sejarah olahraga Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected....

8
1.0 Sejarah Perkembangan Olahraga Sejarah perkembangan olahraga dapat dibahagikan kepada sejarah di Malaysia dan juga sejarah di dunia. 1.1 Sejarah olahraga di Malaysia Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh yang dibina pada tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’ . Pemenang kejohanan dalam sukan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 , aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri. Kali ini adalah kali yang pertama Malaysia mengadakan mesyuarat olahraga selepas Perang Dunia Pertama. Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’. Pada 1913, nama ‘Amateur Athletic of British Malaya’ diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya’ .Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya’ .Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban. Pada 1960 1

description

sejarah olahraga

Transcript of sejarah olahraga Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected....

1.0 Sejarah Perkembangan Olahraga

Sejarah perkembangan olahraga dapat dibahagikan kepada sejarah di Malaysia dan juga sejarah di dunia.

1.1 Sejarah olahraga di Malaysia

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh yang dibina pada tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports. Pemenang kejohanan dalam sukan ini dianggap sebagai Johan Malaya.

Pada 1914 hingga 1919 , aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri. Kali ini adalah kali yang pertama Malaysia mengadakan mesyuarat olahraga selepas Perang Dunia Pertama. Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.

Pada 1913, nama Amateur Athletic of British Malaya diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.

Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.

Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban. Pada 1960 hingga 1962, kejohanan yang diadakan di Malaysia juga disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama adalah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie. Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU telah diadakan dengan berjaya dan lancar. Semua negeri di Malaysia telah mengambil bahagian dalam kejohanan sukan kali ini. 1.2 Sejarah Olahraga Dunia Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Dengan kata lain, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia.

Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece merupakan tempat bermulanya tamadun manusia. Dengan kata lain orang-orang Greece telah melibatkan diri dalam olaraga pada zaman kuno. Walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih kepada salah satu bidang seni dan juga rekreasi. Menurut buku The Encyclopedia of Sports , acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta yang bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . menurut catatan, beliau telah melompat sejauh 23 kaki 1 inci pada masa itu. Selepas itu, olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakan empat tahun sekali dan terus berlangsung sehingga tahun 397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus dimatikan olehMaharaja Rom, Theodosius. Walaubagaimanapun, tidak ada sebarang pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu. Sebaliknya, manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Hal ini kerana negara lain telah meneruskan pertandingan tetapi Greece tidak meneruskan pertandingan. Hal ini diterusnya sehingga ke 17. Tambahan lagi, Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Selepas lima tahun , kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan di England. Kelab itu dipanggil sebagai The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu dipanggil sebagai Exeter College Athletic Club. Kelab ini masih wujud hingga sekarang. Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun yang penting untuk perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga yang berbentuk terbuka telah mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga juga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.

Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan meriah dalam negara tersebut. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, tetapi daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Selepas beberapa tahun, sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara sehingga menyebabkan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia pun telah meningkat. Selain itu, prestasi yang ditunjukan oleh atlet-atlet Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini. Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand juga memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atletdi Amerika Syarikat , Eropah, Australia dan New Zealand. Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan dengan Amerika Syarikat. Tetapi, kejayaan yang Amerika Syarikat masih belum memberansangkan. Walaubagaimanapun, kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik.

Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan , kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan .

Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, iaiatu Malaysia, tetapi kita juga pernah mencapai banyak kejayaan dalam di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel.

Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau persatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik. Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece, olaraga telah menjadi acara wajib di seluruh dunia. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama, terdapat seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Selepas daripada itu, Sukan Olimpik menjadi semakin berpengaruh . Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'. Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal sehingga ke tahun 1980. Hal ini kerana membantah tindakan Russia yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu. Hal ini disebabkan menceroboh Afghanistan. Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992. Walaupun negara kita, iaitu negara Malaysia tidak pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan dalam Sukan Olimpik tetapi semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara. Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan olimpik ini. Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini supaya menerusi persatuan negara masing-masing. Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Tambahan lagi, untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik , Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Misalnya, untuk Sukan Olimpik di atas tanggungjawab Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.Selain ini, olahraga wanita tahap dunia juga mempunyai sejarahnya. Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja dilarang mengambil bahagian tetapi juga tidak dibenarkan menonton acara olahraga. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri. Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun semasa olahraga sudah berkembang di banyak negara Eropah, tetapi England dan Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum wanita. Pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Persatuan ini menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia. Tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa tetap menolak olahraga khusus wanita. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita. 6