SEJARAH PT3

7
JADUAL KERJA TARIKH HARI AKTIVITI CATATAN 1/07/2014 SELASA MENDENGAR TAKLIMAT TENTANG PT3 SEJARAH DARIPADA PN NORIZAN BERBINCANG DENGAN GURU SEJARAH 2/07/2014 RABU MENGENALPASTI TUGASAN BERBINCANG DENGAN GURU MEMBUAT PERANCANGAN 3/07/2014 KHAMIS BERTANYA KEPADA GURU JIKA TERDAPAT KEMUSYKILAN MENCARI MAKLUMAT DARI INTERNET 5/07/2014 SABTU MENCARI MAKLUMAT DARI MAJALAH, AKHBAR DAN BUKU 7/07/2014 ISNIN MEMULAKAN TUGASAN PT3 SEJARAH 9/07/2014 RABU BERTANYA KEPADA ORANG SUMBER MENGENAI 11/07/2014 JUMAAT MENGUMPUL BAHAN-BAHAN TENTANG PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA 13/07/2014 AHAD MENCARI BAHAN DI PERPUSTAKAAN 15/07/2014 SELASA MENCARI BAHAN DARI BUKU RUJUKAN 17/07/2014 KHAMIS MENGUMPUL DAN MENYUSUN MAKLUMAT 18/07/2014 JUMAAT HANTAR TUGASAN KEPADA GURU SEJARAH

description

nota untuk sejarah sekolah menengah

Transcript of SEJARAH PT3

Page 1: SEJARAH PT3

JADUAL KERJA

TARIKH HARI AKTIVITI CATATAN1/07/2014 SELASA MENDENGAR TAKLIMAT TENTANG

PT3 SEJARAH DARIPADA PN NORIZAN BERBINCANG DENGAN GURU

SEJARAH2/07/2014 RABU MENGENALPASTI TUGASAN

BERBINCANG DENGAN GURU MEMBUAT PERANCANGAN

3/07/2014 KHAMIS BERTANYA KEPADA GURU JIKA TERDAPAT KEMUSYKILAN

MENCARI MAKLUMAT DARI INTERNET

5/07/2014 SABTU MENCARI MAKLUMAT DARI MAJALAH, AKHBAR DAN BUKU

7/07/2014 ISNIN MEMULAKAN TUGASAN PT3 SEJARAH9/07/2014 RABU BERTANYA KEPADA ORANG SUMBER

MENGENAI 11/07/2014 JUMAAT MENGUMPUL BAHAN-BAHAN

TENTANG PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

13/07/2014 AHAD MENCARI BAHAN DI PERPUSTAKAAN

15/07/2014 SELASA MENCARI BAHAN DARI BUKU RUJUKAN

17/07/2014 KHAMIS MENGUMPUL DAN MENYUSUN MAKLUMAT

18/07/2014 JUMAAT HANTAR TUGASAN KEPADA GURU SEJARAH

Page 2: SEJARAH PT3

OBJEKTIF KAJIAN

1. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum.

2. Kajian ini juga membolehkan saya mengenalpasti kepentingan kaum kepada negara.

3. Selain itu, saya dapat menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia..

Kaedah kajian

BUKU Saya merujuk beberapa buah buku rujukan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

INTERNETSaya turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang malah saya turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

PERPUSTAKAAN Saya juga turut mengunjungi perpustakaan Taman Universiti untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar dan majalah akan menguatkan lagi kajian saya.

Page 3: SEJARAH PT3

Sumber rujukan

BUKU RUJUKANRashid Aman, 2010, Target PMR Tingkatan 1,2 dan 3, Petaling Jaya, Selangor, Sasbadi

INTERNEThttp://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah/.php3.htm

ORANG SUMBERPuan Hamidah Binti Kassim, 67 Tahun, No 210, Parit 3A, Sungai Manik, 36000 Teluk Intan, perak.

RUMUSAN

PENGETAHUANPengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini ialah saya dapat mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga dapat mempelajari tentang Perpaduan Pelbagai Kaum

IKTIBARKita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu, bertolak ansur serta hormat menghormati sesame anggota masyarakat

HARAPAN Saya berharap agar semua warga negara ini sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terpengaruh dengan anasir luar serta menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan.

PENGENALAN

Page 4: SEJARAH PT3

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam  kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek  yang penting dalam membentuk  perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik  yang bersifat majmuk  yang  membawa kepada wujudnya jurang perpisahan  .

Kepentingan

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain - lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Faktor

1. Usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri 2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.3. Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif  dengan menggalakkan rakyat saling  mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagi.  4. Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

Cabaran

Page 5: SEJARAH PT3

-Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang.

-Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu  politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

-  Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara

asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum sentiasa

berusaha untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan

menggunakan media dan saluran seperti pendidikan , program keagamaan ,akhbar dan peraturan

social. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara

China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi

membantu sanak-saudara mereka. Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.

   

Langkah

Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalka keamanan dan kesejahteraan negara. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktifuntuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara

Rumusan (pengetahuan)

Page 6: SEJARAH PT3

Keamanan negara sangat penting dalam usaha negara ingin maju menjelang tahun 2020. Antara faktor yang menyebabkan kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin.

Berdasarkan pada 13 Mei 1969, kita seharusnya memperkukuhkan semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dengan aman dan sejahtera di negara ini.

Pada waktu yang sama kita sepatutnya memahami dan menghayati sejarah negara ini yang terjajah sejak sekian lama dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan berulang.

Iktibar

Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai sekiranya semua rakyat bersatu padu, bertolak ansur, hormat menghormat dan memupuk sikap bekerjasama sesama masyarakat.

Harapan Harapan saya agar semua warga negara ini sentiasa mematuhi undang-uundang dantidak

mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang kurang menyenangkan serta menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan.

Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia.

1. Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat patrotisme di kalangan rakyatnya . Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia yang menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

2. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara . Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham dei kesejahteraan hidup. Sifat bersatu padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

3. Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara dan taraf hidup mereka. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestas ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus berdikari dalam meengusahakan sesuatu tannpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara.

KEPENTINGAN

Page 7: SEJARAH PT3

1. MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI)2. MENGAMALKAN PERPADUAN KAUM3. Di sampng itu, keharmonian ini haruslah dikekalkan supaya dapat melahirkan perasaan cinta

akan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara. Perpaduan dalam kalangan budaya di negara ini juga akan dapat mempertahankan lagi keselamatan dan kesejahteraan negara daripada pengganas luar dan dalam negara. Masyarakat yang memiliki semangat cinta akan negara akan melahirankan kekuatan dalam mempertahankan negara daripada campur tangan kuasa asing seterusnya menjaga kedaulatan negara dan mengekalkan kemerdekaan negara ini.

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

1. Peristiwa 13 Mei 1969 sudah sekian lama menjadi sejarah negara ini. Hal ini demikian kerana bersatunya perpaduan kaum di Tanah Melayu. Jika perpaduan kaum tidak bersatu, belum tentu kita dapat merasai kemerdekaan. Peristiwa ini boleh dijadikan iktibar bahawa perpaduan kaum boleh dicapai sekiranya kita bekerjasama sesama masyarakat . Selepas peristiwa itu berlaku,lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua asyarakat. Perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka.

2. Kesan daripada peristiwa tersebut, terbentuknya Mageran pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara serta pengembali dan kepercayaan antara kaum. Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang lagi. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

3. Selain itu, kesan daripada peristiwa tersebut ialah penambahan angka korban di Tanah Melayu. Angka rasmi menunjukkan bahawa 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Terdapat 86 orang melayu mati akibat peristiwa berdarah ini. Seramai 342 orang cina yang telah terkorban dek pertempuran ini manakala orang india seramai 3 orang sahaja yang terkorban. Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana darpada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka lihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis.