Sejarah Perkembangan SPI

39
SEJARAH PERBANKAN ISLAM MOHAMAD FIKRI BIN SHAHRUDDIN IEE110004 SYAIDATUL IZYANTIE BINTI BAHARIN IEE110023

description

Islamic Banking

Transcript of Sejarah Perkembangan SPI

Page 1: Sejarah Perkembangan SPI

SEJARAH PERBANKAN ISLAM

MOHAMAD FIKRI BIN SHAHRUDDIN IEE110004

SYAIDATUL IZYANTIE BINTI BAHARIN IEE110023

Page 2: Sejarah Perkembangan SPI

Sejarah Perbankan IslamPenubuhan bank Islam m’jadi kenyataan pada tahun 1960-an. Namun pada zaman awal Islam, sudah wujud aktiviti2 perbankan seperti menerima deposit, m’beri pinjaman, tukaran wang n bil2 tukaran .

Pada zaman sebelum kedatangan Islam, Makkah adalah pusat perdagangan , persinggahan n m’jadi laluan para pedagang.

Dari segi sejarah, perbankan Islam dibahagikan kepada 3 era:

Awal Kedatangan Islam – Zaman Khalifah ar-Rashiddin

Era Khalifah2 Islam – Zaman Kejatuhan Empayar Uthmaniah

Zaman Perbankan Islam Moden

Page 3: Sejarah Perkembangan SPI

Era Permulaan Antara amalan perbankan yang dijalankan ialah kemudahan simpanan wang atau barang-

barang berharga.– Contoh: sebelum berangkat dari Makkah ke Madinah, baginda melantik Sayidina Ali

untuk memulangkan segala simpanan kepada tuan punya.

Deposit yang dijalankan adalah untuk tujuan keselamatan. Pada zaman Rasulullah, deposit yang asalnya merupakan bentuk amanah bertukar kepada bentuk pinjaman.

Penduduk Makkah menggunakan wang dgn 2 cara: Memberi wang kepada orang lain untuk diniagakan berdasarkan prinsip

qiradh/murabahah dan berkongsi keuntungan hasil urus niaga. Meminjamkan wang tersebut bagi mendapatkan riba’. Selepas kedatangan Islam, riba

tidak lagi digunapakai.

Amalan tukar barang dan mata wang juga berlaku pada zaman Rasulullah. Baginda selalu menjadi penyelesai masalah amalan tukaran wang.

Rasulullah bersabda: “Sekiranya dari tangan ke tangan maka tidak menjadi kesalahan, sebaliknya jika lain maka tidak dibenarkan.” (Sahih Bukhari)

Page 4: Sejarah Perkembangan SPI

Era Pertengahan Amalan yang diamalkan pada era permulaan masih lagi diteruskan. Terdapat perkembangan

baru ia penggunaan cek. Seperti kisah Saif Dawala al-Hamdani yang menjadi Amir Aleppo mengunakan cek ketika lawatannya ke Baghdad.

Penggunaan cek bagi tujuan perdagangan merupakan perkara biasa di kota Basrah dan peraturan-peraturan telah diwujudkan mengenai perkara yang berhubung kait dengan mohor dan saksi. Dalam urus niaga di kota Basrah, setiap orang yang mempunyai wang akan

memberikannya kepada penukar wang dan menggantikannya dengan cek. Pembeli hanya menggunakan cek untuk membeli segala keperluan.

Kejatuhan empayar Romawi telah memberi kesan kepada perkembangan perniagaan dan perdagangan di negara-negara islam pada masa itu. Perdagangan Eropah bangkit sehingga membawa sistem perbankan mereka sendiri dan mempengaruhi sistem di negara Islam.

Walaupun aktiviti perbankan Islam tidak dibangukan secara meluas, namun terdapat perkembangan dari segi fatwa-fatwa berkaitan dengan muamalat terutamanya yang ada kaitan dengan riba.

Pada zaman ini terdapat para ulama terkemuka seperti Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Maliki dan Imam Syafi’e. Pandangan mereka mengenai muamalat selalu digunakan oleh golongan ulama era perbankan perbankan Islam moden dalam memberikan pandangan mengenai halal dan haram aktiviti perbankan Islam pada masa kini.

Page 5: Sejarah Perkembangan SPI

Era Perbankan Islam Moden Ia bermula apabila tertubuhnya Mit Ghamr Local Saving Bank pada tahun 1963. Terletak di

wilayah pedalaman di lembah Nil, Mesir. Ia dianggap sebagai pembuka jalan atau perintis kepada bank-bank Islam lain. Bank ini menyediakan kemudahan seperti akaun simpanan, akaun pinjaman, penyertaan ekuiti, pelaburan terus dan perkhidmatan sosial.

Namun, tidak bererti sebelum itu tiada usaha menubuhkan institusi kewangan Islam. Ada pihak yang percaya bahawa percubaan pertama untuk menubuhkan bank yang bebas daripada riba di Malaysia pada pertengahan tahun 1940-an namun ia mengalami kegagalan.

Kini, kebanyakan bank Islam yang ditubuhkan pada tahun 1970-an dan 1980-an telah menjangkau usia lebih lima belas tahun. Bank-bank ini mampu menyediakan segala kemudahan dan telah menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Pada tahun 1993, sebanyak 21 perkhidmatan bank berlandaskan syariah telah dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia. malaysia mengambil inisiatif dengan mengadakan kerjasama dengan negara luar.

Oleh kerana objektif dan perjalanan institusi kewangan Islam berbeza daripada institusi kewangan konvensional, maka amalan kaedah konvensional.

Page 6: Sejarah Perkembangan SPI

Senarai Bank-bank IslamNama Negara Tahun Penubuhan

Nasser Social Bank Mesir 1972

Jordan Islamic Bank Jordan 1978

Bahrin Islamic Bank Bahrain 1978

Dar al-Mal al-Islami Switzerland 1979

Bank Islam Malaysia Berhad Malaysia 1983

International Islamic Bank Bangladesh 1983

Islamic Bank International Denmark 1983

Tadamon Islamic Bank Sudan 1983

Inv. Corp. India Ltd. India 1985

Al-Baraka Turkish Fin. House Turki 1985

Page 7: Sejarah Perkembangan SPI

Perkembangan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam

1950-an • Sarjana dan para ekonomi lain mula mengemukakan model bagi sistem kewangan dan perbankan bagi menggantikan perbankan yang berasaskan kadar faedah

• Konsep mudharabah berkembar dicadangkan sebagai model untuk perbankan Islam

1960-an • Amalan prinsip pembiayaan Islam bermula

• Mekanisme operasi untuk institusi kewangan islam dicadangkan

• Bangun dan jatuhnya Mit Ghamar Savings Bank di Mesir, 1963-1967.

• Penubuhan Lembaga Tabung Haji di Malaysia

1970-an • Penubuhan bank-bank Islam dan institusi kewangan bukan bank

• Aktiviti akademik mula diatur• Penubuhan institusi akademik• Mekanisme kewangan murabahah

mula dibangunkan

• Buku-buku mengenai perbankan Islam mula diterbitkan

• Bank Islam Dubai, 1975• Bank Pembangunan Islam, 1975• Konfren Ekonomi Islam Antarabangsa

Pertama 1976 di Makkah• Pusat penyelidikan Ekonomi Islam,

Jeddah

Page 8: Sejarah Perkembangan SPI

1980-an • Kepentingan polisi sektor awam• Lebih banyak bank swasta• Pelbagai produk perbankan Islam• Minat di kalangan ahli akademik dan

kelompok kewangan Barat mula bertambah

• Bank konversional mula adakan konsep jendela (window) yang menawarkan produk Islam

• Lebih banyak program penyelidikan, pengajaran dan latihan dilaksanakan

• Pertumbuhan indeks Islam dan dana amanah

• Pakistan, Iran, Sudan, Malaysia dan lain-lain negara cuba merubah keseluruhan sistem atau mengguna sistem Islam

• IMF menerbitkan kertas kerja, artikel berkaitan perbankan Islam, penyelidikan dan penerbitan berkaitan perbankan Islam berkembang

• Akademi Fiqh OIC dan lain-lain Lembaga Fiqh

• Penubuhan dana amanah Islam di seluruh dunia

1990-an • Berkembangnya konsep jendela (window) Islam

• Peningkatan instrumen kewangan berasaskan harta, pengiktirafan kepada pentingnya bank dan institusi kewangan Islam

• Penubuhan Indeks Islam di Dow Jones dan Financial Times

• Peraturan dan penyeliaan mula dititikberatkan

• Piawaian AAOIFI dikeluarkan• Kerja membangunkan institusi

penyokong bermula

Awal 2000-an • Pertumbuhan dan kemalangan yang berterusan di samping cabaran berisiko

• Lengkapnya arkitek kewangan Islam• Pengurusan risiko dan kawalan korporat

diberi perhatian• Saiz ekonomi dan percantuman

• Pasaran sekuriti berdasarkan harta• Lembaga Perkhidmatan Kewangan

Islam, Malaysia• Badan Penarafan Islam Antarabangsa,

Bahrain.

Page 9: Sejarah Perkembangan SPI

Perkembangan SPI di Negara Terpilih Terdapat beberapa kelainan pengalaman yang dialami oleh bank Islam di sebuah

negara dengan negara yang lain:

Bermulanya sejarah bank IslamMesir

Mendapat layanan istimewa tetapi akibat corak pemerintahan, layanan istimewa ditarik balik

Sudan

Sebuah negara yang perlembagaannya bercorak sekular dan menganggap agama adalah berasingan dengan politik

Turki

Menukar keseluruhan sistem bank kepada sistem perbankan Islam

Iran & Pakistan

Negara yang komited dalam mewujudkan sistem perbankan Islam

Malaysia

Page 10: Sejarah Perkembangan SPI

Sejarah SPI di Mesir bermula dengan penubuhan Mit Ghamr Local Saving Bank (1963), diikuti

Nasser Social Bank (1972), Faisal Islamic Bank (1977) dan International Bank for Investment and Development (1980).

Mit Ghamr Local Saving Bank yang diterajui oleh Ahmed al-Naggar menawarkan 5 jenis perkhidmatan berlandaskan syariah: Akaun deposit Akaun pembiayaan Penyertaan ekuiti Pelaburan langsung Perkhidmatan sosial

Akaun deposit dikelaskan kepada: Akaun simpanan (tabungan): tidak menawarkan apa-apa pulangan / riba. Akaun pelaburan: berdasarkan konsep kongsi sama keuntungan / kerugian.

Page 11: Sejarah Perkembangan SPI

Pembiayaan dibahagikan kepada 2:

Bukan pelaburan: pembiayaan yang diberikan kepada pelanggan yang mempunyai akaun simpanan di bank dan tiada apa-apa kos yang akan dikenakan kepada peminjam. Peminjam hanya membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja.

Pelaburan: pembiayaan yang dikeluarkan terutamanya kpd usahawan2 kecil dgn konsep kongsi sama keuntungan dan kerugian. Bayaran balik dibuat setelah cukup tempoh atau secara ansuran.

Penyertaan ekuiti: konsep di mana bank bertindak sebagai rakan kongsi dan menyumbang modal permulaan untuk sesuatu usaha yang akan dijalankan.

Pembahagian keuntungan: berdasarkan nisbah modal yang dikeluarkan atau nisbah yang dipersetujui olah bank dan rakan kongsi.

Pelaburan langsung: konsep di mana bank sendiri mengeluarkan modal dan memulakan sesuatu perniagaan.

Perkhidmatan sosial: perkhidmatan yang diberikan oleh bank dalam pungutan zakat dan menyalurkan wang zakat kepada projek kebajikan dan masyarakat.

Page 12: Sejarah Perkembangan SPI

Namun, kewujudan bank ini tidak lama. Akibat pertukaran iklim politik di Mesir, bank ini telah diambil alih oleh National Bank of Egypt dan Bank Pusat Mesir yang kemudiannya menukar operasi bank ini kepada sistem riba. Ia menyebabkan jumlah pelanggan makin merosot.

Kematian sistem tanpa riba ini tidaklah berpanjangan apabila di bawah pemerintahan Presiden Anwar al-Sadat, konsep SPI dihidupkan semula. Konsep ini diadakan semula apabila kerajaan menubuhkan Nasser Social Bank.

Selain Nasser Social Bank, pada tahun 1970 terdapat 2 buah bank yang ditubuhkan iaitu Faisal Islamic Bank of Egypt (FIBE) dan Islamic International Bank for Investment and Development (IBID).

Kedua-dua bank ini menawarkan perkhidmatan yang hampir serupa dengan bank perdagangan biasa.

Page 13: Sejarah Perkembangan SPI

Faisal Islamic Bank of Egypt (FIBE)

• Perkhidmatan akaun semasa tanpa kemudahan overdraft dan akaun simpanan tidak disediakan namun pelanggan boleh membuka akaun pelaburan untuk tempoh tertentu.

• FIBE menyediakan 2 jenis pembiayaan:– Jangka pendek: berdasarkan prinsip murabahah.– Jangka sederhana & panjang: berdasarkan prinsip musyarakah.

• Pulangan berdasarkan kongsi sama atas keuntungan. FIBE juga melibatkan diri dalam perniagaan sama ada melalui penyertaan ekuiti ataupun dengan menubuhkan anak syarikat sendiri.

• Dalam bidang perkhidmatan sosial, FIBE menggunakan dana sendiri atau wang zakat bagi mengadakan aktiviti seperti menyumbang ke arah perkembangan ekonomi Islam, mengadakan seminar dan persidangan, menambah bahan bacaan mengenai ekonomi Islam dan juga mewujudkan perpustakaan sendiri.

Page 14: Sejarah Perkembangan SPI

Islamic International Bank for Investment and Development (IBID)

• Menambah kemudahannya dengan mengadakan perkhidmatan akaun simpanan kepada pelanggannya.

• Memperkenalkan kemudahan Investment Savings Accounts yang menggalakkan penyimpan membuat pelaburan dan dalam masa yang sama sebahagian daripada simpanan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Pulangan berdasarkan kongsi sama keuntungan.

• Bagi akaun pelaburan biasa, pelabur tidak dibenarkan mengeluarkan wang sebelum cukup tempoh dan pulangan berdasarkan kongsi sama keuntungan.

• Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelbagai projek meliputi sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan.

Page 15: Sejarah Perkembangan SPI

• Pembiayaan meliputi jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Pembiayaan biasanya berdasarkan prinsip mudarabah dan musyarakah.

• Juga memberikan perkhidmatan sosial dengan menggunakan danan sendiri atau wang kutipan zakat.

• Sehingga tahun 2004, 8 buah institusi kewangan berlandaskan syariah:– Alwatany Bank of Egypt– Egyptian Company for Business and Trade S.A.E– Egyptian Saudi Finance Bank– Gulf Company for Financial Investment– Faisal Islamic Bank of Egypt– Islamic International for Investment and Development– Islamic Investment and Development Co.– National Bank for Development

Page 16: Sejarah Perkembangan SPI

Sejarah SPI di Sudan

• Mengalami dua zaman : Zaman yang disokong & Zaman yang menghadapi pelbagai rintangan.

• 1977 : Penubuhan Faisal Islamic Bank of Sudan (FIBS). • FIBS ditubuhkan di bawah undang-undang FIBS Act of the national

peoples council. • FIBS mula beroperasi pada Mei, 1978. • Dikecualikan daripada pelbagai peraturan spt : peraturan untuk mengawal

perkhidmatan bank, cukai, insurans , dll. • Khidmat FIBS : Simpanan > akaun tabungan, semasa, pelaburan

berdasarkan konsep sama untung.• Kemudahan pembiayaan : Mudharabah, musyarakah, murabahah.

Page 17: Sejarah Perkembangan SPI

• FIBS menggalakkan penubuhan bank Islam lain : (1983) Tadamon Islamic Bank, Sudanese Islamic Bank, Islamic Co-Operative Development Bank.

• 1984 : Al Baraka Bank (Sudan) , Islamic Bank for Western Sudan.• September 1983 : Kerajaan Sudan melancarkan undang-undang Islam dan

penukaran operasi bank kepada prinsip syariah. • 1984 : keseluruhan sistem bank Sudan mengikut SPI.• Kesan : Wujud penentangan daripada bank konvensional dan sebahagian

daripada bank pusat. • Kerajaan digulingkan : Bank konvensional tidak lagi menawarkan prinsip

syariah.• 2004 : 9 Buah insitusi perbankan Islam > al Barak al Sudani, al Shamal

Islami Bank, Tadamon Islamic Bank, Animal Resource Bank, El Gharb Islamic Bank, Faisal Islamic Bank of Sudan, Islamic Bank of Western Sudan, Islamic Co-Operative Development Bank, Sudanese Islamic Bank.

Page 18: Sejarah Perkembangan SPI

Sejarah SPI di Turki

• 1928 : Mustapha Kamal At Taturk mengasaskan Turki Sekular. • Bukti >>> • Perlembagaan Artikel 2 = Turki negara demokratik, sekular dan sosial. • Perlembagaan Artikel 24 = Hal-hal agama mesti dipisahkan daripada

politik, sosial, ekonomi dan undang-undang. • 1960-an : Kerajaan mula berlembut terhadap Islam kerana 3 faktor. 1. Kaum atasan yang berpendidikan dan berfikrian Barat berteraskan agama

Islam mula diterima. 2. 1965 : Kerajaan membenarkan pelajaran yang berteraskan agama dan

kira-kira 10% sekolah menengah dan 40% sekolah menengah atas terdiri daripada sekolah-sekolah agama Islam.

3. Memuncaknya gerakan Islam di negara-negara Timur Tengah.

Page 19: Sejarah Perkembangan SPI

• 1983 : Pilihanraya Turki (Turgut Ozal) membenarkan Bank Islam menjalankan perniagaan di Turki.

Proses Pelaksanaan di Turki : 1. Decree 83/7056 bertarikh 16 Disember 19832. Kemudian diterbitkan sebagai Official Gazette 18232 bertarikh 19 Disember

1983. • 17 artikel berkaitan kaedah, peraturan, aktiviti yang perlu di patuhi oleh

Special Finance House. 3. Undersecretariate of The Treasury and Foreign Trade melalui Official Gazette

18232 bertarikh 25 Februari 1984. • 35 Artikel yang meliputi strutur penubuhan, operasi dan pembubaran. 4. Bank Pusat Turki turut mengeluarkan peraturan ke atas Special Finance

House melalui Official Gazette 18348 bertarikh 21 Mac 1984. • 18 artikel berkaitan permohonan lesen, kuasa Bank Islam dalam

menetapkan nisbah kecairan, kuasa Bank Islam dalam mengawasi perjalanan Bank Islam.

Page 20: Sejarah Perkembangan SPI

• Bank Islam hanya disebut sebagai Special Finance House. • Tiada perkataan Islam atau Syariah digunakan. • Tiada istilah mudharabah, musyarakah, atau murabahah, tetapi

menggunakan isltilah Participation Accounts atau Profit and Loss Sharing Accounts.

• 1994 : 3 buah Bank Islam beroperasi di Turki > 1. Al Baraka Turk Ozel Finans Karumu (1985) – Pemegang saham ialah al-

Baraka Investment dan Development Corporation dari Arab Saud. 2. Faisal Finans Karumu (1985) – Pemegang saham terbesar ialah Dar al

Maal al-Islami Trust. 3. Turkuveyt Evkaf Finans Karumu (1988) . Hasil usaha sama antara Kuwait

Finance House, Islamic Development Bank, Vakiflar Bankasi. • 2004 : 7 = al Barakah Turkish Finance House, Emin Sigorts A.S, Family

Finans Karumu, Faisal islamic Faisal slamic Book of Kibris. Ltd. Ihlas Finance House, Kuwait – Turket Evkaf Finance House dan Aysa Finas Karumu A.S

Page 21: Sejarah Perkembangan SPI

Sejarah SPI di Malaysia

• 1980 : Ketika berlangsungnya Kongres Ekonomi Bumiputra, para pesertanya telah meluluskan 1usul meminta LUTH untuk menubuhkan sebuah Bank Islam bg tujuan mengumpulkan dan melaburkan wang milik umat Islam.

• 1981 : Seminar Kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam, kerajaan telah digesa utk menjalankan SPI.

• 30 Julai 1981 : Kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam.

• Jawatankuasa ini menggunakan Faisal Islamic Bank Of Egypt sebagai panduan. Hasil laporan Jawatankuasa ialah :

1. Sebuah bank yang menjalankan operasi mengikut lunas hukum syarak hendaklah ditubuhkan.

Page 22: Sejarah Perkembangan SPI

2. Bank Islam tersebut hendaklah diperbadankan sebagai sebuah syarikat dibawah akta syarikat 1965.

3. Oleh kerana akta Bank 1973 tidak sesuai dengan operasi Bank Islam, maka suatu peruntukan Undang-undang yang dikenal sebagai Akta Bank Islam 1982 hendaklah diadakan untuk melesen dan mengawasi Bank Islam.

4. Bank Islam hendaklah menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk menentukan urus niaganya dijalankan mengikut lunas syarak.

• Langkah penubuhan Bank Islam. i. Kerajaan meluluskan akta Bank Islam 1983 pada 7 April 1983. >

peraturan yang perlu dipatuhi Bank Islam dan kuasa BNM ke atas Bank Islam.

ii. Akta Pelaburan Kerajaan 1983. > memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengeluarkan sijil pelaburan berdasarkan syarak.

iii. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) diperbadankan dibawah akta Syarikat 1965 pada 1 Mac 1983, dan memulakan perniagaan pada 1 Julai.

Page 23: Sejarah Perkembangan SPI

• Anak syarikat BIMB : Al Ijarah Sdn. Bhd (pemajakan harta tetap), al Wakalah Nominees Sdn. Bhd. (perkhidmatan nomini) , Takaful Malaysia Sdn. Bhd. (perlindungan insurans am dan keluarga).

• BIMB disenaraikan di Bursa Saham pada Papan Utama pada 17 Januari 1992.

• Objektif BNM : Mewujudkan SPI seiring dengan sistem Bank Konvensional. Objektif ini boleh dicapai melalui >

i. Mestilah mempunyai ahli yang secukupnya. ii. Perkhidmatan dan produknya mestilah merangkumi keseluruhan sistem

bank. iii. Pasaran antara-bank yang operasinya mengikut prinsip Islam perlu

dilakukan. • 1993 : 21 produk Islam telah diperkenalkan. • 4 Mac 1994 : Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) dilancarkan. • 1993 : SPI di Malaysia mempunyai, 1 Bank Islam, 20 institusi kewangan

konvensional (10 Bank Perdagangan, 8 syarikat kewangan, 2 Bank Saudagar) yang menawarkan produk berprinsipkan Islam.

Page 24: Sejarah Perkembangan SPI

• 3 Januari 1994 : Pasaran Wang Antarabangsa Islam telah dilancarkan yang meliputi :

i. Urusniaga antara-bank dalam instrumen kewangan. ii. Pelaburan antara-bank secara Islam. iii. Sistem penyelesaian cek antara-bank secara Islam. • 1 Mei 1997 : BNM telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah

Kebangsaan. • Kesan : Membenarkan bayaran pampasan dikenakan kepada peminjam

yang gagal membayar balik pembiayaan, peguam wanita dan peguam bukan Islam dibenar menjadi saksi kepada dokumen kewangan dan membenarkan cagaran kedua.

• 1 Oktober 1999 : Status monopoli Bank Islam telah luput apabila kerajaan membenarkan penubuhan Bank Muamalat Malaysia Berhad ( Hasil gabungan Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan Bank of Commerce).

Page 25: Sejarah Perkembangan SPI

• Pelan Induk Sektor Kewangan 2001 -2010 dalam SPI dan Takaful : i. Merangkumi 20% daripada juzuk pasaran perbankan dan insurans dan

memberi sumbangan yang berkesan kepada sektor kewangan ekonomi negara.

ii. Diwakili oleh sebilangan institusi perbankan Islam dan pengamal takaful yang kukuh dan modal yang besar serta menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang lengkap dan komprehensif.

iii. Berlandaskan rangka kerja syariah dan pengawalseliaan yang sesuai dan komprehensif.

iv. Disokong oleh sebuah institusi khusus (Mahkamah Perdagangan Syariah) dalam sistem kehakiman untuk menyelesaikan isu-isu perundangan berhubung dengan perbankan Islam dan takaful.

v. Disokong oleh segolongan individu dan pihak pengurusan yang terlatih, berkaliber, serta mempunyai kemahiran yang diperlukan.

vi. Memaparkan Malaysia sebagai pusat kewangan serantau.

Page 26: Sejarah Perkembangan SPI

• 2003 : SPI Malaysia mempunyai 2 Bank Islam, 33 institusi kewangan konvensional ( 9 bank perdagangan, 4 bank perdagangan asing, 7 syarikat kewangan, 4 bank saudagar, 7 rumah diskaun) = 35.

• Jumlah deposit SPI = RM60 bilion berbanding konvensional = RM482 bilion.• Pembiayaan SPI = RM49 bilion berbanding konvensional = RM563 bilion. • Islamic Inter-Bank money market : RM0.5 bilion pada awal penubuhan

meningkat kepada RM283.8 bilion pada 2003. • 1 Mac 2004 : Menteri Kewangan II = Tan Sri Nor Mohd Yakop = Seminar

Institusi Kewangan Bukan Islam menyatakan >> Perkembangan SPI telah memasuki gelombang ke3.

i. Gelombang 1 : gelombang yang melibatkan perbankan Islam. ii. Gelombang 2 : Kewujudan Pasaran Modal Islam. iii. Gelombang 3 : Pembangunan dan pemgembangan aset-aset dan

instrumen kewangan Islam seperti zakat dan wakaf.• 27 Mei 2004 : Kuwait Finance House, Al Rajhi Banking & Investment

Corporation, Qatar Islamic Bank, RUSD Investment Bank Inc. Dan Global Investmen House diberikan lesen oleh BNM untuk beroperasi di Malaysia.

Page 27: Sejarah Perkembangan SPI

Sejarah SPI di Iran• Sebuah negara yang menukar seluruh sistem perbankannya kepada SPI. • Bermula semasa Revolusi 1979. • Proses perubahan : 1. Kerajaan revolusi mengambil alih semua bank perdagangan di Iran.i. Bermula pada 1981 : apabila kerajaan mengeluarkan arahan menukar

sistem riba kepada sistem caj perkhidmatan (4%). ii. Mac 1982 : Jawatankuasa menyerahkan draf undang-undang kepada

Kerajaan Revolusi dan dinamakan “Law For Usury Free Banking”iii. Mengamil masa 6 tahun (perang, politik, pembekuan harta dll). iv. Disebabkan pasaran yang tidak sihat, tidak menguntungkan dan

menggerakkan ekonomi. v. Kesan : Bank perdagangan berkurangan drpd 30 kepada 6 dan 3 Bank

Khusus. vi. Kerajaan menubuhkan 22 bank di peringkat wilayah.

Page 28: Sejarah Perkembangan SPI

• Law for Usury Free Banking menghendaki bank-bank di Iran menukar depositnya berdasarkan prinsip Syariah dalam jangka masa setahun dan keseluruhan operasi mestilah mengikut prinsip Syariah dalam tempoh masa 3 tahun.

• SPI berkuat kuasa pada : 21 Mac 1984. • Mac 1985 : Keseluruhan bank di Iran menggunakan SPI. • Walaubagaiamanpun, dalam urusan antarabangsa penggunaan faedah

masih dibenarkan.

Page 29: Sejarah Perkembangan SPI

Sejarah SPI di Pakistan

• Bermula sebaik sahaja tamat rampasan kuasa oleh Jeneral Zia pada bulan Julai 1977.

• 29 September 1977 : Jeneral Zia melantik Council of Islamic Ideology (CII) untuk mengkaji tentang penghapusan riba dalam ekonomi.

• November 1977 : CII melantik 15 orang panel pakar dalam perbankan untuk menyediakan laporan tersebut.

• Februari 1980 : Panel menyerahkan laporan yang bertajuk “Report on the Elimination of Interest From the Economy” kepada CII.

• Jun 1980 : CII menyerahkan laporan kepada Jeneral Zia. • Laporan berkenaan : masalah dan strategi dalam menghapuskan ria,

langkah pelaksanaan SPI, aspek pembiayaan dan deposit, tugas dan tanggungjawab Bank Pusat Pakistan.

Page 30: Sejarah Perkembangan SPI

• Usaha lain : >> i. Menteri Kewangan Pakistan melantik jawatankuasa “Committee on

Islamization” dan serahkan laporan (Agenda on Islamic Forum) pada April 1980 kepada Menteri Kewangan.

ii. State Bank of Pakistan : Menubuhkan 6 kumpulan kerja yang mengkaji kaedah penghapusan riba. Menyerahkan laporannya pada November 1979.

iii. Majlis Bank-bank Pakistan : Menubuhkan “Superior Task Force” untuk menggubal peraturan berkaitan SPI. Menyerahkan laporan pada 4 Ogos 1980.

• Julai 1979 : 3 buah institusi kewangan telah menukar keseluruhan sistem operasinya kepada prinip Syariah. (House Building Finance Corporation, National Investment Trust, Investment Corporation of Pakistan.

• Oktober 1979 : Bankers Equity Limted menggunakan sistem SPI dalam operasinya.

Page 31: Sejarah Perkembangan SPI

• Peringkat pelaksanaan SPI : i. 1 Januari 1981 : Semua bank menerima deposit dalam bentuk kongsi-

sama keuntungan. ii. Kerajaan mengeluarkan “Mudharabah Companies and Mudharabah

Rules” 1981. Bank perdagangan dibenarkan menggunakan wang deposit bagi tujuan urus niaga tetapi bank masih lagi bebas memilih kaedah pelaburan mengikut prinsip Syariah atau riba.

iii. 14 Jun 1984 : Menteri Kewangan mengeluarkan arahan bahawa segala sistem yang sedia ada atau baru dan berdasarkan sistem riba sahaja hanyalah untuk tempoh 6 bulan sahaja.

iv. Januari 1985 : segala urus niaga yang dibuat kerajaan berdasarkan prinsip Syariah.

v. April 1985 : ketetapan yang sama juga dikenakan kepada entiti persendirian daln syarikat lain.

vi. 15 Julai 1985 : semua yang diterima oleh institusi kewangan adalah bebas dari unsur Riba.

Page 32: Sejarah Perkembangan SPI

• November 1991 : Mahkamah Syariah Persekutuan Pakistan telah memutuskan bahawa segala atur cara yang diamalkan oleh bank-bank di Pakistan tidak menepati hukum Islam.

• Pihak kerajaan dan institusi kewangan telah membuat rayuan. • 23 Disember 1999 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan dan mengarahkan

segala undang-undang melibatkan faedah dibatalkan. • Kerajaan Pakistan telah menubuhkan beberapa jawatankuasa dan

kumpulan kerja untuk mencari kaedah terbaik bagi melaksanakan keputusan tersebut.

• State Bank of Pakistan menubuhkan Jabatan Perbankan Islam yang bertanggungjawab SPI.

• Sebuah Bank Islam Meezan Bank ditubuhkan. • 3 buah bank Islam sedia ada dibenarkan membuka 7 buah cawangan. • Habib Bank Limited dibenarkan membuka 1 buah cawangan. • 2004 : Bank Pusat Pakistan menerima permohonan drpd bank

perdagangan untuk membuka 24 cawangan Syariah.

Page 33: Sejarah Perkembangan SPI

Kesimpulan

• Sejarah SPI moden bermula~ semasa penubuhan Mit Ghamr Savings Bank di Mesir pada 1963.

• Urusan perbankan bermula sejak zaman awal Islam namun, tidak dikembangkan dan tiada organisasi khusus sehingga dilupakan.

• Perkembangan Eropah pada kurun ke-12 disertai dengan perkembangan perbankan konvensional sehinggakan menular ke nagara Islam.

• Kebangkitan Islam pada era 1800-an dan awal 1900-an telah telah menyedarkan umat Islam tentang amalan riba.

• Langkah berani Dr. Ahmed al Naggar dengan mengamalkan sistem bebas Riba dalam Mit al-Ghamr Local Savings Bank di Mesir membuka minda umat Islam.

Page 34: Sejarah Perkembangan SPI

• Kejayaan Mit Ghamr menjadi pencetus kepada SPI. • Namun pendekatan setiap negara berbeza. Sudan, Iran, Pakistan, memilih

untuk mengislamkan keseluruhan sistem perbankannya. • Malaysia pula bertindak seiring dalam mengembangkan sistem perbankan

konvensional dan SPI.

Page 35: Sejarah Perkembangan SPI

1963 : Penubuhan Lembaga Tabung Haji

1983 : Akta Perbankan Islam diperkenalkan dan penubuhan bank

Islam pertama di Malaysia

1984 : Akta Takaful diperkenalkan dan penubuhan syarikat takaful pertama

di Malaysia

1992 : Operasi al-Rahn diperkenalkan di Malaysia

1993 : Skim al-Rahn diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bersama

dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

1993 : Akta Suruhanjaya Sekuriti diperkenalkan – mandat kepada

Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk membangunkan pasaran modal

2007 : Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Evolusi Perkembangan Kewangan Islam di Malaysia

Penting bagi

pembangunankewangan

Islam

Kerajaan dan juga badan-badan berkanun menyedari keperluan serta

Kepentingan untuk membangunkan sistem kewangan Islam

Page 36: Sejarah Perkembangan SPI

36

- Akta Perbankan Islam 1983

- Akta Takaful 1984

- Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 - Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

Perbankan Islam

Takaful

Pasaran Modal Islam

BNM

BNM

SC

Aktiviti-aktiviti Kewangan Islam di Malaysia

Page 37: Sejarah Perkembangan SPI

37

Perbankan Islam

Pasaran Modal Islam

Takaful

Pasaran Modal Islam Menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan Islam

Perbankan Islam Memobilisasikan deposit dan menyediakan pembiayaan

Takaful menyediakan perlindungan bersama

Sistem Kewangan Islam yang Komprehensif di Malaysia

Page 38: Sejarah Perkembangan SPI

Nilai Pasaran Modal RM2,033.9 billion

Pasaran Modal Islam

RM1,050.1 billion

Ekuiti: RM756.1 billion

Sukuk: RM294.0 billion

RM1,050.1 billion

Ekuiti: RM1,275.3

billion

Bon: RM758.6 billion

RM2,033.9 billion

* Disember 2010

Pasaran Modal Islam Merupakan Komponen Utama dalam Pasaran Modal Malaysia*

Page 39: Sejarah Perkembangan SPI

Sekuriti Patuh Syariah di Bursa Malaysia

Pasaran Utama Sekuriti patuh Syariah Jumlah Sekuriti % Sekuriti patuh Syariah

Barangan Pengguna 125 134 93

Barangan Industri 262 270 97

Perlombongan 1 1 100

Pembinaan 41 42 98

Dagangan/Perkhidmatan/

171 200 86

Hartanah 76 90 84

Perladangan 39 42 93

Teknologi 100 102 98

Infrastruktur 7 7 100

Kewangan 3 36 8

SPAC - 1 0

Hotel - 4 0

Dana Tertutup - 1 0

Jumlah 825 930 89