Sejarah penemuan konsep

10
Sejarah penemuan konsep SEJARAH PENEMUAN ELEKTRIK Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke18 sehingga pertengahan abad ke19. Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (1791–1867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (17451827), AndréMarie Ampère (1775–1836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke19 dan awal abad ke20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.

description

sains

Transcript of Sejarah penemuan konsep

Sejarah penemuan konsepSEJARAH PENEMUAN ELEKTRIKOrang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke18 sehingga pertengahan abad ke19. Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (17911867), Luigi Galvani (17371798), Alessandro Volta (17451827), AndrMarie Ampre (17751836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke19 dan awal abad ke20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.

Sejarah tokoh ahli sains berkenaanMichael Faraday

Kelahiran

22 September 1791Newington Butts, England

Kematian25 Ogos 1867 (umur 75)Hampton Court, Middlesex,England

KediamanEngland

KerakyatanBritish

Dikenali keranaHukum Aruhan FaradayElektrokimiaKesan FaradaySangkar FaradayPemalar FaradayFaraday cupFaraday's laws of electrolysisFaraday paradoxFaraday rotatorFaraday efficiency effectFaraday waveFaraday wheelLines of force

Agama Sandemanian

Michael Faraday, FRS (22 September 1791 25 Ogos 1867) merupakan seorang ahli kimia dan ahli fizik Inggeris (atau ahli falsafah jati, dalam terminologi masa) yang menyumbang dalam bidang elektromagnetisme dan elektrokimia. Michael Faraday mengkaji medan magnet sekitar konduktor membawa arus terus. Semasa menjalankan kajian ini, Michael Faraday mengesahkan asas untuk konsep medan elektromagnet dalam fizik, kemudiannya diperluaskan oleh James Maxwell. Beliau juga menjumpai aruhan elektromagnet, diamagnetisme, dan hukum elektrolisis. Beliau mengesahkan bahawa magnetisme dapat mempengaruhi sinaran cahaya dan terdapat hubungan dasar antara dua fenomena. Rekaan alatan putaran elektromagnet membentuk asas teknologi motor elektrik, dan ia banyak disebabkan hasil usahanya bahawa tenaga elektrik menjadi berdaya saing untuk digunakan dalam teknologi.Alexander Graham Bell

Kelahiran

3 Mac 1847Edinburgh, Scotland.

Kematian2 Ogos 1922 (umur 75)Beinn Bhreagh, NovaScotia, Kanada

Punca KematianPernicious anemia

PendidikanUniversiti EdinburghUniversiti Toronto

PekerjaanPencipta, Saintis

Terkenali keranaMencipta telefon

Pasangan Mabel Hubbard(kahwin 1877-1922)

Anak-anak

(4) Dua anak lelaki mati ketikabayi, dua anak perempuan

Ibu bapaAlexander Melville BellEliza Grace Symonds Bell

Saudara-mara

Gardiner Greene Hubbard(bapamertua)Gilbert HoveyGrosvenor(menantu lelaki)Melville Bell Grosvenor(cuculelaki)

Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 2 Ogos 1922) ialah seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak". Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerjakerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam. Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876. Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic. Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajianbeliau. Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."Georg Simon Ohm

Kelahiran

16 Mac 1789Erlangen, Jerman

Kematian6 Julai 1854 (umur 65 tahun)Munich

Punca KematianPernicious anemia

PendidikanUniversiti Erlangen

PekerjaanGuru Sekolah Menengah

Terkenali keranaHukum Ohm(I=V/R)

Georg Simon Ohm, (16 Mac 1789 Erlangen, Jerman - 6 Julai 1854, Munich) pakar fizik Jerman, yang dilahirkan di Erlangen dan mendapat pendidikan di universiti di sana. Beliau meninggal dunia pada usia 67 tahun. Beliau menuntut ilmu matematik di Universiti Erlangen dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1811. Dengan menggunakan peralatan hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar bagi lahirnya teori-teori elektrik yang lain. Teori elektrik yang ditemukan oleh Ohm itu disebut sebagai Hukum Ohm, yang menyatakan bahawa besar arus yang mengalir dalam rangkaian tertutup adalah berkadar terus dengan jumlah keupayaan yang terdapat pada jepit catu daya dan berkadar songsang dengan jumlah rintangan yang dilaluinya (I=V/R). Malangnya, ketika Ohm menerbitkan penemuannya pada tahun 1827, penemuannya itu diperkecilkan oleh rakan sekerjanya dan dia terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah menengah. Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di Universiti Nurenberg.

Nikola Tesla

Kelahiran

10 Julai 1856 Smiljan, Croatia Empayar Austria

Kematian7 Januari 1943

PekerjaanPereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan jurutera elektrik

Dikenali keranaPenyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrikMenghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromegnetikUnit ukuran SI (tesla)

Nikola Tesla (10 Julai 1856 - 7 Januari 1943) merupakan seorang pereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan jurutera elektrik. Beliau dilahirkan di Smiljan, Croatia Empayar Austria dan menjadi warganegara Amerika Syarikat semasa dewasa. Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulangalik yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. Beliau merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik pengguna serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Paten dan teori kerja beliau menjadi asas kepada teori arus ulangalik moden, sistem kuasa elektrik termasuk sistem polifasa elektrik yang digunakan dalam pengagihan elektrik. Tesla pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison. Unit ukuran SI untuk medan magnet B (juga dirujuk sebagai ketumpatan fluks magnet dan induksi magnet), dikenali sebagai tesla. Ia dinamakan sempena menghormati sumbangan beliau di dalam kemajuan bidang elektrik.

Konsep-konsep berkenaan

Aplikasi konsep berkenaan dalam kehdupan seharian