Sejarah Olahraga

28
1.0 Pengenalan Olahraga Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri- ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini Olahraga Page 1

description

sejarah olahraga sebagai rujukan cikgu kdc

Transcript of Sejarah Olahraga

Page 1: Sejarah Olahraga

1.0 Pengenalan Olahraga

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi

perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga

kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata

masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh

setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu

diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya

dipertandingkan.

Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang

lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk

mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya

wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba

sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau

berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka

yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan

lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang

sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula

individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih

ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai

kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan

mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan

untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di

merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun

matlamat dan tujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia,

pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia,

malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan

‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan

olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

Olahraga Page 1

Page 2: Sejarah Olahraga

2.0 SEJARAH AWALWalaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan pada awal

bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan

jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai

satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh

kebanyakan buku sejarah, bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 3000 tahun yang

lampau lagi. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan

terawal di dunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini,

dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada

tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga

sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut.

Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga,

walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara

sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu

cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat

perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The

Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek

Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang

dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM

berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan

Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa

menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa

kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya.

Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar.

Setidaktidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk

diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik

Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang

sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.

Olahraga Page 2

Page 3: Sejarah Olahraga

3.0 PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN

Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan

Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain,

yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga.

Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College

menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu

dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno.

Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain

untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa

lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di

England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga

yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam

olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan

universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala

kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga

amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan

pasukan olahraga, iaitu ‘Exeter College Athletics Club’ yang ditubuhkan pada tahun 1850.

Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini.

Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk

sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah

mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika

dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga

yang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan

lagi perkembangan sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini,

kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara

tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan

daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati dan turut menonton

kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika

Syarikat dan Kanada.

Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876,

negara tersebut Berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk

pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland.

Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam

masa yang singkat. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga

Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan

Olahraga Page 3

Page 4: Sejarah Olahraga

prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan

sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan,

termasuk di luar Amerika Syarikat. Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli

olahraga Amerika ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod

yang terdahulu. Bagaimanapun, ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat

pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan.

Bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan

perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari

Amerika Syarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain,

selain daripada kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan

sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat,

malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf

dunia. Walaubagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat

masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga

antarabangsa.

Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlet Amerika Syarikat yang berketurunan

Negro, menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan. Di negara-negara

lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai olehpeserta-peserta luar negara.

Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan

perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah.

Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para

olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta

masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan

sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga

dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya

melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan

Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih

belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah

diperkenalkan ke negara-negara tersebut.

Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian

dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, walaupun potensi mereka masih

belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan

Kanada. Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika,

Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi

beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya

menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik.

Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah

Olahraga Page 4

Page 5: Sejarah Olahraga

beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini

bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan

serta yang disertai negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang

bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-

masing.

Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak

tahun 1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi

kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil

bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana

persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF)

atau anjuran badan dunia itu sendiri.

4.0 Sejarah olahraga antarabangsa

Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang

adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama

"olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding".

Acara asal dan hanya satu dalam Olimpik yang pertama pada 776 SM adalah lumba lari

panjang-stadium atau "stad", diadakan di trek.

Terdapat beberapa temasya lain diadakan di Eropah semasa era klasik:

Sukan Panhellenic :

Sukan Pythian  (diasaskan pada 527 SM) diadakan di Delphi setiap empat tahun

Sukan Nemean  (diasaskan pada 516 SM) diadakan di Argolid setiap dua tahun

Sukan Isthmian  (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap dua tahun

Sukan Rom  - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti

dan pertempuran gladiator.

The Tailteann Games (claimed foundation 1829 BC) – held near

modern Telltown in Ireland, this thirty-day meeting included foot races and stone-

throwing events

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan

olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak

dikelolakan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini

termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst

Olahraga Page 5

Page 6: Sejarah Olahraga

membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan

organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat

pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun

1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh

yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih

diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang

pada tahun 1928.

Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan

giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics

Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

5.0 OLAHRAGA SEBAGAI SUKAN

Tiga kemahiran utama manusia sejak bertahun-tahun, iaitu berlari, melompat dan

melontar sememangnya memerlukan asas kepada setiap pergerakan dan aktiviti lain yang

mampu dilakukan oleh manusia. Seseorang itu sama ada lelaki ataupun perempuan, tua

atau muda, bekerja sebagai buruh atau pegawai, asal sahaja sihat tubuh badan, mereka

pernah dan akan melakukan ketiga-tiga aktiviti ini baik secara sedar mahupun tidak.

Daripada pergerakan inilah muncul suatu bidang sukan yang amat diminati sehingga

sekarang, ataupun olahraga.

Sebagai sukan yang dipertandingkan, sudah tentu aktiviti ini diubah suai dan

diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan aturan yang ditetapkan.

Begitu juga dengan cabang daripada olahraga juga turut dicipta dan diperbaiki untuk lebih

menarik dan sesuai dipertandingkan. Yang nyata kini ialah daripada perlakuan memenuhi

riadah atau rekreasi lama kelamaan menjadi acara sukan yang diminati sehingga menjadi

bidang pertandingan yang menarik walaupun sengit.

Tidak dapat dinafikan banyak lagi kebaikan yang menyebabkan orang ramai

berlumba-lumba menceburi sukan ini, dari peringkat yang paling rendah seperti di sekolah

rendah, sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi seperti Sukan Olimpik. Sukan

khususnya olahraga mampu menjadi penyumbang utama ke arah perkembangan tingkah

laku manusia serta peribadi seseorang. Sifat-sifat seperti bersemangat kental, keazaman

yang kuat, berdisiplin tinggi, keinginan untuk berjaya, semangat berpasukan,

bertimbangrasa dan bertolak ansur, tolong-menolong, menenangkan fikiran, bersaingan dan

sebagainya adalah antara ciri-ciri yang membantu perkembangan mental, fizikal dan fikiran

Olahraga Page 6

Page 7: Sejarah Olahraga

serta peribadi seseorang yang melibatkan diri dalam sukan ini. Ini diperolehi bukan sahaja

oleh mereka yang menjadi peserta, tetapi merangkumi pegawai, jurulatih, pengajar,

pembantu, malahan penonton amnya.

Sebagai sukan, olahraga mempunyai sejarah yang paling tua. Seperti yang

dinyatakan pada bab terdahulu, manusia sudah mula melakukan aktiviti berlari, melompat

dan melontar sejak zaman kuno lagi. Sukan Olimpik Kuno yang membuktikan bahawa

aktiviti yang manusia lakukan itu kemudiannya dijadikan sukan yang dipertandingkan

sehingga menjadi persaingan menarik dan diminati ramai. Kini ramai anak muda dan remaja

yang telah menceburkan diri dalam olahraga. Ada yang mengambil bahagian di peringkat

sekolah.

Ada juga yang telah mewakili daerah, negeri dan tidak kurang pula yamg berjaya

mewakili negara. Pertandingan dan perjumpaan olahraga dianjurkan di pelbagai peringkat.

Pelbagai acara diadakan sama ada untuk lelaki ataupun perempuan. Daripada pertandingan

yang dijalankan, para pemenang akan diberi hadiah yang menarik. Kepuasan mencipta

rekod baharu dari setiap peringkat sehingga kemuncak menerusi Sukan Olimpik atau

kejohanan dunia menyebabkan peserta olahraga terpaksa berlatih bersungguh-sungguh

untuk mencapai impian tersebut. Oleh yang demikian, kita dapat lihat dalam setiap

perjumpaan olahraga ada sahaja rekod baharu yang dicipta mengatasi yang lama.

6.0 SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIASukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906. Pada

tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-

pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di

adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan

peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap

padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932,  Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang

menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen

hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat

antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great

Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth Gamesatau

Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain

mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai

acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di

Olahraga Page 7

Page 8: Sejarah Olahraga

Melbourne, Australia. Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali

pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkatantarabangsa.

Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah

menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang  Asia pada tahun 1991. Kemuncak

penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah

SukanKomanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu, kejohanan olahraga

MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.   

7.0 PERALATAN UNTUK OLAHRAGA

Dahulunya soal peralatan tidak begitu di ambil kira oleh para olahragawan. Mereka

memakai kasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek

dan baju-T atau singlet. Apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19,

spikes terus menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari

merasakan spikes adalah suatu yang penting bagi mereka. Umumnya dalam sukan

olahraga, terutamanya dalam acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang

diperlukan selain spikes ini.

1. KasutKasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka

yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam acara

lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting

malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis

kasut bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada

jenis yang ringan.

2. Blok permulaanBlok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu

para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para

pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari blok

Olahraga Page 8

Page 9: Sejarah Olahraga

ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta

nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.

3. Pakaian sukanSeperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang sesuai

untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar

dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau

pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu.

Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan

dipersetujui oleh negara dan pasukan mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat

kita tontoni menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian

yang dipakai oleh para olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak

mengganggu pergerakan dan larian mereka.

4. Peralatan sampinganSetiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin

ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting,

namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka hendaklah

diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti berikut :

a. Tuala

b. Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol

minuman dan sebagainya.

c. Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang)

d. Kasut jogging dan kasut berlari (spikes)

e. Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur

f. Barangan lain yang difikirkan perlu

Olahraga Page 9

Page 10: Sejarah Olahraga

8.0 ACARA OLAHRAGA

Secara amnya acara olahraga boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu

Acara balapan

Acara padang

Acara khusus

Acara padang melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot. kawasan lapang dan

padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang. Acara ini terbahagi kepada dua

bahagian iaitu lompatan dan balingan .

Bil Jenis Acara Acara

1. LOMPATAN Lompat Jauh

Lompat Kijang

Lompat Tinggi

Lompat Bergalah

2.

BALINGAN Melempar Lembing

Melempar Cakera

Lontar Peluru

Membaling tukul besi

Olahraga Page 10

Page 11: Sejarah Olahraga

9.0 BALAPANKEPERLUAN ASAS MEMBINA BALAPAN

Membina padang balapan memerlukan kawasan yang lapang, berumput dan rata. Padang

yang bakal dibina balapan seharusnya mempunyai keluasan yang diperlukan. Keluasan

padang akan menentukan panjang dan lebar kawasan balapan yang akan dibina.

BENTUK BALAPAN

(Peraturan 160 KOAM) Bentuk balapan adalah bujur. Di mana 2 bahagian adalah lurus

(sama jarak) dan 2 bahagian lagi melengkung (sama jarak).

ARAH PERGERAKAN

Arah pergerakan balapan adalah bergerak arah lawan jam. 

  LUAS KAWASAN BALAPAN

Bagi balapan 400 meter, kadar keluasan adalah seperti berikut diperlukan:

-  lebih 16,804 m2 - 8 lorong

-  15,480 m2 - 16,000 m2 (6 lorong)

-  14,210 – 15,450 m2 (4 lorong)

Bagi balapan 300 meter, kadar keluasan adalah seperti berikut diperlukan:

-  lebih 10,240 m2 (8 lorong)

-  9,210 – 10,200 m2 (6 lorong)

-  8,230 – 9,200 m2 (4 lorong) 

Olahraga Page 11

Page 12: Sejarah Olahraga

PENYEDIAAN LUKISAN BALAPAN

Bahagikan kawasan kepada 4 bahagian 

Lukis garis lurus 1

Lukis garis lurus 2

Jarak garisan lurus 1 ke 2 = 9.76 meter ( 1.22 meter x 8  lorong )

Lukis garis lurus 3

Lukis garis lurus 4 Jarak garisan lurus 3 ke 4 = 9.76 meter ( 1.22 meter x 8 lorong)

Lebar kawasan (X) - (9.76 meter x 2) = Y

Bahagikan Y kepada 5 bahagian

     Contoh:  100 - 9.76 - 9.76) ÷ 5 = 16.01 meter

Jarak rs = sy = yr = 16.01 meter

.

ACARA BALAPAN

KEMAHIRAN LARI PECUT Ke Garisan

Mulaan Dekam

Bersedia

Fasa Lonjakan

Fasa Larian

Fasa Sokongan

Fasa Di Udara

KEMAHIRAN LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH

Olahraga Page 12

Page 13: Sejarah Olahraga

Kemahiran lari jarak sederhana dan jauh tidak ada mulaan dekam.  Mulaan bagi acara ini

hanyalah 'Ke Garisan' dan tembakan dilepaskan.

ACARA PADANG

KEMAHIRAN LOMPAT TINGGI

Fasa Larian

Fasa Lonjakan

Fasa Lompatan / Layangan

Fasa Mendarat

KEMAHIRAN LOMPAT JAUH

Fasa Larian

Fasa Lonjakan

Fasa Lompatan / Layangan

Fasa Mendarat

KEMAHIRAN LONTAR PELURU

Fasa Permulaan

Fasa Gelungsuran

Fasa Lontaran

Fasa Penamat

KEMAHIRAN LEMPAR CAKERA

Fasa Permulaan

Fasa Lontaran

Fasa Penamat

10.0 BALAPAN DI SEKOLAH

Olahraga Page 13

Page 14: Sejarah Olahraga

Di peringkat sekolah, seseorang murid dibenarkan mengambil bahagian dalam

sejumlah tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada

kumpulan larian, lompatan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara

individu, mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan

seperti lari berganti-ganti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu

perjumpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat

menerusi berbagai acara. Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi

nasihat dan panduan tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini

disebabkan peringkat yang lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan menjadi lebih rumit.

Tidak mungkin seseorang atlit itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang

disertainya.

Jadi bagi mengelakkan daripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan

memilih acara yang sesuai baginya yang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan. Malah

diperingkat antarabangsa sekalipun, dengan hanya mengambil bahagian dalam satu acara

tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi, dan

mampu dijadikan contoh kepada ol;ahragawean lain di seluruh dunia. Dengan melakukan

pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh perhatian kepada setiap aspek

latihan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut

jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang lebih khusus

dan merndalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin berbeza mengikut perbezaan

acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.

Walaubagaimanapun terdapat pengubahsuaian acara bergantung pada umur dan

bilangan murid. Acara biasa yang dipertandingkan ialah acara larian 60 meter, 80 meter,

4X50 meter, lompat jauh, lompat tinggi dan baling bola lisut.

11.0 Olahraga untuk kanak-kanak

Olahraga Page 14

Page 15: Sejarah Olahraga

Pembahagian kanak-kanak ikut rumah.

Kanak-kanak buat barisan.

Olahraga Page 15

Page 16: Sejarah Olahraga

Lari 60 meter (p)

Lompat pagar

Olahraga Page 16

Page 17: Sejarah Olahraga

Baling bola lisut

Lompat jauh kanak-kanak

Olahraga Page 17

Page 18: Sejarah Olahraga

Lompat Tinggi kanak-kanak (p)

Lompat Tinggi Kanak-kanak (p)

Olahraga Page 18

Page 19: Sejarah Olahraga

Baling Bola Lisut (p)

Acara Balapan 4X50 meter (p)

Olahraga Page 19

Page 20: Sejarah Olahraga

Acara Balapan 4X50 m (p)

Jatuhkan Baton pada rakan.

Olahraga Page 20

Page 21: Sejarah Olahraga

Berlari sehingga ke penamat.

Olahraga Page 21

Page 22: Sejarah Olahraga

1.0 Rujukan

1. Hussein Haji Ahmad . Pendidikan Dan Masyarakat. Selangor: Dewan Bahasa dan

Pustaka. (1993)

2. Prof.madya Dr. Rohani Abdullah . Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur :

PTS Professional Publishing.SDN.BHD. (2009)

3. Suffean Hussin . Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka. (2002)

4. http://chekgupj.blogspot.com/2009/01/trek-acara-olahraga.html (Mac 2013)

5. http://www.scribd.com/doc/24498491/sukan-acara-padang (Mac 2013)

Olahraga Page 22