuguo (Tanah Air) yang ditulis oleh Wu An dan karya kelian de haizi (anak kasihan) yang dikarang oleh Wei MengPenentangan kaum cina melalui saluran akhbar dengan mempropagandakan agenda mereka iaitu melalui Akhbar Berita, Berita Awam dan Akhbar harian rakyat Sarawak

BANTAHAN DARIPADA SUPPSarawak United People's Party (SUPP), pelopor parti politik di Sarawak telah didaftarkan secara rasmi pada 12 Jun 1959Pada tahun 1961, SUPP mendakwa telah mempunyai lebih 45,000 ahli dengan 46 cawangan dan ranting yang dibentuk di seluruh SarawakSUPP mendapat sokongan yang kuat di Sarawak khasnya dari kalangan orang CinaPersatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British melalui Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)SUPP menganggap gagasan Malaysia akan merugikan mereka kerana pernerintahan kerajaan di Tanah Melayu didominasi oleh orang MelayuSUPP berpendapat Sarawak harus diberi kemerdekaan sepenuhnya sebelum mempertirnbangkan penyatuan dengan unit politik yang lain

PENENTANGAN KAUM BUMIPUTERA BUKAN ISLAM

Hampir sedekad lebih rakyat di negeri Sarawak telah menerima ajaran Kristian dalam kehidupan merekaGerakan kristianisasi di Sarawak telah bermula sejak tahun 1848 dengan kedatanganFrancis Thomas McdougallBeliau telah membina sekolah-sekolah, gereja-gereja dan dispensari bagi menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Sarawak

Bagi tujuan untuk merancakkan lagi penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak, Francis Mcdougall telah menjemput Melayu Kristian dari Singapura untuk berdakyah kepada orang MelayuFather Edward Dunn seorang tokoh missionaries yang bermazhab Katolik berkemahiran dalam bidang pertanian untuk menarik minat masyarakat Iban di pedalaman terhadap agama Kristian.Di Lawas, telah ditubuhkan sebuah sekolah pengajaran Bible dan ia berfungsi sebagai pusat latihan para paderi serta terjemahan Bible ke dalam bahasa Borneo

Idea penggabungan dengan Tanah Melayu adalah satu idea yang ditolak pada mulanya oleh masyarakat tersebut kerana bimbang mereka akan di Islamkan dengan penggabungan tersebut dan seterusnya menyekat perkembangan ajaran Kristian di kepulauan Borneo itu sendiri

CITA-CITA MENTADBIR KERAJAAN SENDIRIPresiden China, Zhou En-lai dalam ucapannya pada tahun 1955 mengkehendaki orang Cina memberi taat setia dan mengambil bahagian dalarn politik tempatan di negara mereka beradaPenglibatan kaum Cina dalam pilihan raya tempatan diperkenalkan pada tahun 1956

Pada tahun 1956, pilihan raya tempatan pertama diadakan di Sarawak sebagai persediaan awal ke arah berkerajaan sendiriPilihan raya ini diadakan bagi Kuching Municipal Council (KMC) pada tahun 1956 dan seterusnya bagi Sibu Urban District Council (SUDC) pada tahun 1957Keputusan pilihan raya menunjukkan keanggotaan SUDC adalah dimonopoli oleh orang Cina, 16 daripada 20 ahlinya terdiri daripada orang Cina

Jelas menunjukkan mengapa rakyat Sarawak khususnya kaum cina pada mulanya menolak idea pembentukan Malaysia kerana beranggapan mampu untuk mentadbir dan mengurus sendiri Sarawak tanpa perlu kepada penggabungan tersebutPENUTUPPenolakan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia itu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh emigran-emigran yang berasal daripada Negara China berbanding dengan bantahan yang dibuat oleh kaum peribumi Sarawak itu sendiriTERIMA KASIHQ & A