Sejarah Pendidikan Telah Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Perpaduan Negara Menerusi Akta...

download Sejarah Pendidikan Telah Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Perpaduan Negara Menerusi Akta Pelajaran 1961 Yang Dilaksanakan Berdasarkan Penyata Razak 1956 Dan Laporan Rahman

of 5

Transcript of Sejarah Pendidikan Telah Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Perpaduan Negara Menerusi Akta...

  • 8/7/2019 Sejarah Pendidikan Telah Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Perpaduan Negara Menerusi Akta Pelaja

    1/5

    Sejarah pendidikan telah memainkan peranan penting dalam membentukperpaduan negara menerusi Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan berdasarkanPenyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Dasar Pelajarankebangsaan yang digubal lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukansemua kaum: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak

    menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini denganmenggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkanhendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

    Sekiranya kita meninjau secara kasar, dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, iaberupaya melahir dan mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak),beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warga negara yangcukup baik.

    Pelaksanaan penggunaan unsur-unsur sastera telah mula diperkenalkan dalammata pelajaran Bahasa Melayu bermula pada tahun 1984. Lanjutan daripadapengenalan tersebut, unsur sastera telah dijadikan sebagai satu komponen yangkhusus dan wajib diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengahsecara berperingkat mulai Mac 2000, bagi tingkatan satu dan empat, manakalapada tahun 2001 untuk tingkatan dua dan lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga.

    Hasil Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.4/99 bertarikh 24 Februari 1999 mencadangkan

    supaya Komponen Kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata pelajaranBahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Lima. Gesaan ini telah diterima oleh PusatPerkembangan Kurikulum dengan mencadangkan supaya Kesusasteraan Melayudiperkenalkan sebagai satu komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayusekolah menengah. Cadangan ini diluluskan dalam mesyuarat JawatankuasaKurikulum Pusat Bil.2/99 pada 11 Jun 1999. Komponen Sastera (Komsas)dimasukkan dalam pengajaran bahasa bagi mencapai matlamat pembinaan insaneyang positif terhadap ilmu pengetahuan dan ke arah pembentukan insan yangseimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan jasmani.

    Sebagai sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum, mempunyai tata cara hidupyang berbeza, ketidakfahaman terhadap sesuatu budaya bangsa lain seringkalimenimbulkan konflik antara kaum. Pengenalan dan pengajaran komsas yangdiperkenalkan oleh PPK yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakatyang aman dan harmorni, terutama dari segi pembangunan dan kerohanian. Impiandan harapan negara akan tercapai melalui pengajaran komsas yang bersifatserampang dua mata seperti yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri pada tahun2003 yang telah menggariskan dasar dan matlamat sosial negara.

  • 8/7/2019 Sejarah Pendidikan Telah Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Perpaduan Negara Menerusi Akta Pelaja

    2/5

    Hasrat penyatuan bangsa ini terus diperkukuhkan oleh kerajaan melalui Pelan IndukPembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang dilancarkan oleh Menteri PelajaranMalaysia, Dato Hishammudin Bin Hussin pada tahun 2006. Antara elemen yangterdapat dalam PIPP menyarankan beberapa dasar pendidikan yang bertujuan

    membina bangsa Malaysia yang mempunyai ciri ciri glokal, patriotik danmenjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa dengan perasaan bangga. Hasratini akan dapat disempurnakan melalui pengajaran komsas dengan menerapkansistem nilai, displin , sahsiah, akhlak dan jati diri semua pelajar. Cadangan dansaranan yang di kemukakan oleh Dato Hishammuddin adalah bertitik tolak daridasar pendidikan yang dikemukakan oleh Tun Abdul Razak sebelum kemerdekaanbagi mewujudkan perpaduan antara kaum. Antara intipati adalah berbunyi sepertiberikut,

    Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistempendidikan kebangsaan menyatakan:Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini

    ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa didalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semuabangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantaryang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta mertamelainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. ( Penyata Razak,perenggan 12, 1956 )

    Pengajaran komsas juga bertujuan membentuk membentuk sebuah masyarakatyang bersatu padu dalam membina masyarakat. Sehubungan itu, fokusKementerian Pelajaran Malaysia dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-

    usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan danbahasa ilmu disamping memantapkan perpaduan dan integrasi nasional. Denganpemupukan kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Gabungjalinyang terdapat dalam pendidikan komsas diharap akan dapat melahirkan sebuahnegara yang mantap perpaduan dan berintergrasi nasional.

    Pendidikan komsas dan sastera yang diajarkan di sekolah- sekolah telah banyakmembantu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang besatu padu tanpa mengirawarna kulit. Penggunaan teks yang sama dalam pengajaran komsas akan dapatmelahirkan sebuah masyarakat yang bangga terhadap warisannya. Pembelajaransastera dan komsas yang berkaitan dengan tokoh masyarakat secara tidak

    langsung akan dapat melahirkan semangat nasionalisme. Kita seharusnyaberbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara. Kita perlumenghormati pemimpin kita dan berusaha bersama- sama mengekalkan perpaduandan kemajuan negara bukan dengan mengkritik. Tokoh- tokoh utama negarasepatutnya dihormati dan dihargai, tanpa mereka negara kita belum tentu lagimemperolehi kemerdekaan.

    Pengajaran komsas dalam Bahasa Melayu banyak membantu pelajar dalam

  • 8/7/2019 Sejarah Pendidikan Telah Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Perpaduan Negara Menerusi Akta Pelaja

    3/5

    membentuk semua masyarakat yang harmoni. Berkenaan dengan pengajaran yangdijalankan, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dalam menyampaikan isipengajaran seperti teknik lakonan, syarahan, deklamator dan sebagainya yangmemerlukan interaksi antara murid. Melalui tugasan yang diamanahkan, golonganpelajar yang terdiri dari pelbagai kaum terpaksa berinteraksi antara satu sama lain

    samada melalui perbincangan dan sumbangan idea. Hubungan sesama pelajardalam melunaskan tugasan tersebut, secara tidak langsung akan menjalinkanhubungan yang erat sesama pelajar. Intergriti pelajar akan dapat dijalinkan denagnbaik berdasarkan medium pengajaran komsas seperti yang dituntut dalam PelanInduk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang diumumkan oleh Menteri PelajaranMalaysia pada tahun 2006, berkenaan dengan Teras II, PIPP.

    Pendedahan yang berterusan kepada bahan sastera diharap dapat melahirkansebuah masyarakat yang bersatupadu, membangunkan sahsiah diri pelajar sertadapat menarik minat pelajar untuk terus membaca bahan-bahan sastera secaraberdikari tanpa lagi bergantung kepada guru selepas alam persekolahan. Hal ini

    penting sebagai langkah memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia yang dilihatbegitu rapuh

    Bahasa berperanan sebagai penghubung dan mempunyai elemen dalam membinanilai-nilai perpaduan. Pendidikan bahasa dan sastera merupakan peluang yangterbaik bagi guru menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dengan menggunakanbahasa sebagai simbol perpaduan tidak seperti mata pelajaran matematik. Melaluipengajaran sastera, pendedahan terhadap kehidupan masyarakat yang penuhvariasi seperti pngajaran puisi, novel, cerpen, drama dan sebagainya dapatmemberikan teladan kepada masyarakat yang berbilang kaum. Penggunaan karya

    yang ditulis oleh penulis Melayu dan bukan Melayu dapat mengambarkan suasanaMasyarakat Malaysia yang pelbagai pandangan. Masyarakat Malaysia yang terdiridari pelbagai kaum seringkali menimbulkan perasaan tidak puashati, dengki dansalahanggap akibat suasana sosial yang tidak seimbang. Berdasarkan penghasilansastera, seseorang pengarang akan dapat mencipta sebuah hasil kesusasteraanyang bertangungjawab dan menumpukan ke arah perpaduan negara denganmenggunakan fakta sejarah yang telah terjadi dan telah diolah dengan lebih bebasbagi mencipta hasilnya sendiri. Menurut Georg Lukacs (1962: 53), novel sejarahyang sebenar ialah novel yang membawa masa lampau kepada kita dan membuatkita mengalami hakikat masa silam yang sebenar

    Peranan sasterwan negara dalam meningkatkan perpaduan negara tidak dapatdinafikan lagi.Usman Awang sebagai contoh telah berjaya menyatukan masyarakat yangberbilang kaum di Malaysia melalui puisi puisi ciptaannya. Kesungguhan beliaudirintis dengan penubuhan Persatuan Persahabatan China Malaysia. Teraskerjasama ini tidak saja terhad kepada penubuhan persatuan, tetapi terbuka dalampelbagai kerjasama penganjuran sastera berpaksikan perpaduan melalui GabunganPenulis Nasional ( GAPENA ). GAPENA contohnya pernah menganjurkan

  • 8/7/2019 Sejarah Pendidikan Telah Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Perpaduan Negara Menerusi Akta Pelaja

    4/5

    Sayembara Puisi Kemerdekaan bagi melahirkan masyarakat yang berjiwa Malaysia.Kesungguhan Usman Awang lewat puisi ciptaan seperti Pemuda dan GadisTionghua, Anak jiran Tionghua, Kambing Hitam adalah antara usahamemperatkan hubungan kaum. Menurut Lawrance Quek tidak banyak penulis diMalaysia yang melahirkan karya mereka dengan menggunakan bahasa Melayu

    melainkan menggunakan bahasa ibunda mereka kecuali keturunan baba dannyonya yang terdapat di Melaka. Namun demikian terdapat beberapa penulis bukanMelau yang aktif dalam melahirkan karya sastera perpaduan seperti Raja Rajeswarydan Uthaya Sankar S.B,

    Karya kesusasteraan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Menurut Carlton J.H. Hayes (1931: 6 ), sebuah karya yang memaparkan tentang kebudayaanbangsanya yang berkaitan dengan kebangkitan bangsa di tanah air yangmenggunakan sastera sebagai medium penyatu bangsa dengan mengambilpengajaran dengan memberikan gabungan rasa kesetiaanegaraan dengankesedaran rakyat. Sastera yang berkaitan dengan sejarah banyak ditulis untuk

    mewujudkan perasaan cinta dan sayang terhadap negara. Contohnya seperti karyaMerdeka! Merdeka! Oleh A. Rahman Hanafiah yang telah diadikan teks komsastingkatan 3. Novel ini mengisahkan tentang bagaimana masyarakat Melayu yangterdiri daripada Dato Onn dan lain lain berjuang menentang Malayan Union danPengganas.

    Penggunaan bahasa Melayu sebagai satu alat penyatu bangsa adalah amatbersesuaian dengan kedudukannya yang sudah menjadi lingua franca di seluruhkepulauan Nusantara pada masa ini dan agama Islam sebagai kepercayaannya.Jadi faktor ini dijadikan sebagai tunjang untuk menyatukan sebuah masyarakat yang

    berbilang kaum seperti yang dikatakan oleh Ben Anderso (1986: 19) yangmemfokoskan tentang komuniti masyarakat yang beragama , berdinasti akan salingmengenali walaupun pada zahirnya tidak disebabkan mereka berada dibawah satukomuniti bayangan iaitu bangsa. Azam Hamzah (1990 : 25- 26) mengatakan nilai nilai keluhuran yang terpapar dalam teks sastera akan dapat melahirkan sebuahmasyarakat yang luhur tentang nilai kemanusiaan berbanding kebendaan, nilai-nilaisastera dapat membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun.

    Menurut Atan Long ( 1984: 186 ) Bahasa Melayu. Berperanan sebagai bahasapenyatu kemudian digabungjalinkan dalam pengajaran sastera sebagai alatperpaduan tidak dapat disangkal lagi. Berdasarkan Laporan Kabinet yang bertujuan

    menyatukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Sesuai dengan kedudukanbahasa Melayu dan komas sebagai mata pelajaran wajib, ia memainkan perananyang penting sebagai bahasa perantaraan berbagai kaum yang terdapat di Malaysia.Peranan Bahasa Melayu melalui komsas atau Kesusasteraan dapat membantudalam merealisasikan hasrat kerajaan mencapai perpaduan negara.

    Karya kesusasteraan akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang mempunyaikeperibadian dan kenegaraan yang tinggi. Walaupun negara kita telah dijajah oleh

  • 8/7/2019 Sejarah Pendidikan Telah Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Perpaduan Negara Menerusi Akta Pelaja

    5/5

    bangsa asing lebih ratusan tahun, namun jati diri dan semangat nasionalisma masihmenebal dalam diri kita. Sejarah yang diungkapkan melalui karya-karyakesusasteraan telah mengikat kehidupan kita supaya sentiasa bersatu padu. Karyaseperti Bustanus Salatin, Salatus Salatin, Hikayat Hang Tuah antara karya yangmemberikan panduan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu .

    RumusanDasar mewujudkan bangsa Malaysia yang berteraskan pendidikan wajar diteruskan.Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak boleh berharap perpaduan akan terbentukdengan sendirinya. Konsep perpaduan yang terbentuk atau diasaskan melalui karyakesusasteraan perlu diperkayakan lagi agar hasrat kerajaan membentuk sebuahmasyarakat yang bersatu dapat direalisasikan.