SEJARAH PERKEMBANGAN PENTADBIRAN KEWANGAN

28
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN 1.0 PENGENALAN Pentadbiran kewangan merupakan bidang pentadbiran yang dipengaruhi dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan, struktur dan proses pembangunan negara. Matlamat pentadbiran kewangan mempunyai hubungan dengan matlamat pembangunan negara. Oleh itu, bagi membantu mencapay matlamat pembangunan, pentadbiran kewangan mesti membangunkan teknik-teknik yang diperlukan bagi menggerakkan sumber-sumber kewangan ke arah pencapaian matlamat program pembangunan negara. Dalam konteks pentadbiran negara, pula menyatakan bahawa pentadbiran kewangan adalah proses bagaimana kerajaan mendapatkan sumber kewangan dan bagaimana kerajaan membelanjakan sumber tersebut. Manakala, Garner (2004) memberi tafsiran yang lebih khusus kepada pentadbiran kewangan. Menurutnya, pentadbiran kewangan termasuklah mengurus belanjawan, mengurus terimaan dan pungutan, pengurusan pembelian dan perolehan, perbelanjaan dan pembayaran, pengurusan perakaunan dan pengauditan dan pengurusan aset. Pentadbiran kewangan membahagikan kepada enam aspek utama iaitu (i) terimaan dan pungutan, (ii) pengurusan aset, (iii) perolehan dan pembelian, (iv) perbelanjaan dan AZLINA BT YAHAYA, 223635 1

description

gmgf 2023

Transcript of SEJARAH PERKEMBANGAN PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

1.0 PENGENALANPentadbiran kewangan merupakan bidang pentadbiran yang dipengaruhi dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan, struktur dan proses pembangunan negara. Matlamat pentadbiran kewangan mempunyai hubungan dengan matlamat pembangunan negara. Oleh itu, bagi membantu mencapay matlamat pembangunan, pentadbiran kewangan mesti membangunkan teknik-teknik yang diperlukan bagi menggerakkan sumber-sumber kewangan ke arah pencapaian matlamat program pembangunan negara. Dalam konteks pentadbiran negara, pula menyatakan bahawa pentadbiran kewangan adalah proses bagaimana kerajaan mendapatkan sumber kewangan dan bagaimana kerajaan membelanjakan sumber tersebut. Manakala, Garner (2004) memberi tafsiran yang lebih khusus kepada pentadbiran kewangan. Menurutnya, pentadbiran kewangan termasuklah mengurus belanjawan, mengurus terimaan dan pungutan, pengurusan pembelian dan perolehan, perbelanjaan dan pembayaran, pengurusan perakaunan dan pengauditan dan pengurusan aset. Pentadbiran kewangan membahagikan kepada enam aspek utama iaitu (i) terimaan dan pungutan, (ii) pengurusan aset, (iii) perolehan dan pembelian, (iv) perbelanjaan dan pembayaran, (v) belanjawan dan (iv) akaun dan audit. Pengurusan kewangan dan pentadbiran kewangan adalah merupakan aktiviti yang hampir sama dan pentadbiran dilihat adalah sebahagian daripada pengurusan kerana pengurusan bukan sahaja melibatkan langkah-langkah dan prosedur tetapi juga melibatkan sumber-sumber lain. Pernyataan ini disokong oleh Zaidatol Akmaliah (1990) yang menyatakan bahawa takrifan pengurusan dengan pentadbiran tidak banyak berbeza tetapi pengurusan lebih menekankan pengurusan input-input organisasi.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENTADBIRAN KEWANGANSejarah perkembangan aspek pentadbiran kewangan di negara Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap yang utama iaitu sebelum kedatangan Inggeris, semasa pemerintahan Inggeris dan selepas zaman merdeka. 2.1 Tahap Sebelum Kedatangan InggerisAspek ketidaksamaan pentadbiran kewangan di Tanah Melayu antara negeri boleh dilihat pada tahap awal ini. Konsep terpisah dan tersendiri diamalkan kerana tidak wujud sebarang penyatuan dari aspek pentadbiran. Kerajaan-kerajaan Melayu pada tahap ini sememangnya mempuyai sistem pemungut cukai yang teratur dan ia ditadbir oleh pembesar-pembesar atas kurnia raja.Cukai kastam seperti enam peratus daripada nilai barang dagangan telah pun dikutip pada masa tersebut iaitu ke atas pedagang-pedagang luar yang datang untuk berdagang di negeri Melaka. Selepas kejatuhan kerajaan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511, Portugis telah membawa sistem pentadbiran mereka ke Melaka. Dari aspek kewangan, pembentukan Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan telah mengubah sistem pentadbiran kewangan Melayu apabila hal ehwal pentadbiran kewangan telah jatuh ke tangan Datuk Bandar Melaka. Sistem kewangan adalah berbeza yang diamalkan oleh mereka dan perkara ini tidak banyak dihuraikan kerana kajiannya kurang yang disimpan di simpanan arkib negara.2.2 Tahap Semasa Pemerintahan InggerisSatu sistem pentadbiran telah diperkenalakan dalam tahap kedua ini seperti diamalkan di negara England. England pada masa itu, sebuah negara kolonial yang amalkan pemerintahan feudalisme dan ciri-ciri feudalisme di England tersebut telah cuba diterapkan ke dalam sistem pemerintahan negeri-negeri Melayu. Penubuhan negeri-negeri Selat oleh inggeris pada 1832 dan penerimaan penasihat-penasihat inggeris bagi tempoh pada 1874-1888 di negeri-negeri Melayu Bersekutu pada umumnya telah turut membawa perubahan kepada pentadbiran kewangan boleh dilihat melalui konsep kerajaan tempatan yang diperkenalkan oleh Sir Francis Light di Georgetown ,ibu negeri Pulau Pinang pada tahun 1800. Dengan wujudnya, pengenalan Akta Cukai Perbandaran 1848 maka pentdabirna kewangan yang lebih tersusun dan sistemetik telah bermula. Jawatankuasa tersebut bertindak untuk menyemak dan menerbitkan akaun serta membenarkan pembayar-pembayar cukai menyalurkan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka kepada badan ini. Inggeris juga telah memperkenalkan Perintah Am Kewangan Tanah Melayu pada tahun 1948 yang terdapat ordinan-ordinan memperlihatkan cara pentadbiran dibuat dan dijalankan.2.3 Tahap Selepas KemerdekaanSelepas kemerdekaan Tanah Melayu, peranan kerajaan yang memerintah berbeza sama sekali. Pembangunan ekonomi negara dan keupayaan negara merupakan agenda dan perhatian utama. Jentera pentadbiran kewangan telah diperbaharui bagi membantu pencapaian matlamat dan pembangunan negara. Pada tahun 1957, Akta Acara Kewangan telah diperkenalkan Perintah Am Kewangan. Sistem Belanjawan Perancangan dan Program yang telah diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1960-an, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) pada 1969.

3.0 PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN

Rajah 1, komponen Pengurusan Kewangan

Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang kewangan dengan bijak merupakan punca utama seseorang individu terjebak dengan pelbagai masalah dalam kehidupan. Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif. Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undang-undang.

4.0 BELANJAWANBelanjawan adalah satu penyertaan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu tahun yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Ia berfungsi untuk mengalokasikan rancangan perbelanjaan kerajaan mengikut sektor serta kementerian kementerian. agi sesebuah perniagaan, perancangan yang rapi amat diperlukan, terutamanya di persekitaran perniagaan yang semakin kompleks. Ada pendapat yang mengatakan proses penyediaan belanjawan adalah sesuatu yang membuang masa dan kurang relevan kerana kita berada dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan terdapat banyak ketidaktentuan yang mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang mempercayai bahawa satu alat perancangan yang baik. Ini kerana belanjawan mampu menolong pengurus merancang untuk memperoleh dan menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk suatu tempoh yang spesifik. Belanjawan ialah satu pernyataan formal tentang perancangan pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif. Maksudnya, apa-apa perancangan yang dibuat oleh pihak pengurusan akan dinyatakan secara formal dalam bentuk angka untuk dikomunikasikan kepada ahli organisasi. Belanjawan menggalakkan pengurus berfikir kehadapan, iaitu meramal dan bersedia dengan sesuatu perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, organisasi yang tidak mempunyai belanjawan: tidak mempunyai hala tuju yang jelas; tidak dapat meramalkan sebarang masalah yang bakal menimpa terlebih awal; sukar menganalisis keputusan yang dicapai oleh organisasi kerana tidak ada alat pengukur yang jelas; dan tidak dapat melaksanakan pengukuran prestasi yang objektif.Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak pengurusan akan dihebahkan kepada ahli organisasi yang lain. Belanjawan tersebut dijadikan panduan dalam merancang dan melaksana aktiviti agar dapat mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan. Di samping itu, seseorang pengurus itu juga dapat mengetahui perancangan yang telah dibuat oleh pengurus bahagian lain. Dengan itu,pengurus tersebut dapat merancang tindakan yang selari bagi mencapai matlamat organisasi secara keseluruhannya. Sebagai contoh, apabila pengurus pengeluaran mendapat maklumat yang tepat tentang perancangan jualan yang telah dibuat oleh pengurus jualan, maka beliau dapat merancang tahap pengeluaran yang dapat memenuhi kehendak bahagian pemasaran.Dalam erti kata lain, proses koordinasi dan integrasi dalam organisasi lebih mudah dilaksanakan dengan adanya belanjawan. Pendek kata, belanjawan menjadi alat komunikasi antara beberapa pihak dalam organisasi belanjawan juga digunakan sebagai alat pengagihan sumber. 4.1 Proses Penyediaan Belanjawan

Rajah 2, Proses Penyediaan Belanjawan Tahun Pertama

Rajah 3, Proses Penyediaan Belanjawan Tahun Kedua5.0 ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENTADBIRAN KEWANGANAspek undang-undang dan peraturan adalah tunggak kepada kuasa dan otoriti yang dimiliki oleh institusi dan orang perseorangan dalam menjalankan kewajipan masing-masing. Terdapat beberapa undang-undang yang mengawal dan mempengaruhi amalan perakaunan awam di Malaysia, antaranya Perlembagaan Persekutuan, Akta Acara Kewangan 1957 ( Pindaan 1972), Akta Audit 1957.

5.1 Perlembagaan PersekutuanPerkara 99 Yang diPertuan Agong hendaklah, bagi tiap-tiap tahun kewangan, mengarah dibentangkan dalam Dewan Rakyat suatu anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi Persekutuan untuk tahun itu, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun itu

PUNCA KUASAPERKARA

Perkara 97.Kumpulan Wang Disatukan

Perkara 98.Perbelanjaan Yang Dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

Perkara 99.Pembentangan Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan di dalam Dewan Rakyat sebelum permulaan tahun Kewangan berkenaan.

Perkara 100.Rang Undang-Undang Perbekalan

Perkara 101.Perbelanjaan Tambahan dan Perbelanjaan Lebih

Perkara 102.Kuasa yang membenarkan perbelanjaan masuk akaun bagi maksud yang tidak dinyatakan

Perkara 103.Penubuhan Kumpulan Wang Luar Jangka

Perkara 104.Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan

Perkara 105.Ketua Audit Negara

Perkara 108.Majlis Kewangan Negara

Perkara 109.Pemberian Kepada Negeri-negeri

Perkara 110.Penyerahhakan cukai dan fi kepada negeri

Perkara 112.Had-had Perubahan Kepada Perjawatan Negeri-negeri Serta Kadar Emolumen

Jadual 1, Perlembagaan Persekutuan, Bahagian VII, Perkara 97-112

5.2 Akta Acara Kewangan 1957 ( Pindaan 1972)PUNCA KUASAPERKARA

Seksyen 6Pengelolaan dan Pengawalan Kumpulan Wang Disatukan.(Management and control of Consilidated Funds)

Seksyen 11Kumpulan Wang Luar Jangka (Contingencies Fund)

Seksyen 13Pembayaran Wang dan Pengeluaran Dari Kumpulan Wang Disatukan (Payment of moneys)

Seksyen 15Anggaran dan Viremen (Estimates and virements)

Jadual 2: Akta Acara Kewangan 1957

Suatu akta yang diperuntukkan bagi pengawalan dan pengelolaan wang awam Malaysia, dan bagi acara pengakaunan serta kewangan, termasuk acara bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan negeri-negeri dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta awam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.Akta yang memperuntukan: bagi kawalan dan pengelolaan wang awam, bagi tatacara pengakaunan dan kewangan termasuk pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam, serta pembelian, penjagaan dan pelupusan barangan/harta awam perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.

5.3 Akta Audit 1957Akta ini hendaklah terpakai bagi pengauditan akaun Persekutuan, Negeri-Negeri dan pihak berkuasa awam dan badan yang ditentukan yang lain yang tertakluk kepada pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen 1(2), dalam pemakaiannya bagi Akta ini, ungkapan "wang awam" termasuklah wang yang diterima oleh atau untuk mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri dan ungkapan "simpanan awam" meliputi catel yang menjadi harta atau berada dalam milik atau di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa sedemikian.

6.0 INSTITUSI YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN KEWANGAN6.1 Unit Perancang Ekonomi (EPU)Fungsi-fungsi EPU Membantu kerajaan merancang ekonomi negara Menjadi urus niaga kepada Majlis Perancang Negara, jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara, dan jawatankuasa Pelaburan Antarabangsa. Membantu perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk Kabinet. Mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu rancangan-rancangan lima tahun dilaksanakan, Menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan. Menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa. Menjadi urus setia kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysia Technical Cooperation Programme- MTCP) untuk negara-negara sedang membangun.

6.2 Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)Fungsi-fungsi ICU Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, dan dasar Pandang ke Timur. Menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu melaksanakan program-program pembangunan. Menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara. Mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional. Membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Melaksanakan tugas-tugas khas seperti;i. Menyediaka pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputeraii. Membasmi kemiskinan relatifiii. Menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera.6.3 Unit pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)Fungsi-fungsi MAMPU; Mecadangkan pembaharuan dalam cara-cara pengurusan pejabta-pejabat kerajaan., Meningkatkan kecekapan dalam kalangan kakitangan kerajaan. Memodenkan sistem pentadbiran awam denagn memperkenalkan penggunaan komputer dan akedah komunikasi moden seperti Internet. Mengadakan program kualiti dan produltiviti, Program Kerajaan elektronik, Program Pembangunan MS ISO 9000, dan sebagainya. Memberikan khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan.

7.0 DASAR-DASAR YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN KEWANGAN7.1 Dasar Ekonomi BaruSebelum 1970, dasar pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan kepada pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepat dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, aspek pengagihan kurang diberikan penekanan. Ini menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik yang memberi kesan negatif dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan: Untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;.dan Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Strategi pembangunan luar bandar melibatkan pelbagai program pembasmian kemiskinan seperti program agropolitan secara bersepadu dan peladangan kontrak; program keusahawanan termasuk akses kepada pembiayaan kredit mikro; perkhidmatan sokongan pertanian termasuk infrastruktur saliran dan pengairan; pembangunan industri kampung/kecil; penyediaan infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula setinggan.7.2 Dasar Penswastaan NegaraDasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Ia melambangkan pendekatan baru dalam dasarpembangunan negara dan ia melengkapkan dasar negara yang lain seperti dasarPenswastaan Malaysia, yang dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas pertambahan peranan sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan ekonomi negara,mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan, mengurangkan campurtangan Kerajaan di dalam ekonomi, merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaiki keberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara. Berkenaan dengan pemilikan kekayaan, dasar penswastaan membentuk bahagian strategi Kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif Bumiputera dalam sektor korporat untuk memperbetulkan ketakseimbangan di dalam penyertaan sektor korporat.7.3 Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan AwamBagi melaksanakan dasar ini, Kerajaan telah mengkaji semula skop, kekesanan dan faedah-faedah perbelanjaan sektor awam meliputi bukan sahaja perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tetapi juga Badan-Badan Berkanun dan Perbadanan-Perbadanan Awam yang dikawal oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri. Agensi-agensi adalah diminta untuk mengkaji balik keperluan-keperluan mereka, keutamaan dan faedah-faedah program-program selaras dengan kedudukan kewangan yang terhad, terutamanya projek-projek pembangunan yang lazimnya melibatkan kandungan impot yang tinggi. Hanya projek-projek yang dapat menyumbang kepada per-kembangan ekonomi dan pencapaian matlamat DEB sahaja akan dilaksanakan. Lanjutan daripada strategi di atas, Kerajaan juga telah membekukan pengisian jawatan-jawatan kosong dan pengambilan kakitangan baru. Jawatan-jawatan awam yang sedia ada juga akan dikaji semula bagi memastikan tidak ada jawatan-jawatan yang bertindihkan dari segi bidang kerja. Jawatan-jawatan ini jika dimansuhkan tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam keseluruhannya. Satu lagi langkah yang diambil untuk mengurangkan perbelanjaan awam ialah pengawalan ke atas agensi-agensi di luar belanjawan memandangkan agensi-agensi tersebut mempunyai pengaruh yang besar kepada kewangan Kerajaan. Selain daripada itu, langkah-langkah bagi memperkemaskan operasi pentadbiran awam merupakan sebahagian daripada strategi perlaksanaan. Ini termasuk meningkatkan kekesanan sistem pengawalan belanjawan yang ada (iaitu Sistem Belanjawan Program Prestasi) dan pengenalan sistem-sistem baru seperti 'micro- accounting'. Satu lagi langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan awam ialah untuk mengswastakan beberapa kegiatan Kerajaan di bawah dasar pengswastaan.

8.0 ASPEK PEMODENAN YANG TERDAPAT DALAM PENGURUSAN KEWANGAN8.1 Sistem Perakaunan Mikro (SPM)SPM merupakan sebahagian daripada sistem perakaunan pengurusan di sektor awam. SPM akan digunakan untuk menentukan kos output yang dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan. Maklumat mengenai kos output yang diperolehi melalui SPM akan dapat memberikan gambaran kepada pihak pengurusan sesebuah agensi Kerajaan tentang kos sebenar sesuatu output yang dikeluarkan. Selain daripada itu maklumat kos yang diperolehi akan membantu pihak pengurusan dalam proses perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penilaian. Melalui SPM, suatu dimensi baru dalam aspek perancangan dan kawalan kos diwujudkan di peringkat jabatan. Kerajaan telah memperkenalkan Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai (MBS) mulai tahun belanjawan 1990. MBS ini memerlukan perancangan dan kawalan terhadap semua input, output dan impak bagi setiap aktiviti agensi Kerajaan. Tujuan MBS juga ialah untuk membolehkan pengukuran dan penilaian prestasi setiap program Kerajaan ke arah mempertingkatkan lagi kualiti dan produktiviti di agensi-agensi Kerajaan. Satu daripada keperluan di bawah MBS adalah untuk mengenalpasti kos bagi setiap output di bawah sesuatu projek, program, aktiviti atau aktiviti kecil oleh agensi-agensi Kerajaan. SPM yang dicadangkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat kos tersebut. Di samping memberikan penekanan kepada pencapaian objektif di bawah MBS, SPM menekankan kepada kos yang terlibat dalam mengeluarkan output iaitu perbandingan kos yang dirancang bagi output dengan kos output sebenar. Hasil daripada perbandingan sedemikian akan dapat mengenalpasti punca-punca komponen kos output yang terkurang/terlebih dibelanjakan dan dengan itu langkah-langkah pembetulan akan dapat diambil. Selain daripada itu, maklumat kos output juga sangat berguna kepada pihak pengurusan sebagai asas untuk meletakkan harga jualan sesuatu output itu, di mana berkenaan. Dalam hal ini, harga jualan bagi output yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan itu boleh ditetapkan pada paras melebihi kos output tersebut; atau pada paras yang hanya mencukupi untuk menampung kos; ataupun pada paras yang kurang daripada kos pengeluaran, bergantung kepada jenis output dan tujuan output tersebut dikeluarkan.

8.2 Sistem Perakaunan Standard Untuk Agensi Kerajaan (SAGA)Pada tahun 1996, Kerajaan telah memutuskan satu pakej perakaunan yang terdapat di pasaran diubah suai menjadi pakej perakaunan standard bagi kegunaan Badan Berkanun Persekutuan. Kerjasama antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Jabatan Audit Negara dan pakar runding yang dilantik oleh Kerajaan, telah menghasilkan satu pakej perakaunan berkomputer yang dinamakan SAGA. Pakej ini membolehkan agensi Kerajaan menyediakan penyata kewangan dengan lebih cepat, tepat dan kemas kini. Memandangkan pada masa kini terdapat banyak pakej perakaunan berkomputer di pasaran dan pakej yang dibangunkan sendiri oleh agensi, penggunaan satu pakej perakaunan yang standard tidak lagi bersesuaian. Sehubungan itu, kerajaan telah bersetuju supaya sistem yang menepati kriteria perakaunan yang ditetapkan diguna pakai oleh agensi Kerajaan. Memandangkan pada masa kini terdapat banyak pakej perakaunan berkomputer di pasaran dan pakej yang dibangunkan sendiri oleh agensi, penggunaan satu pakej perakaunan yang standard tidak lagi bersesuaian. Sehubungan itu, Kerajaan telah bersetuju supaya sistem yang menepati kriteria perakaunan yang ditetapkan diguna pakai oleh agensi Kerajaan.9.0 SISTEM DAN STRUKTUR DALAM PENGURUSAN KEWANGAN MALAYSIA9.1 Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS)Pada tahun 1990, kerajaan telah menyediakan kerangka pembaharuan dan pengubahsuaian kepada SBPP. MBS meliputi pengurusan secara keseluruhan termasuk perancangan strategik, pengurukuran prestasi dan pengawalan perbelanjaan serta pengesahan dan penilaian program. Tujuan utama Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS) Pelaksanaan SBPP tidak mencapai kemajuan yang memuaskan. Pencapaian objektif Kementerian/Jabatan/Program dan Aktiviti tidak dapat diukur. Program dan Aktiviti telah dapat disusun mengikut keutamaan. Timbul masalah pemotongan peruntukan dibuat oleh Perbendaharaan. Masalah ekonomi negara yang memerlukan tindakan yang lebih berkesan. Isu kelewatan projek-projek, pembaziran serta penyelewengan wang awam.

9.2 Sistem Belanjawan Program dan PrestasiSistem Belanjawan Prestasi adalah antara system belanjawan awal di dunia yang menekankan kepada aspek pengurusan dan bukannya kawalan semata-mata. Ini bermakna belanjawan menjadi mekanisme penting untuk membantu operasi yang berkesan dengan kecekapan yang tinggi. Dalam belanjawan ini kerajaan menurunkan autoriti kepada peringkat-peringkat dalam sesebuah organisasi untuk membuat keputusan berhubung dengan belanjawan mereka. Dalam pelaksanaan SBP ini, sesebuah organisasi tersebut haruslah mempuyai struktur operasi yang jelas tentang aktiviti masing-masing dan dalam hal ini, hospital kerajaan adalah contoh yang sesuai dikaitkan. Hospital mempunyai beberapa jabatan seperti ubatan, x-ray, kebersihan, wad. Setiap aktiviti tersebut membentuk unit-unit pentadbiran yang tersendiri. Dibawah SBP setiap unit tersebut digalakkan membentuk matlamat prestasi supaya ia akan berguna dalam memberi keterangan mengenai anggaran belanjawan yang diminta.

10.0 KESIMPULANPentadbiran kewangan dilihat sebagai satu proses pengurusan sumber kewangan negara. Pengurusan kewangan awam memerlukan pentadbiran yang sistematik dan bagus kerana kecekapan pentadbiran negara akan menentukan penggunaan sumber yang mencapai matlamat negara. Pentadbiran Kewangan adalah asas dan penting dalam pentadbiran kerajaan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membangun, mengurus dan mentadbir pentadbiran kewangan adalah salah satu tugas yang sangat besar dan rumit. Pengurusan Hasil adalah penting kerana ia menyokong kepada penerimaan dan perolehan hasil-hasil kerajaan yang perlu direkod dengan tertib. Begitu juga dari aspek perbelanjaan yang mesti dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan, akta-akta dan arahan-arahan perbendaharaan. Pengurusan kewangan kerajaan memerlukan pentadbiran yang sistematik dan cekap kerana kecekapan pentadbiran akan menentukan penggunaan sumber yang mencapai matlamat negara.

11.0 RUJUKANAkta Acara Kewangan. (1957) (Pindaan 1972)Akta Audit . (1957)http://www.treasury.gov.my.http://www.epu.gov.my/key-policieshttp://attorney_generals_chambers_of_MalaysiaJabatan Perkhidmatan Awam, www.jpa.gov.myJabatan Audit Negara, www.audit.gov.myJabatan Akauntan, www.anm.gov.my

AZLINA BT YAHAYA, 223635 4