Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

16
Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah Kunak (1940 -1975) ISNIAH MADJAL YA2012 - 2050

description

Membincangkan pembahagian bab dalam penuisan ilmiah. selain itu ia mengambil daerah kunak sebagai salah satu kawasan kajian dalam skop masa yang telah ditentukan. Jika dilihat dalam pembentagan ini, penulis mengambil beberapa contoh kegiatan ekonomi kunak yang menjadi sumber pendapatan utama masyarakat daerah ini.

Transcript of Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Page 1: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah Kunak (1940 -1975)

ISNIAH MADJAL YA2012 - 2050

Page 2: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Nama pekan Kunak didasarkan kepada nama sebuah kapal yang pernah berlabuh di Teluk Lahad Datu (dahulu dikenali sebagai Darvel Bay). Kapal dalam kelas 5,000 tan tersebut adalah kepunyaan Straits Steamship Company yang dibeli dari sebuah syarikat perkapalan Belanda, KPM pada tahun 1960. Jelaslah bahawa daerah ini diberikan nama Kunak selepas tahun 1960. Kunak, sebuah pekan kecil yang terletak di pantai timur Sabah telah dibuktikan oleh ahli-ahli arkeologi sebagai daerah tapak kegiatan manusia purba sejak 30,000 tahun sebelum masehi. Kunak merupakan salah satu tempat Pra-Sejarah iaitu Zaman Kewujudan Manusia Pertama di Tingkayu.

Page 3: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Hal ini bukan sahaja baru, malahan perkara ini telah tercatit dalam sejarah Malaysia. Dalam suatu tulisan pada buku, South East Asia: From Prehistory to History oleh Glover & Bellwood (2004), telah dinyatakan tentang “sebuah industri peralatan Zaman Batu wujud di kawasan Tingkayu pada Zaman Pleistocene (Zaman Ais Batu)”. Daerah Kunak meliputi kawasan seluas 438 batu persegi iaitu 1134 km persegi, didiami lebih kurang 60,086 penduduk yang antaranya terdiri dari Bumiputera keturunan Bajau, Bugis, Suluk, Cocos dan kaum-kaum lain. Lebih 95% penduduk daerah Kunak adalah bumiputera beragama Islam. Daerah ini terdiri daripada dua mukim, iaitu Mukim Madai dan Mukim Pangi.

Page 4: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keadaan dan sejarah perkembangan sosioekonomi lapisan masyarakat di daerah Kunak. Perkara ini amat penting kerana keadaan sosio-ekonomi mereka akan memberikan petunjuk mengenai hubungan di antara kegiatan ekonomi yang sedia ada dengan masalah kemiskinan yang mereka hadapi. Di samping itu, perhatian khusus juga diberikan terhadap idea dan persepsi masyarakat yang terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian dan juga isu-isu ekonomi seperti masalah kemiskinan, pemilikan tanah, pertanian pindah dan komersial, rancangan masa depan serta isu-isu kemasyarakatan. Selain itu, ia juga bertujuan mengenalpasti perkembangan kegiata ekonomi di daerah Kunak mengikut kaum-kaum yang ada di Kunak.

Page 5: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Objektif kajian ini sebenarnya secara khusus membincangkan mengenai :-Untuk memahami persoalan-persoalan budaya dan kepercayaan tradisional yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi Menilai objektif dan pencapaian program-program pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan atau agensi-agensi kerajaan di kawasan kajian.Menyediakan maklumat bagi meningkatkan keberkesanan rancangan pembangunan di kawasan kajian pada masa hadapan.Menambahkan dan mengenalpasti kehadiran rekod-rekod etnografi masyarakat yang ada di Kunak.

Page 6: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Ekonomi Malaysia : menghadapi dan menangani cabaran

- Membincangkan peruntukkan dana untuk perkembangan sosioekonomi di sabah menerusi RMK -7

- penulis – Md – Zharir Kechot, Mansur Jusoh

- Pembandaran dan transformasi bandar Negeri Sabah – Kajian etnografi Sabah

- Abdul Samad Hj abdul Hadi - City planning

Page 7: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Kefahaman yang jelas tentang masalah sosio-ekonomi sesebuah kumpulan masyarakat adalah amat penting sekiranya terdapat rancangan untuk melakukan perubahan pada struktur ekonomi pada masyarakat tersebut. Program mengubah struktur ekonomi sesebuah masyarakat yang lebih dikenali sebagai pembangunan berkemungkinan gagal jika kita tidak meneliti dan memahami masalah sosio-ekonomi di peringkat awal. Hasilnya pembangunan yang dirancang yang bertujuan untuk menigkatkan taraf hidup hanya akan meletakkan lapisan masyarakat di Daerah Kunak ini khususnya hanya akan terdedah kepada system ekonomi dunia yang diluar kawalan mereka sendiri.

Page 8: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Lokasi Kajian ini bertempat di Daerah Kunak yang mana seperti yang kita tahu, masyarakat Kunak terdiri daripada pelbagai etnik seperti Bajau, Suluk, Bugis ,Kokos dan juga minority kaum KadazanDusun

meneliti persoalan budaya dan kepercayaan yang selama ini mungkin mempengaruhi dasar tingkah laku ekonomi yang diamalkan dan setakat mana relevennya nilai-nilai ini dalam konteks pembagunan masyarakat Kunak.

Page 9: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

persoalan-persoalan sikap dan motivasi dalam konteks kegiatan ekonomi yang dijalankan dan konteks pembangunan di sekeliling komuniti masyarakat Kunak ini

Pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Adalah dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian.

dianggarkan terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak. Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan lain-lain tanaman kontan.

Page 10: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Antara syarikat-syarikat besar (listed companies) yang mempunyai estet di Daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit

Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini.

Page 11: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai.

Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan adalah 350 orang

Page 12: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

menggunakan data premier dan data sekunder. Maklumat untuk kajian ini adalah diperolehi daripada borang kaji selidik, laporan dan tinjauna dari saya sendiri, sesi temu bual dengan penduduk kampung dan pihak-pihak yang terbabit berkaitan terutamanya Pegawai Daerah Kunak, En Susilo Sumarto, Arkib Negara Cawangan Sabah, data dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah cawangan Daerah Kunak, pensyarah SSS UMS dan lain-lain lagi sumber sama ada rujukan, bahan seminar dan kursus serta kajian-kajian lepas yang dirasakan berkaitan dengan tajuk kajian.

Page 13: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Bab 1 - merupakan bahagian pendahuluan yang membincangkan pengenalan,permasalahan kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, methodology kajian, sorotan literature, skop kajian, struktur kajian dan diakhiri dengan kesimpulan.

Bab 2 - latar belakang tempat kajian iaitu berkaitan dengan Daerah Kunak. Bahagian ini akan memaparkan sejarah kewujudan Daerah Kunak dan membincangkan penduduk asal daerah ini.

Page 14: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Bab 3 - membincangkan mengenai kegiatan-kegiatan ekonomi yang terdapat di daerah Kunak. Di sini, kegiatan ekonomi pertanian, perikanan dan sebagainya akan diketengahkan dan dilihat apakah kesan dan bagaimana kegiatan ini berkembang sejak mula awal kewujudan daerah Kunak.

Bab 4 - membincangkan program-program kerajaan yang pernah dilaksanakan di daerah Kunak yang bertujuan untuk meningkatkan perkembangan sosioekonomi daerah Kunak.

Page 15: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Bab 5 - menjadi penutup kepada kajian Pengkaji akan merumuskan secara menyeluruh berkenaan penemuan yang telah dibuat dalam kajian. Pengkaji merumuskan setiap perkara yang berkaitan dengan sejarah perkembangan sosioekonomi daerah Kunak dan kesannya terhadap pembangunan di Sabah khasnya. Hal ini bagi memastikan penyampaian yang ringkas berkenaan tajuk kajian.

Page 16: Sejarah perkembangan sosioekonomi daerah kunak

Membina sebuah Negara sempurna bukanlah tugas yang mudah apatah lagi ia bersendikan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar latar belakang sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Pertambahan penduduk Kunak yang jelas dilihat dalam tempoh duapuluh tahun ini jelas memperlihatkan kesan perkembangan sosioekonomi. Perkembangan ini sangat jelas dilihat dalam aspek ekonomi,infrastruktur dan demografi itu sendiri.