Sejarah Pendidikan Tidak Formal Negara Malaysia Bermula Sejak Tertubuhnya Kerajaan Kesultanan Melayu...

1
Sejarah pendidikan tidak formal negara Malaysia bermula sejak tertubuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam tempoh beberapa abad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Secara amnya, perubahan pendidikan ini mengikut kehendak masyarakat pada masa itu contohnya di zaman Kerajaan Melayu Melaka di mana masyarakat Melayu telah berubah daripada zaman hindu kepada zaman kegemilangan Islam. Zaman pemerintahan Portugis sekitar tahun 1511 sehingga tahun 1641 dan Belanda tidak banyak membawa perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan kepada penduduk peribumi sehingga kedatangan Inggeris pada tahun 1786. Inggeris telah memulakan era baru dalam bidang pendidikan kepada anak peribumi waktu itu. Walau bagaimanapun kejayaan tentera Jepun menawan Tanah Melayu pada tahun 1941 dan memerintah sehingga tahun 1945 telah membantutkan perkembangan pendidikan Malaysia. Pada tahun 1946 Tanah Melayu telah diambil alih oleh kerajaan Inggeris sekali lagi, dan Inggeris mula mencorak pendidikan di tanah jajahannya sehingga pada 31 Ogos 1957 apabila negara Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan negara yang beracuan Malaysia. Misi dan Matlamat dibina untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

description

SEJARAH

Transcript of Sejarah Pendidikan Tidak Formal Negara Malaysia Bermula Sejak Tertubuhnya Kerajaan Kesultanan Melayu...

Sejarah pendidikan tidak formal negara Malaysia bermula sejak tertubuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam tempoh beberapa abad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Secara amnya, perubahan pendidikan ini mengikut kehendak masyarakat pada masa itu contohnya di zaman Kerajaan Melayu Melaka di mana masyarakat Melayu telah berubah daripada zaman hindu kepada zaman kegemilangan Islam. Zaman pemerintahanPortugis sekitar tahun 1511 sehingga tahun 1641 dan Belanda tidak banyak membawa perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan kepada penduduk peribumi sehingga kedatangan Inggeris pada tahun 1786. Inggeris telah memulakan era baru dalam bidang pendidikan kepada anak peribumi waktu itu. Walau bagaimanapun kejayaan tentera Jepun menawan Tanah Melayu pada tahun 1941 dan memerintah sehingga tahun 1945 telah membantutkan perkembangan pendidikan Malaysia. Pada tahun 1946 Tanah Melayu telah diambil alih oleh kerajaan Inggeris sekali lagi, dan Inggeris mula mencorak pendidikan di tanah jajahannya sehingga pada 31 Ogos 1957 apabila negara Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan negara yang beracuan Malaysia. Misi dan Matlamat dibina untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.