Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

45
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British 1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan: a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum. b. Kurikuium sekolah berbeza. c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah. d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin. 2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. 3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. 4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya, i. King Edward VII, Taiping di Perak dan ii. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang. 5. Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh. 6. A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa dari sesi petang untuk pembelajaran agama. 7. Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada

Transcript of Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Page 1: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British

1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.b. Kurikuium sekolah berbeza.c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa

pengantarnya ialah bahasa Mandarin.

2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.

4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya,

i. King Edward VII, Taiping di Perak danii. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasadari sesi petang untuk pembelajaran agama.Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolahini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.

Page 2: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

Page 3: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

i. Laporan Barnes (1950)a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat

keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan

Barnes ini, iaitu:

i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu

sebagai bahasa pengantar.iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan

jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:

i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

1. Laporan Fenn-Wu (1951)

Page 4: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.

3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).

4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:

a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.

b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.

c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

5. Ordinan Pelajaran (1952)a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan

British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan

Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak

menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

Rumusan

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.

Page 5: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Abstrak Keperluan latihan dan pendidikan berterusan adalah kerana tekanan perubahan ekonomi, kemajuan teknologi dan persekitaran global menyebabkan berlakunya perubahan persekitaran di tempat kerja. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan di mana seluruh individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Polisi PSH adalah sebahagian usaha kerajaan Malaysia untuk pelaburan terhadap rakyat. Pembangunan sumber manusia berterusan untuk mengekalkan strategi utama memastikan tenaga pekerja di Malaysia mampu bersaing di peringkat global. PSH menjadi wacana kepada latihan pendidikan untuk meningkatkan prestasi, kerja dan pengetahuan, kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu. Fokus terhadap pengisisan PSH di dalam kajian ini adalah untuk mengkaji keperluan PSH dalam kalangan tenaga pengajar di institut latihan kemahiran di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis kemahiran sedia ada tenaga pengajar sama ada sesuai atau tidak dengan kehendak industri, mengenalpasti latihan yang diperlukan, mengkaji hubungan yang signifikan terhadap perlaksanaan PSH untuk meningkatkan kemahiran teknikal tenaga pengajar dan berdasarkan daripada keperluan-keperluan yang dianalisis satu profil PSH akan dihasilkan. Kajian akan dijalankan di dua buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dalam bidang kemahiran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan PSH di institut berkenaan dan hasil dari maklumbalas dan dokumen-dokumen yang diperolehi satu profil PSH khusus untuk tenaga pengajar kemahiran akan dibangunkan. Teori perlaksanaan PSH oleh Micheal dan Diane yang telah diubahsuai dari mengikut kesesuaian kajian akan digunakan sebagai panduan pembangunan profil ini di samping data-data uyang diperolehi dari institut kemahiran yang dipilih sebagai lokasi kajian. Sesi temubual, dokumen analisis dan edaran soal selidik adalah instrumen yang akan digunakan untuk membangunkan item-item profil PSH bagi tenaga pengajar institut latihan kemahiran.

Page 6: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat. Hanya pendidikan di sekolah rendah

diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah

rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi

diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak

tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains. dan matematik.

Pendidikan prasekolahSekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian

tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan

tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan

mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari

keluarga berpendapatan rendah.

Pendidikan rendah

Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata

pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-

dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa

Page 7: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di

Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

Pendidikan menengahSekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia

digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan

Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil

masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para

pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR,

mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan

ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran

Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang

memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat

menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama

sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education(Kelulusan Umum

Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum

Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi

bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan

markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas

Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O'

British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan

pada kertas keputusan. Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian

Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM

kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan

Page 8: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan

sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata,

"Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan

mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau

9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka

yang memimpin Persatuan Pengakap. "Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di

sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil

Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-

sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan

oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975. Terdapat

tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-

SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi

UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi

mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan

Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa

Inggeris. Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior)

sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka

tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan

sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi

selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh

itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan

pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki

peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML

lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi

persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera

bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka

mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke

Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML. UEC-SML telah

diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia,

Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai

kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej

persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar

yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas

Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika

itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

Pendidikan pra-universiti

Page 9: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan

6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka

melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan

Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-

level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya

diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di

peringkat antarabangsa.

Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang

mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya

mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi

diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi

adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai

berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu

bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan

universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal

seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya,

kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar

STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan

program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan

yang sama (kelayakan kemasukan universiti).

Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin

memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.

Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat

terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

Pengajian tinggiBanyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti

awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang

diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang

baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana

tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang

perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-

pelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk

mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.

Page 10: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk

mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed

pada ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama dengan Kementerian Pelajaran

Malaysia bagi membentuk Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui olehTan Sri

Muhyiddin Yassin.

Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa

menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak

kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".

Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan

peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau

universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di

Malaysia.

Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada

masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang

ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang

cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata

dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang

Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan

dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di

Malaysia.

Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah

sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang

berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar[1]

Jenis sekolah rendah dan menengahSekolah Kebangsaan

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah Kebangsaan. Sekolah

Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Kluster

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam

klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah

kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan

membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah

lain di luar klusternya.

Sekolah Jenis Kebangsaan

Page 11: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis

Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000,

pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan

yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

(21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada

pengagihan.

Sekolah Wawasan

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang

dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk

menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan

orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan

akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.[2]

Sekolah Agama Islam

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di

Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian

daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih

belajar di sekolah-sekolah ini. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh

kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduku peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

(STAM),dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau

Mesir.

Sekolah Mubaligh

Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian

Sekolah Bestari

Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

Sekolah Teknik dan Vokasional

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai

kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam

bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang

membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai

bidang teknikal dan kejuruteraan.

Page 12: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan

sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan

cemerlang dalam UPSR dan PMR.

Ujian awam kebangsaanTerdapat empat ujian awam kebangsaan:

Ujian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah.

Penilaian Menengah Rendah  (PMR) diadakan semasa tingkatan 3 sekolah menengah.

Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) diadakan semasa tingkatan 5 sekolah menengah.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia  (STPM) diadakan semasa tingkatan 6 sekolah

menengah.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah

agama.

Rujukan

Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Terjemahan Negara Malaysia

Institut Aminuddin Baki

Hasan Basari, Abd. Samad (2002) Sistem penilaian prestasi pelajar." Universiti Teknologi Malaysia

Institutional Repository, Univesiti Teknologi Malaysia

 Jangan tunduk pada desakan - Polemik penubuhan sekolah wawasan.

 Kenyataan Mukhriz Wujud Sekolah Satu Aliran Tiada Unsur Perkauman, Kata Hishammuddin, Bernama

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia

http://www.slideshare.net/syafiqghani/perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia?related=2

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1057-sejarah-pendidikan-di-malaysia.html

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.html

Page 13: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Page 14: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti

untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan

Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

 

 

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri

daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

 (b) Pendidikan Rendah

Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi   yang  boleh

tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;

Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;

 (c) Pendidikan Menengah

Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;

Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada

            o    Sekolah Akademik

            o    Sekolah Teknik dan Vokasional

            o    Sekolah Kebangsaan Agama

Page 15: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

(d) Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan

menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama

Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

          o    Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan  kepada              Jabatan Pendidikan Khas.

          o    Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Halatuju pendidikan[sunting | sunting sumber]

Perundangan pendidikan[sunting | sunting sumber]

1957 : The Education Ordinance, 1957

1961 : Akta Pelajaran, 1961

1963 : Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)

1971 : Akta Universiti dan Kolej Universiti

1974 : Akta Politeknik Ungku Omar

1980 : Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

Laporan-laporan penting[sunting | sunting sumber]

1956 : Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)

Page 16: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

1960 : Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 (Penyata Rahman Talib)

1967 : Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi

1973 : Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat

(Laporan Keciciran)

1979 : Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata

Mahathir)

1991 : Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan[sunting | sunting sumber]

1957 : Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah

1970 : Bahasa pengantar Darjah 1

1975 : Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan

1976 : Bahasa pengantar Tingkatan 1

1979 : Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera

1980 : Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti

1981 : Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains

1982 : Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan

1983 : Bahasa pengantar semua kursus di universiti

Peperiksaan Sekolah Rendah[sunting | sunting sumber]

1957 : MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan

1963 : MSSEE dimansuhkan

1967 : PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan

1973 : UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan

1982 : UDT dimansuhkan

1988 : PDL dimansuhkan

1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

Peperiksaan Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

1957 : LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan

1957 : OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan

1957 : FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan

1957 : QT ( Qualifying Test) dimulakan

1960 : SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan

1961 : UK (Ujian Kelayakan) dimulakan

1962 : SPPTM (Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan

Page 17: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

1964 : SPPTM dimansuhkan

1964: FMC dimansuhkan

1964 : MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan

1964 : SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan

1967 : SRP/LCE soalan objektif mula digunakan

1968 : OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.

1969 : SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan

1976 : Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan

1976 : MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan

1982 : HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan

1982: STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

dimulakan

1983 : LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan

1983: SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan

1987 : Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)

1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan

1991 : KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan

1992 : Tahun terakhir bagi SRP

1993 : PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan

1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

2003 : PPSMI mula dilaksanakan

2012: PPSMI dimansuhkan

2013: PMR dimansuhkan diganti PT3

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

1956 : General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan

1964 : General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan

1965 : Pendidikan Komprehensif dimulakan

1967 : Report of the Committee on Curriculum Planning and Development

1973 : Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan

1982 : KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan

1983 : KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah

1988 : Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai

1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa

1989 : Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain

1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1

Page 18: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah

1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah

1991 : Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah

1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1

1992 : Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah

1993 : Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang

telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

Peperiksaan Khas[sunting | sunting sumber]

1964 : Penubuhan Unit Pendidikan Khas

1978 : Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh

1981 : Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas

(Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan, Kementerian Buruh dan Tenaga

Rakyat serta Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi dan setiausaha)

1984 : Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-

Kementerian.

1984: Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri

1984: Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional

Shah Alam ditubuhkan

1985 : Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran

Malaysia

1985: Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara

1985: Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan

1987 : Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam

1987: Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

1988 : Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak

dengan Perlakuan Autisme Ringan

1989 : Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara

1991 : Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-

keperluan Pendidikan Khas

1993 : Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan

Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas.

Page 19: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

5.1 KEDWIBAHASAAN

Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak

bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur

bahasa asli. Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi, yakni menggunakan

satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain misalnya

orang Cina dan India yang menggunakan Bahasa Melayu untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa

ibunda di rumah. Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa

oleh penutur. Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali  seseorang

individu dapat menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik. Terdapat negara yang

mempunyai dua bahasa atau lebih (bilingual atau multilingual) sebagai bahasa rasmi atau

bahasa kebangsaan. Negara Kanada dan Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala

Switzerland pula mengamalkan multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan

bilingual kecuali sebahagian besar daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa. Menurut

Mario Pei pula, kedwibahasaan ialah kualiti atau kebolehan seseorang bertutur dalam dua

bahasa. Kedwibahasaan majmuk ialah individu yang memperoleh dua bahasa semasa kecil. 

Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu

bahasa tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.

Kedua-dua sistem tersebut disepadukan dan disimpan secara berasingan.

Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa,

kaum dan lain-lain. Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku di bandar-bandar

besar dan pusat perdagangan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya. 

Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya baru dan bangsa asing yang menggunakan

dan memaksa rakyat pribumi menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan,

khususnya pendidikan dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Hartmann

(1976) mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh penutur

atau masyarakat pengguna bahasa. Penutur dwibahasa tidak semestinya penterjemah yang

baik sebab kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke bahasa yang lain diperoleh secara

berasingan dan individu tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam

semua keadaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang multibahasa dan terdapat individu

yang dapat memahami dua bahasa atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-

Inggeris, atau India-Melayu-Inggeris, dan sebagainya. Individu yang berpengetahuan dalam

kedua-dua bahasa tetapi yang satu lagi tidak pernah dilahirkan dalam bentuk ujaran atau

tulisan, bahkan cuba disembunyikan atas sebab-sebab tertentu dinamakancovert

bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan

kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut hanya memahami sahaja

tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan baik. 

Page 20: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

  

Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi seperti

di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan dialek masing-

masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama yang telah dijadikan

bahasa rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang menggunakan dialek Melayu-Johor

sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya dialek

Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.

Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain

digunakan sebagai bahasa penyatuan. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia dijadikan bahasa

penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi

seperti bahasa Ukraine dan Estonia.  Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada

idea bahawa penggunaan satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus

digalakkan dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa

lain. Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu akan

membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan permusuhan

dalam kalangan rakyat misalnya di Singapura.

Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk

berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga memerlukan

individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa merentasi pelbagai

negara. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam membawa masuk bahasa

asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Arab. Dasar pendidikan

sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan

penutur dwibahasa. Dasar bahasa negara juga melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah

menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi

menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; manakala Brunei Darussalam menetapkan

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.  Satu lagi unsur yang mewujudkan

kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-

kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku

apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan

seharian. 

Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau

pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching.  Berlakunya penukaran daripada satu

bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa

yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia. Misalnya

Page 21: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya

semula ke dalam Bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa

Inggeris. 

Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing.  Ini berlaku apabila

seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama

dalam ujaran mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap dalam Bahasa

Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya mencampuradukkan dengan

Bahasa Melayu kerana sesuatu hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai

digunakan atau sebagainya. Fenomena percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa

sebenar dalam tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Namun begitu, dengan berlakunya

peredaran masa dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput apabila kanak-

kanak berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud.

Namun demikian, di Malaysia dengan latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-

sekolah dan luar persekitaran yang didedahkan dengan Bahasa Inggeris seperti media

elektronik, kanak-kanak telah didedahkan dalam situasi dwibahasa  pada peringkat awal lagi.

Malah, percampuran kod bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada

hari ini. 

Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila terdapat

penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua. Terdapat dua jenis

pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan dan kedua, pemindahan positif.

Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa

sasaran. Pemindahan positif pula melibatkan pemindahan yang memudahkan pembelajaran

dan berlaku dalam kedua-dua bahasa natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur

persamaan. 

Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam kedwibahasaan. Proses

ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua sehingga

akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka. Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin

dan bahasa kreol. Bahasa pijin memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga

melahirkan bahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa kreol

pula ialah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat

penuturnya  akibat pertembungan dua bahasa.  

Page 22: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Sistem pendidikan negara diperkasa menerusi PPPM 2013-2025

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara berterusan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga

objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global. Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin

di sini hari ini, tiga objektif itu ialah: Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan

keberkesanan sistem.

* Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.

* Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang

meningkat serta menyokong transformasi awam.

"Pendekatan yang diambil dalam menghasilkan pelan ini adalah suatu langkah berani dan julung-julung kali dilakukan. Pandangan pelbagai pakar dan agensi antarabangsa dikumpulkan untuk menilai dan

mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia termasuk agensi luar seperti Bank Dunia, Unesco dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)," menurut pelan pembangunan pendidikan

itu.

PPPM juga merangkumi pelan tindakan dan inisiatif utama transformasi keseluruhan sistem pendidikan dan terdapat tiga fasa iaitu:

* Fasa Satu - melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang sistem pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan kepada

keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan penggerak utama pencapaian tahap prestasi masa kini di samping mengenal pasti kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model untuk

diikuti dan dicontohi.

Page 23: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

* Fasa Dua - memberikan tumpuan kepada penyediaan Laporan Awal PPPM dengan menggunakan dapatan dalam Fasa Satu untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan memperinci program transformasi yang tuntas tentang dasar dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi tempoh pelan 13 tahun itu. Fasa ini

merangkumi maklum balas yang dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan Makmal Pendidikan GTP 2.0.

* Fasa Tiga ditumpukan kepada penyediaan laporan akhir PPPM. Fasa ini melibatkan rundingan dan penglibatan guru, ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan yang lain bagi mendapatkan maklum balas

tentang Laporan Awal PPPM. Maklum balas berkenaan telah dipertimbangkan dalam penyediaan laporan akhir.

PPPM 2013-2025 itu juga mengkaji pengalaman sistem pendidikan negara lain yang menunjukkan peningkatan signifikan, meluas dan berupaya mengekalkan peningkatan dalam keberhasilan murid.

Ia bertujuan menyediakan metodologi yang mantap untuk memahami dan membandingkan standard dan prestasi sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain.

"Sebagai sebahagian daripada proses, kementerian telah mengkaji data antarabangsa, menganalisis dan menanda aras pendekatan daripada sumber antarabangsa yang terkemuka seperti Program Penilaian

Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)," menurut laporan pelan itu.

Menurut PPPM 2013-2025 itu, kejayaan masa depan negara bergantung kepada perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mampan iaitu kedua-dua faktor ini bergantung kepada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan.

"Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara," menurut PPPM itu.

Tag: PPPM, Pelan Pembangunan Pendidikan, Muhyiddin, pelajar

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilancarkan pada Selasa menggariskan 11 anjakan yang diperlukan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara agar setaraf dengan sistem yang dimiliki di kalangan negara membangun bagi tempoh 13 tahun akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program transformasi itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Page 24: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudiannya melancarkan laporan awal pelan tersebut.Antara perkara yang boleh dijangka daripada pelaksanaannya adalah:

Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015.

* Peningkatan dalam kemahiran guru* Kualiti pengajaran* Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah* Mutu kepimpinan sekolah

Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020

* Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.* Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.

Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025

* Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard

Page 25: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

antarabangsa;2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baharu tersebut.

Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.

Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan.

Kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semakan.

Page 26: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Tingkatkan kualiti sistem pendidikanTAN SRI LEE LAM THYE ialah Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia.

PELAN Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 mengenal pasti 11 anjakan strategik dan operasi untuk mencapai wawasan dalam meningkatkan taraf pendidikan kanak-kanak ke arah abad ke-21. Anjakan strategik pertama menyebut tentang memberi pendidikan berkualiti yang setanding dengan taraf pendidikan antarabangsa.

Dalam anjakan ini, keperluan untuk penambahbaikan tahap pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik selaras dengan piawaian antarabangsa. Untuk mencapai matlamat ini, kita memerlukan guru yang mempunyai keupayaan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar terutamanya mata pelajaran Matematik dan Sains yang bukan subjek kegemaran.

Anjakan kedua pula menyentuh tentang keperluan untuk memastikan setiap kanan-kanak mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Untuk ini, kita perlu mempunyai guru yang berkebolehan untuk berkhidmat di sekolah luar bandar dan bandar. Dalam anjakan keempat pula adalah menjadikan profesion perguruan sebagai profesion pilihan utama seperti yang dinyatakan dalam Rangka Tindakan di mana pelantikan guru adalah daripada antara 30% graduan yang terbaik. Walaupun ini adalah langkah yang baik untuk meningkatkan kualiti profesion perguruan namun terdapat juga keperluan untuk memahami bahawa untuk menjadi seorang guru yang baik, seseorang itu bukan sahaja perlu mempunyai latar belakang akademik yang tinggi tetapi perlu juga mempunyai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kemahiran untuk mendengar serta komited dalam profesion ini.

Anjakan ketujuh pula merujuk kepada memanfaatkan ICT dalam meningkatkan pembelajaran yang berkualiti di seluruh Malaysia. Memandangkan e-pembelajaran menjadi alat yang penting dalam menyampaikan pendidikan kepada generasi baru kini, kemudahan infrastruktur perlu dibaiki dan dikemas kini bagi merapatkan jurang digital ini.

Anjakan kesembilan pula merujuk kepada kerjasama ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta. Keutamaan adalah untuk mengubah daripada "pembelajaran sekolah" kepada "pembelajaran sistem" dengan melibatkan ibu bapa, masyarakat serta sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi bagi menyokong pelajar dalam pembelajaran mereka.

Tidak dapat dipertikaikan Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar dalam sistem pendidikan untuk melonjakkan pencapaian bagi memenuhi

Page 27: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

aspirasi yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Pelan yang meliputi tempoh 2013-2025 ini merangkumi visi sistem pendidikan dan aspirasi pelajar yang diperlukan negara. Melalui pelan ini, kita perlu membina sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia.

Kementerian Pendidikan bertanggungjawab untuk mencapai kesemua matlamat yang digariskan. Sementara itu, Ibu bapa, anggota masyarakat dan sektor swasta berperanan dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan anak- anak.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130926/re_05/Tingkatkan-kualiti-sistem-pendidikan#ixzz3peZmaEoX © Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengkritik desak sistem pendidikan Malaysia dibaik pulihOLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Published: 10 December 2013 9:09 AM

Page 28: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Putrajaya perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sistem pendidikan sekarang mampu melahirkan pelajar lebih baik dalam standard antarabangsa. Gambar fail.

Sistem pendidikan Malaysia kini berada di paras bahaya dan menunjukkan tanda amaran menyebabkan pemimpin pembangkang dan kumpulan tindakan menggesa langkah drastik diambil bagi menyelesaikan situasi itu, termasuk mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk memeriksa di mana silapnya.

Kerja baik pulih perlu dilakukan dalam sistem pendidikan sekarang berikutan pencapaian yang teruk, sehingga mendorong penggubal undang-undang dari Sarawak mendesak penubuhan RCI terutama apabila Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-55 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA).

Pencapaian Malaysia dalam penilaian terhadap pelajar 15 tahun menggunakan ujian matematik, membaca dan sains itu dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang yang menggesa sistem pendidikan negara diperbaharui selain mempersoalkan “sistem pendidikan terbaik di dunia” yang dibawa Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata walaupun Malaysia mempunyai dua menteri pendidikan, standard pendidikan negara di peringkat antarabangsa terus turun.

Page 29: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

“Nampaknya, pemimpin Umno dan perwakilan hanya berminat dengan mempolitikkan pendidikan berbanding memastikan pelajar Malaysia mendapat pendidikan terbaik di dunia.

“Dengan penurunan standard pendidikan yang berterusan, rakyat perlu diyakinkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 berobjektif untuk meletakkan Malaysia di tempat tertinggi, satu pertiga daripada negara yang menyertai kajian PISA menjelang 2021,” kata Lim.

Pengarah Pendidikan DAP, Zairil Khir Johari sebelum ini berkata, di sebalik peruntukan besar setiap tahun kepada Kementerian Pendidikan, pencapaian pelajar di dalam kajian pendidikan global masih teruk, dan keadaan itu “memalukan”.

Dalam Bajet 2014, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan RM54 bilion atau 21% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan negara, menjadikan ia kementerian terbesar dalam aspek penerimaan dana.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menggesa RCI ditubuhkan untuk melihat masalah dalam sistem pendidikan negara susulan daripada pendedahan keputusan PISA.

PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.

PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421.

Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik, Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501).

Page 30: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking itu.

Menggambarkan penurunan dalam sistem pendidikan itu sebagai “amaran merah”, Ahli Parlimen Kuching itu berkata, agak membingungkan apabila pelajar di Malaysia mendapat pencapaian seteruk itu tetapi jumlah pelajar yang memperolehi A dalam peperiksaan utama dalam negara meningkat setiap tahun.

“Mereka mungkin cemerlang bagi peperiksaan dalam negara, tetapi mereka tidak akan mampu bersaing di pentas global,” kata Chong.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata pencapaian teruk dalam penilaian PISA tidak mengejutkan.

Katanya kepada The Malaysian Insider:”Kerajaan tidak pernah cuba untuk meningkatkan rangking itu.”

“PAGE tidak menjangkakan kita dapat keputusan lebih baik. Alasan mudah ialah kerana apa yang diajar di sekolah berbeza daripada apa yang PISA mahukan,” katanya.

Noor Azimah berkata, kualiti guru juga perlu dipertingkat sebelum keputusan positif dapat diperolehi.

“Kualiti pelajar dan sistem pendidikan tidak boleh meningkat jika guru tidak berkualiti. Secara ringkasnya, output tidak boleh jadi lebih baik daripada input.

“Sehingga masalah ini diselesaikan, kita tidak akan dalam melakukannya dengan lebih baik dan kita akan hanya bergelumang dengan keputusan corot,” katanya.

Noor Azimah mendedahkan bahawa baru-baru ini PAGE dimaklumkan sekolah di Malaysia diberikan pilihan untuk menjawab kertas peperiksaan PISA sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.

“Mereka mendapati sekolah yang menjawab dalam Bahasa Inggeris mendapat keputusan lebih baik daripada sekolah yang menjawab dalam Bahasa Malaysia,” katanya dan turut menggesa Kementerian Pendidikan mendedahkan pencapaian Malaysia dalam PISA secara terperinci.

Page 31: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

“Keadaan itu sangat memihak kepada kita berhubung dengan PPSMI. Adakah pelajar kita lebih berkemampuan untuk membuat peperiksaan itu dengan lebih baik dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia,” katanya.

Presiden Gabungan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan, Mohd Ali Hassan, berkata keputusan dalam kajian PISA itu adalah seperti tersedar daripada kealpaan.

“Ini adalah masa yang amat penting dan perlu melakukan sesuatu.

“Kita perlu pengubahsuaian secara keseluruhan terhadap kurikulum dan kaedah pengajaran serta memberi lebih fokus kepada latihan amali berbanding teori,” katanya.

Mohd Ali turut mendesak supaya kualiti guru diperbaiki dengan latihan yang lebih baik.

“Guru perlu didedahkan kepada latihan semula, kaedah pengajaran yang baru untuk membolehkan mereka sentiasa mengemaskini kebolehan masing-masing dan menghasilkan pelajar lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, pertandingan sihat dengan sekolah daripada negara lain yang dianggap pakar dalam beberapa bidang terutama sains dan matematik perlu diberi sokongan.

“Itu boleh dijadikan sebagai penanda aras pelajar dan mereka akan dapat belajar banyak perkara daripada pelajar lain,” katanya.

Sementara itu, Chong meletakkan kesalahan penurunan tahap pendidikan kepada kerajaan kerana sistem pendidikan di Malaysia sering dipolitikkan.

“Selama lebih 50 tahun, elemen dan pertimbangan politik selalu memainkan peranan penting dalam polisi pendidikan negara.

“Kerajaan Persekutuan menggunakan pendidikan untuk mempropagandakan agenda politik Barisan Nasional,” katanya dan menggesa Putrajaya berhenti menggunakan politik dalam polisi  pendidikan.

Beliau berkata, pemansuhan sekolah mubaligh, pemansuhan pengajaran Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris dan cadangan

Page 32: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

meningkatkan waktu mengajar untuk Bahasa Malaysia adalah polisi yang lebih berpihak kepada kaum Melayu.

Chong turut menyelar Muhyiddin berikutan menteri itu mendakwa Malaysia mempunyai “sistem pendidikan terbaik di dunia sehingga dapat mengatasi sistem Britain dan Amerika Syarikat”.

“Kajian PISA menunjukkan sebaliknya. Apabila kita keluar dari Malaysia, sangat jelas kita ketinggalan di belakang negara lain,” katanya dan mendakwa ramai ibu bapa di negara ini tidak yakin dengan sistem pendidikan Malaysia.

Lim turut menuduh Muhyiddin “sengaja mengelak isu PISA 2012 seperti ia satu wabak”.

“Biar dia terus meyakinkan ibu bapa di Malaysia bahawa dia tidak “membina istana di awangan” dan menunjukkan pelan kukuh yang dia ada untuk pelajar 15 tahun kita menjadi terbaik di antara satu pertiga daripada negara menyertai kajian PISA 2021,” kata Lim. – 10 Disember, 2013.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengkritik-desak-sistem-pendidikan-malaysia-dibaik-pulih#sthash.jnWvvRZJ.dpuf

Langkah Meningkatkan Mutu Pendidikan1. Memantapkan pentadbiran  dan pengurusan sekolah - pengurusan sekolah

mengamalkan budaya kerja cemerlang, mempunyai perancanngan berfokus serta perhubungan awam dinamik2. Menyediakan infrastruktur lengkap - membantu P & P menjadi lebih berkesan, kemudahan pembelajaran lengkap.3. Meningkatkan profesionalisme guru - kursus pedagogi dan penyampaian berkesan, guru sebagai 'role model', guru sebagai pembimbing dan penunjuk cara.4. Penambahbaikan kurikulum - memantapkan kurikulum sediaada dan memperkenalkan matapelajaran baru yang progresif seperti aeroangkasa.5. Pelaksanaan kegiatan ko-kurikulum berkesan - pelaksanaan yang terancang rapi akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang tidak diperolehi di bilik darjah. Dapat memupuk nilai-nilai murni dan daya kepimpinan.6. Mengurangkan masalah disiplin pelajar - disiplin merupakan punca kejayaan seorang pelajar.7. Meningkkatan peranan masyarakat - penglibatan dan kerjasama PIBG secara aktif, peranan NGO mendedahkan pelajar terhadap kurikulum dipelajari dan kerjaya.

CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Page 33: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :

1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.

Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.

2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja,

Page 34: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.

Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.

Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.

3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan.

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.

Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti

Page 35: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini ? Adakah ia boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem peperiksaan yang sedia ada ? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan warga negara yang seimbang serta berketrampilan ?

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya

Page 36: Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British.docx

sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.