Sejarah Perkembangan Bm

44
SEJARAH PERKEMBANGAN BM Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berBahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern. Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia. Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori),

Transcript of Sejarah Perkembangan Bm

Page 1: Sejarah Perkembangan Bm

SEJARAH PERKEMBANGAN BM

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah.

Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi.

Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berBahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern.

Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.

Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna).

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.

Page 2: Sejarah Perkembangan Bm

Bahasa Melayu Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.

RUMUSAN

Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Era Bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (ditubuhkan pada 6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957.

Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah di tubuhkan di Singapura.

Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan Bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini diperjuangkan melalui saluran politik.

Page 3: Sejarah Perkembangan Bm

Kewujudan Bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik.

Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan

untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa Melayu. Pertemuan digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS).

Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951.

Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran.

LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa, dan kesusasteraan Melayu.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 diadakan di Sekolah King George, Seremban.

Pada bulan Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu.

Perjuangan ASAS 50 mempertahankan Bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954.

Page 4: Sejarah Perkembangan Bm

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara.

Pada hari 22 Jun 1956 Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor.

Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa ditubuhkan

dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956

merupakan titik tolak penting dalam perjuangan Bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

Faktor pemilihan Bahasa Melayu ialah:

pertama, Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini;

kedua, ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini;

ketiga, ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum;

dan akhirnya, Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.

Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 5: Sejarah Perkembangan Bm

Gerakan penggunaan bahasa bahasa dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961.

Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan.

Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967.

Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).

Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.

Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut,

iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).

Laporan Barnes 1951 – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;

Laporan Fenn-Wu 1951 – menyemak pendidikan kaum Cina

Page 6: Sejarah Perkembangan Bm

Ordinan Pelajaran 1952 – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan

Laporan Razak 1956 – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil, dan Inggeris sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957.

Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan.

1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah.

Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982.

Page 7: Sejarah Perkembangan Bm

1983 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu

Posted by RYN at 6:15 PM

AHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERIS

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERIS

Sebelum Inggeris bertapak di semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Sebelum penjajahan Inggeris, Bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman ini dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu Moden. Beberapa karya terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar.

Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan Bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan memberikan kesedaran tetantang betapa pentingnya nahu Bahasa Melayu. u. Perkembangan Bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Abdullah Munsyi tidaklah menghairankan kerana latar pendidikannya yang berbahasa Inggeris.

Tokoh yang terkenal pada zaman ini juga ialah Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi menulis Kitab Pemimpin Johor sejak tahun 1871 Masihi dan diterbitkan pada tahun 1878 Masihi. Beliau menggunakan banyak ibu perkataan dalam kitabnya kerana bentuk ini dikatakan dapat membanyakkan beberapa perkataan lain sehingga menjadi ayat dan juga perenggan.

Yang dimaksudkan dengan ibu perkataan tersebut ialah perkataan istimewa, adapun, arakian, alkisah, bermula, bahawasanya, bahawa, hatta, dan, dewasa, sebermula, sebagai lagi, sebagai pula, sekali persetua, seyogiayanya, syahdan, kalian, dan maka.

Page 8: Sejarah Perkembangan Bm

Kitab ini beracuankan Bahasa Inggeris namun penggunaan bahasanya terlihat masih lebih banyak dipengaruhi oleh struktur Bahasa Arab dan berusaha mengelakkan perkataan yang keinggerisan.

Tokoh lain yang sezaman dengan Abdullah Munsyi ialah Raja Ali Ibni Raja Haji Ahmad. Walaupun sezaman dengan Abdullah Munsyi tetapi Raja Ali mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Raja Ali Haji berpendidikan Arab serta seorang pendakwah.

Bukunya Bustanul Katibin bertarikh 1850 Masihi didasarkan kepada nahu bahasa Arab.Buku ini dianggap penting kerana inilah buku nahu berbahasa Melayu yang ditulis oleh orang Melayu.

Kitab Pengetahuan bahasa pula dihasilkan pada tahun 1859 Masihi. Hasil ini merupakan sebuah kamus Melayu.

Raja Ali Haji dilahirkan pada tahun 1909 Masihi dan dibesarkan di Pulau Penyengat, iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari Tanjung Pinang di Riau yang pada ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan. Beliau telah menghasilkan kitab tatabahasa Melayu yang dinamakan Bustanil Katibina Lis Subyani’il Mutaalamin atau diterjemahkan sebagai Kitab Perkebunan Juru Tuli bagi Kanak-Kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan .

Di sini penulisnya cuba menyesuaikan dan menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat Bahasa Melayu.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.

William Marsden telah menulis A Grammar of Malayan Language pada tahun 1812 masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam perkembangan Bahasa Melayu, iaitu Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan Bahasa Melayu. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi, konsonan dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat, nama sifat,

Page 9: Sejarah Perkembangan Bm

perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi, keterangan, penghubung, seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek, prosodi dan praksis. Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, dan mencipta beberapa huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada.

Tokoh besar dunia Melayu yang lahir pada zaman Inggeris ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Za’ba. Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 16 September 1895 dan banyak menghabiskan hayatnya dalam bidang kebahasaan. Beliau mendapat pendidikan Inggeris dengan kelulusan Senior Cambridge di St. Paul’s Institution di Seremban, di samping lulus di peringkat tertinggi di sekolah Melayu. Beliau telah menghasilkan Pelita Bahasa Melayu (PBM) bertujuan untuk menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) Bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada buku-buku nahu Bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji Melayu sebelumnya. Buku nahu ini menghuraikan kaedah nahu Bahasa Melayu atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu Bahasa Inggeris dan sedikit pengaruh nahu Bahasa Arab yang dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati Bahasa Melayu serta pendekatan khasnya yang tersendiri. Oleh itu, nahu Za’ba ini lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata. Pelita Bahasa Melayu (1) diterbitkan pada tahun 1940 oleh Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada cetakan pertamanya, buku ini diterbitkan dalam tulisan Jawi yang membicarakan masalah huruf, tulisan, ejaan, saraf dan nahu Melayu. Pelita Bahasa Melayu (2) merupakan lanjutan terbitan yang pertama mengandungi 12 bab yang merangkumi beberapa aspek yang dimulai dengan permulaan mengarang, latihan membuat ayat, mengarang ayat-ayat tunggal, pemakaian tanda-tanda berhenti, cakap pindah sehingga kepada penghabisan karangan. Buku ini dikarang untuk murid-murid darjah 2 , 3 dan 4 sekolah Melayu pada masa itu.

Bentuk Bahasa Melayu pada era ini ialah gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu Bahasa Melayu Klasik seperti penggunaan sahaya, arakian, kemudian daripada itu, adapun, maka, sekalian dan lain-lain. Fonem-fonem Bahasa Melayu ditambah dengan fonem-fonem baharu daripada Bahasa Arab masih kekal.

Kata-kata istilah baharu juga muncul buat pertama kali terutama dalam pentadbiran moden yang diamalkan sewaktu zaman pemerintahan keluarga Temenggung Ibrahim. Pada masa yang sama, beberapa istilah Inggeris juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk urusan pentadbiran seperti jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan.

Kata-kata bahasa asing dari Barat seperti kata Belanda di Indonesia juga meresap masuk ke dalam Bahasa Melayu seperti kompeni, gabenor dan lain-lain.

Page 10: Sejarah Perkembangan Bm

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan Bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan.

Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan.

Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan Barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya termaktub Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

Maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh kepulauan Melayu

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN PORTUGIS

Page 11: Sejarah Perkembangan Bm

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN PORTUGIS

Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada tahun 1511.

Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan.

Namun begitu, keruntuhan kerajaan Melayu Melaka tidak meruntuhkan Bahasa Melayu. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521.

Dokumen ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua

Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

Penulisan tentang Bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata Pigafetta yang merakamkan perbualan Magellan dengan lelaki Melayu beragama Kristian bernama Hendrick. Pertuturan yang disalin adalah berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya mengumpulkan 426 perkataan dan rangkai kata Bahasa Melayu.

Senarai ini kemudiannya disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan buku Perbendaharaan kata Itali-Melayu yang pertama.

Sarjana Barat yang berusaha mengembangkan Bahasa Melayu ialah Casper Wittens yang menyusun kamus Bahasa Melayu-Belanda dan diperbaiki oleh Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 Masihi dan di Batavia pada tahun 1707 Masihi.

Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 Masihi.

Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut, “bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

Page 12: Sejarah Perkembangan Bm

Thomas Bowrey menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1701 Masihi dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan.

M. John Howison menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve menyusun kamus Perancis-Melayu pada tahun 1871 Masihi.

Zaman kedatangan Portugis merupakan detik permulaan pengaruh bangsa Eropah kepada bahasa dan kebudayaan Melayu.

Pengaruh Barat yang paling banyak mempengaruhi Bahasa Melayu ialah kedatangan kuasa Inggeris pada awal abad ke-19.

Pengaruh ini masih lagi kelihatan khususnya dalam perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan perkembangan peristilahan dalam pelbagai bidang.

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN ISLAM

Islam telah membawa huruf Arab dalam penulisan Bahasa Melayu , berkembang menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam daripada perbendaharaan kata Bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan dengan falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar dalam kegiatan dakwah Islam.

Magellan telah mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di alam Melayu dari Aceh hingga ke kepulauan Maluku. Bahasa Melayu juga telah menjadi baku melalui penggunaannya dalam kitab-kitab agama Islam yang dibaca oleh penduduk di alam Melayu.

Pada zaman kedatangan Islam juga, Bahasa Melayu telah berkembang dalam pelbagai bidang yang sebelum ini ditulis dalam bahasa Jawa.

Melalui peminjaman daripada Bahasa Arab, banyak istilah bidang teologi, falsafah dan tasawuf dikembangkan dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam Melayu.

Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam Bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing.

Page 13: Sejarah Perkembangan Bm

Kedatangan Islam pada akhir abad ke-13 telah mempengaruhi keseluruhan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara khususnya alam Melayu.

Zaman ini telah memberikan ciri baru kepada Bahasa Melayu, iaitu bentuk Bahasa Melayu Klasik. Pengaruh agama Islam bukan sahaja kelihatan dari aspek sosio budaya malah seluruh kehidupan termasuklah unsur budaya yang penting, iaitu bahasa.

Abad ke-13 hingga abad ke-14 merupakan zaman peralihan di alam Melayu.

Tiga buah kerajaan Islam yang penting: kerajaan Samudera-Pasai, kerajaan kesultanan Melaka dan kerajaan Islam Aceh. Kerajaan Samudera-Pasai

Menurut Amat Juhari Moain (1994), apabila kerajaan Samudera-Pasai didirikan di Sumatera Utara, pengembangan Bahasa Melayu semakin aktif. Kerajaan Samudera Pasai dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau Sumatera.

Kerajaan ini terletak di Aceh dan merupakan kerajaan Islam pertama di Indonesia.

Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu Samundra , yang membawa maksud "lautan".

Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, Merah Silu dikatakan ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan memakannya lalu menamai tempat itu sebagai "Samandara". Kesultanan Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, kurang lebih di sekitar Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang.

Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu, yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasai oleh Portugis pada tahun 1521.

Nama lainnya ialah Malik al Salih, Merah Silu, Merah Silau, Mara Silu dan Muerah Silu. Setelah mangkat, baginda digantikan oleh Sultan Mahmud Malik Az-Zahir.

bahasa melayu klasik

BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno.

Page 14: Sejarah Perkembangan Bm

Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19.

Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan semasa kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam.

Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi.

Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14.

Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain.

Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.

Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat.

Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau

Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522.

Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan.

Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu ‘a’, ‘e’ pepet, ‘e’ taling, ‘i’, ‘o’, dan ‘u’.

Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden.

Pelambangan bunyi getaran alveolar ‘r’ yang jelas menggunakan huruf “ra” dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik.

Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.

Page 15: Sejarah Perkembangan Bm

segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah

v Ayat yang panjang dan berbelit-belit

v Banyak ayat pasif

v Menggunakan bahasa istana

v Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya

v Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya

Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’

penggunaan penanda bermula, hatta, syahadan, kalakian dan seumpamanya.

Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang.

Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban.

Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab.

Page 16: Sejarah Perkembangan Bm

Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf.

Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi.

Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia

Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.

Nota Bahasa Melayu Kuno

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya, abad ke-7 hingga abad ke-13.

Kegemilangannya terbukti apabila Bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca dan bahasa pemerintah.

Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu-batu bersurat seperti

batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM);

batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M);

batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M);

batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M).

Page 17: Sejarah Perkembangan Bm

Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.

Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca.

Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Kepentingannya sebagai bahasa lingua franca kerana :

v sifatnya sederhana dan mudah menerima pengaruh asing,

v tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat mempunyai sistem mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

v banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit

v Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu,

v kedudukannya sebagai bahasa golongan bangsawan

v dan hirarkinya yang tinggi.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno dapat dilihat berdasarkan butiran yang berikut:

Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit

Susunan ayat bersifat Melayu

Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan)

Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

Tulisan BM Kuno

v merupakan tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan Pallava.

Page 18: Sejarah Perkembangan Bm

v Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi

v Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu.

v Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan.

Posted by RYN at 6:03 AM

BAGAIMANAKAH ASPEK KEBUDAYAAN MAMPU MEMBENTUK JATI DIRI SESEBUAH NEGARA?

Di Malaysia, kita mempercayai dan meyakini bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa negara sebagai satu-satunya bahasa pengantar utama, adalah kaedah terbaik untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum .

PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara.

Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

2) Lambang jati diri

Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

3) Bahasa perpaduan

Page 19: Sejarah Perkembangan Bm

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.

Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.

Pengaruh bahasa Cina/Tamil dll dalam bahasa Melayu

Bahasa Cina

Sejarah dan Kosa kata

Kata pinjaman dalam bahasa Melayu kebanyakannya diserap daripada bahasa Hokien Selatan iaitu Fujian Selatan. Orang Hokien ialah bangsa Cina yang awal datang ke Tanah Melayu. Kosa kata bahasa Cina banyak diserap ke dalam bahasa Melayu menerusi perhubungan mereka dengan masyarakat tempatan. Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina meliputi perkataan yang berkaitan dengan makanan,adat-istiadat,sistem panggilan,peralatan,permainan dan kebudayaan. Antara kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah:

Bidang

Bahasa Melayu

Bahasa Cina

Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Makanan

bihun

kailan

kuaci

kuetiau

bihun

kailan

Page 20: Sejarah Perkembangan Bm

ku atsi

kuetio

Pakaian dan Barang Dagangan

ceongsam

gincu

hun

tsong sam

gun tsu

hun

Peralatan

teko

pangkeng

loteng

te-ko

pang-king

lao-ting

Manusia dan Budaya

gua

angpau

lu

gua

angpo

lu

Permainan

pakau

Page 21: Sejarah Perkembangan Bm

ceki

pakau

tsit ki

Kenderaan

sampan

beca

sam-pan

be tsia

Bahasa Jawa

Sejarah dan Kosa Kata

Penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui pelbagai cara. Antaranya ialah melalui pengaruh kerajaan Jawa, Majapahit dan Mataram di Kepulauan Melayu. Semasa keagungan kerajaan Jawa, bahasa Jawa telah digunakan sebagai bahasa pertuturan oleh sebilangan besar penduduk di Kepulauan Melayu. Elemen-elemen Jawa juga tersebar melalui buku-buku sastera seperti cerita panji.

Unsur-unsur jawa tersebar ke dalam bahasa Melayu menerusi

interaksi orang-orang Jawa dengan penduduk Semenanjung Tanah Melayu semasa penghijrahan mereka ke sini.

Antara kosa kata Jawa yang masih digunakan ialah perabot.lontong.lumrah,pinggir.lempeng.lurah,prihatin , gado-gado dan gemelan.

Bahasa Parsi Dan Tamil

Sejarah dan Kosa Kata

Perbendaharaan Kata Parsi dan Tamil juga diserap ke dalam bahasa Melayu melalui interaksi dengan penutur bahasa ini. Terdapat ramai penutur bahasa Parsi dan Tamil yang menetap di Kepulauan Melayu dalam jangka masa yang lama. Kata pinjaman Parsi dan Tamil masih kekal digunakan walaupun jumlah yang dipinjam tidak banyak. Bahasa Parsi dan Tamil ini juga meminjam bahasa lain seperti Yunani, Portugis, Inggeris dan bahasa-bahasa Timur. Justeru bahasa ini merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu dipinjam daripada bahasa lain kemudian dipinjam ke bahasa Melayu. Bahasa yang dipinjam meliputi pelbagai aspek seperti barang-barang makanan,pakaian,peralatan rumah dan

Page 22: Sejarah Perkembangan Bm

barang-barang perdagangan. Berikut ialah kata pinjaman Parsi dan Tamil.

Kata Pinjaman Parsi

Bahasa Melayu

Bahasa Parsi

agar

anggur

badam

bazar

kurma

pahlawan

temasya

agar

angur

badam

bazar

khorma

pahlavan

tamasha

Kata Pinjaman Tamil

Bahasa Melayu

Page 23: Sejarah Perkembangan Bm

Bahasa Tamil

emak

ayah

kakak

canai

cerut

kedai

mempelam

mempelai

amma

appa

akkaa

caanai

currrutu

kadai

mampalam

maapillai

.

Unsur Bahasa Jawa,Sunda,Bugis,Sumatera (Bahasa Indonesia)

Pengaruh bahasa Indonesia ini diterima ke dalam bahasa Melayu melalui cerita-cerita panji,pengaruh kerajaan Jawa pada zaman silam,orang-orang

Malaysia yang berketurunan Indonesia, perancangan bahasa dan media massa.

Page 24: Sejarah Perkembangan Bm

Antara kosa kata pinjaman daripada bahasa Indonesia ialah

Sumatera : gadis,teliti,ragu dan teromba.

Sebagai akibat daripada penjajahan, kemasukan unsur-unsur Barat dalam bidang morfologi dan sintaksis serta gaya dan cara pengungkapan bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu telah banyak menerima perkataan dan unsur bahasa lain yang banyak sama ada dari Barat ataupun Timur. Proses ini masih berterusan dan dianggap positif sebagai sumber yang mengembangkan bahasa Melayu sehingga kini. Walaupun bahasa Sanskrit dianggap sudah mati, namun sumbangan perkataan-perkataan Sanskrit telah banyak membantu membina dan meninggikan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap serta mencakupi semua bidang dalam arus globalisasi ini

Kesimpulannya, pengaruh bahasa asing telah memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Akibat pertembungan budaya bahasa asing itu dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Hubungan dua hala menyebabkan kedua-dua bangsa itu saling mempengaruhi dan mengakibatkan kesan terhadap bahasa yang digunakannya.

engaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu

Pendahuluan

Bahasa ialah alat komunikasi yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat penuturnya. Sesebuah masyarakat bahasa yang dinamai bangsa mesti mempunyai bahasanya yang tersendiri yang membezakannya dengan masyarakat penutur bahasa lain. Sesuatu bahasa itu merupakan warisan dari zaman ke zaman. Bahasa yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi biasanya akan mengalami perubahan, baik dari segi bunyi, bentuk, mahupun makna. Walaupun berlaku perubahan, bahasa tersebut tetap difahami oleh penutur-nya, bersesuaian dengan perkembangan zaman yang dilalui penuturnya.

Sesuatu bahasa itu juga mempunyai kawasan penuturnya. Semakin luas kawasan geografi yang dihuni oleh penutur bahasa itu, semakin tersebarlah bahasa yang berkenaan. Banyak faktor yang menyebabkan sesuatu bahasa itu boleh tersebar luas.Antaranya ialah faktor politik, seperti penjajahan, faktor sosial, ekonomi, dan budaya. Perpindahan manusia dari satu tempat ke satu tempat untuk tujuan penyebaran agama, mengelakan bencana alam, demi pencapaian taraf hidup yang lebih baik juga merupakan punca bagaimana sesuatu bahasa itu boleh tersebar. Faktor perpindahan atau migrasi yang mendedahkan manusia kepada pengalaman baharu serta bahasa-bahasa lain di sekitar penempatan baharu itu merupakan faktor utama yang boleh mencetuskan perubahan kepada sesuatu bahasa itu. Bahasa pendatang dan bahasa setempat lazimnya saling mempengaruhi sehingga banyak kata boleh dipinjam atau terus diserap sebagai kata baharu bagi bahasa-bahasa yang bertembungan itu.

Page 25: Sejarah Perkembangan Bm

Di alam Melayu, bahasa asing yang pertama tersebar ke rantau ini ialah bahasa Sanskrit, dan ini terbukti daripada kosa kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Selepas itu, bahasa Arab pula mencorakkan bahasa

Melayu apabila pedagang dan pendakwah Arab datang ke alam Melayu pada abad kesepuluh. Penyerapan kata Cina dan kata Tamil dalam bahasa Melayu berlaku melalui penghijrahan orang Cina dan India ke dunia Melayu.Kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris ke dunia Melayu terus mencorakkan perkembangan kosa kata bahasa Melayu pada abad kelima belas sehinggalah ke abad kedua puluh. Selepas abad ketujuh belas, pengaruh bahasa Inggeris begitu ketara dalam perkembangan kosa kata bahasa Melayu dengan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Pengaruh ini terus berkembang sehingga ke hari ini dengan perkembangan sains, teknologi, dan telekomunikasi serta asakan globalisasi. Nyatalah bahawa Bahasa Melayu menjalani perkembangan yang seiring dengan perkembangan global.

Pengaruh Bahasa Asing Terhadap Bahasa Melayu

Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:

a. huruf atau sistem tulisan

b. bunyi-bunyi

c. imbuhan

d. kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan

e. struktur ayat.

Jenis-jenis peminjaman

a. peminjaman tulen (matematik, bonus)

b. peminjaman kacukan (kasut but)

c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)

d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).

e. peminjaman kuno (purnama)

f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)

Page 26: Sejarah Perkembangan Bm

Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:

Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris

Sejarah Kedatangan Bahasa Sanskrit

Bahasa Melayu telah menerima pengaruh bahasa Sanskrit sejak zaman pra sejarah lagi lantaran daripada hubungan yang terjalin berabad-abad lamanya antara Kepulauan Melayu dengan India dari segi hubungan perdagangan dan kebudayaan. Ini menyebabkan beratus-ratus kata Sanskrit diresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kedatangan pedagang India selain daripada membawa barang dagangan juga turut membawa kebudayaan India ke Kepulauan Melayu. Pertembungan antara dua budaya menyebabkan pertembungan bahasa. Di samping itu sami Hindu dan Budha juga turut menyebarkan bahasa Sanskrit menerusi ajaran agama yang baharu kepada penduduk di wilayah Kepulauan Melayu. Hubungan dua hala antara India dengan Kepulauan Melayu menyebabkan bahasa Sanskrit diresap dalam pelbagai bidang.

Pengaruh Sanskrit ini terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung iaitu apabila istilah daripada bahasa Sanskrit diterima terus ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Ini kerana istilah itu memang tiada langsung dalam bahasa Melayu atau istilah sedia ada tetapi digantikan dengan bahasa Sanskrit kerana lebih elok disebut atau lebih tinggi tarafnya atau istilah yang ada dalam bahasa Melayu tidak lengkap maksudnya. Pengaruh tidak langsung ialah penyesuaian yang dibuat daripada proses pinjaman itu.

Pengaruh utama adalah dari segi kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi. Banyak perkataan baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu. Kebanyakan Batu Bersurat yang ditemui menggunakan bahasa Sanskrit kerana tidak cukup kata dalam bahasa Melayu kuno untuk menyatakan pengertian-pengertian asing serta kesediaan di kalangan tertentu untuk menggunakan bahasa asing yang dianggap lebih standard, lebih tinggi tarafnya dan kemuliaannya.

Menurut Beg. terdapat 2000 perkataan Sanskrit yang wujud dalam bahasa Melayu. Za’ba pula mengatakan ada 388 perkataan Sanskrit dalam bahasa Melayu. Sungguhnpun begitu jika ditinjau kamus Melayu, mungkin lebih banyak jumlah perkataan Sanskrit daripada jumlah yang dikatakan oleh Beg dan Za’ba. Antaranya ialah dalam bidang keagamaan, perdagangan,pemerintahan,tumbuhan,dan haiwan.

Kosa kata

Berikut adalah perkataan Sanskrit yang masih digunakan berdasarkan bidang-bidang tertentu.

Page 27: Sejarah Perkembangan Bm

Bidang

Bahasa Melayu

Bahasa Sanskrit

Agama dan Falsafah

agama

bidadari

bakti

derma

puasa

agama

bidadari

bakhti

dharma

upavasa

Istilah Abstrak

asa

bencana

beza

cinta

rahsia

asa

vancana

bheda

Page 28: Sejarah Perkembangan Bm

cinta

rahasya

Hubungan Kekeluargaan

bangsa

manusia

suami

isteri

dara

vamsa

manusya

svamin

stri

dara

Bahagian-bahagian Tubuh Manusia

anggota

bahu

badan

nadi

angagatra

bahu

vadana

nadi

Penyakit

selsema

Page 29: Sejarah Perkembangan Bm

kusta

slesma

kustha

Haiwan dan Mergastua

gajah

serigala

singa

angsa

gaja

srigala

simha

hamsa

Tumbuh-tumbuhan

Puspa

Kesuma

Melati

Puspa

Kusuma

malati

Fenomena Semula Jadi

Pertiwi

Suasana

udara

Pethvi

Page 30: Sejarah Perkembangan Bm

Svasana

udara

Negara dan Hubungan Kekerabatan

negara

negeri

mulia

anugerah

negara

nagari

mulya

anugraha

Perdagangan dan barangan

harta

kerja

busana

kapur

artha

karya

bhusana

karpura

Bahasa Pembelajaran dan

Kesusasteraan

Bahasa

Aksara

Asrama

Page 31: Sejarah Perkembangan Bm

sastera

Bhasa

Aksara

Asrama

sastra

Angka / Nombor

angka

dua

juta

anka

dvi

yutha

Tanda Masa dan Arah

utara

kala

bila

uttara

kala

vela

Sifat atau Keadaan

durjana

sempurna

mesra

durjana

sampurna

Page 32: Sejarah Perkembangan Bm

misra

Imbuhan

Selain kosa kata Sanskrit ,imbuhannya juga turut dipinjam dalam bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.

Imbuhan awalan Saskrit ialah maha,tata,swa,panca,tuna-.eka-,dwi-,dan tri-

Imbuhan awalan

Kata dasar

Kata terbitan

maha

rani

siswa

raja

maharani

mahasiswa

maharaja

Tata-

cara

rakyat

bahasa

tatacara

tatarakyat

tatabahasa

Page 33: Sejarah Perkembangan Bm

pra-

syarat

sangka

bayar

prasyarat

prasangka

prabayar

Swa-

daya

layan

asta

swadaya

swalayan

swasta

Tuna-

karya

wisma

tunakarya

tunawisma

Imbuhan akhiran Sanskrit ialah -man.-wan.-wati dan –nita

Kata Dasar

Imbuhan Akhiran

Kata Terbitan

Seni

Page 34: Sejarah Perkembangan Bm

-man

seniman

cendekia

-wan

cendekiawan

Seni

-wati

seniwati

biduan

-nita

biduanita

Sistem bunyi

Vokal dalam bahasa Sanskrit:

a

aa

i

ii

u

uu

R

RR

L

LL

e

Page 35: Sejarah Perkembangan Bm

ai

o

au

aM

aH

Konsonan dalam bahasa Sanskrit:

k

kh

g

gh

G

c

ch

j

jh

J

T

Th

D

Dh

N

t

th

d

Page 36: Sejarah Perkembangan Bm

dh

n

p

ph

b

bh

m

y

r

l

v

z

S

s

h

Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti

dalam perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.