SEJARAH PERKEMBANGAN AJARAN SESAT

17
SEJARAH PERKEMBANGAN AJARAN SESAT Sejarah ajaran sesat di Singapura sudah lama berkembang sejak pada awal tahun 1940-an. PERDAUS iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam ketika dahulu telah mampu meneroka perkembangannya. Pada ketika itu timbul keributan mengenai ajaran Qadiani hasil perdebatan hebat antara Allahyarham Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, di Onan Road. Peristiwa perdebatan di antara Tuan Syed Ahmad Dahlan Al- Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, pada tahun 40-an itu, telah mampu meredakan ribut yang ditimbulkan ajaran Qadiani, terutama di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tinggal di sekitar Joo Chiat Road, Geylang Serai, Katong dan Telok Kurau. Namun ajaran itu masih wujud sehingga hari ini. Pada tahun 1950-an, timbullah satu lagi ajaran sesat apabila seorang yang berasal dari Pulau Ambon, Indonesia, mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Nabi. Pengisytiharannya sebagai seorang Nabi adalah berlandasan kepada dakwaannya mempunyai salasilah dari keturunan rasul- rasul. Beliau adalah seorang peniaga di Pasar Changi, Geylang. Pada tahun 1960-an pula, tersebar pula satu lagi ajaran sesat yang dinamakan "Taslim". Kumpulan ini menggelar diri mereka sebagai masyarakan "Ikhwan". Hidup kumpulan ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Guru kumpulan masyarakat "Ikhwan" ini pernah mengaku dirinya sebagai nabi dan rasul. Ajaran kumpulan ini tersebar di kawasan Joo Chiat Road dan mempunyai cawangannya di beberapa kawasan di Singapura. Dan kemudian, seterusnya telah didapati ada banyak lagi ajaran sesat yang sedan berkembang di beberapa kawasan di Singapura ini, iaitu :- Yang dikenali dengan nama "Ilmu Bungkus" di Kampung Woo Mon Chew Road ( Siglap ), Kampung Tongkang Pecah ( Jalan Kayu ), Kampung Thani ( Bukit timah ), Kampung Telok Kurau dan Kampung Kim ( Bukit

Transcript of SEJARAH PERKEMBANGAN AJARAN SESAT

SEJARAH PERKEMBANGAN AJARAN SESATSejarah ajaran sesat di Singapura sudah lama berkembang sejak pada awal tahun 1940-an. PERDAUS iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam ketika dahulu telah mampu meneroka perkembangannya. Pada ketika itu timbul keributan mengenai ajaran Qadiani hasil perdebatan hebat antara Allahyarham Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, di Onan Road.

Peristiwa perdebatan di antara Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, pada tahun 40-an itu, telah mampu meredakan ribut yang ditimbulkan ajaran Qadiani, terutama di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tinggal di sekitar Joo Chiat Road, Geylang Serai, Katong dan Telok Kurau. Namun ajaran itu masih wujud sehingga hari ini.

Pada tahun 1950-an, timbullah satu lagi ajaran sesat apabila seorang yang berasal dari Pulau Ambon, Indonesia, mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Nabi. Pengisytiharannya sebagai seorang Nabi adalah berlandasan kepada dakwaannya mempunyai salasilah dari keturunan rasul-rasul. Beliau adalah seorang peniaga di Pasar Changi, Geylang.

Pada tahun 1960-an pula, tersebar pula satu lagi ajaran sesat yang dinamakan "Taslim". Kumpulan ini menggelar diri mereka sebagai masyarakan "Ikhwan". Hidup kumpulan ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Guru kumpulan masyarakat "Ikhwan" ini pernah mengaku dirinya sebagai nabi dan rasul. Ajaran kumpulan ini tersebar di kawasan Joo Chiat Road dan mempunyai cawangannya di beberapa kawasan di Singapura.

Dan kemudian, seterusnya telah didapati ada banyak lagi ajaran sesat yang sedan berkembang di beberapa kawasan di Singapura ini, iaitu :- Yang dikenali dengan nama "Ilmu Bungkus" di Kampung Woo Mon Chew Road ( Siglap ), Kampung Tongkang Pecah ( Jalan Kayu ), Kampung Thani ( Bukit timah ), Kampung Telok Kurau dan Kampung Kim ( Bukit Timah ). Ajaran sesat Ilmu Bungkus ini pernah didedahkan oleh Perdaus pada 17hb. September 1965, di kawasan Telok Kurau.

Pada tahun 70-an pula tersebar beberapa ajaran sesat. Antaranya :-

Ajaran Agama SarasakhAjaran Agama Sarasakh ini tidak diketahui dari mana asal-usulnya, tetapi pernah disebarkan secara rahsia di Singapura. Ajaran Agama Sarasakh ini pernah didedahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura melalui kuthbah Jumaatnya pada 9hb. Mei 1976.

Ajaran Ilham Nur MuhammadAjaran Ilham Nur Muhammad ini pernah disebarkan oleh seorang guru ajaran sesat di Kampung Paya, pada tahun 1970-an. Ajaran ini pernah disiasat oleh Majlis Ugama Islam Singapura ( MUIS ).

Ajaran Mandi KorbanAjaran Mandi Korban ini pernah disebarkan oleh seorang guru secara rahsia di kawasan Jurong. Ajaran Mandi Korban ini pernah didedahkan oleh PERDAUS, dalam satu ceramah yang diadakan di Masjid Al-Muttaqin, Ang Mo Kio pada 25hb. April 1981.

Tarikat MufarridiyahAjaran Tarikat Mufarridiyah ini pernah tersebar luas secara terbuka di beberapa kawasan seperti di Nee Soon, Sembawang dan Kampung Tanjong Irau, sekitar tahun 1972. PERDAUS pernah mendedahkan kesesatan dan penyelewengan ajaran Tarikat Mufarridiyah pada 20hb April 1984 di Masjid Penempatan Melayu, Sembawang.

Pada awal tahun 1980 hingga ke tahun 1998, ajaran sesat yang dilaporkan dan dikesan di beberapa kawasan di Singapura ialah sepeti tersebut :-

1. Ajaran Tarikat Rimau 2. Ajaran Tarikat dan Mengenali diri 3. Kumpulan Wirid dalam Selimut 4. Ajaran Hakikat Sembahyang 5. Tarikatul - Islam 6. Ajaran Nikah Batin 7. Ajaran Ilmu Kebatinan 8. Ajaran Kamilulkamil 9. Ajaran Tarikat Kabullani 10.Ajaran Kitab Kamarulhuda 11.Ajaran Kitab Kasyfulasrar 12.Ajaran Tauhid Makrifat 13.Ajaran Hakikat Insan 14.Ajaran Martabat 7

Ajaran-ajaran yang tersebut pernah didedahkan oleh PERDAUS pada 27hb Mei 1984 di Masjid Hasanah dan Teban Garden, pada 28hb September 1987 di Masjid Darul Makmur.

KUMPULAN-KUMPULAN AJARAN SESAT YANG LAINNYADi bawah ini ada 25 senarai nama-nama Kumpulan Ajaran Sesat yang telah bertapak Di Singapura & Di Malaysia sehing sekarang. Ada diantara nama-nama yang tidak dikenali ramai kerana kurangnya pendedahan kepada masyarakat Islam umum. Inilah yang nabi sebut disalah satu hadisnya yang berbunyi,” Umatku akan berpecah kepada 73 golongan keneraka hanya satu kesurga ia itu yang mengikut Sunnahku dan Sunnah Khurafa’ Rashidin.” Hanya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui.

1. Rafidhah / Syi'ah2. Khawarij3. Qadariyyah4. Mu'tazilah5. Jahmiyyah6. Murji-ah

7. Jabariyyah8. Musyabbihah9. Falaasifah10.Asy'ariyyah dan Maturidiyyah11.Tashawwuf12.Jama’ah Tabligh13. Ikhwanul Muslimin14.Hizbut Tahrir15. Islam Jama’ah16.Jama’atul Muslimin17.N.I.I.18. Isa Bugis19. Inkarus Sunnah20.Ahmadiyah21.Lembaga Kerasulan22.Bid’ahnya ajaran-ajaran bai’at23.Jama’ah Arqam24.Bid’ahnya ajaran Syahadatain25. Islam Liberal

KERATAN AKHBAR & MAJALAH DAN ILUSTRASI & RAJAH MENGENAI AJARAN SESAT

KERATAN-KERATAN AKHBAR MENGENAI PENYELEWENGAN, PENDEDAHAN DAN PEMBANTERASAN AJARAN SESAT

Berita Minggu, 23hb. Februari 1986

Berita Minggu, 2hb. Mac 1986

Berita Minggu, 8hb. April 1984

Berita Minggu, 26hb. Februari 1985

Berita Harian, 24hb. Februari 1992

Berita Minggu, 23hb. Mac 1986 / Berita Harian, 1992

Utusan Malaysia, 6hb. April 1984

Berita Minggu, 5hb. Jun 1988

Berita Harian, 28hb. September 1988

Berita Harian, 14hb. Mac 1992 / Utusan M'sia, 6hb. April 1984

Berita Harian, 16hb. Mei 1992

Berita Harian, 25hb. Januari 1992

Berita Harian, 23hb. Mac 1992

Berita Harian, 30hb. Julai 1992

Berita Harian, 3hb. November 1988

Al-Islam, Februari 1981